Showing posts with label Persahabatan. Show all posts
Showing posts with label Persahabatan. Show all posts

Friday, 6 January 2023

Bersua kembali.

Siapa je yang tak suka makan? Sememangnya, makanan amat diperlukan oleh setiap makhluk yang bernyawa untuk meneruskan kehidupan. Zat-zat yang disediakan oleh makanan dapat memberikan tenaga dan seterusnya nutrisi yang diperlukan oleh badan kita. Tidak kira lah apa jenis makanan yang diambil, pasti akan ada kandungan nutrisi di dalamnya sama ada banyak ataupun sedikit.

Baru baru ini, jabatan tempat aku bekerja telah menganjurkan sesi makan-makan sempena hujung tahun 2022 dan meraikan pekerja-pekerja yang baru memulakan tugas. Konsep yang digunapakai kali ini ialah "potluck" makanya, sesiapa yang turut serta diwajibkan membawa menu untuk dihidang di tas meja. Terpulang menu apa yang hendak di bawa sama ada dimasak sendiri atau ditempah dari tukang masak di luar.

Biasalah, disebabkan semua bekerja dan tidak mempunyai banyak masa di rumah untuk menyediakan menu-menu yang ingin dibawa, ramai yang mengambil pendekatan untuk menempah sahaja. Menu yang dipilih dikongsi (bayaran) bersama. Bila dikumpul semua menu, sangat meriah jadinya sebab ramai yang ingin membawa menu masing masing.










Rata rata memang seronok kali ini melihat menu-menu yang terhidang. Pada yang baru pertama kali mengikuti program sebegini, mereka cukup terkasima sebab tidak pernah mengalaminya.

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Oh ya, dalam masa yang sama ada juga sesi bertukar-tukar hadiah bersama rakan-rakan. Seronok melihat masing-masing terhibur bila dapat hadiah dari orang lain.

Tradisi yang dapat mengeratkan hubungan silaturrahim seperti ini penting kerana tanpanya, ibarat datang kerja lepas tu balik. Tiada yang dapat mengeratkan sesama manusia melainkan "MAKAN" !

Sunday, 9 November 2008

Back for good...

Dah lama aku tak menjenguk laman aku ni... Dah penuh dengan sampah sarap... Kesibukan dengan pelbagai perkara membuatkan aku tiada masa untuk menulis disini... Rutin harian aku padat; pagi datang kerja sampai la ke petang... Lepas tu balik rumah, aku menyambung kerja-kerja yang terbengkalai sebab hari bersejarah akan tiba tidak lama lagi... Begitulah perjalanan aktiviti aku setiap hari... Aku tiada masa untuk diri sendiri apatah lagi untuk rakan-rakan... Semua ini bermula sejak bulan lepas... Ada yang sudah mengetahui dari awal dan ramai juga tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku... Tak apalah...

Aku tahu, ada antara kawan-kawan aku berasa tawar hati kerana aku tidak melayan mereka sangat... Sebenarnya, bukan aku tidak mahu melayan, tetapi tolonglah faham keadaan aku sekarang... Banyak benda aku nak kena fikir dan buat dan aku minta maaf sangat-sangat jika aku tidak dapat memenuhi permintaan kalian... Ada yang mengajak datang kerumah pada hari raya lepas tapi aku tak sempat datang... Bukan aku tak mahu datang, tapi banyak sangat undangan aku nak kena penuhi... Pulak tu, bulan lepas aku ada exam, berjalanan raya pun tak kemana... Aku banyak tumpukan perhatian aku pada ulangkaji dan aku memang tiada mood sangat nak beraya... Badan pun selalu sakit...

Maafkan aku jika ada di antara kalian yang rasa tidak berpuas hati tapi terus terang aku katakan, bukan senang bila berada didalam situasi dimana kau nak kena duduk exam, kau nak kena pergi rumah terbuka sana sini, kau nak kena siapkan persiapan majlis (majlis bukan majlis kecik-kecik tau!... Majlis perkahwinan ada satu, lepas tu majlis makan malam syarikat yang lepas pun aku nak kena handle dan fikir.... semua tu perlukan masa untuk membuat perancangan), masalah kerja, masalah peribadi... Kalau ikutkan, rasa nak meletup je kepala aku ni nak fikir dan selesaikan semua ini... Sampaikan waktu makan, waktu tidur aku pun jadi tonggang terbalik... Diri kadang-kadang tidak terurus!...

Walaubagaimanapun, semuanya terkawal dan aku cuba untuk menjaga hati semua pihak... Kalau ada yang tersinggung atau berkecil hati dengan aku, aku mohon maaf banyak-banyak dan aku berharap agar kalian memahami aku sebab aku boleh menerima dan memahami kalian... Entry kali ini bukan ditujukan khas pada sesiapa; ianya berunsur umum khas buat semua kawan-kawan aku... Jika tiada entry dalam jangkamasa yang agak lama, pastinya sekarang kalian sudah mengetahui sebab musababnya...

Jaga diri, hiasi peribadi.....

Saturday, 25 October 2008

Hari ini merupakan hari ulangtahun kelahiran sahabat baik aku yang sorang ni... Hari ini, genaplah usia dia yang ke-30 tahun... Hehehehe... Dah tua pun, tapi masih lagi tak kahwin-kahwin... Hehehehe....

Aku dengan dia memang sudah lama berkawan... Sejak kami di bangku sekolah lagi... Dulu, rumah kami dekat; belakang rumah aku je... Memang aku rajin singgah rumah dia dan kadang-kadang tidur sana sekali... Aku dan keluarga dia pun cukup rapat dan mak dia dah anggap aku macam anak dia sendiri...

Cuma sekarang, aku dan dia agak kurang sedikit berhubung kerana dia berada di Wellington, New Zealand; melanjutkan pelajaran di peringkat master... Insya Allah, jika tiada masalah, dia akan menamatkan sesi pelajarannya dan akan pulang ke Malaysia Mei tahun hadapan... Itu dari maklumat yang aku terima dari dia sebelum ini lah... Tapi tak tahu lah kalau-kalau dia nak terus menetap dan bekerja di sana...

Aku berdoa semoga dia sentiasa sihat dan dikurniakan kejayaan dan kebahagiaan sempena hari kelahiran dia hari ini... Semoga Allah sentiasa merahmati dirinya dan memurahkan rezekinya selalu... Dah tua bangka ni, memang tiada hadiah dan sebagainya, cuma doa dan ucapan yang dapat aku beri dan kirimkan... Semoga kami dapat bertemu kembali, Insya Allah....

Photobucket
Sahabatku bersama ibunya sebelum terbang ke New Zealand 3 tahun lepas...



Nota kaki: -
Tahun depan merupakan hari graduasi universitinya dan sepatutnya aku akan terbang kesana untuk melawat dan memeriahkan suasana... Tetapi aku tidak pasti sama ada boleh ke tidak kerana rumah aku pun sudah siap dibina, kunci pun dah nak kena collect... Nak kena pakai duit lagi... Banyak wooo nak kena buat!...

Serba salah juga... Tapi yang utama harus didahulu kan... Harap-harap dia faham lah...


Tuesday, 12 February 2008

Lantakla orang nak kata apa... Aku tak peduli!... Janji aku tahu apa yang aku buat... Lagipun, apa salah dia pada aku?... Dia pun manusia biasa macam orang lain... Hanya kerana dia 'istimewa' tidak bermakna aku tidak boleh berkawan dengannya... Dia pun berhak untuk berkenalan dan berkawan dengan orang lain... Bila terjadi macam ni, aku simpati dan kasihan dengannya... Bukan pintanya supaya jadi begini... Aku faham, insan 'istimewa' sepertinya memang agak sukar untuk diterima oleh masyarakat sekeliling, lebih2 lagi masyarakat Melayu kita... Apa yang aku dapat lihat, masyarakat kita lebih suka mengutuk, mengata dan mencemuh daripada menasihati dan membimbing... Pantang nampak cacat cela, pasti akan menjadi bahan mulut golongan2 yang 'pendek akal' ini... Kadang2, aku letih nak melayan karenah orang sekeliling... Tak habis2 dengan lemparan caci maki yang aku rasa agak keterlaluan... Tapi bila aku lihat air mukanya, sedikit pun tidak mengambarkan perasaan marah atau sakit hati... Seolah-olah tiada apa yang berlaku... Tak tahulah sama ada dia perasan dan merasainya atau tidak tapi jelas dia tidak menunjukkan sebarang reaksi... Mungkin dia sudah lali dengan semua ini... Hatinya sudah keras dan tepu untuk menepis setiap kutukan yang datang bertubi-tubi... Mungkin akal fikirannya sudah matang, "kalau dilayan, ibarat mencurah minyak kedalam api yang sedang marak...." Jadi tiada penghujungnya... Semua ini membuatkan aku rasa kagum, kagum dengan kecekalannya menghadapi kehidupan sebagai insan 'istimewa'... Cuma apa yang aku tidak faham, mengapa orang lain begitu extreme dan kasar dengannya sedangkan dia tidak pernah mengganggu dan menyusahkan sesiapa?... Tidak terfikirkah orang itu bahawa mereka juga manusia biasa yang punyai banyak kekurangan dan kelemahan?... Mengapa mesti dibanding-bandingkan kejadian antara kita?... Tidakkah itu ibarat menduga dan mempertikai ciptaan Tuhan?... Aku berdoa semoga kesedaran akan timbul dalam diri mereka2 yang terlalu taksub dengan kelebihan diri masing2... Moga Allah mengampunkan dosa2 mereka ini... Nota kaki:- Aku cuba untuk menyelami perasaan insan 'istimewa' ini dan hakikatnya mereka tidaklah seperti mana yang kita jangkakan... Buruk diluar, tidak semestinya buruk didalam... Malah, mereka jauh lebih baik dari orang lain... Sekurang-kurangnya mereka sedar siapa diri mereka... Jadi, aku tidak akan rasa kekok dan malu untuk berkawan dengan mereka sebab aku tahu, apa yang aku lakukan tidak bertentangan disisi agama dan pegangan hidup aku... Kalau orang lain rasa ianya salah, terpulang... Itu hak individu... I really don't care..........

Sunday, 3 February 2008

Aku kebosanan, tak tahu nak buat apa... Sebenarnya, aku banyak kerja nak kena buat, tapi bila aku nak buat aje, aku tak tahu nak mula kat mana... Langsung aku tolak ketepi segala benda yang aku plan nak buat hari ini... Since aku ada kat rumah, dan laptop pun dah depan mata, terus aku on internet... Surfing ke laman web kegemaran aku... Selain dari baca e-mel yang memang berkurun lama tak berbukak, aku sempat masuk/lawat ke beberapa blog kawan2 yang sudah biasa dengan aku... Tinggalkan komen mane yang patut dan pesanan di kotak mesej masing2... Dah selesai, ingat nak tutup dan start buat kerja... Tetiba, aku teringat satu laman web yang agak lama aku tak masuk... Dah lama aku tak jenguk MySpace aku... Entah ape cerita dalam tu, aku pun tak tahu... Mesti ramai yang tinggalkan komen dan message... Sian diaorang... Aku masuk dan check, terbukti memang banyak message yang tidak berbalas... Malu aku dengan diaorang2 ni sebab dah lama tak baca dan balas message dia... "Ampun yaa......." It takes me almost an hour to reply all messages in my Inbox... Fuhhhhhh... Dah sudah tu, saje aku godek2 MySpace aku... Aku perasan, MySpace skarang dah upgrade sistem diaorang... Nampak canggih dan presentable sikitla kalau nak dibandingkan dengan dulu... Dulu, aku tengok pun takde selera... Plain dan banyak benda mengarut dalam tu... Tu yang buat aku hampir melupakan MySpace ni... Benda ni timbul masa member aku hantar link MySpace dia... Aku klik, terus aku teringat kat MySpace aku... So, memandangkan banyak benda tak update, aku pun meng'apdet' semua data2 dalam profile aku... Mane yang patut ditukar, aku tukar... Ikut current condition diri aku sekarang... Kalau dulu single, skarang kene letak "in relationship"... Hehehehee... Bahaya woo... Nanti kalau 'orang' tu tengok dah baca MySpace aku dan aku mengaku aku single, kang moncong 10km pulak nanti... Tak sanggup aku nak tengok!... Hehehehehee.....
MySpace
Layout MySpace aku yang baru... Suka bangat!!!!...
Pastu, entah macam mane, tetiba lak datang rajin nak tukar cat MySpace aku... Godek ler laman web cari mane2 cat yang berkenan... Jumpa, terus apply... Bila preview, walla..... Aku suka sangat!!!... Warna kegemaran aku menjadi santapan mata pelawat... Puas hati dengan hasil kerja pencipta asal... Terima kasih kepada dia yang menghasilkan background ni... Kenapa aku join MySpace???... Dulu aku rajin buat benda2 ni... Selain dari cari kawan, aku dapat kenal ramai awek2 cun... So far, memang ramai tapi semuanya sekadar kawan... Tak lebih dari tu... Depa semua pun dah ada teman istimewa... Takkan aku nak kacau line pulak kan???... Aku pun, kalian paham2 jela... Aku dengan mereka2 dalam MySpace ni ibarat "teman tapi mesra".................... :) Nota kaki:- Selain dari MySpace, aku ada: - 1) Imeem - untuk aku dengaq lagu dan host dalam blog aku... 2) YM - untuk aku chat dan webcam ngan kawan2... 3) Blogger - untuk aku mencoretkan apa yang tersirat dalam hati... 4) Photobucket - untuk aku host segala gambar2 yang menarik... 5) Msjbox - untuk kawan2 tinggalkan pesanan... 6) GMail - sebagai e-mel rasmi aku... 7) ARES - untuk aku download lagu dan video 8) Youtube - untuk aku host video... Jarang sangat pakai sebab aku takde video sgt.. 9) Ape lagi yek??... Ade la a few portal yang aku guna...

Monday, 28 January 2008

Sekadar bacaan dan renungan bersama... Apa pendapat kalian?... Adakah anda akan menganggap seseorang yang anda kenali itu sebagai seorang kenalan, kawan atau sahabat??... Setakat mana janji anda pada sahabat anda?... Sudahkah anda menunaikan janji tersebut?... Fikir-fikirkan... ~ Reez ~ Sepanjang perjalanan hidup kita selaku manusia, kita berpeluang berkenalan dan mengenali banyak orang. Orang-orang ini pada amnya dapat dikatogeri kepada tiga kumpulan : Kenalan, Kawan dan Sahabat... 1. Kenalan (Known):- Orang-orang ini adalah mereka yang kita kenali nama atau ingat nama mereka namun kita tidak rapat dengan mereka. Perhubungan adalah berputar sekitar "Hai atau Hello..." lalu berjabat tangan dan bersoal-jawap beberapa soalan dan meminta diri. "Wak, minta maaf, saya ada urusan... Sampai jumpa lagi... Ok, bye..." Pendek kata, kita saling mengenali tetapi tidak rapat dan tidak merasa apa-apa meskipun tak berhubungan sekalian lama. Kerana mereka tidak mempangaruhi dan tidak menyentuh hidup kita. Tidak ada kerinduan untuk bertemu. Tapi kalau terjumpa secara tiba-tiba berteguran juga. Namun tidak dapat bercerita panjang. Macam mau cepat-cepat pergi saja dengan alasan ada urusan. Rasa seperti tidak enak bercakap lama-lama. Kalau dibawa pergi makan dan minum pun tidak mahu. Pasti menolak dengan alsan sudah "baru juga makan dan minum nii..." Inilah yang dikatakan orang-orang yang kita kenali namun tidak rapat. Tetapi bagi orang-orang yang tiba-tiab kita jumpa dan mereka masih mesra dengan kita, mereka inilah yang dikatakan kawan atau "Companions". 2. Kawan (Companions): - Mereka ini adalah orang-orang yang bersama-sama dengan kita terutama sekali semasa bersekolah, atau menuntut di pengajian tinggi atau sama mengikuti kursus atau latihan untuk suatu aktiviti. Malah sama sama membesar dan bersukan seperti bermain bolasepak. Dimasa-masa tersebut kita rapat sekali tetapi bila dah tamat sekolah, atau pengajian atau kursus dan masing-masing sibuk dengan pekerjaan dan kehidupan sendiri maka perhubungan itu menjadi renggang. "Lost contact" dah. Walau bagaimana pun kalau terjumpa dikedai atau dimana-mana pasti panjang cerita. Disamping meluangkan masa untuk makan dan minum. Inilah yang dikatakan kawan. Pendek kata, jarang-jarang berjumpa tetapi kalau tiba-tiba berjuma pasti ramai juga! Kisah-kisah lalu terungkit kembali. Kisah yang manis dan lucu pasti menjadi bahan percakapan. Tapi apa yang jelas ialah kawan biasanya tidak "keep in touch" dengan kita. Tetapi bagi beberapa orang yang "stay in touch" dengan kita meskipun pun tak selalu tetapi mereka tetap bertanya khabar sekali-sekala, orang-orang seperti inilah yang dikatakan Sahabat atau "Friends." 3. Sahabat (Friends): - Orang-orang yang kita kenali dari dulu lagi sampailah sekarang. Meskipun tak selalu berjumpa tetapi rapat. Kalau ada apa masalah seperti merekalah yang kita cari dan mereka sedia membantu. Dan kalau ada keramaian seperti perkahwinan mereka pasti kita jemput. Walaupun tidak selalu bertemu namun sekurang-kurangnya ada beberapa kali bertemu didalam setahun. Misalnya pada hari-hari perayaan. Mereka pandai datang sendiri ke rumah atau tiba-tiba muncul dihadapan rumah kita. Kalau berjumpa pasti panjang sekali cerita dan makan bersama. Mereka ini kalau mendengar kita ada masalah besar mereka pasti datang dan memberi bantuan meskipun kita tidak meminta. dan mereka ini juga tidak meminta-minta daripada kita. Mereka iklas dan jujur didalam persahabatan. Inilah yang kita kenali sebagai sahabat sejati atau "best friend." Memang banyak sekali orang yang kita temui didalam hidup kita. Namun bukan semua orang boleh dianggap sebagai sahabat. Sebenarnya kebanyakan yang kita kenal sekadar menjadi kenalan dan kawan sahaja. Walau bagaimana pun, samada seseorang itu sekadar kenalan atau kawan atau sahabat, perkara ini terserahlah kepada kita untuk menilai orang-orang yang kita temui didalam hidup kita. Namun kalau kita telah berjanji kepada seseorang bahawa kita akan menjadi sahabatnya selama-lamanya maka kita ada kewajipan untuk membuktikan janji kita ini. Jangan hanya manis dimulut sahaja tetapi dihati lain-lain. Pendek kata, bersahabat biarlah selama-lamanya dan paling penting, dengan hati yang ikhlas... Sumber : Tidak Diketahui (E-mail)

Thursday, 3 January 2008

Aku tak faham ler manusia zaman sekarang... Kerek semacam... Dah la kerek, berangan pulak tu... Macam dia sorang aje yang bagus dalam dunia ni... Aku malas nak layan orang macam ni... Buat sakit hati aku aje... Dari terus 'sakit jiwa', baik aku layan benda lain... Dah la mula-mula beria ia nak berkawan dengan aku, bila aku tanya, lain pulak kaedahnya... Apa motif yang sebenar, aku tak tahu... Tapi aku yakin, selama ini dia tidak pernah ikhlas dengan apa yang dia lakukan... Sehingga kini, aku tidak tahu apa motif dia yang sebenar... Apa-apa pun, aku dah ucapkan "selamat tinggal" padanya... Aku tak perlu terangkan pada dia mengapa aku lakukan semua ini... Harap2, dia faham sendirilah... Dah dari mula cari pasal, fikir dan selesaikan sendiri... Aku tak mahu mengingati semua perkara yang tidak enak ini... Apa yang lepas, aku jadikan sebagai pengajaran yang paling berguna... Dia tak ada, aku boleh hidup sempurna dan macam biasa... Tapi kesian padanya kerana dengan perangai sebegitu, dia akan mengundang amarah orang lain... Aku mungkin boleh bersabar, tapi tidak bagi orang lain...

Thursday, 6 December 2007

Terkejut... Rasa geram... Rasa marah... Kelakar pun ye gak... Tadi beria ia aku rushing ke Mid Valley semata mata nak berjumpa dengan seseorang yang sebelum ini ingin berkenalan dengan aku... Bukan main poyo je antar SMS cakap nak kawan la, ikhlas la... Bla... bla... blaa..... Aku ingatkan betul2 la dia ni nak berkawan ngan aku... Aku tak kesah sangat, sape2 nak kawan ngan aku, aku OK aje... Asalkan dia tahu hargai persahabatan dan ikhlas dengan niat dia, sudah memadai... Jangan nanti, bila dah berkawan, ada pulak niat dan hasrat yang bukan2... Itu aku tak boleh terima... Anyway, aku pun janji la dengan dia ni dalam pukul 6.30 petang... Nak pi jumpa awal, tak boleh sebab aku habis kerja pukul 5.45 petang... Paling awal aku boleh sampai kat Mid Valley tu dalam pukul 6.15... Tu kira dah tolak waktu sangkut dalam jam dan cari parking... Maklumlah, awal bulan ni ramai yang pergi shopping!... Gaji dah masuk la katakan... Aku tunggu budak ni kat Secret Recipe; tempat kebiasaan aku untuk jumpa dan meeting ngan orang luar... Tunggu punya tunggu, tak gak muncul2 si dia ni... Aku terus SMS, tanya dia ada kat mane, dan jawapan yang aku terima ialah dia tersangkut dalam jam kat area Petaling Jaya... Huh???!!!... Nampak gayanya, duduk lama lagi la aku kat situ... Mahu lagi setengah jam kot... Aku belek jam handphone aku, dah dekat pukul 7.00 malam.... Adehhhh.... Nak buat macam mane, aku tunggu jelah dia ni datang... Sambil2 tu, aku selak helaian menu Secret Recipe yang ada kat depan mata... Setelah habis diselak, aku toleh keliling, melihat kalau ada2 orang yang aku kenal lalu lalang kat situ... Tiba2, aku ternampak kelibat seseorang yang memang aku cukup kenal... Dan orang nie memang rapat giler ngan aku... Tapi sepatutnya, dia ada kat Wellington, New Zealand!! "Aaaaaa.... Ape dia buat kat sini", detik hati aku... Dari jauh dia berjalan sambil muka tunduk kebawah menuju ke tempat duduk aku... Bila dekat, confirm memang kawan baik aku dan bila dah dekat, dia tersenyum... Kami pun bertegur sapa dan akhirnya dialah budak yang nak jumpa sangat ngan aku tu... Apa lagi, terkeluarla kata2 laser dari mulut aku ni haa... Puas aku kutuk dan marah2 pada dia sebab main2 ngan aku... Dalam hati, rasa gembira dan malu dengan dia... Yelah, habis pecah rahsia aku dia korek... Ciss!!!!.... Kami berbual panjang dan banyak perkara yang dia ceritakan pada aku... Pasal kehidupan dia kat sana, study, exam, dan kenapa dia boleh tercegat kat depan aku... Dia bagitau sebenarnya dia dah ada kat Malaysia dekat sebulan... Aku terkejut dan terus melenting dengan dia sebab balik tak bagitau aku... Pastu, siap main2 lagi ngan aku... We spent our time together tadi dan dekat nak tengah malam baru balik... Well, aku kena lah spent time aku sebab dia ni bukan boleh balik selalu... Inilah satu2 masa yang dia boleh balik... 3rd January nanti, dia dah kena fly semula ke NZ untuk sambung study dia sampai lah February 2009!... Lambat lagi nak habis... Kalau aku nak jumpa dia pun mungkin tahun depan, tu pun tengok pada keadaan... Kalau ada masa sampai la aku kat NZ tu...

Thursday, 9 August 2007

Buat mereka yang menganggap diriku sebagai rakan...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Sunday, 15 July 2007

Aku tak terkejut pun bila dapat tahu dia nak kahwin... We use to be good friends before; very, very close tapi gara gara kesilapan dan perangainya yang tidak mahu berubah, hubungan persahabatan kami retak... Aku bukan nak menuding jari menyalahkan sesiapa... Terang terangan semua ini adalah berpunca dari dirinya sendiri... Aku tak faham kenapa dia sanggup buat semua ini pada aku... Bukan itu sahaja, benda yang sama dia buat pada kawan2 yang lain... Apa faedahnya yang dia dapat? Lagi menambahkan sakit dihati, adelah... Aku pula yang semakin lama semakin menyampah dengan perangainya... Perasaanku belum sampai ketahap ingin membenci lagi... Aku berdoa semoga aku tidak membenci dirinya kerana ia akan mengundang bala dosa untuk diriku sendiri... Cukup2 lah dengan dosa yang aku lakukan sebelum ini... Kawan sepejabat aku yang bagitahu yang dia bakal melangsungkan perkahwinan pada bulan Ogos ni... Tak silap aku pada 11 Ogos kot... Saje aku belek diari aku, owhhh... Aku dah ada program... Aku ke Kudat waktu tu... Misal kata aku dapat jemputan, tidak mungkin aku dapat hadirkan diri ke majlisnya... Tiket dah pun ditempah awal2... Hotel dan persiapan disana telah pun dibuat 2bulan dah lepas... Semuanya telah dirancang dengan baik... Sempat jugak aku bertanya pada member aku ni, "siape lagi yang dijemput?" "Tidak ada sesiapa yang dijemput kecuali Kak Hairani sorang", balas memberku lagi... Dahiku berkerut... Hatiku bertanya, kenapa tidak ada kawan2 yang dijemput?? Pelik sungguh! Selalunya bila kita akan menyambut dan meraikan hari bahagia menaiki takhta pelamin, rakan dan taulan pasti ada bersama berkongsi kegembiraan dan kebahagiaan... Tapi kali ini lain pula ceritanya... Again, berbalik pada cerita sebenar... Pasti dia takkan jemput disebabkan apa yang telah dilakukan pada aku dan kawan2 yang lain... Mungkin dia takut menanggung malu dengan perbuatannya? Ishh, aku ni... Tak baik berprasangka sebegitu padanya... Tapi aku tak boleh terima hakikat bahawa dia tidak menjemput satu pun dari kalangan kami2 ni... Padahal, kami semua telah lama berkerja dengannya... Ada yang satu department, ade yang satu tingkat... Tapi kenapa tiada jemputan? Apa2 pun, dia pasti ada jawapan yang tersendiri... Jemputan majlis adalah hak orang yang menganjurkannya... Kita sebagai orang yang tiada kena mengena tidak berhak untuk menentukan siapa jemputan yang patut hadir... Doa aku, semoga dia berbahagia dengan pilihan hatinya... Dan aku berharap agar dia sedar akan kesilapan yang telah dilakukannya dan tidak mengulanginya dalam kehidupan seharian... Kalau tidak, nescaya terseksalah pasangannya kelak...

Thursday, 12 July 2007

Aku tersenyum... Bukan kerana ada awek cun yang usha aku... Bukan kerana aku menang apa2 pertandingan... Bukan kerana aku dapat duit beribu ribu... I'm smiling because of one SMS... The one that I'm expecting for... Ianya dihantar oleh seseorang yang aku rindukan sangat2... Dah lama aku tak bersua muka dengannya... Dan sememangnya kami takkan dapat berjumpa sehinggalah tahun hadapan kerana dia telah pergi melanjutkan pelajaran ke luar negara... Namun begitu, kami sentiasa berhubung secara maya... But again, perasaan tu tak sama bila kita bersua muka... Kita lebih dekat bila berhadapan dengan seseorang... Walaupun dah seminggu aku menyambut kelahiran aku, perasaan gumbira itu tetap ada... Walaupun tahun ini tidak seperti tahun yang lepas, aku tetap rasa happy... Happy kerana yang jauh tetap ingat padaku... Sebelum pemergiannya, kami pernah berjanji bahawa masing2 harus meneruskan perjuangan seperti mana yang telah dirancang... Jangan sampai terputus ditengah jalan. Sehingga kini aku tidak lupa janjiku padanya dan alhamdulillah, aku bersyukur kerana masih lagi berada dilandasan yang sepatutnya... Sempena hari lahirku tahun ini, sekali lagi aku telah menerima ucapan darinya... Ucapan yang terbaik yang pernah kuterima seumur hidupku... Ringkas, padat dan cukup bermakna...
"Live Life, YOUR RULES"
Inilah hadiah yang paling bermakna buat diriku dari seorang insan istimewa yang banyak membantuku ketika aku memerlukan teman disisi... Tidak semua orang boleh menjadi teman yang baik... Apatah lagi yang rapat dan memahami diri kita... Tapi, bila aku dengannya, we've something in common... We compliment each other... Of course, kadang2 tu ada juga berselisih faham tapi aku cepat2 leraikannya... Bagi aku, tiada gunanya aku drag on semata mata nak mempertahankan ego diri sendiri... Lagipun, apa lagi yang perlu dipertikaikan? Kalau aku salah, aku terima kesilapan aku dengan hati terbuka dan begitu juga dia... Thank you my dearest friend... Thank you for being such a wonderful friend to me... Semoga persahabatan ini kekal abadi, selamanya...
"Friendships are what our dreams are made of. We hold onto each other with its binding love. We stand close to each other, hand in hand, showing each other we understand"
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.