Thursday 30 October 2008

Penantian aku selama ini berakhir... Akhirnya, apa yang aku nantikan selama ini sudah berada didepan mata... Syukur kepada Allah kerana setiap urusan dapat dijalankan tanpa sebarang masalah... Aku rasa gembira sangat!!... Gembira yang tidak terhinggalah...

Sebenarnya, hari ini aku telah menerima kunci rumah aku... Masih ingat tak lagi, sebelum ini aku ada menulis mengenai rumah yang aku beli?... Sekarang, rumah itu telah pun siap dibina dan sedia untuk diduduki... Tempoh 2 tahun telah berlalu dan kini rumah itu sudah menjadi milikku... Alangkah gembiranya kedua ibu bapaku kerana mereka akhirnya dapat merasa untuk menetap di kediaman yang lebih besar dan selesa... Semua ini satu kurniaan yang tidak terhingga...

Photobucket
Rumah jenis "Acalia" yang telah siap dibina...

Sebenarnya, kalau mengikut perancangan, aku akan menerima kunci rumah aku ni pada hujung tahun nanti... Tetapi, tempoh itu dipendekkan kerana pemaju perumahan telah menerima kelulusan dari majlis perbandaran dan CF telah pun dikeluarkan kepada semua pembeli dan pemilik rumah yang terbabit... Aku rasa lega kerana pemaju perumahan yang memajukan projek perumahan aku ini merupakan pemaju yang bertauliah dan bagus... Hasil kerja mereka pun berkualiti dan memuaskan... Aku cukup suka dengan design arkitek mereka ini... Moden dan terkini sehingga membuatkan aku tertarik dan terus untuk membelinya... Rasa bertuah kerana ketika aku menandatangani surat perjanjian pembelian pada Disember 2006 yang lepas, harga ketika itu adalah harga yang terbaik yang boleh aku dapat... Dalam RM160 ribu untuk ruang berkeluasan 1,900 kaki persegi (20' X 70')... Oklah tu, kalau pergi tempat lain, ada yang RM200 ribu, RM300 ribu... Aku tak mampu nak beli... Terutama sekali, kat area KL... Semuanya RM300 ribu keatas... Dah tu, kecik pulak tu...

Photobucket
Set kunci untuk rumah aku... Hehehe

Selepas aku menerima kunci rumah tadi, aku terus ke unit aku (No. 11) untuk membuat pemeriksaan... Check kalau-kalau ada masalah dengan bilik air, tingkat pecah, longkang dan saliran tersumbat dan sebagainya... Dalam masa yang sama, aku dah mula berangan mengenai reka bentuk dan hiasan dalaman rumah yang bakal aku duduki ini... Memang fikiran aku melayang seketika setiap kali aku melewati setiap ruang dan penjuru rumah... Dari ruang tamu ke ruang makan terus ke dapur... Setelah selesai, aku terus naik ke atas untuk melihat ruang keluarga dan tiga bilik tidur (bilik tidur utama, kedua dan ketiga)... Aku mengambil masa yang agak lama untuk mengamati setiap ruang sambil otak aku ligat berfikir... Idea datang mencurah-curah ketika itu... Biasalah, tengah excited kan... Hehehehe...

Photobucket
Bil air dan elektrik yang pertama... First time dapat bil air/elektrik atas nama sendiri... Hehehe

Setelah selesai dan ketika aku dah nak balik, aku diserbu oleh sekumpulan kontraktor yang menawarkan pelbagai pakej dan perkhidmatan untuk menaiktaraf rumah... Ada yang boleh buat plaster ceiling la, yang boleh buat grill la, yang boleh buat kitchen cabinet la, buat awning la... Macam-macam lagilah... Sampai aku tak cukup tangan untuk memegang katalog dan album gambar hasil kerja mereka semua... Aku memang akui, banyak design yang ditunjukkan dalam katalog tu cantik-cantik dan menarik!... Macam-macam style ada, dari yang very the 'makcik-makcik' style sampai lah modern contemporary (moden)... Tapi tu semua hanyalah imej sahaja tanpa kos... Dan untuk mendapatkan design sebegitu, aku perlu duduk bersama kontraktor yang terbabit untuk berbincang dan menentukan harganya... Well, it does make sense...

Aku pun, bukan lah sekarang ni nak terus buat... Duit pun tak cukup untuk buat renovation dan sebagainya... Aku nak kena check akaun aku dulu, tengok berapa yang tinggal... Kalau OK, Insya Allah boleh lah aku start buat... Bila dah siap nanti, baru aku akan pindah masuk... Buat masa ini, yang paling penting aku nak kena uruskan ialah untuk memasang pagar di setiap tingkap dan pintu masuk... Selepas itu, aku nak tambah dapur sikit, bagi luas sebab senang nak kenduri kendara... Pasang kitchen cabinet dan kemudian nak buat wardrobe untuk bilik tidur utama, kedua dan ketiga... Bilik tidur bawah tu aku ingat nak lebarkan sikit supaya boleh masuk banyak barang... And then nak pasang lampu dan kipas di setiap point yang ada... Aku perasan, mana-mana rumah yang aku pergi ramai yang buat plaster ceiling... Ermm... Aku bukanla tak suka dengan plaster ceiling ni, tapi bagi aku semua tu macam old fashion dan ketinggalan zaman je... Unless kalau aku nak pasang down light kat living dan dining room tu, maybe aku kena gak buat plaster ceiling... Kalau tak, aku ingat nak buat cornice je... Simple... Lagi satu, kalau letak plaster ceiling yang ade kerawang-kerawang ni, leceh nak jaga dan cepat kotor!... Tengoklah macam mana nanti...

Insya Allah, bila dah selesai, aku akan mengadakan kenduri doa selamat dan majlis memanaskan rumah... Alah, house warming la... Hehehehe... Nanti aku jemput kalian ek...

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.