Friday 30 March 2007

Memula sekali, aku nak ucapkan Selamat Hari Lahir buat ex-boss aku - En. Haider dan kawan kawan sepejabat aku - Abg Bad, Kak Ina dan Kak Keena...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Aku sebenarnya, tak plan ape2 pun untuk besday dia orang ni... Entah macam mane tah, tetiba aje member aku yang sorang ni arrangekan untuk celebrate besday mereka2 nih... Aku kalau orang nak arrange, aku ON aje... Just joint the crowd... Tapi kalau nak suruh aku arrange, sorry... Bukan aku tak nak arrange, tapi aku memang sibuk giler sekarang!!! Takde masa sangat nak gie uruskan besday nih...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
As for today, they've make it so simple... But still nice... Takde masak2 or bawak dari rumah... Semua tunjuk dan bayar aje... Since it involves 4 of them, so we combine all in one and make it 1 celebration... Lagipun yang joint cuma yang rapat sahaja... Not the whole department...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kami cuma order kek kat Secret Recipe and pizza from Domino... Just as simple as that... But yet still delicious lah!!! Kami makan sampai tak hengat... Heheheheheee... Chocolate Banana taste so nice... Tapi aku still insist Chocolate Indulgence or Chocolate Mud because rasa pure chocolate yang sebenar... Pizza lak dekat 7 keping dan you guys know what?; semuanya licin licau kami keje kan...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Thursday 29 March 2007

Wednesday 28 March 2007

Today, aku melantak macam tah ape tah... Banyak betul aku makan hari ini... Pada mulanya, aku tak sedar pun makanan yang aku order tu memang dah banyak... Aku tengok dalam menu, tu sedap... ni sedap... Pantang nampak aje, aku tunjuk tunjuk... Orang yang tukang ambik order tu, senyap ajelah... Bila dah sampai, terkejut aku tengok meja makan aku... Penuh sampai takde ruang... Makan macam makan 10 orang!
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Anyway, Secret Recipe merupakan my favourite restaurant... Gie mane2 pun, aku mesti perhati ade tak Secret Recipe... Bukan nak berlagak ke ape, kalau aku pergi tempat tu, aku rasa makanannya tak berapa sedap, at least aku boleh gie Secret Recipe... Gerenti menu yang aku nak ada kat sana... Actually, benda nie pernah jadi kat aku sekali... Masa tu aku gie outstation... So, it happens to be that place takde tempat makan yang menarik!... So, last choice, aku pergi Secret Recipe aje... Luckily ada kat situ...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
This restaurant dah jadi my favourite restaurant and has become my official restaurant... Wahh... Macam Akademi Fantasia lak, ade official penaja... Hehehehee... Coming back to the story, today entah kenapa lak aku makan banyak... Selalunya kalau aku susah hati, aku akan makan banyak... But today, nak kata aku susah hati, tak gak... Tapi nak kata senang hati, pun tak gak... Maybe because ada benda yang kurang menyenangkan aku kot...

Tuesday 27 March 2007

Tengahari tadi, aku attend satu briefing yang dianjurkan oleh Bahagian Sumber Manusia syarikat aku... Briefing kali ini is about peluang untuk menyambung pelajaran... 

Remember last time, aku ade cerita kat kalian semua yang aku buat part time study kat office aku? Alah, in-house program yang di sponsor oleh company aku tulah... Dulu, aku buat diploma, sekarang, aku bercadang nak sambung ke peringkat yang lebih tinggi lagi... Memandangkan syarikat aku pun dah mula offer untuk new in-house program, so better aku grab peluang yang ada... 

Aku buat semua ini untuk kebaikan aku juga... Dengan cara ini saja aku boleh naik pangkat... Syarikat aku cuma recognize orang yang ada kelayakan pendidikan... Bukanlah aku nak cakap besar, tapi those yang takde paper ni, akan duduk ditakuk lama... Masuk kerja, cuma boleh jadi kerani biasa saja... Takkan naik naik... Believe me! Aku kene fikir gak, sampai bila aku nak kerja jawatan yang sama... La ni pun, aku dah lebih 10 tahun berkhidmat... Tak pernah pun dapat peluang naik pangkat atau dapat merit increment... Gaji aku cuma naik 5% aje setiap tahun... Itulah jelah yang company aku bagi... Memang depa promise macam2... Nak bagi tulah, ni lah... My ex boss dulu tu macam tulah... Masa waktu yearly appraisal, mulut memang manis janji macam2... But if we have qualification, sure akan dapat naik... That's is the GUARANTEE... 

Aku ni lelaki... Esok lusa mane tahu ade jodoh, nak kahwin... Nak kene tanggung anak orang... Tapi kalau keje masih lagi macam ni, macam mane nak tanggung anak orang? Diri sendiri pun tak tertanggung!... Susah beb, susahh.... So, my planning is very simple... Dapatkan qualification yang sepatutnya dan pastikan aku dinaikkan pangkat... Tapi kalau tak naik gak, alamatnya, tukar kerja lah aku... Aku pun memang suka belajar... Everyday is my learning day... 

Aku bercita cita nak belajar banyak perkara... Dalam perniagaan, IT, social, agama dan sebagainya... Insya Allah, aku akan buat satu2... And then, satu lagi problem ialah RM! Kalau banyak duit, aku rasa takde masalah kalau nak belajar... Register aje... Tapi orang macam aku ni, commitment banyak... Agak sukar sikit... Tapi aku confident, aku boleh dapat apa yang aku hendak... 

Ikut cakap orang tua2 lah, "Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih"....

Monday 26 March 2007

Malam tadi, aku sampai umah dalam pukul 9.00 malam... Aku ke Johor Bahru bersama rakan setugas yang lain untuk satu program yang dianjurkan Bahagian Shariah... Program yang diberi tajuk "Program Tanggungjawab Zakat Korporat" ini diadakan selama 2 hari di Rumah Anak Anak Yatim Kota Tinggi, Johor... So, perancangan yang terperinci telah dilakukan sejak sebulan yang lepas dan semalam adalah kemuncaknya...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Aku bertolak dengan van syarikat sebelah tengahari kerana perlu berada disana sebelum malam menjelma... Perjalanan memakan masa selama 5 jam merentasi Lebuhraya PLUS menghala ke selatan tanahair... Takde ape yang menarik cuma aku banyak berbual dengan Pak Din, driver van syarikat ni... Macam2 cerita gak yang keluar... Aku tak sangka Pak Din nie walaupun serious, tapi dia nie penuh dengan sense of humor... Banyak kali aku tergelak dalam van mendengar cerita2 nya...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Dekat pukul 6.00 petang, kami sampai di bandaraya Johor Bahru... Memandangkan hari ni hari Jumaat iaitu hari bekerja, suasana dan keadaan jalan agak sesak... Sebelum ni, aku memang pernah sampai JB (waktu Maybank Indoor Games tahun lepas) so kebanyakkan jalan kat sini agak familiar buat aku... Kami terus menuju ke tempat penginapan iaitu Hotel Pan Pacific untuk check-in dan rehat... Penat betul duduk lama dalam van tu... Sakit2 bontot aku...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Malam, takde ape2 aktiviti sangat cuma keluar makan dan aku cuba siapkan tugasan yang tertangguh kat sana... Aku dapat call dari Ustaz Zaiem (ketua rombongan merangkap Official Liaison) memaklumkan multimedia yang aku buat tu tak boleh nak pasang... Sudahhhh... Aku dah buat elok2, takkan tak boleh pakai?... Jenuh aku dok pikir, ape masalahnya... Ustaz bagitau, kat laptop tu memang keluar gambar dan suara, tapi kat projector dan screen, blank aje... Risau dan rasa pelik... Maybe dia orang salah pasang or connect kot projector tu... Waktu ustaz call, mereka semua ada kat Kota Tinggi lagi... Aku dan Pak Din kat hotel kat JB... So, kalau nak kesana, makan masa dan aku lak tak tahu tempat tu kat mana... So, I need to wait for them to come back to Pan Pacific untuk resolvekan masalah...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
At 10.00 pm, aku dapat call dari Maria (person in-charge for Participant's Management) bagitau bas rombongan dah sampai! Aku terkejut sebab kalau depa bertolak dari office kat Bangsar pukul 6.00 petang, sepatutnya mereka semua akan sampai JB tengah malam... Nie pukul 10.00 dah sampai, ape cite??? Aku suspect driver tu bawak mesti laju giler!... KL - JB bukannye dekat... Jauh tu!... Kalau bas jalan 90km/j, mesti makan masa dalam 6 jam... So, kalau sampai pukul 10.00 tu, aku rasa mesti dia bawak more than 120km/j... Kalau tak, takkan sampai cepat?...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Maria bagitau, keadaan agak kelam kabut sikit kat hotel penginapan peserta... Nie aku nak bagitau kat kalian semua, penginapan kami semua kali ini berbeza beza... Jawatankuasa duduk kat Pan Pacific and participants duduk kat Hotel Naza, JB... Err... Adelah dalam few kilometres away... Cuma kalau nak kesana, kena pusing sikit sebab jalan banyak tutup... Under construction, so we need to make a big U - turn dari hotel yang aku duduk....
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Sampai aje kat sana, aku dapat lihat ramai orang sedang berkumpul kat lobby hotel... Masing2 nampak kepenatan dan menunggu untuk masuk ke bilik... The only problem yang mereka semua hadapi ialah room number jadi kelam kabut dan room key tak dapat nak distribute accordingly... So, need to sort things up before surrender to them... Tanpa buang masa, aku dan Maria terus workout the list dan call one by one serahkan kunci... Luckily takde major problems dan at last semua dapat masuk bilik masing2... Next thing is kami kene ensure yang semua orang selesa dengan tempat tidur mereka sebab bilik yang pihak hotel sediakan ialah quad-sharing... Risau gak sebab group kali ini ramai dan takut hotel tak boleh nak accomodate semua yang ada... Bilik standard cuma ada 2 katil aje... So, kene letak extra bed untuk sorang lagi...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Just as expected, memang ada few issues with Naza... Again, frustration happen bila kami masuk beberapa bilik buat spot check... Depa cuma beri tilam nipis aje untuk gantikan extra bed... Bila tengok, ape lagi... Mengamuklah Kak Fizah (person in-charge bahagian Accomodation)... Terus telefon manager malam tu suruh dia datang dan explain...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Gaduh punya gaduh, last2 Naza agree to give extra discount for us... Memang kena bagi discount pun kalau service macam ni... Kalau aku tidur situ pun aku akan bengang... Bayar mahal2, tapi tak selesa... Untuk ape? Kami pulang semula ke hotel dekat nak pukul 3.00 pagi... Sebelum tu, sempat lagi kami gie makan dan minum kat restoran berhampiran Danga Bay...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Sampai hotel, aku tak terus tidur... Kalau orang lain, dah lama dah terbongkang, tapi aku nak kene settle kan connection problem for the projector... Aku on laptop dan connect dengan projector... Sah! memang tak keluar gambar... Kat screen laptop memang ade, tapi tidak dekat projector... Aku cuba pasang benda lain, pun sama gak... Any kind of movie memang tak boleh pasang... Tapi kalau aku pasang slideshow Powerpoint, OK aje... Begitu gak dengan Words or Excel... Semuanya functioning macam biasa... Tapi yang peliknya, Windows Media tak boleh... Puas aku godek sana, godek sini... Tak boleh jugak... Aku tukar settings kat projector, pun tak menjadi... Tah ape kene ngan projector ni, aku pun tak tahu...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Aku tengok jam, dah dekat 5.00 pagi! Cuba punya cuba, still tak boleh... Last2 aku decide untuk re-do balik multimedia yang aku buat tu dalam PowerPoint... Dah software tu aje yang boleh pakai!... Hampas betul lah projector nih... Masa kat office tu, tak pulak buat hal!... Dah dekat sini, jadi macam ni pulak... Aku terfikir, sempat ke tak aku siapkan semua ni before 9.00 am?? Pukul 7.00 pagi nak kene bertolak ke Kota Tinggi! Aku cuma ada 2 jam aje nak siapkan semua ni...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Ape lagi, terpaksalah aku bersengkang mata siapkan mane yang boleh... Masukkan gambar dan audio... Buat punya buat, dah pukul 6.30 pagi... Aku preview balik slide aku, cuma 50% aje yang siap.. Ade banyak lagi yang aku tak sempat nak masukkan... Since pukul 7.00 aku nak kene bertolak, aku kene stop kat situ ajelah... Pak Din pun terkejut tengok aku dok sibuk siapkan benda alah ni... Aku tahu, dia mesti fikir aku tidak tidur semalaman sebab nak selesaikan masalah ni... Memang rasa mengantuk giler tapi dah jadi tanggungjawab aku, so aku gagahkan diri buat jugak... Kalau ada problem, I need to resolve it... Bukan buat tak tahu aje... On the way ke Kota Tinggi tu, Pak Din pesan suruh aku lelap mata kejap... Dia tahu aku ngantuk dan dia tak kesah kalau takde orang nak layan dia bila tengah drive ke Kota Tinggi... Aku lak, memang dah mamai2 dah masa tu... Tak larat sangat... Aku tak sedar bila aku terlelap sebab bila aku bukak mata aje, kami dah sampai kat rumah anak yatim tu... Aku dapat lihat, betapa ramainya anak yatim kat situ... Semuanya kecil2 dan comel... Aku rasa umur mereka adelah antara 8 hingga 17 tahun... Aku tengok dia orang, aku lak yang rasa sedih... Sedih mengenangkan nasib dia orang ni... Kelihatan mereka amat gembira sekali dengan kehadiran aku dan kawan2 yang lain... At least, ada gak yang sudi datang melawat mereka semua kat sini...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Aktiviti diteruskan dengan program yang telah dirancangkan... Masing2 memberikan kerjasama yang baik; dari participants mahupun anak yatim sendiri... Aku dapat lihat keakraban antara mereka telahpun terjalin... Baguslah, itulah objektif kami yang sebenar... Cuma ada sesetengah waktu dan ketika tu, hati aku tersentuh... Entah kenapa, tiba2 aje airmata aku bergenang... Aku rasa sayu bila melihat telatah mereka semua... Such a young kid, terpaksa menerima qada' dan qadar dari Ilahi bahawa mereka sudah tiada tempat untuk bergantung... Perasan belas aku membuak buak bila ada yang menanyakan tentang keluarga aku... Ya Allah!!...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Aku faham apa yang mereka cuba sampaikan... Well, aku akan cuba memberikan sepenuh perhatian aku pada mereka semua... Aku tahu mereka memerlukan belas ihsan dari orang ramai untuk menjalani kehidupan seharian... Mereka perlukan sokongan untuk menikmati kehidupan yang normal seperti orang lain... Jadi tak mustahil, ramai antara kami yang sanggup berkorban wang ringgit demi untuk menceriakan mereka semua...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Apakan daya, setiap yang bermula pasti akan berakhir... Majlis pun dah sampai ke penghujungnya dan aku serta rakan2 perlu pulang ke Kuala Lumpur... Suasana sayu menyelubungi perasaan kami dan apa yang dapat kami lakukan ialah mengabadikan kenangan bersama anak2 yatim ini... Banyak gak gambar yang diambil... Aku sempat berpesan dekat few of them (yang senior of course) supaya jaga adik2 yang kecil ni, belajar rajin2 dan jaga diri baik2... Jikalau diberi peluang, mungkin aku akan datang kembali melawat dia orang ni semua...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Rombongan bas akan bertolak pulang ke Kuala Lumpur disebelah malam... Before that, kami sempat menjamu selera makan malam di Danga Bay... Memang reservation telah dibuat sebelum tu khas untuk semua participants dan committee...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Aku pulang ke Kuala Lumpur tengahari tadi sebab memang dalam peruntukkan, kami dibenarkan untuk stay sehari lagi... Aku pun dah tak larat dah malam sebelum tu, so balik aje hotel terus tertidur sampai siang... Tak sempat Subuh pun... And then, yang bestnya masa on the way nak balik tu, aku bukannya berdua dengan Pak Din, tapi ade lagi 5 orang penumpang yang balik sekali dengan kami... So, meriah sikitlah dalam van tu... Sampai satu part tu, tiba2 tayar depan van meletup! Nasib baik kami tak terbabas dan accident... Waktu tu pun, Pak Din tengah laju... 120km/j dan berada dekat lane paling kanan sekali... Nasib baik Pak Din cekap kawal van tu, dan slow2 himpit ke lane emergency... Kalau certain orang, dah panic dah tu... Terus tekan brek secara mengejut.... Aku memang perasan dari awal yang tayar depan tu dah injured... Masa on the way nak pergi, aku ade nampak dawai keluar dari tayar!... Aku bagitau kat Pak Din dan Pak Din pun dah rasa semacam... Cuma masa pergi tu, OK lagi kot... Alhamdulillah takde apa yang berlaku... Masa nak balik, kena pulak!... So, ingatkan nak tukar tayar sendiri guna spanar dan jack dalam van, tapi tak boleh nak buat sebab jack tu dah overflow!... Tah minyak ape tah keluar dari jack tu... Aku tengok pun aku tak confident dengan jack tu sebab kecik sangat!... Larat ke nak angkat Mercedes C100 tu??? Yang lain sibuk dok keluarkan semua barang2 from back seat sebab nak ambik tayar spare... Merasa kat tengah2 highway tu, orang dok pandang banyak beg dan hiasan (termasuklah flower bouquet) kat tepi jalan... Kelakar pun ade gak... Memandangkan kami takde peralatan yang sesuai, terpaksalah panggil PLUS Ronda datang mintak tolong... Nasib baik one of us ade simpan nombor... Aku memang takde nombor PLUS ni... Elok gak kalau simpan kalau ape2 berlaku kat highway... Dalam few minutes, depa datang dan tolong tukar tayar.... After semuanya selesai, kami pun teruskan perjalanan... Hasrat pada mulanya nak terus balik ke KL aje, tapi sebab masing2 dah trauma dengan kejadian tadi, terus kami melencong ke Tangkak... Gie relax2 dan jalan jalan... So, since majority yang ada dalam van tu pompuan, ape lagi... Projek dia orang ni nak gie shopping kainlah kat sana... Singgah kejap, sambil beli barang... Aku takde beli ape sangat... Cuma aku sempat beli kain buat baju kurung untuk mak aku, kakak dan adik2 aku... Ingatkan taklah mahal, tapi abis gak ler RM100... Alah sekali sekala... Aku rasa tak salah pun... Gitulah citernya trip aku ke Johor... Yang selebih tu, kalian tengok ler gambar... Aku dah penat menaip dah ni....

Friday 23 March 2007

Haa... Antara sedar dan tak, hari ini genap setahun dah blog aku nih... Hehehehee... Selamat Hari Ulangtahun "Series of My Life"... Aku pun tak sangka yang aku dah berkecimpung dalam dunia blogging selama setahun... Dan semestinya, aku akan terus menulis dan menulis sampailah aku dah tak larat nak menulis...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Aku bilang2, banyak gak ler entry aku dah buat... Every month mesti ada entry baru... Kadang2 tu dalam seminggu, tiap tiap hari ada entry... Masa tu idea tengah datang mencurah curah dan banyak perkara yang berlaku dimana aku boleh kongsi bersama dengan teman teman sekalian... Rasa rugi jika aku tak tulis... Tapi kalau tiba time takde mood dan takde idea, maka kalian akan perasan dekat seminggu lebih, blog aku bersawang dan berhabuk... Terukkan?
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Tulah, tapi aku rasa blog aku nie tak delah hebat mane pun... Aku tengok blog orang lain meletup letup dan canggih !! Rasa malu lak bila depa singgah sini... But, the fact remains... Aku menulis bukan atas dasar nak bertanding atau bersaing dengan sesiapa... Aku create blog ni sebab ingin berkongsi cerita dan kisah aku... Kadang2 aku rasa sedih ke, rasa kesepian ke... Blog ni lah jadi teman aku... Tempat untuk aku melepaskan apa yang aku rasa waktu itu...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Dan dalam masa yang sama, aku dapat ramai kawan kat sini... Ada kawan baru, dan ada juga kawan lama... I have to admit that the reason I started blogging is because of someone... Seseorang yang telah banyak menerap dan membuka mata aku terhadap dunia penulisan... Thanks to him kerana dia telah banyak memberikan aku sumber inspirasi selama ini tanpa sedar... In fact, aku rajin singgah ke blog dia... But lately nih, entry yang dia post dah mula berkurang... I guess, maybe he's too busy with his work and new life...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Blog aku ni dah mengalami banyak proses evolusi... Dah macam2 layout aku guna... Macam2 address aku pakai... Malah pelbagai nama aku dah letak sebagai blog title aku nih... Semuanya aku lakukan untuk fit dengan selera dan citarasa aku... Masa memula create tu, aku guna default layout yang Blogger sediakan... Pastu, lama2 bila dah pandai sikit, aku letak layout lain... Kebanyakkannya aku sedut/cedok dari internet... Aku nak design dan code layout sendiri, memang tak reti langsung... Kadang2 tu nak gak buat layout sendiri tapi tulah.... My knowledge is too limited and of course, I don't have proper/enough skills to do that... Lainlah sesetengah orang tu... Yang memang ada IT background and some of them with Multimedia knowledge!... When I visit their site or blog, rasa kagum dan malu sangat dengan dia orang nih... Website/blog memang canggih giler!! Rasa jeles pun ada gak... Heheheheee...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
But now, I've came back using Blogger's default layout... Entah kenapa, layout kali ini adalah yang terbaik yang pernah aku guna... And I'm thankful to Blogger Team for this...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Inilah layout aku yang terakhir dan terkini... Ok tak???
Anyway, aku juga nak berterima kasih pada semua pembaca aku... Aku tahu, blog aku ni simple dan takde ape pun... Cuma cerita aje yang aku hidangkan untuk kalian... Harap kalian suka dan rajin melawat blog aku nih... Thanks again!!! Note:- Aku rajin masuk blog kengkawan yang lain dan tinggalkan komen... Mana2 yang menjadi kegemaran aku, aku save dalam "Favourites" aku supaya senang aku nak masuk banyak kali... Heheheheheee...
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.