Showing posts with label Cuaca. Show all posts
Showing posts with label Cuaca. Show all posts

Sunday, 22 February 2009

Buat renungan dan panduan semua...
~ Reez ~


Photobucket

Bila langit mula mendung kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling kita,
"Cuaca buruk je akhir-akhir in ye..." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?

Berapa ramai di kalangan Kita yang mengeluh bila hari hujan?
- "Iskkk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..."
- "Alahai, hujan laaagiiii..."
- "Tiap-tiap hari hujan... Susah la macam ni..."
- "Payah nak buat apa-apa kalau hujan..."
- "Tak boleh balik lagi, hujan!..."

Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan DOA, "Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, ya Tuhan kami!... Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami)...

Hakikatnya, hujan itu rahmat...

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula)orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) ." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan? "Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram ini..?" Macam biasa dengar ayat TU kan ? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan...

Sedarkah kita?... Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, DOA mustajab.

Sekarang ini, di tempat Kita hampir tiap-tiap Hari hujan. Tiap-tiap hari ada masa untuk DOA menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun

Ada juga mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah. Lihatlah firman Allah yg bermaksud : "Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru hari ini kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada kita sekarang ini Ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau menyimpannya)" (al-Hijr : 22)

Semoga Ada iktibar untuk peringatan kita.
"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)



Sumber asal : Tidak Diketahui (E-mel)

Wednesday, 27 August 2008

Terkandas aku...

Hujan lebat giler tadi... Aku intai keadaan diluar, tak nampak apa-apa... Gelap gulita seolah-olah hari sudah jauh malam... Sesekali kelihatan pancaran kilat dan dentuman petir sabung-menyabung... Macam orkestra pulak kat luar tu...

Sejak kebelakangan ini, cuaca memang tidak menentu... Selalu sangat hujan belah tengahari dan petang... Kalau ikutkan perkiraan musim, sepatutnya monsun akan berlaku pada hujung tahun; bulan November atau Disember... Tapi sekarang pun kita sudah merasai kehadirannya... Tiap-tiap hari aku kesejukan bila nak mandi pagi...

Photobucket
Hujan oh hujan, kenapa engkau turun?... Macam mana aku tak turun, katak panggil aku.. Katak panggil aku... --> Betul ke?..

Masa aku sampai office pagi tadi, aku bercadang nak balik awal... Tapi bila keadaan dah macam tu, terpaksalah aku duduk lama sikit di pejabat sambil meneruskan kerja-kerja aku... Telefon pulak tidak henti-henti berdering... Mak aku bertanya aku berada kat mana... Risau dia kat anak bujang dia yang sorang ni... Yelah, aku pergi kerja sekarang tak bawa kereta; naik bas, STAR dan PUTRA je... Mau dia tak risau aku berjalan sorang2 dalam keadaan kilat sabung menyabung kat luar sana tu...

Bila hujan lebat kat luar, mulalah udara didalam office bertukar menjadi sejuk... Dah lah perut berkeroncong kelaparan... Makanan kat atas meja pula dah habis... Kawan2 aku yang lain pun turut kelaparan... Nak turun ke kantin, gerenti penuh dengan orang yang tidak boleh balik sebab terkandas kerana hujan lebat diluar... Hendak tak nak, terpaksa la tahan sedikit dengan harapan hujan akan reda dan aku boleh balik kerumah... Tunggu punya tunggu, keadaan masih lagi tak berubah... Hujan tetap turun malah lebih lebat lagi... Macam setahun tak hujan!... At last, kawan2 aku yang lain tidak boleh menahan dan mereka mengambil keputusan untuk keluar dari pejabat mencari tempat makan... Nak balik terus kerumah, jalan teramat lah sesak... Pengumuman di radio memaklumkan beberapa jalan utama di sekitar ibu kota tidak boleh dilalui kerana banjir kilat...

Tu dia... Kalau gini, pukul berapa aku nak sampai rumah?... Last2, aku ikut je dorang semua pergi makan kat KL Sentral... Perut pun dah berbunyi dan aku memang yakin takkan sempat sampai rumah sebelum pukul 9.00 malam... By the time, perut aku dah masuk angin...

Memandangkan kawan aku yang bawa kereta, jadi aku tumpang dia lah... Dari office aku nak ke KL Sentral tu tak la jauh sangat... Perjalanan memakan masa 5 minit je... Tapi disebabkan keadaan diluar yang memang menggerunkan, kami mengambil masa hampir sejam untuk tiba disana... Nasib baik Honda City kawan aku tu auto transmission... Kalau tak, mau menangis dia nak kena tekan pedal clutch...


Image source : www.kamarkosong.blogspot.com

Sunday, 27 January 2008

Aku baru aje balik dari Alor Gajah, Melaka... Antar adik aku yang paling kecik sekali ke UiTM Lendu... Dia balik umah Jumaat lepas sebab nak mintak signature dari Ketua Kampung untuk permohonan PTPTN dia... Aku sampai aje umah, entah nape aku rasa bilik aku berbahang... Panas semacam!!... Rasa macam nak terbakar aje duduk dalam bilik ni... Aku pasang kipas dan pusingkan ketahap yang paling maksimum... Nak bukak aircond, aircond takde kat bilik aku ni... Maklumlah, rumah kampung je, manelah boleh pasang aircond... Mau meletup meter letrik umah aku kang...
Photobucket
Suhu setakat pukul 8.00 malam tadi... Malam pun masih 29⁰C!!!... Kalau siang yang ada matahari dah berapa???...
Semenjak kebelakangan ni, cuaca memang panas... Rumah aku dah berapa hari tak hujan... Kering kontang tanah depan umah aku tu... Daun2 pokok pun macam layu je... Aku check suhu sekitar tempat tinggal aku dan bandar Kuala Lumpur, mak aiii... Panas giler!!... Petang tadi, termometer menunjukkan sukatan 34⁰C... No wonder la panas semacam aje bilik aku ni... Rupanya suhu meningkat dan mencecah 34⁰C... Sebelum ni pun memang pernah capai tahap ini dan aku rasa pernah naik sampai 42⁰C... Tu paling panas sekali lah dalam sejarah hidup aku...
Photobucket
Bacaan suhu semalam... Quite tinggi gak ni...
Bayangkan kalau kita berjalan kat luar dengan suhu setinggi itu, mau terbakar kulit badan ni... Aku berdoa semoga lepas ni hujan akan turun... At least, sejuk sikit... Takde la malam2 aku nak kene berkipas... Ni pun, baju tak lekat kat badan... Terpaksa bukak sebab nak cool down sikit... Kalau kat umah orang, kene tahan ler... Heheheheeee........ Nota kaki: - Ni baru panas macam ni... Macam manelah kita nanti di Padang Mahsyar... Matahari cuma sejengkal aje atas kepala kita ni... Kalau sekarang kita tidak boleh menahan panas yang sedikit ini, bagaimana kita nak menahan panas ketika di Padang Mahsyar kelak???.... Tu belum kira panas dalam api neraka yang apinya tidak pernah padam... Rupa pun dah tak rupa api... Warnanya amat menggerunkan!!!... Nauzubillah.... Fikir2kan..............
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.