Friday 3 October 2008

Jika semalam aku dan rakan-rakan berjalan sakan mengunjungi rumah rakan taulan yang lain, hari ini, pengisian program raya aku dimulakan dengan bertandang ke rumah bakal abang ipar aku yang juga merangkap bakal besan mak aku kat Perak...

Memang dari awal cadang nak datang rumah dia beraya... Mak pun dah lama sebut2, minta aku bawa dia dan kakak bila tiba hari raya... Memandangkan permintaan yang agak tinggi dan aku tidak mempunyai banyak masa untuk berjalan-jalan sangat, aku mengambil keputusan untuk pergi sekejap hari ini... Esok, aku dah mula sibuk sebab semalam makcik aku dah bertanya, "bila lagi nak datang raya rumah dia?"... Hari minggu lak, aku akan ke Melaka sebab nak kena hantar adik aku yang kecil sekali tu masuk 'sekolah' balik... Budak-budak "U" semua dah nak start kuliah hari Isnin ni...

Lepas solat Jumaat, aku terus memandu keretaku merentasi Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Utara... Keadaan jalan agak sedikit lengang jika dibandingkan dengan arah ke selatan tanahair... Aku rasa, ramai yang sudah mula pulang ke rumah selepas beberapa hari berada di kampung halaman... Mungkin esok atau lusa, lebuhraya akan mula sesak kerana ramai yang berpusu-pusu nak balik... Seperti yang dijangka, kawasan R & R di sekitar lebuhraya memang penuh sesak dengan kenderaan dan orang awam...

Perjalanan memakan masa selama hampir 3 jam dengan kelajuan malar 110km/j... Biasalah aku, pemandu yang berhemah... Tidak pernah memecut ketika berada di lebuhraya... Slow and steady je... Hehehehehe... Sampai aje kat Kota Bharu, hari sudah petang dan kami sampai di Kampung Tersusun lebih kurang pukul 6... Aku dan keluarga tidak duduk lama sebab kami akan balik ke KL semula... Takut nanti kalau lewat sangat, aku tak perasan/tak nampak jalan memandangkan rumah bakal abang ipar aku ni agak jauh kedalam... Sunyi dan gelap jugaklah... Lagipun, aku nak kena menghadiri satu jemputan raya kawan aku di Bangsar... Semalam dah janji ngan dia nak datang rumah, tapi sebab aku kena bawa mak aku, aku terpaksa tangguhkan sekejap rancangan tu...

Dekat nak Maghrib, kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur dan kami sampai di Bangsar hampir pukul 9.30 malam... Nasib baik keadaan lebuhraya tidak sesak walaupun banyak kenderaan yang menyusuri laluan yang sama... Alhamdulillah, selamat juga sampai walaupun kami terpaksa menempuhi lebuhraya yang gelap dan hujan yang lebat...

Memandangkan aku sudah berjanji dengan rakan aku tu, aku datang juga rumah dia walaupun dah tengah malam... Aku teringat SMS dari seorang rakan memaklumkan bahawa rakan aku ni kecil hati sebab aku tak datang rumah dia dan dia dah masak macam2 makanan untuk aku... Aku terkejut dan tak senang hati... Lalu aku angkut ahli keluarga aku yang lain ke rumahnya... Nasib baik dia belum nak tidur lagi... Kalau tak, rasa kesal la jugak...

Mee rebus dan rendang kerang istimewa memang sedap... Itulah hidangan yang dia sediakan untuk tetamu yang hadir... Aku memang akui, dia pandai memasak dan setiap kali hari raya, dia pasti akan menghidangkan menu yang berbeza-beza... Walaupun simple, tetamu tidak akan menjangka dia akan menyediakan hidangan tersebut dan semestinya kami akan makan banyak dan bertambah... Rasa happy sebab dapat makanan ini...

Bila perut dah kenyang, aku dan keluarga beransur pulang... Esok, aku nak berjalan lagi... Jadi kena balik dan berehat... Gambar2 kat bawah ni diambil oleh rakanku semasa mereka bertandang kerumah rakanku ini waktu makan tengahari tadi... Mereka ni semua dah start kerja dah hari ini....

Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket



Nota kaki:-
Biskut-biskut tu semua dibuat sendiri tau... Semuanya sedap-sedap belaka!....


0 comment:

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.