Friday 30 April 2010


Salam sejahtera dan bertemu kembali...

Sayu...

Itu yang mampu aku katakan bila melihat gambar diatas... Aku memang tidak mengenali dua insan didalam gambar ini tetapi aku meyakini bahawa mereka ini bersaudara; lebih tepat lagi abang dan adik... Si abang mendakap adiknya yang masih kecil sambil kepala masing-masing bersentuhan antara satu sama lain jelas membuktikan bahawa pertalian mereka sangat erat... Mereka keletihan; mungkin kerana penat menjalani aktiviti seharian atau mungkin juga terlena kerana menahan lapar dan dahaga selepas beberapa hari tidak menjamah makanan... Sungguh kasihan melihat mereka berdua ini...

Si adik yang masih kecil mungkin baru berusia beberapa tahun nyenyak didalam pelukan abangnya... Dia tidak mengetahui dan mengenali apa-apa... Mungkin hanya pandai meminta dan menangis pabila perut mula berirama... Si abang tidak pernah jemu malah sentiasa berusaha agar nasib mereka berdua terbela... Sungguh menyayat hati pabila mengenangkan nasib mereka berdua ini... Masih lagi kecil, tidak tahu apa-apa sudah mula mencari rezeki demi sesuap nasi biarpun dengan meminta sedekah...

Begitulah kasih seorang abang... Sanggup bergolok bergadai untuk adiknya... Adakalanya, si abang sanggup berkorban apa sahaja agar kesejahteraan adik sentiasa terjamin biarpun ia mengancam dan menggugat diri sendiri... Siapa sangka, bukan setakat ibu dan bapa sahaja memberi kasih sayang pada anak-anaknya... Di sebalik hati yang keras dan ego seorang lelaki yang sentiasa menebal didalam diri, jauh di sudut hati seorang abang tersemat satu perasaan yang sukar digambarkan dengan perkataan... Itulah kasih seorang abang yang jarang kita ambil peduli...

Bila aku lihat gambar ini, aku teringat akan adik-adikku... Ketika mereka masih kecil sehinggalah dewasa... Aku memang sangat-sangat menyayangi mereka... Bila bangun pagi je, merekalah orang pertama aku cari... Selalu, selepas balik sekolah, aku akan bantu mak jaga mereka semua; tukarkan lampin, mandikan mereka, malah buatkan susu dan dodoikan mereka tidur... Mereka pun, memang rapat denganku sewaktu kecil... Cuma kini, keadaan sudah berubah dan masing-masing pun dah besar panjang... Kami pun tak serapat sewaktu kecil kerana adik-adikku semuanya perempuan; jadi ada batasan yang perlu dijaga diantara kami...

Selain dari mereka, aku juga mempunyai adik lelaki yang lain... Mereka bukanlah adik kandungku tetapi merupakan adik angkat... Tak kisah, bagi aku mereka tetap sama seperti adik-adikku yang lain... Layanan yang aku berikan sama seperti adik kandung sendiri kerana bagi aku, kasih sebagai seorang abang tidak pernah berbeza antara satu sama lain... Aku dah anggap mereka macam darah daging sendiri walaupun aku tahu, ada diantara mereka tidak merasakan begitu...

Aku memang jenis lembut hati; pantang melihat kalau adik-adikku susah... Aku tetap merasakan kesusahan itu sama... Pelik, bukan?... Tetapi itulah hakikat yang sebenar... Aku sanggup lakukan apa sahaja demi untuk kesejahteraan mereka semua... Adakalanya, mereka tidak sedar, mereka tidak tahu betapa kasihnya aku pada mereka... Aku sanggup lakukan apa saja asalkan mereka semua tidak menghadapi masalah dan kesusahan... Pernah berkali-kali, aku korban impian aku sendiri demi untuk adik-adikku... Kenapa ye aku buat macam tu?... Aku sendiri tidak pasti... Mungkin naluri dan kasih yang tebal menyebabkan aku nekad untuk berbuat demikian... Tak apalah, asalkan mereka bahagia dan gembira, sudah cukup dan memadai bagiku... Aku yakin, bila sesuatu pengorbanan itu dilakukan (lebih-lebih lagi pada adik sendiri), pastinya akan menerima ganjaran yang besar... Lagipun, kita sudah membantu orang yang ditimpa kesusahan... Dia pun bukan orang lain, adik aku juga kan?... Kalau aku tak tolong, siapa lagi nak tolong?...

Selama ini, aku ikhlas... Aku hanya memberi yang terbaik pada mereka semua... Aku sendiri tidak pasti, apakah cukup dengan apa yang aku berikan selama ini... Kadang-kadang, hati tidak tenang dan sentiasa bergelora bila mengenangkan nasib adik-adikku... Ada yang menghadapi masalah, aku cepat-cepat bantu... Entah kenapa, aku boleh rasa perasaan mereka... Sekiranya aku sudah tidak berdaya, aku akan jadi gundah gulana... Rasa geram kerana aku tidak mampu berbuat apa-apa...

Saban hari aku berdoa, semoga aku tidak sampai ke tahap itu... Aku juga sentiasa mendoakan kesejahteraan adik-adikku... Agar mereka sentiasa bahagia dan senang sepanjang masa tanpa sebarang masalah... Namun jauh disudut hati, aku tahu... Ada diantara mereka memang tidak ingat akan diriku ini... Lebih-lebih lagi bila dah senang dan gembira... Bila sudah ada segala-galanya... Tidak mengapalah, asalkan mereka bahagia, aku juga tumpang gembira sama... Apalah yang hendak diharapkan lagi kan?...

Begitulah kasih seorang abang... Dalam apa jua keadaan, sentiasa membakar diri sendiri demi kebahagiaan orang lain... Biarpun kasih kadang-kadang tidak dihargai, si abang tidak pernah putus memberi...

Image source : Unknown (E-mail)

Batuk...

Satu penyakit yang sering dihidapi ramai... Kalau batuk je, semua anggota badan sakit-sakit... Tekak rasa perit dan kita rasa paru-paru seakan-akan mengembang... Sungguh rasa tidak selesa, bukan?

Baru-baru ini, aku menghidapi penyakit ini... Dan kalau dah kena, memang payah betul nak sembuh... Pernah sekali, dekat 2 bulan pun tak baik-baik lagi... Ubat, dah berbotol-botol telan... Rasa macam tak ada kesan kepada batuk yang ada...

Memandangkan aku rasa sangat geram dengan kahak kering yang bermaharajalela didalam tekak aku ni, aku terus mencari jalan macam mana nak kurangkan kesakitan yang melanda... Aku search dalam Google dan aku jumpa beberapa petua macam mana nak kurangkan batuk... Dari pembacaan aku, rasanya tiada kesan sampingan bila buat sebab ia menggunakan bahan semulajadi makanan... Teringin pula ingin mencuba... Mari kita semak cara-cara berikut: -

  1. 1. First, poke a hole on an orange for the purpose of allowing heat to enter the flesh and enabling the flesh to be easily extracted after roasting


  2. 2. Put it inside an ordinary small oven. Roast for 10 minutes, then the fruity flavour will come out. After the orange has been baked, it is really fragrant, with a roomful of pleasant smelling quite different from the original orange flavour. It is a relatively moisturising aromatic taste.

  3. 3. Grill until the orange skin become charred. Take out and let the orange cool a bit so that you can peel the skin easily


  4. 4. Once you've peeled the skin, stain it with some salt to make it a bit sweeter and better for healing coughing.


Itu satu cara... Satu lagi cara mudah ialah dengan meletakkan Vicks Vapor Rub dibawah tapak kaki ketika hendak tidur malam...

Sapukan Vick dibawah tapak kaki sebelum tidur dan pakailah stokin untuk melindungi kaki anda selepas Vicks disapu... Anda akan merasa sedikit panas dan sungguh selesa (terasa macam selimut panas menutupi kaki anda dan sungguh selesa... Batuk akan hilang dalam 5 - 10 minit selepas itu dan sepanjang Vicks masih lagi dibawah tapak kaki...

Begitulah antara cara yang aku ketahui... Memang benar, tapak kaki mempunyai banyak urat dan deria yang berhubung dengan seluruh anggota badan... Mengikut amalan perubatan Cina, kebanyakkan tukang ubat merawat penyakit melalui tapak kaki dan ternyata ia berkesan... Walaupun kaki kita sentiasa digunakan untuk berpijak dan berjalan, ia juga menjadi pusat dimana segala rawatan tradisional dijalankan...

Thursday 29 April 2010

Artikel ini sangat bagus dan harus dibaca oleh semua... Aku sangat-sangat berterima kasih kepada penulis serta insan yang mengalami peristiwa sebenar... Sekurang-kurangnya ia dapat mengingatkan kita dari sentiasa alpa...

Mari kita baca dan kongsi bersama...


PETIKAN : 'Nota Hati Seorang Lelaki' ( Pahrol Mohd Juoi )

Inilah cerita benar... Cerita benar seorang penulis yang berjaya. Beginilah kisahnya...


Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah... Apabila saya ingin pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit... Seakan-akan mendesak...


" Ada duit?... Minta ayah sedikit.."


Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar... Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah... Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang... Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham... Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak banyak meragam...


"Emak, ayah asyik minta duit... Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit," bisik saya kepada emak... Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya...


"Bagilah beberapa yang ada..." cadang emak pendek...


"Takkan 5 ringgit?..." Emak mengganguk...


Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu... Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapan ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya...

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya... Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota... Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit... Siapa yang bagi kalau bukan ayah?... 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit... Geli hati mengenangkannya...

Begitulah selalunya tahun demi tahun... Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah... Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengigatkan... Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung... Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah... Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima... Tidak kira berapa jumlahnya... Emak terus-terusan selamba... Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah)...

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran... Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang... Ayah akan setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya... Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu... Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada', tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya...


Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan... Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar... Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri... Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri...


"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah sambil tersenyum...


Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung... Wang saya dahulukan kepadanya... Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya...


" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara...


Ekonomi keluarga sudah agak stabil... Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya... Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak...


"Kenapa, dah kaya?" usik ayah...


Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya... Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya... Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya... Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya...

Masin sungguh mulut ayah... Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!... Di samping menulis, saya menjadi penerbit... Perniagaan semakin rancak... Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian... Anak-anak mula menjejak menara gading...

Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak... Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu... Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya... Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH... Mencontohi Allah al-Wahhab itu!...


Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya?.. Ya, mari kongsi bersama: -

  1. "Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda)"... Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

  2. "Memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri... Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula... DOA MEREKA MUSTAJAB... Harapan mereka kenyataan... Kasih mereka berkekalan... Benarlah sepertimana sabda Rasulullah S.A.W, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa..."


Inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat... Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan... Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA... Tidak ada?
Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda... Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja... Kita sentiasa berfikir untuk memberi... Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!...


Sumber : Unknown (E-mail)

Wednesday 28 April 2010

Aku dapat artikel ni daripada seorang rakan yang dihantar melalui e-mel persendirian aku... Bila aku baca, agak lucu juga tetapi ada benarnya... Mari kita sama-sama semak artikel ini...


1. Taichi
Asyik passing kerja kepada orang lain. Konsepnya menepis segala kerja yang datang kepada orang lain. Asal ada unsur-unsur sales, terus forwardkan email ke ketua Sales and Marketing, ada cerita pasal pekerja je… terus passing memo tu kepada HR department…etc.

2. Boxing
Single tasking (ada ke phrase ni?). Mana pernah peninju berlawan pakai kaki, siku, lutut, kepala. Mereka cuma reti genggam tangan dan tumbuk lawan. Pekerja-pekerja sebegini selalunya akan jadi kucing hilang anak bila dapat bebanan kerja lebih sikit. Kalau minta tolong print document sambil jawap telefon pun dia akan melatah.

3. Silat Pulut
Before start any works, dia punya bunga-bunga punyalah lama. Macam-macam gaya, macam-macam persediaan. Nampak cantik tapi buahnya takde. Kalau nak showcase boleh lah.

4. Samurai dan Cowboy
Apa persamaan samurai dan cowboy? Kedua-duanya pandai main senjata… actually both terlalu bergantung kepada senjata. Golongan pekerja sebeginilah yang akan mati kutu kalau equipment rosak atau internet line down. Mereka terlalu mengharapkan machine to do their works.

5. Kungfu Bruce Lee
Hampir sama seperti silat pulut, cuma kalau kita familiar dengan filem-filem Bruce Lee, before and after dia menyerang lawan mulut dia tak reti duduk diam. Wataaa…! Wachaaaa….! Dan macam-macam bunyi lagi. Ramai juga pekerja yang macam ni, sebelum start satu-satu projek dia punya sembang melangit… dah siap project pun dia still let everybody knows dia punya contribution.

6. Ninja
Betul-betul berlawanan dengan Kungfu Bruce Lee, pekerja-pekerja bersifat ninja ni low profile. Kadang-kadang tu terlalu low profile sehingga kita nak cari dia pun susah. 9 pagi still breakfast, datang kejap lepas tu… then …Zasss.. ilang pergi lunch. Datang semula office, pastu dah menyelinap pergi minum petang… arrange meeting kat luar, terus balik rumah. Senang cerita, kaki ngular.

7. Rambo
Berlagak hero. Semua benda dia nak buat. Kononnya dunia ni berputar disekeliling dia sahaja. Kalau berjaya takpe juga, kadang-kadang tu berlagak hero… tapi bila last minutes, kelam kabut minta pertolongan kawan-kawan.

8. Kungfu Jackie Chan
Setiap filem Jackie Chan akan ada satu persamaan. Tak kira macam-mana jalan cerita, di mana kejadian tu, siapa pelakonnya… scene gaduh mesti tak serious. Mesti banyak adegan-adegan lucu yang diselitkan. Ramai juga pekerja yang bersifat sebegini. Kononnya taknak tension, so semua pekerjaan tak ambil serious.

9. Street Fighter
Ini pekerja yang tidak tahu ikut procedure. Maybe kerja akan beres, semua setel, tapi bila suruh prepare handover document contohnya, dia akan pening kepala. Suruh submit borang claim, hantar progress report, follow SOP, ikut method statement…etc, semuanya dia tak suka buat. Dia nak buat kerja mengikut cara dia sahaja.

10. WWE Wrestling
Bukan wrestling yang dipertandingkan di Sukan Olimpik. Aku referring to wrestling yang diletakkan di bawah Entertaiment TV Guide, bukan kategori Sport. Pekerja yang ada sifat WWE Wrestling ni kita tengok mereka memang rajin kerja. Datang awal, balik tengah malam, kerja bertimbun atas meja, nampak macam busy gila. Tapi… as we all know, semuanya lakonan semata-mata.


Sumber : Unknown (E-mail)

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.