Monday 28 April 2008

Satu petikan yang menarik untuk dikongsi bersama rakan2 sekalian... Bila aku baca, aku rasa ada benarnya juga... Sama2 kita baca petikan yang aku dapat dari e-mail ini... Semoga ia memberi pengetahuan dan peringatan pada semua, Insya Allah... "Cinta Mencintai" Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta… Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu. Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat. Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi. Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati. Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu.Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu. Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu. Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya. Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa. Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan. Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing. Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan. Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya. Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya. Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya. Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh. Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir... Sumber : E-mel (Tidak diketahui)

Wednesday 23 April 2008

Bermula esok, hari2 aku akan berubah... Aku akan menghadapi kehidupan yang penuh dugaan dan cabaran... Orang lain mungkin boleh rileks tapi tidak bagi aku... 

Insya Allah, dengan keyakinan yang ada serta tawakkal kepada yang Maha Esa, aku yakin semuanya akan berjalan lancar... Bukan ingin jadi takbur atau over confident, dengan usaha yang telah aku lakukan selama ini serta penat jerih aku kehulu kehilir, aku mampu untuk memberikan yang terbaik untuk hari esok... Kenapa ya?... Apa yang akan aku alami mulai esok?... 

Hari Satu - Khamis, 24 April 2008 Aku akan menduduki peperiksaan akhir untuk matapelajaran aku yang ketiga... Untuk tahun ini, ini adalah kali kedua aku akan menduduki peperiksaan selepas yang pertama selesai pada pertengahan Februari yang lepas... Keputusan sebelum ini sudah pun dikeluarkan, cuma tinggal nak ambil aje... Insya Allah, esok aku akan tahu keputusannya... Doakan aku berjaya ya!... Selepas peperiksaan, aku akan bergegas ke negeri Pulau Mutiara untuk program yang seterusnya... Tiada rehat!... 

Hari Dua - Jumaat, 25 April 2008 Aku berada di Permatang Pauh, Pulau Pinang untuk program kemasyarakatan anjuran syarikat tempat aku bekerja... Sebagai salah seorang dari ahli jawatankuasa, tanggungjawab aku merangkumi pelbagai aspek teknikal dan aku harus memastikan semuanya berjalan lancar... Aku akan cuba buat yang terbaik untuk program kali ini walaupun kebanyakkan 'ground work' telah dibuat oleh rakan2 yang lain... Aku tak sempat nak sentuh sangat sebab nak concerntrate dengan exam... 

Hari Tiga - Sabtu, 26 April 2008 Hari program berlangsung... Jangan tanya apa-apa, hari/waktu ni aku sangat sibuk... Heheheee... 

Hari Empat - Ahad, 27 April 2008 Hari untuk aku enjoy... Insya Allah, jika tiada halangan, aku dan rakan2 yang lain akan berjalan jalan disekitar negeri Pulau Mutiara ini... Selepas selesai, kami akan bertolak pulang... Entah pukul berapa aku akan sampai KL, aku pun tak pasti... Keesokkan harinya, aku akan bekerja semula seperti biasa.... Harap2 aku dapat balik dan rehat secukupnya...

Gitulah hari yang akan aku lalui esok sampai la Ahad... Selepas itu, barulah rasa lega sikit... Namun, ada banyak benda yang ada dalam kepala otak aku ni menanti untuk diselesaikan... Harap2 aku dapat tackle satu persatu... So far, aku masih lagi boleh bernafas seperti biasa... Alhamdulillah...

Monday 21 April 2008

Kata orang-orang tua, "sarang tebuan, jangan dijolok, kelak padah akibatnya".... Berdasarkan ungkapan ini, aku sering beringat... Apa sahaja yang aku lakukan, aku akan fikirkan akibatnya dikemudian hari... Kalau ikutkan hati, akan mati... Kalau ikutkan rasa, gerenti aku akan binasa... Kesimpulannya, aku harus mengelak dan menepis semua ini dengan apa cara sekalipun... Walaupun kadangkala agak sukar untuk aku lakukan dan tunaikan, aku harus gagahkan diri untuk menangkis semua ini... Biar aku merana dahulu, daripada aku merana esok lusa... Semua ini adalah untuk kebaikan diri aku juga... Memang susah untuk jadi diri aku... Tiada orang yang memahami kecuali Dia yang Maha Esa... Sebab itu, bila kesulitan melanda, cuma Dia tempat aku mengadu... Tempat aku meminta... Tempat aku menagih simpati... Tempat aku memohon pertolongan dan perlindungan... Syukur, alhamdulillah... Apa yang aku luahkan didengari olehNya... Ku yakini, Dia sentiasa berada disisiku walau apa jua keadaan... Firasatku kuat menyatakan, sekarang sudah tiba masanya untuk aku melakukan satu pengorbanan... Pengorbanan yang mungkin agak sukar untuk dilakukan oleh insan lain... Aku harus tabah dan kuat semangat... Aku redha dengan apa yang aku hadapi... Semuanya ku anggap sebagai satu ujian dari yang Maha Esa... Biarpun agak berat pada awalnya, tapi aku yakin, kebahagiaan akan muncul dan menjadi milikku satu masa nanti... Insya Allah... Semuanya ku serahkan pada yang Maha Esa untuk menentukannya... Nota kaki:- Kehidupan harus diteruskan... Tidak perlu menoleh kebelakang... Apa yang terjadi, sudahpun berlalu... Apa yang penting ialah hari mendatang; sama ada kita sudah bersedia untuk menghadapi atau sebaliknya...

Monday 7 April 2008

Anda sihat? Jika tidak, sila ke klinik atau hospital berdekatan... Baru2 ini, sarikat (syarikat) tempat aku bekerja telah menganjurkan satu karnival kesihatan yang mempamerkan pelbagai jenis penyakit yang sering menjangkiti penduduk di negara kita... 

Biasanya, kita akan tahu mengenai penyakit2 ini bila kita dah sakit dan berkunjung di hospital... Pameran kali ini sangat berkesan dimana kebanyakkan program yang dirancang adalah bertepatan dan selaras dengan matlamat yang sebenar; memberi pendidikan dan pengetahuan tentang pentingnya menjaga kesihatan... Maklumlah, kebanyakkan pekerja kat dalam syarikat aku ni sibuk dan tiada masa untuk menjaga kesihatan diri masing2... Ditambah pula dengan umur yang rata2 dah masuk senja... Hehehe... 

Antara program yang ada ialah ceramah mengenai kesihatan dan penyakit, ujian dan juga pameran produk kesihatan... Sudah menjadi kebiasaan, kaunter yang paling banyak diserbu ialah kaunter ujian... Masing2 nak tahu sama ada dia orang ni sihat ke tak... So, kalian dah buat medical check up?... Kalau belum, pergi la buat... Mana tahu dalam diam, ada mengidap penyakit ke... 

Nota:- Aku sekarang sedang mengidap satu penyakit yang mungkin sukar untuk diubati... Sakit hati yang terlampau... Hehehe....

Photobucket
Waktu launching...

Photobucket
Ni senam robik... Entah, ape benda tah dia orang buat...

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Penat tunggu, dapat minum susu Anlene... Ni promo susu untuk kesihatan... Hehe...

Photobucket

Photobucket
Ni nak check tekanan darah... Ada darah tinggi ke tak...

Photobucket
Ni tak silap aku nak check stress level...

Photobucket
Acting CEO aku dapat goody bag produk kesihatan... Entah ape isi dalam tu tah...

Photobucket

Photobucket
Acting CEO aku nak check alcohol level...

Photobucket
Ni bukan main masak2 tau... Ni demo masakan gaya hidup sihat... Tanpa minyak dan bahan kolesterol...

Photobucket
Yang ni semua orang tahu... Derma darah...

Gambar : Sumbangan dari Mohd Azlan Yaacob

Sunday 6 April 2008

Sebelum ini, aku dan beberapa rakan yang lain berpeluang mengikuti satu lawatan sambil belajar ke KLIA, Sepang... Ala, lawatan yang macam budak sekolah selalu buat tu la... Cuma kali ini, kebanyakkan yang mengikuti lawatan ini adalah dari kalangan orang2 yang dah tua bangka... Hehehe... Lawatan ini dianjurkan oleh kolej tempat aku belajar... Jadi, aku mengambil peluang yang ada untuk mempelajari dengan mengetahui perkara2 yang aku sendiri tidak tahu selama ini... Apa yang aku tahu, naik ERL dan berhenti dekat KLIA... Check-in kat counter MAS/Air Asia dan masuk balai berlepas... Naik flight dan duduk diam2 dalam tu sampai la kapal terbang mendarat dengan selamatnya ke destinasi yang aku tujui... Tu je la yang aku tahu... Bila aku mengikuti lawatan ini, baru aku tahu bagaimana operasi kat KLIA ni... Memang rumit dan berbahaya... Padanla kebanyakkan proses dekat sini dilakukan oleh mesin dan sistem komputer... Hampir 70% operasi di KLIA dikawal oleh sistem yang berteknologi tinggi !... Bangga aku sekejap bila mengetahui bahawa Malaysia mempunyai lapangan terbang yang secanggih ini... Lawatan bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir dekat pukul 2.00 petang... Penat, memang penat sebab semua tempat dekat KLIA tu aku pergi... Dari tempat yang mewah dan selesa, sampai la ke tempat yang orang memang tak nak masuk... Untuk pengetahuan kalian, bila aku mengikuti lawatan ini, aku berpeluang untuk masuk ke semua tempat2 larangan dalam KLIA tu... Hehehe... Cuma yang aku tak masuk ialah menara kawalan sebab masa tidak mengizinkan... Rata2 lawatan kali ini, aku puas hati sebab aku dapat tengok bagaimana operasi KLIA yang sebenar... Dalam masa yang sama, sempat jugak la ambil gambar dan posing2 kat tempat2 yang memang kita semua takkan jejak kaki... Hehehehe.... Check it out...
Photobucket
Masa baru sampai... Tengah tunggu pas keselamatan...
Photobucket
Tag keselamatan... Macam nak masuk theme park la pulak... Hehe...
Photobucket
Ni kawan2 satu office aku... Semua part time student macam aku gak...
Photobucket
Antara mereka2 yang mengikuti lawatan ini bersama-sama Manager, Risk Management KLIA
Photobucket
Tempat persinggahan pertama... Flight Operation Centre...
Photobucket
Korang mesti pernah tengok screen ni kan?... Screen ni sebenarnya dikawal oleh orang kat sini la...
Photobucket
Pusat operasi penerbangan... Semuanya dikawal disini... Pintu berlepas, jadual ketibaan dan berlepas, nombor flight dan jenis kapal terbang dan lain2 dikawal oleh orang kat sini lah... Jadi, mereka ni kena peka dan tahu semua perkara tentang penerbangan... Kapal terbang nak parking pun, dia orang ni yang decide !...
Photobucket
Nampak macam simple kan??.. Sebenarnya, TV kat dinding tu adalah kamera litar tertutup yang dipasang kat KLIA ni... Screen tu akan bertukar mengikut kawalan staff bertugas... So, dia orang ni boleh tengok apa saja yang dia orang kat tengok dikawasan sekitar KLIA dan LCCT (kecuali toilet la...)
Photobucket
Kawalan sekuriti yang sangat ketat!... Mane2 pintu keluar dan masuk dalam balai (ketibaan dan perlepasan) KLIA ni mesti ada benda alah ni...
Photobucket
Waktu untuk Airside Tour... Kenderaaan yang bawak kami pi jalan2... Takde tempat duduk dalam bas ni... Semua kena berdiri...
Photobucket
Lapangan terbang... Tempat kapal terbang parking...
Photobucket
Selalu kita dapat tengok dari jauh... Ni waktu loading penumpang dan barang dibawa masuk kedalam badan kapal terbang...
Photobucket
Kompleks Bunga Raya... Hanya Menteri dan pemerintah negara aje yang akan berada kat sini sementara tunggu kapal terbang diaorang sampai... Orang lain tak boleh masuk!...
Photobucket
Gudang KLIA... Macam2 barang ada....
Photobucket
Photobucket
Control tower dekat satellite building... Tower ini akan control kapal terbang parking kat mane... Specially for international flights only...
Photobucket
Mesti korang pernah lalu kat sini kan?... Ala, tempat korang berlari-lari anak kejar kapal terbang AirAsia tu... Hehehe... Dekat LCCT, KLIA...
Photobucket
Pernah berada disini? Balai berlepas untuk AirAsia... Sekali pandang, sedih lak aku...
Photobucket
Kereta2 racing milik Ferrari dan BMW yang akan dibawa pulang ke negara masing2... Waktu ni baru habis F1... Jangan tak tahu, kereta ni semua naik kapal terbang tau!... Hehe...
Photobucket
Sekali pandang, macam kereta mainan pulak... Tapi sebenarnya, kereta betul ni....
Photobucket
Enjin kereta Ferrari dan BMW... Rasa macam nak curi je satu bawak balik rumah... Leh tukar enjin kereta aku, kasik power sikit... Hehehe....
Photobucket
Hangar... Kat sini la dia orang repair kapal terbang... Cuci dan bersih enjin sebelum kapal terbang fly semula... Dalam erti kata lain, ni workshop untuk kapal terbang la...
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Sekali lagi aku sedih... Ni la hangar untuk AirAsia... Cuma sebijik je leh masuk... Sedihhhh...
Photobucket
Tahu tak ni kat mane? Ni la runway kapal terbang.... Line zebra ni kalau dari atas, nampak kecik aje... Panduan untuk poilot landing...
Photobucket
Kesan tayar kapal terbang landing...
Photobucket
Aku tak tahu dah berapa ratus ribu kali kapal terbang landing kat sini.. Tengokla kesan tayar kapal terbang ni... Again, tempat ni memang tak boleh masuk melainkan kalau nak bunuh diri la... Hehe...
Photobucket
Sempat lagi aku snap kapal terbang nak landing kat alternate runway... KLIA ada 2 alternate runway...
Photobucket
Since aku dah sampai, kena la tunjuk bukti aku dah jejak kaki kat runway KLIA ni... Hehe...
Photobucket
Track runway yang dah tak macam track dah!!!... Aku sentuh, memang tak rasa apa kecuali getah... Tebal giler!...
Photobucket
Perbezaan track yang sebenar... Memang ada garis2 tu untuk kapal terbang brake dan kurangkan kelajuan.... Semakin lama, garis2 tu akan hilang sebab akan dilitupi dengan getah tayar kapal terbang...
Photobucket
Posing kejap... Hehehe...
Photobucket
Bertebaran mereka2 ni atas runway ni... yelah, bukan selalu dapat pijak runway KLIA ni...
Photobucket
Aku tak tahu ape fungsi benda ni... Tapi ianya terletak kat tengah2 runway ni...
Photobucket
Tempat persinggahan kedua... Bahagian Pengurusan Bagasi...
Photobucket
Kat sini la bagasi di uruskan... Semuanya melalui sistem komputer...
Photobucket
Photobucket
Macam Flight Operation Centre, kat sini pun dia orang guna kamera... So, dia orang boleh tengok kat mana beg2 kita akan keluar... Sistem yang digunakan pun canggih...
Photobucket
Kat terminal ni la bagasi diasingkan dan dimasukkan dalam flight... Tempat ni memang orang tak ingin pergi sebab panas!..
Photobucket
Tempat terakhir... On the way nak pergi satellite building naik LRT, ehh silap... Aerotrain... Untuk pengetahuan korang, nak sampai sini, kita kena check-in dulu dan korang kena ada passport dan boarding pass... Kalau tak, tak boleh masuk...
Photobucket
Dalam Aerotrain... Track lebih kurang sama macam STAR LRT...
Photobucket
Photobucket
Aerotrain yang on the way nak balik ke main building...
Photobucket
Satellite building... Tempat dimana penumpang akan menunggu kapal terbang masing sebelum berlepas... Hanya untuk penumpang antarabangsa sahaja...
Photobucket
Sekali pandang, macam kat shopping kompleka pulak... Actually memang banyak kedai pun kat situ... Macam2 barang pun ada... Tapi macam biasa la... Semuanya mahal2 !!...
Photobucket
Tempat yang aku mampu singgah... Hanya dapat beli coklat aje... Tu pun aku kene spent dekat RM30 kat situ... Entah ape yang mahal sangat tah... Padahal, coklat yang sama je...
Photobucket
Counter check in untuk international flight... Kat sini la tempat yang aku katakan tadi... "Mintak boarding pass dan passport, encik..." Hehe...
Antara kapal terbang yang sempat aku ambil: -
Photobucket
Jet peribadi entah sape punye tah... Aku suspect, kerajaan punya...
Photobucket
Boeing 737-200 milik MAS untuk penerbangan domestik...
Photobucket
Helicornia... Flight yang bakal aku naiki untuk ke Wellington, NZ tidak lama lagi... Boeing 777-400 milik MAS...
Photobucket
Gulf Air... Buruk gak kapal terbang diaorang... Hehe...
Photobucket
Kapal terbang kegemaranku... Boeing 747-400 milik MAS... Biasanya flight ini digunakan untuk penerbangan jarak jauh (long haul) macam ke London, New York dsb....
Photobucket
Kalau aku takde duit nak naik flight, aku naik yang ini... AirAsia, "Everyone Can Fly..."
Photobucket
MAS Kargo... Dia orang hanya guna Boeing 747-400 sahaja....
Model kapal terbang... Suke aku tengok benda ni...
Photobucket
Model kapal terbang AirAsia... Airbus 300
Photobucket
Model Boeing 747-400 milik MAS... Satu hari nanti, aku akan naik gak flight ni... Hehe...
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.