Friday 30 June 2006

Aduuhhhh....

Lega rasanya hati ini bila peperiksaan aku yang berlansung selama 3 jam bermula pukul 10.00 pagi sehinggalah 1.00 tengahari berakhir! Aku rasa bebas yang teramat sangat dan jarang sekali aku dapat menikmati saat saat dimana aku tidak perlu risau dan bekejar ke kelas setiap pagi Sabtu...

Untuk pengetahuan kalian, peperiksaan tadi adalah peperiksaan terakhir untuk module terakhir aku.. Sedar atau tidak, sudah genap setahun aku belajar, bertungkus lumus membuat assignment dan sebagainya... Tepat jam 1.00 tadi, berakhirlah segala galanya... Sudah mesti aku akan merindui saat2 manis pergi ke kelas bersama rakan rakan...

Bercakap mengenai peperiksaan, memang ramai yang tidak suka! Yelah, peperiksaan banyak menduga sejauh mana kemampuan kita memahami subjek yang telah kita pelajari.. Macam aku, bukan aku tak suka peperiksaan, cuma yang aku tak tahan ialah jari jemari aku nie macam dah nak tercabut menulis diatas kertas jawapan.... Dengan had masa yang memang menduga kecekalan kita (3 jam) dan banyak soalan yang nak kene jawab (especially essay question)... memang kita akan rasa tertekan... Aku kadang2 pasrah dengan apa yang bakal aku terima selepas itu... Jika ada rezeki, dapatlah aku keputusan yang cemerlang.... Kalau tidak, sekadar lulus ajelah...

Jauh disudut hati aku, aku memang mensasarkan keputusan cemerlang bila menduduki ape2 peperiksaan.. Macam kelas yang aku ambil nie, ade 5 module aku nak kene lalui dan setiap satu module memang mencabar kewibawaan aku... Semua subjek tu memang berguna dimasa hadapan.. Jadi, perhatian dan tumpuan yang telah aku berikan selama ini memang 100%.. Sehinggakan aku sanggup ambil cuti yang panjang untuk buat ulangkaji pelajaran sebelum tiba hari peperiksaan...

Alhamdulillah, aku lega kerana tadi, semuanya sudah selesai... Rasa seperti balak yang ade atas kepala telah dilepaskan.... Ringan seringan ringannya kepala otak aku skarang...

Legaaaaa........................

Sunday 25 June 2006

Hi...

Seronok betul aku hari ini... Setelah sekian lamanya, aku tak makan besar bersama dengan kawan kawan aku.. Kali ini, aku berpeluang makan besar kat luar beramai ramai... Majlis yang telah dianjurkan oleh rakan2 lama department aku berlangsung di Melting Pot Restaurant, Concorde Hotel, Kuala Lumpur...

Majlis ni diadakan sempena menghabiskan duit fund department yang dikutip setiap bulan dari semua orang... So, hasil dari kutipan tu, dapatlah kami melangsungkan beberapa acara dan aktiviti untuk semua staff... Lama gak kami buat collection... Dekat 3 tahun dah fund nie exist... Setiap bulan, RM 5 akan dikutip dan hasil dari kutipan inilah kami dapat menjalankan aktiviti seperti Hari Keluarga, Mini Sports dan sebagainya... So kali ini, pada asalnya kami nak buat trip tapi memandangkan duit fund tu tak cukup dan masa pun singkat, tak dapatlah kami nak organize big event lagi... Maybe next time lah kot.... So, yang kami mampu ialah buat makan makan aje... Tu pun bukan dinner tapi lunch dan hi-tea aje.. Oklah tu kan... Bukan makan kat kedai mamak ke ape... Makan kat hotel... Just for fun aje...

Sambil makan, ade jugak cabutan bertuah dan hadiah cenderamata... Dah le dapat makan, dapat hadiah lak lagi ! Bestnye...

Oklah, aku malas nak taip panjang2... Kalian tengoklah gambar yang sempat aku rakamkan tadi... Mungkin korang dapat idea lak nak buat cam ex-department aku nie... Kalau perlukan info tentang restaurant nie ataupun Concorde Hotel, KL... bagitau aku... Aku boleh dapatkan...

Chowwwwww......















Saturday 24 June 2006

Pagi2 buta lagi aku dah bangun sebab hari ini, ade event aku nak kene handle...

Seperti biasalah, company aku ade buat Futsal Tournament kat Bukit Jalil... So, sebagai jawatankuasa Kelab Sukan syarikat aku, aku dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan aktiviti tahunan ini... Macam2 persiapan telah aku dan rakan2 yang lakukan bagi menjayakan acara ini...





Seawal jam 7.00 pagi, aku telah keluar dari rumah bertolak ke Bukit Jalil... Sempat lagi aku ke Gurney Height; pick up kawan aku... Keadaan jalan amat baik dan ini sedikit sebanyak melancarkan program yang telah dirancangkan... Sampai aje kat Kompleks Futsal Bukit Jalil, seperti sedia maklum, aku bekerja tanpa henti... Pergerakan aku pantas... Macam lipas kudung... Kehulu... kehilir.... Yelahkan, masa tidak seharusnya dibazirkan begitu saja... Banyak perkara yang nak kene uruskan seperti menyediakan tempat pendaftaran, periksa itu dan ini dan sebagainya sebelum acara bermula.... Hadirin lak, semakin lama... semakin ramai.... Seronok !





Futsal kali ini melibatkan ramai peserta dari pelbagai entiti dalam syarikat aku... Yang istimewanya, bukan hanya kaum lelaki saja yang menghantar pasukan, malah kaum wanita juga ingin turut serta... Surprisingly, ada 6 pasukan wanita yang bakal bertanding! Boleh tahan juga dia orang nie... Masing2 ganas - ganas !!





Sayangnya, disebabkan perkara yang tidak dapat dielakkan, aku tak boleh stay sampai semua game habis... Aku terpaksa beredar dari situ sebab nak kene uruskan perkara yang lain... Sebaik saja semua benda terkawal, aku serahkan tanggungjawab aku kepada jawatankuasa yang lain dan aku yakin, mereka boleh meneruskan apa yang patut...

Yang penting, semua hadirin dan peserta happy.... Aku tak tahu ape jadi selepas aku beredar dan aku berharap agar semuanya terkawal....

Thursday 22 June 2006

Aku terkasima bila mendengar kawan yang belajar sekali dengan aku bercerita... Tak sangka, orang yang petah bercakap, lincah, happy selalu rupa rupanya menyimpan seribu satu kisah duka kehidupan... Bak kata pepatah, "berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul"... Benarlah perumpamaan ini... Kita tidak tahu, dalam kita menghadapi kesusahan, ramai lagi yang kat luar sana menghadapi masalah dan keperitan hidup yang lagi teruk dari kita... Maka, haruslah kita bersyukur dengan kenikmatan yang kita miliki sementara ini...

Kisah bermula bila aku sedang sibuk buat group discussion dengan few of my friends... Then, suddenly, one of us bertanya satu soalan yang memang tak de kene mengene dengan subjek yang kami study tu... Its OKlah kan.. sometimes, when we do group discussion, we also need to take a break... Kalau asyik dok cerita pasal belajar aje, boringlah... Nanti dari elok2 nak ulangkaji, terus tak de mood dan tak jadi...

So, question yang kawan aku tanya simple aje... "kenape kau tak kawin lagi, Sa*** ?".... Well, to some of us, soalan nie memang soalan cepu mas buat dia orang.. Especially to those yang memang dah lanjut umur... Setiap kali pergi kenduri kendara (lebih lebih lagi kenduri kawin saudara mara) soalan nie paling hangat ditanya... Bagi orang yang ditanya tu, sudah mesti dia orang mempunyai sebab musabab yang memang masuk akal... Cam aku nie haa... Umur dah 27 tahun... ramai yang tanya aku bila nak kawin... Kadang2 tu naik rimas aku dibuatnya... Kadang2 aku dah bengang sangat, aku cakap aje... macam mane nak kawin kalau tak de duit? Ingat kawin tu senang ke? Tapi memang betul pun... Kalau rasa2 belum dapat nak memikul tanggungjawab bekeluarga, jangan carik penyakit... Nanti esok lusa, makan diri lak nanti... Susah lak hidup lepas tu....

Berbalik pada cerita kawan aku nie, dia adalah bagitau aku lepas tu... masa tu bila semua orang dah balik... Yelah, dia segan nak cerita sebab takut nanti orang lain tak paham dan sindir2 dia... Dia tak suka... Fine... Maybe dia percaya kat aku, sebab tu dia cerita... Aku pun bukan nak mengaibkan sesiapa cuma aku rasa cerita dia nie boleh dijadikan pengajaran paling berguna buat kita semua...

Dia nie sebenarnya nak sangat kawin... Sepatutnya tahun lepas lagi dia dah kawin.. Umur dia nie pun dah lanjut... Tak le tua sangat tapi bagi seorang perempuan, kita tua lah.... 29 tahun. Masalah dia nie sebenarnya agak rumit sikit... Keluarga menjadi penghalangnya... Mak ayah memang ade lagi tapi tak duduk sekali... Dia nie sejak lahir telah diberikan kepada nenek dan datuk untuk dijaga.. Lepas lahir, dia diserahkan kepada 'keluarga angkat'. Parents nye lepas tu terus berpindah dan tak pernah ambil peduli dirinya... Kalau ikutkan cerita dia, mak ayah dia tak suka dengan dia sebab dia nie masa kecik berkulit gelap... Tak tahulah aku betul ke idak sebab parents dia seperti tak nak terima dia sebagai anak... Dia lak ade ramai adik beradik dan semuanya tak sama seperti dia... Semuanya cerah... Macam cerita Dayang Senandung pulak kan ?

And then, dari kecik sampailah besar, nenek dan datuk dia jaga... Sekolah pun boleh tahan pandainya.. UPSR dapat 5A... Dapat masuk sekolah asrama dan keputusan SRP dan SPM pun amat memuaskan... Bila tiba peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi, dia memohon UPU... Sekali dapat.... Tapi masa tukan semuanya nak kene pakai belanja yang besar.. So, nenek dan datuk memang tak banyak duit (yelah, dah pencen... manelah ade gaji yang masyuk)... So mereka bergantung pada duit pencen ajelah nak hidup... Duduk pun kat kawasan setinggan kat Sentul. And then, memandangkan dia nak sangat masuk U, dia pun mintaklah tolong dari mak ayah dia... Nak tahu mak ayah dia kata ape?.... "tak payahle masuk U tu.. buang duit aje... kau tu pun bukannye pandai sangat..."

Terkejut aku bila dengar dia cakap macam tu... Ibu bapa kandung boleh cakap macam tu pada anak2... Sedangkan adik beradik dia yang lain semuanya berjaya dalam pelajaran.. Bila tiba turn dia, semuanya disekat... Kenape ye? Kenape ade perbezaan begitu ??? Aku sendiri pun tak paham... Dengan perasaan sedih dan berat hati, terpaksa dia kuburkan cita cita dia nak masuk U... Memandangkan hidup dia susah, terus dia cari kerja sampailah sekarang nie...

Dia adelah bagitau aku, bila dia diterima untuk sambung belajar kat office (ambil course cam aku nie), dia happy giler! Dia bersyukur sangat sebab terpilih... Dia dah nekad, dia akan buat betul2 untuk setiap peperiksaan yang dia duduki... Aku sebagai kawan dia, memang nampak dia berusaha sungguh2. Eloklah camtu...

Pasal kawin tu, satu hal lak... Tahun lepas, adelah dia bawak balik bakal tunang dia berjumpa dengan ibubapa kandung dia... Konon2 nya nak memperkenalkan kepada ahli keluarga dan minta restu... Kekasihnya nie baik orangnya.. Kerja sebagai Executive IT dekat salah sebuah syarikat kat Kuala Lumpur... Cara hidup sederhana aje sebab mak ayah si kekasih nie dulu datang dari keluarga susah... Nama kekasih dia nie lak sama ngan nama aku... Bila dengar, segan lak aku... Yelah, bila dia sebut nama kekasihnya, tak ke aku yang terasa ? Tak kisahlah tu...

Bila time jumpa tu... maklumlah.. orang kalau dah benci, ngan semua yang berkait pun dia akan benci kan... Boleh mak dia tanya kekasih dia nie kerja ape? Lepas tu siap tanya gaji brape lagik.... Dah tanya tu, tanya lak duduk kat mane... umah ape... pakai kereta ape... dan macam macam lagilah soalan yang pelik2 ! Tak paham aku.. Ape kene dengan mak dia nie? Giler ke ape? Rupa rupanya, bila aku find out, mak dia nie saje nak kenekan dia nie... Boleh mak dia kata, "kalau nak kawin ngan dia nie (kawan aku), boleh... tapi hantaran kene RM 10,000.00 keatas...." Belanja kawin semua pihak lelaki kene tanggung! E ehh... ade pulak macam nie... Mak ayah dia tak nak keluarkan satu sen pun! Subhanallahhhh.....

Aku dengar, terus aku cam sedih giler! Apelah dosa dia sampai cam nie sekali dia hukum kawan aku nie.. Padahal, sepanjang hidup dia, tak pernah pun dia minta ape2 dari mak ayah dia... Tak pernah pun dia menyusahkan orang tuanya... Takkan nak kawin pun dia nak seksakan anak kandung sendiri ?! Aku bukan ape, dahle dia nie perempuan... Nak kawin, ayah kene jadik wali.. kalau tak, macam mane nak kawin ???

Dia pun adelah cakap, dia dah pujuk mak ayah dia.. tapi masih lagi menemui jalan buntu... Lepas tu dia ikhtiar cara lain... Dia minta tolong semua makcik dan pakcik dia.. Pun tak menjadi jugak.. Sampai bergaduh gaduh satu keluarga... Aku kesian kat dia nie.... Padanlah kadang2 tu bila orang cerita pasal kawin, air muka dia berubah.. Sedih dia... Aku pun tak suka nak bagi dia rasa sedih, aku cuma berpesan supaya dia banyak mengucap dan bersabar... Aku suruh dia buat sembahyang hajat dan sembahyang istikharah minta Allah lembutkan hati mak ayah dia tu...

Itulah dia kisah hidup kawan aku yang sorang nie.. Nak di imbas kembali, memang tak terdaya... Sedih aku bila memikirkan nasib dia nie.. Tulah kita nie manusia nasib tak sama... Mungkin ade yang gembira, mungkin ade yang duka...

Kawan aku nie lak skarang nie dah macam anak yatim... Nenek dan datuk dah meninggal.. Tak de siape yang jaga. Duduk pun sorang2 kat rumah peninggalan arwah nenek... Tu pun baru2 nie kene halau sebab setinggan kat Sentul tu akan dirobohkan... Bayangkan, kat mane lagilah dia nak tinggal? Walaupun boleh menyewa, tapi sampai bila? Ngan siape dia nak mengadu masalah dan nasib ?

Semoga dia terus tabah menghadapi liku hidup ini.....

Tuesday 20 June 2006

Bila cikgu dihadapan mula membentang perkara dan isu yang bakal keluar untuk final exam Jumaat depan, aku mula panik... Panik bukan kerana tidak tahu apa yang sedang diperkatakan... cuma aku panik dan risau dengan persiapan aku dan rakan rakan yang lain...

Masing2 masuk kelas dengan muka yang sah sah kepenatan, mata merah dan tidak bermaya... Jelas, tiada minat terpancar diwajah mereka... Aku confident, nie kalau cikgu tanya, sure mereka semua menganga lepas nie... Tak tahu apa nak jawab... Tulah masalahnya kalau buat kelas petang... Sure, confidence level drop giler ba**..... Kalian tahu ape yang aku maksudkan...

Anyway, nak tak nak... kene teruskan juga... Berbagai perkara dan so called 'tips' cikgu aku bagi... Semua ni sebab dia (cikgu) sayang kat kita orang... Tak nak kami semua ada masalah bila masuk dewan periksa nanti... Lagipun, nie last paper kita orang, so kalau boleh cikgu tu nak le tengok peratus lulus tu mencapai tahap 95% ke 100%... Tapi tulah, dia orang nie (classmate aku) bukan reti nak appreciate apa yang telah cikgu nie lakukan... Lagi nak ambil kesempatan... Kadang2 aku kesian kat cikgu sebab bila dia sibuk menulis kat papan putih dan menerangkan apa yang telah ditulis, tak semua beri perhatian... Masing masing, main main... Malah ada yang buat gangguan... Aku kalau di ikutkan hati, nak aje halau dia orang nie keluar dari kelas... Memang le aku mempunyai kuasa mutlak buat camtu sebab aku nie ketua kelas... Tapi kesianlah kan... Dahla terpaksa stayback untuk datang kelas, pastu kene halau lak... So, terpaksa aku pendamkan saja...
Aku cuma berharap agar semua classmate aku mengambil kesempatan dan waktu yang ada untuk buat ulangkaji sekerap mungkin.. Macam aku, aku memang ade group discussion sendiri dan hampir setiap petang kami berjumpa dan berbincang tentang apa yang telah kami pelajari selama ini... Aku berharap mereka semua tidak menghadapi masalah dan berjaya dalam peperiksaan kali ini...
Doakan aku....

Monday 19 June 2006

Hatiku berbunga kembali...

Saat2 indah yang dulu telah lama menghilang kembali mekar... Aku tersenyum bila memikirkan semula saat itu.. Alangkah indahnya... Tak ingin sesekali aku berlalu pergi... Ingin saja aku ulangi semula setiap kali...

Kalian mungkin tertanya tanya apa maksudku kali ini... Dia yang kunanti telah muncul kembali... Memberi sinar bahagia dan kegembiraan... Sewaktu aku sedang sibuk mengerjakan tugas diatas meja, tiba tiba muncul satu mesej melalui YM yang aku buka... Dia yang ku sayang dan cinta telah mengirim khabar dan berita...

Lama juga kami berbual... Sehingga aku tidak sedar masa berlalu dengan pantas... Leka sehingga tertangguh segala kerja... Banyak perkara yang berada difikiranku ini keluar satu persatu ibarat air yang mengalir di sungai... Dan dalam masa yang sama juga, dia tidak pernah gagal untuk membalas apa yang telah ku ajukan... Betapa sayangnya aku pada si dia... Rindu dihati tidak tertahan lagi... Ingin saja aku keluar dari pejabat... pergi bersua muka dengannya... Ingin saja aku keluar dari pejabat... pergi berjumpa dan berpelukan dengannya... Agar terlunas apa yang terbuku di lubuk hati...

Sesekali, YM aku buat hal... Terkeluar tanpa notis... Dan dikala itu juga... keresahan datang melanda... Apalah tanggapan si dia... Terus aku sambungkan semula... Agar tidak timbul syak wasangka...

Tidak cukup siang... sehingga kemalam perbualan diteruskan... Tak cukup YM, handphone kami gunakan... Tiap saat dan ketika, berbunyi saja... Ada saja yang ingin diperkatakan... Apakah erti semua ini? Mabuk cinta kah aku ????

Friday 16 June 2006

Hari ni memang aku sibuk giler...

Maklumlah, dah hari terakhir bekerja dalam minggu ini... Esok dah memang tak kerja... So, aku ambil kesempatan ini untuk menyiapkan apa yang patut... Tengok keadaan meja aku, memang sukar untuk digambarkan... Penuh dengan segala benda... Bagi aku, semua nie biasa dan normal.. Keje memang sampai bila pun tak habis... Kalau dah susut sikit, after few hours, bertambah balik... Tak sempat aku nak rehat... Tak sempat aku nak enjoy masa aku kat pejabat...
Sambil2 aku buat kerja tu.. aku masuk YM kejap... Tengok siapa yang singgah... Bila dah sign on tu, aku tersenyum gembira bila melihat nama yang memang aku tunggu2 selama ini muncul... Dia online rupanya hari ini... So, tanpa berlengah.. aku tegur dia dan beri salam... Seronok bila dia respon balik... Kami berborak rancak... Macam2 benda kami bualkan... Dari hal kerja sampailah ke hal peribadi... Kadang2 aku banyak berangan.. Berangan kalau2 dia akan menyimpan hasrat dan perasaan yang sama seperti aku... Yelah, kalau kita dah minat kat seseorang tu kan, of courselah kita akan sentiasa ternanti nanti response dari dia... Berdebar debar rasanya bila mesej dari dia masuk.. Takut kalau2 aku kecewa dengan jawapannya... Tapi setiap kali aku terima balasannya, aku gembira kerana semuanya positif... Alhamdulillah.. Semoga semuanya akan kekal begini selama lamanya...
Aku yang tadi sibuk terus terlupa dengan kerja2 aku.. Memang betul orang cakap, cinta dan kasih sayang banyak melekakan kita! Sebab itu kita tidak digalakkan bermain dengan cinta, hati dan perasaan kerana ianya banyak mempengaruhi perjalanan hidup kita.. Tapi entahlah, manusia biasa macam kita nie memang lemah dan tak berdaya untuk menolak rasa cinta itu... Kita sering terbuai buai dan leka dengan semua ini....
Aku berharap, berdasarkan pengalaman dan kisah silam... aku akan temui apa yang dihajati.. Dan aku berharap agar dia nie merupakan pilihanku yang tepat...
"Pergilah duka, datanglah cinta........"

Thursday 15 June 2006

Apelah punye beng*** boss aku nie...

Hari ini seharian aku duduk kat tempat aku... Kira kali ini konsentrasi dan tumpuan aku pada kerja2 yang berada diatas meja memang ditahap yang paling maksima... Jarang aku memperoleh konsentrasi macam nie... Mungkin pasal aku nak cepat2 siapkan kot... Tu pasal aku tak toleh kiri kanan.... Leka buat kerja....

Yang aku geramnya, boss aku nie... Asyik2 nak membebel dengan aku... Dari pagi sampaila ke petang.... Tak habis habis... Entah apa yang silap pun aku tak tahu... Yang aku tak tahannye, bila dia cakap sesuatu yang memang tak de kaitan dengan aku... At the end, aku lak dipersalahkannya.. Ek eleh.... Nie ape bendanya nih ?? Tiba2 aje dia sound aku...

Aku nie lak, dah ler tengah concentrate ngan kerja aku, terus aku hilang tumpuan... Apa lagi, ibarat menjolok sarang tebuan lah gamaknya... Terus aku pandang dia dan tanya dia balik "What have I done to you ?" Masa tu perasaan geram bercampur marah ada dalam hati aku.. So korang imaginelah kan macam mane nada suara aku time tu... Banyak mata2 yang memandang... Aku pun tak sedar dan semuanya keluar dari mulut aku macam air yang mengalir.. Laju aje perkataan tu keluar...

Aku pun masa tu tak nak mengeruhkan lagi keadaan, terus keluar turun ke cafeteria gie minum... Cari ketenangan... Nasib baik time tu dah lepas office hour so tak de siape boleh halang aku nak kemane mane... Masa aku duduk sorang sorang tu, aku termenung memikirkan ape yang telah aku lakukan... Tak pernah sebelum nie aku meninggi kan suara pada pihak atasan.. Kali ini, berani betul aku buat camtu... Habislah rosak rekod aku lepas nie... Risau gak.... Tapi bila difikirkan semula, at least aku dah luahkan rasa hati aku time tu.. Yelah, dia ingat kita nie kuli dia boleh buat sesuka hati?

Jauh disudut hati aku, rasa kesal yang teramat sangat... Mood pun tak de... Entahlah... malas nak fikir...

Wednesday 14 June 2006

What is mindfulness?

Mindfulness is paying attention. Sounds simple doesn't it? Unfortunately, most of us rarely pay attention including me!. Our minds wander to the past or worry about the future leaving little time to be aware of the present moment.

This can lead to stress. And over time, stress will take its toll on your physical and mental well-being. Well, to some extent, we need to manage and try to overcome this scenario. Here are some simple strategies to help you manage your stress at work by being mindful.

  1. Create rituals
  2. Each day as you park your car at the workplace, be aware of your surroundings. As you get out of your car, say some positive words to yourself such as "I will give excellent service today" or "I will treat others with kindness today and others with treat me with kindness in return"
  3. Be aware of your breath
  4. Each time the phone rings take a deep breath before answering. This will centre you and help you to be present to the person calling you.
  5. Be aware of your tension
  6. While on the phone, check out where you are holding tension. Gently stretch your tense muscles. If your shoulders are tight, roll them forward a few times and then back.
  7. Walk mindfully
  8. Be aware of your feet with each step you take. Choose a word of a short phrase that is meaningful to you. Each time you get up to walk down a hall or to the test room, repeat your phrase as you walk. Someone who always feels worried may want to say "peace" of "peach in mind"
  9. Centre
  10. Pay attention to your breathing. Are you breaths short or shallow? Take a deep breath
  11. Listen
  12. Really listen as others are speaking. Look at them, hear their words, and watch their body language. Refrain from speaking until they are clearly done speaking. Give each person your full attention and you will find your relationships will improve and you'll have far less miscommunications on the job
Try one of these and as often you practice, you will find your breathing is easier, your muscles less tense, and that there are many joyful moments to be found in each day!
Wow !!!! ....
Source : NST, May 20, 06

Tuesday 13 June 2006

Kalau kalianlah, kehidupan yang macam mane yang kalian kategorikan sebagai gembira? Adakah dengan memiliki harta yang bertimbun timbun akan membuatkan kalian gembira sepanjang masa? Bagi akulah, harta semata mata tidak akan menjamin apa apa sebab harta dan wang ringgit, bila2 masa boleh susut dan habis... Dari apa yang aku amati, ramai orang yang berharta ini hidup mereka tak tenang kerana sentiasa diburu kerisauan... Yelah, mereka mungkin menjadi tarikan dan perhatian orang yang berniat tak baik (seperti perompak dan pembunuh) dan sebagainya.. Jadi, kita tak boleh nak cakap bahawa banyak harta dan wang akan menjamin kegembiraan...

Aku tak pasti ape pendapat kalian, tapi aku rasa setiap apa yang kita miliki berlandaskan hukum dan hikmah yang tersendiri.. Begitu juga dengan kebahagiaan dan kegembiraan.. Jika kita ingin hidup gembira, kita perlu sedar dan tahu bahawa: -


  • Tuhan tidak menjanjikan hari hari tanpa sakit, tertawa tanpa kesedihan, matahari tanpa hujan, tetapi Dia menjanjikan kekuatan untuk hari itu, kebahagiaan untuk air mata, dan terang dalam perjalanan

  • Kekecewaan bagai "polisi tidur", ini akan melambatkan anda sedikit tetapi andalah selanjutnya akan menikmati jalan rata.

  • Teruskan melangkah

  • Ketika anda kecewa kerana tidak memperoleh apa yang anda kehendaki, terimalah hakikat dan bergembiralah, kerana Tuhan akan memikirkan sesuatu yang lebih baik untuk diri anda...

  • Saat terjadi sesuatu pada anda, baik atau buruk, pertimbangkanlah hikmah disebaliknya...

  • Ada satu maksud untuk setiap kejadian dalam kehidupan, mengajar anda bagaimana lebih sering kali tertawa atau tidak terlalu kerap menangis.

  • Anda tidak boleh memaksa seseorang mencintai anda, apa yang dapat anda lakukan hanyalah membiarkan diri anda untuk dicintai, selebihnya ada pada orang itu untuk menilai diri anda.

  • Ukuran cinta adalah saat anda mencintai tanpa batas.

  • Dalam kehidupan jarang akan anda temui seseorang yang anda cintai dan orang itu mencintai anda juga.

  • Jadi sekali anda memperoleh cinta, jangan lepaskan. Kemungkinan cinta itu tidak akan kembali lagi.

  • Lebih baik kehilangan harga diri kepada orang yang mencintai anda daripada anda kehilangan orang yang anda cintai kerana harga diri anda.

  • Kita terlalu membuang masa untuk mencari orang yang sesuai untuk dicintai atau melihat kesalahan pada orang yang telah kita cintai, seharusnya kita menyempurnakan cinta yang kita berikan.

  • Jika anda sungguh sungguh cintakan seseorang, janganlah mencari kekurangannya, jangan mencari alasan dan jangan mencari kesalahannya.

  • Malahan, anda atasi kesalahan itu, terima kekurangan itu dan jangan anda hiraukan alasan itu.

  • Jangan pernah meninggalkan rakan lama. Anda tidak akan pernah mendapat penggantinya.

  • Persahabatan adalah bagai anggur, tambah lama akan bertambah baik!

Ermm... Begitulah kiranya kalau kita ingin hidup bahagia... Tapi kadang2 sukar gak untuk kita laksanakan yang sepatutnya kita laksanakan... Itulah manusia.. Lemah dan tak kuat... Fikir fikirkan.....

Monday 12 June 2006

Salam sejahtera

Hari ini aku nekad tak nak kemane mane... Walaupun dalam hati aku terdetik aku nak keluar berjalan jalan, tapi aku terpaksa kuatkan semangat untuk tidak berbuat demikian... Memanglah keputusan ditangan aku, tapi kalau di ikutkan hati dan perasaan memang binasalah segala perancangan...

Sebenarnya, aku nak kene siapkan satu kerja yang tertangguh sejak seminggu yang lalu... Kerja nie bukan aku yang punya, tapi anak kepada rakan sepejabat aku... Mungkin kalian tertanya tanya, ape kene mengena kerja nie dengan aku kan ? Cam nie ceritanya, anak kawan aku nie nak ambil peperiksaan SPM tahun nie... Paper Lukisan adalah salah satu dari subject yang dia kene ambil... So dia nie kira tak berapa pandai nak melukis... Jadi emaknya yang merupakan rakan office yang rapat dengan aku mintalah tolong kat aku... Aku pun tak berkira dan tak kisah sangat sebab bukan aku tak kenal dia sekeluarga...

Jadi aku pun buatlah... Memandangkan sebelum nie aku sibuk giler dan tak de masa, kerja nie tertangguh sampai la nie baru ade kesempatan nak buat... nie pun sebab esoknya nak kene hantar... Terpaksalah aku rushing buat drawing dan sebagainya... Tajuk kerja ialah menghasilkan satu beg kertas (paper beg)... Ermmm.....

Aku nie lak dah 10 tahun lebih tak pegang drawing board, brush, poster color dan sebagainya... Entah boleh ke idak aku nak buat nie... Takut nanti kekok, tak jadik lak lukisan yang aku nak buat... Risau gak... Aku tawakkal ajelah pada Tuhan.... Tengah buat2 tu, letih betul... Tangan lenguh2 dan punggung aku sakit2... Manakan tidak, dari jam 10 pagi aku start buat, sampai la dekat tengah malam baru siap... Leganya rasanya... Tapi tak tahulah cam mane... Aku buat ikut rasa aku aje... Entah ini yang examiner mahukan ataupun tidak, aku sendiri tak tahu... Kalau tak, nampak gayanya anak kepada rakan office aku tu kene buat lainlah.... Payah sikit kalau aku nak tolong lagi sekali sebab lepas nie aku dah nak kene buat project paper untuk subject yang aku sedang belajar sekarang....

Kalian nak tengok lukisan aku ??? Eee.... segan lak nak tunjuk.....

Tuesday 6 June 2006

Istimewa betul hari ini.. Tahu tak kenapa? Perasan tak tarikh hari ini? 06 Jun 2006 atau ringkasnya 06.06.06... Wahh... Tarikh sebegini cuma akan berlaku sekali dalam 100 tahun ! Samalah gak dengan tarikh sebelum2 ni seperti 02.02.02, 03.03.03, 04.04.04, 05.05.05 dan sebagainya....

Certain people, tarikh sebegini memang amat istimewa bagi mereka... Aku paham sebab tarikh sebegini senang nak ingat dan dapat menimbulkan nostalgia dan lipatan sejarah dalam kehidupan seseorang... Bayangkan jika kita bertunang pada 06.06.06 dan akan melangsungkan perkahwinan pada 07.07.07 ! Kan senang dimasa hadapan bila anak2 dan cucu cicit bertanya, terus aje angka yang tersusun cantik ini akan keluar dari mulut kita... Of course la, some people akan fikir kenapa mesti pilih masa dan tarikh sebegini untuk melakar sejarah kehidupan? Tarikh lain tak boleh ke?

Sesetengah orang berpendapat bahawa tarikh sebegini mempunyai keistimewaan malah ade yang mengklasifikasikan sebagai pemberi tuah... Semua ini disebabkan kepercayaan masing2 dan semestinya negara seperti kita, ramai yang masih berfikiran sebegitu... Entahlah, aku tak boleh nak komen lebih sebab itu adalah hak masing2... Bagi aku, semua tarikh itu adalah sama dan setiap hari itu penting sebab disitulah segala titik kehidupan aku selama hayat ini bermula... Terpulanglah pada masing2 nak mencorakkan bagaimana kehidupan yang mereka mahukan...

Aku jalani kehidupan aku seperti biasa... melakukan kerja2 yang telah aku tinggalkan semalam... Petang tadi, aku ingat nak balik awal tapi memandangkan kat luar hujan lebat yang teramat sangat, aku batalkan niat aku... Terpaksalah aku stay back kat office buat ape yang patut... While mengisi masa, aku sempat gak berbual dengan rakan aku yang lain (online with YM), bertukar tukar cerita dan pendapat... Then, dah sudah.. aku call member yang lain sebab mereka nak buat discussion pasal subjek yang aku tengah belajar... Dekat kul 8.00 lebih baru aku beredar pulang kerumah; itu pun mak aku dah pesan awal2 jangan balik dulu sebab jalan depan umah aku tu ditutup sebab ade kerja2 pembaikan paip air pecah... Nak difikirkan, aku patah balik aje tapi bila tengok jalan dah mula sesak, malaslah... Aku terus aje memandu pulang... Sampai aje, kerja2 pembaikan masih tak habis lagi, so aku letak kereta aku sementara kat depan sekolah agama berhampiran ngan umah aku... Nanti bila dah clear, aku akan alihkan semula masuk kat depan umah...

Monday 5 June 2006

Assalamualaikum...

Selalunya kita sebagai manusia memang tidak lari dari melakukan kesilapan. Lumrah hidup, manusia memang tiada yang sempurna.. Hanya yang Maha Esa dan PesuruhNya sahaja yang memiliki sifat maksum tersebut...

Aku mulakan hari aku seperti biasa.. Bangun awal pagi dan bersiap ke tempat kerja... Memandangkan hari masih lagi dalam suasana cuti sekolah, keadaan trafik masih lagi terkawal dan lancar... Macam yang aku cakap semalam, seronok betul aku bawak kereta sebab tak perlu nak hadapi kesesakan seperti hari hari biasa yang pernah aku lalui... Dah namanya Kuala Lumpur, kesesakan dan kesibukan memang sudah sinonim dengan ibu negara Malaysia ini...

Hari Isnin... Kebanyakkan orang mengkategorikan hari ini sebagai hari paling malas untuk buat kerja... Omputih panggil 'Monday Blues'... Nak buat cam mana... dah memang hari Isnin tu terkandung dalam hari hari dalam seminggu... Kita tak boleh lari kemane pun... Kene gak hadapinya... Macam aku, no such thing as 'Monday Blues'... Semua hari bagi aku membawa maksud dan pengisiannya yang tersendiri... Kalau kalian nak tahu, hari ini adalah hari yang banyak memberi semangat untuk aku terus berusaha dan bekerja... Sebab semalam adalah hari malas (hari untuk berehat) so, aku selalu mulakan minggu aku dengan penuh kecergasan... So, kalau datang pejabat, aku banyak mendiamkan diri (bukan kerana 'Monday Blues') tapi lebih kepada melakukan kerja dan penuh perhatian... Full concentration... Ade sesetengah kawan aku kata aku nie moody setiap hari ini... Well, nampak sangat dia orang tak kenal perangai aku... Dengan sekadar memerhatikan aku yang jenis tak pandai kiri dan kanan; raut wajah yang serius, mereka labelkan aku sebagai moody... Actually, kalau dia orang tegur dan bagi salam, aku akan pandang, balas dan senyum... Tapi biasalah, orang Malaysia nie... kalau rasa nak tegur, dia orang akan tegur.. kalau tak, jangan haraplah.... Tak dinafikan, yang sebaliknya pun ade gak...

Ape yang membuatkan aku rasa lain hari ini ialah pasal member aku yang sorang nie... Aku ngan dia nie kira rapat gaklah... Tapi semenjak dua tiga hari yang lepas, dia tak seperti hari2 biasa... Diam membisu... Bila aku tanya, dia cuma pandang aje... Kadang2 aku rasa semacam... Aku ade buat silap kat dia ke? Bila aku tanya dia, dia tak jawab... And then, aku tanya member yang duduk kat sebelah dia, what happen... Dia semua pun tak tahu nak cakap macam mane... Benda yang sama berlaku gak... Pelik betul dia nie... Selalunya dia tak macam nie... La nie, jadi lak....

Memandangkan dia camtu, aku pun malas nak layan... So, aku decide untuk berdiam diri aje dan berharap dia akan datang dan tegur aku semula... Aku rasa mungkin dia ade problem kot dan tak nak share ngan orang... Biarlah, semua orang ade masalah dan perlukan privacy tersendiri...

Sunday 4 June 2006

Hari ini aku berkesempatan menghadiri satu majlis perkahwinan dua pupu aku kat Hulu Langat... Majlis nie sebenarnya berlangsung di sebelah pihak lelaki yang merupakan saudara kepada ayah aku... Memandangkan aku pun tak de benda nak buat hari minggu nie, aku pun bersetuju dengan mak dan ayah aku untuk pergi bertandang ke rumah pengantin bagi memeriahkan lagi majlis...



Aku bertolak lebih kurang jam 11.00 pagi dengan kenderaan sendiri... Cam biasalah, hari minggu, jalan memang clear... Aku seronok giler memandu hari ini... Terfikir aku seketika, kan alangkah baiknya kalau jalan kat Kuala Lumpur nie cam nie hari hari !... Bestnye.... Berangan aje aku nie... Manelah nak dapat keadaan cam nie... kalau dapat pun, mungkin time cuti sekolah aje... Tu pun belum tentu, sebab kebanyakkan warga kota memang suka memandu kenderaan sendiri dari menaiki kenderaan awam. Lagipun, dengan adenya sistem baru kenderaan awam kat KL nie, rasa cam menyusahkan aje... Bus route nampaknya pendek2 dan penumpang terpaksa turun naik bas untuk ke satu destinasi... Leceh tul !...



Aku sampai kat Hulu Langat jam 12.00 lebih dekat pukul 1.00 petang... Dalam masa yang sama, makcik2 dan pakcik2 aku yang lain pun sampai sama... Kira aku dan keluarga aku sampai dululah... Masa turun dari kereta, aku tengok ramai betul orang yang datang... Biasalah, kawasan kampung, penduduk memang ramah mesra... Majlis kenduri kahwin kat kampung memang berbeza dengan kat bandar... Semuanya dilakukan dengan gotong royong... Dia orang tak pakai catering2 nie... Membazir aje... Pulak tu nak engage caterer bukannye murah... Mahal giler... So, better gotong royong masak sendiri.... Aku seronok betul datang ke sini sebab suasananya yang aman damai... Lokasi umah pengantin yang sudah hampir dengan kawasan rekreasi Sungai Congkak membuatkan hati aku tenang seketika... Rindu aku dengan suasana ini.... Aku pun tak hiraukan sauasana panas terik sebab tempat nie dikelilingi dengan pokok buah buahan dan dusun durian !... Nie kalau time musim buah, alamatnya bertenggek lah kat tepi jalan gerai buah buahan.... Almaklumlah....



Aku dan keluarga terus duduk dan makan sementara menanti pengantin tiba untuk bersanding... Sedap gak lauknya.. Ade gulai nangka (my favourite), rendang daging, ayam goreng rempah, acar dan sebagainya... Ape lagi, aku tak tunggu lama, terus sentap aje... Menikmati hidangan tanpa toleh kiri kanan... Lagipun dah waktu makan tengahari, perut pun dah mula keroncong, bedal ajelah....




Aku sempatlah snap few picture untuk tatapan semua... Tak delah banyak sebab majlis kahwin orang Melayu ni semua sama aje.. Zaman sekarang tak macam zaman dulu... Ade pencak silat dan tarian berbagai... Sekarang dah tak de dah.... Tiada perbezaan dan kelainan pun... Kalau aku snap gambar bebanyak pun, korang pun dah boring nak tengok... Semuanya lebih kurang aje....

Chowwww.....

Saturday 3 June 2006

Bosannya aku hari ini.... Mana taknya, seharian terperap aje kat umah... Selalunya hari Sabtu ni aku sibuk dengan kelas aku... Memandangkan hari ini adalah Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, so jadual kelas diberhentikan seketika... Minggu depan baru ade kelas balik...

Aku ingat aku nak ke pejabat hari ini tapi rasa malas lak... Semalam aku ade terdengar yang boss aku pun nak datang sama... Memandangkan dia ada, malaslah aku nak datang... Nanti kang, ade saje yang dia nak suruh aku buat... Aku nak concentrate buat keje pun payah!... Aku lagi suke kalau dia tak de, aman dunia aku....

Bila difikirkan tak de nak buat, aku pun saje lah bukak BlogSpot nie tengok ape yang patut.. Layari beberapa blog yang selalu aku pergi... Bila leka2 tengok tu, aku tengok sekali blog aku kot2 ade yang tinggalkan pesanan... Alangkah terkejut dan bengang betul aku bila aku dapati blog aku tonggang terbalik... Template aku hilang... Tinggal isi aje... Ape sudah jadi?? Aku pun mulakan siasatan cari ape punca sebenar... Rupa2 nya template server yang aku guna ade problem... Terus aku tukar template aku nie... Aku sebenarnya suka dengan template yang lama aku tuh... Cantik dan menarik! Disebabkan tak leh nak pakai, aku terpaksa tukar kepada yang ini... Bolehlah.... Nak kata aku suka pun, so so aje... Dari bogel dan tak de template, aku pakai yang ini...

Sabor jelah.......

Friday 2 June 2006

Salam Sejahtera....

Kali ini, tiada apa yang dapat aku katakan melainkan ucapan jutaan terima kasih kerana sudi melawat blog aku yang tak seberapa ini... Blog ini bukanlah baru dan asing kerana ini adalah blog kedua yang telah aku cipta... Blog sebelum ini telah terpadam atas kesilapan teknikal yang aku lakukan sendiri...

Semoga kalian terus melawat dan membaca blog aku ini... Sokongan kalian amat aku hargai... Jika kalian mempunyai pendapat, cadangan dan sebagainya, sila tinggalkan diruangan komen dan buku tetamu aku...

Semoga bersua kembali dan selamat membaca !

Thursday 1 June 2006

Hi semua...

Tinggal lagi 8 hari saja sebelum saat yang dinantikan tiba!... Tahu ape yang saya maksudkan?? Tak tahu???... Ape lagi kalau bukan World Cup, Germany 2006! Hampir semua orang diseluruh dunia sibuk memperkatakan tentang World Cup ini... Not to mention, preparation yang dibuat menjelang hari bersejarah itu... Banyak spekulasi timbul dan ura ura mengatakan England bakal menjadi juara kali ini.... Tapi boleh ke? Wayne Rooney mungkin tak dapat beraksi akibat kakinya yang patah dan masih dalam pemerhatian doktor... Sukar gak untuk mereka sampai ke peringkat akhir sebab ada Germany dan juga Brazil yang sah sah akan membenamkan pasukan dari negara lain... Rasanya, kalau nak merealisasikan impian dia orang, player yang lain kene kerja keras sikitlah gamaknya... Germany dan Brazil pun bukan calang calang pasukan. Mereka telah pun mara dan beraksi di peringkat akhir pada tahun 2002... So, ade peluang ke pasukan yang lain??? Sama sama kita lihat nanti....
Photobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image Hosting

Memandangkan World Cup akan bermula 9 Jun ini, ramai gak antara kita nie dah tak sabar nak tengok perlawanan tu... Macam aku ni, aku nie bukanlah penggila bola tapi mengikuti gak... Sekarang pun, aku tengah banyak komitmen dan tak de masa sangat... Mungkin perlawanan awal nie, aku jarang tengok dan bila dah tiba ke peringkat quarter final dan semi final, mungkin aku akan tengok... Kat sini banyak gak tempat2 yang ade screen besar... Boleh le aku gie sana....
Photobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image Hosting

Ape yang seronoknya kali ini, kat office aku nie dah demam dah... Ramai antara kengkawan aku nie dah tak concentrate nak buat keje... Ape yang dia orang fikir, bola... bola.. bola... sampaikan big boss aku pun jadi bengong sama... Kalian nak tahu ape dia dah buat? Abis satu department nie dia bungkus dengan hiasan World Cup 2006... Sarat dengan deco bendera bendera yang mengambil bahagian.... Well, sekali pandang, memang pening kepala tapi bila pandang banyak kali, cantik gak! Meriahhhh.....
Photobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image Hosting

And then, boss aku nie suka create acara tradisi... Setiap kali World Cup, dia mesti akan come out with some crazy ideas... Kali ini, dia siap bet... kalau ada team yang menang, orang yang sokong team tu akan dapat hadiah dari dia... Ape tujuan dia yek? Aku pun tak tahu... So, kita orang semua nie excitedlah... Tapi ade syarat.. kita tak boleh pilih team favourite kita... Kene ikut undi... Pilih punye pilih, aku dapat Argentina!... Oklah gak dari dapat Trinidad & Tobaggo ataupun Togo or Angola.... Naya aku takkan dapat ape2 chance... Bertuah betul tangan aku cabut undi.... Hakikatnya, aku bukan fans of Argentina... Aku penyokong Brazil sebenarnya.... Tak apalah... ape ape ajelah sebab aku pun tak berapa minat sangat bab2 betting nie.... Mungkin you all akan fikir, kalau undi dapat pasukan yang tak kuat, sure akan kalah dan tak dapat hadiah... Well, hadiah tu bukan untuk pasukan yang menang aje.. Lagipun, bukan kita yang control game... Selain dari menang game, semua pun akan dinilai dari cara kita sokong pasukan kita... Maksudnya, kita boleh decorate tempat kita ikut pasukan kita (letak bendera ke, letak maskot negara tu ke... ape ape ajelah yang melambangkan negara tu...) Interesting gak tu... At least fancy2 gak le department aku nie...
Photobucket - Video and Image HostingPhotobucket - Video and Image Hosting

Ape yang aku nak cakap, memang sekarang nie kalau korang datang office aku, memang tak macam office dah... Very colorful and creative!... Masuk aje, tak rasa cam nak buat kerja.. Rasa cam nak main main aje.... Heheheheheeeee....

Chowwww.....
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.