Friday 7 May 2010

Salam dan selamat sejahtera semua...

Suasana suram dan perasaan sedih masih menyelebungi kaum keluargaku... Semalam, perkhabaran mengejut kami terima apabila salah seorang dari ahli keluarga kami telah pulang ke rahmatullah... Dia merupakan sepupu kepada bapaku; Pakcik Sani...

Kami sekeluarga memang jarang berjumpa dengan arwah kerana arwah sentiasa sibuk dengan urusan kerja.. Namun, itu tidak bermakna arwah tidak kenal dan tidak rapat dengan keluargaku... Setiap tibanya Hari Raya, beliau sekeluarga memang tidak pernah gagal untuk datang kerumah menziarahi kami... Keakraban antara arwah dengan bapaku yang sudah terbina sejak kecil memang tidak pernah luntur; walaupun dia sibuk kehulu-kehilir...

Dari maklumat yang aku terima, arwah ketika itu sedang berada di KLIA, Sepang untuk bersiap sedia berangkat ke London atas urusan kerja... Ketika didalam perjalanan (dalam ERL), dia tiba² mengadu sakit perut (seperti terkena gastrik) dan perlu berjumpa dengan doktor... Berdasarkan kenyataan rakan² yang seperjalanan dengannya, dia tidak menunjukkan apa² tanda yang pelik dan seperti biasa...

Apabila sampai di KLIA, dia terus di bawa ke klinik disitu untuk pemeriksaan lanjut dan ketika itu, tiba² 'angin' yang berada didalam badan terus naik ke dada membuatkan arwah berasa tidak selesa dan tercungap-cungap... Beberapa saat, beliau terus rebah dan keadaan menjadi panik seketika... Ambulans terus dipanggil dan beliau terus dibawa ke Hospital Serdang untuk rawatan kecemasan...

Setibanya sampai, arwah terus dibawa ke bilik kecemasan dan sampai saja, doktor membuat pemeriksaan dan mengesahkan beliau telah meninggal dunia... Semua rakan² yang ada disitu terkejut dan kaget; bagaimana dia yang kelihatan sihat walafiat telah meninggal dunia?... Itulah nama ajal dan maut di tangan Tuhan... Kalau memang sudah tiba masanya, maka tetap akan tiba masanya; tiada berganjak walau sesaat awal atau lebih... Di mana² pun, ia boleh berlaku dan kita sebagai manusia yang kerdil ini tidak akan tahu bila tiba masanya...

Bedah siasat terus dilakukan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian dan didapati beberapa pembuluh jantung arwah menghadapi masalah serta tersumbat... Itulah punca kenapa beliau merasa tidak selesa seolah-olah diserang 'angin' didalam badan... Selalunya kalau kita² ni, kene angin je, kita akan fikir terkena gastrik la, salah makan la... Macam² lagilah... Sekarang, jangan main²... Kalau terkena tu, eloklah periksa dengan lebih lanjut lebih² mereka yang sememangnya mempunyai masalah berat badan dan seringkali mengidapi penyakit atau simtom penyakit... Kadangkala, kita tidak tahu...

Kami sekeluarga berduka cita dengan perkhabaran ini dan berharap agar keluarga Pakcik Sani bersabar dan tabah menghadapi dugaan ini... Sememangnya, kematian itu pasti pada mereka² yang bernyawa...

Beringat-ingatlah...

3 comment:

@xiM said...

Al-fatihah..

Reez said...

Axim - Al-Fatihah... Thanks axim...

Zulhilmi said...

salam,
aku baruje menjengah masuk blog ko...tadi wat study sket ada exam PTD mgu depan huhu, nway good article here, bab ttg pemergian allayarhamah nenek ko tu, takziah diucapkan dan ia byk menyedarkan aku ttg pentingnya menjaga adap dengan orang tua, mmg lately ni aku kurang skit bermesra dgn org tua yela alasannye kerja3.. Al-fatihah...


furthermore, good work bro keep it up..

senang2 joinle blog aku
---> www.jomdownload.socialgo.com
Zulhilmi bin Yahya Arif
Salam..

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.