Tuesday 30 September 2008

Photobucket


Sebening air wudhu' yang membersihkan...
Sesuci Al-Quran yang tiada tandingan...
Semerdu alunan zikir yang memuji kebesaran Tuhan...
Seindah solat lima waktu yang dikerjakan...
Setenang hati yang tiada rasa benci dan dendam...

Andai tanganku tidak sempat berjabat...
Andai muka tidak sempat bertatap...

Ku mohon seribu kemaafan darimu...
Atas segala kekhilafan yang lalu...


"Selamat Hari Raya Aidilfitri" buat semua teman-temanku yang aku sayangi disini...
Buat semua pembaca yang setia menanti...
Buat semua pelawat yang datang dan pergi...

Semoga sinar Syawal yang dikurniakan Ilahi...
Sentiasa menemani kita disisi... Insya Allah......




Image : Credit and thanks to Nizam

Info bagus untuk dikongsi bersama...


Oleh : Zaini Hashimi (Harakah Dailynet)

Dalam beberapa jam lagi Ramadan yang mulia akan melabuhkan tirainya yang menandakan berakhirnya kemuliaan bulan ini dan disusuli pula dengan kedatangan Hari Raya Aidilfitri, atau menurut bahasa Arabnya ialah ‘Idul Fitri yang bermaksud kembali kepada fitrah.

Ini kerana sepanjang sebulan di bulan Ramadan, seseorang itu telah memenuhkan agenda bulan tersebut dengan pelaksanaan amal ibadat yang mampu menjadikannya sebagai hamba Allah yang terbaik seperti membaca dan bertadarus al-Quran, bersolat jamaah sama ada solat-solat fardu dan tarawih, bersedekah, beriktikaf dalam masjid, memberi atau menyediakan juadah berbuka puasa kepada mereka yang berpuasa dan banyak lagi.

Seolah-olah amalan yang dilakukan itu menjadikannya bersih serta suci bagaikan anak-anak kecil yang baru dilahirkan oleh ibu-ibu mereka, inilah yang dikatakan kembali kepada fitrah, selagi mana seseorang tidak memelihara fitrah selepas Ramadan, maka tidak mustahil fitrah dirinya terdedah kepada virus yang menjerumuskannya ke dalam lembah kehinaan.

Walau bagaimanapun kejayaan mentarbiahkan diri sebulan pada bulan Ramadan dan berakhir dengan sambutan Aidilfitri, tidak disia-siakan kerana Allah SWT memuliakan mereka dengan hari raya seperti yang diungkapkan-Nya menerusi ayat 185 surah al-Baqarah yang bermaksud: "Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadan dan supaya kamu membesarkan Allah dengan Takbir dan Tahmid serta Takdis kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur."

Sesungguhnya umat Islam merayakan hari raya ini dengan penuh kesyukuran dan dengan pelbagai jenis amal bakti yang diredai oleh Allah SWT, di antaranya solat Hari Raya, ziarah menziarahi di antara sesama mereka, bersedekah dan lain-lain lagi.


Kemuliaan Hari Raya

Kemuliaan Hari Aidil Fitri diterangkan oleh Allah di dalam Al-Quran dan oleh Rasulullah di dalam beberapa hadisnya.

Oleh itu umat Islam amat digalakkan untuk menghidupkan malam Hari Raya sama ada Hari Raya Puasa atau Hari Raya Korban.

Sehubungan dengan inilah Allah berfirman di dalam Al Quran menerusi ayat 185 surah al-Baqarah yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangan (hari terakhir Ramadan 30 hari) dan kamu mengagungkan Allah (bertakbir raya) atas petunjuk-Nya yang dianugerahkan kepada kamu agar kamu menjadi orang-orang yang bersyukur."

Kemuliaan Hari Raya juga diterangkan di dalam Hadis seperti sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Daripada Umamah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda barang siapa mengerjakan amal ibadah pada malam Hari Raya Aidilfitri dengan mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati pada hari kiamat sebagai matinya hati orang-orang yang kafir ingkar pada hari kiamat.

Daripada hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa Hari Raya satu perkara yang disyariatkan dalam Islam dan pada Hari Kiamat kelak orang-orang yang beriman dan beramal soleh hatinya hidup bahagia dan gembira kerana berjaya mendapat balasan yang baik dan keredaan Allah azzawajallah hasil daripada amal-amal kebajikan yang mereka kerjakan di dunia seperti berpuasa di bulan Ramadan.

Sebaliknya orang yang kufur dan ingkar hatinya mati mereka hampa dan kecewa pada hari itu kerana dimurkai oleh Allah dan mereka ditimpa dengan seburuk-buruk balasan.

Terdapat juga hadis-hadis yang lain yang menceritakan tentang menghidupkan malam Hari Raya seperti hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tabrani r.a. yang bermaksud:

"Barang siapa menghayati malam Hari Raya Aidil Fitri dan malam Hari Raya Aidil Adha dengan amal ibadah sedang dia mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati seperti hati orang-orang kafir."

Umat Islam digalakkan menyambut Hari Raya Aidil Fitri dengan tahmid sebagai bersyukur kepada Allah bersempena dengan hari yang mulia itu. Ini diterangkan di dalam Al-Quran dan juga di dalam hadis Rasulullah s.a.w.

Firman Allah SWT, maksudnya: Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadhan dan supaya kamu membesarkan Allah dengan Takbir dan Tahmid kerana kamu telah mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur."

Daripada hadis pula sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. maksudnya: Hiasilah Hari Raya kamu dengan Takbir dan Tahmid.

Di dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda daripada Anas r.a. maksudnya: Hiasilah kedua-dua Hari Raya kamu iaitu Hari Raya Puasa dan juga Hari Raya Korban dengan Takbir, Tahmid dan Taqdis.

Ini bermakna, seseorang muslim itu adalah digalakkan agar menghidupkan malam hari raya dengan amalan-amalan yang boleh mendekatkan dirinya kepada Allah bagi menjamin hatinya tidak akan mati pada hari kiamat.

Adalah lebih baik mengemas rumah, menjahit baju yang masih belum siap, menggosok pakaian raya untuk persiapan solat pagi raya bagi membesarkan Allah, menggantung langsir dengan niat mencantikkan rumah, kerana Allah suka kepada yang indah dan cantik, daripada menghabiskan sepanjang malam raya dengan menonton rancangan televisen, apatah lagi rancangan hiburan, filem, seloka Aidilfitri, mendengar lagu raya yang mengasyikkan, kerana tindakan itu sedikit sebanyak boleh menjejas pahala yang kita raih sepanjang bulan Ramadan.


Aktiviti pagi raya

  1. Aidilfitri digalakkan bersarapan terlebih dahulu.


  2. Mengenakan pakaian raya yang baru (tapi ia bukan satu kemestian) serta berwangi-wangian bagi orang lelaki.


  3. Bersegera pergi ke tempat solat, sama ada masjid, surau, dewan terbuka atau di tanah lapang, iaitu dengan melalui jalan lain dari jalan yang dilalui sebelum menunaikan solat.


  4. Antara amalan yang patut dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri.


  5. Pada pagi Hari Raya, umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin.


  6. Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah jiran tetangga, sanak saudara dan rakan taulan.

    Ini kerana mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.


  7. Menceriakan suasana hari raya dengan memberi anak-anak sampul duit raya (sebagai amalan 'idkhal as-surur' iaitu menggembirakan orang lain terutama kanak-kanak.)


I received another tag from another good friend of mine; Chime...

Rasa terkejut juga bila nama aku termasuk dalam senarai tag dalam blognya... Rasa terharu dan dalam masa yang sama, sedikit rasa bersalah kerana tidak menjawab tag ini secepat mungkin... Aku agak sibuk dan keadaan tidak mengizinkan untuk aku mencoretkan apa-apa disini buat seketika...

Chime, maafkan Reez ek.. Here's the answer for your tag...


1) 1st time naik kapal terbang

Well, first time Reez naik kapal terbang waktu umur Reez 3 bulan kot... Waktu tu balik kampung Reez... Lepas tu, dah lama tak naik kapal terbang sampaila umur Reez 24tahun, tak silap Reez...


2) 1st time beranak

Maaf, soalan ini tidak relevant dengan Reez... Tiada jawapan yang boleh Reez berikan... Tapi kalau tanya bila first time kucing Reez beranak, tak silap Reez waktu Reez darjah 3... Waktu tu Reez ada bela kucing betina dan first time Reez dapat anak kucing baru... Hehehehe...


3) 1st time gi overseas

Reez first time pergi oversea waktu umur Reez 3 bulan gak... Waktu tu, Reez balik kampung Reez... Untuk pengetahuan semua, Reez berketurunan Minangkabau asli dari Indonesia dan kampung Reez terletak kat Sungai Dodok, Sumatera Barat, Indonesia... Tak percaya?


Ya, Reez memang orang Indon... Mak Reez orang sana dan abah Reez orang sini... Kami adik beradik dilahirkan disini dan sekarang mak dah menetap kat sini lebih dari 30 tahun... Dah dapat kewarganegaraan Malaysia dah pun... Walaupun Reez lahir disini, tapi Reez tak pernah lupa asal usul Reez dan jika berpeluang, Reez pasti akan balik kesana... Rindu gak kampung halaman...

Jadi, waktu umur Reez 3 bulan, Reez balik kampung dan itulah first time Reez gie oversea... Hehehehee...


4) 1st time duduk jauh daripada family

Reez tak berpeluang duduk asrama jauh2 macam orang lain... Asrama yang pernah Reez duduk waktu sekolah menengah dulu... Tu pun beberapa km je jauhnya... Nak balik rumah tiap2 hari pun boleh... Duduk sana pun sebab nak belajar dan tak nak diganggu... Tapi kalau asrama luar dari KL, tak pernah lagi... Kadang2 teringin jugak... Hehehehe....


5) 1st time kerja...

Waktu cuti sekolah... Reez kerja kat Hotel Crown Princess KL... Kerja banquet... Saje buat part time... Tapi bila dah start buat, masya Allah... Allah je yang tahu!... Rasa nak berhenti je lepas tu... Kerja berat dan teruk but it is good experience for me...


6) 1st time rasa diri gemuk..

Reez bukan jenis gemuk... Sejak kecik, memang jenis kurus kering... Tak pernah naik-naik badan Reez ni... Maintain slim sepanjang masa... Kadang2 hati teringin juga nak berisi sekali sekala, tapi tak boleh juga... Mungkin kerana kadar metabolisme Reez tinggi kot...

Bukan puasa ni tak usah cakaplah... Nampak bebenor rangka... Boleh buat gitar tau... Hehehehe...


7) 1st time bercinta?

Reez first time mengenali cinta ketika Reez di bangku sekolah menengah... Biasalah, cinta monyet la katakan... Budak perempuan tu adalah cinta pertama Reez... Kami sama2 belajar kat pusat tuisyen yang sama... Sekolah dia pun dekat dengan sekolah Reez... Jadi, bila balik dari sekolah, selalu saing dengan dia...

Dia baik orangnya... Lemah lembut dan manis... Manja pun manja... Sentiasa buat Reez cair setiap waktu... Hubungan kami tak lama dan akhirnya putus selepas kami tamat sekolah... Dengar cerita, dia sambung belajar kat Australia...


8) 1st time rasa diri cantik??

Cantik?... Maksud soalan ini handsome ke?...
Well, Reez tak pernah rasa diri Reez handsome atau menarik... Errr.... Handsome ke Reez ni?


9) 1st time masuk cinema

Reez tak ingat, tapi semestinya first time Reez masuk panggung wayang ketika Reez sudah bekerja... Waktu zaman budak2 dulu, Reez tak pernah pergi panggung wayang sebab tak tahu dan tak pandai... Pastu, Reez takde duit (al-maklumlah, budak kampung yang miskin) nak tengok2 wayang ni...

Sekarang, tak usah cakap, asal ada cerita baru yang best, Reez merupakan orang pertama di hadapan kaunter tiket... Heheheheeee...


10) 1st time admitted in hospital

Alhamdulillah... Belum pernah lagi... Dan Reez berdoa moga-moga tidak akan masuklah... Cukup gerun dengan peralatan dalam hospital...

Tapi Reez selalu pergi hospital... Ramai kawan2 Reez suka sangat masuk hospital... Hehehehehe...


11) Pilihan hati.....

Maksudnya?... Buah hati ke?... Well, dah ada buah hati dah (Reez rasalah kot....) Masih lagi dalam proses kenal mengenali... Dia baik orangnya, berpendidikan, sopan santun, dan yang paling penting, dia tidak menyakitkan hati dan mata Reez ni... Susah nak cari orang begini... Alhamdulillah, Reez jumpa dia... Rasa bersyukur pada Allah SWT kerana menemukan Reez dengan si dia...



OK Chime, Reez dah jawab semua soalan Chime... Ada pape soalan?... Hehehehehe....
Sekian, terima kasih....

Monday 29 September 2008

Salam sejahtera...

Bertemu kita kembali di arena blogging ini... Cewah, macam pembaca berita pulak aku ni... Well, aku pun dah lama tak update blog aku ni disebabkan oleh beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan... Jadi, aku mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf kepada semua yang terlibat; para pelawat dan pembaca blog aku...

Aku telah di tag oleh Dee baru2 ini dan aku tidak sempat untuk mencoretkan jawapan bagi soalan dalam tag nya... Kali ini, aku berkesempatan untuk melihat soalan-soalan yang ditujukan dan cuba untuk menjawab mengikut kehendak yang telah ditetapkan...

Here goes....


Syaratnya…

  • Kena jawab soalan. Secara jujur & ikhlas.

  • Berikan soalan yang sama kepada rakan bloggers lain. Jangan lupa habaq kat mereka. Kalau tak kasi, bukanlah ‘tag’ namanya… (Part ni aku tak leh nak buat sebab tag ni hampir basi...)

  • Hantar la kat brapa banyak pun kawan.



  • 3 PERKARA - RAMADHAN

    1) BERIKAN PENDAPAT MENGENAI PASAR RAMADHAN DI KAWASAN ANDA.

    OK... Secara jujurnya, tahun ini aku tak pernah jejakkan kaki ke Pasar Ramadhan... Eventhough sampai kehari ini pun, aku tak pergi ke Pasar Ramadhan... Nak tahu kenapa? Kerana kat umah, mak aku dah masak pelbagai jenis makanan untuk berbuka puasa... Mak memang rajin memasak dan selalu kami jarang membeli barang berbuka puasa... Kualiti makanan juga terjamin kerana kita tahu bahan-bahan masakan yang digunakan dan kebersihannya...

    Kalau aku nak bagi pendapat mengenai Pasar Ramadhan kat kawasan rumah aku, apa yang boleh aku katakan, boleh la... Dari segi tapak dan saiz, boleh dikatakan besar juga... Pasar Ramadhan yang paling hampir dengan aku ialah di Taman Dato' Senu, Sentul... Macam-macam benda ada dijual disana... Pokok pangkal, tepuk dada tanyalah anak tekak masing-masing...

    Dari segi kualiti makanan, aku tak boleh nak komen sebab aku tak pernah beli dan rasa makanan dari Pasar Ramadhan ni... Tapi dari cakap-cakap member aku, dorang bagitau tak la sesedap mana makanan yang dijual... Presentation je lebih, rupa makanan tip top membuatkan kita terliur sentiasa... Tapi bila rasa, astaghrafirullah... Allah jelah yang tahu... And then, kalau buat/masak tu, ada saja ingredient yang tak cukup... Contoh macam murtabak daging... Nama pun murtabak "DAGING" tapi dalam, penuh dengan bawang-bawang dan telur.. Kalau gini, baik panggil murtabak BAWANG atau murtabak TELUR instead of murtabak DAGING!... Tertipu, tertipu......

    Bukanlah nak mengutuk dibulan Ramadhan ni, tapi realiti tetap realiti... Peniaga pun dah pandai, harga barang naik, jadi dorang pun kurang2kan la 'kos' nak memasak makanan... Tu pasal jadi macam ni...



    2) APA YANG ANDA SUKA DI DALAM BULAN RAMADHAN YANG TIADA DI DALAM BULAN LAIN.

    Of course, TARAWIKH!... Sayangnya tahun ni aku tak dapat buat complete sebab kesibukan yang melanda... Deadline sana sini!... Akibatnya, ada malam yang aku tertinggal... Di awal Ramadhan dulu, aku bercita-cita nak qiamullail... Tapi cita-cita tinggal cita-cita... Ape nak jadi ngan aku ni?....

    Satu lagi aku suka dengan bulan Ramadhan ialah aku rasa badan aku segar bugar, eventhough aku tengah puasa dan tak makan/minum... Entah... Maybe sebab aku bangun awal dan aku lincah bergerak sana sini... Otak pun ligat berfikir...

    Aku suka dengan bulan Ramadhan kerana berada dalam bulan ini, hati aku sentiasa tenang dan damai... Maybe sebab aku sentiasa mengingatkan diri aku bahawa aku sedang berpuasa dan aku banyak bersabar... Rasa seronok sangat bila tibanya bulan Ramadhan ini...



    3) SIAPA ANDA DI DALAM BULAN RAMADHAN INI

    Tetap orang yang sama... Tiada perubahan ketara... Cuma bila berada didalam bulan Ramadhan ni, aku perbanyakkan ibadat dan cuba menjadi seorang insan yang dikehendakiNya...



    3 PERKARA-SYAWAL

    1) KEUTAMAAN PERSIAPAN SYAWAL UNTUK…

    Well, Syawal kali ini bukanlah seperti Syawal yang lepas2... Tahun ni aku tidak se'ligat' tahun lepas dimana kebanyakkan persiapan diuruskan oleh aku sendiri... Tahun ini aku agak sedikit sibuk dengan perkara lain menyebabkan aku tidak sempat nak buat persiapan sangat... Aku lebih utamakan perkara yang lebih penting daripada persiapan Syawal... Lagipun, org tua macam aku ni, nak buat persiapan ape sangat kan?... Lainla kalau zaman budak-budak dulu... Hehehe....



    2) DENGAN SUASANA EKONOMI SEKARANG, ADAKAH IANYA AKAN MENJEJASKAN SYAWAL ANDA??

    Sedikit sebanyak, ye kot... Especially part nak buat kuih raya... Harga barang dapur naik dan aku kene plan nak buat apa... Tapi takde la sampai aku tak boleh beraya langsung!... Masih boleh lagi lah....



    3) VISI SELEPAS SYAWAL?

    Visi... Let me see... Tiada visi kerana visi awal tahun aku dulu tak tertunai lagi... Itu yang aku nak kena kerjakan dahulu...




    Sekian, terima kasih...

    Hatiku berbunga-bunga hari ini...

    Kenapa?

    Sebab aku tengah happy sekarang...

    Kenapa?

    Sebab aku dah dapat apa yang aku cari dan idamkan...

    Kenapa?

    Sebab aku dah lama aku mencari, tak pernah jumpa-jumpa... Hari ini baru aku jumpa... Yang bestnye, ianya datang sendiri pada aku...

    Kenapa?

    Sebab dia nak datang pada aku, aku nak buat macam mana... "Pucuk dicita, ulam yang datang..." Aku rembat jelah... Buat apa nak tunggu-tunggu lagi...

    Kenapa?

    Sebab kalau aku tunggu, esok lusa belum tentu aku akan dapat apa yang aku nak... Jadi, peluang dah ada depan mata, apa lagi???....

    Kenapa?

    Kenapa... Kenapa... Ishhh.... Banyak pulak tanya!... Aku punya sukalah.....


    Nota kaki:-
    Serious, aku memang tengah happy giler diwaktu ini... Entah kenapa (kenapa lagi...) aku jadi begini... Nak tahu KENAPA?...

    "Biarlah Rahsia....."

    Yang tonggang terbalik, sudah kembali seperti biasa... Segala masalah sudah selesai, segala kekusutan telah terlerai... Keadaan kembali tenang semula...

    "Aaaahhhhh... Alangkah gembiranya dapat kembali.... "

    Terima kasih kepada kalian yang masih setia menanti... Jangan bimbang, aku tidak apa-apa... Masih gagah dan perkasa... Hahahahaha...

    What happen here?... Aduhhhhhh.... Bersepah bangat 'rumah' aku ni... Ni sapa yang buat sepah ni???????.......


    Nota kaki: -
    Harap keadaan akan kekal seperti sedia kala walaupun hati adakala gundah gulana... Risau keadaan dihari muka, entah apa akan jadinya....

    Tuesday 23 September 2008

    Tergendala buat sementara waktu...

    Kehidupan aku agak sedikit tonggang terbalik semenjak kebelakangan ini... Jadi, aku perlu sedikit ruang dan masa untuk menyusun atur perkara-perkara didalam hidup aku...

    Harap maaf dan semoga kalian semua memahami keadaan aku diwaktu ini...

    Aku akan kembali semula dalam masa terdekat, Insya Allah...


    Selamat berpuasa dan jaga diri....

    Monday 15 September 2008

    Sudah 15 hari kita berpuasa dan tinggal 15 hari sahaja lagi, kita akan menyambut hari lebaran; Hari Raya Aidilfitri...

    Kalau waktu zaman kecik-kecik dulu, hari raya merupakan hari yang paling gembira buat diri aku... Mana taknya, pada hari tersebut, aku dapat melaram baju Melayu yang abah beli, pastu dapat gie beraya kat rumah jiran, dapat duit raya dan sebagainya... Rasa seronok yang teramat sangat dan sememangnya aku antara orang yang paling awal bangun pagi... Ahhh kenangan....

    Kini, kemeriahan hari raya tetap dirasai tetapi perasaan itu bukanlah seperti waktu aku kecik2 dulu... Dah tua bangka macam ni, takkan nak jadi macam budak-budak pulak kan?... Hehehe... Anyway, tahun ini aku rasa perasaan seronok itu sudah berkurangan sedikit... Entah, mungkin kerana tahun ini aku agak sibuk dengan kerja-kerja di pejabat dan kelas-kelas separuh masa yang aku hadiri... Paling aku tak suka, pada 22 Oktober ni aku ada final exam... Nampaknya, memang sah ler aku tak beraya sangat!... Kena mengadap buku... Tension tul!...

    Tak apalah, aku anggap ini satu pengorbanan untuk masa depan aku...

    Bercakap mengenai hari raya yang semakin menghampiri ini, aku tak tahu apa yang aku dah buat untuk menyambut ketibaan Syawal kali ini... Serius, satu benda pun aku tak prepare lagi!... Kalau orang lain, sekurang-kurangnya dah ada la persiapan serba sedikit... Aku ni, langsung tak ada!... Apa nak jadi dengan aku ni?...

    Jadi, bagi mengelakkan daripada terlupa dan tak cukup masa, aku dah buat checklist aku sendiri untuk raya kali ini... Hendak atau tidak, aku kena ikut checklist ni kalau hendak selamat... Takut nanti disaat-saat akhir, aku terlupa (al maklumlah, banyak sangat benda nak kena ingat...)


    Kelengkapan diri
    1. Baju Melayu - tak payah beli... Baju Melayu 3 tahun lepas masih lagi cantik... Aku pakai berapa kali la sangat... Time hari raya pertama je... Sekurang-kurangnya, jimat sikit duit aku... Hehehe..


    2. Baju t-shirt - yang ni aku nak kena tambah sikit... Baju t-shirt aku banyak yang dah outdated dan lusuh... Ada yang dah senteng pun... Hehehe...


    3. Seluar jeans - yang ni aku musti beli!... Jeans aku tu dah nak terkoyak dah... Berapa tahun dah aku pakai...


    4. Songkok - tak perlu beli sebab aku tak pakai songkok... Reserve bila aku nak nikah sok... Kalau aku pakai sekarang, takut terpikat lak anak dara yang datang beraya umah aku... Dah hilang seri... Hehehe...


    5. Sampin - rasanya berlambak sampin dalam almari tu... Lagipun, baju Melayu tak beli, sampin pun tak payah beli lah...


    6. Butang baju Melayu - ohhh... Yang ni dah ada... Kalau takde pun, abah punye ade banyak... Ambik je nanti... Hehehe...


    Kelengkapan Rumah
    1. Perabot - takkan tiap-tiap tahun nak kena tukar perabot?... Botak la kepala aku... Aku hanya akan beli perabot bila rumah aku dah siap nanti... Kena start simpan duit ni...


    2. Bunga dan hiasan - errr... Rasanya aku ade simpan dalam kotak... Tengok pada keadaan...


    3. Langsir - yang ni baru tukar tahun lepas, jadi tahun ni tak yah tukar... Buang duit je ganti yang baru...


    4. Sarung kusyen - yang ni pun ada dan still elok lagi... Tak tukar...


    5. Karpet - tak payah tukar... Karpet still elok lagi...


    6. Tikar getah - rasanya nak kena cabut dan tukar yang baru... Rasanya belah hujung tu dah rabak dah...


    Hidangan dan Juadah
    1. Barang untuk buat biskut - ape pun takde lagi ni... Nak kena gie carik ngan mama... Alamak! Barang naik harga la pulok...


    2. Barang untuk buat rendang - mama dan abah uruskan... Aku tak nak campur tangan... Yang aku tahu, aku tolong masak je...


    3. Barang untuk buat kek - ni adik perempuan aku punya kerja... I'll leave it to her... Rasanya macam ade nampak mesin putar kek yang baru aritu... Hehehe...


    4. Barang untuk buat ketupat - ape daa... Pakai je yang segera, senang dan habis cerita... Tapi aritu abah dok bebel nak anyam ketupat... Suka hati dialah, dia yang nak kena anyam...


    5. Barang untuk buat kuah lodeh dan kuah kacang - ni kerja mama...


    6. Kerepek ubi/pisang/jajan - ermmm... dah order, tunggu stock sampai...


    Lain-lain
    1. Kad raya - esok nak kena start hantar...


    2. Tukar duit raya - setel... Tunggu duit datang... Hehehehe...


    3. Apply cuti raya - setel, tinggal nak cuti je... Hehehe...


    4. Pasang pelita keliling umah - mane lak pelita aku campak aritu?... Nak kene selongkar balik stor...


    5. Main bunga api/main mercun - hehehehe....


    Ape lagi ek?... Tula, aku pun dah tak ingat... Kena duduk dan fikir ni....

    Sunday 14 September 2008

    Waktu aku tengah update setting kotak mesej aku, aku terperasan Admin telah memasukkan satu fungsi baru...

    Function yang diberi nama "iExpect" ini berfungsi sebagai papan mesej dimana pengguna dapat menghantar mesej, masalah atau idea kepada Admin sebagai 'feedback' atau input bagi menyelesaikan dan menaiktaraf sistem yang sedia ada...

    Menarik bukan?... Aku nak tanya kalian, dalam banyak-banyak kotak mesej yang disediakan didalam internet, ada berapa banyak kotak mesej yang menyediakan perkhidmatan sedemikian kepada pengguna?... Berapa banyak kotak mesej yang mengambil kira masalah pengguna dan mencorakkan sistem berdasarkan apa yang pengguna mahu?...

    Aku rasa, cuma satu dua provider sahaja yang buat begitu... Rata-ratanya memang tidak ambil peduli akan kehendak pengguna dan mereka hanya develop sistem berdasarkan apa yang mereka rasa... Jadi, pengguna hanya dapat apa yang mereka hasilkan dan tidak dari apa yang pengguna mahu... Satu dari sebabnya ialah mungkin sistem yang dtawarkan adalah percuma dan pengguna hanya menerima apa yang ditawarkan... No question asked!...

    Msjbox adalah sistem kotak mesej berbayar dimana semua pengguna yang berdaftar akan mendapat keistimewaan menggunakan fungsi yang disediakan... Disamping itu, Admin Msjbox sentiasa memastikan setiap pengguna berpuas hati dan mendapat apa yang sepatutnya mereka dapat... Selama aku berblogging, inilah kali pertama aku mengalami satu perasaan yang amat gembira ketika menggunakan perkhidmatan yang diberikan...

    Tahniah kepada
    Admin kerana telah berjaya menghasilkan satu kotak mesej yang interaktif, 'live' dan mudah untuk digunakan... Aku rasa, konsep sebegini harus diguna pakai oleh kebanyakkan provider yang lain; mengambil kira pendapat pengguna disamping cuba untuk memenuhi kehendak mereka... Di akhir nanti, pengguna akan berpuas hati dan sistem yang dicipta juga dapat dipertingkatkan...

    Tidakkah itu sesuatu yang bagus?...

    Photobucket



    Nota kaki: -
    Pada rakan-rakan blogger yang lain (yang masih belum menggunakan Msjbox) dan masih tercari-cari kotak mesej yang sesuai, pilihlah Msjbox... Tidak rugi anda menggunakan Msjbox ini... Macam-macam faedah yang akan anda terima... Satu faedah utama ialah jaringan rakan anda akan bertambah luas melalui Msjbox ini...

    Apalah sangat jika kena bayar sedikit... Dalam dunia ini, bukan semuanya free dan ada sesetengah benda, untuk kita milikinya, kita harus membayarnya... Lagipun, ianya cuma RM10 untuk setahun... Kalau dibahagikan setiap bulan, setiap minggu, setiap hari, berapa sen la sangat yang anda akan belanjakan?...


    Saturday 13 September 2008

    Percaya atau tidak?

    Masa memula aku membaca satu artikel yang ditulis oleh seorang professor dari Amerika Syarikat, aku sendiri pun kurang percaya (bukanlah tak percaya langsung) mengenai fakta yang dikeluarkannya ini... Sebenarnya, fakta ini dibuat berdasarkan kajian yang telah dilakukan olehnya kepada 1,000 sampel dimana ianya terdiri dari sukarelawan di beberapa bahagian negeri di Amerika Syarikat... Dan hasil daripada penemuan dan kajian tersebut, dia mendapati keputusan yang diterima hampir menyamai bagi setiap sampel yang di uji... Aku tidak pasti bagaimana ujian tersebut dijalankan tetapi jika dia sudah mengeluarkan fakta tersebut bermakna kesahihannya terbukti walaupun tidak 100%...

    Berdasarkan pengamatan aku, jika kita tidur terlalu banyak, bukan sahaja ia membuatkan kita menjadi malas malah badan akan terasa berat dan letih sepanjang masa... Memang benar, tidur sepatutnya merehatkan badan, bukan memenatkan... Tetapi, badan kita hanya memerlukan hanya 8 jam rehat sahaja untuk tempoh 24 jam dan kebiasaannya kita akan tidur dari jam 9 - 10 malam sehinggalah pukul 5 - 6 pagi... Jika kita terus tidur (memang kebanyakkan orang selalu buat pun) ia akan menyebabkan badan kita menjadi letih semula, menjadi lesu dan tidak bermaya... Muka sembab dan akal fikiran juga menjadi slow... Tahu tak kenapa?... Kerana rehat yang kita berikan kepada tubuh badan sudah melebihi dari apa yang diperlukan... Ianya sama seperti kita menyumbat pelbagai perisian yang macam-macam di dalam komputer sehingga menyebabkan komputer kita menjadi slow... Lama kelamaan, komputer akan rosak kerana tidak mampu untuk menerima apa-apa lagi...

    Dari perspektif agama pula, tidur yang berlebihan bukan menyebabkan badan menjadi tidak sihat malah ianya menjadi punca mengapa hati kita mati... Sebab itu, sejak dari zaman Rasulullah SAW lagi, kita dididik supaya bangun untuk solat Subuh kerana diwaktu itu, badan kita sudah menerima rehat yang cukup selepas tidur semalaman...

    Masuk akal, bukan?... Itulah kupasan yang diberikan oleh professor tersebut mengenai tidur yang berlebihan... Dia tidaklah membincangkan isu ini dari aspek agama tapi dari segi saintifiknya, jika terlalu banyak tidur boleh memudaratkan kesihatan kita... Dalam bulan Ramadhan ni, aku yakin ramai diantara kita yang suka tidur... Maklumlah, penat dan letih berpuasa... Tetapi, kalau diikutkan, tidur bukanlah jalan penyelesaian kerana di bulan puasa, kita sepatutnya lebih aktif dan cergas...

    Kalau kalian tidak percaya mengenai kupasan yang dibuat oleh professor ini, cuba kalian lakukan sendiri uji kaji ini... Cuba kalian tidur selama 8 jam di waktu malam dan cuba bangkit keesokkan harinya... Apa yang kalian akan rasa?... Aku yakin, sudah pasti badan kalian akan rasa segar bugar... Aku pernah lakukannya dan terbukti ianya berkesan...

    Aku bukanlah mengatakan bila kita banyak tidur, kita akan cepat mati... Mati adalah kerja Allah SWT dan hanya Dia sahaja yang tahu bila kita akan dijemputnya...


    Photobucket


    Aku ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada rakan blogger - Chime kerana sudi memberikan aku duit raya berjumlah 50 juta hengget...


    Photobucket

    Waaaa.... Selama aku hidup diatas muka bumi ini, inilah pertama dan terakhir aku menerima duit raya sebanyak ini... Tidak pernah aku menerima duit raya sebanyak ini... Pulak tu, hari raya pun terlalu jauh lagi... Baru sahaja kita memasuki hari yang ke-13 dan kita masih lagi mempunyai 27 hari lagi sebelum tibanya Syawal...

    Waktu aku kecik2 dulu, paling tinggi duit raya yang aku terima ialah RM2; itu pun beberapa keping sahaja kerana saudara-mara aku bukanlah terdiri dari kalangan orang yang mewah dan banyak duit... Kalau pergi beraya rumah orang, paling banyak dapat syiling 20 sen dan 50 sen (50 sen paling tinggi kalau pi raya umah orang... hehehe) dan kocek baju melayu selalu penuh dengan syiling-syiling ni... Ahhh, kenangan...

    Bercerita mengenai duit raya, aku tak pasti, sejak bila orang kita mula mengamalkan tradisi memberi duit raya kepada anak-anak... Apa yang aku tahu dari ayah aku dulu, orang dulu-dulu tak bagi apa-apa jika datang kerumah untuk beraya... Mereka cuma datang, menghulurkan tangan untuk bermaaf-maafan dan bersama-sama menikmati juadah hari raya... Selepas itu, mereka akan pulang... Begitulah kemeriahan hari raya zaman dulu dimana ia tidak 'dicemari' dengan tradisi duit raya ini... Kalau ada yang hendak memberi buah tangan, mereka hanya membungkus hidangan juadah untuk dibawa pulang kerumah...

    Pada pendapat aku, sememangnya tidak salah untuk kita memberikan duit raya kepada anak-anak tetapi biarlah berpada-pada... Bukanlah sampai mencecah ratusan ringgit... Bukan apa, bagi aku kita tidak seharusnya 'meracuni' fikiran mereka dan menggalakkan mereka untuk memberi wang ringgit kerana itu bukan tujuan sebenar mengapa kita menyambut hari raya... Sepatutnya, kita menggalakkan mereka supaya mensyukuri nikmat yang ada, bergembira dan sentiasa berdoa memohon kepada Allah SWT supaya memanjangkan umur kita serta memberi kesejahteraan supaya kita dapat bertemu di bulan Ramadhan yang akan datang...

    Hari Raya ialah hari dimana umat Islam menyambut dan merayakan kemenangan selepas sebulan berpuasa... Hari dimana kita bergembira selepas sebulan kita 'berperang' menewaskan dan menundukkan hawa nafsu yang seringkali menguasai diri kita ini, hari dimana kita membesar dan memuji Allah SWT dan sebagainya... Jadi, sebagai seorang umat Islam, kita harus menerapkan nilai2 ini didalam hati sanubari anak-anak kita dan bukannya memberikan wang ringgit kepada mereka... Ketika zaman Rasulullah SAW dulu pun, mana ada baginda Rasullah memberikan duit raya kepada anak-anak dan tetamu yang datang kerumah... Baginda hanya meraikan dan menjamu tetamu sahaja...

    Kalau kita lihat zaman sekarang, mengapa kanak-kanak begitu seronok bila tiba hari raya?... Salah satu faktornya ialah mereka akan mendapat habuan ketika hari istimewa ini... Yelah, siapa tidak suka bila dapat duit, kan?... Kalian akan perasan, selepas selesai sahaja solat sunat Aidilfitri, maka akan kelihatan segerombolan budak-budak berjalan dari rumah ke rumah untuk beraya... Didalam fikiran kita, sebenarnya mereka bukanlah hendak beraya sangat, tetapi sekadar untuk kutip duit raya dari tuan rumah... Benar, bukan?... Aku pernah mengalami satu situasi dimana kanak-kanak itu sendiri datang kepada aku dan berkata, "Saya tak nak makan... Saya cuma nak duit raye je...." Aku cuma tersenyum melihat keletah anak-anak ini dan selalu juga aku memujuk mereka untuk menjamah sedikit kuih raya yang berada diatas meja... Dan apabila mereka hendak pulang, memang aku akan hulurkan sampul angpau kepada mereka tetapi jumlah didalam itu tidak la sebanyak mana... Tapi ada jugalah untuk mereka... Pemberian ikhlas aku kepada mereka... Kadang-kadang, aku tergelak besar apabila mereka membuka sampul tersebut dan mengeluh, "Laaa.... ini aje???....."

    Lihatlah, inilah sebenarnya yang kita tidak mahu... Sambutan hari raya disalah ertikan dengan unsur-unsur meterialistik ini... Jadi, jika kita berjaya menerapkan nilai-nilai murni didalam hati mereka, itu sudah cukup memadai... Memang tidak dinafikan, mereka itu budak-budak kecil... Apa yang mereka tahu sangat?... Tetapi harus diingat, apabila ia sudah dibiasakan sejak kecil, maka sedikit sebanyak sikap materialistik itu akan diterap dan dibawa sehingga dewasa... Biarpun ketika dewasa, mereka agak segan untuk meminta duit raya, tetapi didalam akal mereka, sudah terbayang $$$ sebagai matlamat dan mereka hanya hidup berdasarkan matlamat tersebut...

    Kalian pernah lihat, perbezaan beraya di kampung halaman (yang betul-betul kampung) dengan beraya di bandar-bandar besar (kawasan perumahan) ??... Sebenarnya, terlalu banyak bezanya... Kita akan dapat lihat perbezaan cara dan tingkah laku serta tata tertib kanak-kanak di dua tempat ini... Aku cukup suka dan mengidamkan dapat beraya di kampung halaman aku... Suasana di pagi raya memang amat berbeza sekali... Anak-anak kecil hanya datang kerumah kita untuk beraya... Selepas itu, mereka akan balik... Selalunya, mereka akan datang dengan kedua-dua orang tua mereka... Alangkah seronok dan meriahnya begitu kan?...

    Begitulah sebenarnya... Apa yang dinyatakan adalah sekadar pandangan dan pendapat aku yang maha hina ini mengenai tradisi memberi duit raya... Aku tidak tahulah pendapat yang lain bagaimana... Cuma kalau aku, aku akan memberi juga duit raya kepada adik-adik aku serta saudara mara yang muda dari aku, cuma jumlah itu bukanlah banyak... Aku memberi pun kerana aku ingin bersedekah di bulan Syawal ini... Itu niat dan tujuan aku...

    Selamat menjalani ibadah puasa................


    Nota kaki:-
    Pada sesiapa yang inginkan duit raya ini, sila lah ambil ye... Jangan malu-malu, jangan segan-segan...


    Friday 12 September 2008

    "Allah selamatkan kamu...
    Allah selamatkan kamu...
    Allah selamatkan Kak Rose dan Maria
    Allah selamatkan kamu..."



    Hari ini merupakan hari lahir dua orang insan yang boleh dikatakan agak rapat dengan aku; yang seorang tu aku dah anggap macam kakak sendiri dan seorang lagi merupakan kawan baik merangkap teman sedarjah (classmate) aku... Kak Rose dan Maria...

    Kak Rose sekarang sedang berada di rumah kerana masih lagi bercuti... Cuti sakit... Dia baru sahaja menjalani pembedahan untuk mengeluarkan 'benda asing' (aku rasa tumor kanser) dalam kepalanya dan aku yakin ianya akan memakan masa yang agak lama untuk sembuh... Pada mulanya, dia tidak menyedari akan 'benda asing' yang sudah lama bersarang itu... Apa yang dia alami ialah sakit kepala, pening dan migrain... Kerap sangat sehingga tak larat nak bangun... Keadaan yang tidak selesa dan kesakitan yang teramat sangat itu telah menyebabkan dia mengambil keputusan untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan ketika keputusan telah dikeluarkan, baru lah dia tahu benda itu berada didalam kepalanya... Nasib baik dia cepat bertindak, kalau tidak... Aku tak tahu lah nak cakap macam mana...

    Kak Rose merupakan seorang yang sangat baik... Happy-go-lucky dan sentiasa ceria... Perwatakannya yang selamba sentiasa disenangi orang sekeliling walaupun rupanya sedikit serius dan agak garang... Namun, Kak Rose adalah seorang yang baik hati dan lemah lembut... Kami kenal sejak aku mula bekerja di syarikat sekarang dan sejak 10 tahun yang lepas kami menjadi rapat ibarat sebuah keluarga... Aku menghargai apa yang telah Kak Rose berikan dan lakukan selama ini dan semestinya aku rasa terhutang budi padanya... Selalu juga Kak Rose menjadi bahan rujuk aku jika aku berada didalam dilema atau sekadar ingin bercerita dan melepaskan apa yang dirasa di dalam hati...

    Semoga Allah sentiasa melimpahi rahmat dan hidayah kepada Kak Rose... Semoga segala pintu rezeki dibuka kepadanya sempena hari kelahirannya ini dan dia dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, Insya Allah...


    Photobucket
    My dear friend, Maria...

    Maria adalah teman yang sangat baik... Jarang aku jumpa seorang teman yang sentiasa mengambil berat akan rakan-rakannya... Kalau ada pun, dua tiga kerat je... Bagi aku, sepanjang aku mengenali Maria dan berkawan dengannya, aku tidak pernah menghadapi masalah atau rasa tidak selesa... In fact, selalu juga kami melakukan aktiviti bersama rakan-rakan yang lain... Dia seorang yang sangat rajin, bertanggungjawab, boleh diharap dan boleh dipercayai... Jika ada apa-apa event, aku cukup suka untuk melantiknya untuk menguruskan event tersebut sebab aku cukup percaya, dia pasti akan melakukannya bersungguh-sungguh... Kalau nak cakap mengenai hasil kerjanya, memang first class... Memang sangat-sangat memuaskan dan aku memberikan A+ untuk setiap hasil kerjanya...

    Dia juga merupakan seorang teman yang sangat dipercayai, sangat ambil berat dan sangat peka kepada keadaan sekeliling dan rakan-rakannya... Dari pengamatan aku, dia cukup rapat dengan ramai orang... Ramai yang suka berkawan dengannya kerana keikhlasannya... Aku rasa, itu yang membuatkan dia cukup istimewa sebagai seorang rakan... Dia juga jenis tidak berkira dan sentiasa memberi sokongan yang penuh pada aku dan rakan-rakan yang lain... Jauh disudut hati, aku rasa cukup bertuah kerana dapat mengenali dan menjadi rakannya...

    Doaku, semoga Allah sentiasa mengurniakan setiap kemanisan dalam hidupnya; dilimpahi rahmat dan hidayah; dikurniakan rezeki yang tiada hentinya dan dikurniakan kesihatan dan kegembiraan sepanjang masa... Amin...

    Thanks for everything dan selamat hari lahir buat kalian berdua...........


    Nota kaki:-
    Bulan September ni, cukup ramai rakan-rakan aku menyambut hari lahir... Aku intai kalendar aku, berderet-deret nama mereka terpampang... Tak apa, bila tiba masanya, pasti aku akan mengucapkan Selamat Hari Lahir buat mereka semua... Insya Allah...


    Sejak dari kecil sehinggalah aku dewasa, aku telah didik oleh kedua orang tua aku untuk melakukan sesuatu kerja yang diamanahkan dengan sebaik mungkin... Walau susah macam mana sekalipun, mama selalu berpesan pada aku, aku kena cuba dan selesaikannya sendiri... Jangan mengharap simpati dan bantuan orang...

    Inilah prinsip aku, selagi terdaya, aku akan buat... Biarpun aku akan mengambil masa yang agak lama untuk menyudahkannya... Aku yakin, dengan berkat kesabaran dan usaha aku, aku akan menerima hasilnya... Kepuasan pasti akan dikecapi dan semestinya aku akan lebih bersemangat dalam meneruskan usaha dimasa hadapan... Aku pun bukan suka menyusahkan orang, tetapi aku tak pernah kesah kalau orang datang meminta bantuan dari aku... Aku cepat simpati, cepat kesian dan cepat tersentuh lebih-lebih lagi mereka yang berada didalam kesusahan... Pastinya, aku tanpa berfikir dengan rela membantu mereka-mereka ini mengikut keupayaan aku...

    Photobucket

    Berkira?... Entahlah, aku tak tahulah sama ada aku nie jenis berkira ke tidak... Hanya orang disekeliling aku sahaja yang mampu menilai... Setahu aku, apa sahaja yang diberikan kepada aku, aku akan hadapi dan lakukan sebaik mungkin... Jarang aku merungut sebab kalau aku merungut pun, ape yang aku dapat?... Kerja/masalah tidak akan selesai juga... Aku selalu pesan pada diri, apa sahaja yang datang ada sebabnya... Ada hikmahnya... Jika sesuatu masalah atau perkara buruk menimpa diri, itu merupakan satu dugaan/cabaran yang harus aku sahut dan tempuhi... Bukan marah-marah atau merungut tak tentu pasal... Yang penting, aku harus tenang dan fikirkan sedalam-dalamnya perkara tersebut sebelum mengambil keputusan bagaimana untuk menanganinya...

    Sejak kebelakangan ni, aku memang sibuk; sibuk sehinggakan aku tiada masa untuk diri sendiri... Aku banyak habiskan masa aku dengan kerja-kerja di pejabat dan juga kerja sekolah... Aku jarang keluar, jarang meluangkan masa dengan rakan-rakan... Adakalanya, aku risau juga andai rakan-rakan aku berkecil hati kerana aku jarang meluangkan masa bersama mereka... Aku tidak berniat untuk menjauhkan/mendiamkan diri tetapi percayalah, aku memang tak ada masa yang terluang untuk digunakan bersama mereka...

    Sibuk2 pun, aku tak tahu kenapa aku masih mempunyai masa untuk mereka-mereka yang memerlukan bantuan aku... Asal mereka panggil dan minta bantuan, aku terus bangun dan pergi tolong... Entah, aku rasa memang dah program dalam kepala otak aku ni kot... Selama ini pun, aku ikhlas membantu tanpa ada apa-apa niat... Bila masalah selesai, mereka gembira; aku pun turut gembira... Dua-dua pihak puas hati!...

    Photobucket

    Aku tak sangka, dalam diam mereka menghargai apa yang aku lakukan... Dan baru-baru ini aku terima beberapa pemberian istimewa dari mereka yang pernah aku tolong... Aku terkejut... Aku terharu... Hati ini tersentuh kerana masih ada yang sanggup bersusah payah menghasilkan sesuatu semata-mata untuk mengucapkan terima kasih dan merakam penghargaan diatas pertolongan yang aku berikan... Aku tak tahu nak cakap macam mana; rasa nak meleleh air mata pun ada... Hanya doa yang ikhlas memohon kesejahteraan dan kebahagiaan mereka semua sahaja yang mampu aku panjatkan kepada Allah SWT...

    Aku membantu setakat yang termampu... Aku memberi seikhlas hati... Tiada apa yang aku harapkan dari apa yang telah aku berikan...

    Terima kasih dan semoga Allah sahaja yang mampu membalasnya....

    Thursday 11 September 2008

    Aku check telefon bimbit aku, terkejut besar bila melihat pamparan skrin menunjukkan mesej "UnregisteredSIM"... SIM card aku rosakkah?... Sejak bila pula rosak sedangkan baru sekejap tadi aku menggunakan telefon bimbit aku untuk menelefon seseorang...

    Apa sudah jadi?... Aku cuba matikan dan hidupkan semula, tetap mesej yang sama keluar... Aku check PDA dan line CELCOM satu lagi, pun sama jugak!... Mesej "Not Available" terpampang di skrin PDA aku... Pelik...

    Mungkin line CELCOM tengah down kot sekarang ni... Mungkin mereka tengah dalam proses mengemaskini dan menaik taraf sistem talian mudah alih untuk CELCOM... Sebab tu line telefon bimbit aku ni tak ada...

    Jarang juga aku menghadapi masalah dengan CELCOM sejak aku menggunakannya... Tidak pernah aku 'terputus' begini dan selalunya aku akan dapat coverage walau dimana aku berada... Sekurang-kurangnya, mesti ada satu bar kalau aku berada diluar kawasan atau berada di pendalaman yang jauh dari stesen pencawang... Jadi, aku merasa seronok juga bila menggunakan CELCOM sehinggalah sekarang... Tak seperti operator yang aku guna sebelum ni, selalu gak aku menghadapi masalah especially bila bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan mereka... Line pun, kadang-kadang ada, kadang-kadang tidak... Sebab dah bosan sangat, aku terus bertukar...

    Aku harap, masalah CELCOM ini tidak akan berpanjangan sehingga esok... Kalau tak, susah gak aku kalau ada apa-apa hal...

    Kalian menggunakan CELCOM?... Line kalian OK tak?

    Buat insan yang paling istimewa dalam hidup aku... Insan yang paling aku cintai dan sayangi... Buat Mama ku, "Selamat Hari Lahir" yang ke-54 tahun... Semoga Allah mengurniakan kesihatan kepada Mama hendaknya...


    Photobucket Image Hosting

    Dia lah satu-satunya permata hati aku... Aku tidak boleh bayangkan, hidupku tanpa dirinya... Memang sejak aku dilahirkan, dialah insan yang paling rapat denganku... Aku membesar dengan tangannya... Apa sahaja yang berlaku, dia pasti bersama... Bila aku menghadapi masalah, bila aku bersedih, dia sentiasa berada disisi... Sehingga adakalanya aku berasa takut, dia datang memelukku... Aku rasa selamat dan tenang bila berada didalam dakapannya...

    Sebab itu, apa sahaja yang aku buat dan lakukan setiap hari, aku tidak pernah melupakannya apatah lagi membelakanginya... Aku sentiasa teringat akan dirinya dan ini sedikit sebanyak memberikan aku semangat untuk terus melakukan sesuatu... Apabila aku memerlukan apa-apa, dia tanpa rasa keberatan atau mengeluh terus memberikan kepada aku biarpun dirinya mempunyai masalah... Apa sahaja, demi anaknya ini...

    Itulah kasih Mamaku... Kasih yang aku tidak dapat lupakan sehingga keakhir hayatku... Aku terhutang budi padanya dan aku tidak tahu bagaimana harus aku membalasnya... Hanya dengan layanan terbaik dan memenuhi kehendaknya sahaja yang mampu aku lakukan... Kadangkala aku cukup takut, aku cukup bimbang kalau-kalau Mama jatuh sakit... Aku jadi tidak tentu hala jika dia terlantar diatas katil dengan keadaan lesu tidak berdaya... Aku jadi sedih dan aku tidak sanggup melihatnya begitu... Aku berdoa kepada Allah SWT supaya mengurniakan kesihatan yang baik kepadanya...

    Biarlah... Aku tidak pernah kesah dan hirau kalau orang menggelarkan aku 'anak emak'... Dah besar panjang pun masih lagi nak duduk bawah ketiak mak... Ahhh.... Aku peduli ape... Bagi aku, lagi elok aku duduk bawah ketiak mak aku dari aku duduk bersepah entah kat mana-mana... Sekurang-kurangnya, aku jaga mak aku dari apa-apa kejadian yang tidak diingini...

    Itulah, susah sebenarnya perempuan nak kahwin dengan aku ni... Dia harus menerima aku dan yang paling penting sekali, dia kena terima Mama aku kerana dalam apa jua keadaan, aku tidak akan tinggalkan Mama aku sendirian... Aku akan jaga dia sehingga keakhir hayatnya kerana itu sahaja cara aku untuk membalas jasa dan pengorbanannya selama ini kepada aku...

    Selamat Hari Lahir, Mama.... I Love You So Much!


    Nota kaki:-
    Tiada apa yang diminta, cuma kasih anak kepada ibunya sempena hari lahirnya ini... Sekali lagi, air mataku jatuh berderai bila kata-kata itu dilafazkan oleh Mama sebentar tadi...

    Wednesday 10 September 2008

    Hari ini, aku agak sedikit jauh hati dengan seseorang... Aku tak tahu kenapa, tiba-tiba dengan tidak semena-mena perasaanku terus berubah... Aku hilang konsentrasi dan fikiran melayang entah kemana... Kerja yang berada dihadapanku tidakku endahkan... Aku termenung...

    "Kenapa ini boleh berlaku?..." persoalan ini tiba-tiba muncul di benak fikiranku

    Aku malas hendak memikirkannya lagi... Hendak sahaja aku keluar membawa diri... Melupakan apa yang bermain di fikiranku... Tapi waktu balik masih terlalu jauh!... Kalau ikutkan hati aku, mahu sahaja aku keluar dari ruang pejabat ketika ini... Tapi, bagaimana?...

    Tidak!... Aku tidak akan melakukan sesuatu yang bodoh... Aku tidak sanggup menggadaikan reputasi dan rekod aku dipejabat... Jika aku mengambil tindakan diluar jangkaan, pasti boss aku akan mempertikai dan mempersoalkan tindakan aku... Come on, work is work... Be professional!...

    Aku terus duduk... Lama juga aku melayan perasaan sendiri... Aku tidak pasti bila masanya aku 'hanyut' dengan buaian perasaan yang aku cipta sendiri ini... Aku tersedar apabila telefon pejabatku berdering... Lamunan terus terhenti dan aku kembali ke dunia nyata... Sesak nafas aku, macam kena timpa dengan benda berat...

    Apa pun, aku cuba lupakan semua ini... Agar aku kembali normal seperti sedia kala... Aku harus tanamkan dalam fikiran aku, aku sedang diduga sekarang ini... Keimanan dan kesabaran aku harus mengatasi segala-galanya terutama sekali ketika bulan puasa ini... Aku harus menganggap bahawa ini semua perkara remeh-temeh dan pasti akan selesai satu ketika nanti... Tidak perlu ambil pusing sangat kerana satu ketika nanti, aku yakin dia pasti akan sedar dan tahu... Aku bercadang untuk biarkan sahaja dan mengambil langkah untuk berdiam diri buat seketika... Lagipun, itu lebih baik dari mengeruhkan lagi keadaan...

    Apabila keadaan kembali tenang, Insya Allah akanku selesaikan semua ini bersamanya...

    Tuesday 9 September 2008

    Terpinga-pinga aku bila boss aku datang bertanya...

    "Awak nak pergi Shanghai tak?"


    Haaa... Shanghai?... Ape ke jadahnya aku nak pergi Shanghai?... Aku bukan ade bisnes kat sana pun... Jangan kata bisnes, sedara mara pun aku takde kat situ... Tak naklah aku pergi tempat tu... Lagipun, negara tu kan negara 'asing' dan paham2 jelah... Sah-sah, aku kena puasa siang malam sebab makanan yang aneh yang tidak tentu halal haramnya... Walaupun ada orang Islam, aku macam tak confident je... Kalau ada kawan-kawan yang pernah pergi situ tu, mungkin aku boleh consider...

    Rupanya, boss aku tanya sama ada aku nak ke tak nak sebab dia nak minta aku represent department aku untuk attend satu IT project kat sana... Pasal sistem baru yang bakal diguna pakai di pejabat kelak... Sebelum ni, kumpulan yang pertama dah pergi dan sekarang mereka hendak menghantar kumpulan kedua pula... Dan kali ini juga, mereka-mereka yang pergi adalah dikalangan 'champion' user la... Yang selalu mengadap komputer 24 jam dan tahu selok-belok perisian sistem yang diguna pakai...

    Aku ni 'champion' ke?

    Anyway, bila dia dah maklumkan pada aku, dalam hati melonjak-lonjak la jugak sebab dapat offer gie travel kat oversea... Bukan senang tau... Pulak tu company aku ni memang payah nak bagi peluang kat pekerja bawahan macam aku ni... Oversea trip ni biasanya hanya untuk managerial person and above je... Untuk grade aku, memang tak entitle pun... Cuma this time around, ada peluang dan mereka nak kena cari pengganti kerana ramai juga yang tidak boleh ikut serta untuk trip kali ini... Apa yang perlu aku lakukan kat sana ialah attend meeting/briefing dan sedikit user testing (jika perlu)... Yang lain tak payah risau... Makan ditanggung, tempat tinggal pun disediakan... Tiket kapal terbang diberi dan tidak lupa, duit poket pun dapat!... Tak silap aku, company aku bajet RM2,000 untuk tiap seorang yang pergi... Buta-buta je dapat duit... Dah la tu, satu body ditanggung...

    Bila dah tahu butiran, aku dengan selamber je tanya boss aku... "bila nak bertolaknya?..."

    "22 September ni....." jawab boss aku...

    "Untuk berapa lama?..." balas aku balik...

    "2 minggu...." kedengaran suara boss aku seakan tergagap-gagap....


    2 minggu??... Fikiran aku melayang sejenak... Seolah-olah ada yang tidak kena dengan trip kali ini... Mak aii.... Kalau dah 2 minggu, jawabnya tak beraya lah aku tahun ni!... Oh tidakkkkkkkkk....

    Tanpa berfikir panjang, aku terus menolak tawaran yang diberikan... Bagaimana harus aku terima jika aku terpaksa mengorbankan hari raya bersama kaum keluarga aku?... Yes, work is work but it shouldn't take too much until you have to sacrife your time with your family members!... Pulak tu, raya beb... Mau mak aku pelangkung kepala aku nanti!... Dah lah aku ni orang harapan dalam keluarga bila tiba musim raya... Semua kerja berat di rumah adalah dibawah tanggungjawab aku... Kalau aku tiada disini (Malaysia), macam mana keadaan mak aku nanti?...

    Mau dia nangis teresak-esak depan pintu rumah mengenangkan anak bujang dia yang sorang ni takde kat sini...


    Nota kaki:-
    Padanlah ramai yang menolak dan keberatan nak pergi... Rupanya, ini sebabnya... Kalau aku pun, aku refuse...

    Monday 8 September 2008

    Blogger dah keluarkan beberapa ciri-ciri terbaru di dalam portalnya dan paling terkini ialah fungsi "Who's Following" dimana pemilik boleh memantau siapa pengunjung dan pembaca setia serta mengetahui update terkini mereka dari blog masing-masing... Semua ini akan dipaparkan di dalam 'Dashboard' yang kita lihat setiap kali sebelum memasuki screen "posting"...

    Photobucket

    Aku memang menanti fungsi ini dimuat turun kerana aku adalah salah seorang user yang suka memerhati perkembangan terkini blog rakan-rakan yang lain... Walaupun diakui, aku sedikit 'kurang' memberikan komen (bukan tidak mahu beri, tetapi aku tidak berkesempatan untuk beri atas faktor masa) tetapi adakalanya aku sempat untuk membaca coretan masing-masing... Fungsi ini banyak membantu aku memaklumkan siapa-siapa senarai blog yang telah dikemaskini setiap waktu... Jika ada entry yang menarik dan harus dibaca segera, aku tidak akan terlepas...

    Bagi sesetengah pembaca, ianya mudahkan kerana fungsi ini akan memaparkan tajuk coretan, masa dan waktu bila coretan diterbitkan dan sebagainya... Di samping itu, fungsi ini akan memaklumkan kepada pembaca bahawa penulis telah mengemaskini laman blog masing-masing dan mereka boleh mengunjungi dan meninggalkan komen dengan kadar yang pantas...

    Bagaimana? Menarik bukan?... Apa yang ditunggu lagi... Fungsi ini telah aktif dan boleh diguna pakai... Anda sudah boleh memasukkan dan menyenaraikan senarai blog yang musti anda lawat kedalam "Who's Following" list anda... Selamat berblogging!...


    Nota kaki: -
    Untuk pengetahuan, fungsi ini hanya terdapat kepada pengguna Blogger sahaja... Jika anda ingin menggunakan fungsi ini, bertukarlah/beralihlah kepada Blogger.com

    Saturday 6 September 2008

    Aku dapat award dan kali ini, award ni diberikan oleh salah seorang teman blogger aku yang baik hati, Cik Ien...

    Photobucket

    Aku tak tahu tang mana yang menarik kat blog aku ni... Aku belek kiri, aku belek kanan... Biase je aku tengok... Nak kata gaya penulisan, aku rasa ayat-ayat aku banyak yang berterabur sana sini... Kadang-kadang, entah hape ke bende aku merepek, aku pun tak tahu...

    Serious, selama beberapa tahun aku menaip dan mencoretkan cerita kat sini, banyak lagi perkara yang perlu aku belajar dan ketahui... Sebab itu pentingnya blogger yang lain; supaya aku dapat mempelajari apa yang terkandung dalam blog mereka agar dapat dijadikan sebagai pedoman buat aku... Selalunya, aku menulis mengikut gerak hati, mengikut gerak perasaan kerana bagi aku (diwaktu ini), blogger ni lah 'isteri' aku... Tempat aku meluahkan apa sahaja yang terpendam didalam lubuk hati... Nak cerita kat orang, belum tentu mereka boleh menerima bulat-bulat... Silap haribulan, aku pulak yang akan ditertawakan...

    Blogger ni adalah tempat aku berkongsi cerita dengan rakan-rakan yang sudi membaca dan mendengar... Jadi, tiada istilah khas dan sekatan kepada sesiapa yang datang bertandang... Jika ada yang ingin meninggalkan komen, dipersilakan kerana aku juga memerlukan pandangan dan pendapat dimana yang perlu... Semua komen-komen sebelum ini adalah sangat berguna dan aku amat menghargainya... Biarpun dari seorang yang jauh lebih muda dari aku...

    Terima kasih kepada semua yang sudi singgah, membaca dan meninggalkan komen disini... Kepada 'silent reader' juga, thanks for everything... Setakat ini, aku tidak bercadang untuk menutup laman blog aku ini kerana 'cinta' aku kepada bidang penulisan masih lagi menebal... Tiada rasa bosan malah adakalanya, keinginan dan perasaan menulis yang membuak-buak membuatkan aku terus bergiat cergas dalam dunia blogging ini...

    Ya, aku tahu... Ada berapa bilion blog dalam dunia siber ini dan blog aku adalah salah satu darinya... Jika hendak dibandingkan dengan yang lain, siapalah aku?...

    Friday 5 September 2008

    Untuk dikongsi bersama... Aku dapat petikan ni dari e-mel yang dihantar oleh rakan sepejabatku... Semoga ianya menjadi pedoman buat semua...

    Thanks!


    "Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena..."

    Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja, hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa...

    Bekerjalah dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..." Jadi renungkan lah....

    1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa, hasilnya macam kita 'TAK DATANG' kerja...

    2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT'...


    3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN, tapi rupanya kita BUSY BODY...


    4. Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJARAN...


    5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS, rupanya kita hanya lebih kepada KRITIK yang mencipta KRISIS...


    6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA...


    7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya 'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'...

    Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA, maka lakukanlah segera... Tapi manusia tetap manusia... Sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik... Adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?...

    Maka untuk itu, mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan... Kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain...

    Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat... Kita withdraw kat akhirat nanti...
    Tapi kalau kita asyik dengki mendengki, nasib lah sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..

    Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita, nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya...

    "Mengkritik tidak bererti menentang,
    Menyetujui tidak semestinya menyokong,
    Menegur tidak bermakna membenci,
    dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."

        Thursday 4 September 2008

        Saban hari aku mendengar berita sedih di sekeliling aku... Berita mengenai pemergian insan tersayang, berita mengenai kemalangan yang menimpa saudara terdekat mahupun rakan-rakan, berita mengenai masalah peribadi yang kian mencengkam insan yang rapat dengan aku dan sebagainya...

        Semua sudah ketentuan... Takdir tersirat dan tersurat pasti akan tiba... Sebagai manusia biasa kita tidak mampu menghalangnya... Mungkin sesetengah perkara kita boleh mengubahnya tapi rata-rata kita memang tidak berdaya... Kita terlalu kecil dan lemah untuk menanganinya... Hanya merelakan ianya berlaku seperti yang diduga...

        Baru2 ini, aku menonton satu dokumentari menarik di kaca televisyen... Kisah berkisar mengenai kehidupan manusia di beberapa benua... Ada yang hidup senang lenang; sehingga mereka tidak tahu apa yang perlu mereka lakukan dengan harta yang bertimbun-timbun... Terlalu banyak kemewahan yang dikecapi sehingga hampir apa sahaja yang mereka mahukan boleh diperolehi dengan satu petikan jari sahaja... Alangkah seronoknya jika kita semua begitu kan?... Tidak perlu bertungkus-lumus dan bersusah-payah mencari wang ringgit demi untuk sesuap nasi...

        Di segenap sudut, kelihatan orang berebut-rebut mendapatkan makanan sehingga ada yang jatuh tersungkur akibat ditolak dan dihimpit oleh orang sekeliling... Nyaris-nyaris juga dipijak mati... Begitulah susahnya bila keadaan sudah meruncing, makanan tiada dan tidak mencukupi, kebuluran semakin bermaharajalela sehingga manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk hidup di hari esok... Ada yang sanggup meneguk air kencing binatang untuk menghilangkan haus ditekak... Sedih!... Memang bila kita melihatnya, berderai sudah air mata... Tapi apa yang kita lakukan disini?... Hanya melihat dan bersimpati... Tiada apa yang dilakukan hanya menunjukkan rasa simpati semata-mata...

        Aku cukup terkedu bila wartawan mendedahkan mengenai keadaan di Tanah Arab; harga barangan melambung tinggi gara-gara ketidakstabilan ekonomi disana... Penduduk yang berpendapatan rendah dan golongan fakir miskin terpaksa menahan 'sakit' akibat dari kenaikan harga barangan disini... Ditambah pula dengan kedatangan Ramadhan, ada diantara mereka tidak bersahur dan mungkin juga tidak berbuka kerana tidak mampu untuk menyediakan hidangan sekeluarga... Ramai juga yang rajin bertandang kerumah orang-orang kaya, memohon simpati untuk menumpang kenikmatan berbuka puasa... Sayu aku lihat gambaran yang dipaparkan di kaca televisyen aku... Dalam kepala, aku terbayang, "Bagaimanakah kiranya kalau keadaan begini berlaku di negara kita (Malaysia)?... Adakah keadaan yang sama akan terjadi atau ianya lebih buruk dan teruk lagi?..."

        Ada diantara mereka yang sudah uzur malah ramai juga yang mengalami masalah kesihatan... Yang paling menyayat hati aku ialah seorang pakcik yang mengidap sakit jantung, terpaksa menahan sakitnya kerana tidak mampu untuk mendapatkan bekalan ubat dari hospital... Subhanallah...

        Kita disini cukup beruntung, cukup bertuah kerana lengkap segala-galanya... Itu pun, masih ada segelintir daripada kita yang 'tidak sedar diri' dan leka dengan kemewahan dan kemodenan yang melanda sehingga lupa untuk mensyukuri nikmat yang Allah SWT kurniakan... Ambillah iktibar... Jadikan pedoman kerana Allah itu Maha Kaya, Maha Agung... Dia kurniakan segala-galanya kepada kita supaya kita sentiasa kembali kepadaNya... Jika kita alpa, tidak mustahil satu ketika nanti Dia tarik segala nikmat yang telah diberikan selama ini...

        Selamat menjalani ibadah puasa...............

        Wednesday 3 September 2008

        Aku intai-intai blog kawan2 yang lain, rata-rata menceritakan tentang kisah Ramadhan yang baru sahaja lengkap 3 hari...

        Aku pula; memang ada kisah Ramadhan yang boleh dikongsi bersama tapi aku rasa aku nak simpan dulu cerita tersebut untuk beberapa hari yang akan datang... Untuk hari ini, aku nak mencoretkan tentang kisah kereta keluaran baru Proton; Persona SE yang dilancarkan baru-baru ini...

        What's so special about this car?...

        Sama macam kereta Proton yang lain dan sememangnya kalian pernah melihat atau pernah menaikinya... Keseronokkannya tetap sama seperti mana kalian memiliki dan menaiki Persona keluaran sebelum ini... Cuma yang berbezanya, model kali ini adalah model SE; iaitu Special Edition dimana beberapa ciri dinaik taraf supaya ianya menepati kriteria 'special' yang diinginkan...

        Komen peribadi aku, aku rasa kereta ni OK kalau hendak dibandingkan dengan Gen-2... Memang sejak Gen-2 dikeluarkan, aku kurang berkenan sedikit kerana reka bentuk dan ruang belakangnya yang sedikit sempit dan tidak sesuai untuk orang tinggi seperti aku ni... Persona merupakan kereta yang menggantikan Gen-2 dari segi aspek yang aku perlukan dan jika diberi pilihan, aku tidak kesah untuk memiliki Persona berbanding Gen-2...

        Aku tak la taksub dan suka giler dengan Persona SE ni... Tetapi ada beberapa ciri-ciri yang menarik minat aku terhadap kereta ini... Dari segi fizikal dan ruang, aku rasa tetap sama cuma Persona SE ni telah dikemaskini sedikit dari segi imej luaran dimana Proton telah mengubah rim tayar (kalau tak silap aku, rim ni pernah digunakan untuk kereta Waja) dan menambah kemasan skirting keseluruhan (depan, tepi kanan dan kiri serta bumper belakang)... Jadi, sekali imbas, kita akan dapat lihat kereta ini menarik dan sedikit sporty jika dibanding dengan Persona keluaran terdahulu yang lebih kepada ciri2 kelembutan dan kekeluargaan...

        Dari info yang aku terima, Proton juga telah mengubah suai enjin Persona SE disamping penambahan beberapa lagi ciri-ciri menarik seperti 100% leather seat (jarang ada kereta Proton pakai leather seat ni...), sistem 'cruising' dan sebagainya... Satu lagi ciri tambahan yang dimasukkan Proton (aku tak pasti sama ada kereta lain ada ke tak benda ni...) kedalam Persona SE ialah sistem GPS dimana terdapat satu monitor yang disambungkan kepada sistem GPS dimasukkan kedalam panel Persona SE...

        Menarik bukan?... Aku rasa untuk kereta tempatan, Persona SE adalah satu-satunya kenderaan yang dilengkapi sistem GPS ini... Aku rasa kereta keluaran negara luar pun belum lagi pasang benda alah ni kecuali untuk kereta mewah... Aku agak kagum juga lah bila aku dapat tahu tentang ini dan dengan harga RM59,000 seorang pemandu dapat memiliki semua keselesaan didalam satu kereta...

        Amacam?.... Kalian suka dengan kereta ini?... Apa lagi, berkunjung la ke pusat pameran Proton yang terdekat untuk mengetahui lebih lanjut... Info yang aku dapat ni cuma sedikit sahaja dan mugkin ada maklumat lain yang aku tidak tahu...

        Photobucket


        Photobucket


        Photobucket


        Photobucket


        Photobucket


        Photobucket


        Photobucket


        Photobucket


        Photobucket


        Photobucket


        Photobucket


        Photobucket


        Photobucket


        Photobucket


        Photobucket


        Photobucket



        Nota kaki:-
        Aku belum mampu lagi nak tukar kereta... 'Ekonomi' aku sedikit merundum dan aku harus menumpukan kepada cara-cara bagaimana hendak menggemukkan poket aku... Hehehe...

        Sumber gambar : Tidak Diketahui (E-mel)


        Tuesday 2 September 2008

        Tiba-tiba pulak tekak terasa perit, terasa sakit...

        Sikit-sikit terbersin... Lepas tu bersin lagi... Terasa hidung ini gatal-gatal... Mulalah cecair jernih meleleh deras... Sah!... Aku nak kena selsema... Sudah lama penyakit ini tidak datang menjengah... Sudah lama tidak bertandang... Memang aku cukup tidak selesa dengan penyakit ini... Bikin aku tidak senang... Semestinya bilik air semakin kerap aku lawati... Berpaket-paket tisu menjadi teman sejati...

        Sudah dua hari ibadah puasa aku tunaikan... Alhamdulillah... Tapi aku bukanlah mengharapkan supaya aku tidak sihat begini... Aku cukup risau kalau tiba-tiba suhu badan aku naik... Aku tidak mahu demam... Aku tidak mahu sakit... Aku tidak mahu pergi klinik... Kalau aku pergi klinik, semestinya aku akan diberikan ubat untuk makan... Macam mana aku nak makan?... Aku kan puasa?!...

        Buat dan cakaplah macam mana sekali pun, sudah ketentuan Allah aku akan sakit sekarang... Aku tidak menyesal dan aku menerimanya dengan redha... Apa yang mampu aku lakukan ialah menadah tangan memanjatkan doa kepada Allah supaya di ringankan penyakit aku ini... Agar aku larat dan dapat meneruskan puasa serta amal ibadatku... "Hanya untuk sebulan, Ya Allah... Tolonglah hambamu ini..."

        Mak pesan, banyakkan minum air masak... Tidur secukupnya dan jangan bebankan diri dengan perkara yang memenatkan... Sudah aku tunaikan, tiap2 hari memang berbotol-botol air masak aku minum; bulan Ramadhan ni, selepas sahur dan ketika berbuka tiada air lain yang aku teguk kecuali air masak... Banyak jugalah... Tidur, rasanya mencukupi... Selepas tamat je Tarawikh, memang aku terus balik ke rumah... Rehat 10 minit kemudian terus tidur... Memang dah program dalam kepala aku ni... Cuma lately ni, aku rasa letih sedikit... Mungkin kerana terlalu banyak fikir... Itu kot puncanya aku jadi tak sihat... Otak banyak berfikir sampaikan seluruh tubuh badan aku menjadi mangsa...

        "Ini tidak boleh jadi, aku kena KUAT!..."

        Monday 1 September 2008

        Masuk hari ini, dah seminggu lebih aku tidak mendengar khabar berita darinya... Aku tidak pasti sama ada dia OK ke tidak, tapi aku tahu dia tahu untuk menjaga dirinya sendiri...

        Kalau dahulu, tak cakap sehari, macam orang gila dibuatnya... Especially si dia... Memang tiap2 hari kami bermesej tanpa putus... Kalau aku tidak online, dia akan terus sms aku bertanya keadaan diri ini... Seolah-olah dia risau aku tidak berbual dengannya di alam siber...

        Tapi kini, keadaan sudah berubah... Aku tidak pasti sama ada keadaan yang berubah atau dirinya yang berubah... Dia pernah mengungkapkan padaku bahawa dirinya tidak akan berubah sama sekali walau apa jua keadaan sekalipun... Tetap akan jadi seperti dahulu kala... Sekarang, apa sudah jadi?

        Aku cukup musykil dan tertanya-tanya akan diri ini... Apa silapnya sehingga begini jadinya... Adakah semua ini berpunca dari diriku? Adakah aku menjadi penyebab dia 'dingin' denganku... Semenjak kebelakangan ini (agak lama juga), dia seperti tidak ambil kisah tentang diriku... Kalau dulu dia rajin bertanya khabar dan sering mengikuti perkembanganku, tapi kini tidak lagi... Jangankan bertanya khabar, apa yang terjadi keatas diriku sehari dua ni pun dia tak ambil peduli... Agaknya, dia tak kisah kalau aku sudah tiada lagi disisi... Dia tak rugi ape pun kalau aku tiada... Doesn't make any difference... Cuma aku je; aku je yang terhegeh-hegeh kat dia... Mengingati dirinya setiap masa... Padahal, ada dia ingat kat aku? I don't think so... In fact, ada banyak lagi benda yang lebih penting dalam hidup dia berbanding aku...

        Aku sedar, siapalah aku... Hanya menumpang perhatian dari mereka-mereka yang tidak pernah ambil peduli... Sedih memang sedih, tapi itulah hakikat duniawi... Begitu sedikit yang ikhlas terhadap kita dan ramai dikalangan mereka yang mementingkan diri sendiri... Tiada perasaan, tiada ikhsan, tiada belas... Apalah balasan yang aku terima ini... Dugaan yang maha hebat...

        Aku telah lakukan yang terbaik untuk dia... Telah ku curahkan segala-galanya agar kebahagiaan datang menjelma... Bahagia?... Bahagiakah aku?... Tidak apalah, sesungguhnya aku telah berikan segala-galanya, tiada lebih tiada kurang... Apa lagi yang harus aku lakukan... Aku tidak berdaya, aku tidak boleh memaksa... Aku sudah laksanakan semuanya sepenuh dan seikhlas hatiku ini... Aku hanya mampu berdoa agar satu ketika nanti dia akan sedar akan kewujudan diriku ini... Seorang insan yang ikhlas dengannya... Aku tidak mengharapkan apa-apa; cukup sekadar perhatian dan keikhlasan... Apa, sukarkah untuk dia memberikannya kepadaku?

        Kini, diri ini kembali sepi... Kembali menyendiri... Ku rasakan dia sudah jauh dari sisi... Kehadirannya semakin hari semakin tidak dirasai... Seolah-olah dia juga meredhai... Ku cuba untuk memujuk hati ini, tapi saban hari ia cukup menyeksakan diriku ini... Aku sudah tidak sanggup lagi untuk menghadapi semua ini... Cukuplah apa yang sudah aku lalui...

        Hubungan yang terbina sebelum ini kembali tipis, menanti saat untuk tiba ke penghujungnya... Perkara yang aku takuti sebelum ini bakal terjadi... Mengapa aku harus hadapi semua ini?... Adakah deraian airmata bakal menemani diriku selepas ini?... Adakah aku akan sendiri lagi?

        Hanya Dia yang tahu...............


        Catatan : Insan Sepi, Ogos 2008

         

        Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

        Theme by WordpressCenter.com.
        Blogger Template by Beta Templates.