Showing posts with label Lain Lain. Show all posts
Showing posts with label Lain Lain. Show all posts

Tuesday, 2 September 2025

Bila umur meningkat dewasa ini, pelbagai benda dan perkara bermain di dalam fikiran. Apatah lagi, jika umur sudah melepasi 30-an dan masih lagi bujang. Mak ayah dah mula bising bertanya, "Bila lagi nak berumah tangga. Mak dah lama teringin nak menantu dan tengok cucu cucu mak".

Soalan ini juga merupakan soalan cepu emas setiap kali tiba Hari Raya. Makcik pakcik yang datang bertandang kerumah tak pernah putus dan lupa untuk bertanya khabar berita. Dan satu soalan yang keluar dari mulut mereka ialah, "Bila lagi?..."

Dalam Islam, perkahwinan adalah satu akad atau perjanjian yang menghalalkan hubungan seks dan hidup bersama antara lelaki dengan wanita, yang merupakan juga tuntutan agama dan fitrah manusia. Manusia ini dijadikan Allah untuk berpasangan dan setiap individu yang lahir di atas muka bumi ini telahpun diciptakan bersama pasangannya.

Maka berbalik kepada persoalan mak/ayah, makcik pakcik tadi; "Ya memang aku teringin untuk berkahwin. Manusia mana yang tidak mahu? Cuma masalahnya sekarang ini, belum ada calon yang sesuai dan sudi untuk menerima aku menjadi imam mereka".

Mungkin bagi sesetengah orang, kahwin tu kerja yang mudah. Cari sahaja mana mana perempuan, berkenalan dan kalau dah OK, terus ke next level. Aku tak kata benda ni salah, ada je orang yang mengamalkan cara ini dan terbukti berkesan sehingga membawa ke jinjang pelamin. Cuma aku percaya, soal jodoh, soal ajal maut, hanya Allah sahaja yang tahu bila. Kalau aku tak kahwin lagi, maka belum lagi lah tiba masanya. Kenapa nak gelabah kalut tak tentu pasal hanya kerana aku masih membujang sehingga ke hari ini?

Satu lagi, sukar untuk aku memberi komitmen kepada perhubungan dengan seorang wanita sedangkan hidup aku pun masih tak tentu hala. Aku bukan seperti orang lain. Aku sakit! Dan sakit aku ini, bukan semua perempuan yang mampu terima. Jadi, adil kah sekiranya aku sahaja yang mahu berkahwin dan perempuan itu hanya mengikut sahaja? Adil kah bagi dia yang akhirnya terpaksa melayan aku yang sakit ini? Sejak aku kecil, aku tidak suka menyusahkan orang lain apatah lagi bakal isteriku melainkan dia sanggup untuk susah bersama sama aku. Setakat ini, aku sudah mengenali beberapa insan dan tidak pernah sekali pun terkeluar dari mulut mereka yang mereka sanggup terima aku apa adanya. Cuma yang aku dengar, mereka hanya bersimpati dengan aku.

Namun begitu, itu tidak pernah melunturkan semangat aku untuk meneruskan kehidupan seperti sedia kala. Biarlah apa pun yang bakal terjadi, aku tetap gembirakan hati aku ini. Tak pernahpun aku terfikir tentang nak kahwin sebab aku yakin dengan jodoh yg telah ditetapkan. Ada nanti, adalah. Tak perlu nak melompat sana ini tak senang duduk sebab tak kahwin lagi.

Mak pun dah faham dan tak tanya soalan tu dah. Makcik pakcik pun sama. Aku dah terangkan baik baik kepada mereka. Malah ada juga sepupu sepapat aku umur dan masuk 50-an, masih lagi membujang. Nak kata hidup tak senang, ada je harta. Berpangkat juga dan ada rupa! Tapi itulah, soal jodoh ni tetap misteri untuk kita semua.

Wallahu alam.

Saturday, 31 August 2024

 



Selamat Hari Kebangsaan pada semua pembaca pembaca saya!


Wednesday, 1 February 2023

Kepada seluruh warga Wilayah Persekutuan....


Semoga Wilayah Persekutuan terus kekal aman dan makmur!

Imej:  Ihsan dari Majlis Keselamatan Negara (MKN)

Tuesday, 17 January 2023

Bersua kembali.

Mesti ramai yang pernah dan tahu apa itu program loyalti. Alah, kalau kita membeli sesuatu barangan atau menggunakan produk itu berulang kali, biasa kita akan ditawarkan dengan program loyalti yang disediakan oleh syarikat yang memberi perkhidmatan atau menjual produk tersebut.

Ia merupakan satu langkah untuk "mengekalkan" pelanggan sedia ada dengan terus menawarkan pelbagai promosi, diskaun atau hadiah percuma yang membuatkan pelanggan berasa gembira dan terus membeli mahupun menggunakan produk serta perkhidmatan mereka. Secara tidak langsung, konsep "pelanggan setia" akan tercipta di dalam kelompok pengguna produk berkenaan.

Macam aku, bohonglah kalau aku katakan aku tidak melayan benda benda macam ni. Kalau dibuka dan diselak dompet tu, bertabur pelbagai kad program loyalti. Sampaikan kocek dompet tu dah tak muat nak simpan! Lawak sungguh.

Sekarang; dah canggih! Tak perlu simpan dah kad physical lagi. Semua mmg sudah tersedia dalam bentuk e-wallet. Mudah dan senang untuk dibawa kerana hanya perlu disimpan di dalam telefon bimbit sahaja. Begitulah perubahan yang terkini berlaku kepada program loyalti ini.

Apa yang menarik ialah, kadang tu tawaran yang diberi memang sangat bagus! Bayangkan kalau menjadi ahli, untuk kali pertama mendaftar, ada yang menawarkan baucar percutian semalam di hotel hotel terkemuka. Itu kalau mendaftar program loyalti untuk hotel lah. Kadang, bila nak 'check-in' dorang terus upgrade bilik hotel kepada yang lebih selesa. Mau tak nak accept ?!!

Selain dari itu, ada juga yang menawarkan barangan atau produk keluaran syarikat seperti bahan makanan, barang kecantikan diri, beg atau pakaian dan sebagainya. Dan memandangkan ada barangan yg menarik, orang Malaysia kita ni lebih senang "jatuh hati" dan tertarik untuk terus menganggotai program loyalti yang ditawarkan.

Apa pun, semua ini terserah kepada pengguna. Ada juga jenis yang tidak suka nak 'join' mana mana program sebab kesukaran mereka untuk meneruskan program tersebut. Ada tu, rimas sebab selalu menerima panggilan dan emel emel berkaitan promosi terkini. Aku sendiri pun kadang tidak suka sebab terlalu banyak sangat "product push" dalam emel aku. Semak je!

Monday, 9 January 2023

Andai dapatku putarkan masa kembali..
Andai dapatku elakkan semua ini agar tidak terjadi..
Andai ku tahu ini yang akan ku terima dan harungi..
Takkan ku turuti apa mahunya..

Sesal kini tiada guna, benda dah pun berlaku. Masa tidak akan dapat diputar kembali. Kadang terfikir, berbaloikah pengorbanan aku selama ini sedangkan aku lihat, tiada satu pun yang bersimpati dengan nasib yang menimpa diri aku sekarang.

Benar, aku tidak menolak takdir dan qada' serta qadar yang telah ditentukan Allah SWT. Setiap yg berlaku pada diri aku; pasti ada hikmah disebaliknya. Aku mungkin tidak dapat melihatnya buat sementara waktu namun, akan tiba masa nanti, semuanya akan baik baik sahaja.

Sepanjang 25 tahun berkhidmat di tempat dan divisyen yang sama, aku tidak nampak apa yang telah aku usahakan, setimpal dengan apa yang aku dapat dan alami sekarang ini. Ya, benar. Mereka ada memberi imbuhan dan 'reward' yang mereka rasa "patut" untuk aku. Bukanlah aku ini tidak bersyukur dengan apa yang sudah aku terima. Memang aku sangat bersyukur dan bertuah kerana dikurniakan itu dan ini sekarang. Tapi, adakah ini yang sepatutnya diterima aku atau; ia sepatutnya lebih dari itu?

Dan bila kini, aku sudah tidak lagi seperti dahulu. Aku sudah tidak mampu melakukan apa yang orang normal di pejabat dapat lakukan, tidak dapat menghadiri seminar, mesyuarat di luar apatah lagi road trip yang syarikat anjurkan gara gara kekangan kesihatan aku. Kadang rasa sedih sebab semuanya telah berakhir dan aku tidak dapat menyumbang sangat seperti orang lain.

Aku cuba untuk membuat sesuatu yang boleh aku lakukan tapi entahlah, adakah ianya cukup dan memadai untuk mereka?

Atau aku harus batalkan hasrat dan niat aku dan hanya memberikan apa yang mampu aku lakukan?

Thursday, 29 January 2015

Pernahkah anda menaiki pesawat atau kapal terbang sebelum ini?

Jika pernah, pastinya anda sudah biasa dengan 'routine check' yang dikendalikan oleh anak kapal sebelum pesawat meneruskan penerbangan termasuklah pengumuman keselamatan sebelum berlepas dan mendarat.

Bagi yang sudah biasa menaiki pesawat, pengumuman keselamatan yang disiarkan oleh syarikat penerbangan amat berbeza. Malaysia Airlines contohnya, menggunakan sistem rakaman elektronik dan paparan LCD bagi menunjukkan tatacara mengendalikan peralatan jika berlaku kecemasan.

AirAsia pula memilih pendekatan cara tradisional iaitu menggunakan pramugara/pramugari mereka bagi membuat demonstrasi. Jadi, apa yang hendak dihairankan?

Walaupun ianya sesuatu yang biasa, namun sedarkah anda bahawa berapa ramai penumpang yang menaiki pesawat ini memberi perhatian sepenuhnya kepada pengumuman yang dibuat? Aku berani cakap, dalam 200 penumpang yang berada di dalam perut kapal terbang, kurang dari 10% sahaja yang duduk diam sambil menumpukan perhatian terhadap pengumuman keselamatan ini. Yang selebihnya, sibuk dengan "hal" masing-masing.

Itulah masalahnya dengan manusia; jarang memberi perhatian kepada perkara yang penting! Kalau dah terjadi sesuatu perkara, baru nak terhegeh-hegeh ambil tahu. Mungkin pada waktu itu, sudah terlambat. Bila corong udara terkeluar, entah tahu atau tidak bagaimana hendak memasangnya. Itu belum campur jaket keselamatan lagi. Silap haribulan, yang sepatutnya diklip dan diikat, terus berbelit belit di badan. Alasannya, panik punya pasal!

Namun begitu, ada juga syarikat penerbangan yang cuba mengambil inisiatif sendiri untuk menarik perhatian penumpang bagi mendengar pengumuman keselamatan mereka. Video rakaman yang aku perolehi dari YouTube ini memamparkan anak kapal dari syarikat AirAsia mengambil langkah untuk buat sesuatu yang "lain dari yang lain" bila menerangkan tentang tatacara keselamatan.

Secara serius, aku memang "salute" mereka ini. Walaupun agak ganjil dan sebenarnya melanggar tatacara membuat pengumuman di dalam pesawat, tapi aku rasa ianya sesuatu yang kreatif dan wajar diberi kredit! Tahu kenapa? Dari orang buat taktahu, semuanya terdiam dan mendengar setiap bait perkataan yang disampaikan.

Bukankah itu sesuatu yang berjaya? Mesej yang ingin disampaikan memang benar benar 'sampai' kepada penerimanya.

Aku; sehingga kini masih lagi tergelak bila menonton klip video ini. Manakan tidak, memang kelakar sungguh! Cuba kalian amati betul betul apa yang pramugara tu sebut (termasuk dengan efek sekali!).

Setiap kali menaiki pesawat, memang aku tidak pernah lupa membaca doa menaiki kenderaan sambil mengucap banyak-banyak. Perasaan gemuruh itu tetap ada terutamanya ketika berlepas (take-off) dan juga mendarat (landing).

Pengumuman seperti ini memang sentiasa menjadi keutamaan aku dan aku pasti akan memberi perhatian sepenuhnya kerana tatacara keselamatan adalah berbeza dari satu pesawat dengan pesawat yang lain.

Thursday, 22 January 2015

Bertemu kembali.

Syukur, alhamdulillah. Hari ini aku dapat melihat banyak wajah-wajah ceria. Senyum berbunga-bunga. Manakan tidak, dapat 'durian runtuh' hari ini.

Setelah tiga tahun menanti, akhirnya dapat juga! Walaupun aku bukan tergolong dalam kumpulan yang menerima 'durian runtuh' hari ini, sebagai seorang rakan yang duduk dikelilingi mereka ini, aku tumpang gembira.

Rezeki dari Allah. Dengan keizinan dariNya, alhamdulillah. Penantian yang sekian lama telah berhasil. Rata-rata yang menerima tidak merungut malah bersyukur dengan apa yang diperolehi. Tempoh tiga tahun adalah satu jangka masa yang sangat lama. Kalau seorang bayi yang baru lahir, pastinya sudah pandai merangkak atau pun berjalan!

Bayangkanlah, bila menerima wang melebihi jumlah RM10 ribu. Jumlah yang sangat besar untuk diterima dalam satu satu masa. Itulah hakikat, ada antara mereka ini gaji sudah terlalu tinggi. Jadi, tidak hairan jika ada yang menerima imbuhan tertunggak ini dalam jumlah yang besar. Lagipun, mereka semua merupakan 'senior' yang sudah lama berkhidmat dengan syarikat. Memang layaklah mereka menerima semua itu.

Semoga dengan apa yang diberikan akan mendorong mereka supaya bekerja dengan lebih gigih lagi. Menyumbang tenaga dan idea agar pencapaian syarikat terus maju. Jangan pula jadi sebaliknya, sudahlah.

Monday, 12 January 2015

Jumlah hari dalam seminggu 7 hari

Malah Allah SWT memuliakan dengan ketujuh-tujuh hari itu dengan para Nabi iaitu Allah memuliakan Nabi Musa AS dengan hari Sabtu, Nabi Isa bin Maryam AS dengan hari Ahad, Nabi Daud AS dan Nabi Syith AS dengan hari Isnin, Nabi Sulaiman AS dengan hari Selasa, Nabi Salleh AS dengan hari Rabu, Nabi Yaakub AS dan Nabi Ibrahim AS dengan hari Khamis dan Nabi Muhammad SAW dan umatnya dengan hari Jumaat.

Rukun solat ke-7 ialah sujud. Untuk sujud menjadi sah, hendaklah 7 anggota tubuh mencecah ke bumi sewaktu sujud iaitu dahi, dua tapak tangan, dua lutut dan dua kaki.


Allah telah menciptakan 7 lapisan langit dan 7 lapisan bumi.

Allah S.W.T. telah menghiasi padang yang lapang dengan TUJUH lapis bumi. Firman Allah SWT di dalam Surah At-Talaq ayat yang ke-12 yang bermaksud:

"Allah yang menciptakan TUJUH petala langit dan (Dia menciptakan) bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi. (Berlakunya yang demikian) supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmu-Nya akan tiap-tiap sesuatu."

Kemudian Allah S.W.T. menghiasi bumi itu dengan TUJUH lautan. Sebagaimana firman-Nya di dalam Surah Luqman ayat yang ke-27 yang bermaksud:

"Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tintanya), dengan dibantu kepadanya TUJUH lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Allah S.W.T. telah menghiasi Al-Quran dengan TUJUH surah yang panjang, kemudian munghiasinya pula dengan TUJUH ayat pembuka kitab (faatihatul-kitaab). Firman-Nya di dalam Surah Al-Hijr ayat yang ke-87 bermaksud:

"Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (wahai Muhammad) TUJUH ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh Al-Quran yang amat besar kemuliaan dan faedahnya"


Allah juga menciptakan 7 pintu syurga dan 7 pintu neraka

Allah S.W.T. telah menghiasi neraka dengan TUJUH tingkat iaitu Jahannam, Sa'ier, Saqar, Jahiim, Hurhamah, Ladhaa dan Hawiyah. Kemudian Allah menghiasinya dengan TUJUH pintu, sebagaimana firman-Nya di dalam Surah Al-Hijr ayat yang ke-44 bermaksud:

"Ia mempunyai TUJUH pintu; bagi tiap-tiap sebuah pintu ada bahagian yang tertentu dari mereka (yang sesat dan menyesatkan itu)"

Surat Al Hijr Ayat 87:-
“Dan Sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al Quran yang agung.”

Dalam Matematik pula, nombor 7 digelar sebagai 'safe prime', iaitu sebagai penyelesaian kepada kebanyakan permasalahan kira-kira yang melibatkan bilangan genap, polinomial, vektor dan faktor sepunya. Heptagon juga mempunyai 7 sisi yang sekata.

  • Kalimah Syahadat dalam "Laa Ilaaha ilaa Allaah, Muhammad rasul Allah" terdiri dari 7 kata
  • Al-Fatihah yang merupakan penghulu segala surah, juga terdiri dari 7 ayat termasuk Bismillah.
  • 7 huruf tiada dalam surah Al-Fatihah
  • 7 takbir dalam rakaat pertama solat Hari Raya
  • Ayat tentang kiamat disebut dalam Al-Quran sebanyak 77 kali
  • Raja mesir bermimpi dengan 7 perkara.
  • Kanak-kanak diperintahkan solat semasa berumur 7 tahun
  • Tawaf mengelilingi Kaabah 7 kali, Saie juga 7 kali, lontaran di jamrah juga 7 biji batu
  • Dalam Al-Quran 7 tempat sujud
  • Elekron hanya mencapai ke tahap ke 7 sahaja
  • Pelangi mempunyai 7 warna
  • Terdapat 7 atom karbon dalam setiap molekol heptana
  • Angka 7 juga adalah nilai 'neutral' antara sifat asid dan alkali.
  • Atom di dalam nitrogen diwakili dengan nombor 7
  • Tulang belakang leher manusia yang menyambungkan kepada mempunyai 7 'cervical vertebrate'
Banyak lagi rahsia angka 7 ini. Ia mengandungi hikmah tersembunyi yang tidak mampu diterjemahkan oleh akal.

Wallahualam.

Sumber: E-mail (tidak diketahui)

Saturday, 10 January 2015

Selamat sejahtera buat rakan-rakan sekalian.

Saya memang pasti, anda pernah (sekurang-kurangnya sekali) pergi ke tandas di stesen minyak di tempat anda atau di mana-mana jalan/lebuh raya bukan?

Ketika hendak ke tandas, pastinya di dalam fikiran anda, anda akan membayangkan betapa kotor dan jijiknya tandas tersebut. Lebih-lebih lagi kalau stesen minyak tersebut kerap kali dikunjungi umat manusia yang hendak mengisi minyak.

Bau hancing dan kotor membuatkan ada di antara kita berasa loya sehingga tidak tahan. Itulah lumrah kalau kita bercakap mengenai tandas awam di Malaysia ini.

Tetapi percayakah anda bahawa ada juga stesen minyak yang menyediakan tandas awam "special" untuk pengunjungnya? Dan tandas awam ini tidak seperti yang kita jangkakan kerana ianya memang sangat-sangat istimewa! Jika kita masuk, rasanya kita tidak kesah untuk menghabiskan masa berjam-jam di dalamnya.

Apa yang istimewa ialah tandas ini terletak di stesen minyak Shell di salah sebuah negara yang bukannya dikategorikan sebagai negara maju atau membangun. Aneh, bukan? Kalau negara dunia ke-3 pun sudah ada tandas awam bertaraf 5 bintang seperti ini, apa nak di kata pada kita-kita yang sememangnya duduk di dalam negara maju.

Renung-renungkan....


Dari maklumat, tandas awam ini terletak di salah satu kawasan di Filipina. Sejauh mana maklumat ini benar, tidak dapat dipastikan. Tapi yang pasti, ianya adalah tandas awam di stesen minyak Shell. Hebat! 

Sunday, 4 January 2015

Dalam konteks kehidupan moden sekarang, banyak kita dapati mereka yang pandai dan bijak bercakap, pandai memutarbelitkan keadaan sehingga kesalahan mereka ditutup rapat kesalahan orang lain diperbesar-besarkan.

Ada juga orang yang pendiam, tak pandai bercakap atau berhujjah menjadi mangsa orang lain yang pandai memanipulasikan kelemahan mereka. Kelemahan mereka diperbesar-besarkan dan mereka diracun sebagai “figure yang negative” kepada masyarakat.

Dalam dunia ini, kita terjumpa bermacam-macam cerita dan mengalami bermacam-macam kisah. Semuanya pengalaman berguna yang patut diambil iktibar dan pengajaran.

Ada manusia baik dan manusia yang jahat. Kadang-kadang manusia yang baik itu disalah anggap sebagai jahat. Dan ada juga yang jahat itu, pandai berpura-pura dan berlakon sehingga dia nampak seperti baik dan mulia.

KISAH HABIL &  QABIL
Ada orang kata, kalau seseorang itu berasal dari tempat yang baik, suci, mulia dan terhormat, tentu peribadinya juga baik, suci, mulia dan terhormat.

Betulkah begitu?

Bolehkah kita kata dia itu manusia baik, perangainya baik?

Saya tak mahu menjawab secara langsung. Mari kita tengok sejarah Qabil & Habil sebagai rujukan. Qabil itu anak sulung Nabi Adam. Dia bersama pasangan kembar perempuannya dilahirkan dalam syurga.

Kemudian, Habil dan saudara perempuan kembarnya dilahirkan di bumi semasa Nabi Adam dan Siti Hawa diusir dari syurga.

Dipendekkan cerita, Qabil membunuh Habil kerana sifat dengkinya tak dapat beristerikan Iqlima yang cantik jelita. Dia tetap mahu berkahwin dengan Iqlima, kembarnya dan tak mahu sama sekali berkahwin dengan Labuda, kembar Habil yang dijodohkan tuhan dengannya.

Sekali pun dia tahu korbannya (dia meletak kambingnya yang kurus) tidak diterima Tuhan sebagai syarat untuk mengahwini Iqlima, dia tetap berkeras juga.

Dia rela menentang keputusan Tuhan dan rela membunuh adiknya yang tak berdosa.

BUKTI QAT’IE: Mari kita ikuti terjemahan Al-Quran dari surah Al-Maidah, ayat (27-30) untuk memahami perkara ini.

“Ceritakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka itu dengan sebenarnya akan riwayatnya dua orang anak Nabi Adam, yaitu keduanya berkorban kepada Allah. Maka Allah menerima korban salah seorang di antara keduanya. Allah tiada menerima daripada lainnya. Seraya katanya, “Demi Allah, saya akan membunuh engkau”.

Maka jawab Habil. Sesungguhnya Allah menerima korban daripada orang-orang yang takut. Demi Allah, jika engkau memukul aku dengan tangan kau kerana hendak membunuhku, nescaya aku tidak akan membalas pukulan engkau itu. Kerana aku takut kepada Allah, tuhan semesta alam. Aku mengkehendaki supaya engkau kembali dengan membawa dosa membunuhku berserta dosamu sendiri. Maka adalah engkau termasuk orang yang masuk neraka. Demikianlah balasan orang-orang yang aniayai”.

Tetapi hawa nafsu Qabil selalu hendak membunuh saudaranya. Lalu dibunuhnya. Maka adalah dia termasuk golongan yang rugi”

KESIMPULAN 1: Manusia yang baik itu adalah yang lurus hati dan boleh menerima keputusan tuhan dengan reda. Manusia jahat itu adalah dengki dan tidak merasa senang dengan nikmat yang tuhan beri kepada orang lain. Walaupun Qabil dilahirkan dalam syurga, tetapi sifat dengkinya menjadikan dia manusia jahat.

KESIMPULAN 2: Bila manusia dikuasai oleh syaitan dan nafsu amarah yang jahat, manusia yang keluar dari satu rahim (maksudnya adik beradik) pun boleh berkelahi, benci-membenci dan busuk-membusuk sesama mereka. Mereka lupa tentang ikatan perhubungan mereka, sebaliknya menjulang rasa ego dan nafsu jahat mereka. Orang semacam ini adalah manusia jahat lagi bodoh.

KESIMPULAN 3: Jangan lihat kebaikan manusia daripada kata-katanya, tetapi lihatlah daripada perbuatannya. Manusia yang jahat ini biasanya pandai bermanis muka. Kalau agak ragu dan samar, siasatlah sehingga bertemu kebenaran.

KESIMPULAN 4: Manusia yang bertunjangkan hawa-nafsu memang suka menentang dan membantah, sekalipun kata-kata itu datangnya dari Tuhan.

KESIMPULAN 5: Meskipun Habil menanam mayat Qabil selepas pembunuhannya, namun perbuatannya bukanlah tiket untuk dia dipanggil “manusia baik”. Manusia yang baik itu adalah manusia yang patuh kepada tuhan.

KISAH NABI YUSUF
Kemudian mari kita melihat kisah Nabi Yusuf yang menyayat hati. Nabi Yaakub A.S ada 2 orang isteri. Dari isteri pertama, dia mendapat 10 orang anak lelaki. Manakala dari isteri kedua, dia mendapat Yusuf dan adiknya, Bunyamin.

Kesemua 10 orang abangnya sangat dengki dan benci kepadanya. Kenapa begitu?

Mereka berkumpul dan merancang untuk membunuhnya. Pasal apa? Rupa-rupanya kisah manusia baik, manusia jahat sudah ada semenjak dulu lagi. Ia sebuah kisah turun-temurun yang didorong oleh nafsu jahat di dalam dada.

10 orang abangnya membawa Yusuf keluar kota. Nun dibawa ke padang pasir yang jauh dari ibubapa.

Mereka merancang membunuhnya. Alasan mereka, Nabi Yaakub lebih sayang kepadanya daripada mereka.

Seorang daripada mereka memberi cadangan. “Tolak sahaja Yusuf itu ke dalam perigi buta. Kemudian kita bawa balik hati serigala (yang kononnya membunuh Yusuf) sebagai bukti kepada ayah bonda”.

Kenapa adik beradiknya begitu jahat dan dengki kepadanya? Apa salah Yusuf? Apa dosanya?

BUKTI QAT’IE: Mari kita dengarkan terjemahan dari Al-Quran, surah Yusuf, ayat (7-10) berkenaan perkara ini.

“Sesungguhnya adalah cerita Yusuf dan saudara-saudaranya itu, menjadi keterangan bagi orang-orang yang bertanya.

Ketika mereka bercakap sesama saudaranya, katanya, “Sesungguhnya Yusuf dan saudaranya (Bunyamin) itu lebih dicintai oleh bapa kita daripada kita ini, sedangkan kita banyak (lebih banyak tenaga dan kerja). Sebenarnya bapa kita di dalam kesesatan yang nyata”.

“Bunuhlah Yusuf itu, atau buangkanlah ia ke negeri yang jauh, supaya bapa mengasihimu. Kemudian itu, kamu menjadi orang-orang yang baik”

Berkata salah seorang daripada mereka itu (bernama Yahuda): “Janganlah kamu bunuh Yusuf itu, tetapi lemparkanlah sahaja ke dalam sumur (perigi), nanti tentu akan diambil oleh orang yang lalu lalang, jika kamu suka memperbuat yang demikian”.

KESIMPULAN 1: Awasilah orang-orang yang pandai berbicara. Mulutnya manis bagaikan gula, sedangkan hatinya jahat bagaikan serigala. Ketahuilah, taqwa (kebaikan) bukan terletak di mulut, tetapi pada hati.

KESIMPULAN 2: Orang yang dengki boleh berpakat di antara mereka untuk merosakkan orang lain. Walaupun mereka berasal dari satu rahim (adik beradik), namun mereka selalu kalah kepada nafsu dan syaitan.

KESIMPULAN 3: Mereka pandai membuat helah dan lakonan, sedangkan Tuhan lebih hebat daripada mereka. Tunggulah makar (rencana) Allah terhadap mereka.

KESIMPULAN 4: Abang-abangnya kemudian memelihara Nabi Yaakub dan isterinya. Perbuatan “memelihara” itu bukanlah tiket untuk mereka bertukar menjadi manusia baik dalam peristiwa penganiayaian terhadap Yusuf.

KESIMPULAN 5: Tuhan kemudian menjadikan Yusuf lebih mulia daripada mereka. Tertolaklah rencana jahat mereka.


KONTEKS KEHIDUPAN MODEN
Dalam konteks kehidupan moden sekarang, banyak kita dapati mereka yang pandai dan bijak bercakap, pandai memutarbelitkan keadaan sehingga kesalahan mereka ditutup rapat dan kesalahan orang lain diperbesar-besarkan.

Ada juga orang yang pendiam, tak pandai bercakap atau berhujjah menjadi mangsa orang lain yang pandai memanipulasikan kelemahan mereka. Kelemahan mereka diperbesar-besarkan dan mereka diracun sebagai “figure yang negative” kepada masyarakat.

Sumber asal: E-mel (tidak diketahui)

Tuesday, 27 September 2011

Why do I have a variety of friends who are all so different in character?  How can I get along with them all?  I think that each one helps to bring out a "different" part of me.

With one of them I am polite. With another I joke.

I sit down and talk about serious matters with one. With another I laugh a lot. I listen to one friend's problems. Then I listen to another one's advice for me.

My friends are like pieces of a jigsaw puzzle. When completed, they form a treasure box. A treasure of friends! They are my friends who understand me better than I understand myself.

They're friends who support me through good days and bad. Real Age doctors tell us that friends are good for our health.

Dr. Oz calls them Vitamin F (for Friends) and counts the benefits of friends as essential to our well being. Research shows that people in strong social circles have less risk of depression and terminal strokes.

If you enjoy Vitamin F constantly you can be up to 30 years younger than your real age. The warmth of friendship stops stress and even in your most intense moments, it decreases the chance of a cardiac arrest or stroke by 50%. I'm so happy that I have a stock of Vitamin F!.

In summary, we should value our friends and keep in touch with them. We should try to see the funny side of things and laugh together and pray for each other.

In the tough moments. Some of my friends are friends on line. I know I am part of theirs because their names appear on my computer screen every day and I feel blessed that they care as much for me  as I care for them.

If ever you don't see my name on your screen please remember that it is not  because I have forgotten you.

You will always be my vitamin F forever....


Thank you for being one of my Vitamins!

Source:  Unknown

Saturday, 24 September 2011


Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua kepada segala bidadari-bidadari).

Berjihad/berdakwah untuk agama Allah SWT merupakan satu amalan yang akan menjadi kesukaan Allah SWT dan ini merupakan sunnah besar Nabi Muhammad SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Rasulullah SAW bersabda, “Tidak akan berganjak kaki anak Adam di hari Kiamat hingga disoal tentang empat perkara; tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya.” (Hadith sahih riwayat At-Tirmizi).

Ainul Mardhiah (bidadari untuk orang yang berjihad/berdakwah untuk agama Allah SWT)

Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.
QS. Ar-Rahman (55) : 58


Di dalam syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.
QS. Ar-Rahman (55) : 70

(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah.
QS. Ar-Rahman (55) : 72

Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.
QS. Ar-Rahman (55) : 74

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika Nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari2 syurga.

Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi di sebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada Nabi SAW, kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah. Sebelum Zohor, sunnah Nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap.

Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2, lalu di tanya sahabat ini, di manakah beliau berada, lalu ada suara yang menjawab, inilah syurga. Tiba-tiba dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi SAW beritahu tadi), lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini. 

Di suatu pepohon, beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu, tak pernah dilihat didunia ini. Lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah? Wanita itu menjawab; "Eh.. tidak (lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita). Saya penjaganya. Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana."

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai. Lalu diberi salam dan ditanya lagi adakah ini Ainul Mardiah? Lalu wanita itu menjawab, "Eh tidak.. Saya hanya penjaganya di dalam mahligai ini. Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana. 

Lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu. Kecantikkannya sungguh mengagumkan. Lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi dan tidak pernah di lihat di dunia. Lalu wanita itu berkata; "Akulah Ainul Mardhiah. Aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku. 

Bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab, "Nanti.... Kamu belum syahid lagi". Tersentak daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain. Namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan perkara ini kepada Nabi SAW, tapi sekiranya dia syahid barulah diceritakan kepada Nabi SAW.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah dan Nabi SAW telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah Nabi). Maka rakan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati Nabi SAW dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.

Sahabat pemuda yang syahid tadi, dalam menceritakan kepada Nabi SAW, Nabi SAW menjawab, "Benar, benar, benar..." sepanjang cerita tersebut. Akhirnya Nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga...



Sumber:  E-mel, tidak diketahui.
Terima kasih kepada penulis asal!

Wednesday, 12 May 2010

Salam sejahtera...

Sekadar buat renungan dan pedoman untuk kita semua... Moga-moga ia memberi pengajaran yang sangat berguna, InsyaAllah...


Kita renungi sebuah kisah yang berlaku pada zaman Rasululah S.A.W yang menceritakan tentang kisah seorang yang menderhaka kepada kedua ibu bapanya yang juga merupakan antara dosa paling besar di dalam Islam. Allah S.W.T melaknati perbuatan ini dan mengenakan azabnya di atas dunia lagi, ini kerana dosa menderhaka kepada kedua ibu bapa merupakan salah satu dosa yang disegerakan azabnya di muka bumi lagi!...

Kisah yang berlaku kepada Alaqamah yang mempunyai seorang ibu yang telah tua, dan beliau seorang yang terkenal sebagai seorang anak yang taat dan patuh kepada ibunya dan juga seorang ahli ibadat dan sering bersedekah kepada fakir miskin. Keadaan ini tidak berkekalan kerana setelah Alaqamah berkahwin, beliau telah mengabaikan ibunya dan tidak melayaninya seperti mana sebelum dia berkahwin. Hal ini telah menyebabkan ibunya kecil hati dan kecewa lalu dia berpindah dari rumah Alaqamah dan menyendiri di sebuah pondok usang namun Alaqamah tidak berusaha untuk mencarinya.

Pada suatu hari Alaqamah telah ditimpa penyakit dan sakit tenat, ketika ajalnya hampir tiba, seluruh keluarganya berkumpul dan mengajarnya mengucap. Perkataan "La ila ha illallah" tidak dapat diucapkannya walaupun perkataan itulah yang menjadi ratib dan zikirnya setiap masa sewaktu sihat dulu. Kaum keluarganya berusaha berkali-kali namun sia-sia sahaja kerana mulut Alaqamah seakan-akan terkunci. Mereka akhirnya kecewa dan menyampaikan kejadian tersebut kepada Rasulullah S.A.W. Rasulullah S.A.W mengeluarkan arahan agar para sahabatnya pergi melihat keadaaan Alaqamah dan cuba berusaha mengajarnya mengucap tetapi usaha mereka juga sia-sia.

Rasulullah S.A.W kemudian memerintahkan agar dicari ibu Alaqamah dan membawa bertemu dengan baginda. Sebaik sahaja ibu Alaqamah tiba, baginda lantas bertanya mengenai keadaan diri Alaqamah. Ibu Alaqamah mengakui bahawa dia berkecil hati dengan perbuatan anaknya itu yang tidak memperdulikannya dan akibat perbuatan Alaqamah itu dia enggan memaafkannya. Rasulullah S.A.W memerintahkan agar para sahabat mengumpul kayu api, arahan baginda tersebut sudah tentu mengejutkan para sahabat dan merasa hairan lantas menanyakan sebab-sebabnya. Baginda memberitahu bahawa kayu api tersebut akan digunakan untuk membakar Alaqamah di depan ibunya.

Apabila ibu Alaqamah mendengar Rasulullah S.A.W hendak membakar Alaqamah dengan kayu api tersebut, ibunya menangis dan merayu agar anaknya itu tidak dibakar dan dia bersumpah dengan nama Allah S.W.T di hadapan Rasulullah S.A.W dan para sahabatnya untuk memaafkan Alaqamah dengan penuh ikhlas dan rela hati.

Rasulullah S.A.W kemudian memerintahkan agar para sahabat pergi melihat keadaan Alaqamah, sebaik sahaja mereka tiba dan belum sempat untuk mengajarnya mengucap, Alaqamah telah mengucapkannya dengan lancar dan fasih sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Demikianlah sebuah kisah yang cukup menakutkan sebagai peringatan bagi manusia bahawa azab dan seksaan menderhaka kepada kedua orang tua itu akan disegerakan di muka bumi ini lagi. Oleh bersama-samalah kita berbakti kepada mereka berdua selagi hayat mereka masih ada, bagi mereka yang telah kehilangan mereka maka doa anak yang soleh itu adalah terlebih manfaat baginya.


Sumber : Tidak Diketahui (E-mel)

Monday, 10 May 2010

Buat pedoman semua terutama sekali ibu² yang senang naik baran... Fikir² kan nasib yang akan menimpa anak² sekiranya mulut terlalu 'ringan' mengucapkan kata²...

Ingatlah, kata² yang keluar dari mulut seorang ibu itu adalah satu doa buat anak²nya...


Suatu hari seorang alim yang sangat takwa kepada Tuhan bermaksud untuk pergi ke Tanah Suci mengerjakan ibadah haji. Waktu dia meminta izin kepada ibunya, ternyata perempuan tua itu sangat keberatan. Menurut ibunya, tunda dahulu keberangkatanmu sampai tahun depan. Ia merasa bimbang terhadap keselamatan anaknya, kerana orang alim itu adalah satu-satunya anak yang hidup dari hasil perkahwinan dengan almarhum suaminya.

Rupanya orang alim yang soleh itu sudah tidak dapat menahan keinginannya untuk menunaikan rukun Islam yang kelima. Maka, walaupun tidak mendapat restu dari ibunya, dia berkemas-kemas lalu berangkat menuju ke Tanah Haram. Jelas keputusannya ini bertentangan dengan ajaran Nabi. Kerana redha Allah bergantung kepada redha orang tua, begitu pula murka Allah terletak dalam murka orang tua.

Ketika menyaksikan anaknya yang pergi juga, ibu yang sudah tua itu tergopoh-gapah mengejar anaknya. Akan tetapi anaknya itu sudah telalu jauh. Dia tidak mendengar suara ibunya yang memanggil-manggil sambil berlari-lari itu. Dalam marahnya ibu yang sangat cinta kepada anaknya tersebut menadahkan kedua tangannya lalu berdoa: "Ya Allah, anakku satu-satunya telah membakar diriku dengan panasnya api perpisahan. Kumohon pada-Mu, balaslah dia dengan seksaan yang setimpal. Sebagai ibunya, aku merasa sakit hati, ya Allah."

Doa ini jelas tidak pada tempatnya bagi seorang ibu yang seharusnya bijaksana. Sebab di antara doa-doa yang dikabulkan adalah doa seorang ibu terhadap anaknya. Bumi seolah-olah bergoyang mendengar doa ini. Namun orang alim tadi terus juga berjalan. Pada sebuah kota kecil sebelum sampai tempat tujuannya, orang alim itu berhenti melepaskan lelah. Menjelang Maghrib dia berangkat ke masjid dan solat sampai Isyak. Sesudah itu ia terus mengerjakan solat-solat sunat dan wirid hingga jauh malam.

Secara kebetulan di sudut kota yang lain, pada malam itu terjadi peristiwa yang menggemparkan. Ada seorang pencuri yang masuk ke dalam rumah salah seorang penduduk. Orang yang punya rumah terjaga dan bersuara. Tiba-tiba pencuri itu terjatuh kerana terlanggar suatu benda di kakinya. Ketika terdengar bunyi sesuatu yang jatuh itu, maka orang yang punya rumah pun memekik-mekik sambil berkata, "pencuri!... pencuri!..."

Seisi kampung terbangun semuanya. Dengan ketakutan pencuri itu lari sekuat tenaga. Orang-orang kampung terus mengejarnya. Pencuri itu lari ke arah masjid dan masuk ke halaman masjid tersebut. Orang-orang pun mengejar ke sana . Ternyata pencuri itu tidak ditemukan di dalam rumah Allah itu.

Salah seorang di antara mereka memberitahu kepada pemimpinnya, "Kita sudah mencari di sekeliling masjid, namun tidak ada bekas-bekasnya sedikitpun..."

Yang lainnya pula berkata, "Tidak mungkin dia ditelan bumi, aku yakin dia belum lari dari sini. Kalau di luar masjid tidak ada, mari kita cari ke dalam masjid. Berkemungkinan dia bersembunyi di situ."

Maka orang-orang pun masuk ke dalam masjid. Ternyata betul, di dekat mimbar ada seorang asing sedang duduk membaca tasbih. Tanpa bertanya-tanya lagi orang itu ditarik keluar. Tiba di halaman masjid, orang tadi sudah terkulai dan pengsan kerana dipukul beramai-ramai.

Penguasa hukum di kota tersebut malam itu juga memutuskan suatu hukuman yang berat kepadanya atas desakan masyarakat yang marah. Maka orang tersebut diikat pada tiang dan dicambuk badannya.

Keputusan dari hakim ini jelas menyalahi ajaran Nabi, bahawa seorang hakim seharusnya menyelidiki hingga hujung suatu perkara, dan tidak boleh menjatuhkan keputusan berdasarkan hawa nafsu. Begitu juga walaupun lelaki itu dituduh menodai kesucian masjid kerana bersembunyi di dalamnya, dengan berpura-pura bersembahyang dan membaca wirid, padahal dia adalah pencuri.

Pagi-pagi lagi seluruh penduduk kota itu sudah berkumpul di pasar menyaksikan jalannya hukumam qisas itu. Selain algojo melaksanakan tugasnya, orang-orang pun bersorak-sorak melihat si alim dicambuk hingga pengsan. Mereka tidak lagi mematuhi ajaran Islam untuk berbuat adil terhadap siapa saja, termasuk kepada pencuri yang jahat sekalipun. Darah memercik ke sana ke mari, orang-orang kelihatan semakin puas.

Semakin siang semakin ramai orang yang berkumpul menonton dan meludahi pencuri yang terkutuk itu. Dalam kesakitannya, orang alim yang dihukum sebagai pencuri itu mendengar salah seorang penduduk yang berkata, "Inilah hukuman yang setimpal bagi pencuri yang bersembunyi di dalam masjid!" sambil meludah muka orang alim tersebut.

Orang yang dihukum yang dianggap pencuri ini dengan suara yang tersendat-sendat membuka mulutnya berkata, "Tolong jangan katakan demikian. Lebih baik beritahukanlah kepada orang ramai bahawa saya ini adalah hamba Allah yang ingin mengerjakan ibadah haji, tapi tidak mendapat restu dari orang tua..."

Mendengar ucapan ini, orang yang mendengar jadi terkejut dan menanyakan siapakah dia sebenarnya. Orang alim tadi membuka rahsianya, dan masyarakat jadi serba salah. Akhirnya mereka terpaksa memberitahukan hal itu kepada hakim.

Setelah hakim itu datang dan tahu duduk perkara yang sebenarnya, maka semua mereka menyesal. Mereka kenal nama orang alim itu, iaitu orang yang soleh dan ahli ibadah. Cuma belum pernah tahu rupanya. Ibu-ibu yang hadir serta orang tua lainnya ramai yang merasa sedih tidak dapat menahan diri, tapi sudah tidak ada gunanya.

Malamnya, atas permintaan orang alim itu setelah dibebaskan dari seksaannya, dihantarkan ke rumah ibunya. Pada waktu orang alim tersebut akan dihantar, ibunya telah berdoa, "Ya Allah, jika anakku itu telah mendapatkan balasannya, maka kembalikanlah dia kepadaku agar aku dapat melihatnya..."

Begitu selesai doa si ibu, orang yang membawa anaknya pun sampai. Orang alim itu minta didudukkan di depan pintu rumah ibunya, dan mempersilakan orang yang mengantarnya itu pergi. Sesudah keadaan sunyi kembali, tidak ada orang lain, maka orang alim itupun berseru dengan suara yang pilu, "Asalamualaikum..."

Maka terdengarlah suara orang tua yang menjawab salamnya dari dalam. Bergetar hati si alim mendangar suara itu, "Saya adalah musafir yang terlantar. Tolonglah beri saya roti dan air sejuk..." kata orang alim itu menyamar diri.

"Mendekatlah engkau ke pintu. Hulurkan tanganmu melalui celah pintu..." jawab suara tadi dari dalam.

"Maaf, saya tidak boleh mendekati pintu kerana kedua kaki saya sangat kaku. Saya juga tidak dapat menghulurkan tangan melalui celah pintu, kerana tangan saya terasa letih..."

"Jadi bagaimana caranya?..." si ibu mengeluh kehilangan akal. "Antara kita ada pemisah yang tidak boleh dilanggar. Engkau lelaki yang tidak saya kenal, dan saya, walaupun sudah tua, adalah seorang perempuan..."

"Jangan bimbang wahai puan..." kata orang alim tersebut. "Saya tidak akan membuka mata kerana kedua mata saya sangat pedih, jadi saya tidak akan melihat ke arah puan..."

Mendengar jawapan itu, tidak beberapa lama kemudian perempuan itu pun keluar membawa sepotong roti dan segelas air sejuk. Orang alim itu begitu saja merasakan kehadiran ibunya, sudah tidak mampu lagi menahan diri. Ia memeluk kaki ibunya dan menjerit sambil menangis, "Ibu, saya adalah anak ibu yang derhaka..."

Ibunya pun merasa sedih. Dipandangnya orang cacat di mukanya itu lalu ia menjerit ternyata adalah anaknya. Mereka berdua saling berpelukan dalam tangisan.

Ketika itu juga perempuan tersebut menadahkan tangannya memohon ampun kepada Allah, "Ya Allah, kerana telah jadi begini sungguh saya menyesal atas kemarahan saya kepada anak sendiri, saya bertaubat untuk tidak mengulangi lagi perkara ini, ampunilah saya ya Allah, serta ampunilah dosa orang-orang yang menyeksanya kerana kami semua telah disesatkan olehgodaan iblis dengan nafsu marah..."


NOTA:

Sebagai seorang ibu, kita haruslah bersabar dengan karenah anak-anak. Anak-anak adalah anugerah dari Allah swt kepada kita. Jika anak-anak kita telah menyakiti atau melakukan dosa terhadap kita,janganlah terus mendoakan sesuatu yang buruk keatas mereka.

Ingatlah, doa seorang ibu untuk anaknya adalah diantara doa yang akan segera dimakbulkan oleh Allah SWT. Sebaliknya kita haruslah berdoa agar anak-anak kita akan insaf dan segera bertaubat.


Source : Unknown (E-mail)


 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.