Monday 15 February 2010

Awal pagi tadi, aku menerima panggilan dari seseorang... Tiada apa yang menarik, cuma dia meminta aku untuk melakukan sesuatu... Lagipun, perjanjian aku dan dia telah lama termetrai dan tidak adil lah bagi pihak dia jika di penghujung perjanjian; aku menarik diri...

Hari ini merupakan cuti umum sempena Tahun Baru Cina... Jadi, aku mengambil peluang sementara cuti ini untuk melangsaikan aktiviti yang tertangguh... Beberapa tempat telah aku tujui.. Alhamdulillah, selesai semuanya dalam masa sehari... Badan terasa lenguh-lenguh... Penat dan letih selepas seharian beraktiviti...

Puas adalah satu gambaran yang dapat aku luahkan... Walaupun ia tidaklah 100% sempurna, namun aku cukup berpuas hati... Kalau ikutkan cerewet aku, mahu saja aku ubah sana dan sini.. Tetapi perasaan tidak sampai hati menguasai diri lantas aku menerima seadanya apa yang ada... Aku bersyukur, walaupun serba kekurangan tetapi aku telah melengkapkannya dengan asas yang patut... Takde lah nampak seperti tiada apa-apa... Ada juga lah usaha yang dilakukan... Ahli keluargaku juga berpuas hati dengan hasilnya... Perasaan tidak sabar membelenggu diri... Biasalah tu...

Kini, banyak perkara yang perlu aku laksanakan... Banyak benda yang perlu aku dapatkan demi untuk melengkapkan apa yang di cita-cita kan... Namun aku akur, aku perlu beringat di mana aku berada dan kedudukanku ketika ini... Adakalanya, batas-batas perlu dijaga agar ianya tidak memudaratkan diri sendiri di kemudian hari nanti... Kalau ikutkan hawa nafsu, memang bengkok lah aku...

Perancangan dibuat bermula dari bawah... Dari yang asas sehinggalah yang kehendak... Seperti teori hukum Maslow; yang asas itu perlu disediakan sebelum pergi kepada yang kehendak... Jadi aku harus memperlengkapkan diriku dengan yang asas terlebih dahulu... Apa yang perlu aku dapatkan, akan aku usahakan sehinggalah aku memperolehinya... Kesabaran yang banyak diperlukan ketika melewati proses ini... Segala dugaan harus aku tempuhi walau sehebat mana pun ia melanda diri...

Alhamdulillah... Syukur aku kepada Ilahi kerana berkat dan hidayatnya aku mampu menikmati dan memiliki... Tidak pernah terlintas di fikiranku sebelum ini namun dengan kekuasaanNya, aku sudah pun berada di tahap ini... Semoga aku mendapat restu dan berkat dariNya... InsyaAllah...

Sunday 14 February 2010

To all my friends who is celebrating Chinese New Year

I wish all of you "Xi Nien Kwai Le", "Gong Xi Fa Chai"...
May this year of Tiger roars you with prosperous and happiness always...


Photobucket




To Others, Happy Long Holiday!!!... Drive safely if you were driving...

Image source: http://laughing1wolf.blogspot.com


Friday 12 February 2010

I found this article in my mailbox and wish to share it with you guys... Happy reading!...


DRINK WATER ON EMPTY STOMACH

It is popular in Japan today to drink water immediately after waking up every morning. Furthermore, scientific tests have proven its value. We publish below a description of use of water for our readers. For old and serious diseases as well as modern illnesses the water treatment had been found successful by a Japanese medical society as a 100% cure for the following diseases:

Headache, body ache, heart system, arthritis, fast heart beat, epilepsy, excess fatness, bronchitis asthma, TB, meningitis, kidney and urine diseases, vomiting, gastritis, diarrhea, piles, diabetes, constipation, all eye diseases, womb, cancer and menstrual disorders, ear nose and throat diseases.


METHOD OF TREATMENT
  1. As you wake up in the morning before brushing teeth, drink 4 x 160ml glasses of water
  2. Brush and clean the mouth but do not eat or drink anything for 45 minute
  3. After 45 minutes you may eat and drink as normal.
  4. After 15 minutes of breakfast, lunch and dinner do not eat or drink anything for 2 hours.
  5. Those who are old or sick and are unable to drink 4 glasses of water at the beginning may commence by taking little water and gradually increase it to 4 glasses per day.
  6. The above method of treatment will cure diseases of the sick and others can enjoy a healthy life.

The following list gives the number of days of treatment required to cure/control/reduce main diseases:
  1. High Blood Pressure (30 days)
  2. Gastric (10 days)
  3. Diabetes (30 days)
  4. Constipation (10 days)
  5. Cancer (180 days)
  6. TB (90 days)
  7. Arthritis patients should follow the above treatment only for 3 days in the 1st week, and from 2nd week onwards - daily.

This treatment method has no side effects, however at the commencement of treatment you may have to urinate a few times. It is better if we continue this and make this procedure as a routine work in our life. Drink Water and Stay healthy and Active. This makes sense. The Chinese and Japanese drink hot tea with their meals, not cold water. Maybe it is time we adopt their drinking habit while eating!. Nothing to lose, everything to gain.

For those who like to drink cold water, this article is applicable to you. It is nice to have a cup of cold drink after a meal. However, the cold water will solidify the oily stuff that you have just consumed. It will slow down the digestion.

Once this 'sludge' reacts with the acid, it will break down and be absorbed by the intestine faster than the solid food. It will line the intestine. Very soon, this will turn into fats and lead to cancer. It is best to drink hot soup or warm water after a meal.

A serious note about heart attacks:
  • Women should know that not every heart attack symptom is going to be the left arm hurting,
  • Be aware of intense pain in the jaw line.
  • You may never have the first chest pain during the course of a heart attack.
  • Nausea and intense sweating are also common symptoms.
  • 60% of people who have a heart attack while they are asleep do not wake up.
  • Pain in the jaw can wake you from a sound sleep. Let's be careful and be aware. The more we know, the better chance we could survive..
A cardiologist says if everyone who gets this mail sends it to everyone they know, you can be sure that we'll save at least one life.


Source : E-mail (unknown )

Thursday 11 February 2010

Mendengar celoteh si dia membuatkan aku terhibur... Namun di sebalik kegirangan muka yang comel itu, banyak menyimpan kisah duka yang mungkin tidak tertanggung oleh orang lain... Siapa sangka, cinta yang diharap bersemi sehingga keakhirnya putus di tengah jalan... Lebih parah lagi, dia ditinggalkan terkontang-kanting tanpa petunjuk dan arah tujuan... Sudahlah banyak telah dikorbankan, bertimpa pula dengan pelbagai masalah yang melanda... Sedih dan pilu bila mendengarnya...

Aku cukup simpati padanya... Walaupun dia baru kukenali, namun aku merasakan banyak perkara yang aku ketahui mengenainya... Dia seorang yang ceria, seorang yang tidak pernah menunjukkan kedukaannya pada orang lain... Sentiasa ceria sepanjang masa... Begitu tabah hatinya mengharungi setiap dugaan yang datang... Aku cukup kagum, dengan usia yang masih muda, dia mampu berdiri dan berdikari sendiri tanpa bantuan dan sokongan dari sesiapa pun termasuk mereka yang rapat dengannya... Ibarat seperti baru lahir ke dunia, dia mencorakkan sendiri kehidupannya selepas ditinggalkan oleh insan yang paling disayanginya...

Allah itu Maha Penyayang, Maha Berkuasa... Dia sentiasa melindungi setiap umat-umatnya yang beriman... Aku rasa bersyukur kerana dia masih lagi mengekalkan prinsip dan pendiriannya... Tidak sesekali pernah dia terfikir untuk kembali kepada kehidupan lamanya... Walaupun telah dikecewakan, tidak pernah terlintas di mindanya untuk berpaling tadah... Apa yang penting baginya ialah kehidupan harus diteruskan walau macam mana sekalipun... Biarlah hati terluka, asalkan dia tahu Allah sentiasa ada bersama-samanya...

Siapakah orang yang aku maksudkan ini?

Dia merupakan salah seorang sahabatku yang aku kenali di laman Facebook... Dia merupakan seorang wanita mualaf yang kini telah sepenuhnya memeluk agama Islam... Dahulunya, dia merupakan wanita Cina yang beragama Buddha telah memeluk Islam atas dasar cintanya terhadap seorang jejaka Melayu yang dikenalinya satu ketika dahulu... Apa yang menarik ialah walaupun kisah cintanya berakhir, namun dia masih tetap dengan pendiriannya memeluk agama kini iaitu Islam... Kaum keluarga diletakkan ketepi kerana keteguhan dan cintanya kepada Allah SWT... Kalau sesetengah orang, dah lama dibuang dari keluarga... Namun aku bersyukur kerana akhirnya kaum keluarganya dapat menerima hakikat bahawa dia mempunyai pilihannya sendiri...

Aku pernah menasihatinya, jika ingin lakukan sesuatu, lakukan dengan hati yang jujur dan ikhlas... Kerana Allah SWT dan bukan kerana manusia... Aku bertanya kepadanya, mengapa dari mula duhulu dia ingin memeluk agama Islam... Adakah kerana cintanya kepada seorang lelaki Melayu yang beragama Islam atau kerana hatinya sendiri sudah terbuka untuk menerima sinar Islam itu sendiri... Jawapannya mudah sahaja, ketika itu dia masih muda dan dia mengambil keputusan memeluk agama Islam atas dasar kedua-dua diatas... Ketika itu, dia sendiri tidak tahu apa yang dilakukannya dan apakah kesan dan risiko kepada kehidupannya di masa akan datang... Dia merupakan seorang yang berani dan tidak pernah berputus asa... Ketabahan hatinya membuatkan dia berjaya mengharungi dugaan ini...

Selepas melayari bahtera cinta bertahun lamanya, kisah hitam itu melanda dirinya... Namun dia pasrah dan redha dengan ketentuan Ilahi... Lelaki yang dahulu menjadi tunggak dan harapan kepadanya telah pergi meninggalkan dirinya... Dia dibuang dan dicampak begitu sahaja... Ibarat sampah yang tiada nilainya... Atas dasar apa, aku tidak pasti kerana aku tidak sanggup untuk mencungkil kisah cinta lamanya... Nanti dia bersedih pula... Aku hanya diam menanti setiap bait-bait perkataan yang keluar dari mulutnya... Dari apa yang diceritakannya, lelaki itu sudah bersama wanita lain... Aku merasakan bahawa dia tidak berdosa dan salah apa-apa... Jika tidak, masakan hubungan boleh putus?... Berdasarkan pengalaman, jarang wanita yang melakukan kesilapan dan selalunya mereka dikenali sebagai seorang pencinta yang setia dalam perhubungan... "Oopppss, no further comment on this one"...

Selepas berbual seketika, kini kehidupannya kembali seperti biasa... Sama seperti wanita Muslim yang lain... Sedikitpun dia tidak akan berubah... Baginya, Islam itu amat indah... Tidak pernah dia merasa begitu tenang selepas menganut agama ini... Banyak perkara yang dipelajarinya dan ia membuka minda dan hatinya untuk terus mendalami agama Allah ini... Islam itu suci dan bersih... Tidak seperti agama lain yang diketahuinya... Itulah yang diluahkannya kepadaku dan aku bersyukur kerana Allah telah melindunginya dari segala anasir yang tidak baik selama mana dia menganut agama Allah ini... Jauh di sudut hatiku, aku memohon agar dia sentiasa dikurniakan rahmat dan hidayat sepanjang masa agar dia dapat menjalani kehidupan seperti Muslim yang lain... Kini, rakan-rakanlah yang menjadi penguat semangatnya di samping beberapa ahli keluarga yang kini sedikit demi sedikit mula menerima dan memahami keadaan yang dihadapinya sekarang...

Moga kehidupannya selepas ini akan bertambah baik...

Aku sedar, sebagai seorang Muslim, banyak lagi perkara yang tidak aku sedari dan ketahui... Masih banyak perkara yang perlu aku pelajari untuk menjadi seorang insan dan Muslim yang berjaya... Namun, aku tetap bersyukur kerana aku dilahirkan dan dibesarkan didalam keluarga Muslim yang tidak mempunyai masalah yang besar... Penuh dengan kasih sayang dan bimbingan yang secukupnya (bolehlah)... Kalau hendak dibandingkan dengan rakanku ini, aku jauh lebih beruntung dan semestinya ia akan memberikan kesan yang mendalam dalam kehidupanku...

Semoga ini memberikan pengajaran yang berguna buat kita semua... InsyaAllah


Wednesday 10 February 2010

Baru-baru ini aku dan beberapa rakan yang lain sempat menjejakkan kaki di pekan Ranau, satu destinasi perlancongan yang agak terkenal di Sabah...

Tempat yang terletak dibawah kaki Gunung Kinabalu ini memang sangat indah dan menarik... Suasana sekitar amat tenang dan mendamaikan... Sudah lama aku tidak menjejakkan kaki disini... Bila kembali, terasa seronok yang teramat... Banyak sungguh kenangan disini... Kalau hendak dibilang, Sabah merupakan destinasi yang tidak pernah jemu aku lawati... Pergi lah banyak mana sekali pun, aku yakin aku akan kesini sekali lagi... Keindahan alam sekitar dan kehijauan alam semulajadinya membuatkan aku jatuh cinta pada tempat ini...

Teman-teman juga kelihatan gembira... Masing-masing tidak melepaskan peluang bersantai dan merehatkan minda masing-masing... Setiap ceruk yang kami pergi, ada saja aktiviti bergambar yang kami lakukan... Macam tak pernah sampai/datang sini je... Heheheeee...

Jika anda terasa ingin pergi jauh dari kesibukan kota, aku memang cadangkan kalian kesini... Semestinya ia satu destinasi yang sangat mendamaikan fikiran anda... Terpulang; sekiranya terasa ingin mendaki, anda boleh mendaki Gunung Kinabalu dan menikmati panorama indah ciptaan Ilahi... Pemandangan mereka cantik dari atas sana... Tidak perlu lama... Mendaki cuma memerlukan masa 2 hari sahaja...

Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Tuesday 9 February 2010

Salam kembali...

Entry pertama untuk tahun ini... Selepas sekian lama aku tidak menulis; boleh dibilang berapa kali aku masuk dan mencoretkan cerita-cerita yang tidak seberapa disini... Kesian laman blog aku, dah jadi macam tukun tiruan dah... Tidak dikemaskini dan dijaga seperti mana dahulu... Entah mengapa aku kurang ligat menulis semenjak kebelakangan ini... Mungkin kerana sifat malas sudah mula menguasai diri...

Hari ini, 9 Februari 2010; aku kembali menulis seperti sediakala... Harapan aku, ia bukan sekadar omongan biasa... Kembaliku disini adalah untuk menulis cerita-cerita dan kisah yang berlaku dalam kehidupanku, perkara yang berlegar-legar di sekelilingku dan sebagainya buat renungan dan pedoman kepada teman-teman yang aku sayangi...

"Gelap"... Itulah tajuk entry aku kali ini yang ingin aku kongsikan bersama anda semua... Aku sengaja memilih tajuk ini bersesuaian dengan apa yang aku ketahui ketika mendengar siaran radio ketika dalam perjalanan ke tempat kerja... Kisah kali ini berkisar mengenai seorang remaja yang telah hilang pandangan sebelah mata dan bakal buta sepenuhnya tidak lama lagi... Ketika aku kusyuk memberikan perhatian terhadap apa yang sedang diperkatakan, fikiranku melayang seketika... Aku terbayang bagaimana sekiranya aku yang berada di tempat remaja tersebut... Adakah aku sanggup untuk mengharunginya? Bagaimana pula anda?

Aku akur dan redha sekiranya ketentuan Tuhan menentukan bahawa aku akan kehilangan pancainderaku... Tiada apa yang mampu aku lakukan selain daripada menerima dengan hati terbuka... Jika Allah nak tarik nikmat yang aku miliki selama aku hidup ini, Dia boleh lakukan dalam sekelip mata sahaja kerana Dia yang Maha Berkuasa yang menentukan segala-galanya... Namun, aku amat-amat bersyukur kerana setakat ini, aku masih lagi mampu memiliki pancaindera yang sempurna tanpa sebarang masalah... Cuma mata dah mula rabun sikit; maklumlah, dah tua... Hahahaa... Betapa bertuahnya aku jika dibandingkan dengan orang lain yang kurang bernasib baik...

Adik Syamsul Kifli baru sahaja berusia 19 tahun... Sudahpun kehilangan sebelah matanya dan bakal buta sepenuhnya tidak lama lagi... Aku cukup tersentuh apabila mendengar kisah hidupnya akibat daripada apa yang menimpa dirinya ini... Sudahlah mata akan buta, kehidupannya ibarat layang-layang putus tali... Dia tinggal bersama ayahnya yang juga buta penglihatan dan terpaksa menanggung keluarga... Bayangkan dengan kudrat yang ada dan ditambah dengan 'kekurangan' yang tidak pernah dipintanya, dia kini terpaksa mengharungi kehidupan yang belum tentu terjamin buatnya...

Luahan hatinya dikongsi bersama pendengar radio dan DJ (merupakan seorang yang prihatin dan penyayang) telah menemurahkan adik Syamsul untuk kisah yang lebih lanjut... Dia begitu bimbang dengan apa yang bakal dilaluinya... Yelah, siapa yang tidak bimbang jika masa hadapan semakin lama semakin pudar; belum tentu ada sinar yang menanti di hadapan tatkala banyak dugaan yang cabaran yang bakal ditempuhi dengan kekurangan yang ada... Aku cukup simpati dengan adik Syamsul... Jauh disudut hatiku, aku memohon dan berharap agar dapat membantunya mengharungi semua ini...

"Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul"... Benarlah pepatah orang-orang tua... Hanya orang yang mengalaminya sahaja tahu bagaimana rasanya... Orang lain hanya mampu melihat dan memerhati sahaja... Selalunya kita akan rasa sayu dan simpati kepada mereka... Aku juga cukup kagum dengan respon yang diberikan oleh pendengar yang lain... Apa yang menarik perhatian aku ialah seorang pendengar yang merupakan OKU telah memberikan pandangan dan semangat kepada adik Syamsul... Memang benar dan aku amat bersetuju dengan pandangan dan komen dari pendengar tersebut... Hilang penglihatan bukan bermaksud hilang segala-galanya... Masih ada sinar yang menanti dan terpulang kepada setiap individu itu sendiri untuk mendapatkannya...

Pendengar tersebut juga merupakan seorang yang buta matanya akibat daripada kemalangan yang menimpa dirinya sewaktu dia masih kecil... Dia hilang sebelah mata dan lama kelamaan buta kedua-dua belah mata... Namun atas usaha dan tawakkal serta hati yang cekal, dia berjaya dalam kehidupannya... Bayangkan, walaupun buta tetapi dia tidak pernah sesekali mengalah... Kini, atas berkat usahanya itu dia berjaya dalam hidupnya... Aku cukup kagum bila dia telah maklumkan kepada DJ radio bahawa kini dia bertugas di Malaysia Airlines apabila soalan mengenai kerjaya diajukan kepadanya...

Moga-moga adik Syamsul mendengar apa yang dibualkan didalam siaran radio sebentar tadi... Aku berdoa agar adik Syamsul akan mengambil iktibar dan seterusnya merancang perjalanan masa hadapannya...

Apa yang aku dengar tadi memberikan kesedaran buat diriku... Pada kita-kita yang masih lagi mempunyai pancaindera ini, jagalah sebaik-baiknya... Jangan sampai ianya 'hilang' pula... Sebagai seorang manusia yang kerdil disisiNya, seharusnya kita bersyukur atas nikmat kurniaanNya kerana sekali ianya hilang, selama-lamanya ia akan hilang... Tiada gantinya lagi...

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.