Monday 21 July 2008

Info yang berguna yang harus dikongsi bersama... Jadi, pada mereka yang suka tidak mengambil makan malam tu, fikir2 kan lah ek... Ada sebab mengapa kita perlu makan 3 kali sehari....


Pengabaian sajian malam tidak akan mengurangkan berat badan. Ini adalah kerana sistem badan akan bertindak mengikut corak pemakanan kita. Sekiranya kita mengabaikan makan malam (mungkin hanya 2 kali seminggu), sistem dalam badan kita akan menganggap bahawa tindakan ini adalah suatu ‘situasi yang kekal’ maka, ia akan menetapkan diri dalam keadaan bersedia untuk menyimpan makanan. Dengan keadaan begini, kadar metabolisma badan akan berkurangan untuk menyimpan lemak (sebagai sumber tenaga) untuk kegunaan pada masa perut kosong. Oleh sebab inilah, berat badan kita tidak dapat diturunkan dengan hanya mengelak daripada makan malam.


Mengapa Pengambilan Sajian Sihat Pada Waktu Malam?

  1. Perut yang kosong akan menyebabkan peningkatan hormon ketegangan dalam badan dan ini akan mengakibatkan badan mudah menjadi letih.

  2. Sajian malam yang sihat boleh membantu mengekalkan berat badan.
    Tetapi, tabiat meninggalkan makan malam menyebabkan badan mula menyimpan kalori dan memperlahankan kadar metabolisma.

  3. Ambil makanan malam pada masa yang betul. Ini akan mengurangkan tabiat pengambilan makanan ringan pada lewat malam.


Apa Itu Makan Malam Yang Sihat?

  1. Tepati waktu makan pada 7.00 malam
    Mengikut nasihat pakar perubatan, makan malam perlu diambil awal. Kajian juga menunjukkan bahawa makan malam awal (sebelum 8.00 malam) dapat mengurangkan risiko batu karang pada saluran ureta.

    Ini kerana proses penyingkiran kalsium yang berlebihan berlaku dengan optima 4 - 5 jam selepas makan melalui pembuangan air kecil. Tetapi, sekiranya kita mengambil makanan terlalu lewat proses penyingkiran ini berada di tahap tertinggi pada masa kita tidur. Maka, air kencing tidak dapat disingkirkan dan akan terkumpul di saluran ureter, pundi kencing dan uretha. Ini akan menyebabkan lama-kelamaan akan menyebabkan pembentukan batu karang. Jadi, mengambil makan malam pada lewat petang (jam 6.00 petang) adalah masa yang paling sesuai sekali.



  2. Makan malam lebih ringan daripada makan tengahari
    Berbanding dengan sarapan dan makan tengahari, pengambilan makan malam perlu dalam kuantiti yang sederhana dan berkhasiat. Tetapi, jangan tidak mengambil makan malam.

    Kita jarang melakukan aktiviti pada waktu malam dan jika makan malam pula diambil lewat dan dalam kuantiti yang banyak, ini akan menyebabkan kadar kolestrol meningkat, menggalakkan hati membina lebih banyak lipoprotein berketumpatan rendah yang akan mendatangkan penyakit arteriosclerosis.

    Selain itu, amalan ini juga turut mengundang penyakit diabetis dan juga perembesan insulin yang banyak secara berterusan yang mengakibatkan sel-sel B insulin menjadi lemah.

    Selain itu juga, makan malam yang terlalu kenyang akan menyebabkan perut berangin. Ini akan menjadikan organ-organ di sekeliling seperti usus, hati, hempedu dan sebagainya tertekan. Keadaan ini pula adan dihantar kepada otak kita dan menyebabkan otak kita aktif yang seterusnya menyebabkan masalah imsomnia.



  3. Penyediaan makanan yang berkhasiat untuk santapan malam
    Pengambilan makan malam mesti memperbanyakkan sayur-sayuran, terutama sayuran yang kaya dengan karbohidrat dan mengurangkan pengambilan makanan yang mengandungi protein dan lemak.

    Namun, realitinya kebanyakan keluarga lebih menumpukan kepada penyediaan makanan malam yang terlalu berat (tinggi kandungan protein dan lemak) disebabkan kesibukan bekerja pada siang hari. Amalan ini tidak baik untuk kesihatan badan.

    Mengikut laporan kajian sains, mengambil daging, telur, susu atau makanan berprotein tinggi akan menyebabkan kandungan kalsium dalam air kencing bertambah. Ini bukan sahaja merendahkan simpanan kalsium dalam badan malah akan mengakibatkan penyakit rickets, rabun jauh di kalangan remaja dan osteoporosis di kalangan orang dewasa. Di samping itu, jika kepekatan kandungan kalsium dalam air kencing tinggi, peratusan untuk menghidapi penyakit batu karang pada saluran uretra juga meningkat. Badan kita tidak dapat menyerap protein jika ianya diambil dengan terlalu banyak dan ini menyebabkan pengumpulan protein dalam saluran makanan sehingga menghasilkan ammonia dan toksin lain yang menyebabkan penyakit kanser.

    Pengambilan lemak yang terlalu banyak akan menyebabkan kolesterol dalam darah meningkat. Kajian juga menunjukkan bahawa kandungan kolesterol dalam darah bagi orang yang suka makan daging adalah 2 hingga 3 kali lebih tinggi berbanding pengamal sayur-sayuran. Karbohidrat akan menghasilkan lebih unsur serum darah dalam badan yang berfungsi sebagai penenang. Ini adalah sangat baik untuk orang yang mempunyai masalah insomnia

      Sumber : E-mail

      Sunday 20 July 2008

      Bukan nak memerli atau mengata, cuma aku ingin berkongsi dengan kalian satu artikel yang aku dapat dulu mengenai kesihatan... Sekadar berkongsi dan sebagai peringatan pada kita semua.... Renung-renungkan....


      Kajian meramalkan lebih 36 bilion penduduk dunia mati muda akibat penyakit kronik menjelang 2015

      PENYAKIT yang 'menyerang' manusia ialah penyakit berjangkit atau wabak seperti tibi, malaria atau HIV manakala penyakit berpunca daripada manusia sendiri seperti diabetes, penyakit jantung, kanser dan strok.

      Akan tetapi, daripada semua jenis penyakit yang berpunca atau dihasilkan manusia, ada beberapa penyakit serius yang diklasifikasikan sebagai 'kronik' berikutan ia mencetuskan hampir dua kali ganda jumlah kematian di seluruh dunia berbanding punca kematian lain..

      Kumpulan penyakit yang dikenali sebagai 'penyakit kronik tidak berjangkit' (CNCD) itu seterusnya mencetuskan kebimbangan di kalangan saintis serta pakar perubatan sehingga menyebabkan pelbagai usaha dan penyelidikan dilakukan bagi mengatasi penularannya.

      Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), antara penyakit yang termasuk dalam kategori CNCD adalah penyakit berkaitan kardiovaskular, diabetes jenis kedua, penyakit kronik berkaitan respiratori selain beberapa jenis kanser.

      Pengarah Institut Antarabangsa Berkaitan Kesihatan Global, Universiti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNU-IIGH), Tan Sri Mohamed Salleh Mohamed Yasin, berkata CNCD amat dibimbangi kerana menjadi punca kira-kira 60 peratus kematian di seluruh dunia.

      "Lebih membimbangkan adalah penyakit kronik CNCD turut mencatatkan 44 peratus kematian terhadap pesakit yang masih muda; jumlah kematian keseluruhan pula dua kali ganda membabitkan penyakit berjangkit termasuk HIV/AIDS, tibi dan malaria," katanya.

      Beliau berkata, dari sudut ekonomi pula, CNCD turut memberi impak negatif yang dahsyat terhadap produktiviti sesebuah negara. Dianggarkan dalam tempoh 10 tahun akan datang, China, India dan United Kingdom, masing-masing akan kerugian AS$558 bilion, AS$237 bilion dan AS$33 bilion akibat kematian rakyatnya yang disebabkan penyakit kronik berkenaan.

      "Tanpa ada usaha untuk menghentikan penularan CNCD, dianggarkan 388 bilion penduduk seluruh dunia akan mati akibat penyakit ini dalam tempoh 10 tahun, malah sejumlah 36 bilion penduduk mati pada usia muda menjelang 2015," katanya yang dilantik menjadi pengarah pertama bagi UNU-IIGH sejak institut itu ditubuhkan pada 1 Mac lalu.
      Antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan jumlah kes CNCD adalah purata jangka hayat penduduk yang lebih panjang, penggunaan tembakau atau merokok, kurangnya aktiviti jasmani dan pemilihan makanan tidak sihat.

      "Sebenarnya kebanyakan punca penularan penyakit CNCD ini boleh dicegah kerana ia membabitkan gaya hidup seseorang. Sebanyak 80 peratus kematian pada usia muda akibat penyakit jantung, strok atau diabetes boleh dielakkan dengan mengamalkan cara hidup sihat selain pengetahuan mengenai aspek farmaseutikal, " katanya.

      Beliau berkata, ada penyakit kronik CNCD yang berpunca daripada merokok, justeru dengan menghentikan tabiat merokok, ia secara tidak langsung mampu mengatasi penularan penyakit berkenaan.

      "Kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama Kementerian Kesihatan yang diketuai Profesor Dr Syed Mohamed Aljunid mendapati seramai 93,306 penduduk di negara ini meninggal dunia akibat penyakit yang berpunca daripada merokok dari 2004 hingga 2007.

      "Malah setiap tahun, lebih 33,000 kes baru dicatatkan bagi penyakit jantung, kanser paru-paru (hampir 3,000) dan penyakit semput kronik (kira-kira 12,800) yang berpunca daripada merokok," katanya.

      Beliau berkata, kerajaan juga membelanjakan sekitar RM3.4 bilion setahun bagi merawat ketiga-tiga penyakit terbabit dan jumlah sebanyak itu pasti dapat disalurkan untuk manfaat lain yang lebih baik jika tabiat merokok dapat dihenti atau dikurangkan.

      "Akan tetapi untuk menghentikan tabiat merokok adalah satu cabaran besar di negara kita. Kajian mendapati 49 peratus daripada lelaki dewasa (berusia 18 tahun ke atas) merokok malah wanita pula sebanyak lima peratus.

      "Kajian mendapati jumlah perokok wanita meningkat berbanding 20 tahun lalu. Dulu hanya 0.5 peratus tetapi kini sudah lima peratus. Puncanya mungkin disebabkan lebih ramai wanita muda sekarang yang berkerjaya, profesional dan pengaruh iklan syarikat rokok," katanya.

      Kesan buruk rokok sebagai satu daripada pencetus CNCD menyebabkan ada beberapa negara yang mengambil langkah ketat terhadap barang berkenaan bagi mengurangkan jumlah perokok di negara mereka.

      "Kanada misalnya cuba mengurangkan jumlah perokok di negara mereka dengan menaikkan harga rokok dengan kadar yang tinggi, melarang menjual rokok secara batang selain memperbanyakkan kawasan larangan merokok," katanya.

      Beliau berkata, aspek pencegahan penyakit CNCD dapat dijayakan menerusi integrasi pelbagai pihak membabitkan bidang sains, teknologi, polisi dan sosial; daripada pemerintah sehingga ke rakyat bawahan.

      Sehubungan itu, Mohamed Salleh berkata, pihaknya di UNU-IIGH akan melakukan pelbagai penyelidikan dalam bidang kesihatan global antaranya kualiti dalam sistem penjagaan kesihatan; kajian penyakit dan kaedah kawalan, pembangunan teknologi maklumat dalam kesihatan seterusnya kesan perubahan iklim dan impak globalisasi terhadap kesihatan.



      Nota kaki:-
      Aku memang tak hisap rokok... Sejak aku lahir lagi, memang aku tak suka pada rokok... Asapnya cukup memeningkan kepala aku....

      Sumber asal : E-mail

      Saturday 19 July 2008

      Seawal jam 6.00 pagi, aku sudah bangkit dari tidur... Mengikut perancangan dan janji yang telah dibuat bersama beberapa rakan yang lain, hari ini aku akan menghabiskan masa seharian berehat dan berjalan di pusat peranginan yang terkenal di tahah air; mana lagi kalau bukan Genting Highlands...

      Rasa teruja nak kesana kerana kali terakhir aku menjejakkan kaki di tanah tinggi itu ketika aku dibangku sekolah rendah!... Tak silap aku, waktu itu aku darjah 3 atau 4... Aku tak ingat sangat... Waktu itu, Pak Usu aku yang bawak bersama keluarganya menaiki kereta Datsun 120Y... Bayangkanlah, kereta lama mendaki bukit yang tinggi dan curam itu... Pulak tu, dalam kereta tu bukan sorang dua... Mahu 6-7 orang yang terdiri dari org dewasa dan kanak2... Memang slow dan aku cukup takut kalau2 kereta tu tak larat atau tergostan kebelakang sebab berat sangat... Tapi alhamdulillah, kami dapat sampai diatas... Hehehehe...

      Lama giler aku tak pergi tempat ni dan aku dapat rasakan, tempat ini telah banyak berubah... Kalau dulu, tak ramai orang pergi, sekarang tempat ni dah jadi macam "KLCC" kedua; penuh dengan umat manusia terutamanya pelancong2 dari luar... Aku rasa, tarikan tempat ini membuatkan ramai yang ingin berkunjung especially kaum bukan Islam seperti Cina dan lain2 untuk bergembira dan berjudi... Terdapat kasino dan taman tema yang sungguh menyeronokkan disamping tarikan lain...

      Kami bertolak dari Kuala Lumpur pada pukul 10.00 pagi menyusuri Lebuhraya Karak... Sebelum tu, aku dan rakan2 yang lain sempat menyediakan bekal untuk dibawa kesana... Maklumlah, nak beli makanan kat atas ni bukannya murah!... Mahal giler... Pulak tu, ni dah tengah bulan, so kalau nak mengelakkan poket kering, bawaklah makanan dari rumah untuk alas perut disana... Kira macam potluck jugakla... Aku masak mee hoon goreng, ada yang buat sandwich, bawak cekodok dan nugget serta sosej... Pada asalnya, ada 3 orang bujang termasuk aku dan sebuah keluarga turut serta dalam aktiviti kali ini... Kemudian, ada sebuah lagi keluarga joint kami selepas waktu makan... Bila dah berkumpul tu, jadi ramai dan nampak meriah sangat!...

      Ketika kami sampai, kabus tebal menyelubungi kawasan sekitar... Keadaan gelap seolah-olah nak hujan... Sebenarnya, cuaca sejuk dan berkabus; bukannya hujan... Aku tak pasti berapa suhu ketika itu, tetapi bila kami sampai dan nak masuk taman tema, terasa sejuk sangat... Nasib baik baju yang aku pakai agak tebal... Jadi, rasa panasla sikit... Kalau tak, aku carikla sape2 untuk aku peluk.... **Wakakakakakakakaka....

      Bila dah sampai, perangai kebudak-budakkan mula timbul... Bila tengok ada banyak permainan, mula lah nak mencuba... Nak main itulah, nak main inilah... Hampir kesemua permainan boleh dikatakan menarik dan mesti dicuba... Ada banyak permainan baru dan permainan lama disitu... Tapi tulah, aku tak sempat nak cuba semua sebab terlalu ramai sangat orang beratur nak main... So, at last aku cuma main permainan yang jarang orang nak main je... Hehehe....

      Bila dah penat dan perut lapar, kami berhenti seketika untuk berehat dan menikmati hidangan yang telah dibawa dari rumah... Kalau asyik main aje tapi tak makan, nanti pengsan pulak... So, masing2 membawa keluar bekal yang dibawa dan aku cukup terkejut sebab ada banyak sangat makanan... Rasa macam pergi picnic kat tepi pantai pulak!... Ada mee hoon goreng, sandwich, cekodok, nugget & sosej, pau, apam balik, murtabak daging dan sebagainya... Memang meriah sungguh meja makan kami... Itulah, kalau dah potluck, kita tak sedar ada macam2 makanan akan terhidang diatas meja... Nasib baik tak semua yang pergi, kalau tak, mesti dah jadi macam 'family day'... Hehehehehe....

      Aku tergamam sebentar apabila mereka membuka satu kotak yang berisi kek harijadi...

      "Haaaaa........ Alamakkkk... Dorang nak celebrate birthday aku la.... Seronoknya.....", hatiku berbisik...

      Rasa malu pun ada sebab dah tua2 bangka pun nak celebrate birthday... Hehehee.. Pulak tu, kat tempat ramai orang lak tu... Nasib baik takde orang nampak... Hehehehe.... Aku dah lama tak celebrate birthday kat luar... Kalau ada pun, sekadar makan2 je... Takde la sampai nak potong2 kek ni... Lagipun, birthday aku dah lama berlalu dan rasa segan lak sebab celebrate kemudian... Tapi aku rasa cukup terharu, cukup bertuah dan berterima kasih sebab kawan2 aku ni ingat birthday aku... Terima kasih yang tidak terhingga ye semua untuk kejutan ini...

      Next time around, aku pulak akan buat kejutan untuk korang... Tunggu jelah nanti, tau la ape aku nak buat............. Hehehehe.........


      Dalam kenangan:-

      Photobucket


      Photobucket
      My travelling companion...


      Photobucket
      Inilah antara mereka2 yang turut serta... Kesemuanya rakan sekerja aku bersama keluarga masing2...


      Photobucket
      Rasa macam kat London pulak... Hehehehe... Sejuk giler masa ni!!!...


      Photobucket
      Kanak2 riang sedang bermain "Mary Go Round".... Tu ada baby tua atas unta.... Hehehe...


      Photobucket
      Aku pun tak ketinggalan gak nak main... Padahal benda alah tu, aku tak muat... Terkeluar kedua-dua kaki aku... Hehehehe...


      Photobucket
      Kak Alinur & Kak Pijah... Masing2 tengah control nafas... Takut benda tu tak nak naik... Hehehehe


      Photobucket
      Aisyah - anak Kak Keenah dan Wais - anak Kak Ana... Tengah seronok naik Space Shot budak2...


      Photobucket
      Aku sewaktu menaiki Pirate Ship... Game ni macam main buaian, tapi tinggi giler benda ni hayun... Rasa geli2 perut aku... Hehehe


      Photobucket
      Aisyah dan Wais... Suka bebenor dorang nih... Sampai berulang-ulang naik!...


      Photobucket
      Anak memang tengah seronok, ngan mak2 skali lepas geram... Kak Keenah & Aisyah


      Photobucket


      Photobucket
      One Happy Family on the boat... Keluarga Kak Keenah naik sampan...


      Photobucket
      Amboiii... Dah penat sangat, mak jadik mangsa... Sedapnya 'bantal peluk' nih... Hehehee...




      The Two Princess...

      Photobucket
      Baby Damia... Anak Kak Ana...


      Photobucket
      Aisyah... Anak Kak Keenah... Memang comel dia ni, malu2 tapi mahu... Hehehe...




      The Celebration... Thank you everyone!...

      Photobucket


      Photobucket


      Photobucket
      Celebration for both, me and Kak Ana's husband - Abg Zaidi... We both are Cancerians...


      Photobucket




      Model Sambilan.... Hehehee....

      Photobucket
      Pose with First World Hotel... Kaler2 tul hotel ni...


      Photobucket


      Photobucket
      Posing kejap lah... Hehehe..


      Photobucket
      Kak Alinur dan maskotnya... Hehehe...




      Antara game yang ada....

      Photobucket
      Game nie best tapi aku tak dpt naik... Rasa macam terbang aje...


      Photobucket
      Waktu tengah kabus tebal... Waktu ni rasa gerun sikit sebab tak nampak ape kat depan...


      Photobucket
      Corkscrew... Best giler!!!!..


      Photobucket
      Go-Kart... Ermmm... Kureng sikit sebab rasa macam naik atas mesin rumput, pastu jalan... Slow!... Bunyi pun dah dekat2 sama macam mesin rumput gak... Hehehe


      Photobucket
      Flying Coaster... Yang ni pun best tapi aku tak berpeluang naik... Aku dengar cite, pernah ade orang mati bila naik ni... Kene sakit jantung kot...


      Photobucket
      Cyclone.. First roller coaster in Malaysia... Dulu, masa aku kecik2, naik benda ni...



      Nota kaki: -
      Ape nak jadi ngan aku ni... Hujung bulan, ada exam!... Sempat lagi nak pi enjoy... Buku belum abis baca.... :)

      Thursday 17 July 2008

      Selepas solat Maghrib, aku terus mencapai Surah Yassin untuk dibaca sementara menanti masuknya waktu Isyak... Esok, lebih kurang jam 5.50 pagi, genaplah 7 hari pemergian arwah kakak angkat aku ke Rahmatullah... Sehingga kini, aku dan rakan2 rapat arwah yang lain masih lagi berada dalam keadaan trauma mengenangkan apa yang berlaku... Terasa dirinya masih ada lagi disisi...

      Sedih memang sedih, tetapi aku redha dengan qada' dan qadar Allah SWT... Dia Maha Agung dan Maha Bijaksana... Setiap apa yang berlaku ada sebabnya dan setiap kelahiran/kematian sudah ditetapkan ketika kita berada di alam roh lagi... Cuma kita sebagai manusia sentiasa lalai dan leka dengan hal2 keduniaan yang mengasyikkan... Padahal, ajal sentiasa menjengah kita setiap waktu; menanti masa untuk menjemput kita pulang...

      Terasa sayu ketika Abg Idrus, suami kepada arwah Kak Ayu datang ke tempat duduk arwah tadi untuk mengemas dan mengambil barang2 peribadi yang ada didalam laci dan atas meja pejabat... Dan ketika itu juga, kami2 berkerumun membantu apa yang patut... Masing2 tidak berkata banyak, sayu dan sedih melihat barang kepunyaannya... Ada diantara barang2 itu seperti baru disentuh oleh arwah; bekas air minuman yang berisi straw dengan KESAN LIPSTICK disekelilingnya, kain seledang dan jaket hitam tersidai diatas kerusi dan lain-lain lagi... Semuanya seperti baru saja digunakan semalam walaupun semua barang2 itu tidak disentuh sejak lebih 8 bulan yang lepas...

      Ada diantara kami tidak dapat menahan kerinduan, meminta izin dari Abg Idrus untuk mengambil dan menyimpan barang2 milik arwah sebagai kenang-kenangan... Selendang yang sentiasa dipakai oleh arwah setiap hari di pejabat disimpan oleh Kak Lin; rakan sepejabat aku yang cukup rapat dengan arwah... Mereka ibarat adik beradik, kemana saja dipejabat, sentiasa bersama... Bila arwah ada masalah dan berduka lara, Kak Lin lah antara orang yang dicarinya... Pergi makan pun sama2... Tu belum lagi masuk segala gurau senda dan aktiviti yang dijalankan bersama... Memang ketika hari arwah meninggal, Kak Lin rasa sedih yang teramat sangat; rasa terkilan kerana tidak sempat berjumpa dengan arwah di hari2 terakhirnya...

      Memang suhu bilik di pejabat aku tidak menentu... Kadangkala panas, kadang kala sejuk sangat... Tetapi selalunya memang sejuk sebab aircond kami telah diselaraskan secara menyeluruh (centralised) dan membuatkan ramai di antara kami menggigil kesejukkan... Kalau diubah kepada suhu yang lebih tinggi sikit, kepanasan pulak!... Lagi tak selesa nak buat kerja...

      Jadi, setiap kali berada didalam pejabat, arwah memang selalu melilitkan selendang di badannya untuk mengurangkan kesejukkan... Sekarang, selendang itu tinggal kenangan dan dipakai oleh Kak Lin sebagai pengubat rindu... Aku pun ada satu scholl yang dihadiahkan oleh arwah sebelum ini... Jikalau sejuk sangat, aku memang akan pakai scholl tu dan setiap kali aku pakai, aku akan teringat kat dia... What a memory...

      Aku diberitahu oleh Abg Idrus, ramai sungguh yang meminta baju2 kepunyaan arwah daripadanya untuk disimpan sebagai kenangan... Sampai tak terlayan dia... Aku faham, walaupun arwah bukanlah jenis seorang yang famous ketika hayatnya, tapi dia mempunyai ramai kenalan dan amat disenangi oleh ramai orang... Biasalah, orang cantik dan friendly; sape tak senang dan suka kan???... Dia seorang 'mesra rakyat' membuatkan orang ingin berkawan dan mengenalinya... Jadi, tidak mustahil selepas pemergiaannya, dia dirindui oleh ramai pihak dan kawan2...

      Tiba-tiba kesedihan datang kembali bila aku teringat kenangan lama kami (kawan2) dengannya... Arwah memang cukup rapat dengan kami semua; Kak Alinur, Kak Pijah, Kak Ana, Kak Ina, Kak Lin, Michelle, Kak Rosnaliza, Kak Puzah, Yotot........ Semualah yang ada dalam department aku dan mereka2 yang sentiasa dekat dengannya... Bila dia dah takde, kami rasa lain sangat... Adakalanya, kami dapat rasakan dia masih ada dan seolah-olah dia sentiasa dekat dengan kami.......


      Nota kaki:-
      Aku akan merindui panggilan "adik" dari arwah... Dalam pejabat, cuma dia seorang yang menggelarkan aku dengan panggilan itu....

      Sob... sob... sob....

      Wednesday 16 July 2008

      Tak sanggup aku dah...

      Entah kenapa, response sistem komputer di pejabat aku tersangat lah lembab!... Kalau dibuat perlumbaan antara kura-kura dan siput babi, aku rasa perlumbaan dah habis pun, response masih belum lagi diterima... Sempat juga aku melannguk seketika sementara menanti sistem komputer di pejabat aku kembali normal seperti sedia kala...

      Aku rasa bengang kerana ketika aku tengah banyak kerja, sistem komputer pula buat hal... Kalau begini tiap2 hari, boleh jadi gila!!!... Nasib baik aku mempunyai ramai kawan di pejabat... Bolehla aku berbual sementara menunggu...

      Untuk pengetahuan, syarikat aku menggunakan Internet Explorer sebagai aplikasi sistem untuk memproses data dan kes2 pelanggan dan sepatutnya kelajuan dari segi response sepatutnya boleh dibanggakan... Tetapi sangkaan aku meleset apabila hari ini, aku tidak sempat untuk menghabiskan beberapa kes penting sebelum tiba tarikh tamat... Aku sebenarnya tidak faham bagaimana syarikat aku boleh menerima dan mempersetujui penggunaan sistem komputer ini kerana terlalu banyak 'cacat cela' didalamnya... Dah la tu, selalu ada error dan kebanyakkan kes amat sukar diselesaikan gara2 kelembapan ini...


      Nota kaki: -
      Memandangkan sistem komputer lembap, maka aku juga menghadapi masalah untuk masuk internet dan meng'update' blog aku... Blog kawan2 pun aku tak sempat nak lawat buat masa ini... Maaf ye semua.....

      Tuesday 15 July 2008

      Kelmarin, telah berlangsung upacara penyampaian hadiah bagi pemenang2 ketika karnival sukan company aku tempoh hari... Dan seperti yang telah aku nyatakan sebelum ini, aku berjaya mengutip satu pingat emas untuk acara bola keranjang...

      Photobucket


      Sebenarnya, selama 11 tahun aku bekerja di syarikat ini, inilah pertama kali aku menerima pingat dalam acara yang dianjurkan oleh pihak syarikat... Sebenarnya, bukan aku tidak aktif tetapi syarikat aku memang jarang atau tidak pernah menganjurkan apa2 acara yang berteraskan kesukanan sehinggalah 2 tahun lepas... Ketika karnival sukan ini bermula, inilah peluang yang ada untuk staff menunjukkan kehebatan dan aksi masing-masing... Aku juga tidak ketinggalan melepaskan 'geram' melompat dan bermain... Teringat waktu zaman sekolah dahulu; waktu awal pagi atau lewat petang dimana cikgu Pendidikan Jasmani akan membawa anak2 murid turun ke padang untuk bermain bola sepak atau bola keranjang... Satu lagi, bila tiba hari sukan sekolah... Sungguh meriah sekali!...

      Peristiwa yang sama dapat disaksikan ketika karnival tempoh hari... Aku rasa sangat seronok kerana kali ini aku dapat turun padang beraksi bersama rakan2 yang lain... Tahun lepas, aku tidak berpeluang langsung untuk mengambil bahagian dalam apa2 acara kerana aku diberi tanggungjawab besar menguruskan hampir keseluruhan event tersebut... This time around, aku cuma berfungsi sebagai jawatankuasa sampingan dan alhamdulillah, aku berpeluang untuk menyertai acara yang aku minati sebelum ini; bola keranjang...

      Photobucket


      Aku amat bersyukur kerana berjaya menyumbangkan tenaga demi kejayaan pasukan aku... Ketika berada diatas gelanggang, terasa amat seronok bila melihat pasukan aku beraksi menentang pasukan lawan... Walaupun ketika itu matahari tegak berdiri diatas kepala, aku dan rakan2 tidak mengendahkan malah terus bermain sehingga keakhir perlawanan... Memang terasa panas membakar lapisan kulit tetapi disebabkan semangat kesukanan yang tinggi, kami teruskan juga... Alhamdulillah, pengorbanan kami terbalas dengan kilauan emas yang julung kali diterima oleh aku dan rakan2 sepasukan yang lain...

      Rasa macam dalam Sukan Olimpik la pulak... Hehehehe....


      Nota kaki:-
      Balik aje rumah selepas tamat perlawanan hari tu, aku tengok muka aku hitam legam!... Entah bila akan kembali cerah semula... Hehehehe

      Monday 14 July 2008

      Pada kalian2 yang masih lagi merungut-rungut mengenai kenaikan harga petrol, tak payah lah bazirkan tenaga kalian dan marah2... Buatlah macam mana sekalipun, harga petrol tetap tidak akan berubah dan kemungkinan besar akan naik lagi dimasa akan datang...

      Aku dengar khabar angin, mungkin minyak akan naik kepada RM3.50 seliter tetapi aku tidak tahu bila ia akan dinaikkan lagi... Jadi, kalau minyak terus naik, ape kita nak buat???...

      Aku sudah mula memikirkan alternatif lain jika minyak naik harga... Salah satunya, aku carikla siape2 yang duduk dekat dengan area rumah aku, car pool untuk pergi kerja... Harap2 ada lah orang yang sudi tumpangkan aku ni.... **sambil buat muka seposen... Hehehehee...

      Satu lagi, aku bercadang naik basikal aje pergi kerja... At least dapat exercise kaki dan badan... Tapi sure sampai office, aku dah basah lenjun... Kena sediakan towel kat office supaya aku dapat mandi... Nasib baik kat office aku tu ada bilik mandi...

      Aku ada baca satu artikel mengenai minyak petrol dan dalam artikel ini ada beberapa tip yang aku rasakan agak berguna untuk kita semua... Tip ini Insya Allah akan membantu kita mengurangkan penggunaan minyak petrol ketika memandu... Antaranya: -


      • Tukar gear pada masa yang sesuai... Penukaran gear terlalu kerap akan menyebabkan enjin bekerja keras dan seterusnya menyebabkan penggunaan minyak berada di tahap maksimum.

      • Jangan memandu didalam gear rendah untuk waktu yang lama. Kalau boleh, tukar ke gear tertinggi secepat mungkin.

      • Pandu dengan lancar, elakkan pecutan yang deras. Satu lagi, elakkan jalan yang jam dan elakkan enjin kenderaan anda berada dalam keadaan 'idle' terlalu lama.

      • Pecut dengan sekata dan perlahan.

      • Elakkan membrek dengan mengejut.

      Itulah antara tip yang dikongsi dalam artikel ini... Terpulang pada kalian sama ada hendak mengikutinya ataupun tidak... Bagi aku, jika ianya dapat mengurangkan kos, apa salahnya kan???...

      Sunday 13 July 2008

      Selepas menghadiri kenduri kahwin saudara aku di Batu 20 Hulu Langat, aku dan kedua-dua ibubapa aku terus ke Semenyih untuk berjumpa dengan Pak Long... Sambil2 tu, ada surat yang aku perlu serahkan kepada makcik aku yang tinggal disana...

      Aku pun dah lama tak datang menjenguk rumah yang aku beli sebelum ini... Rasanya, ada dalam 3 bulan lebih aku tidak melihat dan melawat... Kali terakhir aku tengok, kebanyakkan unit sudah tegak berdiri... Tapi tidak semua yang siap termasuklah unit aku...

      Photobucket
      Tanda jalan pun dah ada tapi jalan ini bukan jalan rumah aku... :)

      Photobucket
      Inilah unit aku.. Nombor 11.... Memula ingat nak ambil Nombor 7, tapi dah ada org book...


      Bila aku sampai tadi, alangkah terkejutnya aku apabila melihat kesemua rumah telah siap dibina... Sungguh cantik dan indah!... Jalan raya juga sudah di tar dan lampu jalan telah dipasang.. Aku amati setiap satu rumah disitu, cuma yang tinggal hanya meter elektrik dan air sahaja yang belum dipasang... Kalau diikutkan, bukan lama sangat nak pasang meter tu, bila dah pasang maksudnya pemilik sudah boleh mendapatkan kunci rumah masing2...

      Photobucket

      Photobucket
      Kawasan hadapan rumah..... :)


      Aku rasa amat seronok... Penantian aku selama ini bakal berakhir... Bila aku tengok rumah aku dah siap, mulalah aku berangan nak menghias dan menyusun atur barang2 didalamnya... Nak buat itulah, nak buat inilah... Macam2 benda aku rancang... Mak aku pun excited dan macam biasa, dia pun berangan-angan nak menghias rumah baru ini...

      Photobucket
      Antara unit2 lain yang sebaris dengan aku.... :)

      Photobucket
      Unit yang bertentangan dengan aku... :)


      Aku bersyukur kerana aku mampu membeli rumah hasil dari titik peluh aku sendiri... Aku sungguh gembira kerana kini aku sudah mampu menyara hidup dan dalam masa yang sama, aku dapat menjaga kedua orang tua aku... Inilah hadiah yang paling bermakna buat mereka; mengecapi kebahagiaan dan keselesaan bersama anak bujangnya ini... Aku rasa bertuah kerana aku berjaya membawa mereka keluar dari kemelut yang selama ini membelenggu keluarga aku... Alhamdulillah.............

      Photobucket
      Pandangan dari hadapan.... Inilah rumah aku.... :)


      Untuk mengetahui macam mana reka bentuk dan rupa bahagian dalam, sila rujuk entri aku yang lepas --> "Tinjauan"

      Nota kaki:-
      Pada sesiapa yang bercadang nak beli rumah tu, eloklah beli... Tak rugi kalau beli rumah ni... Kalau tak nak duduk, boleh sewa kan... Lagipun, melabur dalam hartanah memang menguntungkan!...

      Saturday 12 July 2008

      Nasib baik aku sempat menyiapkan semua kerja2 aku malam tadi...

      Sampai aje di rumah semalam, terus aku bukak laptop dan sambung kerja2 aku... Menyemak dan meng'edit' bahan project paper yang dihantar oleh ahli kumpulan yang lain... Ini lah aku... Suka sangat buat kerja last2 minit... Dah dekat nak hantar, baru terhegeh-hegeh nak buat... Padahal, minggu lepas aku cuti panjang... Banyak masa!... Tapi masih lagi tak siap2...

      Memandangkan kerja banyak yang tertangguh, aku berjaga sepanjang malam... Dalam masa yang sama, hati masih lagi bersedih mengenangkan pemergian kakak angkat aku... Aku juga ada terima SMS dari kawan2 yang tidak boleh tidur malam... Semuanya terkejut dan sugul... Apa yang berlaku adalah diluar jangkaan kami... Tetapi kami redha qada' dan qadar Allah dan merelakan pemergiannya...

      Tadi aku ada test... Entah macam mana keputusannya, aku pun tak tahu... Fikiran agak sedikit terganggu dan persiapan aku untuk test kali ini tidak seberapa... Aku berharap aku menjawab semua soalan yang diberikan dengan baik... Rasa macam nak menangis pun ada apabila tangan aku kejang dan lenguh... Jari hantu kelihatan membengkak dan kemerahan akibat tekanan pen yang digenggam aku... Memang sejak dari kecil, ketika aku menulis, aku memang akan menggenggam pen/pensel... Kalau tak, rasa macam nak terlepas aje dari tangan aku ni...

      Kalau begini, aku tak dapat nak bayangkan ketika hari peperiksaan nanti... Rasa macam nak bawak laptop aje; taip semua jawapan dan print... Kalau tangan dah lenguh nak menulis, macam mane aku nak siapkan semua jawapan yang dikehendaki... Aku harus mencari jalan kerna nak harapkan laptop aku, teknologi negara kita belum sampai ke tahap yang membolehkan calon2 yang menduduki peperiksaan menjawab soalan secara online... Ada, memang ada tapi bukan untuk peperiksaan yang berasaskan huraian atau esei... Kalau ada, akulah orang paling gembira sekali!...

      Friday 11 July 2008

      Aku amat sedih diwaktu ini...

      Kak angkat aku; Zuraidah Mohamed a.k.a Kak Ayu telah kembali ke rahmatullah pada jam 5.50 pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur akibat jangkitan kuman kepada paru-parunya... Ianya berpunca dari bahagian yang ditebuk untuk rawatan kimoterapi dimana kuman telah masuk dan menyerang sistem pernafasan badan arwah...

      Mungkin kalian tidak tahu atau tidak membaca mengenai Kak Ayu aku sebelum ini... Sebenarnya, dia memang sakit... Sakit kanser dan sebelum ini aku ada buat beberapa entri mengenai dirinya (sila rujuk link dibawah untuk cerita lanjut)... Aku tidak sangka, hari Selasa yang lepas merupakan pertemuan kami yang terakhir... Itupun kerana dia menelefon aku, merayu supaya aku datang ke hospital menjenguknya... Katanya, dia rindu untuk berjumpa dan berbual denganku... Aku masih ingat lagi ayat yang keluar dari mulutnya, "Kau tak nak datang jumpa aku ke?..."

      Allah Maha Besar, memang Dia memberi peluang untuk aku berjumpa dengan arwah kakak angkatku ini... Ketika aku bertemu dengan arwah tempoh hari, dia kelihatan ceria, beransur sihat... Walaupun segala tiub terpasang ditangan dan badan, namun arwah masih kuat untuk bergerak kesana kesini... Seolah-olah dia sihat walafiat... Seperti biasa juga, dia mesti akan buat lawak sehinggakan kami tergelak berdekah-dekah...

      Apabila aku ingat dan kenang semula, terlalu banyak memori aku dan arwah kakak angkat aku ni... Kami bekerja di tempat yang sama dan tiap ketika, dia mesti akan singgah ke tempat dudukku untuk berjumpa denganku... Bercerita dan bertanya khabar... Malah, aku dengan anak2 nya juga cukup rapat...

      Kini semuanya tinggal kenangan... Bila aku teringat kenangan lalu, tanpa sedar airmataku tumpah begitu sahaja... Aku tidak tahu kenapa, tapi pemergiannya ini menyebabkan aku rasa kehilangan yang amat besar...........................

      Al-Fatihah buat arwah.........


      Dalam kenangan:-

      1)
      Pilu
      2)
      Happy Birthday, Kak Ayu
      3)
      Kunjungan (Kisah anak arwah yang nombor tiga... Baru berusia 2 tahun...)
      4)
      Baby Rihana (Kisah kelahiran anaknya yang bongsu... Baru berusia setahun, 2 Julai yang lepas...)
      5)
      Fatin Fakhira, Model Sambilan Yang Comel (Kisah anak arwah yang nombor dua...)
      6)
      Baby Aqil, "Baby Of The Year" (Kisah kelahiran anak arwah yang nombor tiga...)

      Thursday 10 July 2008

      Aku rasa cukup pelik dengan perangai sesetengah orang... Aku bukan nak mempertikaikan tentang sikap dan cara mereka, cuma aku rasa agak sedikit keterlaluan apabila mereka mempersoalkan tentang sesuatu yang sudah terbukti dan nyata...

      Minggu ini merupakan minggu sibuk aku; ada deadline untuk project paper (Sabtu ni dah kena hantar!!!...), kerja yang berlambak-lambak, **KPI yang nak kena buat dan ujian yang akan berlangsung tidak lama lagi... Bayangkanlah, betapa sibuknya aku sejak 2 - 3 hari ini mengurus dan menyelesaikan perkara2 yang penting...

      Aku agak sedikit terkilan apabila ada pihak mula meragui pencapaian dan hasil kerja aku... Aku sedar, sebagai orang baru dan memegang jawatan sekarang ini, memang terlalu banyak benda2 yang 'kurang sedap' dilihat dan didengar... Kalau dicongak secara rawak, memang keputusannya menjurus kearah yang negatif... Tetapi, hakikat yang sebenarnya bukanlah begitu... Setelah 6 bulan aku berhempas-pulas, bergelumang dengan fail-fail yang berwarna merah dan putih itu, memang banyak perubahan ketara dapat dilihat... Jika hendak dibuat perbandingan, sebelum aku mengambil alih (semestinya dengan bantuan dan kerjasama rakan sekerja aku yang sorang lagi), kadar penyelesaian sesuatu kes jauh lebih tinggi berbanding sebelum ini... Jadi, tidak nampakkah perubahan itu???...

      Aku tahu, keputusan yang diterima memang agak mengejutkan... Tetapi hakikat tetap hakikat dan kita harus menerimanya... Buatlah macam mana sekalipun, hasilnya tetap sama... Aku rasa mungkin ada pihak yang tidak berpuas hati dan sebagai individu yang bersifat neutral, aku tidak boleh berbuat apa-apa kecuali mempertahankan apa yang sepatutnya...

      Sebenarnya, dalam unit aku, kesemua staf yang ada merupakan staf yang cemerlang... Masing2 memang bekerja keras untuk memastikan kualiti kerja sentiasa terjamin... Jadi, bila tiba hari penilaian, tiada siapa yang akan mendapat markah corot kerana keputusan yang dikeluarkan adalah benar dan sahih... Jadi, jika semuanya baik dan bagus, masakan ada keputusan yang teruk dan corot?

      Yang lebih menghampakan apabila kriteria mewajibkan seorang dari bahagian yang terlibat harus 'dikorbankan' untuk mendapat keputusan yang teruk (walaupun pada dasarnya, keputusan dia amat baik sekali) dan dia tiada pilihan melainkan menerimanya bulat-bulat...


      Nota kaki:-
      Aku memang dalam kerisauan selagi semua ini tidak selesai... Padanlah bila tiba hari penilaian, semua orang kelihatan serius, tidak bermaya dan tidak ceria...



      **KPI - Key Performance Indicator
      Key Performance Indicator merupakan skala penyukat yang akan menunjukkan pencapaian serta kualiti kerja yang dilakukan sepanjang satu tahun perakaunan bagi seseorang staf...

      Skala penyukat ini akan mendedahkan sama ada staf tersebut melakukan kerja2nya mengikut target yang telah ditetapkan dan sama ada dia mencapai target tersebut ataupun tidak...

      Apabila tiba hari penilaian, semua staf yang terlibat akan dinilai mengikut laporan yang dikeluarkan melalui sistem komputer dan seterusnya keputusan pencapaian dapat dikeluarkan... Keputusan ini akan diambil untuk penilaian seterusnya bagi menentukan bonus staf tersebut beserta kenaikan pangkat/gaji untuk tahun hadapan...

      Jika staf tersebut telah berjaya mencapai target atau lebih, maka berbahagia lah, tetapi jikalau sebaliknya, maka bersedialah untuk menerima sebarang kemungkinan yang ada...

      Wednesday 9 July 2008

      Akhirnya, kasih yang kucurahkan selama ini sudah sampai ke penghujungnya... Kini, aku mengetahui siapakah diriku dan dimana letaknya aku di hatinya... Cuma sekadar insan biasa yang tiada memberikan apa-apa makna...

      Aku kaget... Aku tergamam bila membaca ayat itu... Seolah-olah aku tidak mempercayai bahawa ianya datang dari dia; insan yang paling ku sayangi selama ini... Yang aku rindu, yang aku ingati, yang aku kasihi... Setelah sekian lama bersama, akhirnya aku mengetahui apa isi hatinya yang sebenar... Tanpa sedar, dia sendiri melafazkannya bila kami sedang rancak berbual... Memang Allah Maha Agung; Dia telah memberikan aku petunjuk kepadaku untuk mengetahui perkara sebenar...

      Duniaku gelap seketika... Seolah-olah aku telah hilang arah tujuan... Aku rasakan jantungku seperti direntap tanpa belas kasihan... Perasaanku dirobek tanpa rasa simpati... Aku lemah seketika... Terasa separuh dari jasadku lumpuh dan tidak berdaya... Hati bergelora bercampur duka... Terasa ingin menangis, tiada pula air mata... Ingin menjerit dan melepaskan apa yang dirasa, nanti orang kata aku sasau dan gila... Akhirnya, ku pendamkan; biarkan ianya hilang begitu sahaja...

      Apa yang telah aku lakukan?... Apa yang telah aku buat sehingga begini balasan yang aku terima?... Mengapa aku harus menanggung semua ini seorang?...

      Biarlah... Biarkan kesedihan ini menjadi peneman aku ketika ini... Biarlah aku menelan pahit ini bersendirian... Itu lebih baik... Biarlah aku mengundur diri, jika itu untuk kebaikan kami bersama... Andai kata ini adalah jalan penyudah, aku redha... Aku terima seadanya... Sekurang-kurangnya, aku telah melakukan yang terbaik untuk dirinya... Aku telah mencuba sedaya upaya untuk mempertahankan hubungan yang telah terbina sekian lamanya...

      Sekurang-kurangnya, aku pernah singgah dalam hidupnya... Ketika dia memerlukan teman, aku sentiasa berada disisi, ketika dia menghadapi masalah, akulah tempat dia mengadu dan meminta pertolongan... Telah aku hulurkan pelbagai jenis bantuan agar masalah yang dihadapi dapat diselesaikan... Sehingga ada ketika, aku sendiri menjadi korban... Ketika dia berasa sedih dan kesepian, akulah tempat untuk dia meluahkan setiap apa yang terpendam... Tidak kisahlah, jika hati sudah sayang, apa sahaja sanggup aku dilakukan... Asalkan dia mengecapi kebahagiaan... Itulah kelemahan diri bagi seorang insan seperti aku...

      Bersendiri lebih baik... Aku sudah tidak sanggup lagi menanggung derita... Biarlah waktu yang merawat luka... Agar aku dapat kembali seperti sedia kala... Aku perlu bina semula semangat dari kekuatan yang ada... Biarpun sukar, terpaksa aku terima... Aku berdoa semoga dia bahagia... Agar kehidupannya akan ceria selama-lamanya...

      "Aku meminta pada yang ada, aku merindu pada yang kasih, aku merayu padamu yang sudi merinduku...."



      Coretan hati,
      Insan Kecewa

      Tuesday 8 July 2008

      Novel bertajuk "Seteguh Fikrah Saleha" itu aku belek... Aku amati kulit dan isi kandung didalamnya... Nukilan hasil dari Puan Aminah Mokhtar yang berasal dari Muar, Johor ini sedikit sebanyak mengusik hati aku... Terbit rasa minat untuk aku menyelak halaman mukasurat berjumlah 403 keping itu...

      Photobucket

      Sebenarnya, aku tidaklah beria-ia sangat hendak membaca novel diwaktu ini... Lebih-lebih lagi ketika kerja sekolahku sedang bertimbun... Banyak lagi kerja2 yang perlu aku laksanakan daripada membaca novel ini... Tapi kulit hadapan novel ini telah berjaya mencuri pandanganku... Selain dari grafik yang hebat dan kualiti kertas yang digunakan bermutu tinggi, aku cukup suka melihat gambar seorang gadis dimuka hadapan novel ini...

      Siapakah dia?

      Dia adalah adik kandungku... Pada asalnya, aku tidak mempercayainya sehinggalah aku menyemak helaian pengenalan novel tersebut... Tercatat nama "PTS Millennia Sdn Bhd" dibahagian kulit belakang; syarikat dimana adik aku sedang berkhidmat sekarang... Diruangan dalam pula, tertera namanya sebagai salah seorang editor sekaligus mengukuhkan lagi bukti bahawa dia terlibat dalam penerbitan novel ini... Aku faham, memang benar dialah orangnya...

      Hati terasa gembira tatkala aku mengambil masa sejenak membaca jalan cerita/sinopsis mengenai novel ini... Aku bercerita dengan mak aku dan aku difahamkan bahawa pada dasarnya, adik aku tidak mahu menjadi penghias kulit untuk apa jua novel atau buku... Malu katanya... Tetapi, dek kerana tiada model yang ada dan layak, maka dia terpaksa mengambil tempat sebagai penghias kulit hadapan novel ini... Bukan dia seorang, malah ramai lagi awek2 yang cun di pejabatnya menjadi mangsa lensa kamera pereka grafik dan kulit disitu...

      Aku tidak kesah sangat asalkan ianya tidak melanggar batas dan budaya... Kalau gambar itu sopan, apa salahnya kan?


      Nota kaki: -
      Bila pula giliran aku untuk keluar majalah? Hehehehehee.....

      Berkenaan coretan aku; entry 417 : Perempuan dan Alat Solek yang aku terbitkan semalam, aku nak selitkan satu artikel berkaitan dengan kecantikan... Bila aku baca, memang benar apa yang telah aku uraikan semalam... Artikel ini aku terima dari e-mel salah seorang kawan aku dan ianya amat menarik untuk dikongsi bersama... Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua...


      "Cantik itu penting tetapi tidak usah terlalu dipentingkan. Ada orang hingga tidak sanggup keluar dari rumah kerana merasakan dirinya tidak cantik. Bagi wanita kecantikan adalah syarat hidup sempurna, sebenarnya bagi lelaki wanita cantik bukan syarat kebahagiaan..

      Lelaki yang mudah terpegun dengan kecantikan selalunya tidak setia.. Apabila pasangannya mula kelihatan hodoh, dia mudah teralih perasaan. Tika itu dia mungkin merasakan cintanya telah tawar dan hanya manis kembali tatkala melihat wanita-wanita cantik di sekelilingnya.

      Tidak usah perangkap lelaki dengan kecantikan anda yang palsu. Ramai wanita menghiasi wajahnya terlalu hingga memangsakan ramai lelaki tetapi kemudian ditinggalkan setelah wajah sebenar terserlah. Sudah tentu anda tidak mampu bersolek tebal 24 jam. Tapi itulah yang anda lakukan tatkala di alam percintaan. Tiba-tiba suami anda terkejut melihat anda tidaklah secantik sewaktu di alam percintaan dahulu. Tanpa mekap wajah anda biasa saja.

      Kajian saya mendapati segelintir lelaki rasa tertipu pada hari kedua perkahwinannya. Pada hari kedua dia sudah dapat melihat wajah sebenar isterinya, yang selama ini ditopengi mekap tebal "sepuluh inci".

      Kecantikan dan bercantik-cantik itu memang penting, tapi tak usah hingga menenggelamkan wajah anda yang sebenar. Anda tentu tidak mahu orang mengagumi anda hari ini dan esok melupakannya. Berhiaslah seadanya untuk menyerlahkan keserian wajah.

      Wajah yang berseri lebih berkesan daripada wajah "buatan" yang kelihatan cantik sangat. Wajah yang berseri cukup dengan mekap seadanya.

      Kecantikan umpama kereta. Ketika baru dibeli, rekabentuk dan warnanya memukau. Baunya harum dan amat seronok dipandu. Semakin lama semakin hilang serinya. Jika harganya mahal orang masih terliur melihat reka bentuknya walaupun warnanya telah mula kedam dan berdebu. Lama-lama ia tidak dipedulikan lagi kerana model-model baru sentiasa keluar dan kecantikan model-model baru ini sentiasa mengatasi segala-galanya.

      Orang yang dahulunya membeli kereta berkenaan kerana cantik kini mula berfikir untuk menukarkannya. Persoalan cantik tidak akan ada kesudahan. Yang betul, membeli untuk kegunaan dan kekal sayang meskipun sudah ketinggalan zaman.

      Jika anda tidak cantik, tak usah bersusah hati sebab tidak semua lelaki mementingkan kecantikan wajah sebagai syarat untuk mencari teman. Ada lelaki yang tidak kisah sama ada cantik atau tidak asalkan hatinya berkenan, bersumberkan keikhlasan, budi pekerti serta pegangan agama yang mantap.

      Lelaki yang benar-benar impikan kebahagiaan lebih mementingkan keperibadian daripada kecantikan, apalagi kecantikan luaran yang sengaja dibina untuk memukau. Kerana dia tahu kecantikan itu tidak kekal. Evolusi usia akan mengubahnya. Kecintaan yang dipahatkan oleh tautan hati yang jujur lagi ikhlas menjamin kehidupan sejahtera hingga ke penyudah.

      Sebaliknya, kecantikan yang terlalu diada-adakan, akan berakhir dengan pertelingkahan apabila kecantikan sudah tidak dapat dipermodalkan. Tiada manusia boleh kekal cantik dan tiada manusia boleh kekal muda. Tiba masanya, kecantikan akan hilang dan muda bertukar tua.

      Jika anda merasakan kurang cantik, ketahuilah itu hanya persepsi anda sahaja. Ukuran cantik tidak pernah sama antara seorang dengan seorang yang lain. Lihatlah orang yang kita rasakan langsung tidak cantik, kadang-kadang jodohnya dengan orang handsome; hingga kita berkata dalam hati, "Buta ke dia?"

      Hiasi diri anda dengan keperibadian mulia, itu lebih utama untuk seorang wanita; hiasi juga wajah anda seadanya, sebab itu lumrahnya wanita. Usah terlalu merawat wajah sehingga anda hilang identiti diri. Hargai diri kerana andalah satu-satunya; tiada duanya dan tiada tiganya. Hanya anda!
      "

      Oleh : H.M. Tuah Iskandar

      Monday 7 July 2008

      Kalian jangan salah anggap dengan tajuk diatas... Aku bukan nak mengata atau mengutuk kaum perempuan mengenai reaksi mereka terhadap alat solek... Cuma aku teringin untuk mengulas dengan lebih lanjut mengenai sifat perempuan dan tindak balas mereka apabila ternampak alat solek yang dipaparkan di meja pameran di pasaraya atau pusat beli belah...

      Umum, memang sudah menjadi lumrah orang perempuan, tertarik kepada produk kecantikan... Apa sahaja barang2 yang boleh membuatkan mereka kelihatan cantik, sudah pasti menjadi buruan dan tumpuan mereka... Berbanding dengan kaum lelaki, kaum perempuan lebih taksub untuk tampil menawan... Tak kisahlah sama ada yang berbadan gempal mahupun yang kurus kering macam lidi... Mesti kita akan dapat lihat sedikit bahan kecantikan melekat pada muka dan badan mereka...

      Photobucket
      Kawan aku yang sedang mencuba satu produk kecantikan...

      Namun begitu, aku juga tidak terkejut bila mengetahui ada segelintir orang perempuan tidak berkenan dengan alat solek atau produk kecantikan yang ada di pasaran sekarang ini... Hulur sahaja pada mereka, pasti mereka akan menolaknya... Tapi mengapa ye?... Tidakkah alat solek ini dapat menjadikan mereka kelihatan menarik dan menawan?... Apa, mereka tidak mahu orang melihat mereka dari perspektif kecantikan yang di idamkan oleh kaum perempuan yang lain?...

      Aku pernah bertanya pada salah seorang rakan aku... Memang dia tidak mengenakan sebarang alat solek ketika keluar berjalan atau ke pejabat... Dari pengamatan aku, wajahnya macam biasa... Tidak buruk dan tidak juga cantik... Average la katakan... Bila aku terpandang wajahnya, aku cuba bayangkan jika dia mengenakan alat solek atau produk kecantikan; semestinya penampilan dia amat berbeza dari yang sekarang...

      Photobucket


      Photobucket

      Nak tahu apa jawapan yang diberikan ketika aku mengajukan soalan mengapa tidak mengenakan alat solek ketika berada diluar rumah?... Jawapan dia cukup ringkas dan memang membuatkan aku terpana seketika... Macam kena karan!... Heheheheeee...


      "Kecantikan itu bukan terletak pada alat make up, tetapi dari hati nurani yang bersih dan penampilan yang ikhlas"


      Waduuuuuuuhhhhh... Benar juga kata2 nya itu... Membuatkan aku tiba2 jatuh cinta sekejap... Lupa diri buat seketika...

      Kalau dengan kawan2 perempuan aku yang lain, huh.... Jangan haraplah nak dengar jawapan macam tu... Asal nak pi mane2 aje, mesti nak kene tepek bedak sekati... Lip stick memang tak pernah lepas dari tangan... Selang beberapa minit, elok aje tangan tu melarikan gincu ke alis bibir masing2.... Tak mau nampak pucat lah... Tak berseri lah.... Macam-macam...

      Photobucket


      Photobucket
      Ni lagi satu tumpuan orang perempuan... Aksesori...

      Anyway, pakai make up ke, tak pakai make up ke, bagi kaum perempuan, alat solek itu banyak memain peranan dalam menyelamatkan mereka... Aku rasa, semua ini sudah sebati dengan jiwa orang perempuan, berhias untuk kepuasan diri masing2... Ada yang berhias untuk pasangan mereka dan tidak kurang juga, ada yang mengenakannya untuk tujuan menarik perhatian kaum adam seperti aku.... Hahahahahahaha....

      Tapi sebenarnya kalau di ikutkan, aku lebih suka melihat dan memandang perempuan berdasarkan kecantikan asli mereka; dalam erti kata yang lain, TANPA ALAT SOLEK.... Jika seorang perempuan itu kelihatan menarik dan cantik tanpa alat solek, itu tandanya dia memang cantik!... Kalau pakai make up, lagilah bertambah cantik... Tapi aku rasa, kebanyakkan perempuan zaman sekarang tak sanggup keluar luar rumah tanpa meletakkan apa2 di muka... Sekurang-kurangnya mesti ada bedak selapis...


      Nota kaki:-
      Aku cukup takut dengan perempuan yang make up tebal berinci-inci... Macam opera cina lak... Ngeri aku tengok!... Kat opis aku ade seorang yang macam tu... Hehehehehe...

      Aku terkejut bila mak aku menghulurkan satu kotak berwarna hitam kepadaku beberapa hari yang lepas... Aku bertanya padanya, apa isi kandung kotak ini dan untuk apa ianya diberikan kepadaku?

      Seraya mak aku berkata, "Hadiah dari adikmu... Terimalah....."

      Aku tergamam... Fikiranku melayang sejenak... Mengapa tiba2 aku menerima hadiah dari adikku?... Apa, mimpikah dia?

      Rupanya dia ingat akan tarikh bersejarah dalam hidupku... Memang aku sengaja tidak mahu kepoh2... Memang sengaja aku diamkan hari itu agar orang lain juga tidak mengetahuinya... Biarlah aku seorang sahaja yang mengingatinya...

      Photobucket
      Tali leher mahal pemberian adik bongsu aku... Terima kasih yang tidak terhingga...

      Namun, ramai juga yang mengingatinya... Malah ada diantara sahabat aku tidak jemu menghantar sms dan ucapan kepadaku... Aku rasa terharu kerana walaupun aku tiada di hadapan mereka, mereka masih mengingati diriku ini... Terima kasih semua!!...

      Adikku ini masih lagi bersekolah... Masih lagi dibawah tanggungan ibubapaku... Segala duit belanja dia di universiti dibiayai oleh abah dan PTPTN... Jadi, mana mungkin dia dapat memberikan hadiah mahal untukku?

      Aku buka kotak itu, alangkah terkejutnya aku apabila melihat sehelai tali leher berwarna biru bercorak selang kehitaman dan keorenan terlipat kemas didalamnya... Aku tarik keluar dan mengenakannya di dadaku... Betapa seronoknya aku menerima pemberian ini!!...

      Aku rasa terharu kerana adikku tahu apa yang aku inginkan selama ini... Aku rasa bersyukur dan berterima kasih kepadanya kerana sanggup bersusah payah menghadiahkan aku tali leher ini... Sebenarnya, aku tidak mengharapkan apa2 dari setiap ahli keluarga aku... Cukuplah sekadar mereka ingat akan hari bersejarah aku ini... Itu sudah memadai... Rasa serba salah juga sebab dia masih lagi belajar dan tidak bekerja... Kadang2, duit belanja dia pun, aku yang bagi...

      Sunday 6 July 2008

      Mungkin ada diantara kalian semua tidak tahu, aku sebenarnya sedang bercuti panjang sekarang ini... Bercuti dari melakukan tugas di pejabat...

      Saja aku ambil cuti awal bulan untuk berehat... Minggu lepas merupakan minggu sibuk aku kerana syarikat tempat aku bekerja akan tutup akaun (financial year end)... Jadi, ramai diantara kami memang sibuk giler menyiapkan/menghabiskan transaksi sebelum sistem komputer ditutup untuk tahun berakhir 30 Jun 2008...

      Sebenarnya, memang setiap tahun, selepas financial year, aku akan 'melarikan' diri seketika... Bukan kerana aku takut, tapi aku ingin menghabiskan masa memanjakan diri aku... Pergi ke satu tempat dimana orang lain tidak boleh ganggu aku... Aku ingin bersantai, berehat dari segala kesibukan aku selama ini... Sampaikan ada kala, telefon bimbit aku pun aku tutup sebab tidak mahu diganggu...

      Tapi, tahun ini agak berbeza sedikit... Aku tak tahu apa yang aku dah buat... Cuti aku bermula hari Selasa lepas (1 Julai) dan akan berakhir pada hari Selasa yang akan datang (8 Julai)... Kalian tahu apa yang telah aku lakukan selama aku bercuti ini?


      1 Julai - Duduk dirumah tanpa berbuat apa2... Petang, aku kerumah saudara menghadiri kenduri tahlil...

      2 Julai - Aku pergi kolej untuk mengambil keputusan peperiksaan aku... Terus ke pejabat seketika untuk mengagihkan keputusan tersebut... Selesai, terus balik kerumah...

      3 Julai - Konon2 nya, nak pergi somewhere... Tapi last2 duduk dirumah sahaja menyiapkan kerja sekolah aku yang tetangguh sebulan lepas... Sampai malam pun, tak habis2 menaip... Bila bosan, mulalah... Mentenet... Update blog, baca blog...

      4 Julai - Bangun pagi dengan perasaan yang amat gembira sekali... Mood sudah datang!... Aku angkut segala kain baju dan buku2 aku dan terus ke satu tempat yang aku hendak pergi sangat... Kemana? Biarlah rahsia... Stay overnight kat sana...

      5 Julai - Balik semula kerumah... Sepatutnya aku ada kelas hari ini, tapi aku tak sempat datang... Perjalanan memakan masa selama 2 jam lebih, memang tak sempat sampai... Singgah rumah member sekejap sebelum beredar pulang kerumah diwaktu petang...

      6 Julai - (Hari ini)... Menghabiskan kerja sekolah aku yang entah bila nak habis... Submission hari Sabtu yang akan datang... Nak test lagik!... Adehhhh... Petang tadi, aku ke Alor Gajah, mak minta aku hantarkan barang2 kepada adik aku yang berada di kolej...

      7 Julai - ***tidak diketahui lagi

      8 Julai - ***tidak diketahui lagi


      Ermmmm... Itulah yang aku buat ketika cuti panjang ni... Tiada yang menarik kecuali pada hari Jumaat yang lepas... Itupun sebab hari tu adalah hari istimewa buat diriku... Kalau tidak, memang terperap dirumah la jawabnya...


      Nota kaki:-
      Sebelum apply cuti dulu, dah buat program... Last2 cuti tah kemane, program tah kemane... :D

      Saturday 5 July 2008

      Aku tersenyum bila membaca fakta2 yang dikeluarkan oleh sebuah laman web ni... Bukan aku tak bersetuju dengan fakta tersebut... Aku akui, memang ada yang benar mengenainya... Cuma, kadang kala aku terfikir... Begitu kreatif si penulis menulis fakta ini sehingga mampu membuatkan diriku tersenyum seketika...

      Mari kita baca isi kandungnya: -


      1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.


      2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.


      3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.


      4. Tahukah anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellinipada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.


      5. Tahukah anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.


      6. Tahukah anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.


      7. Tahukah anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.


      8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.


      9. Tahukah anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.


      10. Tahukah anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.


      11. Tahukah anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.


      12. Tahukah anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.


      13. Tahukah anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.



      Terima kasih kepada penulis asal fakta ini; Rileks.Info

      Friday 4 July 2008

      This morning, when I woke up... I received one sms from someone...

      How sweet of her, sending me sms wishing me all the best for my future... Furthermore, I have no idea that she remembered my special day; sacrificing her bed time sending me sms early in the morning... I was thankful and touched on what she had wrote to me... Thank you very much dear!... I'm truly honoured...

      Today, I dont know what had happen to me... Like, I'm not myself anymore... I feel like a new spirit had possessed my body; carry me away... I can't stop thinking about everything and of course, I can't stop smiling...


      "What went in to you today?...." asked my mum

      "Nothing... I'm good as usual... What?... Something is not right about me, ma?...." I smiled

      "No, it just that I saw your happy and cheerful face, like you are having something inside your mind... Would you mind sharing with me?..." she replied

      "Really?... There is nothing to share...." I walk away from the dining table, went straight to my room..


      I stand infront of the mirror, looking at my reflection and check whether I'm different today... As usual, there is nothing; I'm still the same person with the same old look... Maybe I can't see but others can... Expression speaks louder than words... Since morning until now, lot of sms keep on topping up in my PDA and most of it are greetings from my buddy and friends... I guess, all of them had missed me since I was not around for almost a week!...

      Thank you very much to those who had sent sms to me today... How nice of you and I really appreciate it...


      NB:-
      Of course, I wont speak English with my mum la... This is only the translation of it... Hehehe...

      Thursday 3 July 2008

      Kalau aku ajukan satu soalan....

      "Antara minat dan cinta, yang mana satu kalian akan dahulukan?...."


      Ketika aku sedang sibuk menaip assignment aku dirumah, aku dapat beberapa sms dari seseorang yang sangat rapat denganku... Dia menceritakan tentang perihal kamera SLR nya yang rosak baru2 ini... Memang ketika kamera tu rosak, aku sempat menemaninya ke pusat service di Petaling Jaya... Kebetulan aku sedang bercuti sekarang, maka sempat juga aku menghantarnya kesana...

      Sebagai seorang yang amat meminati bidang fotografi, aku tidak nafikan bahawa kamera Nikon D80 miliknya itu adalah sebahagian dari 'nyawa' dan hidupnya... Dengan kamera itu juga dia cari makan memandangkan pendapatan kerja makan gaji di pejabat memang tidak seberapa... Ditambah pula dengan kos sara hidup yang tinggi di Kuala Lumpur ini membuatkannya terpaksa mencari jalan untuk menambah sumber pendapatan... Kira kalau dapat job, masyuk jugaklah....

      Ketika kami sedang rancak bersms, tiba2 dia melontarkan satu kenyataan yang membuat aku tergamam seketika... "Tak ada kamera lebih teruk dari putus cinta!..."

      Aku amati sms itu; aku cuba fahami isi kandung dan setiap patah perkataan yang dihantar olehnya... Adakah dia benar2 maksudkannya?... Untuk pengetahuan kalian, dia memang sudah mempunyai teman wanita dan seringkali juga kami berkongsi kisah cinta masing2... Dari apa yang aku tahu, teman wanitanya merupakan seorang yang sangat baik dan sangat manja dengannya... Aku agak musykil bila dia menghadapi masalah diwaktu ini, kenyataan ini secara tidak sedar diluahkannya...

      Aku bertanya pada diriku sendiri... Adakah harta benda itu jauh lebih penting dari menjaga hati dan perasaan orang terutamanya insan tersayang?... Adakah cinta itu tiada nilainya sehingga ianya boleh di samakan dengan barang2?... Aku cukup terkejut, jika benarlah dia putus cinta, adakah dia tidak kesah langsung?...

      Aku cukup simpati dengan teman wanitanya... Begitu mudah dia menyamakan cinta teman wanitanya dengan sebuah kamera; benda yang semestinya tidak bernyawa dan tidak berperasaan... Bagaimana dia boleh berfikiran sebegini?...

      Aku pun, ada juga minat terhadap sesuatu barangan tetapi tidak sesekali aku samakan barangan yang aku sayang dan suka itu dengan cinta yang aku ada... Barang, tetap barang... Satu ketika nanti ia akan rosak dan luput ditelan zaman tetapi kalau cinta, sekali ia hadir, maka itulah selama-lamanya... Bagaimanakah kita boleh menggantikan cinta seperti kita menggantikan barang yang kita miliki?... Barang yang rosak, masih boleh dibetulkan, tetapi cinta yang putus, dapatkan ia disambung semula??.... Inilah persoalan yang harus dia fikirkan sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan... Nasib baik dia cuma meluahkannya kepada aku tanpa diketahui oleh orang lain... Takut nanti ada yang tersinggung!...

      "Terlajak perahu boleh ditarik, terlajak kata dan perbuatan, tak boleh reverse; memang buruk padahnya...."
      Tappppppppppppppp.........

      Ketika Proton Wira aku sedang meluncur dengan kelajuan 90km/j diatas Lebuhraya Mahameru menghala ke PWTC semalam, aku dikejutkan dengan satu bunyi yang amat kuat dari cermin hadapan (windscreen) kereta aku...

      Allahu akbar.......................................

      Sah!... Mesti ada batu melayang dan terkena pada cermin kereta aku ini... Aku tidak berhenti, malah meneruskan perjalanan memandangkan aku berada dilorong paling kanan sekali (lorong laju)... Kalau aku brake, pasti kereta dibelakang akan menghentam kereta aku... Dalam hati, terkeluarlah segala sumpah seranah bercampur perasaan bimbang kalau2 cermin aku pecah @ retak...

      Aku memang dah teragak seolah-olah satu petanda tak baik akan terjadi sebab ketika itu, aku mengekori sebuah lori pasir... Cuma bezanya, kedudukan aku dan lori tersebut agak jauh... Itulah orang cakap, kalau bawak kereta/kenderaan, jauh2 kan lah diri dari mereka2 ni sebab macam2 kes boleh terjadi melibatkan lori dan kenderaan besar!... Mereka memotong kita diatas jalan pun, kita dah rasa seriau... Terasa seperti kita dihimpit oleh mereka ni...

      Photobucket
      Kesan terkena batu semalam... Sungguh jelas sekali!...

      Sampai sahaja dirumah, terus aku check cermin hadapan dan memang benar, batu yang melayang itu terkena dibahagian sisi berhampiran sticker road tax kereta aku... Berkesan dan berlubang!... Kelihatan retakan terhasil akibat lantunan batu tersebut... Nasib baik cermin kereta aku jenis laminated and tak pecah seribu... Kalau tidak, pasti nyawa aku dalam bahaya...

      Setelah bertahun-tahun lamanya aku bawa kereta, inilah kejadian pertama windscreen aku terkena batu... Selalunya kalau ada pun, taklah sampai retak macam ni... Terpaksa lah aku hantar repair... Aku tak bercadang nak tukar windscreen aku ni, cuma aku akan bawak jumpa 'doktor' dan rawat retak yang dialami tu...

      Nape?... Pelik ek aku cakap nak jumpa 'doktor' dan dapatkan rawatan untuk cermin yang retak ni?... Ape ke halnye rawatan; cermin bukan benda yang hidup!... Untuk pengetahuan kalian, sekarang ni ada teknologi terbaru dimana cermin yang retak tidak perlu diganti sepenuhnya... Kita hanya perlu rawat bahagian yang terkena itu dan Insya Allah, ianya akan kembali semula seperti sediakala... Lagipun, jika cermin kereta kita memang cermin yang original, kita tidak digalakkan untuk tukar jika kerosakan yang dialami cuma sedikit... Tahu tak kenapa?... Sebab bila kita buka kedudukan asal cermin tersebut, kita mungkin terdedah kepada risiko bocor, body kereta berkarat dan sebagainya... So, kalau boleh repair, repair lah... Jangan tukar...

      Aku tahu pun sebab sebelum ini ada satu syarikat repair kereta telah datang ke tempat kerja aku untuk buat demo... Mereka2 yang datang ni merupakan 'doktor cermin' dimana tugas mereka ialah merawat dan memperbetulkan cermin yang retak dan bermasalah... Demo yang ditunjukkan pun sangat berguna dan aku kagum dengan hasilnya... Dalam masa yang sama, kos untuk buat semua ini teramatlah murah!...

      Jadi, ingat ya semua... Kalau windscreen tu terkena batu dan retak sedikit, jangan pi tukar satu windscreen tu!... Rugi... Cariklah 'doktor cermin' dan rawatlah kawasan cermin yang terkena batu tu... Insya Allah, anda akan puas hati dengan hasilnya....

      Wednesday 2 July 2008



      Photobucket

      Aku rasa bersyukur sangat!...

      Pada mulanya aku fikirkan bahawa aku akan gagal dalam matapelajaran ini... Sememangnya detik2 ketika mengambil keputusan tadi amat mendebarkan...

      Ketika aku berada dalam kereta menghampiri kolej aku, pelbagai persoalan timbul dibenak fikiranku... "Apakah keputusan yang bakal aku terima sebentar nanti??" "Adakah aku akan lulus atau sebaliknya???"... Kalau mengikut ramalan aku tempoh hari, soalan peperiksaan yang aku duduki sebelum ini amat mencabar... Aku seolah-olah tidak yakin dengan apa yang aku jawab dan tulis didalam kertas jawapan aku....

      Debaran semakin terasa apabila aku berada dihadapan kolej aku... "Ya Allah.... Kenapalah aku rasa berdebar sangat ni.... Tenangkan hatiku, Ya Allah.... Berikan aku kekuatan untuk menerima keputusan peperiksaan ini", hati aku berkata-kata...

      Aku tidak tahu kenapa perasaan aku tidak tenteram ketika itu... Mungkin kerana aku terlalu banyak memikirkan mengenai saat berada didalam dewan peperiksaan tempoh hari... Tambahan pula, aku bermimpi dimana lecturer aku sendiri mengatakan yang aku gagal dalam peperiksaan aku... Bila aku terjaga, aku terus mengucapkan panjang... Aku akui, persiapan untuk peperiksaan yang lepas memang agak sedikit kelam kabut kerana aku terlalu sibuk dengan kerja2 di pejabat... Sepatutnya aku banyak luangkan masa mengulangkaji pelajaran bersama rakan2 belajar aku (study group) tapi banyak kali juga perjumpaan kami terbatal... Malah, kami tidak sempat menghabiskan ulangkaji bersama-sama...

      Apabila Kak Putri (staff kolej yang menguruskan kami) menyerahkan satu envelope besar kepada aku, aku terpaku seketika... Aku takut untuk membuka envelope tersebut dan tidak sanggup untuk melihat isi kandung didalamnya... Terasa didalam envelope itu slip2 keputusan peperiksaan pelajar Diploma dan Associates dari syarikat aku... Kira ramai juga lah... Ada dalam 60 orang kesemuanya...

      Tanpa aku sempat membuka sampul surat tersebut, Kak Putri bersuara... "Tahniah dik, diatas kejayaan mendapat DISTINCTION untuk paper ini.... Keep it up ya!..."

      Aku tercengang... Alhamdulillah.... Aku bagaikan tidak percaya kerana mendapat keputusan itu... Rasa macam nak tumbang aje depan lobi kolej aku tadi... Nasib baik tak pengsan... Kegembiraan dan kelegaan mula terbit didalam hati... Syukur yang tidak terhingga!... Aku seakan-akan tidak percaya dengan apa yang aku dengar... Aku tidak tahu bagaimana aku lakukan dan mendapat keputusan yang sebaik ini... Sewaktu tamat peperiksaan yang lepas, aku melangkah keluar dari dewan dengan perasaan yang gundah gulana... Rasa tidak puas hati dan tidak tenteram... Didalam fikiran, aku sudah menjangkakan bahawa aku hanya akan lulus sahaja... Itupun kalau ada rezeki, kalau tidak?... Sudah pasti aku akan gagal dalam matapelajaran ini... Risau betul aku!....

      Bila envelope sudah dibuka, alangkah terkejutnya aku bila melihat keputusan yang berada didalam ditangan... Untuk pertama kali dalam sejarah kelas aku, kesemua classmate aku mendapat keputusan yang agak baik; tiada yang gagal!... Alhamdulillah dan tahniah pada mereka semua... Selalunya dalam satu2 matapelajaran, mesti ada seorang dua yang gagal, tetapi kali ini agak sedikit berbeza... Pulak tu, ini bukanlah calang2 matapelajaran yang boleh ambil remeh... Kalau tak belajar betul2, mungkin keputusan tidak akan memihak kepada kita...

      Kepada semua classmate aku, tahniah sekali lagi!... Semoga peperiksaan yang akan datang, kalian semua akan mengulangi kejayaan yang sama... Insya Allah... Pada mereka2 yang mendoakan kejayaan aku, terima kasih aku ucapkan... Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian...

      Terima kasih yang tidak terhingga...

      Tuesday 1 July 2008

      Aku dapat satu berita yang amat menyedihkan...

      Anak boss aku telah pulang ke rahmatullah petang tadi... Untuk makluman, arwah merupakan seorang bayi perempuan yang baru berusia 4 bulan...

      Dari maklumat yang aku terima, arwah meninggal dunia akibat lemas ketika tidur... Ketika itu, arwah tidur didalam keadaan meniarap dan kepalanya tertekup pada tilam dan dikelilingi bantal... Akibat tidak berdaya untuk mengalihkan badan dan mengangkat kepala, arwah tidak dapat bernafas dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir...

      Ketika kejadian, tiada siapa yang perasan arwah kelemasan sehinggalah orang gaji datang memeriksanya diwaktu petang... Ketika hendak mengalihkan badan arwah, didapati arwah sudah terkulai layu dan tidak lagi bernafas......

      Aku sedih bila mendengar khabar ini kerana baru sahaja beberapa hari lepas aku ternampak arwah ketika menghadiri Karnival Gempak lepas... Kelihatan boss aku dan arwah sangat gembira dan ceria... Aku tidak sangka, itulah kali terakhir aku melihatnya....

      Al-Fatihah..........


      Nota kaki:-
      Pada mereka2 yang ada bayi/anak kecil tu, jagalah anak anda dengan baik... Jangan biarkan mereka keseorangan tanpa diberi perhatian... Jangan biarkan anak anda bermain air dibilik air (kes sebelum ni, kawan aku kehilangan anaknya didalam bilik air), jangan biarkan anak anak bermain didalam kereta tanpa membuka pintu/tingkap (satu lagi kes kawan aku yang kehilangan anaknya didalam keretanya sendiri), pastikan anak anda tidur dalam keadaan yang betul dan sebagainya...

      Tidak kisahla dalam apa juga situasi, kalau boleh biarlah anda nampak anak anda didepan mata... Bila terjadi begini, tiada apa yang boleh kita lakukan melainkan menerima dengan hati yang redha........
      Hari ini, merupakan hari baru untuk blog aku...

      Tahu tak kenapa?

      Kerana pada hari ini, aku telah menukar konsep yang aku guna pakai selama setahun lebih... Ya, setelah sekian lamanya aku menghasilkan blog ini, sudah tiba masanya ia mengalami proses evolusi... Beralih dari yang lama kepada yang baru...

      Mungkin selepas ini, bahan-bahan yang aku hasilkan/keluarkan akan mengalami sedikit perbezaan... Ianya sejajar dengan kematangan blog aku (sebenarnya dah lama matang pun... hehehehe...) dan perubahan ini adalah wajar demi memenuhi kehendak dan citarasa semasa... Sebenarnya, aku tidak berapa kesah bagaimana rupa bentuk blog aku ni... Design is just a cosmetic which makes it more presentable... Cuma apa yang ingin aku lakukan ialah aku ingin membawa blog aku ketengah (center of attraction) dimana pengunjung akan mendapat manfaat dari apa yang dibaca dan dilihat didalam blog aku ini... "Biar Berakhirnya Di Sini" bukan sekadar omongan kosong kerana apa yang diperolehi disini adalah yang terbaik untuk santapan minda mereka... Apabila ianya 'berakhir di sini', maka akan 'bermula segala kisah' mereka...

      Dari awal aku menaip, aku belajar tentang banyak perkara terutama sekali bidang penulisan... Aku jelajah setiap blog; memerhati dan membaca setiap isi kandung blog yang aku lawati... Ketika itu, aku banyak memberi tumpuan tentang apa yang harus ada pada sesuatu blog dan setakat ini, ramai diantara kita berjaya menghasilkan blog yang bagus... Ada beberapa blog menjadi 'favourite list' aku dan setiap hari, aku memang tidak pernah terlepas untuk melawat dan membacanya...

      Aku bukanlah mengharapkan supaya blog aku akan jadi yang terbaik di alam siber ini... Aku sendiri pun, bukanlah seorang penulis/blogger yang hebat... Tapi aku akan cuba menghasilkan sesuatu yang 'hebat' agar ianya dapat menjadi panduan pada pembaca blog aku...

      Sehingga kini, aku yakin ramai diantara kita masih lagi tidak tahu apakah ciri2 blog yang baik... Dan ini menjadi tanggungjawab aku untuk mengupas sedalam-dalamnya ciri2 blog yang baik ini agar aku dapat memperbaiki dan mempertingkatkan kualiti laman blog aku... Aku sedar, kuasa blog di zaman ini amatlah kuat sehingga ada yang mampu menghasilkan kesan dan pengaruh yang amat mendalam... Ianya bergantung kepada pemilik blog merangkap penulis; sama ada ingin menggunakan kemudahan ini untuk kebaikan atau sebaliknya...

      Oleh itu, sama2 lah kita merenungkannya dan mana yang baik, kita kongsi bersama... Aku tidak keberatan untuk berkongsi pengetahuan serta ilmu aku dalam berblogging dan jika ada yang bertanya dan memerlukan bantuan, aku sedia menghulurkannya... I'm always in open hand...

      To those frequent reader/commentor/visitor (either real or silent), thank you very much for your support!... You have made this blog a wonderful and pleasant site to visit...

      Allah Bless You!...
       

      Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

      Theme by WordpressCenter.com.
      Blogger Template by Beta Templates.