Monday 7 July 2008

Kalian jangan salah anggap dengan tajuk diatas... Aku bukan nak mengata atau mengutuk kaum perempuan mengenai reaksi mereka terhadap alat solek... Cuma aku teringin untuk mengulas dengan lebih lanjut mengenai sifat perempuan dan tindak balas mereka apabila ternampak alat solek yang dipaparkan di meja pameran di pasaraya atau pusat beli belah...

Umum, memang sudah menjadi lumrah orang perempuan, tertarik kepada produk kecantikan... Apa sahaja barang2 yang boleh membuatkan mereka kelihatan cantik, sudah pasti menjadi buruan dan tumpuan mereka... Berbanding dengan kaum lelaki, kaum perempuan lebih taksub untuk tampil menawan... Tak kisahlah sama ada yang berbadan gempal mahupun yang kurus kering macam lidi... Mesti kita akan dapat lihat sedikit bahan kecantikan melekat pada muka dan badan mereka...

Photobucket
Kawan aku yang sedang mencuba satu produk kecantikan...

Namun begitu, aku juga tidak terkejut bila mengetahui ada segelintir orang perempuan tidak berkenan dengan alat solek atau produk kecantikan yang ada di pasaran sekarang ini... Hulur sahaja pada mereka, pasti mereka akan menolaknya... Tapi mengapa ye?... Tidakkah alat solek ini dapat menjadikan mereka kelihatan menarik dan menawan?... Apa, mereka tidak mahu orang melihat mereka dari perspektif kecantikan yang di idamkan oleh kaum perempuan yang lain?...

Aku pernah bertanya pada salah seorang rakan aku... Memang dia tidak mengenakan sebarang alat solek ketika keluar berjalan atau ke pejabat... Dari pengamatan aku, wajahnya macam biasa... Tidak buruk dan tidak juga cantik... Average la katakan... Bila aku terpandang wajahnya, aku cuba bayangkan jika dia mengenakan alat solek atau produk kecantikan; semestinya penampilan dia amat berbeza dari yang sekarang...

Photobucket


Photobucket

Nak tahu apa jawapan yang diberikan ketika aku mengajukan soalan mengapa tidak mengenakan alat solek ketika berada diluar rumah?... Jawapan dia cukup ringkas dan memang membuatkan aku terpana seketika... Macam kena karan!... Heheheheeee...


"Kecantikan itu bukan terletak pada alat make up, tetapi dari hati nurani yang bersih dan penampilan yang ikhlas"


Waduuuuuuuhhhhh... Benar juga kata2 nya itu... Membuatkan aku tiba2 jatuh cinta sekejap... Lupa diri buat seketika...

Kalau dengan kawan2 perempuan aku yang lain, huh.... Jangan haraplah nak dengar jawapan macam tu... Asal nak pi mane2 aje, mesti nak kene tepek bedak sekati... Lip stick memang tak pernah lepas dari tangan... Selang beberapa minit, elok aje tangan tu melarikan gincu ke alis bibir masing2.... Tak mau nampak pucat lah... Tak berseri lah.... Macam-macam...

Photobucket


Photobucket
Ni lagi satu tumpuan orang perempuan... Aksesori...

Anyway, pakai make up ke, tak pakai make up ke, bagi kaum perempuan, alat solek itu banyak memain peranan dalam menyelamatkan mereka... Aku rasa, semua ini sudah sebati dengan jiwa orang perempuan, berhias untuk kepuasan diri masing2... Ada yang berhias untuk pasangan mereka dan tidak kurang juga, ada yang mengenakannya untuk tujuan menarik perhatian kaum adam seperti aku.... Hahahahahahaha....

Tapi sebenarnya kalau di ikutkan, aku lebih suka melihat dan memandang perempuan berdasarkan kecantikan asli mereka; dalam erti kata yang lain, TANPA ALAT SOLEK.... Jika seorang perempuan itu kelihatan menarik dan cantik tanpa alat solek, itu tandanya dia memang cantik!... Kalau pakai make up, lagilah bertambah cantik... Tapi aku rasa, kebanyakkan perempuan zaman sekarang tak sanggup keluar luar rumah tanpa meletakkan apa2 di muka... Sekurang-kurangnya mesti ada bedak selapis...


Nota kaki:-
Aku cukup takut dengan perempuan yang make up tebal berinci-inci... Macam opera cina lak... Ngeri aku tengok!... Kat opis aku ade seorang yang macam tu... Hehehehehe...

8 comment:

Jie said...

kakjie tak bersolek..sejak muda
pakai besak sejuk tiap mlm je..
tak biasa letak night cream ke apa2 cream kt muka..rasa mcm berminyak je..

entahlah
org lain lain fikirnya...

Aiden Reez said...

Waaa Kak Jie... Awet muda!... Samalah ngan mak Reez... Selalu memalam dia pakai bedak sejuk je.. Pastu selalu cuci muka sebelum tidur...

Sampai sekarang pun dia camtu... Waktu memuda dulu dia pakai la bedak, tapi skarang dah tak pakai dah... Dah tua... :D

Tulah... Kebanyakkan orang, mesti nak tepek sesuatu kat muka walaupun waktu nak tido...

:D

Anonymous said...

btl2. perempuan xperlu pkai alat solek pun dah cantik... :D

Aiden Reez said...

Adil...

Betul tu!... Sebenarnya, tak payah pakai makeup pun memang dah cantik dah sebenarnya...

:D

said...

reez...yanie pun tak suka sangat bersolek...

letak krim pelembap muka jer time nak ke opis...he he he...dengan lip glos sket...

natural beauty maa....hik hik hik....

(^_^)

Aiden Reez said...

Yanie,

Kalau pakai cream pelembab untuk mengurangkan kulit yang kering, takpe... Krim pun tak mengubah struktur rupa...

Betul, natural beauty lagi baik!...

:D

Wawa_Nadwa said...

Tapii sy ske b'solek.
i dont no y.
klu x b'solek rase cam pucat semcm je.
mmg dr kecik abah ku sentiase ajar anak2 depa ni kemas n b'solek.
klu x wat cam tuh nnti dia ckp ape tau "ni asal pucat je gi la tempek bedak ckit n boh la glos ckit bibir tuh."
hiks!

Aiden Reez said...

Salam Wawa...

First of all, thanks sebab singgah sini.. Appreciate it...

Bersolek tu sebenarnya tak salah Wawa.. Cuma kadang2 bila bersolek tu, kena beringat sikitlah... Kalau makeup tebal sangat sampai berubah rupa bentuk wajah yang asli sebenarnya tidak digalakkan... Ada sebabnya...

Sebenarnya, semua ini terpulang pada individu... Tiada sapa ingin melarang kalau orang perempuan ingin bersolek sebab itu sebahagian dari sifat mereka; ingin kelihatan cantik!...

Cuma bagi Reez, Reez suka melihat perempuan yang sederhana dan tidak terlalu over dengan kecantikan mereka...

:D

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.