Showing posts with label Jemputan. Show all posts
Showing posts with label Jemputan. Show all posts

Saturday, 25 October 2008

Lusa, cuti umum sempena Deepavali... Jadi hari ini, esok dan lusa ramai antara kita mengambil kesempatan sempena cuti umum untuk mengadakan aktiviti rumah terbuka, kerja kawin dan sebagainya...

Hari ini, aku ada banyak jemputan yang rata-ratanya diterima sejak awal bulan haritu... Majlis perkahwinan ada satu dan disusuli dengan 2 jemputan rumah terbuka... Sebenarnya rumah terbuka tu ada 3 tapi satu tu aku tak dapat nak datang dan dah maklumkan awal2... Banyak sangat tempat nak pergi dan semuanya dalam tempoh 24 jam!.... Hehehehe...

Seawal jam 12.00 pagi, aku sudah bertolak dari rumah menuju ke Bukit Sentosa, Rawang untuk menghadiri majlis kenduri kawin seorang yang istimewa dalam hidup aku... Sebenarnya, yang kawin ialah adiknya dan dia telah menjemput aku sejak 2 bulan yang lepas... Beria-ia dia mengajak aku datang kerumahnya di Rawang... Jadi, untuk tidak menghampakan dirinya (takut nanti kang, merajuk pulak... hehehehe...) aku datang la jugak walaupun terpaksa meredah jalan yang jem kat Rawang tu... Kalau ikut highway, rasa jauh... Pastu, nak kena bayar tol lagi...

Sampai je sana, dah pukul 2 lebih... Waktu tu pengantin tengah berarak dan bersanding... Memang sedang eloklah... Memandangkan aku cuma bersendirian, aku hanya buat hal sendiri... Duduk dan makan... Cadang tak nak lama-lama kat situ sebab aku nak kena menghadiri majlis rumah terbuka kawan-kawan yang lain... Last-last, melekat lama pulak gara-gara dia meminta aku supaya menunggu dia sementara dia melayan tetamu yang datang berduyun-duyun... Maklumlah, dah datang rumah dia, dia tak nak lepaskan aku balik!... Aisehhhh...

Lama gak aku duduk situ... Tetamu datang silih berganti... Aku masih lagi tak balik-balik... Sampai aku dah mati kutu tak tahu nak buat apa kat situ... Air dah bergelas-gelas aku teguk.... Sampai kembung perut aku ini dibuatnya... Yang si dia lak, kejap-kejap terintai-intai tengok aku ada lagi ke tidak... Takut sangat kalau-kalau aku dah balik... Takpe lah, kerana dia, aku sanggup buat apa sahaja... Kurang-kurangnya, aku dah memenuhi permintaan dia kali ini biarpun aku menanggung kebosanan yang teramat sangat... Hehehehe...

Selepas majlis tamat, barulah aku dibenarkan pulang... Macam kena tahanan ISA la pulok... Kalau gini la esok lusa, mau aku jadi sakit jiwa... Takpe lah... This is first and last aku tunaikan permintaan dia... Esok, dia kena ikut cakap aku pulak... Kena berkompromi...

Aku terus menuju ke rumah kawan di Rawang juga... Nasib baik dekat, sempat juga aku singgah walaupun waktu tu dah petang... Makan sikit dan lepas tu aku terus beredar balik ke KL... Hari pun dah nak senja... Aku tengok jam dah nak masuk Maghrib... Kalau ikutkan, ada satu rumah lagi yang aku nak pergi, tapi memandangkan hari dah senja, aku terpaksa batalkan niat aku... Aku call member aku ni dan ceritakan perkara sebenar... Dia tak kesah dan dia risau juga kalau-kalau aku jadi datang... Rupanya, makanan rumah dia dah habis... Ramai sangat yang datang katanya... Kalau aku datang gak, dia tak tahu nak hidang ape... Hehehehe... Lega la juga, tapi aku tetap akan singgah rumah dia hari Deepavali nanti... Just to make it up to my promise...



Nota kaki:-
Tahun depan, nak kena sediakan satu organizer... Apa sahaja jemputan, aku akan masukkan dalam organizer aku... Rasa-rasanya, macam banyak sangat jemputan.. Macam YB la pulak... Hehehehee...

Sorry, gambar tak ada kerana bateri kamera dah 'kong'!... Adehhhh...


Monday, 5 November 2007

Hari Sabtu yang lepas, kelas aku cancel... Memang aku angin giler ngan HR aku pasal cancel last minute... Kesian kat kawan2 yang datang dari jauh... But again, aku tak boleh nak buat apa sebab aku tak sempat nak bagitahu dan bagi notis secara bertulis... Dapat mesej pun dah tengah malam (almost midnight), so ape boleh aku buat??? Aku cuma sempat bagitau kawan2 yang aku ingat dalam kepala otak aku ajelah... Kalau ada yang tertinggal tu, aku minta maaf banyak2... Since kelas aku cancel, agenda seterusnya ialah menghadiri majlis perkahwinan classmate aku kat Jalan Peel, Kuala Lumpur... Aku sebenarnya tak sangka yang kawan aku ni dah kahwin... Dia ni sebenarnya brutal orangnya dan selalunya benda2 yang berkaitan dengan jiwang2 atau cinta ni memang bukan ciri2 dirinya... Nak kata romantik, aku sendiri tak nampak... Anyway, sebagai manusia, sudah menjadi fitrah... Setiap orang pasti akan menemui jodohnya walau se'brutal' mana sekali pun...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Aku tumpang gembira kerana kawan aku ni sudahpun selamat mendirikan rumah tangga dengan jejaka idamannya... One thing about them, they share the same interest; suka panjat gunung! So, I guess pasni bolehlah dia orang pi honeymoon kat atas gunung... Heheheheee.... On the way balik, aku singgah Jusco Balakong... Just do some shopping with my friends... Ingatkan nak singgah kejap je, last2 melarat sampai ke tengah malam... Abis satu Jusco tu aku pusing... Pastu melantak kat Pizza Hut... Aku rasa that was my first and last aku makan banyak kat Pizza Hut... Bayangkan pergi bertiga, order makanan macam order untuk 10 orang... Banyak giler dan penuh 2 meja makan tuh!!!
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Tuesday, 14 August 2007

Aku dapat 3 jemputan sekaligus... Ketiga tiga jemputan ini merupakan jemputan ke majlis persandingan kawan kawan aku yang kesemua adalah bekas ex-officemate... Cuma yang seorang tu aje sepupu aku...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Pening! Mane satu aku nak pergi... Kalau tak pergi, takut nanti ada yang berkecil hati... Kalau pergi jugak, entah sempat entah tidak... Majlis sepupu aku tu kat Wangsa Maju (which is very near to my house), yang seorang kawan aku tu kat Cheras Perdana dan seorang lagi kat Seremban... Kesemuanya berlangsung pada hari yang sama; hari Ahad, 19 Ogos 2007... Tulah, mungkin sebab cuti sekolah kot... Pasal tu ramai buat kerja kahwin hari tu... Maybe, aku akan dahulukan ahli keluarga aku kot... Satu, sebab dia adalah ahli keluarga aku dan keduanya rumah dia dekat ngan umah aku... Pakcik dan makcik siap datang umah hantar kad jemputan... Yang lain2 tu, cuma kirim dari kawan2 aje...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Dah selesai, aku akan hantar mak ngan abah balik umah dan terus ke Cheras memandangkan lokasi tu adalah kedua terhampir dengan aku... Tengoklah, kalau sempat lagi, Insya Allah aku akan terus ke Seremban lak... Kalau tak, tak delah aku pergi kot... :) P/s:- Kalau ada diantara kalian yang nak naik pelamin dan nak jemput aku (Heheheheeeee... perasan) kalau boleh elak2kan lah time cuti macam ni... Susah gak orang nak datang... :)

Monday, 23 July 2007

Sebentar tadi, aku dapat satu utusan... Utusan dari bakal raja sehari... Kawan merangkap classmate aku bakal menaiki takhta pelamin tak lama lagi... "Utusan Raja Sehari" baru aje diserahkan sendiri oleh tuan punya badan... Aku menerimanya dengan senyuman lantas kata kata usik mengusik keluar dari mulut aku... Biaselah, aku memang suka ngusik kawan2 nih... Dah memang perangai semula jadi aku... :) Anyway, I'm happy he's getting married... Dulu aku pernah cakap kat dia yang aku akan buat sesuatu for his wedding... Tapi skarang, aku tak pasti sebab on the wedding day tu, aku takde kat KL!!! Dah ada planning yang lain... Rasa sedih lak gak sebab tak dapat hadir majlis perkahwinan dia nanti... :(
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.