Showing posts with label Pendapat. Show all posts
Showing posts with label Pendapat. Show all posts

Tuesday, 2 September 2025

Bila umur meningkat dewasa ini, pelbagai benda dan perkara bermain di dalam fikiran. Apatah lagi, jika umur sudah melepasi 30-an dan masih lagi bujang. Mak ayah dah mula bising bertanya, "Bila lagi nak berumah tangga. Mak dah lama teringin nak menantu dan tengok cucu cucu mak".

Soalan ini juga merupakan soalan cepu emas setiap kali tiba Hari Raya. Makcik pakcik yang datang bertandang kerumah tak pernah putus dan lupa untuk bertanya khabar berita. Dan satu soalan yang keluar dari mulut mereka ialah, "Bila lagi?..."

Dalam Islam, perkahwinan adalah satu akad atau perjanjian yang menghalalkan hubungan seks dan hidup bersama antara lelaki dengan wanita, yang merupakan juga tuntutan agama dan fitrah manusia. Manusia ini dijadikan Allah untuk berpasangan dan setiap individu yang lahir di atas muka bumi ini telahpun diciptakan bersama pasangannya.

Maka berbalik kepada persoalan mak/ayah, makcik pakcik tadi; "Ya memang aku teringin untuk berkahwin. Manusia mana yang tidak mahu? Cuma masalahnya sekarang ini, belum ada calon yang sesuai dan sudi untuk menerima aku menjadi imam mereka".

Mungkin bagi sesetengah orang, kahwin tu kerja yang mudah. Cari sahaja mana mana perempuan, berkenalan dan kalau dah OK, terus ke next level. Aku tak kata benda ni salah, ada je orang yang mengamalkan cara ini dan terbukti berkesan sehingga membawa ke jinjang pelamin. Cuma aku percaya, soal jodoh, soal ajal maut, hanya Allah sahaja yang tahu bila. Kalau aku tak kahwin lagi, maka belum lagi lah tiba masanya. Kenapa nak gelabah kalut tak tentu pasal hanya kerana aku masih membujang sehingga ke hari ini?

Satu lagi, sukar untuk aku memberi komitmen kepada perhubungan dengan seorang wanita sedangkan hidup aku pun masih tak tentu hala. Aku bukan seperti orang lain. Aku sakit! Dan sakit aku ini, bukan semua perempuan yang mampu terima. Jadi, adil kah sekiranya aku sahaja yang mahu berkahwin dan perempuan itu hanya mengikut sahaja? Adil kah bagi dia yang akhirnya terpaksa melayan aku yang sakit ini? Sejak aku kecil, aku tidak suka menyusahkan orang lain apatah lagi bakal isteriku melainkan dia sanggup untuk susah bersama sama aku. Setakat ini, aku sudah mengenali beberapa insan dan tidak pernah sekali pun terkeluar dari mulut mereka yang mereka sanggup terima aku apa adanya. Cuma yang aku dengar, mereka hanya bersimpati dengan aku.

Namun begitu, itu tidak pernah melunturkan semangat aku untuk meneruskan kehidupan seperti sedia kala. Biarlah apa pun yang bakal terjadi, aku tetap gembirakan hati aku ini. Tak pernahpun aku terfikir tentang nak kahwin sebab aku yakin dengan jodoh yg telah ditetapkan. Ada nanti, adalah. Tak perlu nak melompat sana ini tak senang duduk sebab tak kahwin lagi.

Mak pun dah faham dan tak tanya soalan tu dah. Makcik pakcik pun sama. Aku dah terangkan baik baik kepada mereka. Malah ada juga sepupu sepapat aku umur dan masuk 50-an, masih lagi membujang. Nak kata hidup tak senang, ada je harta. Berpangkat juga dan ada rupa! Tapi itulah, soal jodoh ni tetap misteri untuk kita semua.

Wallahu alam.

Wednesday, 28 January 2009

Sedar tak sedar, antivirus yang berfungsi sebagai agen yang menghalang segala musuh dan perosak laptop dan komputer aku telah pun 'expired'...

Photobucket

Tak sangka, dah setahun lebih aku pakai perisian McAfee ni... Dan baru-baru ni keluar peringatan (warning) menyatakan antivirus aku dah mampus!... Seperti kebiasaan, sistem akan keluarkan 'pop - up' minta aku pebaharui antivirus aku untuk keselamatan laptop dan komputer yang aku gunakan...

"Alamakkkkkkk... nak renew, nak kena pakai duit lagi... Aku baru je habis bayar hutang kad kredit aku... Nanti kalau renew, mesti nak kena key in kad kredit lagi sekali... Pulak tu, harga tu semua bukan dalam Ringgit Malaysia!... Kalau McAfee yang ternyata keluaran US ni, sah-sah ler pakai US Dollar... Pulak tu, aku dalam berkempen memboikot barangan keluaran US ni..."

Macam mana aku nak buat?... Susah untuk aku kerana perisian McAfee yang aku gunakan setiap hari ini adalah perisian yang terbaik pernah aku pakai selain Norton... Lagipun, McAfee memang sesuai pakai bersama komputer dan laptop keluaran Dell macam aku ni... Aku bukan nak puji melambung-lambung tapi ada beberapa fakta yang aku terpaksa akui kebaikannya... Macam sebelum ni, aku pakai Norton (keluaran Symantec Corporation yang juga dari US), perisian tu berjaya menghalang hampir 100% 'security threat' yang menyerang komputer setiap hari... Jadi, kedua-dua perisian antivirus ini merupakan pilihan utama ramai pengguna komputer seluruh dunia...

Tak ada ke antivirus keluaran Asia atau Malaysia?... Jika ada, adakah perisian antivirus itu sebaik Norton atau McAfee??... Kalau ada, aku teringin sangat nak pakai... Seperti Norton, harga untuk pack antivirus yang baru melebihi ratusan ringgit... Jadi, aku rasa macam tidak berbaloi jika aku berbelanja mendapatkan antivirus keluaran negara asing berbanding negara sendiri... Jika barangan tempatan jauh lebih baik dan terbukti murah, mengapa perlu 'spent' pada barangan luar, betul tak??...

Aku dapat tahu ada satu antivirus yang agak 'famous' dalam pasaran sekarang yang bernama Kaspersky... Aku memang pernah tengok produk ini tetapi aku tidak tahu keberkesanannya melawan virus dan threat yang sedia ada... Dari ulasan pekedai, mereka menggalakkan penggunaan Norton dan McAfee tetapi tidak memberi jaminan jika aku menggunakan Kaspersky ini... Itu apa yang diberitahu kepada aku tahun lepas semasa aku hendak membeli perisian antivirus untuk laptop dan komputer aku...

Mungkin ada kawan-kawan yang telah menggunakan perisian antivirus ini dapat memberikan sedikit komen dan pengalaman kalian selama ini??...

Monday, 7 July 2008

Kalian jangan salah anggap dengan tajuk diatas... Aku bukan nak mengata atau mengutuk kaum perempuan mengenai reaksi mereka terhadap alat solek... Cuma aku teringin untuk mengulas dengan lebih lanjut mengenai sifat perempuan dan tindak balas mereka apabila ternampak alat solek yang dipaparkan di meja pameran di pasaraya atau pusat beli belah...

Umum, memang sudah menjadi lumrah orang perempuan, tertarik kepada produk kecantikan... Apa sahaja barang2 yang boleh membuatkan mereka kelihatan cantik, sudah pasti menjadi buruan dan tumpuan mereka... Berbanding dengan kaum lelaki, kaum perempuan lebih taksub untuk tampil menawan... Tak kisahlah sama ada yang berbadan gempal mahupun yang kurus kering macam lidi... Mesti kita akan dapat lihat sedikit bahan kecantikan melekat pada muka dan badan mereka...

Photobucket
Kawan aku yang sedang mencuba satu produk kecantikan...

Namun begitu, aku juga tidak terkejut bila mengetahui ada segelintir orang perempuan tidak berkenan dengan alat solek atau produk kecantikan yang ada di pasaran sekarang ini... Hulur sahaja pada mereka, pasti mereka akan menolaknya... Tapi mengapa ye?... Tidakkah alat solek ini dapat menjadikan mereka kelihatan menarik dan menawan?... Apa, mereka tidak mahu orang melihat mereka dari perspektif kecantikan yang di idamkan oleh kaum perempuan yang lain?...

Aku pernah bertanya pada salah seorang rakan aku... Memang dia tidak mengenakan sebarang alat solek ketika keluar berjalan atau ke pejabat... Dari pengamatan aku, wajahnya macam biasa... Tidak buruk dan tidak juga cantik... Average la katakan... Bila aku terpandang wajahnya, aku cuba bayangkan jika dia mengenakan alat solek atau produk kecantikan; semestinya penampilan dia amat berbeza dari yang sekarang...

Photobucket


Photobucket

Nak tahu apa jawapan yang diberikan ketika aku mengajukan soalan mengapa tidak mengenakan alat solek ketika berada diluar rumah?... Jawapan dia cukup ringkas dan memang membuatkan aku terpana seketika... Macam kena karan!... Heheheheeee...


"Kecantikan itu bukan terletak pada alat make up, tetapi dari hati nurani yang bersih dan penampilan yang ikhlas"


Waduuuuuuuhhhhh... Benar juga kata2 nya itu... Membuatkan aku tiba2 jatuh cinta sekejap... Lupa diri buat seketika...

Kalau dengan kawan2 perempuan aku yang lain, huh.... Jangan haraplah nak dengar jawapan macam tu... Asal nak pi mane2 aje, mesti nak kene tepek bedak sekati... Lip stick memang tak pernah lepas dari tangan... Selang beberapa minit, elok aje tangan tu melarikan gincu ke alis bibir masing2.... Tak mau nampak pucat lah... Tak berseri lah.... Macam-macam...

Photobucket


Photobucket
Ni lagi satu tumpuan orang perempuan... Aksesori...

Anyway, pakai make up ke, tak pakai make up ke, bagi kaum perempuan, alat solek itu banyak memain peranan dalam menyelamatkan mereka... Aku rasa, semua ini sudah sebati dengan jiwa orang perempuan, berhias untuk kepuasan diri masing2... Ada yang berhias untuk pasangan mereka dan tidak kurang juga, ada yang mengenakannya untuk tujuan menarik perhatian kaum adam seperti aku.... Hahahahahahaha....

Tapi sebenarnya kalau di ikutkan, aku lebih suka melihat dan memandang perempuan berdasarkan kecantikan asli mereka; dalam erti kata yang lain, TANPA ALAT SOLEK.... Jika seorang perempuan itu kelihatan menarik dan cantik tanpa alat solek, itu tandanya dia memang cantik!... Kalau pakai make up, lagilah bertambah cantik... Tapi aku rasa, kebanyakkan perempuan zaman sekarang tak sanggup keluar luar rumah tanpa meletakkan apa2 di muka... Sekurang-kurangnya mesti ada bedak selapis...


Nota kaki:-
Aku cukup takut dengan perempuan yang make up tebal berinci-inci... Macam opera cina lak... Ngeri aku tengok!... Kat opis aku ade seorang yang macam tu... Hehehehehe...

Tuesday, 13 November 2007

Baru2 ni, office aku buat satu pertandingan... Agak pelik gak pertandingan ni sebab tak pernah dibuat orang... Aku rasa kalau aku explain lepas ni, mesti ramai yang akan tergelak (sekurang kurangnya) ataupun tersenyum kambing... Heheheehee... Anyway, pertandingan yang aku maksudkan ialah Pertandingan Senyum... Ishhhh... macam manelah rupanya kalau nak buat pertandingan ni dan obviously, senyum yang macam mane kah yang akan dinobatkan sebagai johan?... Anyway, kat floor aku, ada a few candidates yang masuk... Jenuh gak nak cari peserta sebab masing2 malu kucing... Asal nak ambil gambar aje, semuanya melarikan diri... Apa daaaaa.... Aku secara tidak langsung ditugaskan untuk menangkap gambar mereka dan menghantarnya pada pihak penganjur... Memandangkan notis yang diberikan terlalu singkat, aku tak bawak pun kamera dan terpaksa bergantung sepenuhnya dengan kamera PDA aku... Nasib baik gambar OK (walaupun kualiti tak sebagus kamera sebenar)... Boleh la tu, janji ada... Jadi, pendapat kalian, senyum yang mana satu yang nampak OK???
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Wednesday, 17 October 2007

Bila aku sampai di pejabat pagi tadi, aku rasa office aku macam aku yang punya... Mana taknye, bila aku check attendance dan aku bilang bilang, berapa kerat aje yang ada... Well, it does make sense sebab masih ramai lagi yang berada di kampung halaman menyambut Aidilfitri... Yang datang bekerja pun terdiri daripada mereka yang takde kampung (orang KL) dan rakan2 yang bukan beragama Islam... Aku dari awal memang dah jangka dari awal dan bagi aku, saat ini adalah saat paling gembira dan menyeronokkan... Tahu kenape?

  1. Bila aku dalam kereta on the way nak ke office, aku rasa macam agong la pulak... Sebijik dua aje kereta yang berada diatas Jalan Mahameru tadi... Lengang giler!... So, bila dah kosong macam tu, ape lagi... Aku tekan ler habis habisan... Ade kot cecah 140km/j... Macam kat atas highway lak... Heheheheeeeee.....
  2. Sampai office, masuk tempat parking rasa macam masuk bangunan yang ditinggalkan orang aje... Takde kereta langsung... Sampai pun pagi2 buta... Padahal aku bertolak dalam pukul 7.30 pagi dan sampai dalam pukul 7.50 pagi... Kalau hari biasa, Basement 4 (tempat yang aku selalu parking kereta) dah penuh dengan kenderaan... So, terpaksa turun Basement 5
  3. Masuk pejabat, sejuk je mata aku bila tengok tempat duduk aku... Bersih dan kosong... Takde file berselerak sana sini seperti hari biasa... Kan alangkah baiknya kalau hari2 macam ni???
  4. Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    Keadaan tempat duduk aku pagi tadi... :)
  5. Duduk kat pejabat, macam biasalah rutin selepas balik dari cuti raya... Aku akan bawak keluar segala balang kuih dan letakkan atas meja... Heheheheeeee... Sesi 'mengadap' bermula... Aku hantar e-mail pada kawan2 yang datang kerja hari ini, jemput dia orang datang tempat aku untuk makan kuih raya... Sambil2 tu, borak2 la cerita pasal pengalaman dan aktiviti hari raya masing2... Sudahnya, aku tak buat kerja... Heheheheeee... Nak buat kerja macam mane? Mood takde lagik...
  6. Rasa seronok sebab office aku senyap sunyi hari ini... Kalau bising pun sebab ada orang berborak... Selalunya, akan kedengaran bunyi telefon... Sekejap kat sana, sekejap kat sini... Krenggg sana... krengggg sini... Pening kepala aku... Pastu bunyi printer dot matrix berjalan... Zzzreeeetttt... zzzreeettt... Adehhhh... Hari ini, aman sikit sebab ramai cuti, dan customer pun tahu, orang tak balik dari cuti raya lagi, jadi deringan telefon memang tak ada...
Gitulah ceritanya... Sebab tu aku suka datang kerja awal2 dalam minggu raya... Ada gak kebaikan sebenarnya... Tapi tulah, kadang2 terfikir gak... Aku kat sini dah mula bekerja, orang lain seronok gie jalan2 makan ketupat, rendang dan sebagainya... Ada sesiapa tak nak jemput aku datang umah korang??? Muka tak malu betul aku ni... Heheheeee...

Wednesday, 11 July 2007

Bagi atau tidak? Inilah persoalan yang bermain didalam fikiran aku sekarang... Kalau diikutkan hukum HALAL HARAM, aku harus menyerahkannya... Tak baik ambil hak orang... Tapi situasi yang aku hadapi ini, unik sikit... Melibatkan orang lain juga... Permulaan yang mencurigakan: - Ceritanya begini, sebelum ni aku ada terlibat dalam satu projek anjuran syarikat aku... So, a few of us telah pun dipilih untuk menjayakan program yang telah dirancang oleh pihak pengurusan... Antaranya pertandingan bakat dan persembahan berkumpulan... Setiap kumpulan telah diberikan sejumlah wang untuk dibelanjakan bagi memeriahkan persembahan mereka... Tak silap aku bajet lebih kurang RM 2,500.00 untuk satu kumpulan... Jika ada lebih, baki harus dipulangkan semula... Kami yang dah memang involved ni excited gila lah... Yelah, bajet ade... Cuma apa yang perlu dilakukan ialah kami perlu menghasilkan persembahan selama 10 minit sahaja... Hanya semudah itu... Pulak tu, group aku terdiri dari kalangan mereka2 yang kreatif dan banyak idea... So, Insya Allah peluang untuk menang tu agak cerah... Kumpulan lain pun dah jangka kumpulan aku akan 'sangkut' salah satu dari hadiah yang ditawarkan... Nak dipendekkan cerita, aku dan kawan2 sebenarnya telah ditipu oleh ketua kumpulan kami... Bajet yang diberikan untuk menjalankan aktiviti berkumpulan ni telah di'songlap' oleh ketua kumpulan sendiri... Pada mulanya, kami memang tak perasan langsung sehingga aku membuat penyiasatan sendiri terhadap kes ini... Senario kes: - Bermula apabila ketua kumpulan memberikan alasan bahawa duit peruntukkan belum diterima lagi... Padahal, group lain dah kepoh2 dan sibuk nak pergi shopping barang... Aku musykil sebab takkan group lain dah boleh beli barang sedangkan aku dan kawan2 tak dapat 1 sen pun?... Bila ditanya, ketua kata duit belum ada... Fine, aku tak mahu panjang cerita, aku diamkan dulu... Mungkin duit 'belum sampai' lagi pada dia kot... Atas semangat berpasukan yang tinggi, aku dengan selambanya men'advance'kan duit aku dulu untuk membeli peralatan persembahan yang diperlukan... Adalah gak dekat RM800 aku habis hari tu... Dalam kepala otak aku, aku sentiasa fikir yang aku akan dapat balik duit yang aku belanjakan ini... Jadi, sedikit pun aku tak risau... Yang lain2 pun dah bersemangat... Diatas sebab inilah, aku buat semua ni... Rajin betul dia orang datang practice petang2 semata mata nak make sure kemenangan berada dalam tangan... Hadiah lumayan beb! Tu pasal yang ter'over' practice tu... Heheheheeeeeee... Solute aku kat dia orang ni semua... Bersemangat sungguh!... Dalam masa yang sama, kesibukkan melanda sampailah hari pertandingan... Aku pun tak teringat nak claim duit tu awal2... Lagipun, aku terpaksa berkejar kesana sini untuk uruskan banyak perkara... Kadang2 makan minum pun tak tentu.... :) Bila tiba hari pertandingan... Masing2 dah excited dan gemuruh... Takut apa yang dipractice sebelum ini akan terlupa bila berada diatas pentas... Syukur, alhamdulillah... Semuanya selamat dan OK... Turun aje pentas, masing2 tersenyum puas... Aku tak sangka bila flash back balik rakaman video, cantik sungguh! Aku kagum dan bangga dengan group aku (walaupun group lain boleh tahan hebatnya)... At the end of the event, Tuhan Maha Kaya... Kumpulan aku dinobatkan sebagai Juara... Apa lagi, melompatlah masing2 termasuklah aku... Syukur, alhamdulillah... Gembira tak terperi... First time aku buat experiment dengan dia orang ni, tak sangka lak boleh berjaya sampai macam ni sekali... Walhal, masing2 bukan kenal antara satu sama lain... Itulah semangat berpasukan yang tinggi yang ada dalam kumpulan aku... Mereka tidak kisah dan sanggup buat apa sahaja asalkan matlamat tercapai... Bila dah menang, of course ganjaran tetap ada... Hadiahnya merupakan wang tunai berjumlah RM2,000... Bila aku congak2 balik, banyak gak dapat untuk tiap seorang... Adalah ratusan ringgit... Bayangkan, buat persembahan sekejap, dah dapat duit free free... Heheheeeeee... Seronok betul aku... Yang menjadi masalah: - Yang buat spoil mood aku dan kawan2 lain bila dah habis pertandingan... Waktu ni, aku dah free sikit, jadi aku pun dengan confidentnya pergi tuntut balik duit aku yang aku dah advance dulu... Aku ingatkan senang ajelah nak dapat sebab bajet RM2,500 tu dah ada... Aku spent baru aje RM800... Ade balance banyak lagi... So, takde sebab kenapa bayaran harus ditangguhkan... Jumpa punya jumpa, ketua kumpulan mula buat 'taik' dengan aku... Aku ingatkan aku sorang yang kena, nghupenye ramai lagi member lain yang kene gak... Masa memula dulu, dia suruh orang ni buat macam ni, buat macam tu... Semuanya dia suruh spent... Pastu bagi gerenti akan dibayar balik... Bila dah habis event, dia main tarik tali lak... Ape kes??? Mulalah dia deny2 apa yang dia suruh buat... Tapi yang hentongnya, semua yang dia suruh buat tu dah direkodkan... Dia dah bagi approval... Tap tup sekarang ni kata tak de lak... Adehhh... Kalau nak menipu pun, cover2 la sikit... Ni nak kelentong tak kene pada tempat... Hati aku masa tu memang dah panas! Kalau tak kerana iman, dah lama dah kene belasah dengan aku... Bersepai tulang rangka atas jalan aku kerjakan... Lagipun, bukan aku sorang aje yang akan belasah dia, tu haa... berderet deret bouncer cari sebab tak bayar hutang (staff lain yang dia kencing...) Yang peliknya, dia berani lak buat kerja bengong ni... Tak takut langsung! Korek punya korek, last2 dia mengaku jugak... Dia dah songlap duit RM2,500 tu awal2... Pergi joli sakan... Aku dapat tahu sampai naik Genting nun haa.... Amboiiiii... Dia buat duit tu macam itu duit dia yang punya!!! Berbulu betul aku... Disebabkan aku dan bengang giler kat dia, last2 aku terpaksa guna kuasa veto aku dipejabat untuk tuntut balik duit aku... Bukan itu sahaja, duit member2 lain yang dia hutang pun aku tuntut sekali... Alhamdulillah, dapat balik tapi lambat gilerlah... Duit aku dia bayar dulu sebab dia takut aku akan ambil tindakan... :) Aku memang dah standby, kalau dia nak dajjal kan aku pasni, aku heret dia pi balai polis! Itu aje cara paling senang nak 'ugut' orang yang suka 'kencing' sana sini ni... Dia ingat, aku buat semua ni dia boleh memperlekehkan aku? Sorry arr... Silap orang beb... Aku dah kene sekali cukuplah... Sekarang, ape2 hal aku kena prepare awal2... Persoalan aku: - Ini yang membuatkan aku jadi serba salah... Perlukah aku beri bahagian hadiah dia padanya atau tidak? Sebab tu dari awal aku cakap, kalau ikutkan HALAL HARAM, sepatutnya aku kena serahkan hak dia... Kenapa? Kerana dia merupakan ketua kumpulan dan merangkap salah seorang yang membuat persembahan juga... Kerjasama yang dia bagi telah membantu kumpulan aku menjuarai persembahan hari tu... Ramai antara member2 aku tidak bersetuju dengan pendapat aku ini kerana dia 'berhutang' RM1,500 (duit yang dia songlap - RM2,500 tolak duit aku dan kawan2 lain yang dia dah bayar balik)... So, mengapa mesti diserahkan bahagian dia sedangkan dia masih lagi berhutang? Aku faham apa yang member2 semua cuba sampaikan, tapi siapa aku untuk menghukum dia? Lagipun, duit yang dia hutang, bukanlah duit aku... Tu duit syarikat... Maka, perhitungan dia adalah dengan syarikat dan bukannya dengan aku... Duit kemenangan adalah hasil dari titik peluh dia juga... Kalau dia takde malam tu, maka akan cacatlah keseluruhan persembahan...
Duit kemenangan telah pun diserahkan dan cek bernilai RM2,000 telah ditulis atas nama aku... Adehhh... beratnya beban ini! Mengapa aku harus menanggungnya??...
Susahkan? Apa2 pun, apa pandangan kalian tentang kes ini? Aku ada gak tanya beberapa pihak yang lain dan mereka pun telah memberikan pandangan kepadaku... Cuma aku ingin mengetahui dari perspektif rakan2 yang lain... Aku hargai komen kalian... Nota:- Sebenarnya, amat rumit bila kita diberi amanah memegang hak orang... Segala keputusan yang dibuat adalah diatas budi bicara kita sendiri... Silap langkah, nahaslah kita... Yang paling aku tak sanggup, bagaimana aku harus berdepan dengan Allah SWT di Padang Mahsyar kelak jika aku silap percaturan ketika membuat keputusan? Cukup2lah dosa yang aku tanggung selama ini... Tidak sanggup lagi aku menanggung bebanan apatah lagi menerima seksaan dariNya diakhirat kelak... Subhanallah..... Aku buat baik, orang ambil kesempatan... Aku buat jahat, padah yang aku terima... Abis tu cam mano????...
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.