Showing posts with label Kematian. Show all posts
Showing posts with label Kematian. Show all posts

Tuesday, 13 January 2015

photo 5976b866-486c-41b2-ac02-15cfb3a5ba3e.jpg

Semua yang hidup, pasti akan merasai mati. Apa yang berbeza ialah masa/waktu dan tempat di mana kita akan dijemput olehNya.

Renung-renungkan. Sudahkah anda bersedia untuk bertemu dengan Malaikat Maut? Atau anda masih lagi asyik dengan hal dunia yang penuh dengan tipu daya ini?

Salam takziah buat rakanku, Fadil Noor bin Mohd Yasim atas pemergian bonda tercinta pagi tadi.

Semoga roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan golongan orang yang beriman.


Friday, 7 May 2010

Salam dan selamat sejahtera semua...

Suasana suram dan perasaan sedih masih menyelebungi kaum keluargaku... Semalam, perkhabaran mengejut kami terima apabila salah seorang dari ahli keluarga kami telah pulang ke rahmatullah... Dia merupakan sepupu kepada bapaku; Pakcik Sani...

Kami sekeluarga memang jarang berjumpa dengan arwah kerana arwah sentiasa sibuk dengan urusan kerja.. Namun, itu tidak bermakna arwah tidak kenal dan tidak rapat dengan keluargaku... Setiap tibanya Hari Raya, beliau sekeluarga memang tidak pernah gagal untuk datang kerumah menziarahi kami... Keakraban antara arwah dengan bapaku yang sudah terbina sejak kecil memang tidak pernah luntur; walaupun dia sibuk kehulu-kehilir...

Dari maklumat yang aku terima, arwah ketika itu sedang berada di KLIA, Sepang untuk bersiap sedia berangkat ke London atas urusan kerja... Ketika didalam perjalanan (dalam ERL), dia tiba² mengadu sakit perut (seperti terkena gastrik) dan perlu berjumpa dengan doktor... Berdasarkan kenyataan rakan² yang seperjalanan dengannya, dia tidak menunjukkan apa² tanda yang pelik dan seperti biasa...

Apabila sampai di KLIA, dia terus di bawa ke klinik disitu untuk pemeriksaan lanjut dan ketika itu, tiba² 'angin' yang berada didalam badan terus naik ke dada membuatkan arwah berasa tidak selesa dan tercungap-cungap... Beberapa saat, beliau terus rebah dan keadaan menjadi panik seketika... Ambulans terus dipanggil dan beliau terus dibawa ke Hospital Serdang untuk rawatan kecemasan...

Setibanya sampai, arwah terus dibawa ke bilik kecemasan dan sampai saja, doktor membuat pemeriksaan dan mengesahkan beliau telah meninggal dunia... Semua rakan² yang ada disitu terkejut dan kaget; bagaimana dia yang kelihatan sihat walafiat telah meninggal dunia?... Itulah nama ajal dan maut di tangan Tuhan... Kalau memang sudah tiba masanya, maka tetap akan tiba masanya; tiada berganjak walau sesaat awal atau lebih... Di mana² pun, ia boleh berlaku dan kita sebagai manusia yang kerdil ini tidak akan tahu bila tiba masanya...

Bedah siasat terus dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian dan didapati beberapa pembuluh jantung arwah menghadapi masalah serta tersumbat... Itulah punca kenapa beliau merasa tidak selesa seolah-olah diserang 'angin' didalam badan... Selalunya kalau kita² ni, kene angin je, kita akan fikir terkena gastrik la, salah makan la... Macam² lagilah... Sekarang, jangan main²... Kalau terkena tu, eloklah periksa dengan lebih lanjut lebih² mereka yang sememangnya mempunyai masalah berat badan dan seringkali mengidapi penyakit atau simtom penyakit... Kadangkala, kita tidak tahu...

Kami sekeluarga berduka cita dengan perkhabaran ini dan berharap agar keluarga Pakcik Sani bersabar dan tabah menghadapi dugaan ini... Sememangnya, kematian itu pasti pada mereka² yang bernyawa...

Beringat-ingatlah...

Friday, 11 July 2008

Aku amat sedih diwaktu ini...

Kak angkat aku; Zuraidah Mohamed a.k.a Kak Ayu telah kembali ke rahmatullah pada jam 5.50 pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur akibat jangkitan kuman kepada paru-parunya... Ianya berpunca dari bahagian yang ditebuk untuk rawatan kimoterapi dimana kuman telah masuk dan menyerang sistem pernafasan badan arwah...

Mungkin kalian tidak tahu atau tidak membaca mengenai Kak Ayu aku sebelum ini... Sebenarnya, dia memang sakit... Sakit kanser dan sebelum ini aku ada buat beberapa entri mengenai dirinya (sila rujuk link dibawah untuk cerita lanjut)... Aku tidak sangka, hari Selasa yang lepas merupakan pertemuan kami yang terakhir... Itupun kerana dia menelefon aku, merayu supaya aku datang ke hospital menjenguknya... Katanya, dia rindu untuk berjumpa dan berbual denganku... Aku masih ingat lagi ayat yang keluar dari mulutnya, "Kau tak nak datang jumpa aku ke?..."

Allah Maha Besar, memang Dia memberi peluang untuk aku berjumpa dengan arwah kakak angkatku ini... Ketika aku bertemu dengan arwah tempoh hari, dia kelihatan ceria, beransur sihat... Walaupun segala tiub terpasang ditangan dan badan, namun arwah masih kuat untuk bergerak kesana kesini... Seolah-olah dia sihat walafiat... Seperti biasa juga, dia mesti akan buat lawak sehinggakan kami tergelak berdekah-dekah...

Apabila aku ingat dan kenang semula, terlalu banyak memori aku dan arwah kakak angkat aku ni... Kami bekerja di tempat yang sama dan tiap ketika, dia mesti akan singgah ke tempat dudukku untuk berjumpa denganku... Bercerita dan bertanya khabar... Malah, aku dengan anak2 nya juga cukup rapat...

Kini semuanya tinggal kenangan... Bila aku teringat kenangan lalu, tanpa sedar airmataku tumpah begitu sahaja... Aku tidak tahu kenapa, tapi pemergiannya ini menyebabkan aku rasa kehilangan yang amat besar...........................

Al-Fatihah buat arwah.........


Dalam kenangan:-

1)
Pilu
2)
Happy Birthday, Kak Ayu
3)
Kunjungan (Kisah anak arwah yang nombor tiga... Baru berusia 2 tahun...)
4)
Baby Rihana (Kisah kelahiran anaknya yang bongsu... Baru berusia setahun, 2 Julai yang lepas...)
5)
Fatin Fakhira, Model Sambilan Yang Comel (Kisah anak arwah yang nombor dua...)
6)
Baby Aqil, "Baby Of The Year" (Kisah kelahiran anak arwah yang nombor tiga...)

Tuesday, 1 July 2008

Aku dapat satu berita yang amat menyedihkan...

Anak boss aku telah pulang ke rahmatullah petang tadi... Untuk makluman, arwah merupakan seorang bayi perempuan yang baru berusia 4 bulan...

Dari maklumat yang aku terima, arwah meninggal dunia akibat lemas ketika tidur... Ketika itu, arwah tidur didalam keadaan meniarap dan kepalanya tertekup pada tilam dan dikelilingi bantal... Akibat tidak berdaya untuk mengalihkan badan dan mengangkat kepala, arwah tidak dapat bernafas dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir...

Ketika kejadian, tiada siapa yang perasan arwah kelemasan sehinggalah orang gaji datang memeriksanya diwaktu petang... Ketika hendak mengalihkan badan arwah, didapati arwah sudah terkulai layu dan tidak lagi bernafas......

Aku sedih bila mendengar khabar ini kerana baru sahaja beberapa hari lepas aku ternampak arwah ketika menghadiri Karnival Gempak lepas... Kelihatan boss aku dan arwah sangat gembira dan ceria... Aku tidak sangka, itulah kali terakhir aku melihatnya....

Al-Fatihah..........


Nota kaki:-
Pada mereka2 yang ada bayi/anak kecil tu, jagalah anak anda dengan baik... Jangan biarkan mereka keseorangan tanpa diberi perhatian... Jangan biarkan anak anda bermain air dibilik air (kes sebelum ni, kawan aku kehilangan anaknya didalam bilik air), jangan biarkan anak anak bermain didalam kereta tanpa membuka pintu/tingkap (satu lagi kes kawan aku yang kehilangan anaknya didalam keretanya sendiri), pastikan anak anda tidur dalam keadaan yang betul dan sebagainya...

Tidak kisahla dalam apa juga situasi, kalau boleh biarlah anda nampak anak anda didepan mata... Bila terjadi begini, tiada apa yang boleh kita lakukan melainkan menerima dengan hati yang redha........

Monday, 31 December 2007

Aku terkejut bila menerima satu panggilan telefon dari kampung... Pakcik aku di Duri menelefon mak aku memaklumkan satu berita yang kurang enak... Nenek aku telah meninggal dunia !!! Bila mendengar khabar itu, maka berguguranlah manik-manik jernih diatas karpet berwarna merah... Sebak dan pilu menerima perkhabaran ini... Aku yang berada disitu turut merasa hiba... Tidak tergambar bagaimana perasaan aku ketika melihat ibuku menangis teresak-esak... Hendak pulang ke kampung, agak mustahil kerana kampungku terlalu jauh untuk dikunjungi... Bukan tidak boleh, tapi akan melibatkan kos yang tinggi dan masa yang lama... Bayangkanlah aku dan keluarga di Kuala Lumpur, pakcik dan makcik aku semuanya di Bukit Tinggi, Sumatera Barat... Kalau nak pulang, aku kena ambil cuti dan nak book flight ticket, sudah pasti mencecah ribuan ringgit untuk aku sekeluarga... Aku redha, cuma aku kesian dengan ibuku... Mesti dia rasa terkilan sebab tidak dapat menatap wajah arwah nenekku untuk kali yang terakhir... Sedih memang sedih, tapi apakan daya, kami sekeluarga harus menerima qada' dan qadar Allah dengan hati yang terbuka... Sedikit mengenai rentetan kehidupan arwah nenek aku ketika hayatnya dia ada menyuarakan kehendaknya untuk datang ke Malaysia dan tinggal dengan kami sekeluarga... Tapi ibuku terpaksa menangguhkan perancangan itu kerana rumah yang aku beli masih dalam pembinaan... Cadangannya ialah membawa nenekku tinggal bersama bila rumah aku siap nanti... At least, selesa lah sikit... Rumah yang aku duduk sekarang kurang selesa, bilik semua penuh... Buruk pulak tu... Takkan aku nak ajak nenek duduk sekali dan tidur kat ruang tamu pulak???... Aku memang tak sampai hati nak layan dia macam tu... Arwah pun macam excited bila tahu mak aku nak bawak dia tinggal kat sini... Biasalah, orang tua, mane tak suka kalau anak2 ajak tinggal sekali... Pulak tu, cucu2 dia ni pulak suka melayan dia... Sikit2 aje, "nenek... nenek... nenek...." macam budak2 kecil aje kami2 ni... And then, tak lama lepas tu, dia jatuh sakit... Biasalah orang tua, bukannya sihat sangat... Kat sana pula, takde orang nak jaga dia sebab makcik yang sepatutnya jaga nenek aku kat sana telah berhijrah ke Jakarta mengikut suaminya... Jadi, arwah nenek aku terpaksa tinggal dengan "om" - dalam bahasa Malaysia dipanggil pakcik disana... Bila fikir2 balik, memang aku sedih dan kesian kat dia sebab adik beradik laki mak aku jaga dia tak macam adik beradik perempuan mak aku jaga... Tiap2 hari aku berdoa semoga dia bertahan dan sihat walafiat sehingga aku bawak dia datang kemari... Baru2 ni, ketika nak sembahyang, dia terjatuh... Terus kene strok... Adalah dalam seminggu dia terlantar sebelum menghembuskan nafas yang terakhir... Begitulah ceritanya... Memang aku ralat dengan semua ini... Terus seharian aku hilang mood dan teringat-ingat padanya... Aku masih ingat lagi, waktu mak dan abah nak pergi haji dulu, mak aku sanggup bawak arwah nenek datang ke Malaysia semata-mata nak jaga kami adik beradik... Padahal, aku dan adik beradik yang lain bukannya umur 4 - 5 tahun yang memerlukan pengawasan orang dewasa... Aku sudahpun bekerja ketika itu yang adik aku yang paling kecil sudah berada di Tingkatan 3... Masing2 dah boleh berdikari dan boleh diharap... Tapi mak aku nak juga bawa dia datang kemari... Bila mak dan abah bertolak ke Mekah, 2 - 3 hari selepas tu, nenek aku jatuh sakit... Dia takut dan risau bila tinggal sorang2 kat rumah... Yelah, siang hari aku dah ke pejabat... Adik beradik yang lain dah pergi kerja dan sekolah... Tinggal la dia seorang diri dirumah... Bila lama, terus kena darah tinggi dan lemah jantung!... Sampai masuk wad dan kene tahan seminggu... Aku dan adik beradik dah risau melihat keadaan dia... Nak telefon abah kat Mekah, takut nanti tak kusyuk pulak orang tua tu mengerjakan ibadat... Terus aku pendamkan saja... Last2, aku dan adik beradik membuat keputusan untuk menghantarnya pulang ke kampung halaman... Masa dulu, AirAsia tak sampai lagi kampung aku, so nak balik kena naik MAS atau kapal laut... Memandangkan harga tiket kapal terbang mahal, so kenalah naik kapal laut... Dalam hati, risau juga takut jadi apa2 kat atas kapal tu... Nasib baik ada jiran yang kebetulan nak balik ke kampung yang sama... Jadi, dia tolong tengok2 kan... Lega rasanya... Sampai aje kat kampung, sihat pula arwah nenek aku ni... Takde sakit2 pun... Musykil, musykil... Bila terkenang kisah2 ni, bergenang air mata aku... Aku masih ingat lagi, masa nenek aku ada kat umah, dia selalu tanya aku kerja kat mana dan buat apa hari ini... Biasalah, orang datang dari kampung, dia mana tahu kehidupan orang bandar... Balik lewat malam sudah menjadi perkara biasa... So, bila aku balik lewat, dia akan tanya aku kenapa lewat sangat balik?... Aku pun tak sampai hati, jawab jelah soalan dia... And then, setiap kali, dia mesti akan tanya aku... "dah makan dah??..." - dalam bahasa Minang... Everytime dia nak makan, dia akan tanya kami adik beradik... Arwah nenek aku ni jenis yang suka makan berulang... Tapi sedikit2... So, kalau kami adik beradik tak makan lagi, dia akan panggil makan sekali... Arwah nenek aku ni pelembut orangnya... Macam mak aku juga... Sekarang, dia dah takde lagi dah... Walaupun aku tak pernah tinggal dan duduk dengan dia, tapi aku dapat rasa... Walaupun jauh, dia tetap ingat kat aku dan adik beradik yang lain... Tu yang membuatkan aku rasa sedih teramat sangat....................................... Al-Fatihah buat arwah... Catatan:- Selepas meninggalnya nenek aku ini, aku sudah tidak punyai nenek dan datuk lagi... Semuanya telah kembali ke rahmatullah.....
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.