Friday 5 December 2008

Fikiran aku melayang seketika... Tiba-tiba, aku teringat akan perbualan telefon bersama seorang kenalan yang agak rapat denganku... Kami bersembang agak lama; berbual mengenai pelbagai isu... Dari hal kerja kepada aktiviti harian; sehinggalah hal dan masalah peribadi... Dia merupakan seorang kenalan yang tidak kekok dan tidak kesah menceritakan perihal peribadinya kepadaku biarpun kami baru kenal... Mungkin kerana dia mempercayai diriku ini...

Seketika, aku terkejut apabila dia menyebut tentang sesuatu yang aku tidak jangka... Ianya mengenai perihal orang disekeliling aku... Pada mulanya, aku anggap sebagai cerita kosong yang tidak membawa apa-apa maksud... Tetapi, semakin lama dan rancak dia bercerita, hatiku mula terdetik.... "Adakah benar apa yang diceritakan ini???..."

Segalanya bermula apabila dia menyebut beberapa nama yang sangat sinonim dengan diriku... Mereka merupakan rakan sepejabat yang sangat rapat denganku... Pada mulanya, aku memang tidak mahu mempercayai apa yang telah diceritakan tetapi sukar untuk aku menyangkal apa yang aku dengar dari mulut dia... Lagipun, pepatah orang tua-tua, "tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang takkan berkata..." Jadi, aku cuma biarkan dia menghabiskan ceritanya sebelum aku memberikan apa-apa respon...

Aku bukan hendak berburuk sangka pada orang... Tapi jauh disudut hati, aku harus berfikir baik buruk tentang apa yang berlaku di sekitar aku... Dalam konteks kehidupan seharian, sejauh mana kita mempercayai orang disekeliling kita? Walaupun mereka cuma kawan atau rakan setugas, adakah kita benar-benar mempercayai mereka?... Bagaimana kita hendak mengetahui bahawa mereka semua benar-benar ikhlas kepada kita?... Kalau yang perempuan, adakah mereka jujur dan tidak berkata (mengumpat belakang) dengan orang lain mengenai kita?...

Satu senario yang sangat-sangat subjektif, bukan?... Bagi aku, mudah sahaja...Walau apa jua keadaan, aku tetap mempercayai orang di sekeliling aku... Selagi tiada perkara buruk atau kejadian yang tidak di ingini berlaku, aku akan kekal sebegitu... Lagipun, tak elok kita berburuk sangka pada orang... Lebih elok jika kita berbaik sangka pada mereka selagi kita tidak mengetahui apa yang telah mereka lakukan terhadap kita... Jika kita sedar, nampak dengan mata kepala sendiri dan tahu, itu terpulang kepada diri sendiri untuk menentukannya... Kalau aku, aku serahkan kepada Allah SWT bulat-bulat untuk menentukan balasan yang setimpal pada mereka...

Aku nasihatkan kenalan baru aku ini supaya tidak terus berfikiran negatif dan cuba untuk mempercayai orang sekeliling... Berilah peluang pada mereka yang dia rasakan "lain"... Dia pula masih baru dan seharusnya dia mengenali seseorang dalam-dalam sebelum membuat apa-apa penilaian... Aku berterima kasih kepada dia kerana mengingatkan aku tetapi untuk mengubah pendirian dan penilaian aku terhadap orang disekeliling, tidak sama sekali... Lainlah kalau semua orang berkata perkara yang sama dan aku mempunyai bukti yang kukuh...

Mungkin bagi sesetengah orang, budu merupakan satu makanan yang sangat pelik dan melucukan... Mungkin juga bagi seseorang, budu merupakan makanan yang ketinggalan zaman di mana ianya cuma dinikmati oleh golongan warga tua yang tinggal di kawasan kampung dan pedalaman... Ada juga yang ketawa bila aku menulis mengenai makanan tradisional yang digemari oleh rata-rata rakyat Kelantan dan Terengganu ini...

Percaya atau tidak, ramai diantara kita tidak tahu mengenai rahsia dan khasiat budu... Ya, budu juga seperti makanan yang lain mempunyai kelebihan dan khasiatnya yang tersendiri... Bagi warga kota, mereka mungkin tidak tahu akan kebaikan dan keistimewaan makanan ini dan sumbangannya kepada tubuh badan kita...

Aku terbaca mengenai satu artikel yang ditulis didalam satu laman web dimana penulis telah membuat kajian dan menerangkan mengenai kebaikan memakan budu... Aku; sebagai salah seorang yang dilahirkan dan dibesarkan di kotaraya Kuala Lumpur sendiri merasa takjub dan terkasima bila mengetahui mengenai kebaikan ini... Jadi, mari kita ikuti penjelasan mengenai khasiat memakan budu...


Budu merupakan makanan tradisional Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur.

Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toksik dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab "diarrhoea" cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Dua kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).

Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. Vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram untuk setiap 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.

Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.

Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.

Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.

Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.

Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.



Jadi, bagaimana?... Percaya atau tidak, budu merupakan makanan berkhasiat yang patut kita nikmati... Aku tidak pasti apa keburukan memakan budu kerana jika ianya merupakan makanan tradisional yang memang sudah lama di makan oleh orang yang terdahulu, tidak mungkin ianya akan memudaratkan kita...

Jangan pandang rendah pada makanan yang "ketinggalan zaman" ini kerana sedar atau tidak, makanan sebeginilah yang memberikan kesihatan dan kekuatan kepada kita...


Artikel ditulis oleh : zulkifleesdk (www.megasutra.com)

Wednesday 3 December 2008

Selepas tamat waktu kerja tadi, aku sempat berbual dengan seorang rakan sekerja aku... Banyak benda yang kami bualkan dan salah satu topik menarik yang dibincangkan ialah mengenai kedudukan dia dan aku di pejabat...

Cerita ini bermula apabila aku menyuarakan rasa 'cemburu' aku padanya... Cemburu bukan kerana dia mempunyai teman istimewa atau sebagainya tetapi emburu yang aku maksudkan disini ialah bila aku membuat perbandingan kedudukan antara dirinya dan aku... Aku akui, pangkat dan kedudukannya di pejabat jauh berbeza; dia merupakan seorang pengurus didalam jabatan tempat aku bekerja sedangkan aku cuma pegawai bawahan sahaja... Kami ibarat langit dengan bumi... Kadang kala, terbit rasa malu bila kami membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan kerja kerana bagi aku, bila kaki sudah mula melangkah ke ruang pejabat, secara automatik nya layanan yang diberikan turut berubah... Secara professionalnya, aku harus melayan dirinya sebagai 'boss' aku dan bukan sebagai seorang rakan lagi...

Perasaan 'cemburu' itu timbul apabila dia baru sahaja menyertai syarikat tempat aku bekerja dan terus ditawarkan pangkat yang tinggi... Sedangkan aku; aku sudah lama bekerja dan hanya mampu menjawat jawatan yang sepatutnya aku sandang 5 tahun yang lepas... Itupun, aku baru sahaja diberi peluang... Perbezaan itu amat ketara dan sedikit sebanyak aku rasakan seolah-olah badan pengurusan syarikat aku berlaku tidak adil pada pekerja-pekerja senior seperti aku ini... Bila difikirkan balik, rasa sakit hati jugalah... Namun, hakikat tetap hakikat dan aku terima ketentuan ini dengan hati yang redha...

Aku suarakan perasaan aku pada dirinya dan seketika aku terkejut dengan jawapan yang diberikan olehnya...

Dengan nada yang perlahan, dia menyatakan padaku, "tiada apa yang mustahil di dalam dunia ini... jika kita mahukan sesuatu, apa yang perlu kita lakukan ialah menanam impian... itu sahaja..."

Ringkas sahaja balasan yang diberikan olehnya... Pada mulanya, aku macam blur2 dengan apa yang dia cakapkan... Tapi lama kelamaan aku memahami maksud yang cuba disampaikan... Dia berpesan padaku, apa yang dia miliki sekarang ini bermula dari impian yang ditanam satu ketika dahulu... Setiap hari, dia mengingatkan dirinya mengenai impian yang ditanamnya dan sekarang, impian itu telah pun terlaksana... Jadi, jika dia boleh melakukannya, mengapa tidak aku?...

Benar apa yang dikatakan... Dia telah menyedarkan aku mengenai hakikat bahawa seseorang itu tidak akan memperoleh apa-apa jika dia hanya sekadar bercakap sahaja... Apa yang kita perolehi kini adalah hasil usaha diri sendiri... Semuanya bermula dari impian dan seharusnya kita berusaha untuk mengejar impian kita itu... Kebanyakkan orang berjaya di dunia tidak mempunyai pelajaran yang tinggi... Tetapi mereka semua mempunyai impian yang besar dan mereka sentiasa berusaha untuk merealisasikan impian yang mereka bina itu... Jadi, hasilnya sungguh tidak diduga...............

Tuesday 2 December 2008

Aku tersentap sekejap...

Aku rasa pelik bila melihat jumlah baki kad kredit aku... Hampir mencecah dua kali ganda dari baki tidak berbayar yang asal... Aku rasa musykil kerana bila aku congak secara rawak, penggunaan kad kredit aku bulan lepas tidak la sampai mencecah ribuan ringgit!... Apa yang terjadi?...

Aku amati transaksi dan urusniaga yang aku lakukan... Satu persatu aku teliti supaya tidak terlepas pandang... Aku perasan; satu transaksi yang amat mencurigakan... Urusniaga yang bernilai RM1,039 tu terpampang didepan mataku...

Hati tiba-tiba rasa panas... "Sejak bila pulak aku berbelanja melebihi RM1,000 ???... Seingat aku, transaksi paling tinggi yang pernah aku lakukan tidak sampai RM300... Pulak tu, keterangan didalam e-Statement tu menunjukkan produk yang aku beli itu berasal dari negara luar; iaitu dari Amerika Syarikat... Ini tidak boleh jadi!...."

Akaun kad kredit aku telah diceroboh oleh penjenayah internet yang melakukan transaksi haram tanpa pengetahuan aku... Mujur aku mempunyai ID untuk sistem online; dapatlah aku memeriksa setiap transaksi yang aku lakukan... Kebiasaannya, aku hanya menggunakan kad kredit untuk urusniaga runcit dan pembelian petrol di stesen minyak... Aku tidak pernah menggunakan kad kredit untuk mana-mana transaksi pembelian barang-barang secara online... Tidak pernah sama sekali !!!...

Aku pun, bukan kaki shopping yang suka sangat beli barang... Kalau beli pun, aku lebih suka pakai wang tunai daripada gesek kad kredit... Bagi aku, kad kredit ni membebankan sahaja dan diatas dasar itu, aku sangat kurang menggunakan kad kredit yang ada... Guna bila masa terdesak sahaja... Sejak dari mula, aku memang berjanji dengan diriku bahawa aku takkan guna kad kredit selagi ada wang tunai dalam tangan... Setakat ini pun, aku cuma membayar baki tertunggak dan sangat kurang menggunakan kad yang ada...

Tanpa berlengah, aku terus menghubungi pusat khidmat pelanggan memaklumkan mengenai masalah yang aku alami... Laporan diambil dan mereka memberi jaminan bahawa masalah yang dihadapi akan selesai dalam tempoh 30 - 45 hari... Penyiasatan akan dilakukan terhadap transaksi yang dilakukan dan jika didapati berlaku pencerobohan, jumlah yang tertera didalam statement kad kredit aku akan ditolak dan aku tidak perlu membayarnya...

Lega rasanya hati bila jaminan tersebut dibuat... Banyak juga soalan yang aku ajukan mengenai siasatan yang bakal dilakukan... Ingin tahu juga bagaimana pihak bank akan melakukan siasatan kerana didalam situasi aku, aku adalah mangsa... Semestinya aku teraniaya kerana transaksi sebanyak RM1,039 tu bukan dilakukan oleh aku... Terbit juga rasa ragu-ragu dengan sistem keselamatan bank kerana selama ini, aku tidak pernah mendedahkan kepada sesiapa butiran yang ada pada kad kredit yang aku pakai tetapi masih boleh diceroboh oleh orang yang tidak bertanggungjawab...

Buat sementara waktu, akaun kad kredit aku telah digantung dan akaun baru akan dibuka bagi menggantikan akaun lama yang telah diceroboh... Insya Allah, dalam masa 5 hari, aku akan menerima kad yang baru... Jauh di hati, aku rasa tawar hendak menggunakan kad kredit lagi memandangkan perkara sebegini telah berlaku keatasku...

Rasa macam nak tutup je akaun kad kredit ini..............


Nota kaki:-
Kalau takde kad kredit, jangan pakai kalau tak reti nak control... Kelak, akan merosakkan diri sahaja...

Monday 1 December 2008

Aku kembali...

Setelah sekian lama dunia blogging ini aku tinggalkan; tanpa berita... tanpa cerita... Kini aku kembali mewarnai kehidupanku disini... Akhirnya aku menyedari bahawa kemana sahaja kakiku melangkah pergi, dimana sahaja diriku berada, hati dan naluriku tetap berada disini... Entah mengapa, aku tidak boleh melupakan dunia maya yang telah 3 tahun aku ceburi ini... Disinilah tempat aku mencurahkan segala-galanya... Suka, duka, gembira, sedih, ketawa, menangis....

Terlalu banyak perkara yang berlaku... Terlalu banyak cerita yang ingin aku kongsi bersama... Tetapi tidak semua dapat aku luahkan disini... Mulut ibarat terkunci, jari jemari terasa kaku untuk menekan papan kekunci menaip setiap lipatan perasaan yang terbuku dihati... Adakalanya, aku rasakan diriku tidak berdaya untuk menanggung semua bebanan ini... Terasa seperti ingin meletup pun, ya jugak... Namun, aku tetap bersyukur kerana tahap kewarasan fikiran masih lagi tinggi...

Aku agak sedikit sibuk kebelakangan ini... Banyak perkara yang perlu aku uruskan... Rata-ratanya bersangkut dengan hal keluarga aku... Tambahan pula, kerja-kerja di pejabat makin bertimbun dan aku harus menumpukan perhatian terhadap apa yang aku perlukan lakukan... Adakalanya, hendak sahaja aku membahagikan diriku kepada 3 atau 4 agar aku dapat melakukan semua kerja dalam satu masa yang sama... Mana mungkin?... Aku sudah mula berkhayal...

Aku rasa syukur yang teramat sangat kerana semuanya berjalan lancar dan selamat... Aku rasa gembira kerana segala penantian telah pun berakhir... Syukur kepada Allah Yang Maha Esa kerana telah mengurniakan kebahagiaan kepada keluargaku baru-baru ini... Semoga apa yang telah dikurniakan akan berkekalan sepanjang hayat...

Penat masih lagi terasa... Badan sering lenguh-lenguh... Kalau ada orang tolong pijak badan aku, sedap nih!... Setelah berhempas pulas selama 5 hari berturut -turut; bersengkang mata tiap malam, memerah tenaga pagi dan petang, akhirnya apa yang ingin aku lakukan telahpun terlaksana... Walaupun banyak masalah yang dihadapi ketika majlis hendak bermula, aku anggap ianya sebagai satu dugaan buat diriku... Biasalah, mana ada majlis yang tidak ada masalah, bukan??...

Sedikit perjalanan kisah yang berlaku telahpun dirakamkan khas buat tatapan kalian...



Gambar slide : Credit to Farid Tajuddin

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.