Semalam, company aku mengadakan sambutan Tahun Baru Cina di Hotel Crown Plaza, Kuala Lumpur... Sambutan ini merupakan salah satu acara tahunan untuk meraikan staff yang beragama Buddha di syarikat aku... Sudah menjadi sebahagian dari tradisi syarikat aku meraikan perayaan besar sebegini dan kali ini ianya dianjurkan dengan begitu meriah sekali...
Ada yee sang, ada tarian singa dan macam2 lagi... Kalau dibandingkan dengan tahun lepas, kemeriahan sambutan tahun adalah jauh lebih baik... Aku dapat lihat kegembiraan terpancar di wajah mereka yang hadir ke majlis kali ini... Tahniah kepada jawatankuasa penganjur kerana berjaya menganjurkan majlis seumpama ini...
Jadi, disini aku sertakan beberapa keping gambar yang diambil oleh rakan2 aku untuk tatapan kalian... So, enjoy...
Wednesday 20 February 2008
Tuesday 19 February 2008
Semenjak kebelakangan ini, aku tengok bersepah pasangan muda mudi kehulu kehilir tanpa arah tujuan... Yang paling ketara dimata aku, kebanyakkan mereka masih lagi dibangku sekolah dan masih hingusan...
Ada tu, keluar berpegangan tangan dengan keadaan lengkap beruniform sekolah...
Adehhhhhhhh... Apa nak jadi dengan budak2 zaman sekarang?... Mak bapak hantar kesekolah untuk belajar supaya menjadi orang yang berguna, ni tak... Habis waktu sekolah, bersepah dan bertebaran mereka bersama sama pasangan masing2 merayap tak tentu hala... Dah dekat nak Maghrib baru ingat nak balik kerumah... Ada tu, lagi extreme... Ahli keluarga yang lain dah lena tidur, dia baru nak balik...
Zaman aku dulu, semua ni takde... Kalau ada pun, cuma satu dua aje... Tu pun takde la se 'extreme' macam zaman sekarang... Kalau budak2 ni nak keluar pun, time2 hujung minggu atau cuti sekolah... Dan mereka keluar pun macam kawan2 biasa tanpa pegang2 atau peluk2... Selalunya mereka akan keluar berkumpulan...
Itulah peredaran zaman... Orang makin lama, makin advance... Benda yang tak baik, semuanya menjadi ikutan... Amalan yang terpuji semua ditinggalkan seolah-olah tidak berguna bagi mereka... Yang menyedihkan aku, bila aku tengok ramai muda mudi yang terjebak ini adalah dari golongan orang Melayu sendiri... Bangsa aku!!!...
Kalau ditanya dan ditegur, mula melenting sana sini... Aku akan kena balik!... Kata mereka, "apa hak kau nak tegur ape yang aku buat???... Mak bapak aku sendiri pun tak kesah, ni ko pulak nak menyebok hal aku dengan awek aku!!...."
Kalau orang yang panas baran, dah lama dah budak2 begini kena belasah... Nasib baik aku jenis boleh control selepas aku tegur mereka bila buat benda tak senonoh... Entah kenapa ada sekali tu, secara tak sengaja aku tertegur seorang mamat ni peluk2 budak perempuan dikhalayak ramai... Walaupun tu awek dia, aku perasan sebab nampak sangat air muka budak perempuan tu tidak selesa diperlakukan begitu... Malu agaknya...
Beginilah senario zaman sekarang... Bagi anak muda, semua ini dikatakan CINTA...
CINTA???... Betul ke CINTA kalau dah begini perangainya???... Meraba anak dara orang tak tentu pasal... Pegang sana, pegang sini... Pastu berani pulak buat perkara tak senonoh dengan pasangan masing2...
Kalau orang dulu2 bercinta, aku rasa takde la sampai nak berpeluk sakan... Paling koman (dalam bahasa Inggerisnya, "common") pun gie taman bunga, dating... Jalan takla sampai nak peluk2... Aku rasa setakat tu je kot... Entah, aku tak pernah nampak orang dulu2 bercinta macam mane... Tapi aku ada tanya mak aku, macam mane abah aku ngorat mak aku waktu muda2 dulu... Dia bagitau, kami takde la sampai nak pi dating kat taman bunga, tapi abah aku rajinla datang rumah jumpa dengan kedua-dua orang tua mak aku... Bercinta pun tak lama, terus nikah dan berkahwin...
Aku rasa seeloknya begitu... Sekurang-kurangnya kita dapat mengelakkan maksiat dari terus berleluasa... Tapi itulah yang berlaku sekarang... Budak2 lebih suka melakukan maksiat dari membanterasnya... Negara kita sekarang tak ubah seperti Amerika Syarikat atau negara2 Mat Salleh yang lain... Terlalu bebas!!!... Perubahan sebegini sememangnya tak elok untuk kita semua, especially orang Melayu yang beragama Islam...
Apa2 pun, semua ini bergantung pada pendidikan masing2... Aku akui, bukan semua anak muda begitu... Ada juga anak muda yang bercinta, tapi sentiasa menjaga batas2 nya... Keluar bukan berdua-duaan... Duduk jauh2 dan tak pernah bersentuhan antara satu sama lain... Aku pernah kenal satu pasangan yang begitu... Baik sungguh mereka menjaga perilaku masing2 supaya tidak mengundang maksiat... Kalau keluar, si lelaki akan bawa adik beradiknya bersama dan begitu juga dengan pasangannya... Pergi mana2, mesti ada sama ada adik/kakak atau sesiapa saja ahli keluarga kalau nak pi dating... Berjalan pun tak seiringan... Si lelaki akan berada jauh didepan dan pasangannya akan menyusul dibelakang...
Kalau beginilah muda-mudi sekarang, aku rasa selamatla kita semua... Tapi agak mustahil semua ini akan berlaku... Siapa sanggup pergi dating kalau adik beradik ada bersama sekali? Kacau line, bukan???...
Tepuk dada, tanyalah selera... Kalau tak nak tanggung dosa dan kena seksa diakhirat kelak, pandai2 la kita cari jalan supaya dapat mengelakkannya... Kalau dah suka sangat, memang ada jalannya... Kita ikut cara yang betul supaya keharmonian dapat dipelihara...
Nota kaki:-
Entry ini bukan ditulis untuk menghentam atau memperli sesiapa... Sekadar peringatan untuk mereka2 yang sedang hangat dilamun CINTA...
Sunday 17 February 2008
Seharian aku mengasingkan diri aku dengan dunia luar (kecuali dunia internet la)... Dari pagi, sampaila sekarang ini, aku terperap dalam bilik aku... Tak keluar2 berjumpa dengan orang...
Sampaikan ahli keluarga aku pun pelik, apa yang telah terjadi keatas diri aku hari ini...
Aku telah mengidap satu 'penyakit' awal pagi tadi... 'Penyakit' yang aku namakan 'E Syndrome' telah membuatkan seluruh badan aku jadi kaku dan malas, otak menggelegak serta mata kuyu dan mengantuk... Entah bila akan sembuh, aku pun tak tahu... Mungkin selepas pukul 5 petang esok kot...
Setakat ini, takde vaksin atau ubatan yang boleh mengubati 'penyakit' aku ni... Cuma kertas keputusan sahaja penawarnya... Itupun aku akan terima selepas sebulan setengah bermula esok... Jadi, dalam waktu tersebut hati akan jadi tidak keruan, fikiran melayang-layang dan semestinya otak aku ligat berfikir apakah keputusannya... Adakah aku akan sembuh atau tidak???....
Nota kaki:-
'E Syndrome' yang aku maksudkan ialah 'Examination Syndrome'.... Esok aku nak periksa weii!.....
Jangan dekat, berkemungkinan 'penyakit' ini berjangkit... Heheheheeee...
Saturday 16 February 2008
Aku nak ucapkan terima kasih kepada Dak Manje kerana mengurniakan anugerah ini kepada aku... Walaupun aku baru mengenali dia di alam maya ini, dia dah kurniakan aku dengan satu anugerah...
Terima kasih, Dak Manje... Reez hargai pemberian Manje ini...
Sebenarnya, aku bukanla gila sangat dengan benda2 anugerah ni... Apa yang penting bagi aku, hubungan kita sesama manusia... Sebagai seorang rakan, aku ikhlas berkenalan dan berkawan dengan mereka yang ikhlas mengenali diri aku... Jika aku singgah di blog masing2, mana2 cerita yang aku boleh komen, Insya Allah aku akan komen... Kalau tidakpun, aku akan tinggalkan pesanan didalam kotak mesej masing2... Setakat itulah yang mampu aku lakukan pada semua yang hadir disini...
Aku bukan jenis yang mengharapkan apa2 balasan dari orang... Dan bukan cara aku untuk berkira-kira dengan kawan2 disini... Tapi kalau orang dah bagi, aku terima dengan ikhlas... Terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka2 yang memberi... Semoga Allah memurahkan rezeki kalian dikemudian hari... Amin.....
Memandangkan aku dah dapat anugerah ni, aku nak kurniakannya kepada semua pemilik blog yang membaca entry ini... Terimalah pemberian aku yang tidak seberapa ini... Ambik tau...
Nota kaki:-
Aku tak nyatakan kepada siapa aku kurniakan anugerah ini sebab aku tahu, ramai 'silent reader' yang hadir membaca setiap inci blog aku... Jadi, mereka juga layak menerima anugerah ini seperti mana kawan2 aku yang lain... Terima kasih atas sokongan kalian!... Sila datang lagi...
Friday 15 February 2008
Kadang2 aku rasa bengang la jugak bila orang bercerita dan bercakap pasal perihal aku... Tak kisahla sama ada benda baik atau sebaliknya... Aku tetap rasa tak selesa...
Entah kenapa dalam dua tiga hari ini, kepoh cerita pasal aku... Aku dapat itulah, aku dapat inilah... Semuanya menjadi bahan bualan orang sekeliling... Yang aku peliknya, orang yang tak pernah bercakap atau bertegur sapa pun boleh tahu segala-galanya...
Bila orang bertanya, aku cuma layan seperti biasa... Aku cuba untuk jadi low profile person dan selalunya berdiam diri... Bukan tidak mahu bercerita tapi bila mengenangkan keadaan diri aku dan pengalaman yang lepas2, aku rasa ada baiknya aku tidak memberikan sebarang respon... Kalau aku buka mulut, maka akan keruhlah keadaan... Biasalah, bila seseorang dah tahu, dalam beberapa jam, satu bahagian akan tahu... Selepas tu, satu jabatan, satu tingkat, satu bangunan dan akhirnya satu syarikat akan tahu cerita... Kalau benda baik, OK gak... Tapi kalau benda tak baik???...
Dari seelok-elok cerita, bila dah sampai dari satu mulut ke mulut yang lain, akan bertambahlah segala perisa... Lain yang berlaku, lain pulak yang disampaikan... Selalunya cerita yang sebenar akan berubah menjadi perkara yang tidak sedap didengar... Padahal, bukan itu sebenarnya yang berlaku!...
Nak sakit hati pun tak boleh... Benda dah tersebar, terima jelah hakikat... Semua ini sebenarnya banyak mengganggu aku untuk menjalani kehidupan yang tenteram di pejabat... Apa yang boleh aku lakukan ialah banyak bersabar dan buat tak tahu saja... Kalau orang bertanya, aku cuma katakan, "dari mana dapat cerita ini???..." Kalau tiada jawapan atau jawapan yang diberikan tidak munasabah, aku akan berdiam diri... Itu lebih baik...
Di tempat kerja aku memang ramai yang begitu... Banyak 'internet bergerak' dan banyak juga 'speaker 3 ribu watt' !... Kebanyakkan mereka terdiri daripada golongan makcik2 yang dah nak pencen, so kalian faham2 jelah tahap kay po chee mereka tu... Aku tak salahkan mereka sebab dah sejak azali nya mereka begitu... Ada waktu aku melayan juga mereka2 ni tapi most of the time aku lebih suka mendengar perbualan mereka dari bercakap...
But the worst scenario, bila mereka bercakap benda yang tidak sedap seterusnya kita terpaksa menanggung akibatnya... Itu yang paling aku tak sanggup!...
Apa2 pun, bila semua ini berlaku aku kena banyak bersabar... Kalau dilihat dari segi positif, at least aku tahu yang aku ni quite glamor dipejabat... Heheheheheeeee...........
Wednesday 13 February 2008
Syukur, alhamdulillah...
After all these years, Allah had answered my prayers... Hari ini menjadi sejarah dalam kehidupan aku kerana kurniaan yang diberikan olehNya... Rasa terharu dan gembira bila menerima perkhabaran ini...
From beginning, I'm not expecting anything neither put much hope on it... Cuma bagi aku, kalau ada... Adalah... Itu sahaja... Kalau tak ada, it's still OK... Aku yakin, jika ada rezeki, semestinya aku akan memperolehinya... Tidak perlu rasa bimbang atau ragu2...
Allah itu Maha Agung, Maha Kaya dan Maha Pemurah... Akhirnya penantian yang agak lama ini sudah berakhir... Segala persoalan telah terjawab... Gembira rasanya hati kerana selepas ini kehidupan aku akan berubah... Aku telah diamanahkan untuk memikul satu tanggungjawab yang besar; sesuatu yang bukan dalam bidang kuasa aku... Perasaan gemuruh hadir namun sedikitpun tidak melemahkan semangat...
Sasaran aku cuma satu, menjadi yang terbaik antara yang terbaik... Kepercayaan telah diberikan dan sekarang adalah masa yang sesuai untuk aku mengembangkan sayapku serta membuktikan bahawa aku juga mampu menyumbang kepada kejayaan syarikat... Insya Allah, janji2 akan dikotakan selagi terdaya...
Walaupun ada beberapa perkara yang aku agak ragu2, tetapi ianya tidaklah sehingga membuatkan aku ingin mengubah perancangan asal... Ianya hanya perkara kecil dan aku rasa satu ketika nanti, ianya akan selesai dengan sendirinya...
Terima kasih kepada mereka yang telah membantu aku selama ini... Tidak lupa juga pada mereka yang sentiasa mendoakan kesejahteraan aku dan mereka yang banyak memberikan dorongan serta semangat untuk aku meneruskan perjuangan... Terima kasih yang tidak terhingga buat kalian!!...
Tuesday 12 February 2008
Lantakla orang nak kata apa... Aku tak peduli!... Janji aku tahu apa yang aku buat...
Lagipun, apa salah dia pada aku?... Dia pun manusia biasa macam orang lain... Hanya kerana dia 'istimewa' tidak bermakna aku tidak boleh berkawan dengannya... Dia pun berhak untuk berkenalan dan berkawan dengan orang lain...
Bila terjadi macam ni, aku simpati dan kasihan dengannya... Bukan pintanya supaya jadi begini... Aku faham, insan 'istimewa' sepertinya memang agak sukar untuk diterima oleh masyarakat sekeliling, lebih2 lagi masyarakat Melayu kita... Apa yang aku dapat lihat, masyarakat kita lebih suka mengutuk, mengata dan mencemuh daripada menasihati dan membimbing... Pantang nampak cacat cela, pasti akan menjadi bahan mulut golongan2 yang 'pendek akal' ini...
Kadang2, aku letih nak melayan karenah orang sekeliling... Tak habis2 dengan lemparan caci maki yang aku rasa agak keterlaluan... Tapi bila aku lihat air mukanya, sedikit pun tidak mengambarkan perasaan marah atau sakit hati... Seolah-olah tiada apa yang berlaku...
Tak tahulah sama ada dia perasan dan merasainya atau tidak tapi jelas dia tidak menunjukkan sebarang reaksi... Mungkin dia sudah lali dengan semua ini... Hatinya sudah keras dan tepu untuk menepis setiap kutukan yang datang bertubi-tubi... Mungkin akal fikirannya sudah matang, "kalau dilayan, ibarat mencurah minyak kedalam api yang sedang marak...." Jadi tiada penghujungnya...
Semua ini membuatkan aku rasa kagum, kagum dengan kecekalannya menghadapi kehidupan sebagai insan 'istimewa'...
Cuma apa yang aku tidak faham, mengapa orang lain begitu extreme dan kasar dengannya sedangkan dia tidak pernah mengganggu dan menyusahkan sesiapa?... Tidak terfikirkah orang itu bahawa mereka juga manusia biasa yang punyai banyak kekurangan dan kelemahan?... Mengapa mesti dibanding-bandingkan kejadian antara kita?... Tidakkah itu ibarat menduga dan mempertikai ciptaan Tuhan?...
Aku berdoa semoga kesedaran akan timbul dalam diri mereka2 yang terlalu taksub dengan kelebihan diri masing2... Moga Allah mengampunkan dosa2 mereka ini...
Nota kaki:-
Aku cuba untuk menyelami perasaan insan 'istimewa' ini dan hakikatnya mereka tidaklah seperti mana yang kita jangkakan... Buruk diluar, tidak semestinya buruk didalam... Malah, mereka jauh lebih baik dari orang lain... Sekurang-kurangnya mereka sedar siapa diri mereka...
Jadi, aku tidak akan rasa kekok dan malu untuk berkawan dengan mereka sebab aku tahu, apa yang aku lakukan tidak bertentangan disisi agama dan pegangan hidup aku... Kalau orang lain rasa ianya salah, terpulang... Itu hak individu... I really don't care..........
Monday 11 February 2008
Ermmmm.... Sekarang tengah musim orang dapat award dalam blog... Mane2 aku pergi, mesti aku akan dapat lihat dan baca entry pasal award ni...
Benda ni lebih kurang macam Grammy Award yang sedang hangat kat TV sekarang la... Bezanya, Grammy Award tu, kita akan dapat pegang, berdiri atas pentas dan bagi ucapan... Tapi award yang ini, kita akan terima dalam bentuk posting secara maya... Heheheheee... Okla tu, janji ada award...
Sebenarnya, selama aku berblogging, inilah kali pertama aku dapat award yang dikurniakan oleh kawan2 lain... Tak pernah sebelum ini dapat anugerah sebegini... Well, sesuatu yang baru dalam dunia blogging... Bagi sesetengah orang, ianya tidak memberikan ape2 makna, malah ada yang berkata, "non-sense"...
Bagi aku, it is not 'non-sense' thing... It's something to do with what you've done for them... You wrote about anything and most of the time, you wrote about people around you whether you realized it or not... Jadi, tak salah kiranya orang lain memberikan sesuatu sebagai tanda terima kasih mereka pada kita...
Alhamdulillah, aku rasa bersyukur kerana aku berada didalam golongan mereka yang diberi penghormatan... This award was given to me by Kak E; new blogger yang baru aku kenali tahun ni... Aku tak sangka aku akan terima award ni dari dia...
"Thanks a lot Kak E for the nice award... Reez hargai pemberian Kak E ini..."
Kalau nak di ikutkan kriteria, aku tak tahu bahagian mane yang melayakkan aku untuk menerima award ini... Aku belek2 balik blog aku... Banyak yang cacat sana sini... Gaya penulisan yang tonggang terbalik, dengan layout entah ape2 tah... Sekejap begitu, sekejap begini... Jauh lebih buruk dan teruk berbanding blog orang lain...
Tapi semua ini bukan ditentukan oleh aku... Semua terletak di tangan pembaca... Mereka lebih arif dalam menilai sebaik mana blog aku dimata mereka... Aku tidak perlu tahu apa yang mereka fikirkan... Cukuplah sekadar aku menulis mengikut keselesaan dan rentak aku sendiri... Aku berdoa dan berharap agar semua yang pernah singgah ke blog aku berpuas hati dan terhibur dengan apa yang telah aku coretkan...
Semestinya, blog ini telah membuka peluang aku untuk mengenali rakan2 blogger yang lain... Dari yang muda sampaila yang tua, lelaki dan juga perempuan, jauh mahupun yang dekat... Pelbagai lapisan masyarakat aku temui... Walaupun tidak bersua muka, ianya cukup memberikan aku pengalaman seolah-olah sudah lama kenal... Aku belajar banyak perkara melalui mereka... Sesuatu yang aku rasakan amat bernilai dan berharga dalam hidup aku...
Terima kasih kepada semua yang telah memberikan galakan... Terima kasih juga diatas segala komen, pendapat, kritikan dan pujian... Semuanya tidak akan aku lupakan dan mana yang baik akan aku dijadikan sebagai panduan untuk menjadi insan yang lebih baik... Pada mereka yang menjadi 'silent reader', terima kasih diatas kesudian anda meluangkan masa membaca laman aku ini...
To all my former commentor, my friends, thanks for making this blog a reality... You deserve more than this award...
And to those providers; Msjbox in particular, thanks for developing such a wonderful system which make us close to each other... Keep it up ya!!!...
Sunday 10 February 2008
Wakakakakakakaaaaaa......
Aku tak boleh menahan gelak aku... Sampai sekarang aku rasa geli hati dengan apa yang aku baca...
Nota ini ditulis oleh pakcik aku yang datang kerumah malam tadi... Tujuannya, nak bagi kat abah supaya amalkan untuk mengurangkan/menyembuhkan sakit ghout nya... Tapi aku rasa macam tak logik je... Kelakar pun kelakar...
Cuba kalian lihat, apa yang kelakar tentang nota ini... Nota ini berkaitan ubat yang sepatutnya abah aku ambil...
Cuba perhati nota ni, teka apa yang tidak kena... Hepppppp... Jangan gelak!!
Nota kaki: -
Bila baca, aku rasa abah aku tak amalkan kot... Mana sanggup beb!... Wakakakakaaa....... Lawak betul la pakcik aku ni...
Saturday 9 February 2008
Alangkah bahagianya hidup jika aku tak payah bayar hutang pinjaman kereta...
Alangkah bahagianya hidup jika aku tak payah bayar hutang kad kredit...
Alangkah bahagianya hidup jika selepas ini gaji aku tidak akan dipotong untuk membayar hutang pinjaman rumah...
Alangkah bahagianya hidup jika aku tak payah datang ke pejabat dan buat kerja yang bertimbun-timbun diatas meja...
Alangkah bahagianya hidup aku kalau semua benda yang aku nak berada didepan mata... Paling tidak pun, aku boleh mendapatkannya dengan mudah...
Alangkah bahagianya hidup aku kalau begini.........................................................
Aku tak boleh nak gambarkan jika semua perkara diatas menjadi realiti... Kan bagus kalau begitu?... Tapi itu semua hanyalah angan2 sahaja... Mana mungkin aku dapat memboloskan diri dari membayar segala hutang piutang?... Mana mungkin aku dapat goyang kaki tanpa melakukan sebarang pekerjaan dan terima gaji bulan2 masuk dalam akaun aku?... Mana mungkin aku dapat memiliki benda yang aku idamkan jika aku tidak berusaha untuk mendapatkannya?...
Sesuatu yang mustahil, bukan???...
Apa yang aku nak, aku kena dapatkannya sendiri... Kalau tidak, aku harus terima dan berpuas hati dengan apa yang aku ada... Tidak boleh mengomel atau merungut... Tapi hakikat tetap hakikat, kadang2 terbit rasa tidak puas hati dalam diri... Sudah menjadi lumrah hidup sebagai seorang manusia berperasaan begitu...
Tadi makcik2 dan pakcik2 aku datang... Penuh rumah aku sekejap... Macam buat jamuan Hari Raya aje... Mereka semua datang bertandang kerumah sebab nak jenguk abah aku yang sakit ghout... Dah seminggu dah kaki abah membengkak tapi masih lagi 'under control'... Doktor pun dah bagi ubat cuma abah kena berpantang makan sikit...
Bila duduk berborak, fikiran aku melayang seketika... Entah kenapa, aku terfikir benda lain... Aku lihat keletah dua orang makcik aku... Bahagia betul hidup mereka... Jika dibuat perbandingan antara adik beradik abah yang lain, makcik aku yang dua orang ni lah yang hidup senang... Ada rumah besar, kereta besar... Duit pun banyak... Kira mereka jarang ada masalah sangat berbanding dengan adik beradik yang lain...
Makcik aku yang sorang tu, sudah bersara dan sekarang hidup senang lenang... Aku pun pelik macam mana dia boleh kumpul duit banyak2... Padahal, waktu dia muda2 dulu, dia cuma kerja cashier kat Globe Silk Store je... Bukan kerja kat pejabat sebagai pegawai besar ke ape... Bila dah pencen, dia boleh beli rumah secara tunai... Bayangkan, rumah yang harga dekat RM200 ribu, dia boleh beli secara tunai... Mak aiii... Kaya betul dia ni!... Pastu, beli kereta, pun secara tunai gak!!... Adehhhhh....
Makcik yang sorang lagi tu pun satu... Dia masih lagi bekerja... Tapi rumah dah berderet-deret... Semuanya dia sewakan pada orang... Bulan2 masyuk woo... Takde la dia nak pening kepala fikir pasal duit... Kereta kat depan rumah dah berbaris... Ada Avanza, ada Persona, ada Kancil... Semua jenis dan jenama dia ada... Pastu Raya baru2 ni waktu aku datang rumah dia, terkasima aku sekejap... Dia dah renovate rumah dia; extent depan dan belakang... Pintu pagar tukar automatic; siap ada kerawang2 emas lagi... Wowwwww, macam umah orang kaya2 yang pernah kita lihat tu...
Entah kenapa aku rasa malu sangat dengan diaorang... Yelah, keluarga aku ni takde ape... Orang susah, duduk pun rumah kampung je... Bila diaorang datang sini, aku rasa segan dan takut kalau2 diaorang tak sudi nak datang ke rumah buruk aku ni... Tapi sangkaan aku meleset, diaorang sebenarnya tak macam tu... Diaorang tak kesah malah diaorang selamba je bila datang; buat rumah aku macam rumah sendiri... Sepupu sepapat aku pun sama... Ada seorang tu, siap datang dan tidur kat sini...
Bila aku lihat semua ini, ianya telah memberi kesedaran pada aku supaya aku terus berusaha mengubah nasib keluarga aku... Aku tidak boleh biarkan keadaan ini terus berlarutan sampai bila2... Aku berazam untuk mengubah nasib keluarga aku supaya mak dan abah hidup senang lenang dikemudian hari... Memang pada mulanya agak sukar tapi aku merasakan ianya dapat dilakukan... Selepas ini, abah tidak perlu bergantung dengan duit pencen, mak pun tak payah susah2 buat kerja kat dapur... Aku akan uruskan semuanya...
Aku memang yakin, satu masa nanti nasib aku akan berubah... Jika makcik2 aku boleh hidup bahagia dan senang lenang, kenapa aku tak boleh ???...
Nota kaki: -
Bila bercerita mengenai hidup, banyak kenangan pahit dan manis aku lalui selama aku membesar didalam keluarga aku... Aku dah lalui macam2 keperitan dan kebanyakkan berlaku didepan mata aku sendiri... Air mata banyak mengalir tetapi ianya sedikit tidak mematahkan semangat aku... Semua ini menjadi pengajaran yang amat berguna dan ianya banyak membentuk aku menjadi seorang insan seperti sekarang...
Friday 8 February 2008
Baru2 ni, kawan yang duduk depan aku telah pergi bercuti ke negeri yang terkenal dengan keropok lekor; Terengganu Darul Iman... Dia pergi bersama 2 orang rakannya sewaktu cuti Hari Wilayah tempoh hari...
Balik tu, biasalah... Dia bercerita mengenai tempat yang dia duduk dan aktiviti yang dijalankan disana... Kalau dah namanya berjalan, memang la seronok... So, cerita punya cerita, tiba-tiba dia tanya aku tentang maksud satu perkataan...
"Kalau kau tau, ape maksud ICT ??..." soal dia pada aku ketika aku sibuk menaip
"Soalan ape yang kau tanya ni... Ni soalan budak sekolah rendah!!..." balas aku selamba
"Yelah, jawablah soalan aku... Kau tau tak ape maksud ICT???...." dia membalas
"Tahu!... ICT tu maksudnya Information and Communication Technology...." balas aku semula
Bila aku jawab macam tu, dia bantai gelak macam nak giler... Aku pandang aje kat dia dengan muka yang blur... "Ehhh perempuan ni, sihat ke tak dia ni???..." Takde angin, takde ribut... Tiba2 je gelak tak tentu pasal... Biar benar budak ni...
Bila dia dah abis gelak, aku tanyalah dia balik, apesal dia pi gelak bila aku jawab macam tu?... Barulah dia cakap, masa dia nak balik ke KL dari Terengganu tempoh hari, dia adalah singgah kat satu tempat... Dia dan kawan2 dia terpandang satu gerai yang agak buruk (standardla gerai2 kat tepi jalan ni...) dan dia orang terkejut bila satu gerai tu tulis "Kiosk ICT"...
Kiosk ICT - ape maksudnya bagi korang???
Dalam kepala otak masing2 dok terbayang, "Wahhh.... canggihnya gerai ni!!.. Mesti ada WiFi kat gerai ni... Mesti ada internet kat sini... Ini sudah bagus!!!....."
Maka dengan perasaan ingin tahu, mereka pun menghampiri la gerai tu... Perut pun mula berkeroncong bila terhidu baru wangi makanan kat situ... Bila dah dekat, masing2 gelak besar bila terpandang tulisan diatas papan tanda gerai tu... Apa yang difikirkan adalah sebaliknya... "Kiosk ICT" yang dimaksudkan itu bukanlah seperti kiosk yang ada di KL ni... Ianya cuma gerai biasa yang menjual makanan!!!...
Nak salahkan pemilik, tak boleh gak sebab kiosk membawa maksud tempat atau persinggahan kecil... Memang betul la apa yang pemilik buat... ICT didalam konteks pemilik dan penduduk sekitar membawa maksud "Ikan Celup Tepung"... Heheheheheheheheeeeee... So, diringkaskan jadilah ICT tu...
Betul lah tu... Dah papan tanda tu tak muat nak tulis panjang2, letak short form jelah... Sama gak maksudnya...
Barulah aku paham kenapa dia gelak besar bila aku jawab macam tu... Aku pun tergelak sama lah... Kesimpulannya, kita jangan cepat berprasangka... Satu perkataan, tidak akan membawa satu maksud saja... Ianya boleh membawa maksud yang lain... Heheheheheheeeee...
Cuba perhati betul2 perkataan ICT tu... Heheheheeeee...
Nota kaki: -
Aku rasa, mungkin ramai orang kat area2 situ ingat ICT tu "Ikan Celup Tepung" !.... Wakakakakakakakakakakaaa.....
Wednesday 6 February 2008
"Berapa banyak diantara kita diberi kepercayaan untuk melakukan sesuatu 'tugas istimewa' dimana ianya menggunakan segala kemahiran yang kita ada?... Dan dari tugas yang diberikan itu, berapakah jumlah pengiktirafan yang dikurniakan kepada kita dari pihak yang berwajib?..."
Satu soalan yang aku terima dari seorang rakan...
Memang aku akui, bukan semua orang boleh melaksanakan 'tugas istimewa' ini... Ianya mencakupi semua bidang dan pengetahuan yang kita perolehi selama kita bekerja... Kematangan akal fikiran, teknik dan cara2 yang betul menjadi asas serta tulang belakang 'tugas istimewa' ini...
Aku rasa berbangga kerana diberikan kepercayaan oleh boss aku untuk melaksanakan tugas ini... Pada mulanya, aku agak keberatan memandangkan kedudukan aku didalam syarikat... Penjawat rendah seperti aku selalunya tidak dipandang oleh barisan pengurusan syarikat... Sepatutnya, mereka2 yang duduk dikerusi tinggi (hi-back chair) yang sepatutnya menyiapkan tugasan yang aku rasa agak mencabar ini...
Ini bukanlah kali pertama aku melakukannya... Malah, ini adalah kali kedua selepas tugasan pertama mendapat paparan meluas didada akhbar2 tempatan berbahasa Melayu... Bila aku melihat hasil kerja aku dikeluarkan, aku tersenyum puas... Dalam hati berkata, "ada juga orang nak tengok hasil kerja aku...."
Kali ini, aku ditugaskan untuk menulis/menghasilkan satu iklan berbahasa Melayu untuk syarikat tempat aku bekerja... Jika sebelum ini, ianya berkaitan banjir, kali ini, isu berkisar mengenai perkara yang melibatkan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)... Semestinya iklan yang aku hasilkan adalah berkenaan perniagaan yang dijalankan oleh syarikat aku... Jadi, isi kandung iklan banyak mengupas mengenai perniagaan dan bukannya mengenai isu berkaitan IKS...
Seperti yang aku katakan tadi, ianya mengambil masa selama 1 hari untuk menyiapkan iklan ini... Banyak olahan dan perubahan terpaksa dilakukan demi untuk menepati maksud yang sebenar... Kemudian, gaya dan tata bahasa yang betul juga perlu diambil kira... Kalau silap, sudah pasti syarikat akan menanggung malu... Semua ini terletak diatas bahu aku; penulis iklan ini...
Setelah selesai, aku menyerahkannya kepada boss aku... Insya Allah, ianya akan dikeluarkan tidak lama lagi... Aku tidak pasti bila, Insya Allah jika aku tahu bila tarikhnya, aku akan maklumkan pada kalian semua...
Inilah antara iklan yang aku hasilkan sebelum ini...
Nota kaki: -
Menjawab soalan kawan aku tadi, bukan pengiktirafan yang aku pinta selama ini tetapi aku sekadar mencari kepuasan dalam melakukan sesuatu perkara... Apatah lagi yang melibatkan kerjaya aku...
Tuesday 5 February 2008
Aku telah ditag oleh Encik KhaLx kelmarin... Aihhhhh.... Glamer gak aku yek, ade gak orang nak tag aku ni... Aku ingatkan, takde orang berminat... Hehehehehehee...
Ok, soalan tag tu berbunyi macam ni....
The Rules: 1. Link to your tagger and post these rules. 2. List eight (8) random facts about yourself. 3. Tag eight people at the end of this post and list their names. 4. Let them know they’ve been tagged by leaving them a comment on their blogs.
Simple je... Takla susah mane nak jawab.... Jadi, inilah jawapan aku... Nak tahu 8 perkara tentang aku kan???...
- Aku pendiam dan boleh dikatakan agak pemalu bila jumpa dengan orang yang aku belum kenal atau tak kenal... Tapi aku tak sombong sebab kalau orang tegur aku, aku jawab je teguran orang tu... Kalau ada perjumpaan ke ape, jangan suruh aku pergi tegur2 sorang2 yang ade kat dalam tu sebab aku takkan buat... Mintak maaf lah yek...
- Aku tak suka minum kopi, nescafe dan segala minuman yang sewaktu dengannya... Tapi kalau orang dah hidang, aku taklah tak hirup... Nanti orang kecik hati... Aku memang elakkan minuman berkafein
- Aku tak hisap rokok dan takkan hisap rokok... Tapi aku boleh duduk didalam kumpulan orang yang hisap rokok... Selalunya kalau dia orang hisap rokok, aku cuba larikan diri tapi kalau tak boleh, aku OK je...
- Aku tak ada abang dan adik lelaki... Akulah abang dan akulah adik laki dalam keluarga aku... Heheheheheeee..
- Aku tak makan durian tapi kalau bubur durian atau ais krim perasa durian, aku suka giler!!!... Pernah masa sekolah dulu kawan aku paksa makan, aku terus muntah...
- Aku ni jenis tradisional sikit... Minat muzik tradisional, makanan tradisional, pakaian tradisional... Kira Melayu asli la... Bapak aku suka lagu keroncong, dulu tiap2 malam dia pasang Rima, so lama2 aku pun terikut ikut sekali... Hehehehehee...
- Aku kidal, so tangan kiri aku lagi kuat dari tangan kanan... Dulu, waktu belajar tulisan Jawi masa sekolah rendah, aku selalu kene marah ngan ustaz sebab tulis guna tangan kiri... Abis tu???... Aku nak buat macam mane???...
- Aku suka tenung dan pandang orang... Entah, dah memang tabiat aku macam tu... Aku suka tengok gerak geri orang... Bagi aku, ianya satu keunikkan...
Ok, tulah serba sedikit fakta rambang mengenai aku... Sebenarnya, ada banyak lagi, tapi pemilik asal tag cuma nak 8 aje, jadi aku letaklah 8 aje... Kalau dia mintak 10, aku letak sepuluh...
Sebenarnya, aku malas nak tag orang lain sebab aku rasa tag ni macam dah biasa orang jawab... Jadi, kalau ada sesiape yang terbaca, ada blog dan berminat nak jawab, jawabla yek...
Monday 4 February 2008
Terpana aku sekejap...
Hati mula bergelora... Fikiran jadi tak betul... Dulu aku berkeras sangat tak nak beli selain dari model yang aku nak... Dari dulu, memang idamkan yang satu tu aje...
Balik dari kerja, aku terus bergegas ke Sri Utama Auto Sdn Bhd kat Setapak Jaya... Kawan perempuan aku ajak gie tengok kereta yang bakal dibelinya... Aku pun teringin gak nak tengok (walhal, dah pernah tengok dan naik pun sebelum ni...) Saje, gatal2 nak ikut...
Salesman bernama Haizam tu agak baik, melayan karenah budak2 perempuan ni... Biasalah, bila explain pasal kereta, sepatah haram pun dia orang tak tahu... Ape yang dia orang tahu, "ada dapat hadiah tak???"... "ada cermin make-up tak???"... "kalau beli, berapa paling murah???"....
Adehhhhhhh... garu kepala aku dibuatnye dia orang2 ni... Memang buta kereta betul !!!...
Agaknye, kalau salesman yang jenis take advantage, aku rasa dah lama dia orang ni kene tipu... Sure macam benda yang sepatutnya ada, jadi takde... Harga, tang tu jugak... But tadi, OK sikit sebab kawan yang sorang lagi tu dah pakai sebijik, so dia tahu la sikit2... Tu pun masa dia beli, dia percaya buta2 kat salesman tu... Aku tengok, laki tu OKlah, jenis tak ambil kesempatan... Cuma sudah menjadi lumrah orang yang buat marketing, mulut memang manis !!... Semuanya OK je walaupun ada perkara yang aku curigai...
Kawan aku dah book Honda CITY sebijik hari ini... Kami sempat ler naik City pusing2 area Wangsa Maju-Sri Rampai... Test drive kereta City model V-Tec... Aku tak boleh nak kata ape, dah kereta jenama mahal cenggini, sure ler best kalau bawak... Memang masa drive tu, smooth giler... Bunyi kurang dan kereta tu meluncur laju tanpa kita rasa pertukaran gear sedang/sudah berlaku... Semuanya sepantas kilat tanpa kita sedari !... Naik dan turun bukit pun senang... Takde risau pasal nak tukar2 gear...
Aku kagum dengan kereta buatan Jepun ni... Harga, toksah cakaplah... City V-Tec je dah RM85,000.00 sebijik... Model i-DSi dalam RM79,850... Bezanya, V-Tec punye enjin power jika dibandingkan dengan model i-DSi... Tapi satu jelah, i-DSi minyak jimat giler!... So, kalau drive dalam bandar, elok pakai model i-DSi ni... Kalau selalu jalan jauh, elok beli V-Tec...
Masa negotiate tu, aku mula jadi tak keruan... Dalam kepala otak aku selama ni, aku dok fikir pasal VIOS aje sebab aku memang dah aim VIOS 2008 versi "S" - full spec... Aku takkan ambil yang "E" atau "G" sebab dua2 kereta tu macam tak siap... Togel sana sini !!!... Nampak buruk atas jalan... Tapi bila dah masuk dalam City tadi, persepsi aku berubah... Rasa macam suka lak kat cik City ni... Dalamnya luas dan yang paling penting, interior City lagi bagus kalau nak dibandingkan dengan VIOS 2008 yang memang kosong giler!... Kalau model "S" tu, OK sikitla... Takla kosong sangat...
So, aku berkira-kira, esok kalau aku nak beli, aku nak ambil cik City ke atau aku nak ambil VIOS???...
City, VIOS... City, VIOS... City, VIOS.... City, VIOS..... City, VIOS.... City, VIOS.... Mana satu daaa????.......
Nota kaki:-
Jangan suruh aku pilih kereta lain... Memang aku tak berkenan kecuali dua ni aje... Yang lain tu, is out of my budget/under my budget... Heheheheheheeee....
Masa sampai tadi, jakun sikit... Semua kereta dalam showroom tu aku nak naik... Dari City ke CR-V, pastu masuk lak Accord dan Jazz... Semua aku try... Memang best !!!... Mesti orang kat situ pelik, "budak ni tak pernah naik kereta ke????....."
:)
Sunday 3 February 2008
Aku kebosanan, tak tahu nak buat apa...
Sebenarnya, aku banyak kerja nak kena buat, tapi bila aku nak buat aje, aku tak tahu nak mula kat mana... Langsung aku tolak ketepi segala benda yang aku plan nak buat hari ini...
Since aku ada kat rumah, dan laptop pun dah depan mata, terus aku on internet... Surfing ke laman web kegemaran aku... Selain dari baca e-mel yang memang berkurun lama tak berbukak, aku sempat masuk/lawat ke beberapa blog kawan2 yang sudah biasa dengan aku... Tinggalkan komen mane yang patut dan pesanan di kotak mesej masing2... Dah selesai, ingat nak tutup dan start buat kerja...
Tetiba, aku teringat satu laman web yang agak lama aku tak masuk... Dah lama aku tak jenguk MySpace aku... Entah ape cerita dalam tu, aku pun tak tahu... Mesti ramai yang tinggalkan komen dan message... Sian diaorang...
Aku masuk dan check, terbukti memang banyak message yang tidak berbalas... Malu aku dengan diaorang2 ni sebab dah lama tak baca dan balas message dia... "Ampun yaa......."
It takes me almost an hour to reply all messages in my Inbox... Fuhhhhhh...
Dah sudah tu, saje aku godek2 MySpace aku... Aku perasan, MySpace skarang dah upgrade sistem diaorang... Nampak canggih dan presentable sikitla kalau nak dibandingkan dengan dulu... Dulu, aku tengok pun takde selera... Plain dan banyak benda mengarut dalam tu... Tu yang buat aku hampir melupakan MySpace ni... Benda ni timbul masa member aku hantar link MySpace dia... Aku klik, terus aku teringat kat MySpace aku...
So, memandangkan banyak benda tak update, aku pun meng'apdet' semua data2 dalam profile aku... Mane yang patut ditukar, aku tukar... Ikut current condition diri aku sekarang... Kalau dulu single, skarang kene letak "in relationship"... Hehehehee... Bahaya woo... Nanti kalau 'orang' tu tengok dah baca MySpace aku dan aku mengaku aku single, kang moncong 10km pulak nanti... Tak sanggup aku nak tengok!... Hehehehehee.....
Layout MySpace aku yang baru... Suka bangat!!!!...
Pastu, entah macam mane, tetiba lak datang rajin nak tukar cat MySpace aku... Godek ler laman web cari mane2 cat yang berkenan... Jumpa, terus apply... Bila preview, walla..... Aku suka sangat!!!... Warna kegemaran aku menjadi santapan mata pelawat... Puas hati dengan hasil kerja pencipta asal... Terima kasih kepada dia yang menghasilkan background ni...
Kenapa aku join MySpace???...
Dulu aku rajin buat benda2 ni... Selain dari cari kawan, aku dapat kenal ramai awek2 cun... So far, memang ramai tapi semuanya sekadar kawan... Tak lebih dari tu... Depa semua pun dah ada teman istimewa... Takkan aku nak kacau line pulak kan???... Aku pun, kalian paham2 jela... Aku dengan mereka2 dalam MySpace ni ibarat "teman tapi mesra"....................
:)
Nota kaki:-
Selain dari MySpace, aku ada: -
1) Imeem - untuk aku dengaq lagu dan host dalam blog aku...
2) YM - untuk aku chat dan webcam ngan kawan2...
3) Blogger - untuk aku mencoretkan apa yang tersirat dalam hati...
4) Photobucket - untuk aku host segala gambar2 yang menarik...
5) Msjbox - untuk kawan2 tinggalkan pesanan...
6) GMail - sebagai e-mel rasmi aku...
7) ARES - untuk aku download lagu dan video
8) Youtube - untuk aku host video... Jarang sangat pakai sebab aku takde video sgt..
9) Ape lagi yek??... Ade la a few portal yang aku guna...
Nak kata aku sedih, tak gak... Tak sedih pun tak gak...
Apa yang pasti, aku memang rasa kurang senang dan tak sedap hati... Tadi, aku balik dari AniCare Veterinar Clinic... Pergi ambil kucing aku yang warded sebab kene serang dengan anjing subuh semalam...
Doktor telefon kerumah bagitau yang kucing kesayangan aku dah mati... Dia sempat cakap, keadaan kucing aku amat kritikal, tengkuk berlubang kene gigit, kulit dibahagian perut terkoyak dan tulang paru-paru patah... Aku tak dapat gambarkan macam mane kalau manusia yang kena macam tu? Memang seksa dan sakit giler!!!...
Bila dengar berita ni, orang pertama yang berduka lara ialah kakak aku sebab dialah yang paling rapat dengan kucing aku ni... Selalu kucing aku ni akan masuk dalam bilik dia dan tidur kat sebelah... So, bila dapat tahu kucing aku dah mati, menangis tak henti-henti la dia... Aku lak letih nak pujuk...
Aku pernah keluarkan satu entry pasal kucing aku ni.... Entry bulan 10 tahun 2006 yang cerita pasal 2 ekor kucing aku, "Tammy dan Tomei" masa dia orang kecik dulu... Tammy dah lama mati sebab sakit... Dua ekor kucing aku ni sepasang... Si Tammy jantan dan Tomei betina... Masa Tammy nak mati dulu, memang Tomei bising sebab saudara dia tengah nazak... Aku tak pasti sama ada binatang boleh kesan ke tak bila ia nazak nak mati... Dari apa yang Tomei buat, macam dia tau je... Entahla...
Pagi semalam, Tomei memang sibuk nak keluar... Pagi2 buta dah kejutkan kakak aku nak mintak keluar... So, dia lepaskanlah... And then, dalam pikul 5 pagi tu, aku terjaga dari tidur, aku terdengar anjing menyalak kat luar rumah... Aku takde la fikir ape sebab aku ingatkan Tomei dalam rumah...
Gambar Tomei yang dalam simpanan aku....
Tak lama lepas tu, aku dengar ada kucing menjerit seolah-olah macam bergaduh dan meraung kesakitan kat belakang rumah aku diselangi dengan bunyi anjing bergaduh... Terus satu rumah terjaga dan kakak serta mak aku keluar pergi tengok... Waktu tulah aku dah mula rasa tak sedap hati dan terus meninjau keadaan... Memang aku nampak 2 ekor anjing berlari kearah aku dan aku sempat membaling batu kearah anjing2 tu... Geram!!... Nasib baik kene kat sekor tu...
Kakak dan mak aku mula panggil nama Tomei... "Laa... Dia ada kat luar ke???"
Aku berdoa, jangan ler kucing tadi tu si Tomei...
Panggil punya panggil, tak jugak datang2... Selalu kalau kakak atau mak aku panggil, dia akan lari cepat2 datang kearah kami... Kali ni, takde... Penat gak pusing keliling rumah cari, tapi still tak jumpa...
Memandangkan hari dah mula cerah dan aku pulak kene bersiap nak pergi kelas, terpaksalah aku tangguh usaha mencari Tomei... Balik dari kelas, mak aku cerita yang Tomei dah mati... Masa jumpa tu, dia masih hidup lagi tapi dah nyawa2 ikan... Keadaan dia teruk sangat... Habis satu badan berlumuran darah... Kakak aku jumpa Tomei kat dalam longkang besar belakang rumah aku... Sedih sangat...
Gitulah ceritanya... Tapi nak buat macam mane, dah nak kena... Aku tak boleh nak buat ape... Kakak aku masih lagi sedih... Dia murung aje sehari ni... Kesian lak aku ngan dia...
Aku ingat nak ambil tindakan tapi masalahnya anjing yang serang tu anjing liar... Takde owner... So, tak boleh nak buat ape... Aku pun pelik, kawasan rumah aku ni semuanya Melayu... Entah macam mane boleh sampai anjing tu kemari...
Kenapa aku nak take action??... Sebab kami dah banyak berhabis untuk Tomei selama ini... Sakit, bawak pergi klinik, bagi injection dan ubat... Makan, memang tak kasik benda lain... Hanya Friskies aje... Kucing I tak makan ikan dan nasik tau... Pastu bulu dia cantik, kaler hitam dan putih saje... Kat atas badan dia, ada tompok macam Mickey Mouse, ekor dan kepala kaler hitam...
Nota kaki: -
Memang ada peribahasa menyatakan anjing dengan kucing memang tidak sebulu... Pantang jumpa, mesti nak gaduh... Anjing memang tak boleh nampak kucing... Kalau nampak, mesti akan menyerang... Cara menyerang ialah dengan memburaikan isi perut kucing sebab bahagian kucing yang paling crucial ialah perutnya!...
Subscribe to:
Posts (Atom)