Saturday 30 September 2006

Aku pasrah dengan ketentuan ini...

Setelah sekian lama mengabdikan diri, inilah balasan yang aku dapat... Mengapa ini yang aku terima? Dimana keadilan untuk diriku? Adakah semua ini salahku? Semua ini berpunca dariku? Apakah aku penyebab segala masalah?

Aku tertanya tanya diri aku... Aku telah lama berusaha, telah lama memendam rasa... Tidak bolehkah aku menyuarakan apa yang aku rasa selama ini? Salahkah aku ??? Tidak berhakkah aku???

Apa, tidak fahamkah mereka? Dimana pertimbangan mereka sebagai orang yang aku harapkan... Aku kesal, hanya kerana satu perkara yang bukanlah 100% salahku, aku dianiaya... Aku dimarahi... Aku dihujani dengan soalan bertubi tubi seolah olah aku melakukan satu dosa yang amat besar!... Aku dilabelkan sebagai seorang yang merosakkan segala galanya... Kenapa?????

Didepan screen komputer ini, perasaan aku bercampur baur... Sedih... terkilan... Entah apa yang aku rasa, aku sendiri pun tak tahu... Aku hilang segala konsentrasi... Terbayang bayang kejadian yang berlaku sebentar tadi seolah olah aku mengalami mimpi ngeri...

Aku kenangkan, aku sedang berpuasa, aku tahan segala perasaan dihati... Aku harus bersabar jika ini ujian untukku.. Aku REDHA...

Friday 29 September 2006

Aku dapat call dari mak aku ketika aku sedang sibuk dipejabat... Waktu itu, jarum jam menunjukkan pukul 1.30 tengahari... Kebiasaannya pada bulan Ramadan, aku akan sibuk menyiapkan kerja2 diatas meja... Hari ini, aku tak pergi pun kuliah zohor khas sempena Ramadan yang berlangsung didewan utama bangunan tempat aku bekerja... Niat dihati nak balik awal hari ini...

Mak aku pesan, minta tolong aku pergi Shah Alam bawa balik adik aku... Pelik, tetiba pula mak aku suruh adik aku yang belajar di UiTM Shah Alam tu balik... Dia duduk kolej, bukannya berulang... Aku wonder dan tanya kat mak aku kenapa tiba tiba saja suruh dia balik... Rupa rupanya, adik aku dah call mak aku awal awal dia dapat MC sebab sakit mata... Lecturer suruh dia balik dan berehat saja dirumah... Next Monday, baru datang... Ermm... Aku ingatkan apa tadi...

Aku pesan pada mak aku, nak ambil tu boleh... Tapi yang menjadi masalahnya, takut nanti aku pergi ambil, aku pulak yang sangkut tengah2 jalan... Maklumlah, bulan puasa ni ramai orang balik awal... Jalan sana sini semuanya jam! Kalau aku pergi, pukul berapa pula aku nak sampai rumah... Aku tak nak ketinggalan terawikh aku... So far, memang tak pernah kantoi pun... Itulah niat aku diawal Ramadan hari tu...

Aku pesan kat mak, suruh bagitau adik aku... Kalau aku datang awal sikit, boleh ke? Then, cakap punya cakap, semuanya sudah diatur... So, tepat pukul 4.40 petang, aku terus blah... Nak beat the traffic... Aku ni lak, tak pernah guna jalan lain selain Federal Highway... Nak ikut NKVE, senang tapi aku tak confidence lagi... Nanti sampai tengah malam pun, aku tak sampai sampai kat UiTM tu...
Photobucket - Video and Image Hosting

Macam ikan sardin! Padat betul jalan menghala ke KL... Aku pun pelik...


Memang masin mulut aku, bila dah ditengah tengah perjalanan tu, aku dah sangkut kat banyak tempat... Kat cable bridge... Kat depan AVON... Adoiiiii... penat aku dibuatnya.... Sabar jelah aku... Hampir pukul 6.00 aku sampai... Nasib baik aku dah Asar dulu kat office sebelum bertolak... Kalau tak, memang selamatlah Asar aku... Aku ingatkan, arah menghala ke KL tak jam lah... Rupanya, 2 X 5 !! Malah, lagi teruk kalau nak dibandingkan laluan yang menghala ke Klang!... Macam waktu nak pergi kerja saja... Subhanallah... Aku mengucap ngucap dalam kereta... Letih kaki aku ni tekan clutch... Kadang kadang tu, tersengguk sengguk kereta aku sebab malas nak tekan pedal... Time ni, aku terbayang dan mengharapkan kereta aku ni auto... Adooiiiiiiiii....

Photobucket - Video and Image Hosting

Seksa gak... Tapi nak buat macam mana... Sabar.. Sabar...


Aku nak cantas laluan, payah... Tak confidence/tak tahu jalan pun ye, so nak buat cam mane... Harung ajelah.... Sana sini jam... Ape lagi pilihan yang aku ada... Adik aku kat sebelah senyap aja... Sepatah haram pun dia tak cakap takut nanti kena sembur ngan aku... Heheheheeee... Actually, aku tak kisah ambil adik aku cuma aku agak lemah sikit bila sangkut dalam traffic jam...

Kalian tahu aku sampai umah pukul brape? Hampir 7.30 malam... Merasalah aku berbuka dengan air liur dalam kereta... Memang haram jadah satu benda pun aku tak beli... Aku ingat, sempat lah sampai umah sebelum berbuka, last2 tak sempat... Padan muka aku !

Thursday 28 September 2006

Tiba tiba aku teringatkan seseorang... Semuanya berlaku dengan pantas... Dikala aku sedang sibuk membuat kerja kerja aku, dia hadir dalam kotak fikiranku...

Entah apalah khabar dia sekarang ye? Harap2 dia sihat walafiat... Aku nak call, aku tidak ada nombor dia... Aku nak jumpa, bila pula masanya? Dia jauh dariku... Hendak berutus surat, aku memang tiada alamat rumahnya... Cuma yang aku ada ialah alamat e-melnya sahaja... Tu pun, aku dah hantar beratus ratus e-mel kepadanya... Satu pun seperti tiada respon... "Dia tidak buka e-mel kah? Atau dia tidak menggunakan e-mel itu lagi?..." detik hatiku...

Kadangkala, aku jadi tak senang duduk... Asyik teringatkan dia saja... Ermm... entahlah... Aku tidak boleh begini...

Akhirnya aku memutuskan untuk buat tidak tahu saja... Tidak mahu memikirkan pasal dia buat sementara waktu ini... Aku tengah banyak kerja !!!

Wednesday 27 September 2006

Something to share with you guys... I receive this quotes from my friend via e-mail and its kind of interesting to read... Perhaps, it can motivate all of us in the future...

Take care and have fun!!
Salam Ramadan...


Quote 1:
Ever hear the story of the giant ship engine that failed?
The ship's owners tried one expert after another, but none of them could
figure out how to fix the engine. Then they brought in an old man who had
been fixing ships since he was a youngster. He carried a large bag of tools
with him, and when he arrived, he immediately went to work.

He inspected the engine very carefully, top to bottom. Two of the ship's
owners were there, watching this man, hoping he would know what to do.
After looking things over, the old man reached into his bag and pulled out a
small hammer. He gently tapped something. Instantly, the engine lurched
into life. He carefully put his hammer away. The engine was fixed!

A week later, the owners received a bill from the old man for ten thousand
dollars. "What?" the owners exclaimed. "He hardly did anything!" So they
wrote the old man a note saying, "Please send us an itemized bill."

The man sent a bill that read:

Tapping with a hammer $2.00
Knowing where to tap $9998.00


MORAL:

Effort is important, but knowing where to make an effort in your life
makes all the difference.



Quote 2:
One of the most memorable case studies I came across on Japanese
management was the case of the empty soap box, which happened in one of
Japan's biggest cosmetics companies. The company received a complaint that a
consumer had bought a soap box that was empty.

Immediately the authorities isolated the problem to the assembly line, which
transported all the packaged boxes of soap to the delivery department. For
some reason, one soap box went through the assembly line empty.

Management asked its engineers to solve the problem. Post-haste, the
engineers worked hard to devise an X-ray machine with high-resolution
monitors manned by two people to watch all the soap boxes that passed
through the line to make sure they were not empty. No doubt, they worked
hard and they worked fast but they spent whoopee amount to do so.

But when a rank-and-file employee in a small company was posed with the same
problem, did not get into complications of X-rays, etc. but instead came out
with another solution. He bought a strong industrial electric fan and
pointed it at the assembly line. He switched the fan on, and as each soap
box passed the fan, it simply blew the empty boxes out of the line.


MORAL:

Devise the simplest possible solution that solves the problem. Learn to focus on solutions not on problems. Be simple, solve simply

Tuesday 26 September 2006

Syukur kehadrat Ilahi kerana hari ini aku diberi peluang untuk meneruskan kehidupan seperti sedia kala...

Alhamdulillah, hari ini sudah selesai 3 hari umat Islam berpuasa... Rasa seronok yang teramat sangat... Bila aku lawat laman blog kengkawan yang lain, ramai yang menceritakan tentang pengalaman dan hari hari mereka menjalani ibadah puasa... Syukur... Masing masing mempunyai cerita yang tersendiri yang aku rasakan cukup menarik untuk dibaca... Tak boring...

Hari ini, memang hari menduga aku... Tahu tak kenapa? Kerana hari ini aku terpaksa menempuh beberapa rintangan yang agak memenatkan... Alhamdulillah, memandangkan aku pernah susah sebelum ini, situasi begini umpama "alah bisa tegal biasa"... Sebelum ni pun pernah kena, jadi aku dah tahu apa nak kena buat...

Ceritanya macam ni, selepas sahur... as usual, aku terus bersiap untuk ke tempat kerja... Kalau sampai awal, boleh balik awal... Jadi aku dah aim nak datang awal sebab aku nak balik awal... Boleh aku tolong mak buat apa yang patut... So, dengan bersemangatnya aku bersiap... Bila dah dekat pukul 7.00, aku pun keluar rumah... Memang tiap tiap hari aku drive ke tempat kerja sebab kalau nak naik public transport, bukan tak leh... Satu sebab kos yang berlipat ganda dan payah dan keduanya tempat kerja aku boleh tahan jauhnya... Gombak - Bangsar... Jadi, dari bersusah payah naik kenderaan awam, baik aku bawa kereta...

Jadi, aku pun startlah kereta aku... Bila nak start, enjin tak nak hidup... Aku cuba sekali lagi... Sama juga... "Eh... ape kena pulak kereta aku nih... Allahhu Akbarrr... Janganlah ada masalah..." detik hatiku... Aku nak cepat nih... Aku cuba sekali lagi, pun tak mahu juga... Terus kereta aku tu auto-lock dan alarm berbunyi... Ermm... panik la sekejap... Kalau dulu aku kena kat stesen minyak kali ini nasib baik kat depan rumah... Aku tenangkan diri, cuba off kan alarm dan buka bonet kereta... Aku suspect bateri kereta aku dah kong!... Semalam, masa balik dari pejabat memang OK... Nasib baik OK... Aku check enjin dan bateri kereta, nampak macam OK... Air bateri tak kering... Minyak enjin diparas biasa... Air radiator tak kering... Everything seems to be fine... Tapi still tak boleh nak hidup... Kalau semuanya OK, still tak boleh nak hidup juga, aku cuba method lain... Aku on kan radio dan lampu kereta... Sah, bateri aku dah kong sebab radio tak boleh on dan lampu kereta malap!...

Photobucket - Video and Image Hosting

Beginilah keadaan PUTRA setiap hari.. Memang padat.. Gambar ini diambil sebelum tren mula penuh sesak...


Terpaksa aku tinggalkan kereta aku kat umah dan naik kenderaan awam... As usual aku dah mula rasa aku akan lambat sampai kepejabat... Aku ingatkan nak tumpang kawan aku, tapi memandangkan dah dekat pukul 8.00, aku cancel perancangan aku sebab tak nak menyusahkan dia... Eloklah aku tanggung sendiri masalah aku hari ini...

Untuk ketempat kerja aku, aku kena naik bas (Rapid KL) sehingga ke stesen LRT... Ambil LRT sampaila ke Stesen Masjid dan kemudian tukar tren ke PUTRA LRT sampai ke Bangsar... Kos semua dari rumah ke tempat kerja dalam RM4.00 pergi dan RM4.00 balik... Jumlah sehari RM8.00 lah... Kalau nak naik bas terus ke tempat kerja pun boleh... Tapi aku kena turun naik bas lah jawabnya... Tukar tukar sebab bas sekarang tak pergi direct ke satu tempat... Route nya pendek pendek...

Bila dah kena naik perkhidmatan awam, kenalah terima hakikat bahawa kita tidak akan rasa seselesa menaiki kenderaan sendiri... Aku naik bas yang boleh tahan penuhnya, naik LRT dan PUTRA... LRT kira OK lagi, tak padat sangat... Cuma yang aku tak tahan ketika naik PUTRA... Tiap2 hari memang macam ikan sardin dalam tin!! Tadi, Tuhan saja yang tahu perasaan dalam hati aku ni... Terpaksa kena tolak dan berhimpit himpit dengan orang ramai... Kalau aku biarkan dan tak naik dulu, sampai pukul 11.00 pagi pun aku tak gerenti akan sampai office...

Photobucket - Video and Image Hosting

Benda yang menduga aku hari ini...


Walaupun berasak asak, aku tetap bersyukur kerana aku sampai juga ke pejabat dalam waktu yang ditetapkan... Cuma kalau hendak dibandingkan dengan waktu biasa, memang aku lewat... Jadi hari ini kira first time lah... It's OK, nak buat macam mana kan... Dah sampai office, Subhanallah.... Aku tertinggal pas masuk ke pejabat aku kat dalam kereta... Biasalah, pas masuk aku tu aku combine sekali dengan pas masuk parking... Bila balik, aku memang tak masukkan dalam beg kerja aku... Aku tinggalkan dalam kereta... Malas nak berangkut kehulu kehilir... Memenuhkan beg aku aje... Hari ini, kereta aku tak de, aku terlupa nak bawa keluar pas tu... Terpaksa aku tumpang kawan yang baru sampai untuk masuk... Kira hari ini, nama aku tak keluar dalam rekod kedatangan... Ermm.....

Kerja boleh tahan banyak gak hari ini... Aku settlekan perlahan lahan... Memang takkan habis tapi bergeraklah juga sikit sikit... Petang, ketika nak balik aku kena mengharungi perjalanan seperti pagi tadi... Memang mencabar... Macam explorace lak aku...

Nasib baik kawan aku yang satu pejabat nak tumpangkan dan hantar aku sampai kerumah... Tapi kami still kena ambil PUTRA juga sebab dia parking keretanya di Stesen Kampung Baru... Dia tak parking kat basement car park office... Sampai kat Kg Baru, kami menaiki kereta dan kawan aku singgah jab kat Pasar Ramadan disana... Besar gak... On the way, kami berhenti kat service centre yang aku selalu pergi sebab nak kena beli bateri baru... Inilah kali pertama aku pasang sendiri bateri kereta aku... Sebelum ni, mekanik yang tolong pasang... Sebenarnya, tak susah mana pun... Senang saja... Tapi yang tak sanggup tu, nak kena angkut naik dan bawa keluar bateri tulah... Bateri ni bukannya ringan... Boleh tahan beratnya juga... Lenguh la juga tangan aku ni...

Aku siap pasang bateri tu, ngam ngam masuk waktu berbuka... Alhamdulillah, kereta aku dah OK semula... Esok, bolehlah aku datang awal seperti biasa...

Begitulah dugaan aku hari ini... Bukanlah mencabar mana pun tapi cukup memenatkan... Terasa selepas tarawikh tadi, badan aku letih yang teramat sangat... Mata pun dah mula mengantuk... Pergi ke masjid tadi jalan kaki pulak... Lagilahhhhh.....

Sunday 24 September 2006

Meditation is a practice used to relax the body and calm the mind. It is the process of clearing the mind from all its chaos. In short, meditation is the ability to relax the mind and give it freedom to be.

Now that we have a clearer view of what meditation is, we can talk about meditation and what you can get out of it. There are a variety of ways to meditate, and once you've learned how to do it you'll feel all the better, and the more you do it the more you'll get out of it. Since there are so many ways to meditate process you choose is you to you, but I will give you a quick and easy way to meditate and you can look into other ways to meditate to suit your personal needs.

Learning how to meditate is not easy. In order to be a successful mediator you have to gentle woth yourself and do a little meditating each day, until it comes as naturally as breathing. Dont give up, practice makes perfect!

The most important part of the meditating process is to find a quiet place. Hopefully somewhere you wont be disturbed. Find a comfortable place to sit. Sitting down on the floor on a cushion with legs crossed, shoulders back and your back straight is a good choice. But if sitting on the floor is not the best choice for you, then sit in a chair, feet flat on the floor, with your back straight and with your hands in front on you in a relaxed state.

Take a deep breath and gently shut your eyes. Continue taking deep breaths. With each additional breath, you will begin to feel every part of your body relaxing. If your body is tight, know that you have to take your focus away from from that area while continuing to breath. Once you have cleared your mind and all is in a relaxed state, start a visualizing exercise, by taking your mind to a peaceful place. If you prefer to keep your mind clear simply go deeper into the meditative state, with deeper breaths.

Continue breathing through the whole process. Focus on your breathing. Dont try to control the breathing, let your body do what it does naturally. Refuse to let any thoughts interfere with your meditating. Return to your breathing. Breathe in. Now breathe out. Relax. After you let go of all the thoughts that come into your mind. Continue to breathe and soon you'll reach a moment where all is peaceful and free.

One who has learned how to meditate gets the opportunity to let go of all the stress that life has put on us. It allows you to be aware of the physical self, and gives your mind a place to rest. Meditation helps one surrender tension, tightness and struggles with the body. It gives you a place to turn when you get caught up in everyday responsibilities and you lose sight with where you are going...


Source : U Buy U Sell, 7th August 2006

Friday 22 September 2006

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan

Sedar atau tidak tinggal sehari saja lagi Ramadhan akan menjelma dan seluruh umat Islam diseluruh dunia akan menjalani ibadah puasa selama sebulan...

Aku memang merindui saat dan bulan ini kerana ganjaran dan pahala yang dikurniakan Allah SWT kepada akan berlipat ganda... Aku tak tahu kenapa, bila tiba bulan Ramadhan, hatiku rasa tenang dan sejuk... Rasa seronok yang teramat sangat... Lahir satu perasaan yang aku sendiri tidak tahu macam mana hendak aku ungkapkan... Biarlah ianya menjadi rahsia didalam hatiku ini...

Hakikatnya, Ramadhan kali ini amat aku nantikan dan sebaiknya aku akan mengambil kesempatan ini untuk beramal dan beribadah untukNya... Yelah, untuk menunggu sehingga Ramadhan yang akan datang, belum tentu lagi... Selagi ada peluang, aku akan ambil !

Dikesempatan ini, aku ingin memohon ampun dan maaf jika ada kesalahan dan kesilapan yang pernah aku lakukan kepada semua kawan kawan dan pelawat blog aku nih... Aku pun manusia biasa dan aku yakin, pasti ada yang tercalar atau tercuit sana sini... Maafkan aku...

Semoga amalan dan ibadah kita kali ini akan diterima dan diberikan ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah SWT... Rajin2 lah ke masjid menunaikan tarawikh dan paling penting, jagalah puasa kita seperti kita menjaga diri kita sendiri... Insya Allah...

Salam Ramadhan, Selamat Berpuasa buat semua....

Wednesday 20 September 2006

Assalamualaikum...

Semalam, aku bercerita tentang family day department aku... Hari ini, kalian janganlah pula terkejut jika aku bercerita pasal kisah aku bercuti ditempat menarik sekitar Pantai Timur... Sebenarnya macam ini, pada 9 - 10 September lepas, aku memang ke Fraser Hill untuk Family Day dan selepas seminggu tu, aku berjalan lagi... Kali ini destinasi pilihan aku ialah ke Pantai Timur iaitu ke Terengganu dan Pahang... Gila kan aku ni? Baru aje balik dari kawasan tanah tinggi, dah keluar balik berjalan jauh jauh... Kesian enjin kereta aku... Tak berhenti henti bekerja mendaki bukit dan meredah jalan yang tidak rata... Merasa aku kena servis lepas balik dari pantai timur... Tapi OK gak... Asyik jalan dalam bandar aje, manjakan sangat enjin tu... Sesekali, kena bawa jauh jauh juga...

Penat badan aku masih tak hilang lagi... Aku dan kawan sepejabat memulakan percutian pada 16 sehingga 18 September 2006... Hari Isnin tu, aku dah memohon cuti tahunan untuk tujuan ini... Seperti yang sedia maklum, cuti aku setakat ini memang dah tak banyak, jadi aku tak delah apply lama sangat... Kalau hendak diikutkan hati, memang malas aku nak masuk kerja cepat2... Memang seronok bila aku kesana... Rasa seperti tidak mahu pulang sahaja... Berjalanlah katakan... Mane pernah tak seronok kan ???

Ermm... Masa berjalan tu, banyak kenangan manis berlaku dalam kehidupan seharian aku... Baik sewaktu dalam perjalanan mahupun ketika menginap disana... Kali terakhir aku ke Pantai Timur ialah pada tahun 2004 (ke Kelantan untuk majlis perkahwinan kawan office aku dan ke Cherating) dan selepas itu aku sudah lama tidak menjejakkan kaki lagi... Masa ke Kelantan tu, aku naik flight dan cuma ke Cherating saja aku memandu...

Jadi, kali ini aku berpeluang memandu kenderaan sendiri kesana... Jom... aku ceritakan pengalaman selama 3 hari, 2 malam aku ke Pantai Timur...
Hari Pertama (16 September 2006)...Aku bangun awal hari ini... Saja sebab aku nak bersiap dan buat persiapan apa yang patut... Biasa bila aku nak berjalan jauh, aku akan periksa enjin kereta aku... Check air bateri, check minyak hitam, check air radiator dan sebagainya... Semua ini perkara asas yang kita kena buat sebelum memulakan perjalanan sama ada dekat atau jauh... Bila semuanya dah OK, aku pun terus ambil kawan aku dirumahnya dekat Gurney Heights, Bukit Keramat... Tak delah jauh sangat dari rumah aku... Kira dalam 5 - 10 minit kalau memandu... Dah pick up dia, kami ingat nak terus jalan tapi kami tangguhkan dulu sebab nak breakfast... Pagi tu aku dah makan sikit kat umah... Usually sebelum pergi mana mana aku akan isi perut aku dulu... Just in case aku tak sempat nak breakfast kat luar... Alah, just simple breakfast saja... Tambahan pula, mak aku dah siapkan sarapan, takkan aku tak nak jamah pulakkan? Kecil hati mak aku nanti...

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Kawan aku ini memang tak sarapan lagi... Maklumlah, orang bujang... Mana ada orang yang nak siapkan sarapan kat rumah... Jadi, sambil temankan dia, aku pun makan sekali lagi... Heheheeeee... Korang jangan fikir bukan2 ye... Aku makan bukan sebab lapar, tapi sekadar cukup syarat temankan dia saja... Bukannye banyak pun... Sikit aje... Sedap gak nasi lemak kat kedai yang aku makan tu... Licinlah jugalah pinggan... Dah siap makan semua, barulah kami bertolak menyusuri highway Karak menuju ke Pantai Timur... Perjalanan memang seronok dan mengasyikkan... Kalian pun tahu, kalau hendak ke Pantai Timur, kita akan mendaki... Turun naik bukit dan gunung ganang... Jalan pun macam ular kena palu... Tapi best sebab aku dapat lihat kehijauan bumi ciptaan Allah... Sejuk mata aku melihat keadaan sekeliling... Hari pula hari Sabtu, jadi tak banyak kereta yang lalu lalang...
Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Destinasi aku ke Pantai Timur kali ini ialah kesatu tempat yang kalian semua tidak akan jangka... Tempat ini memang teramatlah cantik dan terletak dinegeri Terengganu Darul Iman... Bukan ke pulau tapi ke kawasan pesisir pantai yang indah mengadap Laut China Selatan... Mana lagi kalau tidak Awana Kijal !
Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Memang best tempat nih... Aku sampai lebih kurang pukul 2.00 petang... Memang bila tiba tu, rasa penat sebab memandu dari Kuala Lumpur... Aku pulak jenis yang tak suka banyak kali berhenti... Lambat sampai... Tapi tidak bermakna aku tidak berhenti, aku bawa laju... Kelajuan aku malar (standard highway 110 km/j) dan memang perjalanan akan memakan masa selama 4 jam lebih... Dah sampai tu, terus aku dan kawan check - in dan berehat didalam bilik...
Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Alangkah terkejut dan seronoknya aku! Dah la dapat tingkat paling atas, lepas tu besar lak tu... Memang padanlah dengan harga yang dibayar untuk bilik macam ni... RM295 semalam... Bila aku amati, rupanya bilik aku ini dah macam junior suite... Memang selesa dan besar... Kalau family besar, memang tidak ada masalah... Gerenti muat dan selesa... Kawan aku memang tempah bilik dengan katil asing asing... Dapatlah katil asing yang queen bed size !! Nahhh kau... Puas ler bergolek sana sini...
Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Aku tak keluar bilik sampaila jam 5.00 petang... Saja nak menikmati dan mengamati pemandangan dari bilik aku yang mengadap laut... Bila aku jenguk ke bawah, jelas kelihatan kolam mandi yang besar! Ramai juga yang tempah dan menginap disini hari tu... Aku rasa, mesti bilik semuanya penuh... Untung Awana Kijal... Heheheeheeee...
Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Aku memang tiada jadual tetap ketika berada disana... Semua aktiviti dirancang bila tiba masanya... Yelah, kali ini... percutian aku ialah untuk bersantai dan berehat... Bukan nak pergi membeli belah atau road tour... Aku suka macam ni sebab aku bebas nak kemana dan buat apa saja... Tiada terikat dengan mana mana jadual...
Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Aku dan rakan berjalan sekitar kawasan hotel sambil menghirup udara segar... Memang nyaman dan bersih sekali! Jauh dari hiruk pikuk dan kesibukan kota... Masa dalam perjalanan, aku melewati kawasan kampung sekitar Kemanan dan Chukai... Bila tengok rumah2 kat sana, hati aku tersentuh dan rasa gembira... Betapa aman dan damainya kehidupan disana... Jalan pula, as I said... memang tidak rata... Beralun alun... Maklumlah, jalan kampunglah katakan... Apa apa pun, aku rasa seronok... Yelah, orang macam aku yang kampung memang jauh nun dihujung sana pasti akan merasa seronok dan rindu dengan suasana begini...
Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Aku dan rakan berehat dan bersantai di pondok nyiur yang disediakan pihak resort... Memandangkan pantai disini merupakan pantai persendirian (private beach), jadi keadaan dan kebersihannya sentiasa dikawal dan diawasi... Masa aku berendam dalam air laut tu, aku boleh lihat kejernihan air sehingga aku boleh lihat pasir didasar dengan jelas... Rasa sejuk melihat alunan air ombak yang memukul gigi pantai... Best lahh....

Adalah beberapa kumpulan dari luar mengadakan aktiviti family day mereka dikawasan pantai... Riuh rendah jugalah suasana ketika itu... Aku dan kawan lepak kat tepi pantai tu sampailah hari Maghrib... Waktu aku kat sana, aku ada terserempak dengan kawan blogger sorang ni... Kami pun memang pernah berjumpa sebelum ini... Dia tidak tahu yang aku kesana... Aku pun tak cerita kat dia sebab masa aku chat ngan dia, dia ada bagitau yang dia akan berada pada tarikh sekian sekian... Aku pun tak delah bagitau yang pada tarikh tersebut, aku berada ditempat yang sama... Malas aku nak kacau aktiviti dia dan kawan kawan... Lagipun, kami bukan pergi sekali... It’s OK lah....

Bila dah nak balik bilik tu, baru dia perasan aku dan kawan aku... Masa tu pun aku tengah nak mandi swimming pool... Heheheee.... Kami berbual sekejap... Aku pun tak expect akan selalu berjumpa sebab dia sendiri pun ada kawan yang perlu dilayan... Aku lak, ada pengisian yang tersendiri... Jadi, boleh kata kami buat hal masing masing...

Malam, selepas Maghrib... Aku dan kawan keluar untuk makan malam... Destinasi menjamu selera kami agak boleh tahan jauhnya... Kat Kerteh sana (berhampiran PETRONAS)... Kawan aku cakap, seafood dan makanan disana memang sedap! Tu yang aku gigih memandu kesana... Sampai2 aja, tak de rezeki... Tempat makan tu tutup... Mereka tidak beroperasi malam tu... Kalau nak patah balik semula ke Kemaman, rasa cam jauh la pulak... So, kami decide untuk makan dikedai yang berhampiran... Ermm... Aku malas nak citer pasal makan kat kedai ni sebab biasa saja... Tiada apa yang istimewa...
Hari Kedua (17 September 2006)...Aku bangkit awal pagi ini... Tahu tak kenapa? Sebab aku nak kejar waktu sarapan... Aku telah diberitahu oleh kawan aku bahawa breakfast kat sini memang sedap... Menunya pulak, seakan akan macam menu makan tengahari ! Banyak betul pilihan... Ada nasi dagang, mee dan sebagainyalah... Aku rasa dah memang standard hotel 5 bintang, semua ni kenalah ada kan??
Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Aku spend masa kat situ dekat sejam lebih... Menikmati segala hidangan dan membaca surat khabar... Pukul 11.00 lebih aku naik kebilik bertukar pakaian untuk turun semula ke pantai... Ape lagi, mandi laut lagilah... Kalau datang sini sekadar nak duduk dalam bilik saja, buat apa... Rugilah... Aku ingin mengambil kesempatan ini berendam lama lama dalam laut... Air tak sejuk, tak panas... Rasa OK saja... Cuaca pun nampak ceria...
Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Dah puas mandi laut, kami bergerak ke swimming pool pulak... Gila kan aku ni... Tak habis2 nak main air saja... Lagipun, apa lagi yang ada kat situ kalau tak laut dan swimming pool... Dari swimming pool, kami bergerak ke jakuzi lak... Best betul bila dapat duduk dalam jakuzi tu... Airnya suam suam kuku... Rasa relax sangat... Dah lama aku dah masuk jakuzi... Kat KL ni, bukan semua tempat ada... Yelah, kalau ada pun, kat hotel ajelah...
Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Aku rasa sedih sikit sebab hari ini last day aku kat Awana... Pukul 1.00 tengahari, aku dah nak kena check out dah... Selepas tu, kami akan bertolak ke Kuantan pula... Rasa tak puas... Kalau ikutkan hati, rasa macam nak stay lagi sehari dua kat sini... Tapi tulah, aku cuma apply cuti sehari saja and then, cost penginapan pula harus diambil kira... So, aku dan kawan decide akan kesini lagi dimasa akan datang... Insya Allah...
Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Pukul 2.00 lebih, kami bergerak menuju ke destinasi kedua percutian kami iaitu ke Kuantan... On the way sebelum keluar dari Kemaman tu, sempat gak aku dan kawan singgah beli keropok lekor dan keropok ikan... Murah gak harga kat sana... Banyak gak aku beli... Heheheheee....
Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Antara bandar Kuantan dan Kemaman taklah jauh sangat... Dalam 45 minit memandu melalui jalan Kuantan-Kemaman... Bila aku lihat keadaan sekeliling dan permukaan jalan, aku jadi gerun seketika... Jalan memang sempit sikit dan paling aku tak tahan ialah lori lori besar di kiri dan kanan jalan... Ada waktu jalan tu macam mendaki sikit... Jadi kalian bayangkanlah... Terus jam jalan tu... Kalau bergerak pun, perlahan betul... Yelah, kat depan banyak lori yang nak mendaki... Tahu tahu ajelahkan... Aku dapat lihat, banyak kereta memotong walaupun kat situ double line... No wonder lah banyak kes kemalangan kat situ...
Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Kami sampai di Kuantan lebih kurang pukul 5.00 lebih... Terus check – in hotel (Vistana) dan berehat seketika sebelum keluar semula berjalan jalan disekitar bandar Kuantan... Sempat jugaklah aku singgah kat Berjaya Mall dan beberapa kawasan dalam bandar tersebut... Tiada apa yang menarik sebenarnya... Ingat nak ke Tanjung Lumpur menikmati ikan bakar tapi tak de rezeki sebab hujan turun dengan lebatnya malam tu... Kami hanya pergi ke restoran masakan Thai yang berhampiran saja... Nasib baik makanan disitu sedap! Puas hati dan seronok menikmati hidangan...
Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Kerana kepenatan, kami tak lepak lama... Hari pun agak sejuk sebab hujan dan kami mengambil keputusan untuk pulang semula ke hotel... Mata aku pun dah rasa mengantuk... Esok dah nak kena pulang ke KL... Aku tidur awal malam itu kerana kepenatan...
Hari Ketiga (18 September 2006)...Hari terakhir aku bercuti... Hari ini juga aku akan pulang semula ke Kuala Lumpur... Esok dah kena kerja! Aduhhh.. Rasa malas yang teramat sangat... Hendak saja aku sambung cuti aku lagi... Tapi tak boleh... Heheheeheheee....
Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

As usual, kami check-out from Vistana dalam pukul 1.00 macam tu... Tak breakfast pun pagi tu sebab tak sempat... Terus lunch saja... Memandangkan hari dah tengahari dan kebanyakkan kedai makan mesti penuh dengan orang yang sedang bekerja, aku decide makan kat restoran saja... Restoran kegemaran yang aku selalu pergi semasa kat KL, Secret Recipe... Seperti biasa, aku makan macam macam hidangan... Rasa nak cuba pelbagai menu... Bila dah order dan makanan sampai, terkejut beruk aku... Banyak gak yang aku order... Tu belum masuk desert lagi... Adooiiii... Macam orang membela pulak aku ini... Heheheheeeee... Tak pe, nasib baik ‘tank’ aku telah dikosongkan pagi tu... Ade banyak ruang boleh masuk!...
Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Sambil menikmati hidangan, aku berbual bual dengan traveling companion aku ni... Macam macam benda yang kami bualkan... Tentang percutian kali ini, percutian akan datang, tentang penduduk sekitar dan sebagainya... Kawan aku ni pun rasa happy bercuti kali ini... Memang kalau diikutkan cerita, tak ada apa yang istimewa... Memang kali ini aku sengaja memilih konsep ‘santai’ tak ada aktiviti menjelajah dan meneroka tempat baru... Aku ke Pantai Timur pun sebab nak bercuti dan tenangkan fikiran aku...

Selepas puas makan tengahari, aku tak terus balik... Sekali lagi aku buat kerja gila... Aku ke Kemaman semula... Tujuannya bukan untuk bercuti lagi tapi ingin berjumpa kenalan disana sebelum pulang semula ke Kuala Lumpur... Sempat jugak tu... Aku rasa, kalau orang lain takkan buat kot... Aku ni macam ni lah... Kawan punya pasal, aku sanggup lakukan apa saja yang termampu... Lagipun, nak kesana bukannya jalan kaki... Bawa kereta... Drive ajelah...
Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Aku bertolak pulang ke Kuala Lumpur lewat petang... Suasana diluar kenderaan nampak tenang... Cantik betul bila melihat mentari senja berlabuh ketika aku melepas highway Pantai Timur Kuantan – Karak... Bila dah berada ditengah tengah perjalanan, suasana dah gelap... Dah selepas sejam, hujan turun dengan lebatnya... Kalian bayangkanlah, dah lah highway tu tak de lampu jalan... Hujan lak turun dengan lebat! Satu benda haram pun aku tak nampak tengah jalan tu... Terpaksa aku lajukan wiper kereta dan pasang high beam... Aku bergerak pun memang slow giler... Dalam 30km/j... Kalau ikut prosedur, dalam keadaan macam ni kita harus berhenti seketika dan menanti hujan reda/kurang, tapi aku tak boleh nak berhenti sebab hari dah lewat... Kalau aku berhenti, pukul berapa aku nak sampai KL? Kesian kawan aku kat sebelah... Sampai tertidur tidur dalam kereta... Esok pula nak kena kerja...

Alhamdulillah, dah sampai exit Karak, malam cerah... Kering kontang dan tak hujan langsung... Aku rasa tadi mesti hujan bukit... Padan le lebat giler! Aku pun meneruskan perjalanan pulang melepasi tempat2 biasa dan kali ini aku perasan, banyak betul kenderaan yang menuju ke KL... Mungkin banyak datang dari Bentong/Karak kot... Masa kat highway Pantai Timur tu, adalah juga kereta tapi jarak jauh jauh...

Selepas beberapa jam, aku bersyukur kerana akhirnya aku sampai KL dengan selamat... Perjalanan pulang rasa macam lama... Mungkin pasal aku bergerak waktu malam kot... Tu yang rasa lama tu... Pulak tu kena tempuh jalan berkabus dan hujan lebat... So lambat sikit... Its OK, biar lambat asal selamat...

Aku terus hantar member aku yang kepenatan pulang kerumahnya... Aku tak tunggu lama sebab aku pun dah mula mengantuk...

Begitulah pengalaman aku kali ini... Masa aku menaip ni, badan masih lagi sakit sakit dan letih... Yelah, tak cukup rehat... sepatutnya kalau dah drive jauh2, kena cuti sehari lagi untuk berehat dirumah... Baru OK... Ni tak, hari ni sampai, esok terus pergi kerja... Terimalah balasannya... Heheheheheee....

Oklah, untuk tidak kecewakan kalian, aku letakkan gambar2 aku kat sana... Jangan komen ye... Kadang2 aku rasa malu nak letak gambar2 ni... Ada tu berposing sakan! Sekali sekala...
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.