Monday 30 April 2007

Today, ramai orang yang bercuti... Maklumlah, esok Hari Pekerja (1 Mei) dan lusa lak cuti ganti untuk Hari Wesak... Ramai yang ambil kesempatan cuti panjang, balik ke kampung ataupun jejalan... Office aku agak lengang hari ini... Begitu juga dengan keadaan jalan raya... Rasa seronok memandu waktu macam ni... Tak pening kepala sangat... Today merupakan hari terakhir buat office collegue aku; Abg Syafiq... Dia akan berhenti kerja dan akan memulakan cabaran ditempat kerja baru... Mengikut apa yang dimaklumkan pada aku, dia dapat kerja kat syarikat kelapa sawit yang terletak berhampiran dengan kawasan tempat tinggalnya di Shah Alam... Eloklah tu, senang sikit nak pergi kerja kan... Cuma buat masa terdekat ni, dia kene berulang ke sini hantar wife dia... Well, tanggungjawab, tetap tanggungjawab... Esok, ade rezeki... Wife dia pun boleh transfer sekali... Kita orang tak sempat nak plan farewell party for him... Ramai yang takde pun... Cuma apa yang boleh kami lakukan ialah belanja makan lunch aje... Tu pun, tak semua ada... Oklah tu kan??? To --> Abg Syafiq, Good Luck to you dan jangan lupakan kami disini yea... Rajin2 lah singgah dan Insya Allah, kalau kami ade projek jalan2 baru, kami akan war war kan... Insya Allah....
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Masa nak balik tu, aku ada jumpa seseorang... And waktu tu juga aku tersentap bila dia mengkhabarkan kepada aku sesuatu perkara yang aku tak jangka!... Pada mulanya, susah gak aku nak terima tapi lama2 aku fikirkan kembali, aku jadi relax... Mahu atau tidak, aku kene terima kenyataan... Budak nie bagitahu aku, dia nak kawin dah... Well, bagi korang, ape bezanya kan? Eloklah kalau dia nak kawin... But to me, it is not... Actually, aku dengan dia agak rapat... Well, we did share some of our stories together... Entahlah... Maybe sometimes, aku rasa carried away... Rasa emotional pulak... Kadang2 aku rasa macam tak boleh terima kenyataan bila perkara ni disebut sebut... But untuk apa? Jodoh dan pertemuan kan di tangan Tuhan... Seharusnya aku redha dengan ketentuan ini... Aku rasa sayu bila dia cakap, dia cuma bagitau aku seorang saja buat masa ini... Dia belum bersedia untuk mengumumkan kepada kawan2 yang lain... Tak tahulah, mungkin tiba masanya nanti dia akan cakap kot... Itulah yang menjadi tanda tanya dalam diri aku... Kenapa aku seorang? Kenapa tidak orang lain?? Acap kali aku cuba untuk mengetahui sebab musababnya namun tidak berjaya... Aku tak tahu nak cakap macam mane... Kalau kawan yang lain, not a problem for me... Tapi kalau dia, susah aku nak terima... Nak terima in sense yang dia nak kahwin... Macam tak percaya aje... Mungkin aku rasa lepas nie kami tak ler macam dulu... Yelah, berkawan dengan orang yang dah berumah tangga nie lain... Kalau masa bujang, bebas... Nak keluar mane2, boleh aje... Sekarang pun boleh tapi tak ler macam dulu... Sometimes boleh, sometimes tak boleh... And then, mungkin pasal aku bujang dan aku akan kehilangan kawan2 bujang yang lain kot... Heheheeeeee... Isshhhhhhhhh.... ape yang aku merepek nih!!! Tak pelah, I'm trying to forget all this... Sepatutnya aku bergembira dengan berita ini, bukan fikir yang bukan bukan....

Saturday 28 April 2007

Eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee... Rasa macam nak cabut aje TEKAK nie NAK KOREK segala KAHAK yang degil kat dalam ni... Batuk macam nak RAK... Tak keluar2 jugak!!!!

Thursday 26 April 2007

Hari ini, company aku tutup sempena pertabalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, Tuanku Mizan sebagai Agong yang ke-13... Aku dapat tahu, tak semua syarikat dapat cuti.. Yang aku tahu, pejabat kerajaan memang cuti, bank pun sama dan beberapa syarikat yang lain... Kepada sesiape yang kene keje tu, jangan marah aa... Bekerjalah sebaik mungkin!!! Anggaplah ianya satu ibadah... Dan hari ini juga, aku tak bergerak kemana mana... Terlantar dan terlentang atas tempat tidur aku... Nak bergerak pun rasa malas... Kepala rasa berat, tekak aku perit, hidung aku berair, suara aku hilang.... Aku DEMAMMMMMMMMMMMMMMM........... Esok kene keje... Alahhhh... rasa macam malas aje nak gie office... Kan alangkah baiknya kalau cuti lagi....

Wednesday 25 April 2007

Tuesday 24 April 2007

Lenguh2 badan aku nih... Mane taknya, dah ler hari Sabtu dan Ahad yang lepas aku gie kursus... La ni semalam ngan hari ini... Gie kursus lagi!!!.... Adoooiiiiiii... Tak habis2 dengan kursus lah aku ni... Keje kat office tu dah melambak lak tu... Handphone asyik berdering... Member tanya ape dah jadi kat aku tak masuk office 2 hari!... Tahu lak dia orang risau aku takde... Heheheheee... Anyway, semalam dah hari ini aku gie attend course lain lak... Sebelum nie 100% pasal knowledge tapi kali ini pasal motivasi diri atau dalam bahasa Inggeris, My Development... Company aku nie memang suka berbelanja buat semua course ni... Semua ni untuk kebaikan staff dalam company aku gak... Tambahan lak, time dah merge nih... Lagilah ramai orang dan kursus macam nie dapat membantu mereka semua untuk menghadapi semua cabaran... Pasal course nie memang seronok, aku dapat kenal ramai orang... Budak2 yang tak pernah aku jumpa pun ada... Ada tu, yang aku kenal muka sebab selalu terserempak kat lobby dan sebagainya tapi aku tak tahu nama!... Ade yang kenal aku, dan aku rasa segan sebab aku tak kenal dia orang... So, during classroom session, aku mengenali dan tahu banyak pasal dia orang... Dalam masa yang sama, aku develop diri sendiri, belajar benda baru, atasi segala kelemahan dan kekurangan dan sebagainya... Overall, aku rasa seronok untuk semalam dan hari ini walaupun agak penat sedikit (sebab banyak aktiviti)... Aku harap, kenangan dan pengalaman macam nie takkan aku lupakan... Semua bahan perbincangan serta perkara yang aku buat bersama rakan rakan akan disimpan rapi... Cuma aku sedikit geram dan frustrated sikit pagi semalam.. Tau kenape? Aku bengang dengan cara sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur ni... No wonderlah orang lebih suka bawa kereta sendiri daripada naik bas atau train... Contoh yang terbaik macam semalam la, masa aku dalam perjalanan nak pergi ke tempat kursus, aku naiklah kenderaan awam... Sebabnya, aku malas nak drive dan menghadapi traffic jam kat KL ni!... So, aku dengan confident nya keluar dari rumah lebih kurang pukul 7.00 menuju ke stesen bas Rapid KL... Actually, jarak dari rumah aku ke stesen STAR @ PUTRA agak jauh sebab rumah aku nih berada di tengah2 antara dua stesen ni... Komuter pun sama gak... So, kalau nak naik tren, aku 2 pilihan... Sama ada aku jalan kaki ke stesen (which I've done before and very tiring plus sweating) ataupun aku naik Rapid KL @ cab terus ke stesen... So, since aku nak gie course... Aku malasla nak berpeluh... Jadi aku pilih untuk naik bas aje... Tunggu punye tunggu, bas tak muncul2... Dekat 30 minit, barulah nampak sebijik... Waktu tu, jam dah pukul 7.40 pagi.... And then naik bas, terus jalan... Aku ingatkan bas tu akan menuju ke stesen LRT tu, rupanya dia pergi tawaf dua tiga kali kawasan perumahan tu... Rasionalnya, dia nak kasi penuh satu bas... Aku dah mula panas dah dalam bas tu asyik pusing2 bawak aku jalan jalan... Alu dah ler nak cepat... Dah tawaf dua tiga kali, barulah dia gerak ke stesen LRT... Sampai aje, jam dah pukul 8.05 minit... Aku naik risau, sempat ke tak aku nak sampai nih?... Nasib baiklah STAR takde problem... So far, aku rasa STAR lagi bagus dari PUTRA... Tak pernah menyusahkan orang... Tren pun selesa dan banyak tempat duduk!... From STAR, aku turun kat Masjid Jamek dan ambil PUTRA terus ke KLCC... Korang nak tahu apa yang aku lalui kat sana? Haa.. ni hati aku sekali lagi menggelegak nih... Kalau ada orang tegur aku masa tu, memang kenalah time tu... Aku turun aje dari tangga escalator tu, aku terkejut dan bengang sebab kat bawah tu dah padat macam ikan sardin!... And then, semua orang kene beratur macam perhimpunan sekolah... Ekor barisan tu sampai bengkang bengkong sebab terlalu ramai sangat orang... Bila tren sampai, memang ler ramai yang keluar, tapi yang nak masuknya, cuma lepas berapa kerat aje...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kat situ aje, aku dah buang masa dekat 45 minit!!.. Aku dapat naik tren dekat pukul 8.50 macam tu... Tu pun aku menyelit kat hujung pintu... Nasib baik lepas.. Aku dapat rasa, aku memang tak sempat sampai dah nih... Dengan berhimpit himpitnya, tobat aku tak nak lagi naik PUTRA pagi2 buta... Aku perasan, tren menghala ke Kelana Jaya memang banyak kosong, tapi yang menghala ke KL, Subhanallah... Padat yang amat! Mungkin sebab ramai yang bekerja di pusat bandar...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Once aku sampai kat KLCC, ape lagi... Jadi atlit Olimpik la aku... Berjalan laju sebab nak kejar masa... Habis semua orang kau potong sebab risau first day datang lambat... Sampai aje ke destinasi, aku rasa lega walaupun akhirnya aku berpeluh jugak... Luckily aku manage sampai ketempat kursus sharp, on time... Usually, Monday nih orang tak start program awal2 kan... Aku masuk pun, speaker takde dalam classroom tu... And then, ade gak tempat kosong sana sini... I guess bukan aku soranglah yang sampai lewat... During the course, aku banyak mendengar dan meneliti apa yang speaker tu cakap... Course kali ni adalah berkaitan motivasi diri so banyak cerita dan kisah hidup dipaparkan... And most of the stories ni adalah kisah benar from kehidupan speaker tu sendiri... He actually dulu bukan seorang speaker but because of desakan hidup telah menyebabkan dia terpaksa melakukan apa saja untuk menyara kehidupannya sekeluarga... Dulu dia datang dari keluarga susah dan terpaksa bekerja di usia muda dan now dia mampu berdiri dengan kakinya sendiri... Ada syarikat yang well-known pulak tu... I'm amazed! Dia ada bagitau, kerja apa yang dia tak pernah buat? Semuanya dia pernah lakukan... So, sekarang, inilah hasilnya... Dia banyak belajar dari pengalaman hidupnya sendiri... Berdasarkan itu, aku banyak kali mengelamun memikirkan bagaimana kalau aku berada didalam situasi dia... Mampukah aku lakukan semua itu??? Well, setiap manusia ada kelebihan dan kemampuannya... Termasuklah aku... Aku yakin, aku mampu memperolehi apa yang aku hajati... Insya Allah... Speaker ni telah banyak memberikan aku idea macam mane aku nak realisasikan impian aku... Thanks to him!! Anyway, aku seronok attend course kali ini... Banyak aktiviti yang bermanfaat yang aku perolehi at the end.. Dan yang paling berharga, credit yang aku terima dari speaker tu...
"You're such a positive person, and I'm truly amazed! Keep it up and I can assure you'll get what you want in life" - Mr Gerald Singh

Sunday 22 April 2007

Biasanya kalau hari minggu, lepas Subuh aku akan sambung tidur... Maklumlah, penat beberapa hari yang lepas tak habis lagi, so kira qada' lah tidur yang tak cukup sebelum nih.. Hehehheheee... Memang benar, selalunya selepas Subuh, orang cakap tak elok tidur balik... Sepatutnya, kita kena buat sesuatu kerja yang berfaedah baik untuk diri kita mahupun keluarga atau orang lain... Dulu dulu, selalunya aku gie jogging kat Taman Tasik Titiwangsa... Tapi sejak kebelakangan ni aku jadi malas dan asyik tidur aje... Teruk kan aku ni sekarang? Tapi hari ini, berlainan sikit aktiviti hari minggu aku... Kalian nak tahu ape yang aku buat hari ini? Kalau aku bagitau, korang mesti tak percaya atau sukar nak percaya... Actually, aku bangkit awal hari ini... Pukul 5.30 pagi, aku dah sedar dan bersiap siap nak keluar rumah... Kalau di ikutkan, waktu ni ramai orang berada dibawah selimut... Aku lak, dah kene bangun dan keluar rumah... Aku sebenarnya kene pergi kursus... Mulanya sejak semalam dan berakhir petang tadi... Start pukul 9.00 pagi sampailah pukul 5.00 petang... Kiranya satu harilah aku spend time untuk kursus nih... Semalam, aku OK lagi... Tapi bila hari ini, aku rasa malas sikit nak pergi... Penat woo jalan kaki dari STAR LRT Bandaraya sampai Sheraton Imperial, Jalan Sultan Ismail!... Tapi kerana company aku dah bayar (mahal gak yuran kursus ni. Dekat RM 1,000 satu kepala...) dan ilmu pengetahuan yang banyak, aku gagahkan diri... Lagipun, dari aku tidur kat rumah, baik aku buat sesuatu yang memanfaatkan... Kursus nie berkaitan dengan bidang kerja aku dan aku rasa bersyukur sebab aku dapat timba pelbagai pengalaman dari panel penceramah... Walaupun semalam agak sedikit bosan, tapi aku dapat grab macam2 benda... Panel penceramah lak, bukannya calang2 orang... Semuanya hebat dan bijak pandai... Mereka terdiri dari pakar perubatan (doktor), hakim dan peguam, pakar psykologi, professor dari universiti dan sebagainya...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Korang mesti tertanya tanya kan, kursus ape orang buat time hujung minggu nih? Haa... kursus nie bernama "Assessing & Determining Quality of Life for People with Medical Disabilities"... Dapat tak korang bayangkan?... Objektif kursus ini menilai pelbagai aspek kehidupan untuk orang kurang upaya dan macam mana nak bantu mereka untuk meneruskan kehidupan... Memandangkan aku nie keje syarikat insuran dan pulak tu duduk kat bahagian tuntutan, kursus nie memang sesuailah untuk orang macam aku nih... So, since company nak sponsor, aku pukul habislah... Bila lagi nak dapat pergi course free kan? Pulak tu, nak panggil speaker datang bagi ceramah kat opis, memang mahal giler!
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Masa course semalam dan hari ini, selain dari ilmu yang aku dapat, ada satu bahagian tu aku rasa kagum bercampur sayu... Tahu kenape? Waktu tu course tu dah nak sampai ke penghujung, ada sorang speaker ni bagi ceramah dan ulasan... Takde apa yang luar biasa dengan ceramah yang dia bagi... Apa yang mengagumkan aku ialah dia ni kurang upaya... Badan dia lumpuh akibat kemalangan jalan raya kira kira 20 tahun yang lalu... Kehidupannya banyak bergantung kepada kerusi roda dan ahli keluarga... Lebih menarik, dia ni merupakan seorang pensyarah yang berjaya... Waktu dia accident dulu, dia tengah buat master degree kat salah sebuah universiti kat sini...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Hati aku terdetik, dia ni yang hilang hampir separuh daripada anggota badannya, mampu menamatkan pengajiannya sehingga ke peringkat yang paling tinggi, kenapa aku yang lengkap segala pancaindera tak boleh?? Dia yang mengalami trauma yang teruk, tidak boleh bergerak kesana kemari, boleh mendapat apa yang dia inginkan, takkan aku nie yang lengkap segala galanya tak boleh?? Aku termenung seketika... Fikiran aku melayang memikirkan semua ini dan bila aku tersedar, semua orang sudah mula beransur keluar dari dewan.... Masa aku berjalan keluar, aku tak dapat nak bayangkan jika aku berada di tempat speaker tadi... Dia seorang yang tabah dan tidak pernah putus asa... Tidak ramai orang yang macam ni.. Selalunya, bila ditimpa kemalangan, ramai yang akan berputus asa... Ramai yang tidak boleh terima hakikat yang dia tidak seperti sedia kala... Tidak normal... Inilah trauma yang harus dihadapi... Aku jadi insaf sekejap dan aku tanya balik diri aku, setakat inikah yang mampu aku lakukan??? Aku harus lakukan sesuatu untuk diri aku sebelum apa2 hal terjadi... Kita tidak tahu kerja Tuhan... Hari ini OK, esok lusa belum tentu lagi....

Sunday 15 April 2007

Ho hoo... Today, jadual aku agak tight sikit... Kalau member lain sibuk dan takde masa (sampai siap announce dalam blog... Hi hi hi hi hi hii... Jangan marah aa...), aku pun sama gak... Tapi tak delah sampai aku tak de masa nak taip entry kali ini... La ni, aku dah ada Media Center yang bakal membantu aku untuk mencoretkan pelbagai jenis cerita, so tak de alasan untuk aku 'ponteng' untuk menulis entry for all my beloved friends... Lagipun, aku dah janji, kalau takde hal... aku akan terus menulis selagi ada idea dan semangat... Pagi tadi aku bangun agak awal... Entah, aku rasa tak boleh tidur sangat sebab excited... Excited pasal umah aku dah totally wireless... Kalau aku nak online, aku boleh pergi kemana saja diceruk rumah aku ni untuk online... Dalam bilik air, bilik tidur, dapur, porch kete... semuanya boleh lah asalkan aku berada dalam lingkungan 100 meter dari router aku (ermm... jauh gak tu... Rasanya lepas sampai 3, 4 bijik rumah jiran aku pun masih boleh dapat 'excellent' signal)... So, aku dengan bersemangatnya bangkit dan cuba masuk... Wahhhh... terus log on dan pantas dapat capai laman web... Sukanya sampai leka... Tak mandi, tak breakfast.... Hi hi hi hi hi hi hii... Dah tengahari sikit, barulah aku bersiap... Aku dah janji ngan abah dan emak kerumah makcik aku kat Lembah Jaya, Ampang... Ada kenduri kesyukuran... Dia nak gie buat umrah bulan depan... So, aku bawaklah depa semua kesana... Dalam masa yang sama, depa nie ade meeting keluarga... Adik beradik bapak aku dah berkumpul, so banyaklah cerita yang keluar... Cerita tulah, cerita inilah... Siap ngan ipar2 sekali join quorum berborak... Tak habis2... Aku lak, malas nak ambil port, lepak kat luar rumah aje... Borak ngan sepupu aku yang lain... Takde ape citer sangat sebab sepupu aku nie semua budak2 lagi... Sekolah pun tak abis... So, kalian paham2 ajelah kan... Kalau nak borak pun, citer pasal belajar, pasal sekolah.. Tu ajelah... Nak borak pasal benda lain, depa mane reti... Aku pesan kat mak yang aku tak boleh lama2 sangat kat situ... Bukan aku tak suka or rasa tak selesa... Aku kalau takde hal, aku tak kesah stay lama sikit... Sebenarnya, aku nak kene balik buat sesuatu untuk esok... Actually, aku dah janji ngan officemate aku yang aku nak bawak kek gula hangus untuk depa semua... Boss aku nak masuk keje balik selepas cuti yang panjang... So, that is my plan lah... Dekat Maghrib, kami pulang kerumah... Kul 9.00 tadi, aku start bancuh adunan... Well, nak buat kek gula hangus nie bukan susah pun... Bahan yang diperlukan pun tak banyak... Before this, aku pernah tolong makcik aku buat... So, sebab dah ada pengalaman, boleh ler aku buat sendiri... Just follow the recipe aje... Bancuh punye bancuh (pakai tangan tau, tak pakai mesin!) dekat 10.00 lebih baru siap... Penat gak nak bancuh sebab adunan tu akan pekat bila kita start masukkan tepung yang dicampur dengan soda bikarbonat... So, dia akan kelihatan macam kaya yang pekat...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Rasa happy sebab bila dah masak tu, kek tu naik... Aku risau takut bantat aje... My mom said, as long as sukatan betul, then takkan bantat... Aku tak bakar kek tu, tapi kukus cara lama... Alah, pakai kukus yang tiga tingkat tu...
:)

Saturday 14 April 2007

Aku rasa sudah menjadi rutin aku dan rakan rakan untuk berkunjung ke PC Fair ini... Rasanya, setiap kali ada pameran komputer @ jualan besar2an barangan yang berkaitan dengan IT, aku memang takkan ketinggalan... Nak kata aku ni belajar IT, tak gak... Paper IT pun aku takde, tapi aku memang minat giler ngan 'gadgets' nih... Ada saja benda yang aku tahu dan nak cari...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Aku memang obses dengan benda2 yang berkaitan IT... Entah kenapa, minat aku amat mendalam... Kalau ada benda baru yang keluar in the market, I'm the one who first want to know... Sesetengah orang, memang tak minat langsung... Macam officemate aku, kebanyakkannya memang buta IT dan kalau ada ape2 hal, depa semua carik aku... This time, aku dah janji ngan member sorang nie nak pergi PC Fair kat KL Convention Centre.. Well, dulu depa buat kat PWTC tapi I guess tempat tu tak muat kot... So, sekarang depa buat kat KLCC sebab tempat tu besar... Boleh accomodate banyak booth... Pulak tu, everytime kalau ada PC Fair, kesemua ballroom dan floor kat KL Convention Center tu akan digunakan... So, kalian imagine lah betapa besarnya fair kali ini...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Penat gak aku jalan kat sana... Memula naik tingkat atas sekali pastu turun satu ke satu floor... Semua area aku masuk... Dari PC, sampailah ke sound system, imaging, printer and accesssories... Semualah... And tak lupa, aku collect macam2 brochure for those outlets and shops.. Depa nie semua bukan calang2 kedai... Kebanyakkannya dah well establish in the market... Kedai depa pun bersepah sana sini...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
This time, aku beli macam2 barang... First yang aku beli ialah wireless router untuk PC aku... So lepas ni, rumah aku dah wireless base and all device can be accessed from anywhere, anytime!... Rasa seronok sangat sebab aku boleh maximize penggunaan wireless PC aku nie... Kalau sebelum nie aku berebut rebut modem dengan adik beradik aku yang lain, sekarang tak perlu lagi!... Yelah, dulu pakai ethernet (cable) sekarang kalau aku nak guna, aku cuma perlu ON kan aje router aku tu... Semua orang boleh pakai dalam masa yang sama!... Simple dan senang kan?? And then, aku beli 4 biji thumb drive... Heheheheee.... Actually thumb drive nie bukan aku yang punya... Member office kirim kat aku... Sorang tu nak 4GB (amboiiii Kak Zana, tamaknye kau!!! Aku pun tak pakai 4GB... Heheheheeeee...) and then yang dua orang lagi tu nak 2GB... Sorang lagi ni nak 1GB tapi nak murah! Kalau ikutkan 1GB jenama Kingston baru aje RM35 tapi dia nak RM10 !!! Adoiiiii... Nak senang citer, aku pesan kat member aku tu, "Kalau kau nak RM10; boleh... Nanti aku buatkan satu untuk kau!... Heheheheeee....
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Selain dari tu, aku beli webcam untuk Media Center aku nih.. Saje nak tambah aksesori... Lagipun, member YM aku dah bising, soh pasang webcam... Katanya senang tengok muka aku yang tak hensem nih... *wink... wink... And other stuff macam wireless keyboard untuk PC office aku dan sebagainya....
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Bila aku sampai umah petang tadi, semua dalam beg tu aku bongkar... Aku tengok satu2... Rasa seronok pun ada... And then cuma satu ajelah yang tak sedapnya... Bila aku kira2 balik, banyak gak aku habis... Dekat RM600 kesemuanya... Waduhhh... Tulah, beli tak beringat... Seronok dok capai sana sini... Last2 nah kau!!.. Anyway, this will be the last for me to shop all these stuff... Bila semua dah ada, senang aku nak guna... Tak payah nak beli lagi... Apa yang pasti, aku puas hati... At least I know where my money goes...

Friday 6 April 2007

Korang pasti terkejut... Terkejut dengan headline kali ini... Mane taknye, selebriti TV tuh... Yang empunya rancangan "Casa Impian"... Takkan dia datang jumpa Reez kot??? Begitulah persoalan yang bermain di fikiran korang kan??? Sebenarnya, memang benar... Mamat ni datang ke office aku dan yang paling syoknye, dia datang atas jemputan aku... Hehehehehee... Percaya tak kalian, aku boleh jemput dia ke tempat kerja aku time orang semua tengah kerja... Realitinya, itulah yang aku lakukan...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Aku bukan saje2 jemput dia datang dan jumpa dengan aku... Actually, kisahnya bermula begini... Dalam planner aku, aku memang dah janji dengan semua officemate aku nak buat program "Home Deco Bersama Eric"... Kira this one is one of Social & Recreational program organized by Sport Club, MIT... So, depa nie semua excitedlah... Tak sabar2 nak suruh aku buat program ni cepat2... So, today ialah harinya dimana Eric sendiri datang membuat penerangan untuk dia orang nie semua...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Aku dah deal dengan manager Eric, bagitau apa yang patut... So, bila semua dah setel, today dia (Eric) akan datang bersama dengan krew nya... Well, we started a bit late sebab si Eric ni ingat, aku nak buat lepas office hour... Memang aku punya original plan macam tu, tapi budak2 aku ni tak menyempat nyempat!... Pukul 3.00 lebih dah terpacak depan pintu dewan... Aku lak, tak boleh nak kata apa melainkan menyuruh dia orang nie tunggu sampai Eric and gang datang...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Depa sampai kat hall dalam pukul 4.30 petang... Waktu tu dah riuh rendah dah... Mati2 dia orang ingat Eric tak nak datang... Maklumlah, mamat ni memang busy sekarang dengan show barunya "Deco Bersama Eric" yang menggantikan "Casa Impian" dulu tu... So, bila start, semua orang rasa happy sebab dapat tengok Eric secara live...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Program berjalan lancar seperti yang aku rancang... Si Eric nie tak habis2 buat lawak dan audience asyik tergelak aje tengok keletah Eric atas pentas... Basically, Eric tak delah bawak all those stuff from his show... Program yang aku buat ini lebih kepada "seminar" based dimana Eric akan menunjukkan cara2 yang betul untuk buat deco kat rumah... So, audience can see semua sample yang dia pernah buat dalam show Casa Impian nya... Memang menarik dan cantik!... And then, banyak juga tips dan petua yang diberikan; dari segi pemilihan warna, pemilihan perabot, pengcahayaan, susun atur dan juga ruang... Masa tu, aku sempat toleh kat audience, ade yang kusyuk dengar dan ada gak yang sibuk dok salin nota... Aku dapat lihat, takde sorang pun yang boring or tertidur dalam dewan tu...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Audience yang hadir pun quite ramai! Sampai tak cukup kerusilah katakan... Sebelum ni aku cuma buka pada 200 orang aje, tapi tadi yang datang, mak aihh... Dekat 400 lebih!! Kesian lak aku sebab ramai yang kene berdiri... Sempat aku risik2, tanya kalau2 dia orang OK... Rata2 nya tak kesah sebab Eric punye pasal, depa sanggup berdiri berjam jam...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Aku rasa seronok sebab program yang aku buat mencapai sasarannya... Ramai yang request kat aku suruh buat lagi sekali, tapi lepas ni depa nak suruh buat bengkel... Lengkap dengan equipment semua...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Errr.... Yang tu, aku kene fikir dua tiga kali dulu... Kalau banyak RM, takpe gak... Nie kene mintak approval dari management dulu... Kalau depa kata OK, then adelah... Kalau tak, then that's it....

Thursday 5 April 2007

Hari ini, sebelum aku balik kerumah, aku singgah ke satu tempat nih... Alah, kalau kalian datang tempat macam ni kalian akan dapat lihat memang banyak budak2 muda... Rata ratanya budak sekolah dan remaja yang sedang belajar di kolej or universiti... Kat tempat ni pun, aku dapat lihat macam2 outlet dan kedai2 kecil bersepah sana sini... Kesemuanya menjual barangan yang sama iaitu barangan IT... Cuma yang membezakannya ialah jenama barang yang dijual dan jenis peralatan yang dipamerkan mengikut konsep kedai itu sendiri... Ownernya pulak kebanyakkannya adalah berbangsa Cina... Tempat yang aku maksudkan ialah Plaza Low Yat... Aku kesini sebab nak collect desktop PC yang aku order minggu lepas... Err... yes, I'm buying a new one for my home... Desktop PC aku yang dulu tu dah jahanam... Tak boleh pakai langsung... Nak betulkan tu, aku rasa boleh... Tapi akan melibatkan kos yang sangat tinggi... Kena tukar macam2... Major upgrade! So, dari aku betulkan PC lama aku tu, baik aku beli baru aje... Lagipun PC lama tu takde brand... Jenama klon aje... Beli pun masa tu harganya cuma seribu lebih aje... Kali ini aku pakai yang ada brand sikit... Hewlett Packard (HP)... Memula tu aku nak beli yang biasa2 aje sebab nak pakai kat umah... Bukan nak buat ape pun... Tapi bila fikir2 balik, alang2 beli baik beli yang elok terus... So, betapa tamaknya aku, aku ambik yang paling mahal sekali!! Heheheeee.... Model yang aku pakai ni model "Media Center - m8090d" alah yang baru keluar kat market tu... Saje aku ambil model ni sebab aku bercadang nak guna PC nie belajar/buat multimedia stuff...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
PC aku ni dilengkapi dengan macam2 ciri... Antaranya ada TV Tuner so aku boleh connect kan dengan aerial or ASTRO untuk tengok TV... Siap boleh record lagik... Ada FM Radio dan sebagainya... In terms of networking lak, PC aku ni dilengkapi dengan Wireless LAN... So, I can be connected anywhere, anytime wirelessly... So, next time during PC Fair aku nak carik wireless router pulak... Skarang nie masih lagi guna ethernet lah sebab modem aku tu bukan wireless... Antara spesifikasi PC aku: - Hard drive
- Samsung SP2504C (500GB) - Tamakkan nak hard drive besar!
Processor
- Intel Core 2 Duo E6600 (4MB L2 Cache, 2.4 GHz, 81066 MHz FSB)
Memory
- 2048 MB PC2-5300, 667MHz - nVidia GeForce 7300GS 3D PCI-Express 512MB DDR2 Video Memory Graphics
Other Drive
- Super Multi Drive with Lightscribe Technology, Double Layer DVD - 15 in 1 Digital Media Reader
Operating System
- Microsoft Windows Vista Home (Genuine)
Others
- HP Media Center Remote Control - Single PAL TV Tuner with Personal Video Recorder Functionality - FM Radio ready - Built-in Wireless LAN - Wirelesss Keyboard and Mouse - HP w1907 19" Wide TFT Monitor Aku rasa kagum dan seronok yang teramat sangat dengan PC baru aku ni... Bila aku pasang untuk pertama kalinya, aku dapat lihat performance PC ni yang sememangnya mengikut citarasa aku... Memang laju giler dan yang paling best, aku suka sebab with Windows Vista, I can do anything!
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Aku kene terima hakikat yang buat masa ni Vista memang tidak berapa stabil... Certain program, aku tak boleh run sebab Microsoft has yet to develop updates for those program... Tapi I tak risau sebab later, semua akan kembali OK dan sure lepas tu aku boleh install these softwares in my PC... So far, all basic program dah ada dan aku dah boleh guna untuk buat kerja2 aku...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
One good thing about Vista is this OS is highly secured! Aku tak rasa risau dengan ancaman spyware or orang nak ceroboh PC aku... Ianya dilengkapi dengan Windows Defender dimana semua benda yang ada dalam PC aku ni akan di 'scan' terlebih dahulu... So, kita akan tahulah sama ada ada spyware ke tak dalam PC or those unauthorised download dalam hard drive... Maklumat peribadi pun dapat disimpan dengan baik...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Ada macam2 lagilah function PC aku nie yang aku sendiri belum habis explore... Secara keseluruhannya, aku memang suka giler! Waktu aku sampai rumah pukul 7.00 tadi, aku dah mula pasang semua aksesori PC aku ni dah cuba connect mana yang patut... La ni baru siap... Dan sempat gak ler online buat entry... Heheheeee... Ok, aku nak off... Nanti kita sambung lagi....

Monday 2 April 2007

Bila kita tak tegur, orang anggap kita sombong... Kita merajuk... Bila kita tegur pulak, dikatakan kita mengganggu mereka... Entahlah, aku memang tak pahamlah dengan manusia zaman sekarang! Aku bukannya tak suka menegur orang, tapi rasional lah sikit... Aku nie bukanlah bangsa suka main tegur orang sesuka hati aje... Kalau dah orang tu sibuk, tak delah aku tegur or call... Aku pahamlah situasi dia macam mane... Nie yang aku marah sangat kat dia orang ni... Bila aku senyap sekejap, dikata macam2 pasal aku... Kalau benda baik, aku tak kisah sangat, tapi segala keburukan orang diceritakannya... Nie ape kes??? Apa hal pulak dijaja segala cerita tak betul pasal aku kat orang lain? Tak ingat dosa ke buruk2 kan orang lain??? Aku tak menyangka sama sekali orang yang bercerita tu adalah antara orang yang aku percayai... Antara yang aku hormati sebagai seorang kawan... Malah sebagai orang yang lebih tua dari aku, dia patut sedar akan kedudukannya... Patutnya dia rasa malu dengan apa telah dia lakukan... Aku berterima kasih pada rakan aku kerana 'ter'cerita kisah ni pada aku... Memang ler rasa panas dihati tapi benda dah jadi, aku redha ajelah... Apa yang pasti, keadaan tak akan kembali baik macam dulu... Aku malas nak layan orang yang suka bermuka-muka ni... Depan kita bukan main baik, tapi belakang kita, Tuhan aje yang tahu... Lantaklah dia lah dengan hidup dia... Semoga Allah akan membalas apa yang dia dah buat...
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.