Sunday 26 November 2006

Photobucket - Video and Image Hosting
Perhatian kepada semua pembaca blog aku... Berkuatkuasa serta merta, blog ini akan ditutup SEKETIKA bagi memberi laluan kepada kerja kerja membaikpulih/membina/menyelenggara dan mencantikkan hiasan dan rupa bentuk (layout) utama laman... Oleh itu, tiada nukilan akan dicoretkan dan aku akan kembali giat menulis apabila semua kerja kerja selesai... Tempoh ini akan berakhir selewat lewatnya penghujung tahun ini.. Sekian, harap maklum...
Pemilik
merangkap Penulis Blog

Friday 24 November 2006

Lega rasanya bila semuanya sudah selesai... Sejak dua hari yang lepas, aku banyak bergerak kesana kesini menyelesaikan macam macam perkara dan hal yang tertunggak... Penat dan letih... Tidur pun dah tak betul... Lewat malam, baru mata boleh pejam... Pastu, awal pagi dah terjaga semula... Adakalanya, kepala sampai pening... Ape boleh buat, begitulah kehidupan aku hari hari ini... Aku cuma boleh rehat pada hari Sabtu dan Ahad saja... Itupun bergantung kepada keadaan... Kalau ada majlis @ program, lagilah aku tak boleh nak rehat sangat... Contohnya macam hari ini... Aku telah ditugaskan untuk menguruskan seminar berkaitan dengan department aku... Yelah, company aku tengah sibuk dengan merger dan sebagainya, so Head of Department nak buat briefing dan sesi suai kenal dengan staff2 dari MNI dan Takaful Nasional... Untuk merealisasikan tujuan ini, seminar telah dirancang dan diadakan... Ground work memang dah lama dah dibuat... Cuma semalam dan hari ini adalah hari pembentangan isi kandungan dari semua ketua bahagian kepada staff2 yang terlibat... Dulu department aku cuma ada dalam 35 orang saja tapi selepas merger, jumlahnya meningkat hampir 2 kali ganda kepada 110 orang!! Waduhhh.... Ramai tu !...
Photobucket - Video and Image Hosting
Kertas kerja yang aku siapkan untuk briefing kali ini...
Anyway, padanlah Head of Department tu nak buat briefing sebab kalau nak panggil sorang2 untuk explain dan brief, alamatnya sampai 2, 3 tahun pun takkan habis... Pulak tu, masa memang agak kritikal sebab next month dah nak masuk tahun baru; kami pulak akan berpindah lokasi... Banyak perkara yang hendak diuruskan... Untuk mengelakkan daripada tertangguh, perancangan teliti telah dibuat dan dilaksanakan... Bagus jugaklah start awal, at least tak delah kelam kabut bila tiba masanya... Semalam dan hari ini, aku jadi pengerusi majlis untuk briefing tu... First time aku berada dihadapan rostrum mengelola majlis... Well, sebelum ni aku pernah lah jugak handle majlis tapi kebanyakkan majlis tidak formal... Belum pernah aku handle majlis yang berprotokol nih... Big boss dan CEO pun hadir sama... So, hendak tak nak, kenalah buat betul2... Bila dah sudah tu, aku rasa lega yang teramat sangat... Syukur, alhamdulillah semuanya selesai tanpa aku menghadapi sebarang masalah... Dalam masa yang sama, aku mengenali ramai rakan2 seperjuangan dari MNI dan Takaful Nasional... Mereka semuanya OK dan tak sabar sabar untuk berpindah dan bekerja dibawah satu bumbung... Untuk mereka, selamat datang ke Kumpulan Maybank dan selamat bekerjasama...

Tuesday 21 November 2006

Assalamualaikum... Bulan Syawal ni, murah betul rezeki aku... Alhamdulillah... Ada saja jemputan rumah terbuka dan jamuan Raya... Hari ini, syarikat aku ade buat jamuan Raya besar besaran... Cukup meriah sekali... Majlis diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) bermula jam 12.00 tengahari sampaila ke tengah malam... Seperti tahun yang lepas, majlis kali ini agak simple sikit... Cuma yang lainnya, dulu tak de persembahan artis, tapi kali ini ada persembahan... Artis jemputan kali ini merupakan sifu dalam bidang nyanyian dan muzik... Siapa lagi kalau bukan M. Nasir!! Best gak persembahan dia... Dah sudah tu, ade Misha Omar... Yang tu, aku tak sempat tengok... Dah kene balik ke office sebab waktu dah abis... Kalau ikutkan hati, nak aje aku duduk situ lama lama... Tapi ape boleh buat... Tak pelah... Majlis tahun lepas, aku yang handle... Bajet pun tak banyak, tapi still meriah gak... Aku banyak buat 'charity' tahun lepas... Ade lucky draw... Hadiah pun bukan calang calang... Ade DVD player, MP3 player, camera digital dan sebagainya... Majlis kali ini cuma ada makanan dan persembahan artis... Ermm.. As usual lah... Lain orang, lain cara membuatnye kan... Oklah, kalian tengok le gambar2 ni... Aku nak masuk tidur... Mata dah mengantuk!
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting

Monday 20 November 2006

Alhamdulillah... Aku bersyukur kerana akhirnya, tercapai juga harapan dan cita cita aku nak berpuasa sunat Syawal selama 6 hari... Hari ini, lengkap sudah 6 hari puasa aku... Walaupun sebelum ini, banyak dugaan yang datang, aku berjaya juga tunaikan apa yang aku hajati... Yes, to some people, puasa ini cuma puasa sunat... Bukan sesuatu yang harus aku lakukan... Tapi jika aku dah berniat, tak elok kalau aku tak buat... Sekarang, aku tinggal nak buat puasa sunat satu lagi iaitu untuk membayar nazar aku... Dulu, masa aku tengah belajar, aku ade bernazar... Bila aku dah habis kelas dan aku lulus dengan cemerlang, aku akan berpuasa... Satu matapelajaran yang aku dapat "distinction", aku akan berpuasa selama sehari... So, aku ade 5 matapelajaran... Jadi 5 hari lah aku akan berpuasa... Insya Allah, mungkin lepas ni kot... Jika tiada halangan...

Saturday 18 November 2006

Bila kita bercakap soal CINTA, pasti kita akan fikir tentang hati dan perasaan... Begitulah juga kalau topik NAFSU diketengahkan... Pasti ada diantara kita akan terfikir tentang perasaan halus yang terbit dari hati atau keinginan untuk sesuatu (biasanya yang dapat memuaskan hati kita)... Today, aku keluar dan jumpa dengan member baik aku... Katanya, ada perkara penting yang ingin dibincangkan... Sounds really serious... I wonder, what is going on? Dia OK kah? Sakit kah, atau ditimpa masalah???... Otakku ligat berfikir... Sememangnya fikiran aku melayang dan teringat perkara yang bukan bukan... Biasalah aku, a man with curiosity... Heheheheeee... Seperti yang dijanjikan, kami menghabiskan waktu petang bersantai di beranda rumah... Tempat yang paling sesuai untuk menghirup teh dan menikmati juadah minum petang... Suasana agak nyaman dan tenteram dan petang kami bermula dengan pelbagai cerita menarik... Mengenai tempat kerja, mengenai keluarga... Kisah kawan kawan dan orang disekeliling sehinggalah ke hal hal peribadi... Aku agak terkejut bila member aku mula bercerita tentang hal CINTA... Topik yang jarang dibincangkan dengan orang lain... Bagi aku, kisah CINTA adalah kisah peribadi dan cuma certain certain people aje yang boleh mengetahui tentangnya... Yes, mungkin dengan kawan baik, kita boleh bercerita tentang cinta tapi adakalanya kita kena berhati hati sebab sebagai manusia, tidak semua diantara kita yang ikhlas untuk mendengar cerita CINTA kita... Takut silap haribulan, kepoh pulak satu kampung kisah CINTA kita dijaja... Susah kalau hati dah suka... Buatlah macam mane sekalipun, jika kita nak, kita mesti hendak dapatkannya... Cerita kawan aku ini berkisar tentang keinginannya untuk memiliki apa yang dihajati hati... Memang lumrah, jika hati dah suka, buat apa nak tunggu lama? Go ahead ajelah... Aku pesan kepadanya (kawan baik aku), jika benda baik, eloklah tu... Pastinya kedua orang tua pun tidak akan menghalang... Lagipun, usia dah semakin meningkat... Bila lagi nak berumah tangga? Cewahh... Aku bercakap seperti aku ni orang yang berpengalaman lak... Aku, kawin pun belum, senang2 aje nak nasihatkan orang... Hehhehhee.. Tapi sebagai kawan rapat, aku rasa tidak salah jika aku memberitahu dan mengingatkan dia kan... At least, aku dapat membantu dirinya untuk membuat keputusan... Apa yang tak syoknya, pilihan hatinya itu bukannya serius untuk menjalinkan hubungan dengannya... Apa yang dia lakukan selama ini adalah sekadar untuk mengisi kekosongan dalam hidupnya saja... Kawan baik aku sendiri yang bagitahu bahawa ramai kawan2 sepejabat sudah menasihati dirinya tentang siapa sebenarnya insan yang diminatinya itu... Jelas, dia bukanlah dari golongan yang jujur dan setia... Bagi kawan aku, memang sukar untuk menolak kerana dia seorang yang memenuhi citarasa insan yang dicarinya selama ini... Berpewatakan menarik, bijak, berketrampilan dan sebagainya... Dengan hati yang agak berat, aku cuba menyatakan pendapat dan pendirianku tentang apa yang telah diceritakan... Bagi aku, orang sebeginilah yang harus dielakkan dalam menjalinkan hubungan sebab mereka akan membuat diri dan hidup kita merana... Apalah gunanya ciri2 yang menarik kerana itu adalah pada zahirnya saja... Sesuatu yang tidak akan kekal lama... Namun, semua ini sukar untuk aku sampaikan kepada kawan baik aku kerana bila hati dah suka dan sayang, semua yang buruk akan jadi baik, yang pahit akan jadi manis dan sebagainya... Pokoknya, jika hati tidak kuat, kita akan terus hanyut dibuai nafsu yang sentiasa bermaharajalela... Aku cuma berdoa akan kawan baik aku diberikan petunjuk dariNya... Semoga dia akan beroleh kebahagian dengan jalan yang dipilihnya...

Saturday 11 November 2006

Manusia hari ini suka bersangka - sangka Ada sangkaan yang baik... ada sangkaan yang buruk...
Orang beribadah disangka riak Orang yang relax disangka malas Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk - nunjuk Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina) Orang yang makan banyak disangka pelahap Orang yang makan sikit disangka diet Orang baik disangka buruk Orang buruk disangka baik Orang senyum disangka mengejek Orang masam disangka merajuk Orang bermuzakarah disangka mengumpat Orang diam disangka menyendiri Orang menawan disangka pakai susuk dan buat suntikan 'botox' Orang nampak ceria disangka membela
Mana tahu, yang diam itu kerana sedang berzikir kepada Allah... Mana tahu, yang senyum itu kerana bersedekah... Mana tahu, yang masam itu sedang mengenangkan dosa dan kesalahan... Mana tahu, yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya... Mana tahu, yang ceria itu kerana cergas pemikirannya... Jauhi sikap bersangka - sangka kerana ia bakal merosakkan dan memusnahkan ukhwah seperti musnahnya kayu yang dimakan api... Sesuatu benda yang kita lihat, macam macam kesimpulan yang boleh kita buat. Semuanya bergantung bagaimana kita melihat dan mentafsirnya Sumber : Rie Online (www.rieonline.netfirms.com)

Friday 10 November 2006

Men 1. All men are extremely busy. 2. Although they are so busy, they still have time for women. 3. Although they have time for women, they don't really care for them. 4. Although they don't really care for them, they always have one around. 5. Although they always have one around them, they always try their luck with others. 6. Although they try their luck with others, they get really pissed off if the woman leaves them. 7. Although the woman leaves them they still don't learn from their mistakes and still try their luck with others! Women 1. The most important thing for a woman is financial security. 2. Although this is so important, they still go out and buy expensive clothes and stuff. 3. Although they always buy expensive clothes, they will still say that they never have something to wear! 4. Although they never have something to wear, they always dress beautifully. 5. Although they always dress beautifully, you hardly care. 6. Although you hardly care, they still expect you to compliment them. 7. Although they expect you to compliment them, when you do, they don't believe you!

Wednesday 8 November 2006

Assalamualaikum... Kelihatan ramai yang memakai baju kurung/kebaya warna warni bila datang ke office hari ini... Rasa seronok dan cantik!... Walaupun hari ini sudah masuk hari ke - 16 bulan Syawal (waduh, dah setengah bulan dah ye kita beraya), namun suasana dan kemeriahan raya tu tetap dirasai... Ni semua gara gara aku dan kawan2 aku yang memang giler nak beraya... Balas dendam lah konon sebab tak dapat gie beraya umah orang... Heheheheeeee....
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Hari ini, department aku buat jamuan raya... Alah, bukan kami engage caterer ke ape, potluck aje... Tu je yang mampu (rendah diri la konon)... Heheheeee... Tapi yang kelakau nye, potluck2 pun, bila dah kumpul2, mak aiihhh... terkejut aku! Punye lah banyak makanan... Dah macam makan kat hotel dah... Aku ingatkan kalau potluck nie, respon mesti kureng punye... Biasalah, dah ramai dok kat bandar, semua malas masak... Semua pakai tunjuk2 aje...
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Gitulah, memang banyak sangat makanan... Dari yang simple2 sampailah yang susah2... Dari dessert sampailah ke main course... Betapa meriahnya meja hidangan kat office aku nih... Aku dapat lihat masing2 sudah mula mengangkat dan meletakkan juadah mereka diatas meja... Ada yang aku tak pernah/tak suruh bawak pun dia orang bawak sekali... So, kira lengkaplah segala juadah... Cuma yang tak de ialah kuih raya aje... Masing2 asyik fikirkan apa yang hendak dimakan, sampai terlupa nak bawa kuih raya... But its OK sebab kemeriahan tu tetap ada....
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Aku sebenarnya nak bawa lontong (nasi impit dan kuah lodeh) tapi memandangkan member yang sorang lagi tu nak bawak, aku terpaksa cancel dan cari menu lain... Last2 aku decide nak bawa nasi dagang... Ape lagi, orang dari Pantai Timur tersenyum lebar bila dapat tahu antara menu utama ialah nasi dagang... Menu ni, bukan aku yang masak... Aku tempah aje sebab aku memang tak tahu nak buat... Yang penting, aku dapat sajikan menu ni khas untuk kawan2 aku kat office nih...
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting
Majlis berjalan lancar tanpa sebarang masalah... Yang paling best, boss mat salleh aku tu pun ade sekali dan dia hadir dengan berbaju Melayu warna hijau... Aku tak sangka yang dia agak sporting mengenakan pakaian tradisi Melayu itu... Setengah orang, tak nak pakai... Tapi dia cam OK aje... Lengkap dengan sampin! Aku terfikir, macam mane lah agaknya dia ikat sampin tu ye ??? Musykil gak aku.... Heheheheheeeeee.....

Saturday 4 November 2006

Hari ini, aku ada banyak jemputan "open house" dari kalangan member2 aku... Minggu nie lak, ramai orang dah ada kat rumah masing masing selepas pulang berhari raya dikampung minggu lepas... Kiranya, hari ini akan banyaklah pemilik rumah membuka rumah mereka untuk dikunjungi sanak saudara dan rakan taulan...

Begitu meriah sekali bila tiba musim perayaan... Beginilah kehidupan di Malaysia... Tidak seperti negara lain... Susah kita nak jumpa budaya dan adat resam begini... Betul lah kata pepatah, "hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri, baik lagi negeri sendiri"... Aku memang menyokong 100% bidalan Melayu lama ini kerana macam aku, walau sejauh mana pun aku pergi, aku tetap akan pulang ke Malaysia juga... Aku tetap akan tinggal di Malaysia, tanah tumpah darahku... Tidak mungkin aku dapat lupakan nasi lemak dan sambal ikan bilis... all those ulam ulam dan juga segala jenis sambal termasuklah sambal belacan... Mana nak cari semua ni kalau tak kat Malaysia??...

Bercakap mengenai ini, aku rasa hairan kat sesetengah rakyat Malaysia... Terlalu menganggungkan budaya luar especially budaya barat... Entah apa yang best sangat, aku pun tak tahu... Aku tak nafikan memang ada certain things about them yang bagus... Tapi bukan 100% bagus... Banyak jugak yang tak baik dan tak bagus... Aku kadang2 kurang berkenan dengan semua ini tapi apakan daya, aku pun tak boleh nak elak... Kadang2 tu hanyut jugak... Anyway, aku tetap aku... Budaya ketimuran tetap kekal dan kuat... Masih lagi suka lagu irama asli dan lagu2 Melayu... No doubt, sekarang lagu omputih sedap2 tapi aku tetap akan dengar lagu Melayu gak... Bagi aku, bahasa omputih nie sebagai alternate language aje... It will never be my first one...

Berbalik pada cerita raya dan rumah terbuka nih, pagi2 lagi aku dah bersiap untuk keluar... Tetiba, ada orang datang umah aku lak... Kenelah layan kejap... Yelah, tetamu ada, takkan nak cabut macam tu aje... Pulak tu, orang yang aku kenal lak tu... Segan aku... Dah tengahari masuk ke petang, baru aku start berjalan... Destinasi pertama ke Bangsar, umah kawan sekelas aku dulu masa buat Diploma Insuran... Sebelum tu, sempat pick up akak sorang ni kat Greenwood angkut bawak ke rumah member aku nih... So, kami gerak dari situlah... Aku dok kat umah member ni boleh tahan lama jugak... Melantak mee soto, roti jala dan nasik impit... Heheheeee... Sampai dah nak abisla makan tu aku dan akak sorang ni kerja kan... Maklumlah, dari pagi tak sempat jamah ape2... Asyik layan orang datang je...

Dah sudah tu, kita orang gerak ke rumah member satu department ngan aku kat Kampung Kerdas, Gombak... Haa.. dia nie memang dah rancang buat open house besar besaran... So, macam2 menulah dia buat... Siap ada dessert lagi tuh... Fuhhh... Complete set! Solute aku beb... Anyway, makan punye makan, sampai dah tak larat dah nak masuk... Kembung perut aku dengan segala benda... Nasik la.. mee soto la... roti jala lah... sagu gula melaka lah... ntah ape lagi tah... Semua benda aku hentam... Ikut planning, ade satu rumah lagi nak kene pergi nih... Adooiiiii... pengsan aku! Jangan nanti aku terbongkang kat sofa cukuplah...

Sampai umah yang last, dah Maghrib... Hujan lak tu kat luar... Aku solat dan relax kejap... Bagi turun/hadam dulu segala makanan tadi... Rumah last ni pulak masak makanan yang heavy2 lak tu... Macam set dinner aje... Spagetti bolognese dan mee kari!... Mak aihhh... Aku ni kalau sumbat gak ni, dah macam membela dah nih... Konon2 nak makan sikit lah, last2 senduk punye senduk, penuh sepinggan! Heheheheee... Nasib baik boleh habis... Kalau kecik hati tuan rumah...
Itulah kalau dah open house sekali gus... Kerja aku, mengerjakan makanan orang... Memang tak nak makan banyak, tapi bila tengok hidangan atas meja, tangan lak tak nak berhenti menyenduk dan mengambil... Gatal betul lah tangan aku nihhh...

Gitulah citer open house yang aku pergi kali ini... Macam2 lah aku ni... Yang bestnye kali ini, aku dapat jumpa ngan 'anak angkat' aku... Heheheee.. Korang ingat lagi tak "Baby Aqil"? Alah, baby yang pernah keluar entry aku sebelum nih... Yang lahir tak cukup bulan tu? Haa.. jangan korang tak tahu... Dia dah besau dah... Comel gilerrr!! Bila jumpa dia, aku geram sangat tengok pipi dia yang menggelebeh tu... Rasa nak cium2 aje; tapi tak boleh sebab hidung aku berminyak... Nanti comot lak si Aqil tu... Aku agah2, dia gelak... Terus aku amik dah dukung bawak jalan keliling... Mak aihhh... Berat !!!!!!! Lenguh gak le nak dukung si Aqil nih.... Heheheheheeeeee..

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Friday 3 November 2006

Semalam, aku masuk laman MySpace aku... Ingat nak go through segala mail dan pesanan dari rakan2...

Terkejut aku sekejap bila aku dapat satu mesej dari sorang mamat ni... Maki hamun aku kow kow punye... Dari gaya bahasa, memang dia mengamuk betul kat aku... Segala jenis perkataan yang tak sedap dibaca dan dengar dia taip dalam mesej tu... Aku rasa menyampah dan bengang gak lah... Entah ape yang dia marah sangat kat aku ni pun aku tak tahu...

Aku go through mesej dia... Rupa -rupanya dia marah sebab aku antar mesej kat awek dia... Aku pun mane la tahu itu awek dia... Yang aku tahu, semua kenalan yang aku approach dalam MySpace ni single... Aku tak mesej kat orang yang sudah berpunya/bini orang... Profile minah tu pun tulis single, aku pun antar le mesej...

Tiba2 lak mamat ni gie serang aku... Macam pompuan lak mamat ni nak serang dan mengamuk... Aku pun malas nak layan dan buat tak tahu aje... Lantaklah, aku bukannye nyusahkan orang... Aku masuk MySpace pun sekadar nak berkawan... So far semua kengkawan aku dalam MySpace nie tak de lak nak lebih2 ngan aku... Ok aje semua...

Aku perasan, semua nota dan komen yang aku antar kat minah ni dah di delete... Aku tak pasti sama ada minah ni yang delete ke, atau terpaksa delete ke atau mamat sewel ni yang delete kan... Pada mulanya, minah ni welcome aku as a friend dan minta aku komen banyak2 kat profile dia... dah jadi macam ni, terus senyap lak... Aku pun malas nak fikir perkara bodoh macam ni, terus aku remove minah ni dari list kawan kawan aku... Aku malas nak panjang cerita... Niat aku ikhlas dan kalau dah orang lain salah tafsir, aku tak leh nak cakap ape...

Semoga dia berbahagia dengan balak dia tu....
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.