Showing posts with label Hari Lahir. Show all posts
Showing posts with label Hari Lahir. Show all posts

Monday, 5 January 2015

Baru-baru ini, aku telah menerima khabar gembira dari teman baikku. Tiada apa yang aku harapkan selain daripada perkhabaran bahawa dia bakal menimang cahaya mata.

Ternyata, sangkaan aku tepat!. Dia memaklumkan padaku yang isterinya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Syukur, alhamdulillah. Tiada kata yang dapat aku luahkan ketika itu selain memanjatkan rasa kesyukuran yang teramat sangat.

Aku tumpang gembira untuknya. Memang aku tidak menyangka, akhirnya dia berjaya membina sebuah keluarga yang bahagia. Ketika zaman sekolah dahulu, ramai yang memperlekehkan kewibawaan dirinya untuk mengharungi masa hadapan. Maklumlah, orang kita memang suka memandang negatif tentang beberapa perkara dalam aspek kehidupan. Ada diantara mereka memang tidak pernah memahami dan memandang jelek kepada perkara begini.

Walaupun dia pada asalnya mempunyai sifat yang 'berbeza' dari orang lain, namun ianya tidak sedikit melunturkan semangat dirinya untuk terus maju kehadapan. Dia sentiasa berusaha gigih untuk membela nasib diri dan keluarganya. Alhamdulillah, Allah Maha Adil dan Maha Bijaksana. Setiap langkah yang diatur, setiap usaha yang dijalankan membuahkan hasil. Berkat segala usaha serta kesabaran inilah dia berjaya mengharungi setiap liku-liku kehidupan sehingga kini.

Aku tabik 'spring' dengan dia! Walaupun dia bukan datang dari keluarga yang berada, mempunyai banyak kekurangan dan sebagainya, namun dia berjaya menjejakkan kaki ke menara gading malah, mampu untuk menjawat jawatan yang tinggi dalam kerajaan. Dia mampu buktikan pada semua bahawa insan 'istimewa' sepertinya tidak pernah berbeza dengan orang lain; mampu membina kejayaan atas usaha sendiri. Dahulu, orang mencaci dan mencerca, kini tidak lagi. Ramai yang 'buka mata' bahawa dia bukan sekadar apa yang mereka fikirkan.

Setiap yang dilakukan, dibuat dengan hati ikhlas. Inilah hasilnya, kejayaan yang tiada tolok bandingnya. Dan setelah sekian lama, akhirnya dia berjaya mengharungi setiap dugaan. Kini, dia dikurniakan seorang bidadari cantik buat peneman melewati bahtera kehidupan; seorang insan yang baik budi pekerti dan menerima dirinya seadanya. Alhamdulillah!.

Saban hari, tidak putus aku berdoa agar dia dikurniakan kebahagiaan dalam menjalani kehidupan berumah tangga. Ikatan yang terbina atas dasar cinta dan keikhlasan diperkuatkan dengan kehadiran cahayamata yang sangat comel. Emil si empunya nama, selamat dilahirkan pada 29 Disember yang lepas pada jam 5.05 petang. Semuanya telah selamat dan Emil kini sihat disamping ibu dan juga ayahnya.


Aku ada bertanya pada dia (teman baikku), bagaimanakah perasaan dia ketika ini? Jawapan yang diberikan amat mudah; lega dan tidak terkata. Pengalaman menyambut kelahiran bayi baginya adalah detik yang tidak boleh dilupakan. Kini, dia memahami, mengapa kita sebagai anak harus menghargai pengorbanan seorang ibu ketika melahirkan kita. Kesakitannya, hanya Allah sahaja yang tahu!. Apabila bergelar ayah, banyak persiapan perlu dibuat terutamanya dari segi mental dan fizikal. Bayangkan bayi yang baru lahir, semestinya memerlukan perhatian yang lebih. Berjaga waktu tengah malam itu sesuatu yang biasa bagi ibubapa yang baru menimang cahaya mata.

Alhamdulillah, semoga Emil sihat dan membesar sebagai anak yang soleh. Doaku kepada Allah, moga dia dikurniakan rahmat serta kebaikan di dunia dan akhirat. Moga dia menjadi insan soleh yang dapat berbakti kepada kedua ibubapanya, InsyaAllah.

Saturday, 3 January 2015

Assalamualaikum.

Semua umat Islam di dunia maklum bahawa tarikh 12 Rabiul Awwal merupakan satu tarikh keramat dalam kalendar Hijr.

Pada hari bersejarah ini, lahirlah seorang insan agung; junjungan besar, Nabi Muhammad SAW. Kelahiran baginda membawa rahmat kepada seluruh umat manusia.

Mengikut sejarah Islam, hari keputeraan Nabi Muhammad SAW jatuh pada hari Isnin (hadith Riwayat Muslim, 8/25) atau bersamaan dengan 23 April 571 mengikut perkiraan kalendar Masehi. Baginda adalah nabi yang terakhir diutuskan oleh Allah SWT kepada umat manusia. Tapak kelahiran baginda kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai 'Maulid Nabi'.

Setiap tahun, sudah menjadi lumrah umat Islam akan menyambut hari keputeraan Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan majlis untuk memperingatinya seperti mengadakan acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya.

Memuliakan hari keputeraan Nabi Muhammad SAW membawa kepada banyak kelebihan dan rahmat. Bayangkan, hanya dengan berniat sahaja untuk mengadakan Maulud Nabi, sudahpun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya, bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan satu doa dan dikira sebagai amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.



Sumber maklumat:  ms.wikipedia.org (Maulidur Rasul)
Imej:  Tidak Diketahui

Saturday, 25 October 2008

Hari ini merupakan hari ulangtahun kelahiran sahabat baik aku yang sorang ni... Hari ini, genaplah usia dia yang ke-30 tahun... Hehehehe... Dah tua pun, tapi masih lagi tak kahwin-kahwin... Hehehehe....

Aku dengan dia memang sudah lama berkawan... Sejak kami di bangku sekolah lagi... Dulu, rumah kami dekat; belakang rumah aku je... Memang aku rajin singgah rumah dia dan kadang-kadang tidur sana sekali... Aku dan keluarga dia pun cukup rapat dan mak dia dah anggap aku macam anak dia sendiri...

Cuma sekarang, aku dan dia agak kurang sedikit berhubung kerana dia berada di Wellington, New Zealand; melanjutkan pelajaran di peringkat master... Insya Allah, jika tiada masalah, dia akan menamatkan sesi pelajarannya dan akan pulang ke Malaysia Mei tahun hadapan... Itu dari maklumat yang aku terima dari dia sebelum ini lah... Tapi tak tahu lah kalau-kalau dia nak terus menetap dan bekerja di sana...

Aku berdoa semoga dia sentiasa sihat dan dikurniakan kejayaan dan kebahagiaan sempena hari kelahiran dia hari ini... Semoga Allah sentiasa merahmati dirinya dan memurahkan rezekinya selalu... Dah tua bangka ni, memang tiada hadiah dan sebagainya, cuma doa dan ucapan yang dapat aku beri dan kirimkan... Semoga kami dapat bertemu kembali, Insya Allah....

Photobucket
Sahabatku bersama ibunya sebelum terbang ke New Zealand 3 tahun lepas...



Nota kaki: -
Tahun depan merupakan hari graduasi universitinya dan sepatutnya aku akan terbang kesana untuk melawat dan memeriahkan suasana... Tetapi aku tidak pasti sama ada boleh ke tidak kerana rumah aku pun sudah siap dibina, kunci pun dah nak kena collect... Nak kena pakai duit lagi... Banyak wooo nak kena buat!...

Serba salah juga... Tapi yang utama harus didahulu kan... Harap-harap dia faham lah...


Wednesday, 8 October 2008

Hari ini juga merupakan hari kelahiran buat kakakku yang tersayang...

Tanpa disedari, semakin hari kita melewati usia... Saban hari, kita tidak akan kekal remaja... Peredaran masa berlaku begitu pantas sehingga kita tidak sedar, uban semakin memutih di kepala... Itulah lumrah hidup; jika dahulu kita ditatang dan dibuai, sekarang kita pula bakal membuai zuriat sendiri...


"Untuk kakakku yang tersayang,

Selamat Hari Lahir yang ke-31 tahun ini... Semoga kehidupanmu disinari kebahagiaan sepanjang masa... Semoga Allah mengurniakan rezeki yang melimpah ruah kepadamu bila hidup bersama dia nanti... Tiada apa yang aku pohon kecuali kebahagiaanmu duhai kakakku..."


Adikmu ini sentiasa mendoakan dirimu selalu............


Photobucket
Kakakku ketika majlis pertunangannya dahulu...



Nota kaki:-
Nampaknya, tempoh aku hampir tamat... Arrrgghhhhhhh... Lepas kakak aku, mesti mak aku akan membebel kat aku pulak... "Bila lagi???"...


Friday, 12 September 2008

"Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan Kak Rose dan Maria
Allah selamatkan kamu..."



Hari ini merupakan hari lahir dua orang insan yang boleh dikatakan agak rapat dengan aku; yang seorang tu aku dah anggap macam kakak sendiri dan seorang lagi merupakan kawan baik merangkap teman sedarjah (classmate) aku... Kak Rose dan Maria...

Kak Rose sekarang sedang berada di rumah kerana masih lagi bercuti... Cuti sakit... Dia baru sahaja menjalani pembedahan untuk mengeluarkan 'benda asing' (aku rasa tumor kanser) dalam kepalanya dan aku yakin ianya akan memakan masa yang agak lama untuk sembuh... Pada mulanya, dia tidak menyedari akan 'benda asing' yang sudah lama bersarang itu... Apa yang dia alami ialah sakit kepala, pening dan migrain... Kerap sangat sehingga tak larat nak bangun... Keadaan yang tidak selesa dan kesakitan yang teramat sangat itu telah menyebabkan dia mengambil keputusan untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan ketika keputusan telah dikeluarkan, baru lah dia tahu benda itu berada didalam kepalanya... Nasib baik dia cepat bertindak, kalau tidak... Aku tak tahu lah nak cakap macam mana...

Kak Rose merupakan seorang yang sangat baik... Happy-go-lucky dan sentiasa ceria... Perwatakannya yang selamba sentiasa disenangi orang sekeliling walaupun rupanya sedikit serius dan agak garang... Namun, Kak Rose adalah seorang yang baik hati dan lemah lembut... Kami kenal sejak aku mula bekerja di syarikat sekarang dan sejak 10 tahun yang lepas kami menjadi rapat ibarat sebuah keluarga... Aku menghargai apa yang telah Kak Rose berikan dan lakukan selama ini dan semestinya aku rasa terhutang budi padanya... Selalu juga Kak Rose menjadi bahan rujuk aku jika aku berada didalam dilema atau sekadar ingin bercerita dan melepaskan apa yang dirasa di dalam hati...

Semoga Allah sentiasa melimpahi rahmat dan hidayah kepada Kak Rose... Semoga segala pintu rezeki dibuka kepadanya sempena hari kelahirannya ini dan dia dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, Insya Allah...


Photobucket
My dear friend, Maria...

Maria adalah teman yang sangat baik... Jarang aku jumpa seorang teman yang sentiasa mengambil berat akan rakan-rakannya... Kalau ada pun, dua tiga kerat je... Bagi aku, sepanjang aku mengenali Maria dan berkawan dengannya, aku tidak pernah menghadapi masalah atau rasa tidak selesa... In fact, selalu juga kami melakukan aktiviti bersama rakan-rakan yang lain... Dia seorang yang sangat rajin, bertanggungjawab, boleh diharap dan boleh dipercayai... Jika ada apa-apa event, aku cukup suka untuk melantiknya untuk menguruskan event tersebut sebab aku cukup percaya, dia pasti akan melakukannya bersungguh-sungguh... Kalau nak cakap mengenai hasil kerjanya, memang first class... Memang sangat-sangat memuaskan dan aku memberikan A+ untuk setiap hasil kerjanya...

Dia juga merupakan seorang teman yang sangat dipercayai, sangat ambil berat dan sangat peka kepada keadaan sekeliling dan rakan-rakannya... Dari pengamatan aku, dia cukup rapat dengan ramai orang... Ramai yang suka berkawan dengannya kerana keikhlasannya... Aku rasa, itu yang membuatkan dia cukup istimewa sebagai seorang rakan... Dia juga jenis tidak berkira dan sentiasa memberi sokongan yang penuh pada aku dan rakan-rakan yang lain... Jauh disudut hati, aku rasa cukup bertuah kerana dapat mengenali dan menjadi rakannya...

Doaku, semoga Allah sentiasa mengurniakan setiap kemanisan dalam hidupnya; dilimpahi rahmat dan hidayah; dikurniakan rezeki yang tiada hentinya dan dikurniakan kesihatan dan kegembiraan sepanjang masa... Amin...

Thanks for everything dan selamat hari lahir buat kalian berdua...........


Nota kaki:-
Bulan September ni, cukup ramai rakan-rakan aku menyambut hari lahir... Aku intai kalendar aku, berderet-deret nama mereka terpampang... Tak apa, bila tiba masanya, pasti aku akan mengucapkan Selamat Hari Lahir buat mereka semua... Insya Allah...


Thursday, 11 September 2008

Buat insan yang paling istimewa dalam hidup aku... Insan yang paling aku cintai dan sayangi... Buat Mama ku, "Selamat Hari Lahir" yang ke-54 tahun... Semoga Allah mengurniakan kesihatan kepada Mama hendaknya...


Photobucket Image Hosting

Dia lah satu-satunya permata hati aku... Aku tidak boleh bayangkan, hidupku tanpa dirinya... Memang sejak aku dilahirkan, dialah insan yang paling rapat denganku... Aku membesar dengan tangannya... Apa sahaja yang berlaku, dia pasti bersama... Bila aku menghadapi masalah, bila aku bersedih, dia sentiasa berada disisi... Sehingga adakalanya aku berasa takut, dia datang memelukku... Aku rasa selamat dan tenang bila berada didalam dakapannya...

Sebab itu, apa sahaja yang aku buat dan lakukan setiap hari, aku tidak pernah melupakannya apatah lagi membelakanginya... Aku sentiasa teringat akan dirinya dan ini sedikit sebanyak memberikan aku semangat untuk terus melakukan sesuatu... Apabila aku memerlukan apa-apa, dia tanpa rasa keberatan atau mengeluh terus memberikan kepada aku biarpun dirinya mempunyai masalah... Apa sahaja, demi anaknya ini...

Itulah kasih Mamaku... Kasih yang aku tidak dapat lupakan sehingga keakhir hayatku... Aku terhutang budi padanya dan aku tidak tahu bagaimana harus aku membalasnya... Hanya dengan layanan terbaik dan memenuhi kehendaknya sahaja yang mampu aku lakukan... Kadangkala aku cukup takut, aku cukup bimbang kalau-kalau Mama jatuh sakit... Aku jadi tidak tentu hala jika dia terlantar diatas katil dengan keadaan lesu tidak berdaya... Aku jadi sedih dan aku tidak sanggup melihatnya begitu... Aku berdoa kepada Allah SWT supaya mengurniakan kesihatan yang baik kepadanya...

Biarlah... Aku tidak pernah kesah dan hirau kalau orang menggelarkan aku 'anak emak'... Dah besar panjang pun masih lagi nak duduk bawah ketiak mak... Ahhh.... Aku peduli ape... Bagi aku, lagi elok aku duduk bawah ketiak mak aku dari aku duduk bersepah entah kat mana-mana... Sekurang-kurangnya, aku jaga mak aku dari apa-apa kejadian yang tidak diingini...

Itulah, susah sebenarnya perempuan nak kahwin dengan aku ni... Dia harus menerima aku dan yang paling penting sekali, dia kena terima Mama aku kerana dalam apa jua keadaan, aku tidak akan tinggalkan Mama aku sendirian... Aku akan jaga dia sehingga keakhir hayatnya kerana itu sahaja cara aku untuk membalas jasa dan pengorbanannya selama ini kepada aku...

Selamat Hari Lahir, Mama.... I Love You So Much!


Nota kaki:-
Tiada apa yang diminta, cuma kasih anak kepada ibunya sempena hari lahirnya ini... Sekali lagi, air mataku jatuh berderai bila kata-kata itu dilafazkan oleh Mama sebentar tadi...

Saturday, 19 July 2008

Seawal jam 6.00 pagi, aku sudah bangkit dari tidur... Mengikut perancangan dan janji yang telah dibuat bersama beberapa rakan yang lain, hari ini aku akan menghabiskan masa seharian berehat dan berjalan di pusat peranginan yang terkenal di tahah air; mana lagi kalau bukan Genting Highlands...

Rasa teruja nak kesana kerana kali terakhir aku menjejakkan kaki di tanah tinggi itu ketika aku dibangku sekolah rendah!... Tak silap aku, waktu itu aku darjah 3 atau 4... Aku tak ingat sangat... Waktu itu, Pak Usu aku yang bawak bersama keluarganya menaiki kereta Datsun 120Y... Bayangkanlah, kereta lama mendaki bukit yang tinggi dan curam itu... Pulak tu, dalam kereta tu bukan sorang dua... Mahu 6-7 orang yang terdiri dari org dewasa dan kanak2... Memang slow dan aku cukup takut kalau2 kereta tu tak larat atau tergostan kebelakang sebab berat sangat... Tapi alhamdulillah, kami dapat sampai diatas... Hehehehe...

Lama giler aku tak pergi tempat ni dan aku dapat rasakan, tempat ini telah banyak berubah... Kalau dulu, tak ramai orang pergi, sekarang tempat ni dah jadi macam "KLCC" kedua; penuh dengan umat manusia terutamanya pelancong2 dari luar... Aku rasa, tarikan tempat ini membuatkan ramai yang ingin berkunjung especially kaum bukan Islam seperti Cina dan lain2 untuk bergembira dan berjudi... Terdapat kasino dan taman tema yang sungguh menyeronokkan disamping tarikan lain...

Kami bertolak dari Kuala Lumpur pada pukul 10.00 pagi menyusuri Lebuhraya Karak... Sebelum tu, aku dan rakan2 yang lain sempat menyediakan bekal untuk dibawa kesana... Maklumlah, nak beli makanan kat atas ni bukannya murah!... Mahal giler... Pulak tu, ni dah tengah bulan, so kalau nak mengelakkan poket kering, bawaklah makanan dari rumah untuk alas perut disana... Kira macam potluck jugakla... Aku masak mee hoon goreng, ada yang buat sandwich, bawak cekodok dan nugget serta sosej... Pada asalnya, ada 3 orang bujang termasuk aku dan sebuah keluarga turut serta dalam aktiviti kali ini... Kemudian, ada sebuah lagi keluarga joint kami selepas waktu makan... Bila dah berkumpul tu, jadi ramai dan nampak meriah sangat!...

Ketika kami sampai, kabus tebal menyelubungi kawasan sekitar... Keadaan gelap seolah-olah nak hujan... Sebenarnya, cuaca sejuk dan berkabus; bukannya hujan... Aku tak pasti berapa suhu ketika itu, tetapi bila kami sampai dan nak masuk taman tema, terasa sejuk sangat... Nasib baik baju yang aku pakai agak tebal... Jadi, rasa panasla sikit... Kalau tak, aku carikla sape2 untuk aku peluk.... **Wakakakakakakakaka....

Bila dah sampai, perangai kebudak-budakkan mula timbul... Bila tengok ada banyak permainan, mula lah nak mencuba... Nak main itulah, nak main inilah... Hampir kesemua permainan boleh dikatakan menarik dan mesti dicuba... Ada banyak permainan baru dan permainan lama disitu... Tapi tulah, aku tak sempat nak cuba semua sebab terlalu ramai sangat orang beratur nak main... So, at last aku cuma main permainan yang jarang orang nak main je... Hehehe....

Bila dah penat dan perut lapar, kami berhenti seketika untuk berehat dan menikmati hidangan yang telah dibawa dari rumah... Kalau asyik main aje tapi tak makan, nanti pengsan pulak... So, masing2 membawa keluar bekal yang dibawa dan aku cukup terkejut sebab ada banyak sangat makanan... Rasa macam pergi picnic kat tepi pantai pulak!... Ada mee hoon goreng, sandwich, cekodok, nugget & sosej, pau, apam balik, murtabak daging dan sebagainya... Memang meriah sungguh meja makan kami... Itulah, kalau dah potluck, kita tak sedar ada macam2 makanan akan terhidang diatas meja... Nasib baik tak semua yang pergi, kalau tak, mesti dah jadi macam 'family day'... Hehehehehe....

Aku tergamam sebentar apabila mereka membuka satu kotak yang berisi kek harijadi...

"Haaaaa........ Alamakkkk... Dorang nak celebrate birthday aku la.... Seronoknya.....", hatiku berbisik...

Rasa malu pun ada sebab dah tua2 bangka pun nak celebrate birthday... Hehehee.. Pulak tu, kat tempat ramai orang lak tu... Nasib baik takde orang nampak... Hehehehe.... Aku dah lama tak celebrate birthday kat luar... Kalau ada pun, sekadar makan2 je... Takde la sampai nak potong2 kek ni... Lagipun, birthday aku dah lama berlalu dan rasa segan lak sebab celebrate kemudian... Tapi aku rasa cukup terharu, cukup bertuah dan berterima kasih sebab kawan2 aku ni ingat birthday aku... Terima kasih yang tidak terhingga ye semua untuk kejutan ini...

Next time around, aku pulak akan buat kejutan untuk korang... Tunggu jelah nanti, tau la ape aku nak buat............. Hehehehe.........


Dalam kenangan:-

Photobucket


Photobucket
My travelling companion...


Photobucket
Inilah antara mereka2 yang turut serta... Kesemuanya rakan sekerja aku bersama keluarga masing2...


Photobucket
Rasa macam kat London pulak... Hehehehe... Sejuk giler masa ni!!!...


Photobucket
Kanak2 riang sedang bermain "Mary Go Round".... Tu ada baby tua atas unta.... Hehehe...


Photobucket
Aku pun tak ketinggalan gak nak main... Padahal benda alah tu, aku tak muat... Terkeluar kedua-dua kaki aku... Hehehehe...


Photobucket
Kak Alinur & Kak Pijah... Masing2 tengah control nafas... Takut benda tu tak nak naik... Hehehehe


Photobucket
Aisyah - anak Kak Keenah dan Wais - anak Kak Ana... Tengah seronok naik Space Shot budak2...


Photobucket
Aku sewaktu menaiki Pirate Ship... Game ni macam main buaian, tapi tinggi giler benda ni hayun... Rasa geli2 perut aku... Hehehe


Photobucket
Aisyah dan Wais... Suka bebenor dorang nih... Sampai berulang-ulang naik!...


Photobucket
Anak memang tengah seronok, ngan mak2 skali lepas geram... Kak Keenah & Aisyah


Photobucket


Photobucket
One Happy Family on the boat... Keluarga Kak Keenah naik sampan...


Photobucket
Amboiii... Dah penat sangat, mak jadik mangsa... Sedapnya 'bantal peluk' nih... Hehehee...




The Two Princess...

Photobucket
Baby Damia... Anak Kak Ana...


Photobucket
Aisyah... Anak Kak Keenah... Memang comel dia ni, malu2 tapi mahu... Hehehe...




The Celebration... Thank you everyone!...

Photobucket


Photobucket


Photobucket
Celebration for both, me and Kak Ana's husband - Abg Zaidi... We both are Cancerians...


Photobucket




Model Sambilan.... Hehehee....

Photobucket
Pose with First World Hotel... Kaler2 tul hotel ni...


Photobucket


Photobucket
Posing kejap lah... Hehehe..


Photobucket
Kak Alinur dan maskotnya... Hehehe...




Antara game yang ada....

Photobucket
Game nie best tapi aku tak dpt naik... Rasa macam terbang aje...


Photobucket
Waktu tengah kabus tebal... Waktu ni rasa gerun sikit sebab tak nampak ape kat depan...


Photobucket
Corkscrew... Best giler!!!!..


Photobucket
Go-Kart... Ermmm... Kureng sikit sebab rasa macam naik atas mesin rumput, pastu jalan... Slow!... Bunyi pun dah dekat2 sama macam mesin rumput gak... Hehehe


Photobucket
Flying Coaster... Yang ni pun best tapi aku tak berpeluang naik... Aku dengar cite, pernah ade orang mati bila naik ni... Kene sakit jantung kot...


Photobucket
Cyclone.. First roller coaster in Malaysia... Dulu, masa aku kecik2, naik benda ni...



Nota kaki: -
Ape nak jadi ngan aku ni... Hujung bulan, ada exam!... Sempat lagi nak pi enjoy... Buku belum abis baca.... :)

Monday, 7 July 2008

Aku terkejut bila mak aku menghulurkan satu kotak berwarna hitam kepadaku beberapa hari yang lepas... Aku bertanya padanya, apa isi kandung kotak ini dan untuk apa ianya diberikan kepadaku?

Seraya mak aku berkata, "Hadiah dari adikmu... Terimalah....."

Aku tergamam... Fikiranku melayang sejenak... Mengapa tiba2 aku menerima hadiah dari adikku?... Apa, mimpikah dia?

Rupanya dia ingat akan tarikh bersejarah dalam hidupku... Memang aku sengaja tidak mahu kepoh2... Memang sengaja aku diamkan hari itu agar orang lain juga tidak mengetahuinya... Biarlah aku seorang sahaja yang mengingatinya...

Photobucket
Tali leher mahal pemberian adik bongsu aku... Terima kasih yang tidak terhingga...

Namun, ramai juga yang mengingatinya... Malah ada diantara sahabat aku tidak jemu menghantar sms dan ucapan kepadaku... Aku rasa terharu kerana walaupun aku tiada di hadapan mereka, mereka masih mengingati diriku ini... Terima kasih semua!!...

Adikku ini masih lagi bersekolah... Masih lagi dibawah tanggungan ibubapaku... Segala duit belanja dia di universiti dibiayai oleh abah dan PTPTN... Jadi, mana mungkin dia dapat memberikan hadiah mahal untukku?

Aku buka kotak itu, alangkah terkejutnya aku apabila melihat sehelai tali leher berwarna biru bercorak selang kehitaman dan keorenan terlipat kemas didalamnya... Aku tarik keluar dan mengenakannya di dadaku... Betapa seronoknya aku menerima pemberian ini!!...

Aku rasa terharu kerana adikku tahu apa yang aku inginkan selama ini... Aku rasa bersyukur dan berterima kasih kepadanya kerana sanggup bersusah payah menghadiahkan aku tali leher ini... Sebenarnya, aku tidak mengharapkan apa2 dari setiap ahli keluarga aku... Cukuplah sekadar mereka ingat akan hari bersejarah aku ini... Itu sudah memadai... Rasa serba salah juga sebab dia masih lagi belajar dan tidak bekerja... Kadang2, duit belanja dia pun, aku yang bagi...

Tuesday, 11 September 2007

Hari ini, adalah hari lahir mak aku... Sebenarnya, pagi tadi aku dah wish dah... Kira, dalam keluarga aku, akulah orang pertama yang ucap "Selamat Hari Lahir"... Mak aku cuma senyum dan cakap terima kasih... But again, aku rasa macam tak puas hati... Kalau sebelum ni, ramai orang meraikan birthday aku, but for my mum, takde siape pun nak merayakannya... Terbit rasa sayu dan sedih dihati tatkala mengenangkan pengorbanan seorang ibu kepada anak2 nya... Dia tak pernah meminta apa2 cuma kebahagiaan dan keselesaan anak2 adalah matlamat utama biarpun dia terpaksa bergolok bergadai mengharungi perit getir berseorangan... Jadi, balik dari pejabat tadi... Aku singgah kedai kek... Saje aku nak beli sebiji kek dan celebrate birthday mak aku... Dia tak tahu pun perancangan ni... Aku pun tak plan tapi aku tetap nak buat sebagai tanda aku mengingati hari kelahiran dia dan terima kasih aku selama ini kerana telah menjaga aku sehingga sekarang... Sampai aje kat umah, aku hulurkan kek tu pada dia sambil cakap "Happy Birthday"... Alangkah terkejutnya dia waktu itu... Lantas dia terus memeluk dan mencium aku... Rasa terharu kerana mak aku begitu suka dengan apa yang aku buat walaupun ianya satu perkara yang kecil... Kami takde celebrate dengan makan2 ke ape... Adik bawah aku ade kat UiTM, tak boleh balik... Kakak aku pulak sibuk gie mesyuarat UMNO cawangan... Tinggal aku ngan adik aku yang kecik sekali kat umah.... Abah dah lama tidur dibuai mimpi.... Jadi, acara kami cuma memotong dan memakan kek ajelah... Biarpun ringkas, tapi cukup bermakna! "Selamat Hari Lahir, Mama"....
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kek khas untuk mak aku... Takde tulis2 pun.. simple je...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Saturday, 14 July 2007

Arrrrrgghhhhhhhhhhh.... Aku dah lewat! Jarum jam menunjukkan pukul 7.55 malam... Tanpa berlengah, dengan pantas aku capai tuala dan terus masuk ke bilik air... Mandi dan mengambil wudu'... Solat Maghrib belum ku tunaikan lagi... Nasib baik aku tak sangkut lama diatas jalan... Kalau tak, alamatnya tinggallah Maghrib aku... Nauzubillah!... Aku ada temu janji dengan budak2 laki office aku... Nak pergi celebrate sempena birthday aku minggu lepas... Walaupun dah due, tapi tetap dia orang nak sambut gak... Aku OK je...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Actually, janji pukul 7.00 malam tapi memandangkan aku ade banyak sangat hal, tu yang jadi lambat... Dengan jalan jam lagi... Tak boleh nak buat ape dah... Aku keluar dari rumah pun dah pukul 8.30 malam... Terus drive ke Yow Chuan Plaza... Mereka semua tunggu aku kat sana...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Dari apa yang aku tahu, dia orang ni nak melalak dulu... So, KTV dah book awal awal by one of them... Setelah selesai, baru gie makan... Sebelum2 ni, gie makan dulu baru gie melalak... Kali ni aje dia orang ubah arrangement... Aku; as usual bila dah lambat, just masuk ajelah room tu... Waktu pun dah nak habis... Cuma tinggal beberapa lagu aje... Finale nya, aku nyanyi lagu untuk dia orang... Ingatkan tak nak nyanyi tapi disebabkan dia orang semua merayu rayu suruh nyanyi, aku pun nyanyilah... Tok sah cakap pasal suara sebab aku bukannye pandai nyanyi sangat... :)
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Before keluar, sempat lagi bukak hadiah! Thanks guys for the lovely gifts... Rasa terharu dan appreciate sangat! Yang bestnye, aku dapat Parkson voucher worth RM100... Ermmm, dalam kepala otak aku, terfikir... "aku nak beli ape ye dengan voucher ni? Kalau ikutkan, banyak betul barang aku nak beli..." Heheheheeeeeeeee :)
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Majlis diteruskan dengan aktiviti melantak pulak... Tapi venuenya ditempat lain... So, aku kene bawak kereta menuju ke Johan Tomyam, Kampung Baru... Dah lama aku tak pergi tempat ni! Kali terakhir aku sampai sini 3 bulan yang lepas... Tu pun pi makan nasi lemak dekat ngan stadium tu...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Bila dah kenyang, kami berbual bual dan bersantai... Pukul 12 lebih baru balik rumah... Penat gakla...

Friday, 13 July 2007

Aku rasa terharu... Rasa bersyukur dan berterima kasih pada mereka2 yang mengingati hari lahirku... Walaupun ianya sudah seminggu berlalu, kemeriahan dan keseronokan tetap dirasai...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Actually, ada beberapa majlis telah dan bakal dianjurkan oleh kawan2 aku kat office... Pada mulanya, aku tak tahu apa2 sebab perancangan aku, aku nak buat2 lupa... Malulah, dah tua bangka nak celebrate birthday! Sebab tu this year, aku buat planning untuk 'menjauhkan' diri dari mereka2 semua... Dengan sengaja aku apply cuti panjang dan pergi jauh2... Kebetulan, kawan aku pulak kahwin kat Kota Bharu... At least, adalah alasan nak escape... Heheheheeeeee...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Terima kasih kepada Maria, Yvonne, Loke dan Kak Rynn... Dia orang nie semua merupakan rakan sepejabat yang rapat dengan aku... Tambahan pula, masa study dulu, kami dalam satu kelas yang sama... That time, I was their class monitor... Thanks girls for the 'party' and present...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
This year, aku dapat hadiah istimewa! Aku dapat neck tie dan cuff-link dari dia orang ni... Aku suka sangat neck tie nie... Kaler maroon! One of my favourite colour... Dia orang pulak suruh aku terus pakai... Rasa sayang pulak...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Disamping tu, aku dapat hadiah dari Kak Rose, kakak kat office aku ni... Aku ngan dia quite close jugak... Something small tapi very nice! Aku suka sangat gift yang dia bagi... Tak expect pun dia nak bagi benda tu... Dia bagi aku handphone stripe yang ade tulis nama aku... Siap ada batu2 permata lagi... Cantik! Kalau budak2 perempuan, suka sangat ngan benda2 macam ni... Aku pun suka sebab nampak exclusive... Yang penting dan mahal sebab nama aku kat situ... Heheeheeee...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Malam karang, ade satu lagi majlis dengan bebudak laki office aku... Entah kali ni dia orang nak bagi surprise ape lak... :)
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.