Showing posts with label Wayang. Show all posts
Showing posts with label Wayang. Show all posts

Saturday, 19 January 2008

Semalam, saje aku dan kawan sepejabat pergi menonton wayang kat GSC Mid Valley... Pada mulanya, aku malas nak pergi tapi memandangkan ada orang nak temankan aku, so I decided to go lah... Memang dari minggu lepas nak tengok cerita "The Game Plan" tapi tak berkesempatan sebab hari Khamis lepas aku dah kene fly ke Kota Kinabalu, Sabah for some company's event... Selalu, hari Rabu adalah hari khas aku untuk menonton wayang... Dari jalan cerita yang aku baca, aku dapati cerita ini agak menarik dan membuatkan aku tidak sabar untuk menontonnya... Masa aku browse dalam lamab web GSC, aku tak perasan pun pasal cerita ini sehinggalah member aku bercerita mengenainya... Katanya, kalau tengok mesti best sebab cerita ni kelakar dan penuh dengan pelbagai plot yang mengusik perasaan... So, eloklah kalau tengok kat wayang... Aku pun, bookingla dua tiket semalam... Macam nak pergi dating aje tengok wayang berdua-dua... Heheheheeee... Member aku ni dah tengok dah cerita ni minggu lepas tapi dia tak kesah tengok untuk kali kedua... Lagipun dia kata dia nak temankan aku tengok... Dia pun takde ape2 program petang semalam...
Photobucket
Komen aku:- Setelah menonton cerita ini, aku dapati bahawa memang diakui jalan ceritanya menarik dan menghiburkan hati aku... Walaupun The Rock banyak dikaitkan dengan unsur lasak dan ganas tapi kali ini dia berjaya membawa aku menerokai ke satu dunia yang penuh dengan elemen kekeluargaan... Kalau kita lihat raut wajah The Rock yang bengis tu, kita sudah tahu bahawa setiap tingkah lakunya kasar, takde hati perut dan penuh dengan adegan nak membelasah orang saja... This time around, ianya berbeza... Banyak bahagian dalam cerita ini menunjukkan nilai kekeluargaan yang tinggi yang mengusik hati aku... Aku dapat gambarkan betapa sepinya kehidupan seorang pemain bola sepak yang terkenal; hidup dalam dunianya yang tersendiri... Walaupun dia dilimpahi dengan kekayaan dan keglamoran hasil daripada titik peluhnya selama ini, namun jauh disudut hati dia memerlukan kehadiran insan2 tersayang disisinya... Adakalanya, dia menafikan semua itu, tetapi hakikat tetap hakikat... Akhirnya dia kalah dengan perasaannya sendiri dan menunjukkan kepada dunia apakah yang dia mahukan selama ini... Kehadiran seorang anak yang sebelum ini tidak diketahuinya memang benar2 memberikan tamparan yang hebat pada "Joe Kingman"; watak utama didalam cerita ini... Baginya, dia merupakan seorang lelaki bujang yang tidak mempunyai apa-apa kecuali harta dan wang ringgit... Hakikat sebenar, dia mempunyai seorang cahaya mata yang sangat comel dan cerdik hasil dari perhubungannya yang lepas... Semua ini dirahsiakan oleh bekas isterinya iaitu Sara yang sudah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya beberapa tahun lepas... Joe dan Sara telah berpisah dan membawa haluan masing2... Joe tidak mengetahui bahawa Sara telah mengandung dan melahirkan seorang anak perempuan sehinggalah anak itu membesar selepas 8 tahun dan muncul dihadapan pintu rumahnya... Watak "Peyton Kelly" yang dilakonkan oleh Madison Pettis memang benar2 mencuit hati penonton yang menonton cerita ini... Tahu tak kenapa? Sebab si kecil ini memang betul2 cute... Dengan rambutnya yang kerinting dan teddy bear yang dirangkul bersamanya sepanjang masa menunjukkan dia seorang budak yang sangat manja... Aku suka melihat perangai keanak anakkannya itu... Joe Kingman yang dilakonkan oleh The Rock pula memang OK dan tidak kaku... Aku rasa, lelaki duda yang glamor dan kaya memang berperangai lebih kurang begitu di Amerika Syarikat... Suka berseronok dan berfoya foya dengan gadis cantik... Namun, menyedari hakikat yang dia mempunyai seorang anak, kehidupannya selepas itu terus berubah... Sifat kebapaan mula timbul tanpa disedarinya... Perasaan kasih kepada anak semakin lama semakin menebal... Hampir setiap ketika, dia melayan karenah anak perempuannya itu sama seperti bapa bapa lain didunia... Joe sanggup menuruti setiap apa yang dimahukan oleh Peyton didalam cerita ini walaupun dengan berat hati dan ini sedikit sebanyak mengubah sikapnya dari seorang yang tidak ambil peduli dan hidup bersendiri kepada seorang yang lebih bertanggungjawab... Aku rasa cerita ini lain dari yang lain dan jika berpeluang, aku ingin menontonnya sekali lagi... Sudah pasti, aku akan membeli CD nya kemudian sebagai koleksi "mesti tonton" aku dirumah... So, kalau kalian inginkan hiburan ringan bercirikan kekeluargaan, boleh berkunjung ke panggung wayang berhampiran untuk menonton cerita ini... Aku mengesyorkannya... Nota kaki:- Masa sebelum cerita bermula, aku terpandang satu keluarga yang duduk dibarisan hadapan kerusi aku... Kelihatan si isteri bertudung kemas bersama suami dan 5 orang anak2 nya yang masih lagi kecil... Adalah dalam 6 - 7 tahun kot... Apa yang membuatkan aku rasa terkasima ialah ketika si isteri bercakap dengan anak2nya, tiada sepatah pun Bahasa Malaysia keluar dari bibirnya yang manis itu... Mereka hanya bertutur didalam Bahasa Inggeris dan si anak membalas setiap soalan yang diajukan oleh si ibu dalam Bahasa Inggeris juga... Sungguh indah tone yang digunakan... Very fluent dan perfect!... Aku tidak sangka bahawa si kecil dapat berkomunikasi didalam bahasa asing dengan baik sekali... Kita yang dewasa ini, nak sepeking English pun terkangkang kangkang... Malu saja dengan budak2 baya itu... Disatu ketika, aku merasakan seperti diriku berada dinegeri orang... Heheheheheee....

Thursday, 13 December 2007

As promised with my friend, aku gie tengok cerita I Am Legend yang dilakonkan oleh Will Smith... Pada mulanya, aku tak tahu cerita ini berkisar tentang ape tapi bila dah tengok, masya Allah... Aku rasa kalau orang offer kat aku tengok lagi sekali, aku rasa aku tak nak kot... Bukan pasal cerita ni tak sedap atau tak masuk dengan kepala aku, cuma aku tak prefer untuk tengok cerita macam ni... For first 30 minutes of the story, aku tak dapat nak tangkap jalan cerita dan apa yang cuba diketengahkan... Selepas beberapa babak terkejut terkejut, barulah aku tahu cerita tu pasal apa... Aku rasa bukan aku sorang aje yang terkejut terkejut, member kat sebelah dan beberapa orang yang duduk sebaris dengan aku pun sama... Korang tahulah sound system dalam panggung wayang... Pelakon tarik nafas pun boleh dengar tau!... Inikan pulak bila bunyi letupan atau ape ke, sure la bergegar satu panggung wayang tu... Itu yang buat aku sekejap sekejap terkejut... Heheheheee.....
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Komen aku: - Aku rasa lepas ni better aku baca sinopsi dulu sebelum aku gie booking tiket wayang... Takut nanti pisang berbuah dua kali... Hehehehee... Kali ini, aku main beli aje tiket tanpa mengetahui cerita tu cerita ape... Cuma aku tahu, cerita ni bukanlah scary movie tapi aksi yang ditayangkan agak sedikit extreme lah... Kalau bawak budak, memang tak sesuai langsung!... Watak Will Smith sebagai Dr. Robert Neville; satu2 nya saintis yang hidup dan tinggal berseorangan di bandar New York cukup memberikan impak kepada aku... New York dan dunia telah diserang oleh satu wabak/virus yang dicipta oleh manusia sendiri. Virus telah menukarkan organisma bernyawa kepada makhluk yang amat mengerikan... Tujuan virus ini cuma satu; membunuh makhluk hidup yang lain... Dr. Robert ni dah imune dengan virus ini dan misi dia adalah untuk mencari kalau2 ada survivor kat luar sana yang masih hidup serta meneruskan eksperimen nya untuk mencari penawar bagi membunuh virus ini... Memang cerita ini penuh dengan aksi (bagi sesetengah orang agak menyeramkan) tapi bagi aku, memang beberapa kali hormon adrenalin aku naik... Especially bila Will Smith dikejar oleh manusia yang telah dijangkiti virus tersebut... Rasa macam aku pulak yang kena kejar... Heheheheee... Keadaan dalam cerita tu memang teruk, bandaraya yang telah ditinggalkan dan tiada berpenghuni... Adakalanya, Will Smith agak sedikit mereng dengan bercakap dengan patung... Kalau aku, aku pun boleh jadi mereng jugak sebab tiada orang yang hidup dan tinggal aku seorang saja... Memang kesian tapi itulah hakikat hidup Dr. Robert dalam cerita ini... Ada logiknya juga cerita ini diberikan nama sedemikian sebab dipenghujung cerita, Dr. Robert telah mengorbankan nyawanya sendiri untuk menyelamatkan sejumlah kecil survivor... Ketika itu, barulah dia tahu penawar kepada virus yang selama ini mengancam dan mengubah manusia menjadi makhluk yang amat mengerikan... Jadi, dia telah menyerahkan vaksin tersebut kepada generasi akan datang supaya penawar dapat dihasilkan bagi membunuh virus tersebut... Dia merupakan seorang lagenda yang telah berjaya menyelamatkan dunia dari terus musnah akibat kesilapan manusia sendiri... Memang ada babak kejar mengejar, gigit menggigit dan sebagainya... Jadi, kalau korang suka tengok cerita macam ni, boleh la pi tengok... Tapi toksah ler bawak awek korang... Nanti kang, ade pulak yang merengek nak balik rumah... Heheheheheeee...

Wednesday, 12 December 2007

Aku rasa kegilaan aku untuk menonton wayang semakin lama semakin teruk... Minggu lepas, aku rasa adalah beberapa kali kaunter pawagam GSC kat Mid Valley tu aku jenguk... Sampai orang yang jaga kaunter tu dah kenal dengan muka aku... ;) Tadi, aku pergi tengok cerita The Golden Compass dengan member baik... Actually, aku memang dah lama nak tengok cerita nie... Sebelum ni aku baca preview dan tengok gimik, macam best aje citer ni... Al maklumlah, cerita2 fantasi merupakan antara cerita kegemaran aku... Heheheheee....
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Komen aku: - Dari segi jalan cerita, aku rasa menariklah juga... Walaupun banyak yang tak logik dari yang logik, aku tetap dapat rasa kehadiran ' X ' factor dalam cerita ni... Of course kalau korang relate kan dengan dunia realiti, cerita ni memang tidak masuk akal... Cerita ni pun bukan berunsur magikal mahupun seram... Nak kata science fiction pun tak gak... Watak2 yang dimainkan dalam cerita ni juga berkesan... Aku cukup tertarik dengan pendekatan yang cuba diketengahkan dalam cerita ni... Perihal setiap manusia yang hidup didalam dunia yang penuh dengan perebutan kuasa, kehadiran daemon yang berbentuk binatang mencuri perhatian aku... Baik hero/heroin ataupun pelakon sampingan, semuanya mempunyai daemon masing2... Interesting!... Aku terfikir, kalau akulah yang berlakon, aku nak daemon ape ye??... First time aku tengok Nicole Kidman berlakon jadi jahat... Aku tak pasti sebelum ni dia pernah tak berlakon jadi jahat... Anyway, watak yang dibawanya sebagai wanita yang ingin merampas kompas emas dari Lyra; kanak2 yatim piatu yang diamanatkan untuk menyelamatkan dunia mereka dari genggaman Magistrium (entah betul ke tak aku eja ni...) berkesan... Walaupun banyak aksi, penonton tidak rasa bosan melihat setiap babak yang telah difilemkan... Ada part pasal beruang kutub yang kehilangan takhta dan akhirnya berjaya mendapatkannya kembali, perempuan sihir dan sebagainya. Kesemua mereka memihak kepada kanak2 kecil ini... Aku rasa cerita ini ada kesinambungannya sebab di penghujung cerita tu macam tergantung sikit... So I guess, there will be Part II of the story... So, pada sesiapa yang suka cerita berunsur fantasi seperti ini, boleh la pergi tengok kat wayang... Esok, aku dah janji dengan member office kat tengok cerita lain pulak... Adehhh....

Wednesday, 5 December 2007

Aku tak tahu, hari ini aku kebosanan tahap Gaban!! Kerja bukan takde, berlambak atas meja aku... Tapi entah kenapa aku tak ada rasa dan tak ada hati nak buat... Rasa malas sangat!... Kadang2, aku berdoa semoga cepat2 la waktu balik sampai... Bila jam dinding tepat aje pukul 5.45 petang, hati aku kembali berbunga... "Yea yeah... dah boleh balik!!!!..." Aku kemas semua barang atas meja aku, segala file yang memeningkan kepala aku susun dan letakkan ditepi dan tutup PC aku... Actually, bukan nak terus balik rumah pun, tapi aku nak ke Golden Screen Cinema untuk tengok wayang yang telah aku tempah hari Isnin lepas... So, memandangkan member2 lain takde yang nak pergi, aku pergi tengok sorang lah... Lagi pun, kadang2 aku perlukan masa untuk bersendirian...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Tadi, aku gie tengok cerita Enchanted... Jangan gelak pulak ye aku gie tengok citer budak2... Anyway, cerita ni taklah macam budak2 pun... Ok gak jalan cerita nya... Bagi aku, cerita ni amat menarik dan sesuai untuk semua golongan masyarakat... Budak2 kecik pun boleh gie tengok... Komen aku: - Jalan cerita menarik, dan teknik yang digunakan juga bagus... Aku suka effect yang digunakan masa Giselle tu jatuh dalam kolam dan terus tercampak ke dunia manusia sebenar... Effect yang digunakan masa pertukaran Giselle dari dunia kartun ke dunia sebenar nampak menjadi... Taklah macam stereotype sangat... Watak pun menarik, selalunya cerita2 macam ni kita tahu orang jahat tu ialah ahli sihir yang ingin merampas takhta atau berkuasa tapi ini memang ahli sihir tu sudah berkuasa dan ingin mengelakkan daripada takhtanya dirampas... Ok gak tu... Penekanan tentang realiti dan fantasi juga diketengah dimana cinta dalam dunia kartun memang kartun betul tapi didalam realiti sebenar; ianya terlalu komplikated... So, ekspresi yang ditunjukkan memang ketara dan akhirnya penonton akan tersentuh bagaimana cinta dapat dipelihara walaupun didalam dua dunia berbeza... Bagi perempuan2 yang suka pada lelaki hensem dan charming, dan suka pulak jiwang2, cerita macam nie memang sesuai la untuk korang... Dalam cerita ni banyak aksi2 loving dan caring caring nih dan pada ramai lelaki, mungkin akan termuntah ler kalau tengok... Lainla kalau korang dah ada awek dan layan awek korang kat panggung wayang tu... Watak James Marsden memang berkesan dan Patrick Dimpsey juga berjaya melakonkan karektor seorang lelaki yang kecewa kerana cinta... Bagi dirinya, cinta itu palsu dan bohong tetapi akhirnya mula menerima bahawa kuasa cinta itu jauh lebih hebat dari apa yang digambarkan sebelum ini... Ok, aku ni kalau nak bagi komen memang panjang berjela jela... Cukuplah setakat ini... Yang lain tu, korang pergilah tengok sendiri kat wayang... Selamat Menonton!!!!

Thursday, 2 August 2007

Aku rasa aku sedikit ketinggalan dalam bab2 cerita kat panggung wayang ni... Semenjak dua menjak ni, aku sedikit sibuk sehingga takde masa sangat nak pergi tengok wayang... Lately ni aje aku ade peluang nak pi GSC menonton cerita yang aku nak tengok sangat... Mungkin korang ada yang dah tengok cerita2 ni... Semalam, aku gie tengok Transformers... Sepatutnya aku gie tengok movie ni minggu lepas tapi macam yang aku cakap, aku tak sempat pun nak gie... Jadi, hari Isnin lepas aku gamble la tengok website GSC kalau2 Transformers masih lagi ditayangkan...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Nasib aku baik, masih ada lagi showtimenya... Tapi tak banyak option sangat sebab movie nie dah lama dah ditayangkan... Sekarang, tengah hangat dengan action movie "Flash Point"... Eventhough showtime tak banyak, masa aku masuk panggung semalam, penuh gak! Aku pun pelik, aku ingatkan dah hujung2 nie tak ramai lah orang nak tengok Transformers ni... Sangkaan aku silap... Aku memang suka tengok movie ni... Memang betul2 la ape yang korang cakap yang movie nie best! Effects yang digunakan sungguh cemerlang... Aku tak nampak pun sleck kat mana mana... Jalan cerita pun tak membosankan dan ada waktu, aku rasa macam aku sendiri yang jadi "Sam Witwicky" dalam cite tu... Heheheeeeeee.... So far, aku tak pernah ler tengok movie special effects yang sebaik ini... No wonderla ramai yang berpusu pusu nak tengok...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Seminggu sebelum tu, aku sempat gak tengok cerita Harry Potter and The Order of Phoenix... Oklah cite tu... Director yang buat cerita ni pandai sebab tang ending tu dia buat tergantung... So, kalau nak tahu, kena tengok cerita Harry Potter yang seterusnya; Harry Potter and The Half Blood Prince... Kalau nak dibandingkan kedua dua cerita ni, aku lebih berkenan tengok Transformers lagi... Kalau ada peluang, aku akan tengok sekali lagi... Cerita special effects macam nie tak best tengok kat TV rumah... Tengok kat panggung baru happening!

Wednesday, 14 March 2007

Aku dan member sorang lagi sempat gie tengok wayang kat GSC Mid Valley. Kali ini, cerita yang kami tengok berkisar tentang zaman purba kala. Zaman perang antara tentera Rom dengan askar2 Parsi. Zaman pemerintahan Sparta dibawah pimpinan raja mereka yang agung, Leonidas... Wayang yang aku maksudkan ialah "300". Well, masa tengok movie ni, I would agree yang those yang tak boleh tengok darah ke, bunuh membunuh ke, potong sana, potong sini, tok sah ler gie tengok. Takut nanti kang ade lak yang termuntah kayak dalam panggung wayang tu...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Sepanjang movie ni, aku dapat lihat tentang kehebatan tentera Sparta dalam dunia peperangan. Tidak dinafikan, mengikut jalan cerita, mereka kuat dan hebat. Apa sahaja rintangan dan cabaran yang mereka hadapi, pasti akan berjaya. Keberanian dan kekuatan yang ditunjukkan membuktikan Sparta adalah bala yang terkuat dizaman itu... Aku rasa tertarik dengan tajuk "300" yang cuba dipaparkan. Pada mulanya, aku terfikir apa kena mengena 300 dengan filem ini. Bila aku pergi tengok sendiri, barulah aku tahu maksud sebenar kenapa 300. Actually 300 tu adalah askar Sparta yang pergi berperang dan akhirnya terbunuh ketika menentang askar Parsi. Well, kalau diamati betul2 banyak pengajaran yang kita dapat dari cerita ini. To me, we always take mana yang baik ajelah. Of course, kalau nak di ikutkan kita tidak seharusnya menerima bulat2 bahawa Sparta itu bagus. Ada banyak gak yang tak bagusnya. Cuma aku kagum dengan semangat mereka berjuang berhabis habisan menentang musuh mereka demi untuk keselamatan dan ketenteraman kaum dan keluarga mereka.... And most of the scene aku tengok, mereka berperang tu. Macam ada kat dapur pulak. Cincang sana, cincang sini. Melayang layang kepala orang di udara bila kena pancung dan ada tu, kena tusuk dengan lembing macam cucuk daging kat atas pinggan aje. Sekali tengok, memang ngeri tapi tulah jalan ceritanya. Aku toleh kiri kanan, ada gak audience pompuan yang tekup muka tak nak tengok scene tu. Geli hati aku... Abis wayang, aku sempat gie tengok Honda Showcase kat Ground Floor. Terkasima kejap bila tengok kereta Honda ni. Most of the model shown ialah CR-V. One of my favourite car!. Aku tengok spesifikasi kereta tu, tengok enjin dan ruang dalam kereta, only one word I want to say, memang superb!!! And then, this one is new model of CR-V so kemasan dalaman memang 'hensem' sampaikan aku tak nak keluar dari kereta tu. Berangan ler kejap aku bawak CR-V. Nak beli, memang berjanggutlah. Mahal giler!!! Gaji aku pun tak mampu... Kebanyakkan yang datang pun, kalian tahulah siapakan... Golongan #$%&*@! yang berada. Asal ambil brochure aje, sure ade yang sain. Ambil sebijik. Rasa jeles lak aku. Kan best kalau aku boleh buat camtu? Actually, boleh tu memang boleh. It just only a signature. Bukan ade ape pun... Heheheeeeee... Note:- Signature yang cantik tapi takde value. Kalau sign, cuma sekadar sign, tapi kalau tunjuk, value cuma RM berapa sen aje. Sigh... :(
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.