Saturday 12 December 2009

"Entri terakhir; 27 September 2009..."

Fuhhh... Lama tu aku tidak menjenguk dan menulis disini... Kali terakhir aku mengemaskini pada hari raya yang lepas... Ni dah lepas raya haji dah... Hehehe...

Bila aku belek-belek balik laman blog aku, boleh dibilang berapa kali aku menulis dan mengemaskini laman yang aku cipta sejak 3 tahun yang lepas... Entri pun, cuma baru mencecah 500 lebih; tidak sebanyak mana jika dibandingkan dengan rakan-rakan yang lain... Mereka semua begitu rajin; boleh dikatakan setiap hari pasti akan ada entri terkini... Alangkah bagusnya begitu...

"Apa sudah jadi???... Adakah sindrom 'malas' sudah melanda atau aku sekadar tidak mempunyai masa atau minat yang cukup untuk menulis lagi?..." Jika tiada entri, pasti ada yang bertanya, "bila nak post cerita dekat blog?"... "lamanya tak update blog"... "apa cerita terbaru" dan sebagainya... Terasa serba salah juga...

Jika satu ketika dulu, aku boleh menghasilkan lebih dari dua entry dalam sehari, mengapa kini dalam sebulan, cuma satu atau dua entry sahaja?... Itu pun, kalau aku "berdaya" untuk membuka laman Blogger ini... Hmmm...

Mungkin kerana tahun ini merupakan tahun sibuk aku atau mungkin kerana terlalu banyak sangat perkara atau aktiviti yang berlaku dalam kehidupan seharian membuatkan aku 'terlupa' untuk mencoretkannya disini... Entahlah, mungkin sekarang ini aku lebih suka mengamalkan sikap "menyendiri" dan membawa diri jika ada apa-apa yang berlaku daripada bercerita dan berkongsi dengan sesiapa... Prinsip "berdiam itu lebih baik" lebih jelas dan ketara sekarang ini dan ianya serba sedikit mengubah cara dan pendirian aku... Harap-harap ianya tidak seserius mana...

Tahun ini merupakan tahun yang penuh dengan kegembiraan, kedukaan, keseronokkan dan juga kesengsaraan jika dibandingkan dengan tahun lepas... Banyak perkara yang dilalui dan bila diingatkan kembali, aku cukup tidak sangka aku boleh sampai ke tahap ini... Alhamdulillah, semuanya telah berlalu dan aku bersyukur aku berjaya mengharunginya walaupun ada ketika aku terpaksa melaluinya bersendirian... Aku sentiasa ingat, setiap yang datang itu adalah ujian dariNya yang menilai dan melihat sejauh mana teguhnya pendirian kita terhadap apa yang kita lalui... Asalnya, itulah asam garam kehidupan, bukan?... Apa yang penting ialah iktibar dan pengajaran yang dapat kita ambil dari apa yang kita lalui... Jika sesuatu itu tidak elok dan ianya datang dari kita, cepat-cepat kita perbetulkan... Apa yang baik itu, kita kekalkan... Itulah pentingnya penilaian dalam diri supaya kita tidak terus melakukan kesilapan yang sama setiap masa...

Tinggal beberapa hari sahaja lagi, kita akan meninggalkan tahun 2009 ini... Lembaran baru bakal dibuka tidak lama lagi... Aku cuma berdoa dan berharap agar aku berjaya menutup jurnal 2009 ini dengan baik tanpa sebarang perasaan yang perlu dibawa ketahun hadapan... Bila diimbas kembali perjalanan tahun 2009 ini, masih terdapat beberapa perkara yang tertunggak dan perlu dijelaskan... Entah sempat ke tidak, aku tidak pasti... InsyaAllah, apa yang mungkin dan dapat aku lakukan ialah dengan mencuba sedaya upaya dan sebaik mungkin untuk melunaskannya sebelum aku menjejakkan kaki ke tahun baru... Penilaian segera perlu dilakukan di kala masa masih lagi ada... Jika tidak, sampai bila-bila pun tidak akan tertunai...


Nota kaki: -
Terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman blog ini walaupun tiada entri dikeluarkan sejak September yang lepas... Paling aku terharu, ada juga yang sanggup "follow" laman ini walaupun aku lihat entri-entri yang aku keluarkan tidaklah sebaik mana... Banyak yang merepek sahaja... Terima kasih kepada anda (pelawat dan pembaca) dan aku hargai usaha kalian...


Sunday 27 September 2009

Petang Jumaat lepas, aku ke rumah makcik aku di Taman Pelangi Semenyih selepas waktu kerja... Niat aku cuma satu; menghadiri majlis rumah terbuka anjurannya... Semuanya telah di rancang dari awal dan aku telah berjanji dengannya bahawa aku akan menghadiri majlisnya itu...

Kira-kira pukul 5.00 petang, aku bertolak dari pejabat menghala ke bandar Kajang melalui Lebuhraya Cheras-Kajang... Keadaan jalan agak sesak walaupun hari masih lagi dalam musim cuti raya dan cuti sekolah... Mungkin ramai yang pergi berjalan raya agaknya... Walaupun sedikit sesak, namun ia masih lagi bergerak... Cuma agak perlahan sedikit...

Aku sampai di rumah makcik lebih kurang 6.45 petang... Keadaan agak redup kerana hari menjelang senja... Suasana amat tenang dan damai... Aku keluar dari perut kereta dan terus menuju kearah rumah makcikku... Agak pelik juga, keadaan agak sunyi sepi seolah-olah tiada apa-apa... Mungkin majlis sudah selesai... Risau juga sebab aku datang bersendirian... Rasa malu pula datang rumah orang tanpa berteman... Dah lah pulak tu, dah dekat nak Maghrib!...

"Manalah semua orang ni???... Ada ke tidak 'open house' ni???..." bisik hatiku

Setelah menunggu beberapa minit, maka sampailah ahli keluargaku yang lain-lain... Rupanya, mereka semua bertolak agak lewat dari rumah... Di tambah pula dengan keadaan jalan yang sesak... Seorang demi seorang ahli keluargaku muncul di rumah makcikku... Keadaan bertukar riuh apabila hampir kesemua sepupu sepapat sudah berkumpul... Rasa seronok bila melihat gelagat masing-masing...

Begitu meriah dan indahnya suasana apabila kami berkumpul satu keluarga... Hampir penuh rumah makcikku... Dari keluarga Pak Long, Mak Lang, Mak Encik, Mak Uda sampai lah ke Pak Su... Semuanya ada... Pulak tu, anak masing-masing dah besar panjang!... Dah jadi anak dara dan teruna dah... Tapi perangai tak ubah macam budak-budak sekolah rendah... Bising ya amat!!!... Maklumlah, peluang dapat berkumpul sekaligus begini bukannya boleh dapat selalu... Cuma ketika Hari Raya sajalah waktu yang ada... Kalau hari-hari biasa, masing-masing sibuk belajar di kolej dan universiti masing-masing...

Bila aku duduk meja makan sambil memerhatikan mereka semua, hatiku berbunga gembira... Alangkah baik dan seronoknya jika arwah Mak Long, arwah Pak Lang, arwah nenek dan atuk ada bersama... Mesti keadaan bertambah lebih gamat dan meriah... Aku rindu dengan suasana ketika umurku 8-9 tahun dulu... Masa arwah nenek masih kuat berjalan; datang berhari raya kerumahku... Dulu masa arwah Mak Long ada, aku teringat suaranya memanggil kami adik beradik... Mak Long memang seorang yang tegas dan sedikit garang tetapi hati dan sifatnya sangat ramah dan lemah lembut... Dalam keluarga, Mak Long selalu menjadi contoh kepada makcik-makcik yang lain dan merupakan tempat mak dan adik beradik yang lain merujuk kalau ada apa-apa... Tetapi, itu semua tinggal kenangan kerana Mak Long telah pergi selama-lamanya... Rasa sayu bila mengenangkan semua itu...

Nenek pula suka memanjakan cucu-cucunya... Aku tidak boleh lupa ketika aku kecil dahulu, apabila nenek datang kerumah, akulah orang pertama yang berlari kearah nenek; memeluk dan menarik tangannya... Nenek tak pernah marah malah terus menyambut aku dengan gelak tawanya, seraya terus mencium pipiku yang putih gebu ketika itu... Begitulah nenek yang merupakan seorang yang penyayang... Bila hari nenek meninggal, terasa hatiku sedih yang teramat sangat... Namun, aku redha kerana dia sudah lama tiada...

Fikiranku melayang jauh... Aku tersedar apabila mak menegur dan mengajak aku untuk menjamu selera... Juadah sudah lama terhidang menanti untuk dijamah... Sambil menjamu selera, kadang kala kedengaran ketawa usik mengusik sepupu aku... Tak habis-habis mereka ini semua bergurau senda... Ada sahaja celoteh masing-masing...

Tanpa aku sedari, hampir 5 jam aku berada di rumah makcikku... Apabila jarum jam menunjukkan hampir pukul 11 malam, masing-masing beransur pulang... Aku pun dah penat dan perlu menghantar Mak Lang dan anak-anaknya balik ke rumah... Mereka datang dengan menaiki KTM Komuter dari rumah... Jadi, eloklah aku tumpangkan mereka kerana rumah kami terletak agak berdekatan... Kereta aku pun tidak ada sesiapa, cuma aku seorang sahaja... Kurang-kurang, adalah teman ketika dalam perjalanan pulang...

Thursday 24 September 2009

Aku rasa sedikit janggal apabila ramai rakan-rakanku mengajak aku keluar beraya ketika waktu makan tengahari tadi...

Bukan aku tidak mahu ikut, bagi aku, kalau hendak pergi beraya ke rumah kawan-kawan biarlah ketika hari cuti atau hari tidak bekerja... Barulah terasa kemeriahan dan puas berjalan... Kalau pergi waktu bekerja ni, masa sedikit terhad dan mungkin terkejar-kejar kerana tempoh yang agak singkat dan tidak mencukupi... Faham-faham sajalah, kalau dah bertandang ke rumah kawan-kawan, pasti banyak berborak... Bermacam-macam cerita hendak dikongsi bersama... Itu pun sudah memakan masa dekat sejam... Hehehehee...

Photobucket


Photobucket

Apapun, tengahari tadi aku sempat beraya ke rumah kawan sepejabat aku yang terletak di Kampung Kerdas, Gombak... Bayangkan, dari pejabat aku yang terletak di Bangsar, sanggup kami meredah jalan menuju ke Gombak sana... Nasib baik kereta tak banyak dan jalan tidak sesak seperti hari biasa... Kalau tidak, memang tak datanglah jawabnya...

Rasa seronok dan gembira kerana ketibaan kami disambut mesra tuan rumah dan ahli keluarganya... Kami memang tak tunggu lama di rumah kawan aku ni sebab nak kejar masa... Datang-datang je, terus sambar kuih raya... Sampaikan tuan rumah sendiri pun kami tak jemput... Punya muka tak malu betul aku dan kawan-kawan aku ni... Hehehehee...

Photobucket
Kusyuk betul mengadap makanan... Betul-betul menghayati ni... Heheheheee...

Photobucket
Subhanallah... tengoklah kawan aku yang sorang ni makan... Ish.. ish.. ish... Heheheee... Sorry, gambar gelap sikit, pakai kamera PDA je...

Tuan rumah memang sudah bersiap sedia dengan kedatangan kami yang cuma berempat ini... Kami dihidangkan dengan laksa penang (sedap woo.... aku sampai tambah dua kali...) dan pulut yang dimakan bersama serawa (kuah) durian... Memang bila dapat je makanan, terus masing-masing sunyi sepi... Tak pandang kiri kanan; hanya memberi tumpuan sepenuhnya pada makanan yang berada di depan mata... Betul-betul lapar kami semua ni... Heheheeee...

Bila dah selesai, masing-masing pun dah macam ular sawa... Kekenyangan sampai mata pun tak boleh nak buka... Aku tak kisah sangat sebab bukan aku yang kena bawa kereta... Kalau mengantuk pun, aku tidur saja dibelakang... Driver aku je yang aku risau, takut tengah jalan dia terlelap, selamatlah kami semua... Tahu-tahu sajalah penangan pulut dengan kuah durian tu... Dia pula, sampai hentam dua tiga mangkuk!...

Apa-apa pun, aku berpeluang beraya hari ini walaupun aku sibuk dengan kerja-kerja... Tak sangka pula dalam kesibukan itu, aku sempat lagi nak pergi beraya... Kebetulan kerana orang masih ramai bercuti dan berada di kampung halaman masing-masing... Jadi, tiada masalah kalau aku dan kawan-kawan kalau hendak keluar... Bermula minggu hadapan, keadaan akan kembali sibuk seperti sedia kala... Pastinya ketika itu, aku jadi bosan untuk mengharungi semua ini...

Wednesday 23 September 2009

Bertemu kembali...

Hari ini merupakan hari keempat bulan Syawal... Sedar atau tidak, sudah empat hari kita menyambut Hari Raya Aidilfitri... Begitu pantas masa berlalu meninggalkan kita... Terasa takbir raya masih lagi terngiang-ngiang di cuping telinga seolah-olah baru semalam ianya dilaungkan... Begitulah kehidupan kita sekarang... Kita tidak sedar apa yang berlaku dan meneruskan kehidupan seperti sedia kala... Bila kita teringat dan tersedar, kita sudah pun berada di satu masa yang lain...

Hari ini, aku sudah mula menyambung tugasku seperti sedia kala... Biarpun ramai rakan-rakanku yang sedang bercuti dan pulang ke kampung halaman bersama ahli keluarga dan sanak saudara menyambut Syawal, aku rasa keadaan di pejabat aku masih seperti biasa... Bezanya, suasana agak sedikit lengang dan sunyi sepi... Adalah beberapa kerat yang datang bekerja... Telefon pun kurang berbunyi; mungkin kerana pelanggan memikirkan ramai yang sedang bercuti minggu ini... Eloklah juga, tak perlu aku susah-susah nak terkejar-kejar mengangkat telefon... Kehidupan aku pun aman tenteram... Alangkah bagusnya jikalau keadaan ini berterusan sampai bila-bila... Tetapi itu mustahil !...

Adakala, aku hilang semangat untuk buat kerja... Bukan kerana aku tidak mahu membuat kerja-kerjaku, tetapi 'mood' bercuti masih lagi melekat dalam diri... Aku perlu 'adjust' diri aku untuk beberapa hari ini agar aku kembali seperti sedia kala, InsyaAllah... Aku disapa oleh rakanku... Dia ajak aku berbual untuk seketika... Banyak cerita yang kami bualkan; ada yang berkisar tentang cuti, tentang hari raya, tentang aktiviti raya dan ada juga cerita mengenai kerja-kerja di pejabat... Lama juga kami berbual sehingga aku terleka bahawa ketika itu aku dibayar gaji untuk melakukan kerja-kerja...

Aku tertarik mengenai satu topik yang dibangkitkan rakan aku ni... Dia banyak mengomel mengenai perkembangan dalam pejabat... Kebanyakkan berkisar mengenai ketidak adilan pihak atasan dalam menguruskan pentadbiran yang dianggap sebagai berat sebelah... Politik terlalu kuat dan amalan 'pilih bulu' sangat-sangat berleluasa... Aku bukan tidak bersetuju dengan pendapat dia, tetapi apabila melihat apa yang berlaku ketika ini, aku memahami dan menerima kenyataan yang dikeluarkan dia adalah benar... Nampak sangat pengurusan menggunakan politik dan kuasa veto masing-masing untuk menaikkan beberapa orang tertentu dalam syarikat... Padahal, ramai lagi calon-calon lain yang aku dan rakan-rakan rasakan jauh lebih layak...

Pelbagai alasan diberikan apabila rakan-rakan aku memohon agar dinaikkan pangkat, dinaikkan gaji dan sebagainya... Namun setiap rayuan dan permintaan dianggap remeh dan dibiarkan begitu sahaja... Ibarat seperti mencurah air di atas daun keladi... Aku sendiri tidak faham, mengapa perlu kami dilayan sebegitu rupa???... Apa beza antara kami dengan yang lain???... Bukankah pekerjaan yang kami lakukan selama ni sama sahaja jika dibandingkan dengan mereka-mereka yang menjadi 'kesayangan' pihak pengurusan???... Malah, ada kerja yang kami lakukan itu jauh lebih banyak dan lebih baik berbanding yang lain... Tidakkah kami wajar diberi balasan yang setimpal dengan apa yang telah dilakukan???...

Sebelum ini, aku telah menerima banyak pandangan dan cadangan dari mereka yang jauh berpengalaman... Ramai yang menasihatkan aku supaya memikirkan masa hadapan dan beredar dari tempat aku sekarang... Kadang kala pernah juga aku terfikir untuk melakukan sedemikian tetapi peluang dan jalan itu masih lagi samar-samar... Aku tidak nampak peluang yang ada dan kerana terlalu banyak komitmen membuatkan aku berfikir dua tiga kali... Aku tidak mahu menempah masalah... Cukuplah dengan apa yang aku ada buat masa ini...

Hendak beralih ke peringkat yang lebih tinggi bukan senang... Tanpa cara yang betul, kita mungkin akan menghadapi masalah di kemudian hari... Oleh itu, penting bagi aku untuk melihat kesemua aspek sebelum merancang apa-apa... Memang benar, kalau nak tunggu sampai bila?... Tetapi kalau aku nak naik cepat, kejar itu dan ini, apa yang akan aku terima kemudian hari???... Buatnya kalau aku lompat tu bakal memberikan masalah besar untuk aku, tidak berguna juga kan???... Aku juga percaya, jika sudah rezeki, pasti tidak akan kemana-mana... Aku sudah berusaha dan mencuba yang terbaik... Setiap kali kaki ini melangkah masuk ke ruang pejabat, aku tadahkan tangan memohon kepada Allah agar dilapangkan dadaku dan dimurahkan rezeki selalu...

Perkembangan terkini yang aku ketahui, kemungkinan tiada kenaikan gaji untuk tahun hadapan... Jika ada pun, hanya orang-orang terpilih sahaja yang akan menerimanya... Persoalannya, siapakah orang-orang yang terpilih itu?... Sekali lagi ia menjadi tanda tanya di dalam fikiran masing-masing... Selama aku bekerja di dalam syarikat ini, tidak pernah aku merasakan seteruk ini... Sehingga kenaikan gaji yang boleh dikatakan tetap sepanjang tahun itu boleh jadi tidak menentu... Sudahlah bonus yang diterima ala kadar (ibu pejabat dapat lebih daripada apa yang anak syarikat terima), faedah yang lain juga belum tentu akan kami perolehi seperti sedia kala... Sekarang sudah tidak macam dahulu, segala tidak tentu dan tidak tetap... Moga-moga apa yang patut diperolehi dapat diperolehi... Walau apapun, aku tetap bersyukur dengan apa yang aku perolehi di masa ini...

Monday 21 September 2009

Selepas seharian semalam aku dan keluarga melayan tetamu yang datang berkunjung ke rumah, kini tiba giliran kami pula pergi beraya ke rumah sanak saudara... Kebetulan, banyak rumah sanak saudara aku terletak di sekitar Kuala Lumpur dan tidak menjadi masalah kepada aku untuk membawa ahli keluargaku bertandang ke rumah mereka...

Aktiviti hari ini bermula apabila hampir ke semua pakcik-pakcik dan makcik-makcik aku datang ke rumah aku... Agak terkejut juga kerana pada hari raya kedua, biasanya mereka semua berada di kampung halaman mentua masing-masing... Pada tahun lepas pun begitu; selalunya selepas hari raya ke-3, barulah mereka datang ke rumah untuk beraya... Nasib baik juga lah mak dah bersiap sedia malam tadi; mengukus ketupat segera dan menyiap juadah yang patut... Kalau tidak, memang mereka semua datang makan kuih raya sahaja lah...

Photobucket
Koleksi kuih raya aku... Semuanya dibuat dan dihasilkan sendiri kecuali kerepek-kerepek yang dibeli di pasar tani... Ada juga biskut yang dihadiahkan oleh kawan-kawan...

Apa yang membuatkan aku rasa geli hati, dalam banyak-banyak persiapan, aku tidak sedar bahawa ketulan ais didalam peti sejuk sudah kehabisan... Sudahlah mereka semua datang ketika matahari elok terpacak di atas kepala; keadaan sekeliling amat panas sekali... Rumah aku sendiri pun sedikit berbahang (biasalah, rumah kampung je...) Bila mereka masuk ke rumah, masing-masing sibuk mencari air batu untuk membasahkan anak tekak dan menghilangkan dahaga... Aku yang pada mulanya tidak mengetahui, dengan selamba membuka peti ais (ice box) dan bila aku lihat tiada ais didalamnya, apa lagi; menggelabah la kejap... Terus aku membebel pada adik beradik aku yang sedang sibuk di dapur...

"Tulah kalian, suka sangat letak junk food dalam 'ice box' nih... ni dah penuh sampai air batu pun tak boleh nak buat!!... lain kali, jangan beli benda yang merepek-repek nih..." leter aku pada adik-adik aku... Masing-masing diam membisu; takut kena sembur dengan aku sekali lagi...

Aku capai kunci kereta dan terus bergegas untuk mencari ais ketul di kedai yang berhampiran... Faham-fahamlah kan, hari raya mana ada kedai yang buka... Yang buka pun kedai 24-jam (7-Eleven)... Pulak tu, cawangan yang terhampir dengan rumah aku pula dekat Sentul dan Gombak sana... Nak pergi pun, adalah dalam 15-20 minit memandu (dengan kadar kelajuan 70-80 km/j)... Berpusing-pusinglah aku semata-mata hendak mencari ais... Aku pun tiada pilihan dan terpaksa juga pergi cari untuk bekalan buat tetamu yang datang nanti...

Sampai sahaja di 7-Eleven, seperti yang aku jangka, semua ketulan ais telah habis disambar awal-awal... Yang tinggal cuma saki baki yang melekat pada peti ais tersebut... Terpaksalah aku bergegas mencari di tempat lain... Dari Sentul, aku ke Gombak... Kemudian ke Genting Kelang... Bila semuanya sudah kehabisan stok, aku bekejar pula ke Desa Setapak... Kedua-dua cawangan Desa Setapak pun sudah kehabisan stok... Bayangkan kawasan penempatan Cina pun, ais boleh habis!... Aku teruskan pencarian ke Wangsa Maju dengan harapan stok ais ada di situ... Dan mujurlah cawangan 7-Eleven di Seksyen 1 masih mempunyai stok ais lagi... Mungkin sebab 7-Eleven tu agak tersorok sedikit dan tak ramai yang datang ke sana membeli barangan...

Aku pulang ke rumah dan bila aku sampai, masing-masing sudah selesai menjamu selera... Tak apalah, ais yang aku beli ini boleh digunakan untuk esok, InsyaAllah... Aku terus masuk ke bilik dan bersiap untuk pergi beraya di rumah saudara yang lain pula... Destinasi seterusnya ke Batu Caves; rumah Mak Lang aku... Sempat juga dia balik ke rumah tadi (sebelum tu dia datang beraya di rumah aku...) menyiapkan apa yang patut... Kami sampai pun dah petang dan menghabiskan masa dalam sejam dua disana... Selepas itu, aku dan keluarga berangkat pula ke Ampang untuk beraya di rumah makcik di Lembah Jaya... Setibanya aku di sana, hari sudah Maghrib dan kami menghabiskan masa beramah mesra sehinggalah jam 10 malam... Faham-fahamlah kan, kalau dah jumpa saudara mara... Macam-macam cerita hendak dikongsi bersama... Rasa seronok kerana aku dapat berjumpa dengan sepupu sepapat aku... Walaupun mereka masih muda remaja, tetapi keletah mereka cukup mencuit hati... Tu belum campur dengan anak-anak Mak Su aku lagi... Kalau tak, memang riuh la kemana sahaja kami pergi...

Sunday 20 September 2009

Salam Syawal dan salam bertemu kembali...

Adoyaiii... Lama sungguh aku tidak menulis dan mencoretkan apa-apa di sini... Masuk 3 bulan juga laman aku ini tidak dikemaskini... Pasti ramai yang tertanya-tanya kemana menghilangnya diriku selama ini...

Aku mohon ampun dan maaf... Memang hajat di hati ingin menulis seperti biasa... Tetapi entah kenapa, hati seolah-olah berat dan tiada 'mood' untuk membuka laman Blogger dan menaip cerita-cerita yang berlaku sepanjang kehidupan aku... Bukan itu sahaja, laman blog kawan-kawan lain pun aku tak lawat...

Alasan???... Satu sebab kenapa aku "tidak aktif" kebelakangan ini adalah kerana aku tidak mempunyai banyak masa yang terluang... Kerja-kerja di pejabat mula menimbun dan aku sering terkejar-kejar untuk menyelesaikan pelbagai kes yang di hantar oleh pelanggan... Jika dulu, aku sampai di pejabat seawal jam 7.30 pagi dan sempat menulis sepatah dua ayat disini, tetapi kini keadaannya agak berlainan sedikit... Aku nak sarapan pun, kadang-kadang tidak ada masa... Balik pula, dah lewat dan ketika itu kepala sungguh berat sekali... Tak berdaya untuk aku berfikir dan hanya ingat nak rehat sahaja... Itulah rutin harian aku selama 3 bulan yang lepas...

Satu lagi, kemudahan internet di rumah aku sudah pun ditamatkan... Jadi, hilanglah satu 'punca' untuk aku menulis di rumah walaupun kadang-kadang aku berjaya mencuri masa seminit dua... Akhirnya, niat untuk menulis berkubur begitu sahaja... Di samping itu, banyak juga perkara yang berlaku semenjak kebelakangan ini yang membuatkan aku 'berdiam diri' buat seketika... Sukar untuk aku luahkan namun aku rasa bersyukur kerana aku berjaya melewati saat-saat itu... Biarpun kesannya amat mendalam (sehingga kini aku masih terasa), aku redha kerana aku tahu apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya... Itulah yang diberitahu kepadaku oleh mereka-mereka yang sentiasa mengambil berat akan keadaan diriku ini... Terima kasih kepada mereka semua...

Ada juga yang berkata, "adakah aku sudah hilang semangat untuk menulis?..." Sukar sebenarnya untuk aku menjawab soalan itu... Hakikatnya, memang payah untuk aku luahkan dengan perkataan apa yang terbuku didalam hati... Kalau diluahkan pun, tidak semestinya ia akan membantu... Jadi, aku rasa elok juga jika aku simpan semua ini sendiri kerana itu lebih baik... InsyaAllah, aku akan cuba melupakannya walaupun adakala ia amat sukar untuk dilakukan...

Harapan aku cuma satu, jauh di sudut hati aku ingin kembali... Kembali aktif menulis seperti dahulu kala... InsyaAllah, aku akan cuba kekal minatku ini...

Kepada mereka yang sentiasa menyokong apa yang aku lakukan disini, terima kasih aku ucapkan kepada kalian... Semoga Allah dapat membalas segala doa yang kalian berikan kepadaku... Mohon ampun dan maaf jika aku banyak "berdiam" selama ini... Aku punya alasan tersendiri dan hanya persefahaman yang aku pinta dari kalian semua... Terima kasih kerana sudi membaca coretanku dan aku berharap kalian tidak pernah jemu dengan cerita-ceritaku mahupun diriku ini...

Sebulan sudah kita berpuasa, kini Syawal menjelma tiba...
Ku kirimkan utusan ini buat pengganti diri
Kepada semua teman-teman dan pelawat blog ini...

Mohon ampun dan maaf jika terdapat kesilapan
Segala kesalahan mahupun ketelanjuran...

Semoga Syawal yang menjelma menjanjikan seribu kegembiraan dan kebahagiaan
Buat semua rakan dan taulan...


"Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Reez sekeluarga buat semua..."




Image: -
Credit to secondvenomtwo@yahoo.com; www.nizam83.wordpress.com


Thursday 25 June 2009

Salam ceria...

Sebentar tadi telah berlangsungnya majlis makan-makan rumah sukan dan penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang yang menyertai aktiviti dalam karnival yang dianjurkan oleh syarikat aku... Karnival yang diberi nama "Karnival Gempak Santai 2009" itu telah berlangsung selama 3 hari 2 malam di Tiara Beach Resort, Port Dickson pada 12 - 14 Jun yang lepas...

Aku rasa sangat seronok dan bertuah kerana dapat turut serta di dalam aktiviti kali ini... Walaupun terdapat kekurangan di sana sini, aku harus akui bahawa jawatankuasa pengurusan program sangat professional mengendalikan masalah yang ada... Tabik spring pada mereka semua!...

Sudah menjadi lumrah; kalau program besar macam ini pasti ada kesilapan yang dilakukan... Lebih-lebih lagi bila melibatkan seluruh staf di dalam syarikat aku (lebih kurang 1,800 orang) bersama dengan ahli keluarga masing-masing... Jadi, jumlah yang hadir ketika itu dekat 3,000 orang juga lah!... Ramai kan?...

Memang meriah betul Tiara Beach Resort ketika itu dengan kehadiran mereka semua... Nasib baiklah tempat tu besar... Jadi, banyak aktiviti dapat dijalankan... Rata-rata antara mereka ini memang bercuti dan bersantai habis ketika itu... Peluang sebegini memang jarang dapat diperolehi oleh kebanyakkan staf di tempat kerja aku lebih-lebih lagi pada bulan Jun; bulan yang paling sibuk dalam setiap kalendar tahunan... Tahu-tahu jelah, 'financial year-end closing'...

Berbalik kepada cerita penyampaian hadiah tadi, kali ini aku sungguh tidak menjangka dan terharu kerana telah berjaya memenangi acara "team performance" dalam karnival kali ini... Sebelum ini pun, aku pernah mendapat tempat pertama dalam acara yang sama tetapi itu pada dua tahun yang lepas... Ketika itu, itulah kali pertama Karnival Gempak ini dilancarkan... Tahun lepas, aku tidak menyertai "team performance" dan kumpulan kami cuma mendapat tempat kedua sahaja...

Rasa gembira dan syukur kepada Allah kerana memberikan aku dan kawan-kawan peluang untuk menunjukkan bakat masing-masing kepada rakan-rakan sekerja yang lain... Penat lelah serta usaha yang tidak pernah putus akhirnya terbalas... Tidak sia-sia kami menghabiskan banyak masa dan tenaga menghasilkan kreativiti persembahan yang tidak pernah orang lain lakukan sebelum ini... Aku cukup terharu dan berbangga kerana setiap ahli dalam kumpulan aku cukup komited dengan tanggungjawab masing-masing... Aku rasa, inilah salah satu kunci mengapa kejayaan mengiringi kami kali ini...

Photobucket

Aku harus berterima kasih dan memuji setiap mereka yang terlibat dalam penghasilan persembahan kali ini... Walaupun masing-masing tidak mempunyai kepakaran dan pengetahuan di dalam bidang ini, namun aku cukup berbangga kerana kumpulan aku dapat menghasilkan sesuatu yang lain daripada yang lain... Ketika hari kejadian, kami agak sedikit risau dan hilang semangat kerana melihat persembahan dari kumpulan lagi... Ada kumpulan yang memasukkan gimik extreme (siap makan-makan api tu!...), ada yang menampilkan persembahan santai dan tidak ketinggalan mempersembahkan aksi-aksi futuristik... Kesemua kumpulan yang bertanding ketika itu tidak kurang hebatnya... Bila aku lihat kumpulan aku, aku merasakan peluang untuk menggondol tempat pertama itu agak tipis dan mungkin berada di tangga yang tercorot dari kumpulan yang lain... Namun, sebagai ketua, aku tidak seharusnya berfikiran negatif dan berpesan pada semua ahli-ahli supaya menghiraukan apa yang mereka lihat dan hanya menumpukan perhatian pada persembahan kami... Yang penting, setiap di antara kami harus gembira dan 'enjoy' dengan persembahan yang telah kami rancang selama ini...

Alhamdulillah, rezeki berpihak kepada kami apabila pengacara mengumumkan keputusan di akhir program... Untuk kali kedua, kumpulan kami telah dinobatkan sebagai johan dalam kategori persembahan berkumpulan... Kira 'come back' la selepas tahun lepas hanya menduduki tempat kedua... Ketika itu, aku tergamam dan tidak terkata apa-apa... Perasaaan gembira yang teramat sangat terbit dalam didalam hati... Nak percaya pun, macam payah!...

Photobucket

Kami berjaya membawa pulang sebuah plak kristal dan wang tunai berjumlah RM2,000... Sungguh lumayan hadiah yang ditawarkan kali ini... Alhamdulillah dan syukur...

Pada seluruh ahli kumpulan aku yang membaca coretan aku ini, aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga pada kalian semua kerana dedikasi dan kerjasama yang diberikan selama ini... Ikhlas aku katakan, kalian adalah yang terbaik dan aku berdoa agar kalian sentiasa bersemangat dalam apa jua perkara yang dilakukan... Kejayaan ini adalah kejayaan buat kalian semua!...

Tuesday 23 June 2009

Salam sejahtera...

Pagi yang agak kurang ceria... Langit gelap dan awan kelabu menyelubungi kawasan sekitar Kuala Lumpur... "Nak hujan lebat, ni...." detik hati aku...

Aku terus menekan pedal 'accelarator' Wiraku; bersaing bersama ribuan kenderaan yang berpusu-pusu menuju ke pusat bandaraya... Hari kedua dalam minggu ini memang tidak banyak perbezaan jika dibandingkan dengan hari-hari yang lain... Rutin harian memang tidak dapat dielakkan... Kadangkala, terbit rasa malas didalam diri untuk ke tempat kerja hari ini... Nasib baiklah tidak hujan diawal pagi... Kalau tidak, alamat tarik selimut tebal lah aku jawabnya... Hehehe...

Ketika berada didalam kesesakan, aku terfikir sejenak... Sampai bila aku harus mengharungi semua ini?... Setiap hari memandu dan menghadapi kesesakan lalu lintas yang tidak pernah selesai... Kesian dengan enjin kereta aku tu... Sejak aku di bangku sekolah sampailah aku dah bekerja, keadaan ini masih lagi kekal seperti biasa... Jalan Setapak-Jalan Pahang (laluan yang biasa aku gunakan untuk ke tempat kerja) memang tidak pernah berubah... Walaupun, lebuhraya DUKE telah siap dibina, keadaannya masih lagi kekal begitu... Malah, aku rasakan laluan tersebut makin bertambah sesak jika hendak dibandingkan sebelum pembinaan lebuhraya tersebut... Apa sudah jadi?...

Aku tidak faham fenomena yang berlaku sekarang ini... Adakah disebabkan orang ramai sekarang lebih suka memandu kenderaan masing-masing berbanding menggunakan perkhidmatan awam sebelum ini?... Atau jumlah kepadatan penduduk disekitar Lembah Klang telah bertambah sebanyak 30% setiap tahun?... Adakah pembangunan kawasan sekitar (pembukaan penempatan dan kediaman baru) menjadi penyumbang utama kepada semua ini?...
Sukar untuk aku jawab kerana semua yang telah dinyatakan diatas banyak menyumbang kepada semua ini... Lagipun, sudah menjadi lumrah kehidupan di kota; kesesakan itu merupakan asam garam yang memang sudah sebati sejak sekian lama... Mana-mana bandar pun, tetap sama sahaja... Di samping itu, kajian yang dilakukan menunjukkan rata-rata penduduk Malaysia lebih suka tinggal di bandar berbanding di kampung... Ini memang benar kerana sumber rezeki dan peluang banyak terdapat di kawasan bandar berbanding tempat lain...

Saban hari, rasa bosan juga tapi apakan daya, aku terpaksa terima realitinya... Kadang-kadang, teringin juga hendak duduk di kawasan pekan/'rural area' yang kurang sibuk dari hiruk pikuk kotaraya...

Monday 22 June 2009

Salam berinteraksi kembali...

Fuhhh... Lama sungguh aku meninggalkan laman peribadiku ini... Dekat 2 bulan lebih, aku sepi tanpa coretan dan khabar berita... Ada di antara kalangan pembaca yang bertanya, kemana menghilangnya diriku selama ini?

Jawapan aku ringkas sahaja... Aku masih lagi disini... Masih lagi teguh berdiri mengharungi liku-liku kehidupan seharian yang penuh cabaran... Cuma perbezaannya, aku tidaklah seperti dahulu; aktif sehingggakan setiap detik dan waktu pasti ada coretan disini... Kadang kala, aku terfikir sejenak; adakah aku sudah hilang "sentuhan" untuk bercerita dan mencoretkan kisah-kisah yang berkisar tentang diri dan apa yang ada disekelilingku?... Agak mustahil juga... Nak kata tiada cerita, banyak juga yang hendak aku 'hambur'kan disini... Mungkin kerana masa... Masa yang tidak pernah cukup buat diriku...

Adakala, rasa bersalah juga pada mereka-mereka yang rajin bertandang kesini... Ada yang menanti dan ada juga yang mengharap... Aku menyusun jari memohon ampun dan maaf pada kalian semua... Semestinya, aku tiada niat untuk berdiam diri dan seringkali aku teringat lebih-lebih lagi pada mereka yang rajin memberi komen dan bertandang kesini; mereka-mereka yang merupakan teman blogger yang aku sangat rapat di alam siber ini...

Pintaku, moga kalian semua sihat walafiat dan insyaAllah, aku akan kembali mencoretkan beberapa kisah... InsyaAllah... Terima kasih pada mereka-mereka yang bertandang dan meninggalkan jejak disini... Aku amat menghargainya...

Friday 17 April 2009

"Kesian...."

Itu yang boleh aku katakan... Aku cukup simpati dan kesian bila melihat dan mengenangkan keadaan seorang daripada ahli keluarga aku... Dia merupakan pakcikku; "Pak Long" kalau mengikut pangkat; merupakan seorang duda tua yang berusia 71 tahun... Dia yang kematian isteri beberapa tahun yang lalu tinggal bersama anak bongsunya... Keadaannya tidaklah seteruk orang lain, kehidupannya masih lagi terurus kerana masih mempunyai anak yang sudi menjaga dan menguruskan kehidupannya...

Apa yang membuatkan aku berasa simpati dengannya ialah perasaan yang melanda dirinya... Biasalah, bila usia sudah lanjut dan ditambah pula tiada teman, aku yakin dia kesunyian... Hendak harapkan anak-anak, masing-masing dah besar panjang dan mempunyai keluarga sendiri... Jadi, hari tua yang dilalui saban hari hanya bersendirian tanpa teman di sisi... Aku faham keadaan itu dan sememangnya ramai ibu bapa yang berada di luar sana mengalami keadaan dan situasi yang sama... Di tambah pula dengan zaman sekarang di mana ramai muda mudi tidak lagi mempedulikan ibu bapa mereka dan ada juga yang sanggup 'membuang' mereka jauh-jauh (hantar ke pusat jagaan orang tua)... Sedih kan??...

Pak Long ku merupakan seorang yang rajin dan ramah... Di zaman mudanya, dia cukup ligat kesana dan kemari... Jikalau tiada kerja, pasti dia akan mengisi masanya dengan aktiviti berfaedah seperti berkebun dan mengemas halaman rumah... Dulu, masa dia tinggal bersebelahan rumahku, halaman rumahnya sentiasa bersih dan kemas... Tidak pernah pun aku lihat rimbunan rumput rampai hidup di halaman rumahnya... Pasti rumput-rumput itu dicabutnya... Tetapi, semenjak dia berpindah ke rumah anak bongsunya, keadaan rumahnya disini sudah tidak terurus dan terbiar walaupun ianya didiami oleh anak sulungnya... Kalau kalian tengok, kalian pun seram tengok keadaan rumahnya ini...

Sejak arwah Mak Long ku pulang ke rahmatullah, keadaan Pak Long ku agak sedikit berlainan... Aku tahu dia bersedih kerana pemergian isteri tercinta... Dahulu, semasa hayat Mak Longku, keadaan mereka sekeluarga sentiasa terurus... Mak Long sentiasa memastikan makan minum Pak Long terjaga... Aku masih ingat lagi, Mak Long seorang yang tegas dan garang; sampaikan aku adik beradik pun jadi takut dan segan dengannya... Tetapi segarang-garang dia, dia merupakan seorang yang baik hati dan penyayang... Mak Longku rajin bertandang ke teratak burukku dan menjaga kami adik beradik semasa ibuku dalam pantang... Memang arwah Mak Long cukup rapat dengan ibu berbanding adik beradik abah yang lain... Aku juga suka bermain di dalam rumahnya (masa tu rumah tinggi dan ada tangga dan kolong) terutama selepas pulang dari sekolah... Kalau aku hilang dari rumah tu, memang takde tempat lainlah aku pergi kecuali ke rumah Mak Longku...

Kini, Pak Long bersendirian meniti hari tuanya... Hendak harapkan cucu, mereka tidak pernah ambil peduli... Malah cucunya sendiri tidak sudi untuk melayan datuknya ini... Aku sendiri tak tahu apa silapnya sehingga mereka melayan datuknya (Pak Longku) begini... Padahal, ketika mereka masih kecil dahulu, Pak Longku lah yang bersusah payah menjaga dan memberi mereka makan... Aku masih ingat lagi, dulu ibu bapa mereka ni susah... Kerja pun makan gaji je... Jadi, mereka tinggalkan anak-anak mereka dengan Pak Long dan arwah Mak Longku untuk dijaga... Biasalah, cucu dan darah daging sendiri, takkan tak nak terima pula kan?... Mereka pun jaga sebaik yang mungkin, beri itu dan ini ibarat menatang minyak yang penuh... Bila dah dewasa, macam ini pula balasan mereka kepada datuk mereka... Memang dasar budak tak kenang budi!...

Kesian aku dengan Pak Longku... Aku nak simpati lebih-lebih pun, aku ada ibu dan ayah yang perlu dijaga... Adakalanya, aku cuba untuk mendekati dan melayaninya... Buat dia rasa ada seseorang yang dekat dengannya... Aku rajin bertandang dan melawatnya di rumah... Selalu kami (aku, ayah dan ibu) akan datang menjenguk... Sekejap pun, jadilah... Alhamdulillah, kuranglah sikit sunyinya...

Kalau kalian ada ibu bapa yang macam ni, aku nak pesan... Janganlah lakukan begini pada ibu bapa kita... Walaupun kita dah berumahtangga, tanggungjawab sebagai anak itu tidak pernah putus lebih-lebih lagi bagi yang lelaki... Jagalah mereka sebaik yang mungkin... Ibu dan ayah bukan boleh di cari dan di tukar-ganti... Takde mereka, kita takkan ada di dunia ini...

Tuesday 14 April 2009

Memang tengah 'excited' sekarang ini...

Macam-macam idea datang... Kadang-kadang, sampai tak tahu nak pilih yang mana satu... Yang macam ini ok, yang macam itu pun ok juga... Kalau pilih semua, jadi serabut pula... Jadi, keputusan perlu dicapai sebelum apa-apa hal...

Aku cuba untuk gambarkan imej yang ada dengan bentuk rumahku; sesuai ataupun tidak... Setakat ini, cuma konsep moden atau moden kotemporari menjadi pilihan... Teringin juga memiliki ruang yang ringkas dan tidak serabut... Minggu lepas, sempat bertandang ke rumah jiran yang terletak selang beberapa unit dengan rumahku... Pemiliknya juga mengutamakan keselesaan ruang dengan sentuhan warna putih dan moden... Cukup menarik bila kerja-kerja mengubahsuai selesai... Aku sendiri pun jadi seronok bila melihatnya...

Rasanya, aku tidak akan mengambil masa yang lama... Bila konsep sudah dikenal pasti, segala kerja-kerja akan dimulakan... Buat masa ini, peringkat pertama telahpun selesai dan tiba masanya untuk melakar dan menentukan apa yang patut ada bagi setiap ruang dan sudut didalam rumahku... Selepas itu, aku akan buat kira-kira dan siapkan bajet sebelum kerja-kerja utama mengubahsuai dijalankan... Insya Allah...

Bila melihat jiran-jiran sebelah rumah berlumba-lumba mengubahsuai rumah masing-masing, aku jadi tidak senang duduk pula... Kebanyakkan mereka telah selesai dan sudah mula berpindah masuk... Tak apalah, aku tidak mahu terburu-buru dan betul-betul nak buat... Kalau 'rushing' nanti, entah apa-apa pula jadinya... Duit pasti akan banyak mengalir keluar...


Antara imej yang aku perolehi dan memberikan aku idea macam mana/apa yang perlu aku lakukan: -

Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Monday 13 April 2009

Salam kembali...

Hari ini, aku rasa kosong... Seperti tiada apa yang berlaku dalam kehidupanku... Aku bangun dari tidur, bersiap menjalani rutin harianku; apa lagi kalau bukan ke tempat kerja... Penjawat swasta yang bergaji ala kadar seperti aku ini memang tiada pilihan melainkan menunaikan tanggungjawab di pejabat... Dari seawal jam 8.00 pagi sehingga 7.00 malam, tugasku tidak pernah habis... Adakala terbit rasa bosan didalam diri... "Sampai bilakah aku harus begini?..."

Hari demi hari, aku rasakan keseronokkan yang dahulu ada hampir hilang... Aku cuba untuk mencari ketenangan dalam diri tetapi makin aku cuba, makin teruk pula jadinya... Seolah-olah ada yang tidak kena... Puas aku cuba untuk menumpukan perhatian sepenuhnya pada kerja-kerja yang perlu aku lakukan tetapi gagal... Fikiran melayang, otak jadi buntu sehingga aku tidak dapat memikirkan apa yang seharusnya aku lakukan... Nasib baik tiada keputusan penting yang perlu aku buat... Kalau tidak, memang parah la jadinya... Tunggang terbaliklah jawabnya...

Jarang sekali aku begini malah memang aku tidak pernah jadi begini pun sebelum ini... Aku rasa pelik, mengapa sekarang aku merasai dan mengalami semua ini?... Adakah ini tanda-tanda aku akan menghadapi masalah di masa hadapan?... Aku akui, memang semenjak kebelakangan ini banyak tekanan yang aku terima; dari segi kerja dan sebagainya... Tetapi, aku tidak merasakan bahawa ianya membebankan aku sehingga dapat mengubah kelancaran perjalanan kehidupanku seharian...

Aku perlu bersendirian... Aku perlu mencongak dan mengamati susur galur kehidupanku selama ini; apa yang kurang dan tidak kena sehingga ianya merubah diriku yang sebenar... Aku yakin, pasti ada yang berlaku dan kerana terlalu banyak berfikir, aku lupa segala-galanya...

"Tidak, aku tidak boleh membiarkan ianya berlarutan... Kalau tidak, susah aku nanti..."

Thursday 2 April 2009

"Alhamdulillah... "

Perkataan yang pertama keluar dari rongga mulutku... Debaran perasaan yang selama ini tersimpan jauh didalam hati telah hilang... Akhirnya, apa yang aku fikirkan telahpun terbukti dan terjawab... Aku akui, memang aku tidak senang duduk selama ini bila memikirkannya... Adakalanya, aku risau jika cara aku mungkin akan menyebabkan perubahan yang ketara sehingga ianya menjejaskan kedudukan keseluruhan... Sebab itu aku perlu berhati-hati kerana kesilapan kecil mungkin akan merubah segala-galanya... Aku tidak sanggup!...

Waktu itu merupakan saat getir dalam hidupku... Aku bertarung akal dan minda, memerah segala memori yang ada agar setiap soalan dapat dijawab dengan baik... Perhatian dan tumpuan diberikan sepenuhnya pada kertas yang berada dihadapan mataku... Tempoh 3 jam itu memang menduga tahap kesabaran dan keimananku selama ini... Ianya penuh dengan keperitan dan kesengsaraan... Dengan jari-jemari yang sakit gara-gara tidak berhenti menulis; ditambah pula dengan tekanan dari kawan-kawan disebelah kiri dan kanan... Memang waktu itu, hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan di dalam hatiku... Aku redha dan berserah bulat-bulat padaNya...

Selepas empat minggu ianya berlalu, sekeping kertas sampai ke tanganku... Tertera logo 'sekolah' beserta perkataan "Notification of Examination Result" di hadapannya... Aku jadi tidak keruan... Satu, kerana aku tidak menjangka bahawa aku akan menerima keputusan peperiksaanku ini di rumah kerana kebiasaannya, aku sendiri yang akan mengambilnya di 'sekolah'... Inilah kali pertama aku menerimanya di rumah... Kedua, aku cukup takut dengan keputusan yang bakal aku terima; sama ada aku lulus ataupun gagal... Dua kemungkinan ini sentiasa bermain di benak fikiranku... Tambahan pula, aku tidak yakin dengan apa yang telah aku coretkan diatas kertas jawapan peperiksaan tempoh hari... Keluar sahaja dari dewan periksa, aku tawakkal pada Allah agar apa yang aku jawab adalah mengikut kehendak pemeriksa... Sudahlah waktu tu dada aku terasa sendat, nafas ibarat tidak sampai... Rasa macam nak tumbang je waktu tu kerana tekanan dan bebanan perasaan yang memuncak beserta kepenatan yang melampau (beberapa hari sebelum hari peperiksaan, aku memang tidak cukup tidur dan terlalu penat dengan kerja-kerja di pejabat)...

Dengan perlahan dan berhati-hati, aku buka sampul keputusan itu... Aku selak helaian berkarbon untuk melihat apakah keputusannya... Aku tergamam... Aku kaget dengan apa yang aku lihat... Bukan sahaja tidak percaya malah aku rasa seolah-olah aku sedang bermimpi!... "Betulkah apa yang aku lihat ini???... Betulkan ini keputusan peperiksaan aku???...." Terasa macam nak tampar-tampar sahaja muka ini supaya aku benar-benar sedar...

Selagi lagi aku memuji kebesaran Allah SWT yang telah mengurniakan nikmat yang tidak terhingga... Bukan sahaja aku lulus dalam peperiksaan kali ini malah aku mendapat keputusan yang cemerlang!... Macam manalah aku nak percaya pada mulanya kerana aku sendiri tidak yakin dengan apa yang aku buat selama ini... Selalunya, bila aku akan menduduki peperiksaan, semangat dan keyakinan akan ada tetapi kali ini, aku tidak merasakan sebegitu... Lebih-lebih lagi apabila aku mengetahui bahawa beberapa rakan-rakanku terkandas dalam peperiksaan yang lepas... Sedikit sebanyak ianya mengganggu dan menggugat tahap keyakinan aku...

Alhamdulillah, akhirnya aku berjaya menghabiskan sesi per'sekolah'an aku kali ini... Inilah kali terakhir aku menduduki peperiksaan dan merupakan saat-saat manis bagi aku kerana aku berjaya mengakhirinya dengan keputusan yang amat membanggakan... Aku cukup gembira kerana kesemua rakan-rakan seperjuangan yang duduk semeja dan belajar bersama-sama denganku juga mendapat keputusan yang cemerlang!... Tahniah kepada Loke, Maria dan Salina kerana berjaya meniti saat-saat getir menjawab soalan-soalan peperiksaan yang mencabar ini...

Kini, aku boleh tersenyum puas dengan apa yang aku perolehi... Pangkat sebagai "associates" sudah boleh disandang dengan bangganya... Jubah konvo bakal disarung tidak lama lagi dan kini aku boleh berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan mereka-mereka yang telah lama menyandang pangkat yang dianggap berprestij didalam industri yang aku ceburi ini... Secara rasmi, aku sudah menapak ke satu peringkat dimana orang akan menilai aku bukan sekadar penjawat biasa didalam syarikat, tetapi sebagai seorang yang mempunyai pengalaman dan pendidikan yang cukup untuk melakukan sesuatu perubahan demi untuk kebaikan bersama...

Satu perkara telahpun terlaksana... Kini bermulalah pula perkara yang berikutnya... Masih banyak lagi yang perlu aku usahakan... Masih banyak lagi perancangan yang perlu diberi perhatian... Masa dan keadaan juga adakalanya tidak mengizinkan... Tak apalah, akanku cuba sedaya upaya untuk melaksanakannya... InsyaAllah...

Sunday 15 March 2009

Sesetengah orang, tidak suka menerima perubahan... Tidak kiralah perubahan itu membawa kebaikan kepada diri mereka... Apa yang mereka fikirkan, perubahan yang berlaku telah menyusahkan perjalanan kehidupan seharian mereka...

Persoalannya, adakah kita harus menilai sesuatu perubahan itu dari aspek yang negatif?... Adakah semua perubahan itu memudaratkan dan sentiasa menyusahkan kita???

Aku sebenarnya kurang bersetuju dengan pendapat ini... Bagi aku, sebagai seorang insan dan manusia yang duduk diatas mukabumi Allah yang maha luas ini, kita perlu menerima perubahan yang melanda di sekeliling kita... Aku akui, ada juga perubahan yang berlaku itu membawa kepada keburukan dan kita sebagai seorang manusia yang mempunyai akal fikiran boleh menilai perubahan yang mana satu perlu kita terima dan yang mana satu perlu kita tolak... Di samping itu, ketika kita membuat penilaian, kita seharusnya berfikiran positif dan melihat semua aspek serta sudut sebelum membuat keputusan...

Photobucket
Laman utama Facebook yang baru...

Baru-baru ini, aku dapat lihat perubahan yang telah dilakukan oleh Facebook, satu portal yang aku gunakan untuk berinteraksi bersama rakan-rakan aku... Facebook telahpun mengemaskini laman utamanya (homepage) di mana aku dapat lihat perubahan ketara dari segi kosmetik laman utama portal ini... Segala fungsi menu telah dikemaskini dan dialihkan ketempat yang dikhaskan; begitu juga dengan bahagian interaktifnya (newsfeeds)... Secara jujur, aku sungguh kagum dengan kesungguhan pengelola (admin) laman ini yang berusaha untuk meningkatkan dan menaiktaraf portal interaktif ini... Tahniah dan syabas kepada mereka semua!...

Dalam masa yang sama, aku juga dapat lihat pelbagai komen yang dilemparkan pengguna Facebook yang mana adakalanya bagi aku sedikit ekstrem... Biasalah, ada yang suka, ada yang tidak... Ada tu, siap mengomel dan komplen kata laman ini sungguh mengelirukan selepas dikemaskini... Aku semak semula laman ini dan aku amati betul-betul... Sedikit pun aku tidak rasa keliru dengan perubahan yang dibuat... Semua fungsi yang sebelum ini ada, masih lagi dikekalkan cuma keadaannya agak sedikit berbeza kerana susun letak telahpun dikemaskini... Jadi, apa lagi masalahnya???... Bagi aku, selagi fungsi yang aku gunakan sebelum ini masih lagi ada, tidak salah kiranya pengelola membuat perubahan dari segi susun letak laman utama ini, kan?...

Apa sahaja yang berlaku dalam Facebook adalah ditentukan oleh pengelola... Dan aku amat yakin setiap perubahan yang dilakukan adalah untuk kebaikan bersama... Setiap ciri-ciri yang diubah itu pasti ada sebabnya dan kita sebagai pengguna seharusnya rasa lega kerana mereka masih mampu untuk mengemaskini laman utama ini untuk kemudahan kita... Bukanlah aku kata kita tidak boleh komplen atau bersuara, tetapi sebelum kita berkata sesuatu, kita seharusnya berfikir terlebih dahulu dan menilai sedalam-dalamnya... Jika ianya menyusahkan, pasti kita tidak dapat menggunakan Facebook 100%; mungkin juga ramai yang akan menutup akaun dan beralih ke portal yang lain seperti Twitter dan sebagainya... Aku lihat, ramai yang mampu chat malah sebahagian besar masih boleh mengemaskini status masing-masing di dalam profil mereka... Itu tandanya perubahan yang berlaku tidak menjejaskan apa-apa...

Biasalah, bila ada benda yang baru, orang akan terkial-kial untuk mempelajarinya... Itu standard... Ambil lah masa untuk mengetahui dan mempelajari semua ini... Perlu di ingat, tidak semua perubahan itu menyusahkan dan kita seharusnya berfikiran positif bila berhadapan dengan pembaharuan yang berlaku ini... Sekurang-kurangnya, pengelola masih lagi kreatif dan prihatin kepentingan pengguna seperti kita ini...


Nota kaki:-
Aku rasa laman utama Facebook ini agak menarik, ringkas, tidak mengelirukan dan OK... Tidak tahulah kalau pada pengguna yang lain ianya adalah sebaliknya... Aku boleh menerima perubahan ini dan bagi aku, semua ini adalah untuk kebaikan dan kepentingan bersama...

Entry ini bukan bertujuan untuk menghentam sesiapa tetapi sekadar renungan yang aku ingin kongsi bersama pembaca yang lain... Mungkin juga anda adalah pengguna Facebook... Harap maaf jika ada yang tersinggung dengan gaya penulisanku ini...

Tuesday 3 March 2009

Tidak semua mempunyai bakat dalam bidang seni... Tidak ramai boleh menyanyi atau menari... Tetapi itu tidak bermakna seseorang itu tidak mampu untuk melontarkan suara atau melenggokkan badan mengikui irama muzik yang didendangkan...

Tinggal beberapa hari sahaja lagi cabaran itu akan bermula... Tugasan telah diberikan minggu lepas dan terpulang kepada peserta untuk bekerja di dalam kumpulan bagi menyiapkan 'assignment' yang telah diserahkan... Tiada kompromi, tiada toleransi... Apa yang telah diberikan, harus dilakukan dan disiapkan...

Dalam masa beberapa hari lagi, aku akan berangkat ke A'Famosa untuk sesi "team outing" bersama rakan-rakan yang lain... Kira macam 'team building' jugalah bagi menyiapkan diri menghadapi projek yang telah dirancangkan oleh pihak syarikat... Projek IT yang memang akan memeningkan kepala dan sering membuatkan kita tension akan menduga tahap kesabaran yang ada dalam diri... Apa jua situasi harus ditangani secara professional agar ianya tidak menjadi lebih rumit...

Seronok memang seronok, tetapi setiap waktu disana nanti akan diisi dengan pelbagai program... Dan setiap satu program akan memberikan pengajaran dan manfaat yang bakal digunakan ketika aku menghadapi cabaran ketika menguruskan projek nanti... Pada mulanya, aku ingatkan aku dapat berehat dan bersantai bila berada disana, tetapi kena buat kerja pula... Jadi, peluang untuk bersuka ria ala sendiri-sendiri memang tidak ada... Tak apalah, mereka dah pilih aku dan aku dapat pergi pun sudah cukup bertuah... Bukan semua dapat peluang sebegini; semuanya ditanggung percuma...

Tugasan yang diberikan minggu lepas merupakan persembahan berkumpulan... Aku dan rakan-rakan dikehendaki menari lagu dangdut... Haa nah kau!... Dangdut!!!... Mahu atau tidak, kenalah juga buat... Selepas waktu kerja tadi, aku dan rakan-rakan sempat berkumpul membincangkan mengenai tugasan ini dan perancangan kami untuk persembahan berkumpulan... Sesi latihan juga dimulakan dengan kerjasama semua... Seperti yang aku katakan tadi, tidak semua antara kami boleh menari tetapi kami menganggap bahawa itu bukan satu halangan dan kami akan mencuba sebaik mungkin menyiapkan tugasan yang diberikan...

Memang lucu bila lihat rakan-rakan yang lain menari apatah lagi menari dangdut... Jangan cakap mereka, bila aku lihat diri aku sendiri pun, aku nak tergelak... Lawak betul... Tetapi sifat malu itu berkurangan kerana ketika tiba masanya nanti bukan aku dan rakan sekumpulan sahaja yang kelihatan seperti badut di atas pentas, malah yang lain-lain pun sama... Jadi, tiada apa yang perlu dimalukan dan aku menganggap ianya sebagai satu cabaran dan sekadar suka-suka bersama rakan-rakan...

Bagaimana lah nanti suasana bila tiba masanya... Pasti gamat dengan pelbagai aksi dan gelak tawa dari mereka yang hadir dan membuat persembahan... Aku harap, tiada rakaman yang dibuat... Heheheheeeee....

Monday 2 March 2009

Haaa...

Dah lama aku tak tulis mengenai petua-petua yang bagus dan berguna buat kalian semua... Ada di antara petua ni, memang telah diguna pakai sejak sekian lama dan ada juga yang dihasilkan dari ujikaji orang zaman sekarang...

Kali ini, aku ingin berkongsi satu petua bagaimana hendak mencuci mesin pengisar (blender) supaya bersih... Bagi orang yang sudah biasa ke dapur, blender merupakan satu peralatan yang kerap kali digunakan... Lepas tu, kita tau kalau nak cuci blender tu, punyalah payah!... Maklumlah, dekat bahagian bawah tu sempit sebab ada bilah pisau pengisar dan selalu sisa kisaran tersangkut di celah-celah bilah pisau itu... Agak mustahil juga untuk kita membersihkan bahagian tersebut dengan menggunakan tangan kita... Silap haribulan, jari boleh terluka!...

Aku dapat petua ini dari kawan aku melalui kiriman e-mel... Mari kita semak petua menarik ini...


Cara-cara: -
  1. Masukkan sedikit air dan sedikit bahan pencuci ke dalam blender/mixer
  2. Ambil kulit telur dan masukkan sekali ke dalam blender/mixer tersebut
  3. "ON" kan blender/mixer anda tu sehingga beberapa ketika
Lihatlah hasilnya.

Kulit telur yang anda masukkan ke dalam blender/mixer tersebut akan hancur setelah anda "ON" blender/mixer tersebut. Kulit telur yang telah hancur itu sebenarnya berperanan sebagai "pemberus" bagi mencuci blender anda.

Selain blender/mixer, petua ini juga boleh digunakan untuk membasuh bekas minuman/botol air/kole air yang sukar untuk dibasuh.


Caranya ialah:

  1. Masukkan sedikit air dan sedikit bahan pencuci ke dalam bekas minuman/kole air
  2. Masukkan kulit telur yang telah dihancurkan
  3. Goncangkan bekas minuman/botol air/kole air sehingga kotoran hilang

Mudahkan petua ini?
Cubalah!

Sunday 1 March 2009

Memang payah untuk mengelak dari berbelanja... Apatah lagi kalau ianya harus dilakukan dan kita tiada pilihan yang lain... Setiap barang yang kita miliki ada kosnya... Kos sama ada untuk mendapatkannya atau kos untuk menjaga barang tersebut supaya tahan lama...

Contoh yang paling senang; kereta... Semalam, aku telah menghantar keretaku untuk di servis di pusat servis kereta yang terletak tidak jauh dari rumah aku... Kalau nak jalan kaki pun, boleh... Tapi aku kena bawa kereta aku sebab kereta aku yang perlu di servis... Kalau tak bawa kereta, apa gunanya aku pergi pusat servis tu kan?...

Seperti biasa, rutin pertama ialah memeriksa apa yang rosak dan apa yang perlu ditukar/diganti... Aku memang tidak pernah gagal untuk memastikan kereta aku di servis mengikut jadual... Maklumlah, nak dapat sebiji kereta bukan senang!... Bila dah dapat, kenalah jaga betul-betul dan diservis supaya boleh bertahan lama... Alhamdulillah, ini adalah tahun ke-6 aku menggunakan kereta yang sama... Lama, kan???...

Orang lain selalu cakap dengan aku, "Tak nak tukar kereta ke??... Kereta tu kan dah lama, apa kata kalau tolak dan ambil model/jenama baru???..."

Ho hoo... Bukan senang aku nak tukar barang-barang lebih-lebih lagi jika barang tersebut aku dapatkan dengan hasil dan duit sendiri... Dulu, aku bergolok bergadai dan banyak berhabis untuk kereta kesayanganku ini... Biarpun ianya model tempatan, aku tetap menyukai dan menyayanginya seperti menyayangi diri sendiri... Aku jaga betul-betul, cuci dan bersihkan dan hantar servis untuk memastikan 'condition' nya sentiasa baik... Aku memang tidak bercadang untuk menukar ganti keretaku ini dan akan memakainya sampai bila-bila... Tahun ni merupakan tahun terakhir aku membayar hutang keretaku ini (pinjaman aku selama 7 tahun) dan aku benar-benar gembira kerana tidak lama lagi, aku akan menerima hak milik mutlak keretaku ini...

Setakat ini, keretaku tidak pernah menyusahkan aku dan seringkali menemani dan membawaku kesana kemari... Biarpun ciri-ciri moden tiada pada keretaku ini; tiada 'ABS', tiada 'SRS Airbag', tiada 'auto fold wing mirror', transmisi manual dan sebagainya, aku tetap selesa dan gembira dengan keretaku ini... Kalau sesetengah orang, bila tengok je model kereta baru keluar di pasaran, mulalah tergedik-gedik nak tukar kereta baru... Ada tu, kereta yang dipakai tidak sampai setahun, dah nak tukar... Bagi aku, aku biasa je sebab apa yang aku ada sudah cukup dan memadai... Kalau aku berkenan dan nak sangat pun, aku akan beli lagi satu dan bukan jual kereta yang sedia ada ini... Keretaku ini banyak menyimpan kenangan yang sukar untuk aku lupakan!... Heheheeeee...

Eh, aku pi cerita pasal kereta aku pulak, padahal ada benda lain yang aku nak cerita... Berbalik pada kisah servis kereta tadi, selalunya aku akan berbelanja beberapa ratus ringgit untuk tujuan ini... Paling mahal cas yang dikenakan ialah sebanyak RM300... Tetapi semalam, cas yang dikenakan agak pelik sedikit; mahal berbanding sebelum ini... Tokei kedai tu cas aku sampai RM400 untuk servis kecil/pelinciran... Aku pun tercengang, mak aii... punya la mahal!...

Aku tanyalah balik tokei kedai tu, "Ini berapa lu kasik cas???... Manyak mahal wooo..."

Tokei tu pun selaklah kertas dan rekod yang ada didepan mata, lantas dia membalas, "Itu saya sudah kasi bikin, sudah kasi lu diskaun... Ini halaga sudah kasi lu mulah..."

Aku garu kepala, cuba memahami apakah cas yang dikenakan kepadaku... Aku bertanya pada tokei kedai tu, ini apa, itu apa... Satu persatu aku bertanya... Ternyata, memang banyak benda yang telah rosak dan perlu ditukar... Aku pula, tiada pilihan waktu itu melainkan untuk terpaksa setuju dengan cas bayaran yang aku rasakan agak mahal itu... Kalau ikutkan hati, hendak sahaja aku pergi ke bengkel kereta biasa untuk servis tetapi aku tidak pernah hantar kereta aku kemana-mana bengkel sebelum ini... Aku pun tiada kenalan yang bekerja di bengkel untuk aku rujuk... Kalau ada, boleh aku minta tolong mereka... Biasanya, cas servis di bengkel tidaklah sampai mencecah RM300 - RM400!...

Hakikatnya, semua ini ada kos yang perlu kita fikirkan... Kalau tidak mahu menanggung, jangan guna barang-barang seperti ini... Tetapi itu agak mustahil kerana kita memerlukan kenderaan untuk bergerak kesana kemari... Walaupun terdapat perkhidmatan awam seperti bas, tren dan sebagainya, tidak semua pengangkutan itu dapat memberikan perkhidmatan kepada kita bila kita benar-benar memerlukannya...

Saturday 28 February 2009

Some story I wish to share with all of you...
Happy reading!...
~ Reez ~



This story is about a man who once upon a time was selling Hotdogs by the roadside.

He was illiterate, so he never read newspapers. He was hard of hearing, so he never listened to the radio. His eyes were weak, so he never watched television. But enthusiastically, he sold lots of hotdogs. He was smart enough to offer some attractive schemes to increase his sales.

His sales and profit went up. He ordered more and more raw material and buns and use to sell more. He recruited few more supporting staff to serve more customers. He started offering home deliveries. Eventually he got himself a bigger and better stove. As his business was growing, the son, who had recently graduated from college, joined his father.

Then something strange happened.

The son asked, "Dad, aren't you aware of the great recession that is coming our way?"

The father replied, "No, but tell me about it."

The son said, "The international situation is terrible. The domestic situation is even worse. We should be prepared for the coming bad times."

The man thought that since his son had been to college, read the papers, listened to the radio and watched TV. He ought to know and his advice should not be taken lightly. So the next day onwards, the father cut down his raw material order and buns, took down the colorful signboard, removed all the special schemes he was offering to the customers and was no longer as enthusiastic. He reduced his staff strength by giving layoffs. Very soon, fewer and fewer people bothered to stop at his hotdog stand. And his sales started coming down rapidly, same is the profit.

The father said to his son, "Son, you were right". We are in the middle of a recession and crisis. I am glad you warned me ahead of time."


Moral of the story:
It's all in your MIND!... And we actually FUEL this recession much more than we think we do...



Source : Unknown (E-mail)

Friday 27 February 2009

Kehadiran aku bukan untuk menempah nama, apatah lagi mencari ke'glamor'an (sesuka hati mak bapak aku je men'english'kan Bahasa Melayu... heheheee...) yang kebiasaan dicari oleh segelintir manusia yang suka dirinya dipuji dan disanjung... Aku cuma mahu menjalankan tanggungjawab aku sebagai seorang pekerja yang ditugaskan untuk menjalankan apa yang patut dikerjakan... Itu sahaja...

Aku tidak menyangka, masih terdapat mereka yang meletakkan kepercayaan yang tinggi kepadaku... Apa yang menarik, ramai diantara mereka tidak mengenali diriku secara dalam dan semestinya mereka tidak tahu, karektor yang bagaimanakah dapat menggambarkan diriku yang sebenar... Namun, aku cukup terharu kerana mereka tetap mempercayai diriku ini berdasarkan apa yang mereka lihat dan nampak... Ternyata memang benar, bahasa badan (body language) banyak memainkan peranan ketika kita melihat diri seseorang... Bukan rupa dan fizikal sahaja yang menjadi ukuran bila menilai seseorang tetapi apa yang disampaikan melalui percakapan, cara pemakaian, bahasa badan dan sebagainya juga banyak menyumbang... Jadi, kita seharusnya bersedia dan berhati-hati bila berhadapan dengan seseorang kerana ketika itu, semua yang ada pada kita sedang diperhatikan oleh orang yang berada dihadapan kita...

Mengapa aku yang menjadi pilihan mereka?... Aku cermin diriku kembali, tiada apa yang istimewa... Ketika namaku dipanggil kehadapan, aku cuma seorang lelaki biasa yang tiada apa-apa... Aku cuma jadi diri aku dan aku rasa, tiada alasan yang kukuh mengapa mereka harus memilih aku... Mungkin di mata aku, tiada apa yang dapat aku tunjukkan kecuali diri aku yang sebenar... Mungkin kerana itulah mereka memilih aku; kerana diri aku dan bukan atas sebab yang lain... Perwatakan yang jujur serta ikhlas...

Terima kasih kepada mereka yang mempercayai diri ini... Diri yang serba kekurangan dan tiada apa-apa... Kalau dibandingkan dengan orang lain, terlalu banyak kekurangan yang ada pada diri aku ini... Namun, aku tetap bersyukur kerana mereka tetap memberikan sepenuh kepercayaan dan sokongan 100% kepada aku... Aku pula, hanya memerlukan bantuan dan kerjasama dari mereka semua untuk menjayakan program ini... Insya Allah, aku akan buat sebaik mungkin dan menjalankan tanggungjawab aku seperti yang diamanahkan mereka...

Kumpulan yang terdiri hampir 80 orang ini, memang agak besar dan sukar untuk dikawal... Tetapi, aku tidak mahu memikirkan perkara yang negatif dan jauh didalam sudut hati, aku yakin bahawa aku mampu untuk melakukannya... Jika mereka semua telah menyokong aku dan memberikan kepercayaan mereka, mengapa aku tidak boleh menunaikan apa yang perlu ditunaikan???... Ianya bukan sesuatu yang mustahil untuk dilakukan... Pengalaman sebelum ini juga banyak mengajar aku supaya bertindak mengikut kemampuan dan mengambil langkah yang sewajarnya demi kepentingan bersama... Aku tidak boleh memikirkan tentang diriku sendiri tetapi aku juga perlu 'menjaga' kebajikan rakan-rakan yang lain... "That is why I was voted for..."

Aku mewakili 'suara' mereka, aku juga merupakan ketua kepada mereka, aku merupakan rakan mereka, ahli kumpulan mereka, teman mereka... Untuk program selama 2 hari, 1 malam ini nanti, aku adalah hak milik mereka dan mereka semua adalah hak milik aku... Seharusnya, kami seiring dan sejalan; dan aku dapat lihat, mereka sudah mula memberikan komitmen masing-masing sebentar tadi... Syukur kerana apa yang perlu aku lakukan telahpun dipermudahkan...

Cuma satu yang perlu aku titikberatkan; tanggungjawab aku kepada semua dan aku berdoa agar aku dapat melakukan semua ini dengan jayanya... InsyaAllah....

Doakan aku....


Monday 23 February 2009

Lumrah manusia, memang senang mencari kesalahan orang lain... Kekurangan dan kesalahan sendiri memang tidak nampak... Bila bercakap mengenai kekurangan, wah... bukan main lajunya... Ibarat sungai yang mengalir deras... Bermacam-macam cerita yang keluar...

Bukan aku ingin mengomel... Tidak juga ingin memberontak... Cuma aku tidak faham, apa sebenarnya yang dimahukan?... Puas aku 'adjust' diri aku... Buat itu salah, buat ini salah... Bagaimana lagi yang perlu aku lakukan untuk memuaskan hati yang seringkali tidak pernah faham akan kedudukan ini... Segala-galanya telah aku berikan dan kini, aku tidak tahu apa lagi yang patut aku lakukan untuk meleraikan kekusutan yang melanda...

Dari pengamatan aku (mungkin ini apa yang aku nampak, mungkin tidak bagi orang lain), aku lihat mereka menilai dari aspek luaran tanpa mengetahui akar umbinya... Apa yang mereka tahu, semuanya beres dan boleh dilakukan dengan mudah!... Hakikatnya, ianya agak mustahil jika kita sendiri yang melakukannya... Contoh yang terbaik; aku... Sejak dari mula, aku berusaha untuk memberikan yang terbaik dan jika ada masalah, aku akan cuba mengawalnya supaya ianya tidak terus berleluasa... Aku akui, adakalanya aku menghadapi saat getir dan sukar... Bukan aku tidak cuba, sudah puas aku mencuba dan pelbagai ikhtiar serta inisiatif telah diambil namun gagal!... Bukan aku seorang, rakan aku juga sependapat dengan apa yang aku perkatakan... Kami memang sepakat, adakalanya timbul sifat tidak adil bila isu berkaitan diperbincangkan... Amat sukar juga untuk menyuarakan semua ini jika pemikiran sudah ditetapkan... Ibarat "dead-end" la juga...

Kadang-kala, terasa bosan bila berdepan dengan semua ini... Aku cuma manusia biasa, bukan mempunyai kuasa luarbiasa yang mampu menyelesaikan semua masalah dalam sekelip mata... Banyak lagi perkara yang perlu aku fikirkan dan lakukan dan semua ini memerlukan perhatian aku!... Bukan senang-senang je aku nak lakukan dan semestinya aku memerlukan masa untuk mengambil tindakan... Tambahan pula, orang seperti aku; yang ternyata masih baru di dalam dunia ini... Banyak pengajaran yang aku 'kutip' di sepanjang 'perjalanan' aku dan setiap satunya, aku gunakan untuk membantu menyelesaikan setiap apa yang berada didepan mata... Jadi, sebagai MANUSIA BIASA, pastinya aku memerlukan sedikit masa untuk meneliti dan lakukan apa yang perlu aku lakukan... Kalau silap, aku juga akan kena... Dari silap, baik aku buat betul-betul!...

Itulah, aku rasa kalian pasti setuju dengan aku... Memang susah untuk kita penuhi kehendak orang lain... Jangan kata kehendak orang, kadang-kala kehendak sendiri pun tidak tertunai... Apa yang boleh aku katakan, kini aku terpaksa bergolok-bergadai dan mengorbankan apa yang aku ada demi menyelamatkan diriku sendiri... Dunia sekarang, tidak seperti dahulu... Masing-masing harus berlumba-lumba untuk menyelamatkan diri sendiri; bukan mengejar impian masing-masing...

Sunday 22 February 2009

Buat renungan dan panduan semua...
~ Reez ~


Photobucket

Bila langit mula mendung kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling kita,
"Cuaca buruk je akhir-akhir in ye..." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramai di kalangan Kita yang mengeluh bila hari hujan?
- "Iskkk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..."
- "Alahai, hujan laaagiiii..."
- "Tiap-tiap hari hujan... Susah la macam ni..."
- "Payah nak buat apa-apa kalau hujan..."
- "Tak boleh balik lagi, hujan!..."

Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan DOA, "Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, ya Tuhan kami!... Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami)...

Hakikatnya, hujan itu rahmat...

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula)orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) ." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan? "Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram ini..?" Macam biasa dengar ayat TU kan ? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan...

Sedarkah kita?... Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, DOA mustajab.

Sekarang ini, di tempat Kita hampir tiap-tiap Hari hujan. Tiap-tiap hari ada masa untuk DOA menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun

Ada juga mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah. Lihatlah firman Allah yg bermaksud : "Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru hari ini kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada kita sekarang ini Ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau menyimpannya)" (al-Hijr : 22)

Semoga Ada iktibar untuk peringatan kita.
"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)



Sumber asal : Tidak Diketahui (E-mel)

Saturday 21 February 2009

Bismillahirrahmanirrahim...


Ni cerita sebelum ni (backdated entry)... Aku tak sempat nak cerita sebelum ni sebab tak ada masa sangat... Jadi, hari ini aku berkesempatan nak cerita kat kalian...

"Siapa suka memancing, angkat tangannnnn...."

Awal bulan ni, aku sempat mengikuti satu program memancing anjuran kelab sukan tempat aku bertugas... Menarik juga aktiviti ni... Aku tidak la menyertai aktiviti ini sebab aku memang tak pandai dan tidak minat memancing... Aku pergi kesana pun, sekadar nak isi masa lapang aku sambil mengambil gambar... Sekarang ni pun, aku sudah mula berjinak-jinak didalam bidang fotografi dan cuba untuk mengambil gambar jika ada 'event' yang diadakan pihak syarikat...

Bercakap mengenai memancing, rata-rata yang menyertainya adalah kaum Adam dan tak ramai kaum Hawa yang suka untuk mengikuti program sebegini... Maklumlah, bagi sesetengah orang, program memancing ini ibarat "membuang masa" kerana adakalanya kita akan menunggu berjam-jam hanya untuk mendapatkan seekor ikan... Di samping itu, ianya bergantung pada nasib dan rezeki masing-masing kerana tidak semestinya bila kita memancing, kita akan dapat ikan... Ada waktu, tak dapat langsung!... Kesabaran yang tinggi juga diperlukan untuk menyertai program sebegini kerana kalau kita tidak sabar, memang satu manfaat pun kita tidak akan terima... Teknik dan skil juga perlu ada terutamanya ketika ikan telah memakan umpan yang diletakkan di mata kail joran kita... Nak mendaratkan ikan pun, ada caranya tau!... Bukan main sentap je... Heheheheeee...

Apa yang menarik mengenai program yang dianjurkan ini ialah penyertaan dari kaum Hawa; dimana jumlahnya juga boleh tahan... Aku ingatkan, budak-budak perempuan 'office' aku ni tak berapa minat sangat aktiviti sebegini tapi kali ini, ramai pulak yang menyertainya... Yang paling aku tidak jangka, skil mereka juga lebih kurang sama hebatnya dengan budak-budak lelaki... Ramai juga yang berjaya menangkap ikan!...

Tahniah pada mereka yang berjaya... Semoga selepas ini, aktiviti sebegini dapat dijalankan sekali lagi... InsyaAllah...

Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Thursday 19 February 2009

Dalam keadaan yang tidak menentu sekarang ini, apa sahaja boleh berlaku... Lebih-lebih lagi ketika dunia sedang menghadapi zaman kemelesetan ekonomi... Saban hari aku dengar di corong radio dan kaca televisyen, syarikat-syarikat terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu meneruskan perniagaan akibat kelembapan ekonomi yang melanda... Bila difikirkan semula, rasa sedih dan kasihan juga... Bayangkan jika yang bekerja di dalam syarikat itu terdiri daripada mereka-mereka yang berpendapatan rendah; yang miskin dan tidak berharta... Bagaimanakah nasib mereka jika syarikat tempat mereka bekerja terpaksa di tutup?... Sudah pasti periuk nasi mereka juga terjejas dan mereka terpaksa menanggung pelbagai beban kehidupan selepas itu...

Di negara kita, kelembapan ekonomi dunia telah memberikan kesan yang sangat mendalam terutamanya sektor perindustrian... Tiap-tiap hari kita akan dengar dan tahu, kilang-kilang yang dahulu rancak beroperasi terpaksa membuang pekerja-pekerja mereka kerana kekurangan produksi dan pengeluaran akibat pengurangan permintaan di dalam pasaran... Ramai pekerja terpaksa menganggur tanpa bantuan dan sokongan... Sejumlah dari mereka yang diberhentikan ini merupakan golongan bawahan iaitu mereka yang berpendapatan rendah; sekitar RM300 - RM800 sebulan... Dan tidak lupa juga, kebanyakkan mereka datang dari kawasan yang terpencil, kampung-kampung dan bandar-bandar kecil...

Bilakah semua ini akan berakhir?... Sukar untuk kita jawab kerana berdasarkan laporan dan maklumat yang ada, ia akan mengambil masa yang lama untuk pulih seperti sediakala... Pasaran saham jatuh menjunam, harga pasaran minyak dunia turun, kadar inflasi meningkat dan sebagainya... Jika dahulu; ketika zaman kemelesetan ekonomi pada tahun 1997, kita berjaya mengharungi semua kemelut ini, kali ini aku tidak pasti dan tidak begitu yakin... Bukan kerana aku tidak percaya, tetapi dari apa yang aku tahu dan lihat, ianya tidak begitu memberangsangkan... Timbul rasa bimbang di hati; adakah kita mampu menangani krisis ini seperti mana kita menanganinya pada tahun 1997 yang lepas?... Semestinya, semua ini kita serahkan kepada kerajaan yang memerintah... Ya, kerajaan yang sepatutnya melakukan tugas dan tanggungjawab membela rakyat... Betulkah semua ini adalah tanggungjawab kerajaan???...

Seminggu lepas, boss aku telah menghadiri mesyuarat pengurusan bersama ketua-ketua jabatan yang lain... Banyak isu yang telah dibincangkan dan salah satunya ialah mengenai keuntungan syarikat selepas setengah tahun pertama... Seperti yang dijangka, rekod telah menunjukkan bahawa syarikat tidak mendapat apa-apa keuntungan malah menghadapi kerugian untuk setengah tahun pertama ini... Berita ini amat membimbangkan dan mengejutkan semua pihak dan terbit dalam fikiran masing-masing, ianya adalah tempias dari kelembapan ekonomi yang dihadapi sekarang ini...

Bermula dari situ, pihak pengurusan telah menetapkan bahawa pencapaian syarikat akan dikawal selia dan diletakkan di tahap berjaga-jaga... Pengurangan kos terpaksa dilakukan, belanja dikawal, berkemungkinan bilangan pekerja akan dikeluarkan dari syarikat dan diletakkan ditempat lain dan sebagainya... Situasi kini tidak begitu baik dan apa yang pasti, aku tidak akan merasa pulangan bonus yang enak-enak seperti tahun-tahun yang lepas... Tak apalah, asalkan aku dapat kekalkan kerja aku, itu sudah memadai... Dari kena buang dan tiada pekerjaan langsung!!!...

Apa sahaja boleh berlaku di waktu ini... Sebab itu pengurus aku sentiasa mengingatkan aku dan rakan-rakan yang lain supaya "menjaga" diri masing-masing kerana apa sahaja yang kami lakukan akan memberikan kesan kepada pencapaian kerja kami... Jika tidak baik, maka nahaslah jawabnya... Pihak pengurusan tidak boleh memberikan kelonggaran seperti dahulu, "every action will be accountable..."

Di ketika ini, aku terbayang masa depan aku... Jika ini masih berterusan, maka agak sukar sedikit untuk aku mengejar impian yang selama ini telah aku tanam... Bukan tidak boleh, tetapi jika kerja makan gaji macam aku ni memerlukan masa yang panjang dan jika keadaan tidak mengizinkan; contohnya seperti sekarang, aku hanya mampu berdoa agar aku diselamatkan dari segala permasalahan yang ada... Aku tidak sanggup kecundang kerana aku masih mempunyai tanggungan yang perlu diberi perhatian...


Wednesday 18 February 2009

Some good info I found from internet/mail...
Would love to share with you guys... Enjoy reading!....



Have you ever felt exasperated when you bumped into someone at the store but absolutely couldn't remember their name? Sure, it happens to all of us.

Despite being the strongest computer on the planet, our brains do lapse. It's hard to blame them really. As humans, we spend much of or existence stuffing our brains with stuff.

No matter how powerful our brains are, they need recuperation time to be kept in shape. Think of it as a tune up for your brain. Skipping brain maintenance is as silly as the person wandering the parking garage because they forgot where they parked. Is that you? Are you that person? If so, fear not; we are all that person at some point.

Now I am not a brain surgeon and I am not going to suggest you do anything surgical or dangerous. I am however an astute student of human behavior so I always look for simple ways to super charge my brain.

Here are some things you can begin doing as soon as today to begin the great brain tune up:


Eat Almonds
Almond is believed to improve memory. If a combination of almond oil and milk is taken together before going to bed or after getting up at morning, it strengthens our memory power. Almond milk is prepared by crushing the almonds without the outer cover and adding water and sugar to it.


Drink Apple Juice
Research from the University of Massachusetts Lowell (UML) indicates that apple juice increases the production of the essential neurotransmitter acetylcholine in the brain, resulting in an increased memory power.


Sleep well
Research indicates that the long-term memory is consolidated during sleep by replaying the images of the experiences of the day. These repeated playbacks program the subconscious mind to store these images and other related information.


Enjoy simple Pleasures
Stress drains our brainpower. A stress-ridden mind consumes much of our memory resources to leave us with a feeble mind. Make a habit to engage yourself in few simple pleasures everyday to dissolve stress from your mind. Some of these simple pleasures are good for your mind, body and soul.
- Enjoy music you love
- Play with your children
- Appreciate others
- Run few miles a day, bike or swim
- Start a blog
- Take a yoga class or Total Wellness routine


Exercise your mind
Just as physical exercise is essential for a strong body, mental exercise is equally essential for a sharp and agile mind. Have you noticed that children have far superior brainpower than an adult does? Children have playful minds. A playful mind exhibits superior memory power. Engage in some of the activities that require your mind to remain active and playful.
- Play scrabble or crossword puzzle
- Volunteer
- Interact with others
- Start a new hobby such as blogging, reading, painting, bird watching
- Learn new skill or a foreign language


Practice Yoga or Meditation
Yoga or Meditation relives stress. Stress is a known memory buster. With less stress, lower blood pressure, slower respiration, slower metabolism, and released muscle tension follows. All of these factors contribute significantly towards increases in our brainpower.


Reduce Sugar intake
Sugar is a non-food. It's a form of carbohydrate that offers illusionary energy, only to cause a downhill slump once the initial burst has been worn off. Excess intake of sugar results in neurotic symptoms. Excess sugar is known to cause claustrophobia, memory loss and other neurotic disorders. Eat food without adding sugar. Stay away from sweet drinks or excess consumption of caffeine with sugar.


Eat whole wheat
The whole wheat germs contain lecithin. Lecithin helps ease the problem of the hardening of the arteries, which often impairs brain functioning.


Eat a light meal at night
A heavy meal at night causes tossing and turning and a prolonged emotional stress while at sleep. It's wise to eat heavy meal during the day when our body is in motion to consume the heavy in-take. Eating a light meal with some fruits allows us to sleep well. A good night sleep strengthens our brainpower.


Develop imagination
Greeks mastered the principle of imagination and association to memorize everything. This technique requires one to develop a vivid and colorful imagination that can be linked to a known object. If you involve all your senses - touching, feeling, smelling, hearing and seeing in the imagination process, you can remember greater details of the event.


Control your temper
Bleached food, excess of starch or excess of white bread can lead to nerve grating effect. This results in a violent and some time depressive behavior. Eat fresh vegetables. Drink lots of water and meditate or practice yoga to relieve these toxic emotions of temper and stressful mood swings.


Take Vitamin B-complex
Vitamin B-complex strengthens memory power. Eat food and vegetables high in Vitamin B-complex. Stay away from the starch food or white bread, which depletes the Vitamin B-complex necessary for a healthy mind.




Source : Unknown (E-mail)

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.