Thursday 31 August 2006

Assalamualaikum...

Hari ini cuti umum sempena hari kemerdekaan... Memandangkan cuti cuma sehari sahaja dan keesokan harinya aku harus masuk semula kepejabat, aku membuat keputusan untuk tidak kemana mana... Tambahan pula, penat sewaktu perjalanan pulang dari Johor Bahru masih tidak hilang lagi...

Photobucket - Video and Image Hosting

Semasa aku membelek siaran TV, aku perasan ada beberapa perubahan yang ketara dilakukan oleh syarikat penyiar berbayar yang aku langgan ni... Apa lagi kalau bukan ASTRO... Bila aku amati, macam banyak saja 'channel' ni... Rupanya ASTRO telah menambahkan saluran rancangannya... Wow!! Seronoklah macam ni... Antara yang menarik ialah siaran ASTRO Aruna dimana cerita cerita khas dari negara jiran (Indon) disiarkan... Aku kureng sikit kalau tengok cerita Indon ni tapi kakak aku memang giler cite2 macam ni... Kadang2 sampai berebut rebut 'remote control' tu... Andaikata kalau dia dapat dulu, aku tak pilihan, layan ajelah... Kadang2 bukan semuanya cerita teruk, ada juga yang kelakar....

Yang paling best ialah 'channel' kegeramaran aku... Apalagi kalau bukan kartun! Kalian jangan gelak lak ye... Aku ni walaupun dah besau panjang, masih lagi minat kartun... Tapi tak delah giler sampai mana2 pergi pun cakap pasal kartun... Entah kenapa aku memang minat... Tak kisah le kartun apa, aku layan saja... Aku rasa, kebanyakkan budak laki pun macam ni kot... Kat ASTRO, selain dari Disney Channel dan Nikelodeon, ade satu lagi siaran khas kartun telah ditambah iaitu ASTRO Animax!!

Photobucket - Video and Image Hosting

Haa... kalau ade yang minat anime, boleh le langgan... Buat sementara waktu ni, ASTRO bagi 'free' aje.. Kira 'intro'lah... Nanti, tak silap aku, lepas sebulan kot, dia akan tutup dan pelanggan kenalah call dan 'subscribe' siaran tu... Harganya aku tak pasti... mungkin RM 19.90 kot...

So ape lagi.. Jom kita reramai tengok kartun... Aku bila dah ada Animax nie, boleh kata setiap masa kat umah aku dok depan TV... Sampai kena marah dengan mak bapak aku... Heheheheee.. Mana taknya, asal aku nak tutup aje, ada saja cerita baru... Kebelakangan ni, aku tengok Dragon Ball... Nanti aku nak tengok Naruto lak... Tak tahu ada ke idak...
P/s:-Acai and the gang... Jom arr nengok... Kat umah kalian, ade ASTRO tak???... Hehehehee....

Wednesday 30 August 2006

Assalamualaikum...

Seronoknya aku kerana tinggal beberapa minit saja lagi negara kita, Malaysia akan meraikan ulangtahun kemerdekaannya yang ke-49! Sedar atau tidak, hampir setengah abad kita sudah merdeka dan hidup dalam keadaan aman dan damai...

Photobucket - Video and Image Hosting

Aku memanjatkan doa kepada Allah SWT dan bersyukur kerana telah mengurniakan keamanan kepada negaraku ini... Setiap bangsa didalam negara kita bebas bergerak kemana sahaja, melakukan apa sahaja (mengikut lunas undang undang) tanpa berasa takut takut... Jika dahulu, sewaktu zaman nenek moyang kita, sukar untuk kita bergerak kesana sini, tetapi sekarang... kita tidak mempunyai apa apa masalah...

Photobucket - Video and Image Hosting

Zaman sebelum kemerdekaan, semuanya dikawal... Semuanya dikekang... Nak makan pun payah! Aku dapat bayangkan betapa teruknya kehidupan ketika itu... Makan cuma ubi kayu sahaja... Nak dapatkan beras, jangan harap!! Tapi sekarang, tengok kita semua... nak makan apa sahaja, boleh dapat... Pergi saja ke kedai, pergi saja ke restoran... minta dan pesan, terus dapat...

Dulu, hendak memiliki harta, jangan haraplah... Semuanya tak boleh... Yang kaya cuma penjajah... Orang kita, apa yang ada? Semuanya disekat dan dikawal malah dikerah segala tenaga bekerja untuk mereka... Bila aku baca buku sejarah, hatiku memberontak! Marah dan bengang dengan cara orang putih dan Jepun mentadbir negara kita... Kalau hendak aku huraikan, memang nanti menimbulkan pelbagai isu... Aku yakin, kalian tahu apa yang aku maksudkan... Memang patut pun kita berjuang mempertahankan maruah bangsa dan negara...

Photobucket - Video and Image Hosting

Aku bersyukur dan amat berterima kasih kepada mereka mereka yang bermati matian mempertahankan negara diwaktu itu... Tanpa mereka, kita tidak mungkin dapat mengecapi keamanan seperti sekarang... Tanpa mereka juga, kita menjadi bangsa yang pengecut... Kadangkala aku terfikir, aku bersimpati dengan sesetengah negara didunia... Walaupun kita telah melangkah ke era kemodenan, mereka masih lagi berperang dan bunuh membunuh sesama sendiri... Lihatlah negara2 Asia Barat... Pergolakan dan peperangan berlaku disana sini... Setiap hari pasti kita akan terima berita2 yang menyedihkan... Entah bila semuanya akan berakhir...

Photobucket - Video and Image Hosting

Bila aku kenangkan semua ini, aku jadi insaf... Aku bersyukur kerana dilahirkan dibumi bertuah ini... Jauh dari segala sengketa dan bencana manusia... Walaupun begitu, hatiku tetap risau juga... Sekarang, aku dapat lihat anak anak muda kita walaupun sudah merdeka, mereka masih lagi 'dijajah'... Budaya dan cara hidup mereka telah banyak berubah... Aku bukannya ingin mengomel ataupun mengata, cuma apa yang aku utarakan ini adalah berdasarkan fakta dan apa yang berlaku dihadapan kita... Kalian pun tahu... Orang sekarang banyak mengagungkan budaya barat... Cara hidup dan sosial ala kebaratan... Tidak kiralah dari segi apa pun... Anak muda kita lebih cenderung meniru ideologi barat seperti cara berpakaian dan sebagainya... Adakah ini identiti Malaysia yang kita cari selama ini? Adakah ini yang kita katakan sebagai merdeka? Ya, mungkin merdeka pada zahir (luaran) sahaja tapi tidak dalaman... Secara halus, minda dan cara kita masih lagi dijajah...

Apa apa pun, aku tidak pernah dan tidak putus berdoa agar kita sentiasa diselamatkan dari anasir anasir yang tidak baik yang boleh menganggu gugat keamanan negara kita... Walaupun sekarang ini aku dengar dan terima pelbagai berita yang tidak sedap didengar, aku berharap ianya tidak akan menjadi kenyataan... Kepada mereka yang membaca coretanku ini, aku mohon maaf jika ada yang terasa... Aku bercakap berdasarkan apa yang aku rasakan benar... Tiada niat untuk menyinggung perasaan mana mana pihak... Aku pun manusia biasa... Sentiasa melakukan kesilapan dalam kehidupan seharian... Seeloknya kita saling menegur antara satu sama lain supaya ukhwah yang terbina sentiasa kekal diantara kita...

Salam merdeka buat semua pembaca blog saya!

Tuesday 29 August 2006

Sudah 2 hari aku tak jenguk tempat duduk aku... Dan sudah 2 hari juga aku tinggalkan segala galanya kerana tugas luar yang perlu aku selesaikan... Sekarang, semua telah selesai dan aku kembali kedunia asalku...

Photobucket - Video and Image Hosting

Dunia yang sibuk, tiada masa untuk berhenti dan berehat... Semuanya perlu berjalan tanpa henti... Pengurus aku pulak, tidak habis habis mencari dan memanggil aku... Ada saja yang hendak disuruhnya... Aku pun, tanpa banyak karenah, mengikut saja arahannya... Siapalah aku ingin membangkang dan melawan? Kerja pun makan gaji... Lainlah kalau syarikat ini aku yang punya... Boleh aku buat sesuka hati aku... Heheheheee....

Kadang kala aku terfikir, sampai bila aku ingin jadi begini? Sampai bila aku ingin kerja makan gaji? Aku pernah berbual dengan seorang kakak yang aku kenali dalam dunia blogging ni... Dulu dia pun kerja makan gaji juga... Tapi alhamdulillah, berkat usaha dia yang gigih, dia berjaya membuka agensi pelancongannya sendiri... Wah!! Aku kagum dengan dirinya... Sekarang sudah boleh bersenang lenang hasil dari titik peluh sendiri... Kan alangkah seronoknya jika aku dapat buat begitu...

Nak buka perniagaan sendiri bukan senang!... Tambahan pula ia memerlukan modal yang banyak dan yang paling utama, tidak boleh malas!... Jatuh bangun, semua kena tanggung sendiri... Berhadapan dengan risiko dan masalah, semuanya atas penilaian sendiri... Bersediakah aku untuk mengharungi semua itu? Bolehkah aku mengharungi pahit getir bila menceburkan diri dalam dunia usahawan?

Aku sentiasa ingat pesan kakak ini dan kawan2 aku yang lain, apa pun yang kita lakukan, mestilah dimulakan dengan bismillah... Hati haruslah bersih dan ikhlas bila melakukan sesuatu pekerjaan... Ermm... Insya Allah, akanku pegang kata kata ini dan Insya Allah, bila tiba masanya, aku akan usahakan... Buat masa ini, banyak lagi yang perlu aku pelajari dan cari...

Terima kasih kepada akak dan rakan rakan atas sokongan kalian!! Kalian banyak memberi semangat ketika aku membuka lembaran baru...

Monday 28 August 2006

Tepat jam 7.00 pagi tadi, aku dan rakan rakan tiba di Stesen Sentral Kuala Lumpur selepas mengharungi perjalanan jauh selama 8 jam dari Johor Bahru... Semua ini aku lakukan semata mata ingin memenuhi semangat juang dan menyokong rakan rakanku yang bertanding dalam kejohanan sukan dalaman anjuran jawatankuasa induk (mother company) syarikat aku...

Seronok juga kerana segala pengalaman dapat aku kecapi semasa berada disana... Walaupun aku tidak mewakili syarikat aku dalam mana mana permainan, tetapi semangat dan perasaan itu tetap hadir dalam hatiku... Entah kenapa, aku jadi terlalu berkobar kobar... Bayangkan, orang lain yang bertanding, aku pulak yang jadi tak tentu arah... Mungkin kerana amanat dan tanggungjawab yang telah diberikan kepadaku membuatkan aku jadi begini...

Photobucket - Video and Image Hosting

Aku dihantar oleh pihak syarikat sebagai wakil urusetia pasukan dari syarikat aku... Segala pengurusan dan kebajikan peserta adalah dibawah tanggungjawab aku dan beberapa rakan yang lain... Jadi, aku kena pastikan segalanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah...

Photobucket - Video and Image Hosting

Kami bertolak menuju ke Johor Bahru (tempat dimana berlangsungnya kejohanan tersebut) menaiki perkhidmatan keretapi... Satu satunya perkhidmatan rel yang disediakan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)... Memandangkan jadual kejohanan akan bermula pada hari Sabtu, ketua kontingen kami telah memutuskan untuk bertolak awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan... Maklumlah, naik keretapi ni bukan macam naik kapal terbang... Pasti ada masalah seperti kelewatan dan sebagainya... Kami berkumpul di Stesen Sentral pada pukul 10.00 malam, hari Khamis yang lepas... Kelihatan begitu ramai umat manusia di stesen tersebut memandangkan orang awam mengambil keputusan untuk pulang lewat selepas bandaraya Kuala Lumpur disirami hujan yang amat lebat... Tidak silap aku, banjir kilat berlaku disana sini waktu itu... Ramai yang terperangkap didalam kesesakan jalanraya...

Photobucket - Video and Image Hosting

Sebelum bertolak, kami sempat menjamu selera dan menikmati makan malam di restoran Chicken Rice Shop... Yelah, selepas ini nak jalan jauh... Eloklah perut di isi terlebih dahulu... Didalam tren, memang disediakan makanan tetapi seperti biasa, harga makanan bukannya murah... Kalian pun pernah naik AirAsia kan? Lebih kurang begitulah harganya... Tambahan pula, kita tidak akan dapat makanan seperti nasi goreng dan sebagainya... Kebanyakkan makanan tu pun makanan segera...

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Bila semuanya telah tiba, kami memulakan perjalanan dengan 'coach' Ekspres Senandung Malam; Kuala Lumpur - Singapura yang bertolak pada pukul 11.30 malam... Aku dan rakan rakan agak terkejut kerana tren penuh hari ini... Seolah olah orang ramai ingin pulang ke kampung untuk berhari raya... Agaknya, beginilah keadaan bila tiba musim perayaan ye?.. Nasib baik gerabak dan tempat duduk banyak... Tak lah risau sangat... Perjalanan memakan masa selama 7 jam dari Kuala Lumpur sungguh mengasyikkan... Bagi aku dan mungkin juga yang lain, tidaklah terasa lama sangat sebab sempat melelapkan mata... Walaupun kurang selesa, dan tidur dalam keadaan yang bergoncang, namun kerana kepenatan selepas bekerja seharian, kenalah juga tutup mata... Tren pula tidak terus bergerak ke Johor Bahru, malah berhenti di setiap stesen besar seperti Seremban, Gemas, dan sebagainya... Paling lama, di Gemas dimana aku diberitahu dekat sini penumpang yang ingin ke pantai timur akan turun dan bertukar ke gerabak yang bertentangan... Agak mencabar juga ye menaiki tren ni?...

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Kami tiba di Johor Bahru pada pukul 6.00 pagi dan dalam keadaan muka sembab2 tu, kami berjalan keluar dari stesen keretapi menuju ke kedai mamak berhampiran untuk sarapan pagi... Berangkutlah masing masing dengan beg beg yang boleh tahan besarnya... Penduduk disekitar bandar Johor Bahru hanya melihat sahaja gelagat kami sekumpulan... Mesti mereka terfikir, dari manalah mereka ni semua datang? Tambahan pula, hari itu hari Jumaat dan masih lagi hari orang bekerja! Jadi bayangkanlah keadaan jalan disekitar stesen keretapi dan pusat bandar tersebut... Kalau aku nak bandingkan antara Kuala Lumpur dan Johor Bahru, sesak lagi Johor Bahru... Mungkin kerana ramai penduduk disini bekerja di Singapura... Seawal jam 6.00 pagi, berderet deret kereta dan motorsikal masuk ke Tambak Johor menuju ke Singapura... Memang kalau kita nak melintas jalan, tidak ada peluang langsung kerana kenderaan tidak putus dan tidak berhenti... Semuanya laju laju belaka!...

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Sesudah sarapan, kami tidak membuang masa... Sekali lagi berangkut segala beg menuju ke tempat menunggu teksi... Maklumlah, kami tiada pengangkutan rasmi... Semuanya kena 'chatered'... Habis 10 biji teksi kami sewa dengan kadar sewa RM 8.00 sekali perjalanan... Kelihatan semua pun keletihan dan berharap dapat cepat sampai ke hotel; nak membersihkan diri dan berehat selepas mengharungi perjalanan yang meletihkan... 'Check in' hotel pula pukul 12.00 tengahari jadi kami terpaksa ditempatkan di bilik 'temporary' dahulu sementara menanti bilik sebenar disiapkan... Bayangkanlah seramai 30 orang masuk dalam satu bilik!... Memang sempit tapi nak buat macam mana, masuk sajalah buat sementara waktu...

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Tiada pengisian istimewa hari itu kerana kebanyakkan dari kami masih lagi kepenatan... Cuma diwaktu malam, ada majlis pelancaran dan makan malam untuk semua peserta... Sementara menanti waktu yang dimaksudkan tiba, masing masing diberikan waktu dan ruang untuk membuat aktiviti sendiri... Majlis pelancaran yang berlangsung agak meriah dengan persembahan dan tarian dari pelajar sekolah rendah... Kami disajikan dengan hidangan ala Melayu tradisional sambil dihiburkan dengan tarian yang terkenal di negeri Johor iaitu zapin... Rasa seronok dan ingin menari saja dengan penari2 kecil molek tersebut...

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Keesokkan harinya (Sabtu, 26 Ogos 2006), cabaran aku dan rakan rakan bermula... Hari ini, kesemua permainan akan berlangsung... Aku mulakan tugas dengan harapan agar kami dapat memberikan saingan kepada pihak lawan... Didewan tempat berlangsungnya kejohanan, keadaan memang agak riuh rendah dengan sorakan dan jeritan penyokong dari pelbagai kontigen... Aku dapat lihat, kebanyakkan pasukan menghantar kesemua pemain terbaik mereka untuk setiap permainan... Ada 7 permainan yang dipertandingkan iaitu batu seremban, congkak, catur, dam haji, karom, dat dan snuker... Kesemuanya menanti juara yang bakal direbut oleh pasukan yang menghantar penyertaan...

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Hati aku berdebar debar dan sentiasa tidak senang melihat pencapaian pemain pemain dari syarikat aku... Lawan mereka pula bukan calang calang orang... Kebanyakkannya juara bertahan dari tahun tahun yang lepas... Ternyata mereka bukan saingan tetapi aku sentiasa mengingatkan pemain syarikat aku supaya tidak menyerah kalah... Walau apa pun keadaan, mereka kena harungi segala rintangan dengan bersungguh sungguh...

Photobucket - Video and Image Hosting

Alhamdulillah, berkat kesungguhan dan semangat berpasukan, semua yang dirancangkan membuahkan hasil... Aku merasa bangga kerana hampir kesemua permainan, pasukan kami mara ke peringkat suku akhir... Aku bagaikan tidak percaya kerana pasukanku berjaya menumpaskan beberapa pasukan gergasi yang aku kategorikan sebagai pasukan handalan... Bukan kami saja yang terkejut malah pasukan lain pun turut sama menggaharu kepala... Mungkin sudah rezeki kami... Percubaan yang seterusnya ialah untuk mara ke peringkat separuh akhir... Seperti biasalah, pasukan aku memang kurang motivasi diri dan keyakinan... Pada mereka, mereka berfikir bahawa inilah peringkat tertinggi yang boleh mereka pergi... Tidak terlintas difikiran mereka untuk mara ke peringkat yang seterusnya dan selalunya mereka menyerah kalah... Sebagai urusetia, aku banyak memainkan peranan supaya mengubah persepsi mereka... Alhamdulillah, berkat usaha aku, semangat juang mereka kembali membara... Akhirnya, dengan izin Allah SWT, mereka semua mara ke peringkat akhir...

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Bagaikan tidak sangka, aku melompat gembira... Apa benarkah apa yang ku lihat ini? Adakah keputusan ini benar? Aku tidak percaya sama sekali... Banyak kali aku menggosok gosokkan bebola mataku apabila melihat papan markah dan kedudukan pasukan yang terkini... Seluruh pasukan aku pun ibarat bermimpi dan kagum dengan pencapaian mereka... Walaupun masih lagi berada didalam keadaan tidak percaya, namun mereka tetap gembira...

Photobucket - Video and Image Hosting

Azam mereka terus membara apabila kumpulan pemain batu seremban syarikat aku telah dinobatkan JUARA selepas mengalahkan pasukan dari cawangan Wilayah Persekutuan... Tidak terjangka kami sekumpulan kerana sebelum ini kami dianggap remeh dan kecil dimata mana mana kontigen yang bertanding... Jikalau dahulu kami hanya mampu mara sehingga keperingkat separuh akhir untuk permainan yang sama, kini kami boleh berbangga kerana berjaya menjadi JUARA dan kegembiraan ini kami kongsi bersama dengan semua peserta yang ada... Memang permainan batu seremban nampak mudah bagi sesetengah pihak tetapi jika kita bermain, kita akan dapat merasa betapa sukarnya untuk kita mengawal permainan... Ada banyak peraturan yang perlu diikut dan yang paling penting, cara kita mengawal tekanan dari penyokong yang sentiasa tidak putus putus bersorak... Sorakkan dari penyokong ini banyak mempengaruhi pemain dan selalunya mengganggu pemain untuk bermain...

Photobucket - Video and Image Hosting

Kemenangan dalam permainan batu seremban serba sedikit telah menyuntik semangat pemain lain untuk meraih kejayaan dalam permainan masing masing... Inilah semangat berpasukan yang aku mahu dan aku sentiasa tidak putus berdoa agar mereka berjaya dalam misi mereka... Sekali lagi debaran dan kerisauan aku terlerai apabila pasukan karom dan catur aku diumumkan mara keperingkat akhir... Syukur kehadrat Ilahi kerana kami masih lagi berpeluang untuk beraksi... Sebelum ini, tiada dalam sejarah kami akan bersaing diperingkat akhir... Kebanyakkan pasukan yang bertanding pun tidak menjangka kami akan mara... Biasalah, bak kata orang, "kecil kecil, cili padi..." Bila terkunyah, baru terasa pedasnya... Kesemua perlawanan akhir ditangguhkan keesokkan harinya...

Photobucket - Video and Image Hosting

Hari Ahad... (27 Ogos 2006) merupakan hari penentuan... Hari ini, perlawanan akhir untuk permainan karom, catur, congkak dan snuker akan berlangsung... Kontigen dari syarikat aku akan bertanding untuk permainan catur dan karom manakala yang lain, kami tidak berpeluang kerana kecundang kepada pihak lawan... Tambahan pula kedua dua permainan ini merupakan sandaran kerana peluang untuk menang agak cerah... Namun, rezeki tidak menyebelahi pasukan catur kontigen kami apabila terpaksa akur dengan keputusan tempat kedua... Alhamdulillah kerana mendapat tempat naib johan bukannya senang... Banyak cabaran yang perlu ditempuhi dan kebanyakkan pemain catur yang bertanding handal2 belaka...

Photobucket - Video and Image Hosting

Apa yang memeranjatkan aku ialah pasukan karom kami berjaya membenamkan pasukan lawan apabila muncul JUARA sekali lagi! Waduhhh... betapa seronok dan gembiranya aku ketika itu... Aku tidak dapat menahan kegembiraan, bersorak dan bersalaman dengan para pemain yang telah mengharumkan nama pasukan... Keadaan menjadi gamat dan riuh rendah seketika... Sukar untuk aku gambarkan keadaan waktu itu dalam penulisanku ini...

Sesudah semuanya selesai, majlis penutup berlangsung dengan suasana yang amat meriah... Majlis penyampaian hadiah berjalan sempurna... Sekali lagi hatiku dilanda gemuruh yang teramat sangat... Seolah olah ada sesuatu bakal berlaku... Rupanya, pihak penganjur akan mengumumkan keputusan juara keseluruhan kejohanan sukan dalaman kali ini... Didalam hati aku tertanya tanya, pasukan manakah yang berjaya menggondol hadiah tersebut... Selalunya, pasukan gergasi yang berada ditangga teratas dan mendapat hadiah tersebut...

Alangkah terkejut dan tergamamnya aku bila juruacara majlis mengumumkan nama syarikat aku sebagai JUARA keseluruhan!! Masya Allah!!!! Betul kah semua ini??? Bermimpikah aku ???!!! Syukur.... Aku terus melompat dan tidak semena mena menjerit kegembiraan... Tidak sedar tanganku telahpun mencecah bumbung dewan yang memang rendah... Maklumlah, aku ni tinggi orangnya... Bila keadaan gembira, lupa diri sekejap... Terlompat lompat dan terkinja kinja aku macam budak kecil.. Heheheee....

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Julung kali dalam sejarah, syarikat aku memperoleh kejayaan besar... Selama ini, tidak pernah termimpi oleh kami menyandang kejuaraan ini... Sudah menjadi lumrah, kami dipandang rendah oleh cawangan lain dan hari ini, segalanya berubah... Alhamdulillah, semua ini adalah berkat usaha dan izin dariNya juga... Aku bersyukur kerana kepayahan yang kami lalui terbalas dengan kemenangan kali ini... Syukur....

Photobucket - Video and Image Hosting

Petang sebelum pulang semula ke KL, kami diberi peluang oleh ketua kontigen untuk berehat dan bersantai sambil meraikan kejayaan... Ada diantara mereka keluar ke bandar, bersiar siar dan membeli belah... Aku?? Aku duduk didalam bilik hotel berehat kerana terlalu penat... Sudah dua hari berturut turut aku kehulu kehilir, sehingga tidak ada masa untuk berehat... Selepas semuanya selesai, barulah aku ada masa untuk diri aku... Lagipun, kalau aku nak keluar berjalan, aku tidak mempunyai idea hendak kemana... Kenderaan pun tak ada... Susah untuk aku bergerak... Johor Bahru pula bukan tempat yang sesuai untuk membeli belah... Rata rata barang barang disana agak mahal kalau hendak dibandingkan dengan KL... Mungkin kerana kos sara hidup dan gaya disana tinggi agaknya...

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Sewaktu bersiap hendak pulang, aku dikejutkan dengan berita yang kurang menyenangkan... Pihak KTMB mengumumkan ada keretapi tergelincir berhampiran stesen Air Kuning - Tampin dan kemungkinan tren akan bergerak perlahan dan tiba lambat di Johor Bahru... Bukan itu sahaja, bagi perjalanan dari arah Johor Bahru ke Kuala Lumpur, penumpang terpaksa turun di stesen Gemas dan perlu menaiki bas yang disediakan pihak KTMB ke stesen Tampin sebelum meneruskan perjalanan semula menaiki keretapi ke Kuala Lumpur... Allah hu Akbar ! Menduga betul kan? Apakan daya, kami tiada pilihan dan mengikut sahaja...

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Ketika bertolak keluar dari hotel, hujan turun dengan lebat... Hatiku mula diselubungi kerisauan kerana bila hujan, keadaan jalan basah dan jalan akan sesak... Ditambah pula kawasan seperti Johor Bahru ini... Apa yang aku fikirkan memang betul berlaku... Kami terperangkap dalam kesesakan lalu lintas namun aku bersyukur kerana pemandu teksi yang kami naiki memang bagus! Macam F1 dia bawak, masuk dan memotong laluan yang sesak tadi sehinggalah sampai dihadapan stesen keretapi... Alhamdulillah, semuanya tiba dalam masa yang ditetapkan walaupun teksi lain lain...

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Seperti yang dijangka, tren sampai distesen pada pukul 12.20 pagi (kelewatan hampir 1 jam mengikut jadual asal)... Diwaktu itu, ramai orang berpusu pusu menaiki tren walaupun dalam keadaan mengantuk... Dalam perjalanan, keadaan tidak berubah seperti waktu pergi dahulu dan kami tiba distesen Gemas lebih kurang pukul 3.40 pagi sebelum diangkut ke stesen Tampin dengan bas yang disewa KTMB... Kecut perut aku dibuatnya dalam perut bas tersebut... Macam dekat litar Sepang!!.. Laju betul!!..

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Begitulah cerita perjalanan aku ke Johor Bahru... Macam cerita pengembaraan pula ye? Walaupun penat dan penuh kesusahan, aku dan rakan rakan tetap tersenyum kegembiraan... Mungkin kerana perit jerih kami terbalas dengan kejayaan membawa pulang piala kejohanan... Itulah harga dan pengalaman paling manis buat kami semua...

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Aku mohon maaf jika cerita aku kali ini panjang berjela... Keseronokkan bercerita dan menaip membuat aku terleka seketika dan tidak berhenti walaupun sesaat... Maaf dariku...

Thursday 24 August 2006

Assalamualaikum...

Bila kita bercakap mengenai wajah dan kecantikan, semua orang akan terfikir tentang rupa paras yang ada pada diri kita... Hakikatnya, adakah cantik itu terletak pada rupa dan penampilan semata mata?

Ada orang berpendapat bahawa cantik yang sebenar bukan terletak pada rupa paras dan fizikal seseorang... Bagi mereka, hati budilah yang menentukan semuanya... Dan bagi sesetengah orang yang lain, mereka berpendapat sebaliknya... Bagi mereka, cantik pada hati terlalu subjektif dan sukar untuk diungkapkan... Kesimpulannya, setiap individu mempunyai pendapat dan pilihan mereka yang tersendiri... Mungkin dari luaran seseorang itu dilihat cantik kerana gaya dan fizikal yang dimilikinya tetapi tidak didalamnya... Bagi aku, cantik haruslah seimbang dari segi luaran mahupun dalaman... Tiada gunanya cantik diluar tetapi dalamannya, Masya Allah.... Tuhan saja yang tahu...

Aku tertarik bila membaca satu artikel yang aku terima melalui e-mel yang dikirimkan kawan aku... Isi kandungan e-mel itu menyatakan tentang rahsia kencantikan wajah dan hati... Ermm... bagus juga... Kalian nak tahu apa isi kandungannya? Mari kita semak!
  1. Agar wajah selalu segar, berseri seri dan cantik, cucilah sebanyak 5 kali sehari dengan air wudhu'. Jangan terus dikeringkan, biarkan air wudhu' itu menitis dan kering dengan sendirinya lalu ambillah sejadah, solat, berzikir dan berdoa...

  2. Untuk menghilangkan 'stress', perbanyakkan 'olahraga' dalaman. Tidak perlu keluar dan ber'jogging'. Cukup sekadar memperbanyakkan solat. Disamping solat wajib, kita digalakkan supaya mengerjakan solat sunat kerana ketika solat, seluruh tubuh badan akan bergerak seolah olah kita menjalani aktiviti olahraga... Selepas selesai, berzikir dan berdoalah kepada Allah SWT agar kita dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang masa...

  3. Untuk pelembab agar sentiasa kelihatan awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya dibibir sahaja tapi juga dihati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" yang bermaksud "Ya Allah, sebagaimana engkau telah memperindahkan kejadianku, maka perindahkan pula akhlakku"... - Doa Tengok Cermin.

  4. Untuk memiliki bibir yang cantik, bisikkan kalimat kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur...

  5. Agar tubuh langsing dan mulus, amalkan diet yang teratur seperti berpuasa seminggu 2 kali iaitu pada hari Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus jika amalkan puasa cara Nabi Daud AS iaitu selang satu hari. Makanlah makanan yang halal, perbanyakkan sayuran, buah buahan dan air kosong.

  6. Untuk mengembangkan diri (bukan mengembangkan badan yaa..) sebarkanlah salam dan sapaan. Dengan demikian, kita akan dikenali dan disayangi orang ramai...
Haaaa... Bagaimana? Senangkan kesemua petua yang diberikan?... Satu pun tidak menggunakan RM... Jadi, tiada halangan untuk kita semua amalkan...
Selamat berjaya !

Wednesday 23 August 2006

Assalamualaikum...

Hari ini, aku agak sibuk sedikit menyelesaikan segala perkara dipejabat... Maklumlah, esok adalah hari terakhir aku bekerja untuk minggu ini kerana bermula pada hari Jumaat sehinggalah hari Isnin hadapan, aku tiada di pejabat... Aku telah dipertanggungjawabkan untuk mewakili dan menguruskan pasukan dari syarikat aku ke kejohanan sukan dalaman anjuran jawatankuasa pusat ibu pejabat... Pertandingan yang dianjurkan sekali setiap tahun ini merupakan acara julung julung kali dan dinantikan semua pekerja... Hampir setiap cawangan yang mewakili setiap negeri akan turun menyertai kejohanan ini...

Photobucket - Video and Image Hosting

Baju yang akan dipakai disana...


Memandangkan persiapan kontingen masih lagi belum lengkap, kalian bayangkanlah keadaan kami satu kumpulan... Ada saja yang perlu diuruskan sebelum bertolak... Macam aku, tugas dan kerja diatas meja tidak boleh diabaikan... Walaupun sibuk kesana sini, aku bersyukur kerana aku masih lagi sempat menyelesaikan semua kerja kerja penting hari ini... Alhamdulillah...

Aku pulang awal dari tempat kerja... Bukan kerana bosan atau tidak ada 'mood' tetapi aku perlu berkemas dan menyiapkan beg pakaian untuk dibawa kepejabat keesokan hari... Memandangkan aku tidak memandu ke tempat kejohanan dan pergi bersama rakan rakan yang lain menggunakan pengangkutan awam, aku tidak dapat pulang kerumah selepas waktu kerja dan mengambil beg pakaian aku... Untuk mengelakkan kesulitan, aku harus bersiap sedia dari awal...

Photobucket - Video and Image Hosting

Aku lebih selesa membawa barang penjagaan diri dari rumah berbanding menggunakan barang dari hotel.


Sambil berkemas, aku masih sempat lagi menaip blog aku ini... Seboleh bolehnya, aku ingin mengemaskini segala berita terbaru tentang diriku buat bacaan kalian... Sambil berkemas dan berfikir tentang pakaian dan barang hendak dibawa, aku sempat membaca e-mel yang dihantar kawan kawan aku... Terkejut juga aku dibuatnya apabila melihat peti 'Inbox' aku penuh dengan e-mel... Ada lebih kurang 1400 e-mel kesemuanya... Aduhhhhh... jenuh aku mengetik tetikus yang disambung ke laptop aku ini... Tengoklah, mungkin aku akan baca perlahan lahan... Kalau tak sempat, aku akan sambung kemudian...

Jarum jam menunjukkan ke pukul 12.10 pagi... Hatiku lega bila segala peralatan telah siap dikemaskan... Penuh satu beg tarik (luggage) aku... Errmmm... biasalah... Nak pergi pun bukan sekejap... 4 hari.... Jadi banyak barang yang perlu dibawa... Aku pulak jenis yang tidak suka membeli barang barang keperluan harian bila berjalan... Aku selesa dan senang bawa dari rumah sebab kemungkinan besar, aku akan menghadapi masalah untuk mendapatkan barang barang tersebut... Maklumlah, tempat orang bukan tempat aku... Segala galanya asing buat diriku...
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.