Thursday 27 September 2007

Errr.... Hari tu aku ade war-warkan pada semua yang Geng Msjbox nak buat gathering buka puasa di Restoran Kunang Kunang, MRRII Gombak... Aktiviti yang sepatutnya berlangsung pada 29 September 2007 telah DIBATALKAN dan diganti pada hari Sabtu, 6 Oktober 2007... Masih sempat lagi pada mereka yang ingin mengambil bahagian... Sila berikan butiran anda di laman web http://www.msjbox.net/ atau e-mailkan kepada junaidix@gmail.com Perbelanjaan : Sendiri Tarikh tutup : 2 Oktober 2007
"Selamat Berbuka Puasa"

Wednesday 26 September 2007

Untuk kesekian kalinya, pertama kali dalam sejarah aku memandu, inilah pertama kali kereta aku meragam dan menghadapi masalah... Semalam, on the way aku nak balik kerumah, tiba2 aje enjin kereta aku mati ketika sedang bergerak... Pada mulanya aku ingat clutch aku tak balance menyebabkan ianya terjadi macam tu tapi rupanya memang enjin aku ade problem... Lampu amaran enjin kat dashboard tu asyik menyala aje... "Sudah! Ape pulaklah ni.... Janganla ada problem kat tengah2 jalan ni...." rungut hati aku... Ditengah kesibukan Jalan Bangsar yang penuh dengan kenderaan dan motorsikal tu kereta aku terhenti... Dengan pantas aku cuba hidupkan semula... Alhamdulillah, boleh tapi lampu amaran tu masih lagi menyala menunjukkan enjin aku menghadapi masalah... Bunyi pun lain macam dan bila aku cuba menekan pedal minyak, perjalanannya tidak lancar dan tersangkut sangkut... "Sah! Memang ade problem ni......" detik hati aku lagi.... Dengan perlahan dan berhati hati, aku himpit ke bahu jalan disebelah kiri berhampiran perhentian teksi... Aku cuba mematikan enjin dan menghidupkannya semula dengan harapan lampu amaran tu akan padam... Aku pulas sekali, enjin berjaya dihidupkan tapi lampu amaran masih lagi menyala... Aku padamkan enjin dan cuba sekali lagi... Sama juga... Dalam hati, timbul rasa resah... Adakah enjin aku sudah tidak boleh digerakkan dan aku terpaksa meninggalkan kereta aku ditepi jalan yang sibuk ini? Nampak gayanya ada kemungkinan aku terpaksa panggil "tow truck" kalau dah jadi macam ni... Bila dah panggil, gerenti diaorang akan tarik masuk bengkel... Adehhhh.. Sure kene charge... Walaupun gaji baru masuk, aku terpaksa kene spend hanya untuk bayar segala kos perbelanjaan membetulkan kereta aku... Kalau murah, takpe gak... Kalau buatnye mahal? Botakla kepala aku!... Lari bajet beb..... Mulut aku terkumat kamit berdoa semoga percubaan kali terakhir berjaya... Aku pulas semula kunci dan alhamdulillah, enjin berjaya dihidupkan dan lampu amaran padam... Lega rasanya hati ini... Aku biarkan seketika enjin aku hidup takut kalau2 ianya akan mati semula... After a few minutes, baru aku memulakan perjalanan... Aku terpaksa bawak slow sebab takut kalau2 enjin aku akan mati semula... Dalam kepala, aku dah tak boleh nak fikir melainkan menghantar kereta aku ke pusat servis yang berhampiran... Kalau mengikut perancangan, aku ingat nak betulkan bila tiba tempoh untuk diservis tapi bila dah jadi macam ni, terpaksalah aku hantar untuk pergi check... Sampai aje, aku terus suruh mekanik tu check... Aku cakaplah apa masalah kereta aku tu dan mekanik tu takde soal aku ape2... Terus dia bukak bonet kereta aku dan check bahagian yang menghadapi masalah... Aku risau juga, buatnya memang enjin aku yang ada problem, macam mane? Takkan aku nak kene tukar the whole engine??? Gila!... So, aku tawakkal la banyak2 supaya masalah tu bukan masalah enjin... Lepas beberapa minit, mekanik tu bagitau kat aku, ade few cable yang connect dengan enjin kereta aku tu dah rosak dan berkarat... Itulah puncanya kereta aku asyik mati aje tadi... In fact, dia siap cakap, bila aku bawak kereta dan bukak aircond, sure kereta aku macam berat dan kadangkala jalan tersangkut sangkut especially lepas mengalihkan gear... Aku terkejut, mane dia tahu aku mengalami masalah tu? Biasalah, dia mekanik... Sudah pasti dia tahu segala galanya... Aku pun sebenarnya nak bagitahu kat dia masalah lain yang aku hadapi, tapi dia asyik explain kat aku tak henti2, terus aku senyap dan tak cakap apa2... Aku cuma mengangguk dan menggelengkan kepala aje bila dia bertanya... Kabel yang rosak tu kene ganti dan a few shafts dan parts kat dalam enjin tu kene cuci sebab dah kotor sangat... And then, kene buat tunning sekali untuk melancarkan pergerakan dalam enjin... Aku pun dah tak ingat, kali terakhir aku buat tunning bila... Rasanya masa 40,000 km kot.... Adeh, lama giler!.... Disebabkan aku dah tak larat nak fikir, aku suruh ajelah dia buat apa yang patut... Janji kereta aku boleh bergerak seperti biasa tanpa seberang masalah... Aku cuma ada kenderaan ini saje untuk keluar dan pergi kerja... Motorsikal ade, tapi lesen pulak aku takde... Yang ada cuma lesen "L" aje tapi dah expired... Sepatutnya aku ambil ujian motorsikal masa aku belajar memandu dulu tapi aku tangguhkan part motorsikal tu buat sementara waktu... Lama gak dia betulkan enjin kereta aku tu... Dekat nak pukul 7.00 baru siap... Aku pun dah naik risau sebab dah dekat dengan waktu berbuka... Rasa tak senang duduk aje dibuatnya sebab tengok cara dia repair, macam banyak sangat yang rosak... Sambil2 tu, aku berdoa agar janganlah nanti chargesnya mahal sangat... Biasanya kalau pergi pusat servis ni belanjanya mahu makan ratusan ringgit walaupun kerosakkan yang dialami cuma kecil dan sedikit saja... Lagi 5 minit sebelum berbuka, baru mekanik tu selesai... Aku pun tak nak buang masa, terus ke kaunter untuk buat bayaran... Alangkah terkejutnya aku bila tengok bil mencecah dekat RM300!!! "Adehhhhh... mahalnya!..." bisik hati aku... Kat dalam invoice tu adelah dia bagi detail apa yang dia buat... Bila aku amati, the bulk of the charges is on tunning part which cost around RM160+... Walhal, aku tengok mekanik tu buat tunning, bukannya dia buat ape pun... Dia cuma guna mesin tu, pastu tekan tekan button atas mesen tu pastu dia cabut wayar... Dah, tu aje dah kena RM160... Pelik betul... Aku nak argue, masa dah suntuk... Lagipun bulan puasa ni, aku tak mood nak gaduh2... Lagipun, kalau dah pergi pusat servis, memang kena standby duit la... Kalau nak murah, kene pergi bengkel cikai2 ni, baru dapat harga rendah... Barang pun bukan ori... Memandangkan aku tak cukup cash, terpaksalah aku gesek card... Again, this month I need to pay another RM300 extra... Waaaaaarrrrrgghhhhhhhh..... P/s:- Bagi yang bawa kereta, jagalah enjin dan kereta anda... Nak maintain sebiji kenderaan bukannya murah zaman sekarang ni...

Tuesday 25 September 2007

Marilah kita beramai - ramai mengambil bahagian... Tak rugi apa pun....
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Sumber asal : Tidak Diketahui (E-mail)

Monday 24 September 2007

Entah kenapa tiba2 aje aku rasa sayu... Selepas solat Terawikh di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq tadi, aku terus pulang semula ke pejabat; bersiap dan berkemas untuk pulang kerumah... Aku tak sempat balik kerumah memandangkan banyak kerja2 yang perlu diselesaikan... Berbuka pun, ala kadar aje... Member yang lain sibuk menjamah makanan di restoran Chicken Hartz, Sunway... Ada juga dapat pelawaan tapi aku tolak kerana terasa malas nak pergi... Planning asal, ingat nak balik awal berbuka dirumah... Bila berjalan pulang, mata aku melirik ke satu tempat duduk... Memang aku cukup kenal dengan tuan punya tempat itu... Kulihat dan kuperhatikan susun atur perkakas pejabat diatas mejanya... Bersih dan kemas... Dalam hati aku terdetik, "pasti dia seorang yang pembersih dan cermat..." And then aku ternampak beberapa catatan yang tertulis diatas kalendar yang diletakkan bersebelahan dengan telefon... Hati aku tersentuh, begitu banyak aktivitinya dibulan Ramadhan ini... Bukan itu sahaja, hari2 biasa juga... Dan mata aku tertumpu pada catatan keagamaan yang diletakkan disitu... Bila membacanya, aku terfikir... Begitu bagus peribadi sidia... Tidak seperti aku... Kurang sana sini... Aku sudah mula membuat perbandingan dan ternyata jauh seperti langit dan bumi! Adehhhhh.... "Apa yang sudah aku lakukan selama ini?? Masya Allah....." Persoalan seterusnya bermain di fikiran aku... "Jika dia begitu, adakah aku LAYAK berkawan dengannya??? Dia sungguh bagus jika nak dibandingkan dengan aku... Aku tidak punyai apa2........" Entah berapa lama aku berdiri disamping mejanya sambil termenung kosong... Fikiran aku melayang entah kemana... Bermacam macam soalan yang keluar; kesemuanya tiada jawapan... Aku bingung seketika... Bingung memikirkan nasib aku kelak... Adakah aku akan terselamat dari ranjau kehidupan dunia dan akhirat??? Tatkala aku leka, telefon bimbit ku berbunyi... Mak sudah bertanya, bila ingin pulang kerana jarum jam sudah menunjukkan hampir pukul 11.00 malam... "Astaghrafirullahhh.... begitu jauh aku mengelamun.... Begitu asyik sekali" Lantas aku terus beredar... Persoalan yang bermain difikiran tadi, aku tinggalkan tanpa sebarang jawapan...

Sunday 23 September 2007

Aku agak terkejut bila memasuki perkarangan Hospital Kuala Lumpur tadi... Selalunya bila kita pergi ke hospital kerajaan, kesemua perkhidmatan yang disediakan adalah PERCUMA... Tapi kali ini, lain pula... Masa aku nak masuk, aku terpaksa mengambil tiket semata mata nak letak kenderaan didalam kawasan hospital... "Hah?!!! Sejak bila pulak berbayar ni ???", detik hati aku... Mak aku yang duduk disebelah dengan selamba menjawab, "Baru2 ini aje dia orang letak palang tiket tu".... Macam mak aku dah tahu aje apa aku nak cakap... Heheheheeeeeee..... Mak aku memaklumkan sejak akhir2 ini ramai orang awam yang masuk kedalam kawasan hospital untuk meletak kenderaan mereka sebelum beredar ke pusat bandar untuk membeli belah... Maklumlah, Hospital Kuala Lumpur ni cukup dekat dengan Chow Kit dan beberapa kawasan popular di ibu negara... Pulak tu, kat depan hospital tu pulak dah ada monorel, so lagi senanglah orang nak bergerak sana sini... Tambahan pulak, tempat letak kereta kat area Chow Kit sana memang sesak dan bayarannya agak mahal berbanding kat tempat lain... Tu pasal ramai orang terpaksa parking kat kawasan sekitar...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Banyak tempat letak kereta sekitar KL sudah mula mengenakan bayaran yang rata2nya agak mahal...
Memandangkan kawasan hospital ni banyak parking lot (yang sebenarnya di khaskan untuk pelawat yang datang ke hospital) ramai la yang berpusu pusu meletakkan kenderaan mereka disana... Tu belum kira hari bekerja... Sure padat dengan kenderaan! Entahlah, sekarang kat mana2 semuanya kena bayar termasukla perkhidmatan awam... Nak buang air pun, kena letak RM 0.20 baru boleh masuk... Memang patut pun dia orang charge sebab orang kita nie jenis yang tak pandai jaga kebersihan... Kesedaran sivik tu masih lagi kurang... Sorryla aku terpaksa cakap macam ni sebab hakikat tetap hakikat... Jika sekarang parking kereta kat kawasan hospital sudah dikenakan bayaran, tidak mustahil satu ketika nanti kesemua hospital kerajaan mengenakan bayaran kepada pesakit yang mendapatkan rawatan disana... Ianya tidak mustahil... Sisipan Aku terpaksa hantar adik aku ke hospital selepas dia mengadu sakit kepala dan demam... Sekejap rasa sejuk, sekejap rasa panas... Petang tadi, abis dia muntah tak henti2.. Risau lak aku... Lepas berbuka dan solat Maghrib, terus aku bersiap dan hantar dia ke hospital... Doktor yang bertugas menjalankan pemeriksaan keatas adik aku dan mengambil kira semua aspek sebelum keputusan dikeluarkan... Beberapa titis darah diambil untuk dibuat ujian kalau2 ada penyakit lain... Keputusan menunjukkan tahap darah berada di tengah tengah(border line) dimana dia disyaki mengidap demam denggi... Esok, kena datang semula untuk pemeriksaan lanjut... Aku rasa risau dan berdoa semoga semuanya selamat...

Friday 21 September 2007

Ehem.. ehem... Kalian ada apa2 aktiviti pada hari Sabtu yang akan datang? Rasa ingin berjumpa dan bermesra dengan teman2 siber yang lain? Ingin bersua muka dengan mereka yang selama ini banyak meninggalkan mesej dan pesanan didalam kotak Msjbox kalian? Inilah peluangnya untuk anda bertemu dengan mereka semua... Satu majlis berbuka puasa akan diadakan di Restoran Kunang-Kunang yang terletak di Lebuhraya MRRII, Gombak anjuran Geng Msjbox... Tempat ni tak jauh sangat dengan Kuala Lumpur dan sesiapa yang tinggal dikawasan Gombak, Ampang, Cheras dan lain2 yang mempunyai akses terus ke MRRII, bolehlah join...
Aku memang rekomen kalian pergi... Lagipun, bayarannya taklah mahal macam kat restoran sekitar KL dan hotel-hotel... Jadi, apa lagi? Daftarkan diri anda di
http://www.msjbox.net/ untuk kehadiran... Jemputan ini khas buat ahli Msjbox dan bagi yang bukan ahli kalau nak join, boleh je.... Restoran tu bukannye boleh muat untuk seorang... Heheheheheeeeeee...

Thursday 20 September 2007

Ape punye tajukla yang aku letak ni... Anyway, apa yang aku nak cerita ni adalah berkaitan dengan CINTA... Bila aku tanya pada orang sekeliling aku, apa itu CINTA, ramai yang mengatakan ianya berkaitan dengan perasaan individu seseorang pada orang lain yang berlainan jantina... Ianya merupakan perasaan suka yang lahir dalam hati terhadap insan tersebut... Hakikatnya, CINTA membawa erti yang pelbagai bergantung kepada individu itu sendiri... Semua orang pasti akan jatuh CINTA, biarpun cuma sekali... Sebagai manusia yang normal, perasaan itu memang wujud dan Allah SWT telah menjadikan kita dengan perasaan tersebut agar kita dapat berkembang dan meneruskan kehidupan... Begitulah juga dengan makhluk bernyawa yang lain... Sudah pasti ada perasaan suka dalam diri makhluk tersebut yang menyebabkan ia tertarik antara satu sama lain... Tapi zaman sekarang, CINTA telah banyak merubah persepsi dan kehidupan seharian ramai manusia diatas mukabumi ini... Ramai yang menjadikan CINTA sebagai satu gaya hidup dan panduan... Bagi aku, itu sememangnya salah dan tidak patut dipraktikkan... Seharusnya, kita mengawal diri sendiri dari terus diperhambakan oleh CINTA yang sentiasa berada di dalam hati kita... Memang susah untuk kita nafikan bila CINTA itu hadir... Kadang kala, kita sendiri leka dan hanyut bersamanya... Sebab itulah, kita perlu meletakkan syarat terlebih dahulu sebelum kita benar2 bersedia untuk bercinta... Ramai diantara kita tidak sedar bahawa kita telah diperalatkan oleh CINTA... Dalam kehidupa seharian, aku dapat lihat CINTA hadir dimana mana... Ramai yang mengalaminya malah merelakan ia dalam kehidupan masing2... Ini bukanlah sesuatu yang salah atau asing bagi aku... Cuma yang menjadi persoalannya, setakat mana kita menghadkan CINTA itu agar diri kita sendiri tidak hanyut bersama samanya??? Bila aku pergi bersiar siar di pusat beli belah sekitar Kuala Lumpur baru2 ini, aku dapat lihat ribuan pasangan muda jalan berpimpinan tangan... Malah, ada yang berpeluk sakan... Sungguh mesra sekali 'merpati dua sejoli' ini... Aku terfikir, adakah mereka ini mempunyai hubungan yang sah untuk bersentuhan tangan sebegitu?... Kalau zaman 70 - 80an dulu, memang susah kita nak tengok situasi macam ni, tapi sekarang, 'tayangan percuma' ini kita boleh lihat dimana mana sahaja... Pusat beli belah, kedai makanan segera... Kalau dalam panggung wayang atau taman bunga, jangan cakaplah! Sudah pasti ramai yang melakukan lebih dari itu... Advance la katakan.... Aku cukup terkejut kerana rata2 pasangan ini adalah dikalangan muda mudi kita... Majoritynya masih lagi dibangku sekolah... Masih mentah dan tidak tahu apa2... Kadang2 aku rasa kasihan dengan mereka... Dipergunakan semata mata untuk memenuhi gelora nafsu jiwa muda yang sedang membara... Sepatutnya, dalam waktu tersebut mereka mentelaah ilmu disekolah atau universiti tapi itulah hakikat yang sebenar... Aku paling sedih bila kebanyakkan yang aku temui adalah dari kalangan bangsa aku sendiri... *sigh........ Kalau dulu, kedua orang tua aku cukup marah bila dapat tahu aku berkawan rapat dengan budak2 perempuan, tapi ibubapa sekarang seperti merelakan anak mereka melakukan apa saja seolah olah perkara yang dilakukan itu tidak salah... Disitulah silapnya ibubapa sekarang yang begitu memanjakan anak2 mereka dengan wang ringgit dan kebendaan... Mereka tidak memberikan sepenuh perhatian kepada anak mereka malah membiarkannya walaupun mereka mengetahuinya... Aku bukanlah menyarankan supaya ibubapa seharusnya memarahi dan mengongkong anak2 mereka... Siapa pun tak suka kena marah atau dikongkong lebih2 lagi remaja yang masih dibangku sekolah... Bebas, tetap bebas cuma aku berharap agar ibubapa menegur anak2 mereka dengan cara yang baik, menasihati mereka supaya menjaga batas2 adat budaya dan agama supaya anak2 mereka tidak terjebak melakukan perkara yang tidak senonoh... Memang ianya satu cabaran yang sangat besar tetapi Insya Allah, ianya boleh dilakukan... Sisipan:- Aku rasa kagum bila membaca satu artikel yang sampai dalam kotak "Inbox" e-mail aku... Kisahnya berkisar tentang satu majlis perkahwinan diluar negara... Well, tiada apa yang pelik kerana dimana mana negara pun, sudah pasti ada majlis perkahwinan... Cuma yang membezakannya ialah bagaimana ianya berlangsung... Apa yang membuatkan aku rasa tertarik untuk membaca artikel tersebut ialah mengenai pasangan pengantin dalam majlis yang berlansung itu... Kebiasaannya, kita akan tahu kedua pasangan pengantin biasanya melangsungkan perkahwinan di usia muda demi untuk mendapatkan zuriat... Dan kita akan tahu usia pengantin biasanya adalah sebaya atau pun muda/tua beberapa tahun... Tapi kali ini, pengantin lelaki yang merupakan seorang remaja telah mengambil keputusan untuk mengahwini seorang wanita yang jauh lebih tua darinya... Wanita tersebut yang boleh dipanggil nenek telah berjaya mencuri hatinya dan seterusnya membuatkan si lelaki mengambil keputusan untuk mengahwininya... Wow!!!! Begitulah penangan CINTA yang sebenar... Zaman sekarang, semuanya adalah tidak mustahil dan boleh terjadi... Bagi aku, ini sudah cukup membuktikan kewujudan CINTA dalam hati seseorang yang tidak dipengaruhi oleh faktor2 kecantikan dan paras rupa semata-mata... Jika CINTA sudah hadir, tidak kisahlah sama ada salah seorang pasangan itu terlalu muda atau jauh lebih tua, ianya tetap akan berlaku... Tiada siapa boleh menghalang ketentuan dariNya...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Bagi sesetengah orang, ini sedikit lucu tapi bagi aku, aku boleh menerimanya... Kalau jodoh kita telah ditetapkan dengan orang yang lebih tua, adakah kita akan menolak? Ianya bergantung pada individu itu sendiri...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Ada orang suka pada pasangan yang lebih tua darinya... Alasan mereka, pasangan yang lebih tua lebih berpengalaman dan matang... Ada sesetengah tu, suka yang muda2 sahaja kerana pasangan muda dapat memberikan apa yang mereka mahukan.... Jadi, bila berbicara tenang CINTA, kita tidak seharusnya mengatakan tidak kerana kita sendiri tidak tahu apa yang akan kita rasai bila CINTA itu hadir...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Ramai yang bercinta mengatakan, CINTA itu sungguh mengasyikkan... Cukup indah untuk diungkapkan dengan kata2... Hanya yang melaluinya sahaja tahu bagaimana rasanya... CINTA juga membuatkan seseorang itu 'buta' dan tidak tahu untuk menilai sesuatu perkara... Jadi, berwaspadalah........... Nota:- Walau macam mana hebatnya CINTA kita terhadap manusia, seharusnya keCINTAan kita kepada yang Maha Esa adalah lebih dari itu... CINTAi Allah terlebih dahulu sebelum kita mencintai insan biasa... Kerana Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa dan manusia itu merupakan ciptaanNya yang tidak mempunyai apa apa... Fikir2 kan...............................

Wednesday 19 September 2007

Alhamdulillah, genap seminggu kita berpuasa... Rasa macam baru semalam je dengar pengumuman dari Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Malaysia; Engku Ngah Engku Ibrahim.. Perasaan baru mula berpuasa tu masih lagi segar dalam ingatan... Rasa macam sekejap je kan? Begitulah masa yang ligat berputar tanpa menunggu kita... Pejam celik, pejam celik, dah dekat nak raya... Yang kita ni pulak, sibuk dengan duniawi yang tak menjanjikan apa2 diakhirat kelak.. *sigh... Anyway, aku rasa seronok sangat bila Ramadhan menjelma... Bulan yang penuh dengan keberkatan dan kerahmatan... Terlalu rindu dengan solat Terawikh berjemaah dimasjid, bangkit pagi2 buta untuk bersahur dan sebagainya... Bagi aku, semua ini amat istimewa kerana aku tak dapat nak lakukannya dibulan yang lain... Tahun lepas, alhamdulillah hampir setiap malam aku mengabdikan diri di masjid menunaikan Isyak dan Terawikh... Tahun ni, aku menanam keazaman yang sama dimana aku tak nak tinggal walau satu malam pun...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Bulan Ramadhan juga merupakan bulan sumber rezeki bagi sesetengah pihak...
Adakalanya, aku redha... Ada waktu aku terlalu sibuk dengan kerja dan jemputan berbuka puasa... But Insya Allah, sibuk macam mana sekali pun, aku akan cuba memboloskan diri untuk menghadirkan diri ke masjid... Itulah untungnya bila tinggal dalam negara sendiri... Kat mana2 pun, masjid berlambak-lambak... Senang untuk dikunjungi... Bolehla kiranya aku tunaikan Terawikh aku seperti yang dirancang... Kalau tak dapat buat 20 rakaat, 8 pun jadilah... Yang penting, niat aku tertunai... Bulan Ramadhan juga merupakan bulan yang memberikan aku seribu kemanisan... Pelbagai perkara manis aku tempuhi ketika sedang berpuasa... Pertamanya, aku rasa kehidupan seharian aku semakin lama, semakin seronok... Rasa diri ini segar dan ringan... Setiap hari, bila aku bangkit untuk bersahur, aku rasakan satu perasaan baru dalam hati aku... Menikmati juadah bersahur (sesetengah orang memang liat nak bangun, tapi aku tak... heheheheheee) yang disediakan mak aku, makan ramai2 ngan abah dan adik beradik yang lain, bersiap untuk pergi bekerja dan sebagainya... Perasaan ini tidak sama seperti hari2 biasa... Aku rasa tenang, rasa seperti perkara yang baik sahaja akan berlaku setiap hari... Itulah yang berlaku pada aku selama seminggu ini... Semua ini membuatkan aku lebih bersemangat untuk terus melakukan semua kerja2... Begitulah hebatnya Ramadhan yang melimpahkan rahmatnya kepada semua umat Islam... Keduanya, aku rasa diri aku semakin lama semakin sihat!... Apa yang aku maksudkan disini ialah bukan aku semakin lama semakin gemuk, cuma aku rasa diri ini ringan tanpa dibebani masalah yang selalu memeningkan kepala... Bukanlah masalah tu takde, memang dalam kehidupan kita seharian, pasti ada masalah kerana sebagai manusia kita memang kurang serba-serbi... Cuma, setiap kali aku berdepan dengan masalah, entah kenapa aku berjaya menyelesaikannya dengan mudah... Rasa macam satu keajaiban dalam diri aku... And then, I missed those days dimana aku dan kawan2 boleh balik awal... Ramai ramai gie pasar Ramadhan membeli juadah berbuka puasa... Heheheeeeee... Kalau hari biasa, aku harus menunggu sehingga jam 5.45 petang untuk pulang ke rumah tapi kalau bulan puasa, aku boleh balik seawal jam 4.30 petang... Rasa seronok sangat sebab aku boleh ambil kesempatan untuk bantu mak aku menyiapkan juadah berbuka... Selalunya, minggu pertama berpuasa, mak aku akan siapkan juadah berbuka sendiri... Jadi, memandangkan aku antara yang paling awal sampai kerumah; tolonglah apa yang patut... Bila dah masuk minggu kedua dan seterusnya, bergantung pada keadaan... Selalunya, mak jarang masak sebab dah sibuk buat kuih raya... So, waktu tu aku rajinlah pergi pasar Ramadhan mencari bahan berbuka untuk sekeluarga...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Bagi peniaga, inilah bulan yang menjanjikan rezeki yang berlibat ganda!
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Pelbagai juadah boleh diperolehi dipasar Ramadhan. Pilih, jangan tak pilih!
Kat KL ni, takde masalah nak cari pasar Ramadhan... Berlambak sana sini... Kalau aku malas nak berjalan, kat bawah office aku ade satu... Rata2nya peniaga terdiri penduduk disekitar Bangsar Baru... Cuma pilihan dan jumlah gerai tu taklah sebanyak pasar Ramadhan kat Kampung Baru atau Masjid India sana... Selalunya, aku singgah kat pasar Ramadhan Kampung Baru atau Taman Datuk Senu, Sentul untuk mencari juadah... As usual, juadah pertama yang aku akan buru ialah murtabak daging... Aku memang suka murtabak daging ni especially yang jual kat Kampung Baru tu... Ade satu gerai tu jual murtabak, memang khelasss!!!! Begitulah kehidupan aku dibulan Ramadhan... Cuma aku sedikit ralat tahun ni sebab tak dapat join ceramah dan kuliah Ramadhan yang dianjurkan pejabat aku kat Dewan Besar... Bila nak turun aje, ade aje kerja yang datang... Kadang2 rasa geram jugak tapi tulah, aku berdoa semoga lepas ni semuanya selesai dan dapatlah aku turun menghadirkan diri... Besar fadilatnya bila kita menghadiri majlis2 ilmu ni..... Pahalanya berlibat ganda! Salam Ramadhan................. Sumber gambar : Ehsan dari LensaMalaysia.com & JeffOoi.com

Tuesday 18 September 2007

Diceritakan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad, seperti berikut : Tatkala Allah Ta'ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumipun terdiam. Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung?" Allah menjawab, "Ada, iaitu besi" (kita mafhum bahawa gunung batupun boleh menjadi rata ketika dikorek/bore dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang dibuat dari besi)... Para malaikat bertanya lagi "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi?" Allah yang Maha Suci menjawab, "Ada, iaitu api" (besi walau sekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api)... Para malaikat kembali bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api?" Allah yang Maha Agung menjawab, "Ada, iaitu air" (api membara sedahsyat apapun nescaya akan padam jika disiram air)... Para malaikatpun bertanya kembali "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air?" Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, "Ada, iaitu angin" (air disamudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat)... Akhirnya para malaikatpun bertanya lagi "Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua?" Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, "Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya"... Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain... Berkaitan dengan ikhlas ini, RasulAllah S.A.W mengingatkan dalam pidatonya ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah : "Wahai segenap manusia! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat, dan seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya"... Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan niat yang ikhlas hanya kerana Allah semata, tanpa berasa ingin dipuji, dianggap dermawan, dihormati, dll yang dapat menjadikan sedekah kita menjadi sia-sia... Ganjaran Bersedekah Rasulullah S.A.W menganjurkan kepada kita umatnya untuk memperbanyak sedekah, hal itu dimaksudkan agar rezeki yang Allah berikan kepada kita menjadi bertambah berkah. Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang berdekah, ganjaran yang berlipat ganda (700 kali) dan sebagai ganti, sebagaimana firman-Nya dan sabda Rasulullah S.A.W sbb : 1) Allah Ta'ala berfirman, "Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga) maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah". {Qs. Al Lail (92) : 5-8} 2) Allah Ta'ala berfirman, "Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui". {Qs. Al Baqarah (2) : 261} 3) Rasulullah SAW bersabda, "Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia dibumi. Yang satu menyeru, "Ya Tuhan, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah". Yang satu lagi menyeru "musnahkanlah orang yang menahan hartanya". Tolak Bala dengan Sedekah Orang-orang yang beriman sangat sedar dengan kekuatan sedekah untuk menolak bala, kesulitan dan berbagai macam penyakit, sebagaimana sabda Rasulullah SAW, sbb : - "Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah mendahului sedekah". - "Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah "Ubatilah penyakitmu dengan sedekah". Banyak dari kita yang sudah mengetahui dan memahami perihal anjuran bersedekah ini, namun persoalannya seringkali kita teramat susah untuk melakukannya kerana kekhuatiran bahawa kita salah memberi, sebagai contoh kadang kala kita enggan memberi sedekah kepada pengemis yang kita temui ditepi jalan dengan anggapan bahawa mereka (pengemis/peminta dsb) menjadikan meminta-minta sebagai pekerjaannya, malas, dll. Padahal sesungguhnya prasangka kita yang demikian adalah bisikan-bisikan syaitan laknatullah yang tidak rela melihat kita berbuat baik (bersedekah), sebaiknya mulai saat ini hendaknya kita hilangkan prasangka-prasangka yang demikian kerana seharusnya sedekah itu kita niatkan sebagai bukti keimanan kita atas perintah Allah dan rasul-Nya yang menganjurkan umatnya untuk selalu bersedekah. Masalah mungkin timbul apabila ternyata kemudiannya bahawa sedekah yang kita beri kepada pengemis/peminta tadi tidak tepat sasaran, bukan lagi urusan kita, kerana sedekah hakikatnya adalah ladang amal bagi hamba-hamba Allah yang bertakwa. Pengemis/peminta/fakir miskin lainnya adalah ladang amal bagi orang yang berkemampuan, dapat kita bayangkan andaikata tidak ada lagi orang-orang tersebut, kepada siapa lagi kita dapat beramal (bersedekah)??? Walaubagaimanapun dalam dunia yang semakin gawat dan gayat ini pemberian sedekah Atau kalau kita termasuk orang yang tidak suka memberi sedekah (kepada pengemis/peminta/fakir miskin) dengan berbagai alasan dan pertimbangan maka biasakanlah bersedekah dengan menyiapkan sejumlah wang sebelum sholat Jumaat dan memasukkan ke kotak-kotak sumbangan yang tersedia dan biasakan dengan memberi sejumlah minima setiap Jumaat, misalnya Jumaat ini kita menyumbang RM5 kekotak amal tersebut maka sebaiknya Jumaat berikutnya harus dengan jumlah yang sama, syukur jika boleh diberi lebih dan yang terpentingnya harus diiringi dengan keikhlasan. Sedekah anda, walaupun kecil tetapi amat berharga disisi Allah Azza Wa Jalla. Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan sebahagian hartanya akan rugi didunia dan akhirat kerana tidak mendapat keberkatan. Jadi, sebenarnya orang yang bersedekah adalah untuk kepentingan dirinya. Sebab menginfakkan (belanjakan) harta akan memperoleh berkah dan sebaliknya menahannya adalah celaka. Tidak menghairankan jika orang yang bersedekah diibaratkan orang yang melabur (invest) dan menabung disisi Allah dengan jalan meminjamkan pemberiannya kepada Allah. Balasan yang akan diperolehnya berlipatganda. Mereka tidak akan rugi meskipun pada awalnya mereka kehilangan sesuatu. Sedekah yg pahalanya terus mengalir Dari Abu Hurairah R.A, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda : "Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, kecuali tiga hal : amal jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak shalih yang mendo'akannya" (HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad). Berikut contoh konkrit, sadaqah (amal) jariah, yang pahalanya terus mengalir walaupun si pemberi sadaqah telah wafat : SADAQAH JARIAH - KEBAIKAN YANG TAK BERAKHIR AL SADAQAT AL JARIYAH 1. Berikan Al-Quran pada seseorang, setiap saat Al-Quran tersebut dibaca, anda mendapatkan kebaikan. 2. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda mendapatkan kebaikan. 3. Sumbangkan kerusi roda ke Hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda mendapatkan kebaikan. 4. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau hewan berlindung dibawahnya atau makan buahnya, anda dapat kebaikan. 5. Tempatkan pendingin air di tempat awam. 6. Edarkan bacaan yang membangun dengan seseorang. 7. Libatkan diri dalam pembangunan masjid. 8. Edarkan CD Quran atau Do'a. 9. Bantulah pendidikan seorang anak. Semoga Allah Ta'ala membalas 'amal Ibadah kita. Sumber asal : Tidak Diketahui (E-mail)

Monday 17 September 2007

Memandangkan sekarang ni kita berada dalam bulan Ramadhan, ada banyak perkara yang menduga aku sepanjang hari berpuasa... Bila hari biasa, tak jadi pulak semua ni... Bila bulan puasa je, mesti ada benda yang berlaku yang mencabar kesabaran aku... Namun, aku bersyukur sebab aku masih dapat mengawal emosi dan perasaan aku... Apa yang aku lakukan, aku buat tak tahu ajelah... Tak nak fikirkan sangat perkara yang remeh temeh... Sekurang kurangnya, aku tidak melakukan perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa aku... Susah sebenarnya nak jaga diri dari terlibat dengan perkara yang tidak baik ni... Nak dapatkan puasa yang afdal pun bukannya senang... Aku tawakkal pada Allah agar amal ibadat aku diterima olehNya... Sebenarnya, apa yang aku nak cerita bukanlah something serious... Cuma, aku rasa geram dengan Blogger layout yang aku pakai ni... Kalau kalian nak tahu, aku memang sengaja nak tukar layout sempena bulan Ramadhan ni... Konon2 nya nak ikut tema lah... Heheheheheeeeee... Habis semua laman web aku masuk untuk carik layout yang bersesuaian dengan tema yang aku pilih... And then, aku jumpalah satu dua design yang memang aku berkenan... Dengan gumbiranya, aku pun downloadlah untuk dijadikan layout dengan harapan semuanya OK... But again, sangkaan aku meleset sebab bila aku download dan buat setting, layout tu cuma muncul untuk sekejap aje... Bila aku tutup dan buka blog aku dilain masa, all those graphics hilang! Cuma yang tinggal ialah background color dan entry aje... Gambar2 semua tak nak muncul... Puas aku godek sana sini untuk adjust supaya gambar dan settings lain dapat dipaparkan seperti biasa tapi gagal... Sampai aku dah give up! And then, aku dah malas, terus tukar... Pakai layout yang satu lagi... Memula, OK... So, hati aku gumbira dan berbunga bila tengok layout ni... Ingatkan, benda tu kekal lah... Rupanya, sama jugak! Hampehhhhhhhh.... Bila aku siasatan, rupanya2 banyak design yang aku download tu memang tak kekal lama... Cuma boleh pakai sekejap aje... And then all those graphics tu pun bukan aku host sendiri pakai Photobucket account aku... So, suka hati mak bapak owner tulah nak letak dalam internet ke tak... Kalau dia nak letak, adalah keluar layout yang aku ambil ni... Kalau tak, maknanya bogel ajelah blog aku tanpa graphic dan layout... Tulah masalahnya kalau guna design yang orang lain buat... Script dan host semua dikawal oleh mereka... Kalau nak, kene buat script atau owner tu kena bagi original file supaya kita boleh hostkan sendiri untuk mengelakkan kejadian sama berulang ... Aku nie mane la pandai buat scripting ni... Aku akui, aku memang buta IT... Kebanyakkan layout yang aku pakai sebelum ni pun semua aku sedut dari laman web yang menyediakan perkhidmatan 'template'... And of course, aku pakai yang PERCUMA punye je... Sabar jelah....... P/s:- Rasa jeles dengan mereka2 yang mampu menghasilkan laman web dan blog yang cantik2! Semua ni membuatkan aku teringin nak belajar dan buat sendiri... Insya Allah, ade rezeki nanti aku akan tunaikan hajat aku... :)
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Layout bercirikan keislaman. Aku paling suka sebab ade gambar Al-Quran kat tepi... Tapi tulah, sayangnya semua gambar tu tak nak keluar... Keluarpun cuma sekejap je!... Template ehsan dari Finalsense.com
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Layout yang kedua aku guna selepas layout Al-Quran tidak boleh digunakan... Aku ingatkan, bila pakai yang ni, dah takde masalah... Rupanya sama gak!... Template ehsan dari Finalsense.com

Sunday 16 September 2007

Roti (khubz) Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda “Jangan potong roti dengan pisau. Hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu”. Jintan Manis (anisun) Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata. Epal (tuffah) Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati. Asparagus (hiyawn) Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak. Pisang (mawz) Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah. Barli (sya’ir) Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah S.A.W. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam. Selasih (manis rayhan) Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air. Mentega (zubdah) Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil. Bunga kubis (qunnabit) Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan. Chamomile (babunaj) Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan. Lobak merah Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing. Biji kopi (qahwah) Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan. Biji hitam (habb al sauda) Dilaporkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda “Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati”. Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa “ia” itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat ‘leukoderma’ dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema. Ayam (dajaj) Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur. Kulit kayu manis (darchini) Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj). Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda, “Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu”. Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu. Timun (qitta’) Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan. Jintan putih (kammun) Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas. Tamar kering (tamr) Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda, “Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan”. Nabi Muhammad S.A.W. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini. Terung (badhijan) Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging. Telur (baydah) Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit. “Endive” (hindiba) Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba’ pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan “makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba”. Fenugreek (Hulbah) Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda “Jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas”. Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut(memulas). Buah Ara fig (fin) Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda, “Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga”. Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai. Ikan (samak) Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan Bawang putih (thum) Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda “Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami”. Minyak sapi (samn) Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan. Halia (zanjabil) Halia disebut dalam ayat Al Quran (ayat 17, Surah Al-Insan), firman Allah Taala yang bermaksud “Dan mereka dalam Syurga itu, diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil”. Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan. Inai (hinna) Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru. Madu lebah (a’sal) Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi S.A.W., “Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya”. Rasulullah S.A.W. sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter). Kekacang (a’das) Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan. Salad (khass) Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan. Daging (lahm) Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk. Sumber asal : Tidak Diketahui (E-mail)

Saturday 15 September 2007

'Kita adalah kejadian yg sempurna tetapi apa yg kita lakukan selalunya tidak sempurna' Pandangan mata selalu menipu, Pandangan akal selalu tersalah, Pandangan nafsu selalu melulu, Dan pandangan hatilah yg hakiki, kalau hati itu bersih.. Lahir satu tarikh tidak dapat dipinta, Mati satu tarikh tidak dapat ditunda... Bila mata bertemu mata akan mula rasa kasih. Bila hati bertemu hati akan mula rasa sayang. Tapi....bila dahi bertemu sejadah akan terasa kebesaran Allah S.W.T Menuntut ilmu adalah taqwa, Menyampaikan ilmu adalah ibadah, Mengulang2 ilmu adalah zikir, Mencari ilmu adalah jihad, (Al-Ghazali) "Setiap kesulitan itu akan bertambah apabila dihitung-hitung tetapi akan hilang apabila kita tidak menghiraukannya lagi..." Kalau kita berada di alam tabii yg indah, kita tidak terasa keindahannya, bukan ertinya alam ini tidak indah, tapi jiwa kitalah yg tidak indah.. Sesungguhnya mati jasad kerana roh, Mati roh kerana tiada ilmu, Mati ilmu kerana tiada amal Dan mati amal kerana tiada istiqomah. Kesedihan itu lumrah. Mengingatinya kembali mungkin tidak akan mampu menyembunyikan luka hidup tetap menilainya semula dengan mata hati berbeza mungkin mampu membuat diri meneruskan hidup dengan tabah. Ilmu adalah teras kepada ajaran ISLAM, tanpa ilmu manusia akan terseleweng mengikut kehendak akal dan hawa nafsu sehingga akhirnya agama dijadikan mainan. Agama menjadi sendi. Pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi runtuhlah hidup Dan kalau tidak berpenjaganya, binasalah hayat. Kerana org yang terhormat itu,.. Kehormatannya itulah yang melarangnya berbuat jahat. Inginkan mutiara selamilah lautan, Inginkan bahagia tempuhilah penderitaan, Inginkan kejayaan relailah pengorbanan.. Ketahuilah bahawa setiap kepahitan itu sebenarnya terkandung seribu kemanisan........ "People wil forget what you said, people will forget you did, but people will never forget how you made them feel..." Live needs sacrifice, Sacrifice needs fight, Fight needs courage, Courage needs confidence, Confidence determine success, Success lead us to happiness... Hidup memerlukan pengorbanan, Pengorbanan memerlukan perjuangan, Perjuangan memerlukan kekuatan, Kekuatan memerlukan keyakinan, Keyakinan menentukan kejayaan, Kejayaan membawa kebahagiaan... Hidup tanpa cita-cita adalah mati Cita-cita tanpa usaha adalah mimpi Ilmu penyuluh hati yg bersih, Pengorbanan memerlukan usaha yg gigih, Natijahnya kejayaan bakal diraih, Kutuman senyuman akan tersurih, Berkat doa kepada yang Maha Pengasih... Diam merupakan sebuah keputusan hukum Sebaik baik perkataan adalah yang sedikit Namun dapat menjadi petunjuk Keselamatan seseorang terletak pada penjagaan lisannya Siapa yang manis lisannya pasti akan ramai kawannya Yang lahir dari hati adalah keikhlasan Yang datang dari akal adalah kewarasan Bersatulah hati dan akal Melawan nafsu yang bakal memusnahkan Harta yang paling indah adalah sabar Teman yang paling akrab adalah amal Pengawal yang paling waspada adalah diam Bahasa yang paling manis adalah senyum Dan ibadah yang paling indah adalah kyusuk Malu daripada lelaki adalah baik Tetapi daripada perempuan lebih baik Adil bagi setiap orang adalah baik Tetapi daripada pemerintah lebih baik Taubat daripada orang tua adalah baik Tetapi daripada pemuda lebih baik Dermawan daripada orang kaya adalah baik Tetapi daripada orang miskin lagi baik "Tunjangkan resah mu di dada solat, Himpunkan peritmu digenggaman doa, Tutupi kekecewaan dgn taqwa, Dan nilailah kesucian dirimu melalui keikhlasan hati". Hidupkan Rasa Bertuhan... Suburkan Rasa Kehambaan... Sumber asal : Tidak Diketahui (E-mail)

Friday 14 September 2007

Sekadar bahan bacaan, bukan bersifat perkauman atau memihak kepada sesiapa.... Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati. "Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya. "Habis sekarang kenapa tidak belajar?" tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat. "Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita didapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan pula. "Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan Al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki! Sumber : Tidak Diketahui (E-mail)

Thursday 13 September 2007

Aku rasa sedih dan simpati bila dapat tahu masih ada lagi segelintir orang yang hidup dalam keadaan serba kekurangan... Masa aku temankan mak aku gie beli barang dapur baru baru ni, terkeluarlah satu cerita tentang satu keluarga yang agak menyayat hati... Sebenarnya, keluarga ni mempunyai hubungan pertalian darah dengan keluarga aku... Rumah mereka pun tak jauh dengan rumah kami dan selalu juga aku mendengar tentang perkembangan kehidupan mereka sekeluarga dari sanak saudara dan orang sekeliling... Sudah jadi lumrah manusia, yang buruk nampak saja didepan mata... Yang baik, semuanya disimpan dan dipendamkan... Tak tahu bagaimana dapat aku gambar perasaan aku ketika mendengar cerita yang keluar dari mulut mama... Ceritanya berkisar tentang seorang anak dalam keluarga tersebut... Dia merupakan anak sulung dari 5 beradik... Ibunya merupakan seorang suri rumah yang berjiwa kental manakala bapanya adalah bekas anggota polis yang telah dilucutkan jawatan akibat terlibat dengan najis dadah... Ibarat "sudah jatuh, ditimpa tangga", saban hari kehidupan dia dan keluarganya kian lama kian terhimpit... Sejak dari kecil, dia tidak dapat menjalani kehidupan yang selesa bila tonggak keluarga sendiri terumbang ambing mencari arah dan tujuan hidup... Bila ketua keluarga sudah tidak boleh diharapkan lagi, terpaksalah ibunya keluar mencari nafkah demi sesuap nasi untuk anak anak yang semakin lama semakin membesar... Mengikut cerita mak aku, si ibu sangat gigih bekerja siang dan malam demi untuk menyara keluarga tatkala si suami hilang entah kemana... Jika muncul pun kerana dibawa pulang oleh pihak berkuasa... Pintu penjara ibarat pintu masuk rumah sendiri... Kerapkali si ayah diberkas polis bila perbuatan terkutuknya dihidu dan diketahui... Begitulah hakikat bila sudah menjadi 'doktor yang tidak bertauliah'... Ramai saja yang berminat ingin 'berjumpa' dengan mereka... Memandangkan makan minum dan segala keperluan asas perlu disediakan, terpaksalah si ibu membuat apa saja kerja yang termampu untuk mendapatkan wang ringgit bagi menyara keluarganya... Ketika orang sedang nyenyak tidur, si ibu sudah bangkit untuk bersiap sedia membanting tulang empat kerat... Matahari belum lagi terbit, dia sudah ligat bekerja dan adakalanya bila malam menjelma, kerja2 yang diberikan masih lagi diteruskan... Dari berniaga kuih muih, tukang cuci pejabat sehinggalah pembantu restoran dan hotel2, semua dilakukan tanpa banyak karenah... Dalam seminggu, tiada cuti rehat baginya... Jika kita, sudah tentu terasa seksa dan keletihan... Nak harapkan kerja yang lebih senang dan selesa, apalah kelulusan yang ada... Orang dulu2, belajar setakat sekolah rendah... Paling tinggi pun setakat tingkatan tiga... Jika bernasib baik, dapatlah sambung ke peringkat yang lebih tinggi... Aku yakin diawal permulaan, semestinya banyak kali sandiwara airmata berlaku... Siapa yang sanggup menerima bila mengenangkan keluarga terumbang ambing tanpa sokongan... Mahu atau tidak, terpaksa membina kekuatan sendiri demi mengharungi kehidupan yang penuh dugaan ini... Namun, semakin lama mereka sekeluarga sudah tegar... Tomahan dan cacian orang dijadikan pembakar semangat untuk meneruskan kehidupan... Walaupun serba kekurangan, namun mereka masih lagi boleh berdikari dan meneruskan kehidupan seperti sediakala... Alhamdulillah.... Ada juga yang ingin membantu, tapi kerana nilai budi pekerti yang tinggi, mereka sekeluarga menolak bantuan tersebut termasuklah bantuan untuk dia yang merupakan tiga pupu dengan aku... Apa yang membuatkan aku banyak berfikir ialah sifat sifatnya yang tinggi... Aku dengan dia merupakan kawan yang sangat rapat sejak dibangku sekolah... Kalau dulu, kami banyak menghabiskan masa bersama, bermain permainan seperti kunda kundi, rounders, police sentri, dan macam2 lagi... Maklumlah, aku ni duduk kat kawasan kampung, tu jelah permainan yang ada.... And then kat belakang kawasan rumah dia ni ada tanah lapang yang penuh dengan rimbunan pepohon rambutan... Jadi agak redup untuk kami bermain di sana... Heheheheheeeeeee.... Selepas aku tamat sekolah (aku tua setahun dari dia) kami jadi kurang rapat... Yelah, dah tua bangka takkan nak terkinja kinja melompat sana sini bermain permainan budak2 kan?... Walaupun perasaan geram tu tetap ada (sebab nak main) tapi bila fikir2 balik rasa malu lah pulak kalau aku join budak2 kecik main semua ni... Nanti ada pulak makcik2 dan pakcik2 terintai intai siapa pulak 'baby' tua berlari lari tengah tanah lapang tu... Heheheheheeeeee... Aku dapat tahu dia telah berjaya menamatkan zaman persekolahan menengahnya dengan keputusan yang amat cemerlang; SPM dapat Pangkat 1 dalam aliran Sains dan STPM dengan keputusan 4 Principle... Wowww!! Bijak juga dia... Aku tumpang bersyukur dan gembira kerana walaupun hidupnya susah dan penuh dengan dugaan, dia masih mampu belajar dengan baik dan memperoleh keputusan yang cemerlang!... Sudah pasti ibunya tersenyum puas dan bangga... And then, mak aku cakap, dia dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading... Banyak universiti yang memberi tawaran kepadanya dan salah satunya ialah Universiti Malaya dalam jurusan Sarjana Muda Sains Kedoktoran... Aku masih ingat yang dia pernah cakap dia nak jadi doktor sebab nak ubatkan arwah neneknya yang mengidap sakit jantung... Walaupun tinggal dengan ibu, dia agak rapat dengan nenek dan makcik/pakciknya... Bila dimarahi ayah, merekalah tempat dia mengadu... Aku rasa sebak sebab dia begitu sayangkan keluarganya... Atas dasar tulah kot, dia memilih tawaran dari UM tu... Lagipun, takde lah jauh sangat dengan rumah dia dan dia boleh pulang ke rumah menjenguk adik2 nya yang masih kecil... Nak masuk UM, bukan calang2 orang yang boleh... Kebanyakkan pelajar yang belajar disana merupakan dari golongan cerdik pandai dan berduit... UM sendiri telah melahirkan banyak tokoh2 ilmuan dan pemerintah kerajaan yang berkaliber... Universiti tertua di negara kita ni merupakan salah satu universiti kegemaran yang menjadi rebutan dan impian kebanyakkan pelajar kita... Yurannya pun lebih mahal berbanding universiti lain... Satu semester saja, ribuan ringgit diperlukan untuk menampung kos pembelajaran disana bersesuaian dengan kualiti ilmu yang bakal diperolehi... Tapi bagi dia, itu semua diletakkan ketepi kerana memikirkan masa depan yang perlu dicapai... Setelah beberapa tahun memerah otak, belajar itu dan ini akhirnya dia berjaya menamatkan pengajian dengan keputusan yang cemerlang juga... Segulung ijazah Kelas Pertama telah berjaya diperolehinya... Ada juga pensyarah yang menawar dan menasihatinya supaya meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi lagi (buat master/Ph.D) tapi dia terpaksa menolak buat sementara waktu atas faktor2 lain... Apalagi kalau bukan kerana RM!... Dia buat ijazah pun, cukup susah dan terpaksa berhutang sana sini untuk belajar... Kasihan pada ibunya yang terpaksa membelanjakan sebahagian besar wang ringgit untuk menampung kos pembelajarannya disana... Aku tidak pasti sama ada dia ada memohon pinjaman pembelajaran atau tidak... Tapi kalau tak silap aku, kalau kita mengambil jurusan sains, kos untuk belajar kursus tersebut adalah jauh lebih tinggi berbanding kursus lain... <-- entah, aku agaklah sebab lain course, lain yuran dan belanjanya... Ada yang murah, ada yang mahal... Mak aku cakap, sekarang dia menghadapi masalah untuk mendapatkan ijazahnya... Sewaktu majlis konvokesyen yang lepas, dia tidak menghadirinya kerana masih lagi berhutang sebanyak RM 3,000 dengan pihak universiti... Bila mendengar, aku terkejut kerana keluarganya sudah tidak mampu lagi untuk melunaskan hutang tersebut... Mengikut kata mak aku, sekarang dia sudah bekerja untuk menampung pembelanjaan keluarganya... Kerja pulak, bukan dekat sekitar kawasan Lembah Kelang ni, nun jauh kat selatan tanah air sana... Tak silap aku, dia bertugas sebagai penjawat biasa di syarikat swasta di Johor... Jawatan tersebut diperoleh hasil dari permohonan menggunakan keputusan SPMnya saja... Aku masih lagi tidak faham mengapa dia perlu merantau jauh kesana... Adakah kerana sudah bosan dengan kehidupan disini? Tapi aku cukup kenal dirinya kerana dia bukanlah seorang yang mudah berputus asa... Dia juga merupakan seorang yang mempunyai nilai dan harga diri yang sangat tinggi... Dia tidak mahu menyusahkan dan membebankan orang lain hanya untuk diri dan keluarganya... Walaupun ada sanak saudara yang ingin membantu melunaskan segala hutang piutangnya, dia tetap berdegil untuk tidak menerimanya... Biarlah dia sendiri yang menyelesaikannya... Aku cukup simpati dengan dia... Rasa sedih pun ada... Tapi apakan daya, begitulah lumrah kehidupan sekarang... Ada diantara kita sangat bernasib baik, dapat menikmati itu dan ini dan ada juga yang terpaksa mengharungi pelbagai keperitan untuk mencapai kejayaan... Doaku, semoga dia berjaya mencapai impiannya...

Wednesday 12 September 2007

Ada lagu yang mengatakan andai bumi terbelah aku tetap cinta padamu, ada yang mengatakan hanya kau yang ku cinta di dunia... Tapi sayang, orang yang paling dan patut kita sayangi di dunia ini ialah IBU kita, bukan kekasih... Yang hanya datang sekejap dalam hidup kita... FIKIRKANLAH... Itulah pengorbanan seorang ibu.... Sedih... Sayangilah ibu anda selagi dia masih hidup... Cerita dari seorang kawan : Cerita betul yang menyayat hati.... Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang tinggal di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya, ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti... Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari... Aku cuba untuk membantu, "Tak payah" katanya "Biar mak yang buat; nanti lain rasanya"... Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan ibu nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang baru nak merayakan Aidilfitri bersamanya... Aku tahu disudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya... Tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya... Terhinjut-hinjut mak kesana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng... Bukan main khusyuk dan bersungguh cuba menyediakan juadah yang semampunya... Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng mak untuk abang- dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka... Semuanya pakat menjamu selera... Memang berselera semua sukakan nasi goreng mak... Mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya.. Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku, "Ahhh... mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu"... Seraya tu abang ku bertanya, "Siapa tak makan lagi nasi ni?"... Lantas aku menjawab, "Mak belum makan apa lagi tu" Mak dengan bersungguh menjawab, "Ehh mak tak mau... tak lalulah nasi goreng, nak makan roti jala sat lagi'... Dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya... Kata ku dalam hati, "Oohh... mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit diebetisnya"... Bila semua dah pulang, aku lihat mak terhinjut-hinjut kedapur... Lantas aku tanya, "Mak nak apa? Nak ambilkan..." "Takpa nak rasa ni sikit"... Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan... Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya... Zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang... Aku benar-benar kalah dengan apa yang aku saksikan... YA RABB... Engkau peliharalah Ibu, Ampunilah Dosanya, Berilah kekuatan pada anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga... AMIN Sumber asal : E-mel, Tidak Diketahui
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Buat semua pembaca laman blog aku.... Dikesempatan ini juga aku ingin memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan yang pernah aku lakukan kepada kalian semua serta mengucapkan Selamat "Menghidupkan" Ramadhan Al-Mubarak... Memandangkan bulan Ramadhan adalah bulan "mega sale" dimana pahala digandakan berlipat kali ganda, maka aku menyeru diri sendiri dan kalian semua untuk mengejar "tapak2 sale" (masjid, surau, majlis ilmu dan yang sewaktu dengannya) bagi mendapatkan "product/barangan" (pahala yang berlipat kali ganda) sementara stok masih ada (Ramadhan sebulan aje)... Semoga latihan di bulan Ramadhan bagi menundukkan nafsu dapat memberi kesan yang baik/ positif kpd diri kita bagi menempuh 11 bulan yg lain. Semoga amalan ibadah dibulan Ramadhan dapat diteruskan (istiqamah) dibulan2 yang lain (kecuali Solat Terawih yang khusus utk Ramadhan sahaja)... Semoga iman yang kukuh hasil latihan dari Ramadhan dapat memberi kita kekuatan melawan segala onak dan noda sepanjang 11 bulan yang lain... Sedikit tips amalan sepanjang Ramadhan selain amalan2 yang lain... Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Empat jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap Muslim sepanjang Ramadhan :- 1. Mengucapkan Istgihfar (memohon ampun) 2. Memperbanyakkan ucapan Syahadah 3. Berdoa meminta Syurga 4. Memohon keredhaan Allah (Hadith Riwayat Al-Baihaqi) Salam Ramadhan dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa!

Tuesday 11 September 2007

Hari ini, adalah hari lahir mak aku... Sebenarnya, pagi tadi aku dah wish dah... Kira, dalam keluarga aku, akulah orang pertama yang ucap "Selamat Hari Lahir"... Mak aku cuma senyum dan cakap terima kasih... But again, aku rasa macam tak puas hati... Kalau sebelum ni, ramai orang meraikan birthday aku, but for my mum, takde siape pun nak merayakannya... Terbit rasa sayu dan sedih dihati tatkala mengenangkan pengorbanan seorang ibu kepada anak2 nya... Dia tak pernah meminta apa2 cuma kebahagiaan dan keselesaan anak2 adalah matlamat utama biarpun dia terpaksa bergolok bergadai mengharungi perit getir berseorangan... Jadi, balik dari pejabat tadi... Aku singgah kedai kek... Saje aku nak beli sebiji kek dan celebrate birthday mak aku... Dia tak tahu pun perancangan ni... Aku pun tak plan tapi aku tetap nak buat sebagai tanda aku mengingati hari kelahiran dia dan terima kasih aku selama ini kerana telah menjaga aku sehingga sekarang... Sampai aje kat umah, aku hulurkan kek tu pada dia sambil cakap "Happy Birthday"... Alangkah terkejutnya dia waktu itu... Lantas dia terus memeluk dan mencium aku... Rasa terharu kerana mak aku begitu suka dengan apa yang aku buat walaupun ianya satu perkara yang kecil... Kami takde celebrate dengan makan2 ke ape... Adik bawah aku ade kat UiTM, tak boleh balik... Kakak aku pulak sibuk gie mesyuarat UMNO cawangan... Tinggal aku ngan adik aku yang kecik sekali kat umah.... Abah dah lama tidur dibuai mimpi.... Jadi, acara kami cuma memotong dan memakan kek ajelah... Biarpun ringkas, tapi cukup bermakna! "Selamat Hari Lahir, Mama"....
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kek khas untuk mak aku... Takde tulis2 pun.. simple je...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Waktu aku tengah bercakap ngan kawan aku, tiba2 aku terdengar suara budak2 menjerit... "Anak siapalah pulak yang datang kat office aku nih..." Pastu tiba2 aje aku rasa macam ade orang berdiri sebelah aku... Aku pandang kiri, pandang kanan, tak nampak ape... Bila toleh kebawah aje.... "Aaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhh..... Budak 'barugas' dah datang!!!!!" Siape budak 'barugas' yang aku maksudkan ni??? Aaa... kalau kalian nak tahu, budak nie anak kepada kakak angkat aku kat office ni haa... Dulu aku ade buat entry pasal dia ni... Masa tu dia baru aje lahir... Kecik lagi... Sekarang dah besau... Dah berjalan dan dah lasak... Rupa tak ubah, tang mata dan muka dia sama macam dia lahir dulu... Tetap cute macam waktu dia baru lahir!... Geram betul aku dengan dia.... Dah ler putih! Adeehhhhhh........ Saje aku ajak dia, nak dukung dan sebagainya, tapi dia jual mahal!... Tak nak kat aku... Tapi tak nak, tak nak pun, pandang pandang... Sampai jalan pun menonong aje... Siap pusing kepala 360◦... Heheheeeeeeeeee.... Tulah budak2.... Agaknya dia tak biasa lagi ngan aku... Mak dia siap pesan, "kalau kau nak dia datang kat kau, kau kene umpan..." Adehhhhhh, nak kene rasuah lah pulak... Heheehheeeeee... Semua tempat yang dia jalan, semua orang mesti nak usik dia... Biasalah, budak kecik.... Tapi kalau 'baby' besar, takde sape nak layan... Heheheheeheeeeeeeeeee....
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Monday 10 September 2007

Bangga... Aku tak tahu nak cakap macam mana, rasa terharu dan bangga bila dapat tahu kereta nasional kita banyak digunakan di negara asing seperti di United Kingdom dan beberapa negara Eropah... Bersempena dengan sambutan 50 tahun kemerdekaan, aku bawakan kepada kalian semua cebisan cerita yang mungkin kalian semua tidak ketahui... Harapan aku, agar mereka2 yang tidak habis habis mengutuk negara sendiri sedar akan kemampuan Malaysia dimata dunia... "Tak tumbuh, tak melata... Tak sungguh, orang tak kata..." Aku rasa seronok bila kereta Waja dan Gen-2 gah bergerak diatas jalan raya sekitar kota London dan tempat-tempat lain... So far, banyak Waja dan Gen-2 digunakan sebagai teksi dan kenderaan rasmi polis didalam kawasan tersebut... Macam di Indonesia dan Thailand, teksi2 yang beroperasi adalah dari jenama Toyota dan Honda... Pulak tu, bukan calang2 kereta... Kebanyakkannya menggunakan Camry dan setaraf dengannya sebagai teksi! Bayangkan, kereta mewah sebegitu digunakan sebagai teksi... Fuhhhhhh..... Ramai yang memuji kemampuan kereta tempatan... "Siapa kata kita tidak mampu pergi jauh???... Inilah buktinya...." Aku tak mahu komen banyak, cuba baca petikan dibawah ini yang dipercayai ditulis oleh seorang warga Malaysia yang bermastautin di UK... Dari petikan tersebut, dia sendiri tidak percaya dengan apa yang dia lihat... Seolah olah berada didalam negara sendiri! "I have pictures of UK police Waja fleet. The Humberside Police in Yorkshire have a fleet 90% comprising of Wiras, and Wajas, and their plainclothes police drive GEN2's. Protons are extremely popular in Hull. Also, 50% of the taxi's in Hull are Protons. Hull is the 7th largest city in England. I have spoken to Proton owners here and they have nothing but praise for the vehicle, which I found unbelievable judging by the amount of problems that i know at Malaysia. While taking a picture of the front of a police Waja, I was caught by the policeman who was using the vehicle. He had just returned from buying a sandwich at Subway. After explaining to him why I was doing it he kindly allowed me to open the door and take a picture of the dashboard, but he was a bit shy and declined to let me take a picture of the car with him in it. Everybody I ask seems to love their Protons here. Very, very, very strange for a person like me to hear such comments. I wonder if the quality control of export-bound Protons really are that much better."
Fikir fikirkan........... Sisipan:- Kita bukan seperti dahulu lagi... Kita sudah melangkah jauh kehadapan cuma bagi sesetengah pihak yang masih 'dibuai mimpi' tidak sedar dimana kita berada sekarang... Selamat Hari Kemerdekaan ke-50...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Friday 7 September 2007

Penat giler tadi... Penat pun tak giler macam ni tau!... Heheheheheeeeee... Dari pagi aku sampai office, baru sekarang ni dapat rehat! Takpe lah... At least, semuanya dah selesai dan selamat... Aku tak perlu memikirkan tentang semua ini lagi... Akhirnya, aku mendapat kekuatan untuk menarik diri aku keluar dari senarai calon yang bertanding... Alhamdulillah, setakat ini tiada yang bertanya... Tak tahulah hari Isnin nanti... Harap2 semua dapat menerima keputusan aku... Aku dah pun fikir masak2 baik buruk tindakan aku ini... Aku lakukan semua ini demi kebaikan aku juga... Kadang kala, kita terpaksa 'mementingkan diri sendiri'... Dah 2 tahun aku lebihkan orang lain dan kali ini, tiba masanya aku lebihkan diri aku pula... Tahniah pada kawan2 aku yang terpilih... Ada diantara mereka dicalon dan dipilih semula untuk mewakili semua orang... Baguslah, sekurang kurangnya pengalaman yang kalian ada sebelum ini akan membantu perjalanan Kelab Sukan dimasa hadapan... Semoga kalian sukses hendaknya dan sudah pasti aku akan merindukan semua ini... Sisipan:- Aku mohon maaf jika ada yang terasa hati dengan apa yang aku lakukan. Harap kalian memahami situasi aku diwaktu ini...

Thursday 6 September 2007

Aku rasa terharu... Terharu kerana masih ramai yang menyukai dan mempercayai aku untuk mewakili mereka semua sebagai Jawatankuasa Kelab Sukan dan Rekreasi tempat aku bekerja... Esok adalah hari penentuannya... Sejak tahun 2005 sehinggalah kehari ini aku dilantik sebagai salah seorang pemegang amanah; memikul tanggungjawab menjalankan aktiviti riadah untuk staff syarikat aku, akan melepaskan jawatan disandang bagi memberi laluan kepada muka2 baru memegang tampuk pemerintahan... Ini adalah masa yang paling sesuai untuk aku mengundurkan diri agar aku dapat memberikan sepenuh perhatian kepada kerja2 diatas meja... Tapi apa yang aku harapkan tidak seperti mana yang berlaku sekarang ini... Ketika sesi penamaan calon rancak dilakukan sejak minggu lepas, aku cukup terkejut kerana nama aku dicalonkan semula... Sebanyak 214 borang pencalonan yang diterima, hampir 10% peratus pencadang dan penyokong telah menamakan aku sebagai salah seorang calon untuk ahli jawatan kuasa yang akan datang! Allahu Akhbar!!! Aku ingatkan aku boleh 'memboloskan' diri, rupanya tidak... Aku tersepit sama ada aku harus terima dengan redha pencalonan ini atau sebaliknya... Kalau mengikut perancangan, aku memang tidak mahu bersetuju untuk apa2 pencalonan memandangkan situasi aku yang sememangnya tidak mengizinkan buat masa ini... Banyak perkara yang berlaku dan aku harus fikirkan tentang masa depan aku juga... Melihat dari respon pencalonan tersebut, aku jadi tidak keruan kerana ramai yang mahu aku meneruskan perjuangan serta kepimpinan seperti sedia ada... Aku tidak sanggup mengecewakan hati sesiapa dengan menolak bulat2 apa yang telah mereka mahukan... Mesyuarat Agung Tergempar (EGM) akan diadakan pukul 3.30 petang esok, dan aku sendiri tidak tahu apa akan terjadi... Sejak hari Isnin lepas sehinggalah kehari ini, aku tidak senang duduk, kehulu kehilir dengan pelbagai perkara didalam tangan sehinggakan segala kerja2 yang sepatutnya aku dahulukan terbengkalai... Semoga Allah membantuku dalam segala hal, Amin........
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Borang penamaan calon yang aku terima... Banyak betul!
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Dari jumlah ini, rata rata menamakan aku sebagai salah seorang calon... Bila dikira, nama aku berada ditangga ke-empat tertinggi... Macam tak percaya aje!

Wednesday 5 September 2007

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:- Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan? Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya. Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat? Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas. Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut. Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik? Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik. Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Sumber : E-mail (Tidak Diketahui). Terima kasih Hafizah

Tuesday 4 September 2007

Rasa macam 'kehilangan' sesuatu...............................
Hari ini, aku lambat lagi... Ini kali kedua aku terlambat selepas raptai Hari Merdeka pada 28 Ogos yang lepas... Kali ini sebab tayar kereta aku bocor... Semalam dah perasan tayar belakang belah kiri tu dah kempis sikit... Aku buat bodoh aje sebab cuti 3 hari aku tak gerak kemana mana, so mungkin angin berkurangan... Tapi bila aku amati tayar tu, aku nampak ada skru terbenam kat alur bunga tayar... Sah! Mesti berlubang sebab bila aku tarik keluar, memang payah betul! Tak boleh nak cabut skru tu... Aku ambil playar, tarik keluar skru yang terbenam tu... Adelah dalam 2cm panjangnya... Terus pssssssssssssssssssssstttttt.... Angin keluar dengan laju... Dalam beberapa saat aje, tayar kereta aku kempis... Adehhhh... Nasib baik jadi kat umah... Kalau kat tengah jalan macam mane lak? As usual, aku bawak keluar jack dan segala peralatan kat boot belakang... Tayar spare pun aku tarik sekali... At the same time, baru aku teringat yang tayar spare tu memang tayar asal; memang tak pernah tukar sejak aku beli kereta tu... Dah dekat 6 tahun dah!... Gila.... Bahaya kalau jalan jauh sebab struktur tayar tu dah keras... Masa aku tukar keempat empat tayar hari tu, aku terlupa pasal tayar spare ni... Yelah, benda tu dok kat dalam boot kereta, manelah aku ingat... Aku plan, nak pakai untuk 2, 3 hari sebelum aku antar tayar yang bocor tu kat workshop untuk ditampal... Mungkin aku tukar sekali tayar spare tu ngan tayar yang baru; just in case kalau kene guna bila something happen bila jalan jauh... Memandangkan kat umah aku takde spana hidraulik yang macam kat workshop tu, aku terpaksalah pulas nat tu cara manual (ape lagi, guna tangan la)... Habis terkeluar segala muscles dan urat-urat kat tangan ni... Heheheheeeee... Korang nak tahu, dari pukul 6.30 sampaila 7.30 pagi aku dok cuba bukak nat tu, satu nat pun aku tak boleh bukak... Putar ke kiri takleh, kekanan lagi lah tak boleh!... Kepala aku dah pening sambil mulut terkumat kamit menyumpah nyumpah pepagi buta... Dah ler nyamuk gajah dok hurung keliling badan aku... Ngeyong sana, ngeyong sini... Tak senang aku nak buat kerja... "Bengong punye orang pergi skru tayar kereta aku sampai takleh nak bukak balik... Ketat giler!!!" Aku siap panjat atas spanar, still tak jalan gak! Aku lompat2 pun tak boleh... Bayangkan betapa ketatnya nat tu dia pi putar... Mungkin masa aku tukar tayar baru kat workshop dulu, orang tu syok dok pakai hidraulik tu pusing banyak kali kot... Sambil tu aku dok fikir, kalau kakak aku atau adik aku yang bawak kereta, gerenti dia orang nangis tepi jalan!... Sungguh menyusahkan!... Last2 aku give up dah... Peluh dah mencurah curah membasahi simen konkrit porch kereta aku... Terpaksa aku mandi semula sebab nak pi kerja... Takkan nak terus tukar baju dengan badan basah lencun macam tu? Mau satu office bau semerbak nanti... Bila aku dah siap nak keluar (terpaksalah aku naik kenderaan awam kali ni....) aku tergamam bila nampak jiran sebelah umah terbongkok bongkok dok tukar tayar... Aku pun pelik, macam manelah mamat ni boleh tahu dan ada kat situ... "Eh bang, boleh ke bukak nat tu??" tanya aku pada Abang Anuar yang sedang melonggar nat yang ketat tadi... "Tak boleh, susah nak bukak tadi... Ketat betul orang ni skru... Dia takut tayar kau tanggal tengah jalan kot..." balasnya sambil tergelak besar... Aku pun tersenyum tawar mendengar lawak pagi butanya... "Abis tu, macam mane boleh bukak???" balasku semula... "Abang panjat atas spanar tu... memula takleh tapi ayah kau panjat sekali ngan abang, terus bunyi krekkkk.... Pastu skru tu loose..." jawabnya sambil tersengeh sengeh kat aku... "Owhhhh... takpe lah bang, biar saya sambung... nyusahkan abang je..." sambil aku mencapai spana tu mengetatkan balik nat yang dibuka tadi... Tayar spare telah pun dipasang... "Takpe... takpe... dah nak siap dah ni.... sikit aje lagi..." balasnya... Aku lak yang jadi segan... Kereta aku yang pancit, orang lain lak yang pi tolong... Tapi nak buat cam mane, aku pun dah mandi dan dah wangi, kalau pegang spanar dan nat tu nanti aku kotor balik... Memandangkan aku takleh nak buat ape2, aku perhati ajelah... Dekat pukul 8.10 baru semuanya siap... Aku panaskan enjin sebelum bertolak pukul 8.20 pagi... Aku singgah kat Shell depan umah aku untuk pam angin... Macam biasa, Jalan Gombak memang dah padat dengan kenderaan... Time tu memang ramai yang nak pi kerja... On the way tu, aku dok fikir... Selama pengalaman aku bawak kereta, inilah pertama kali aku tak boleh nak bukak nat tayar... Sampai give up dan rasa nak panggil aje orang workshop bawak spana hidraulik tu bukak skru yang ketat tadi... Leceh betul!

Monday 3 September 2007

Aku tak pahamlah dengan sesetengah orang ni... Bila kita diberi tanggungjawab dan diamanahkan oleh orang lain untuk mewakili sesuatu, banyak yang menyalahgunakan kuasa dan 'authority' untuk tujuan dan kepentingan diri sendiri... Mengapa mesti begitu? Ibarat kata orang tua-tua, jika kita disogok dengan wang berjuta ringgit, masing2 akan lupa saudara dan ahli keluarga... Abang tak mengaku adik, anak tak mengaku ibu bapa kerana gara2 dikaburi dengan kemewahan dan keselesaan... Ya, itulah sifat semulajadi manusia, tamak haloba dan sentiasa pentingkan diri sendiri... Maafkan aku jika ada yang terasa atau tidak puas hati tapi begitulah dunia zaman sekarang... Begitu sedikit bilangan mereka yang amanah dan jujur dalam menjalani kehidupan... Persoalannya, apa faedahnya jika kita lebihkan diri sendiri dan tidak menghiraukan kepentingan orang lain yang sememang ada hak??? Pagi tadi, telinga aku berdesing bila ada rakan2 aku mengomel pasal 'seseorang' yang menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri sendiri... Yang aku tak boleh terima, bila dia menceritakan perihal 'seseorang' yang aku rasa memang tidak masuk akal... Sebagai seorang pendengar dan merupakan rakan kepada 'seseorang' itu, aku rasa panas la jugak... Apa yang pasti, imej aku turut tercalar disebabkan tindakan 'seseorang' itu telah membuatkan kami yang lain terpalit sama dalam 'masalah' yang dia cipta... Adehhhh... Another case to tackle... Aku memang dah syak dari awal cuma aku tak sangka lah perkara ini boleh jadi issue yang agak besar dan rumit... Pulak tu, sekarang aku dah tak boleh nak 'bernafas', tap tup... timbul lak issue lain... Memandangkan aku dah tak larat nak melayan, aku dengar ajelah ngomelan kawan aku ni... Cuma apa yang aku boleh cakap kat dia, Insya Allah aku cuba selesaikan secara halus tanpa membabitkan orang lain... Entah aku boleh selesaikan atau tidak, aku sendiri tidak pasti... I didn't promise her anything but I'll see what I can do with limited time and 'space'...

Saturday 1 September 2007

Sekadar bahan bacaan... Dua manusia yang merasa saling berjodoh pasti memiliki ikatan emosional, spiritual dan fizikal antara keduanya. Hanya dengan menatap mata atau mendengar suaranya, kita akan merasakan getaran dan seolah ingin terus bersamanya. Benarkah seperti itu? Lalu, apakah ada petanda lainnya agar seseorang dapat merasakan bahawa si dia jodoh (soulmate) kita atau bukan? Antara petandanya ialah : Petanda 1: - Rahsia sepasang kekasih agar dapat memiliki usia hubungan yang panjang adalah dengan adanya saling kerjasama. Kamu dan dia selalu dapat saling membantu, dalam urusan remeh atau besar. Paling penting adalah kamu berdua selalu dapat melalui segala aspek kehidupan secara bersama-sama. Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa harus melibatkan orang lain. Apakah kamu sudah merasakan perkara tersebut? Jika ya, selamat... kerana ada harapan bahawa dia adalah calon pendamping hidup kamu! Petanda 2: - Salah satu kriteria yang menentukan sesuai atau tidaknya dia sebagai jodoh kamu atau bukan adalah kemampuannya bersikap bersahaja di depan kamu. Cuba sekarang perhatikan, apakah gerak-gerinya, caranya berpakaian, gaya rambutnya, caranya berbicara serta tertawanya mengesankan apa adanya? Apakah setiap ucapannya selalu tampak spontan dan tidak dibuat-buat? Jika tidak, (maaf) kemungkinan besar dia bukan jodoh kamu! Petanda 3: - Adanya deria batiniah membuat hati kamu berdua dapat selalu saling tahu. Dan bila kamu atau si dia dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaannya satu sama lainnya pada situasi tertentu. Selamat! Sebenarnya dialah destini kebahagian kamu... Petanda 4: - Bersamanya dapat membuat perasaan kamu menjadi tenang, selesa dan tanpa perasaan tertekan. Berjam-jam bersamanya, setiap waktu dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan... Inilah petanda bahawa kamu berdua kelak akan saling terikat. Petanda 5: - Dia selalu ada untuk kamu dalam situasi apapun. Dan dia selalu dapat memahami situasi dalam hati kamu baik dalam suka dan duka. Percayalah pasangan yang berjodoh pasti tak takut mengalami pasang-surut, suka-duka saat bersama. Sekarang, ingat-ingat kembali. Apakah dia orang pertama yang datang memberi bantuan tatkala kamu dirundung musibah? Dia selalu faham saat emosi kamu terganggu? Dia tahu keadaan waktu anda sakit? Jika ya, tak salah lagi. Dialah orangnya... Petanda 6: - Dia tak terlalu peduli dengan masa lalu keluarga kamu, dia tak peduli dengan masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu. Dia juga tak malu-malu menceritakan masa lalunya... Nah, kalau begitu ini bererti dia sudah siap menerima kamu apa adanya.. Petanda 7: - Setiap orang pasti memiliki kekurangan, dan kamu tak malu-malu memperlihatkannya pada si dia. Bahkan pada saat kamu tampil buruk di depannya sekalipun, misalnya saat kamu bangun tidur atau saat kamu sakit dan tak mandi selama dua hari. Ataupun menceritakan sejujurnya kepada kamu tentang kelemahan dan kekurangannya... Nah! Kamu dan dia memangnya disuratkan untuk bersama! Petanda 8: - Bila merasa rahsia kamu bisa lebih selamat di tangannya daripada di tangan sahabat-sahabat kamu yang lain. Atau kamu merasa sudah tak dapat lagi menyimpan rahsia apapun darinya, maka berbahagialah! Kerana ini bererti pasangan sejati telah kamu temukan! Apakah kelapan petanda di atas telah kamu temukan padanya? Selamat bertemu jodoh !! Sumber : E-mail (Tidak Diketahui). Terima kasih Linda (Suka Yogurt)
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.