Tuesday 31 July 2007
- Suka baca majalah atau surat khabar bermula dari muka surat belakang. Entah, aku suka tengok bahagian sukan (kalau newspaper) dulu baru baca berita/cerita yang lain... Pastu aku suka sangat tengok gambo... Paling suka gambar yang ade nilai2 estetika... Heheheeeee...
- Suka jalan sorang sorang bila pergi shopping complex atau tengok wayang. Aku rasa aman dan tenang bila takde orang ikut aku especially bila nak beli barang... Aku ni tak cerewet bila membeli tapi most of the time aku akan spent masa yang lama untuk membeli... Entah, aku suka perhati barang dan suka fikir sebelum aku membayar... :)
- Benci pada perokok TAPI TIDAK KESAH berkawan dan berada dekat dengan orang yang hisap rokok. Entah, aku memang tak berkenan dengan orang hisap rokok, tapi kalau aku duduk tempat yang smoking area atau dekat dengan orang yang hisap rokok, aku rasa OK aje.. Apesal yek? Ade yang tak kena ke dengan deria bau aku??
- Bukan seorang yang suka kepada angka dan pengiraan TAPI aku kerja dibidang tu... Entah macam mane tah, sampai sekarang aku involve dengan angka... Hari2 dok mengira dan bermain dengan angka... Padahal, masa sekolah dulu, subjek Matematik la paling lemah... Tapi bila periksa, lulus pulak... Pernah gak score... Macam mane pulak tu yek?
- Tak minum minuman bergula diwaktu pagi dan makan nasi berlauk untuk sarapan... Sejak dari kecik, aku memang tak minum air kopi atau teh yang mak aku buat... Kalau kat luar pun, aku tak minum kecuali kalau orang hidang... Aku biasa minum air kosong aje... Every morning, satu tabung besar tu aku boleh habiskan... Rasa cam sedap pulak... Heheheeeeee... Pastu, kalau sarapan, aku memang bawak bekal dari rumah... Mak aku rajin bekalkan aku dengan nasi berlauk... Selalu kita dengar, orang Kelantan aje yang makan nasik berlauk ni... Tapi dia orang makan ngan ikan tongkol dsb, macam aku ape saje lauk yang ade aku bedal...
- Tak pernah keluar rumah/tinggalkan rumah jika bilik tidur tak berkemas... Setengah orang peduli hape, tapi tak bagi aku... Kalau aku buat jugak, aku rasa tak senang hati... Ape2 pun, aku mesti nak kemas bilik aku sebelum aku keluar dari rumah...
Gitulah antara perkara luar biasa tentang diri aku... Rasanya, ada gak yang korang rasa biasa aje... Mungkin satu dua tu sama macam korang...
Inilah aku... :)
Monday 30 July 2007
Sunday 29 July 2007
Friday 27 July 2007
Thursday 26 July 2007
Wednesday 25 July 2007
Tuesday 24 July 2007
Monday 23 July 2007
Wednesday 18 July 2007
Tuesday 17 July 2007
Monday 16 July 2007
Sunday 15 July 2007
Saturday 14 July 2007
Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori. 25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing:- - Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat - Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi, naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif - Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam - Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah - Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha. PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING Berat yang Berlebihan Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya. 26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun. 27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. 28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing. 29. Nak Turunkan Berat Badan Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu 30. Badan Langsing Selepas Bersalin Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut:- Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ) 10 biji lada hitam 30 ekor ikan bilis. Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang. 31. Mengurangkan Buncit Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi. 32. Mengempiskan Perut Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. 33. Kempiskan Perut Anda Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.