Thursday, 24 January 2008

Boring betul aku hari ini... Internet connection opis aku slow giler!!!... Aku nak update blog pun payah... Terpaksa menumpang tempat orang lain untuk access Internet... Aku tak tahu semenjak kebelakangan ni, makin teruk connection Internet kat sini... Entah ape kene tah... Sebelum ni OK je... Dah lah sistem pejabat aku semuanya berasaskan Internet, hendak tak nak, kene lah tunggu berjam-jam untuk upload sesuatu page... Letih aku menunggu!!!... Kadang2, kalau dah boring sangat, aku terus tutup aje Internet tu... Pi buat kerja lain pulak... Tapi setakat mana sangat??... Lama2, semua kerja lain tu dah siap, nak kene buat gak kerja yang pakai Internet ni... Adeh.... Tensen... Tensen..............................................

Wednesday, 23 January 2008

Ingat tak satu ketika dulu, aku ada cerita mengenai masalah laptop aku?... Sekarang, masalah tu masih lagi belum selesai... Screen laptop aku ni makin lama, makin teruk... Makin banyak garisan2 halus mula timbul dan ianya sudah mula mengganggu penglihatan aku ketika membuat kerja... Aku rasa esok lusa, memang terus 'kong' la screen laptop aku ni... Masalah ini mula timbul masa aku bawa laptop aku ke Bukit Fraser tahun lepas (waktu tu Family Day department aku) dan ketika aku nak guna laptop aku, beg berisi laptop yang disandarkan di dinding tiba2 tumbang menyembah lantai... Bunyi kuat jugak la masa tu... Dalam hati dah terdetik, abis jahanam la laptop aku ni...
Photobucket
Keadaan screen laptop lama aku... Banyak betul garisan halus tu sampai tak nampak...
Mula2 memang tidak nampak tanda2 kerosakan tapi lama kelamaan, garisan halus muncul kat screen laptop ni... Bermula dari situlah masalah timbul dan aku pulak tak bawa pergi kedai untuk betulkan... Maklumlah, faktor masa dan kos sentiasa menjadi penghalang untuk aku berbuat demikian... Memandangkan screen dah ada problem, ditambah pula dengan bateri yang dah rosak (kena plug power supply kalau nak guna) dan beberapa masalah dalaman lain, akhirnya aku membuat keputusan untuk membeli laptop yang baru... Laptop yang aku pakai sekarang ni pun dah agak lama (dekat 4 tahun) dan dah memang masa untuk ditukar dengan yang baru... So, masa PC Fair yang lepas, aku dah pergi survey laptop2 yang menarik dan murah di pasaran... Ternyata, mata aku cuma memandang kearah satu brand aje... Apa lagi kalau bukan DELL! Aku memang dah survey laptop yang DELL keluarkan dan setakat ini DELL menawarkan pakej laptop yang murah dan berkualiti... Kira sesuailah dengan bajet aku... Pulak tu, DELL menyediakan pelbagai rangkaian laptop yang sesuai dengan kegunaan penggunanya... Pandai gak dia orang buat marketing... Masa aku pergi survey tu, ya Allah.... Memang ramai giler orang berkerumun bertanya pada salesperson kat situ... Sampai bertolak-tolak lah...
Photobucket
Inspiron 1420 kaler pink!!!... Memula ingat nak ambik kaler hijau tapi member aku cakap hijau tu tak cantik... Macam kaler kete MyVi...
Aku suka dengan model Inspiron 1420 yang ada... Bukan sekadar warnanya yang pelbagai tetapi isi kandung didalamnya juga bagus... Sesuai dan berpatutan dengan harganya... Jadi, bila dah belek sana sini, aku terus decide untuk beli satu...
Photobucket
Fungsi dan papan kekunci (keyboard) yang menarik... 100% kaler silver...
Apa yang menariknya ketika aku beli ni, aku tak beli direct masa PC Fair tu... Alamatnya, memang takkan beli lah jawabnya sebab ramai sangat orang... Aku beli through online.... Lebih cepat dan selesa!... Aku tak sangka waktu beli online tu, aku dapat offer macam2... Aku dapat few upgrades (antaranya hard disk dari 120Gb kepada 160Gb), pastu free delivery (selalunya kene bayar - RM160), pastu dapat beg galas untuk laptop free dan macam2 lagilah... Rasa seronok sangat dapat macam2 dari DELL...
Photobucket
Saje aku pilih kaler yang orang tak pakai sangat... Kaler pink!!... Hehehehehee... Glamor you!!!... Anyway, laptop lama ni masih lagi boleh pakai, cuma aku kena sambungkan ke desktop monitor untuk tengok... Aku tak bercadang nak jual laptop lama ni sebab aku sayang sangat... Aku beli laptop lama ni guna duit bonus aku 4 tahun yang lepas... Waktu tu harga laptop aku ni hampir mencecah RM4 ribu... Sayang wooo..... Insya Allah, ade rezeki lebih, aku akan repair laptop lama ni... Boleh aku guna kalau aku malas nak pakai Inspiron aku...
Photobucket
Beg galas yang aku dapat free... Aku suka beg ni sebab besar dan dalam tu banyak compartment!!... Boleh simpan macam2 benda... Beg ni jenama DELL gak...

Tuesday, 22 January 2008

Aku tak tahu kenapa ramai orang sanggup menipu semata-mata untuk mendapatkan perhatian orang lain... Itu tidak termasuk mereka-mereka yang menggunakan pelbagai taktik dan cara kotor demi kesenangan masing-masing... Persoalannya, apakah yang akan mereka perolehi kelak dan adakah semua ini akan menjamin kesenangan mereka di kemudian hari? Didalam pejabat aku, aku dapat lihat pelbagai jenis ragam manusia... Biasalah, makin besar sesuatu syarikat, maka makin banyaklah karenahnya... Ketua bahagian pun seolah-olah menjalankan tugas seperti "melepaskan batuk di tangga"... Permasalahan anak2 buah tidak diambil peduli... Kalau ada pun, cuma sedikit sahaja... Itu belum masuk masalah lapuk yang tidak selesai berkurun lamanya... Aku fikir2 semula, rasa bosan dan rimas dengan semua ini... Aku rindukan suasana dulu, pejabat yang lapang, kawan2 yang tidak ramai dalam satu tingkat, waktu kerja yang fleksibel dan sebagainya... Semenjak "diambil alih" ni, macam2 masalah timbul... Sistem kerja yang kelam kabut, perangai orang sekeliling, infrastruktur pejabat yang teruk dan lain-lain lagi... Semua ini adalah penyumbang kepada masalah dalaman yang aku hadapi setiap hari... Malah, makin teruk jadinya... Aku tidak pasti sama ada semua ini akan selesai ataupun tidak... Aku bukanlah jenis tidak boleh menerima perubahan atau pertukaran... Untuk pengetahuan, aku sudah 3 kali melalui proses penggabungan syarikat... Kesemua penggabungan ini bukanlah penggabungan mudah/simple... Semuanya melibatkan syarikat2 besar dalam negara... Aku memang yakin, tidak lama lagi syarikat aku akan bergabung dengan mana2 syarikat besar yang lain... Semuanya kerana ingin menyahut seruan kerajaan untuk menyatu padukan syarikat milik anak Malaysia menjadi satu; kukuh dan kuat supaya dapat bersaing dengan syarikat asing... Aku tidak kesah dengan semua ini cuma yang aku fikirkan, sesudah bergabung pun masalah belum selesai, bagaimana nak bergabung lagi? Tidakkah itu akan memburukkan lagi keadaan?... Tak apalah, aku cuma seorang pekerja yang hanya makan gaji sahaja... Semua keputusan bukan didalam tangan aku... Ini merupakan kerja2 pengurusan dan biarlah mereka memerah otak memikirkan jalan penyelesaian... Apa yang perlu aku lakukan ialah menyiapkan kerja2 aku sekadar mana yang termampu... Aku tidak mahu memikirkan tentang masalah yang bukan diciptakan oleh aku sendiri...

Saturday, 19 January 2008

Semalam, saje aku dan kawan sepejabat pergi menonton wayang kat GSC Mid Valley... Pada mulanya, aku malas nak pergi tapi memandangkan ada orang nak temankan aku, so I decided to go lah... Memang dari minggu lepas nak tengok cerita "The Game Plan" tapi tak berkesempatan sebab hari Khamis lepas aku dah kene fly ke Kota Kinabalu, Sabah for some company's event... Selalu, hari Rabu adalah hari khas aku untuk menonton wayang... Dari jalan cerita yang aku baca, aku dapati cerita ini agak menarik dan membuatkan aku tidak sabar untuk menontonnya... Masa aku browse dalam lamab web GSC, aku tak perasan pun pasal cerita ini sehinggalah member aku bercerita mengenainya... Katanya, kalau tengok mesti best sebab cerita ni kelakar dan penuh dengan pelbagai plot yang mengusik perasaan... So, eloklah kalau tengok kat wayang... Aku pun, bookingla dua tiket semalam... Macam nak pergi dating aje tengok wayang berdua-dua... Heheheheeee... Member aku ni dah tengok dah cerita ni minggu lepas tapi dia tak kesah tengok untuk kali kedua... Lagipun dia kata dia nak temankan aku tengok... Dia pun takde ape2 program petang semalam...
Photobucket
Komen aku:- Setelah menonton cerita ini, aku dapati bahawa memang diakui jalan ceritanya menarik dan menghiburkan hati aku... Walaupun The Rock banyak dikaitkan dengan unsur lasak dan ganas tapi kali ini dia berjaya membawa aku menerokai ke satu dunia yang penuh dengan elemen kekeluargaan... Kalau kita lihat raut wajah The Rock yang bengis tu, kita sudah tahu bahawa setiap tingkah lakunya kasar, takde hati perut dan penuh dengan adegan nak membelasah orang saja... This time around, ianya berbeza... Banyak bahagian dalam cerita ini menunjukkan nilai kekeluargaan yang tinggi yang mengusik hati aku... Aku dapat gambarkan betapa sepinya kehidupan seorang pemain bola sepak yang terkenal; hidup dalam dunianya yang tersendiri... Walaupun dia dilimpahi dengan kekayaan dan keglamoran hasil daripada titik peluhnya selama ini, namun jauh disudut hati dia memerlukan kehadiran insan2 tersayang disisinya... Adakalanya, dia menafikan semua itu, tetapi hakikat tetap hakikat... Akhirnya dia kalah dengan perasaannya sendiri dan menunjukkan kepada dunia apakah yang dia mahukan selama ini... Kehadiran seorang anak yang sebelum ini tidak diketahuinya memang benar2 memberikan tamparan yang hebat pada "Joe Kingman"; watak utama didalam cerita ini... Baginya, dia merupakan seorang lelaki bujang yang tidak mempunyai apa-apa kecuali harta dan wang ringgit... Hakikat sebenar, dia mempunyai seorang cahaya mata yang sangat comel dan cerdik hasil dari perhubungannya yang lepas... Semua ini dirahsiakan oleh bekas isterinya iaitu Sara yang sudah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya beberapa tahun lepas... Joe dan Sara telah berpisah dan membawa haluan masing2... Joe tidak mengetahui bahawa Sara telah mengandung dan melahirkan seorang anak perempuan sehinggalah anak itu membesar selepas 8 tahun dan muncul dihadapan pintu rumahnya... Watak "Peyton Kelly" yang dilakonkan oleh Madison Pettis memang benar2 mencuit hati penonton yang menonton cerita ini... Tahu tak kenapa? Sebab si kecil ini memang betul2 cute... Dengan rambutnya yang kerinting dan teddy bear yang dirangkul bersamanya sepanjang masa menunjukkan dia seorang budak yang sangat manja... Aku suka melihat perangai keanak anakkannya itu... Joe Kingman yang dilakonkan oleh The Rock pula memang OK dan tidak kaku... Aku rasa, lelaki duda yang glamor dan kaya memang berperangai lebih kurang begitu di Amerika Syarikat... Suka berseronok dan berfoya foya dengan gadis cantik... Namun, menyedari hakikat yang dia mempunyai seorang anak, kehidupannya selepas itu terus berubah... Sifat kebapaan mula timbul tanpa disedarinya... Perasaan kasih kepada anak semakin lama semakin menebal... Hampir setiap ketika, dia melayan karenah anak perempuannya itu sama seperti bapa bapa lain didunia... Joe sanggup menuruti setiap apa yang dimahukan oleh Peyton didalam cerita ini walaupun dengan berat hati dan ini sedikit sebanyak mengubah sikapnya dari seorang yang tidak ambil peduli dan hidup bersendiri kepada seorang yang lebih bertanggungjawab... Aku rasa cerita ini lain dari yang lain dan jika berpeluang, aku ingin menontonnya sekali lagi... Sudah pasti, aku akan membeli CD nya kemudian sebagai koleksi "mesti tonton" aku dirumah... So, kalau kalian inginkan hiburan ringan bercirikan kekeluargaan, boleh berkunjung ke panggung wayang berhampiran untuk menonton cerita ini... Aku mengesyorkannya... Nota kaki:- Masa sebelum cerita bermula, aku terpandang satu keluarga yang duduk dibarisan hadapan kerusi aku... Kelihatan si isteri bertudung kemas bersama suami dan 5 orang anak2 nya yang masih lagi kecil... Adalah dalam 6 - 7 tahun kot... Apa yang membuatkan aku rasa terkasima ialah ketika si isteri bercakap dengan anak2nya, tiada sepatah pun Bahasa Malaysia keluar dari bibirnya yang manis itu... Mereka hanya bertutur didalam Bahasa Inggeris dan si anak membalas setiap soalan yang diajukan oleh si ibu dalam Bahasa Inggeris juga... Sungguh indah tone yang digunakan... Very fluent dan perfect!... Aku tidak sangka bahawa si kecil dapat berkomunikasi didalam bahasa asing dengan baik sekali... Kita yang dewasa ini, nak sepeking English pun terkangkang kangkang... Malu saja dengan budak2 baya itu... Disatu ketika, aku merasakan seperti diriku berada dinegeri orang... Heheheheheee....

Tuesday, 15 January 2008

Entah apa yang silapnya dengan diri aku hari ini... Dari tadi, sampailah sekarang, entah berapa kali aku keluar masuk tandas... Asal masuk aje, perut aku memulas-mulas... Asyik nak buang ayak besaq aje... Pastu, faham2 jelah kan kalau dah sakit perut... Benda yang keluar pun, dah takde rupa... Keluar mengalir laju macam air... Risau aku... Dah ler perut sakit, kaki pulak berdenyut-denyut!!!... Adooooooooooooooooooiiiiiiiii.... "Ape kene ngan aku nih!!!!!....." Pagi tadi, masa nak pergi kerja, memang dah rasa tak sedap badan... Kaki dah mula sakit... Nak bawa kereta macam tak confident aje sebab tapak kaki tak boleh nak tekan pedal minyak... Tapi kalau aku tak bawa kereta, macam mane pulak aku nak pergi kerja?... Nak jalan, kaki dah memang sakit... Jalan terincut-incut... Takkan nak redah lautan manusia kat stesen LRT dan PUTRA tu?... Mahu aku terpelanting nanti... Aku intai kaki aku, kelihatan bengkak dan merah... Buruk benau rupe nya... Nak tak nak, bawak jelah kereta... Tapi slow giler la... Takut nanti aku speed, tak sempat tekan pedal, orang depan aku rempuh... Dah jadik masalah lain pulak... Haaiiiihhhh... Apelah kene ngan aku hari ini??!!!!....

Monday, 7 January 2008

Dalam sebuah riwayat menceritakan pada masa dahulu, ada seorang lelaki sangat alim lagi warak. Lelaki itu menceritakan tentang suatu kejadian ngeri yang dihadapi oleh seorang lelaki yang tinggal sekampung dengannya ketika menemui maut. Selepas dikafan dan disembahyangkan, jenazah lelaki itu pun dibawa ke tanah perkuburan untuk disempurnakan pengkembumiannya. Semasa jenazah itu sampai di tanah perkuburan, keadaan dan suasana di situ begitu sepi sekali. Manakala liang lahatnya sudah sedia menanti di depan untuk dikebumikan jenazahnya. Kemudian kaum kerabat dan sahabat handai lelaki berkenaan menurunkan keranda mayatnya perlahan-lahan ke dalam liang lahad tersebut. Apabila sahaja mereka hendak meletakkan jenazah itu, tiba-tiba mereka begitu terperanjat apabila terlihat seekor binatang yang sama bentuknya seperti kucing sudah berada di dalam kubur itu. Apabila melihat binatang berkenaan, para jemaah terperanjat dan tercengang. Inilah pertama kalinya seekor binatang berada di liang lahad, menunggu mayat dikebumikan. Beberapa orang dari kaum kerabat cuba menghalau binatang tersebut tapi hampa malah binatang itu terlalu bengis dan gerun, kukunya yang tajam mencakar-cakar batang kayu yang dijolok ke arahnya. Binatang itu tetap berdegil dan terus bertahan di dalam liang itu dengan mata yang memancar-mancar menampakkan kebengisan laksana harimau yang memerhatikan mangsanya. Akhirnya kaum kerabat lelaki itu mengambil keputusan untuk mengali satu liang lahad yang baru bagi mengelakkan jenazah disimpan bersama-sama binatang misteri itu. Setelah siap digali dan para jemaah pun mengangkat jenazah ke arah liang lahad dan cuba menurunkan keranda perlahan-lahan. Alangkah terkejutnya mereka apabila didapati binatang ganjil itu sudah pun berada di dalam lubang itu. Setelah gagal mengusir binatang itu buat kali keduanya, akhirnya kaum kerabat lelaki tiu mengambil keputusan untuk mengkebumikan jasadnya dengan binatang tersebut. Sebaik saja tanah di timbus separuh liang lahad, para jemaah terkejut bila satu bunyi yang menghairankan keluar dari kubur tersebut. Bunyi itu seakan-akan daging dan tulang jasad si mati itu dicakar dan dipatahkan oleh binatang buas, bunyinya amat menakutkan setiap yang berada di tahah perkuburan itu. Seorang alim lalu menemui isteri lelaki itu dan bertanya adakah ada perbuatan yang buruk pernah dilakukan oleh si mati semasa hayatnya? Isteri lelaki itu lalu memberitahu yang suaminya merupakan seorang lelaki yang baik budi pekertinya, tetapi sepanjang perkahwinan mereka suaminya itu tidak pernah menyucikan dirinya dengan 'mandi hadas' setiap kali selepas melakukan persetubuhan. Dalam riwayat lain, orang yang tidak mandi hadas (Junub/Besar) apabila dia mati, mereka ini akan diberikan pakaian hina dan terlaknat dari neraka. Mandi junub adalah satu mandi yang sangat dituntut dalam islam. Walaupun sesetengah orang kita memandangnya remeh tetapi ketahuilah azabnya tidak kurang pedih dan kalau hendak merasa... Sila-silakanlah... Wassalam. Sumber : Tidak Diketahui (E-mail)

Saturday, 5 January 2008

Petikan oleh Dr. H. M. Tuah Seorang yang berperibadi kuat seumpama besi waja, semakin menghadapi cabaran hidup, semakin teguh dan tajam untuk menghadapi hidup; sebaliknya, seorang yang berperibadi lemah laksana timah apabila terkena api ia akan hancur, apabila terketuk oleh cabaran hidup ia akan berkecai Ayam kampung perlukan sepuluh orang untuk menangkapnya. Ia akan lari sekeliling kampung. Sepuluh orang mengepung di sana, menghambat di sini, menerpa di sana dan tersungkur di sini, namun ayam kampung masih gagah lari menyelamatkan diri. Setelah berhempas pulas sepuluh orang baru dapat menewaskan seekor ayam. Tatkala ayam itu disembelih, tiba-tiba ia bangkit, berjalan keliling rumah dengan kepalanya sekali-sekala terkulai ke bawah. Ia berjalan lagi hingga akhirnya rebah.Maka tamatlah riwayat seekor ayam kampung. Seekor ayam bandar (sangkar) dikeluarkan dari dalam sangkar. Ia diletakkan di luar dan dibiarkan lepas. Ayam bandar ini terteleng-teleng, melihat sana, melihat sini. Kemudian dia melangkahkan kaki, masuk kembali ke dalam sangkarnya. Dia tidak pernah tahu bahawa selama mana berada di dalam sangkar semudah itu nyawanya akan melayang, selama mana dia berada di luar peluang untuk dia lari menyelamatkan diri lebih terbuka luas. Itulah berbezanya ayam kampung dengan ayam bandar. Cabaran hidup telah menjadikan ayam kampung begitu bertenaga, berani dan punya wawasan, sedangkan ayam bandar tidak nampak peluang dan menjadi begitu lemah lagi malas. Kesusahan sentiasa menjadi penunu untuk seseorang itu muncul luar biasa bagus dan hebat sekali, sebaliknya kesenangan pasti akan menyebabkan kelemahan, bukan sahaja tubuh badan kadang-kadang dalam soal peribadahan. Orang yang hidup dalam tekanan adalah umpama besi waja. Ia keras dan sukar dikalahkan. Seseorang yang hidup dalam tekanan dan kepayahan sebenarnya sentiasa lebih kuat dan padu daripada mereka yang hidup dalam kesenangan. Maka itu, seorang yang miskin kadang-kadang lebih hebat peribadinya daripada seorang yang berada. Kekayaan adalah kekuatan dalam kelemahan, sedang kemiskinan kelemahan dalam kekuatan. Jadi, usahlah marah dengan keadaan jika anda tidak tergolong dalam kalangan orang senang. Pada satu segi anda lebih kuat dan lebih hebat daripada orang senang. Kadang-kadang orang senang terlalu lemah hinggakan untuk menukar kepala paip yang sudah longgar perlukan orang kurang senang untuk melakukannya. Bukan disebabkan dia terlebih wang tetapi benar-benar kerana memang tidak pandai. Orang yang tidak pernah teruja oleh cabaran selalunya menjadi kian lemah sebaliknya orang yang hidup dalam ujian selalu bertambah kuat. Seorang gila selalunya tidak terurus segala hal, dia merayau-rayau dari satu tempat ke satu tempat. Pakaiannya tidak pernah berganti, makan minumnya apa-apa saja yang dijumpai. Tidurnya tidak menentu, tetapi dia kelihatan sihat. Jarang nampak orang gila terlantar sakit, tetapi hospital menjadi tumpuan orang normal dan hidup senang. Usah rasa tidak selesa dengan cabaran sebab cabaran sentiasa memberikan kekuatan. Hanya orang yang lemah akan menganggap cabaran melemahkan. Cabaran bukanlah nasib malang tetapi ia membuka peluang. Jika peluang tidak terlihat ia tetap bernilai pengalaman. Pengalaman itu tidak ternilai harganya, ia tiada dijual, ia hanya ada pada orang yang mengalami. Semakin kesusahan itu mengetuk, semakin ia membentuk, ibarat seorang tukang emas menempa emas untuk dijadikan perhiasan wanita, semakin diketuk semakin berharga, semakin diketuk semakin tinggi harganya. Apakah kita seperti emas yang sedang diketuk itu ? اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم "Orang Yang Baik Adalah Orang Yang Pernah Melakukan Kesalahan & Belajar Dari Kesalahan Itu Untuk Menjadi Orang Yang Lebih Baik" ------------------------------------------------------------ "YOU can TRY without SUCCEEDING.. But YOU can't SUCCESS Unless YOU TRY"

Friday, 4 January 2008

Aku berasa amat kasihan dan tidak sampai hati bila orang datang mengadu kepadaku masalah yang mereka alami... Apatah lagi, mereka-mereka yang tergolong didalam golongan yang kurang bernasib baik... "Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga", kesusahan yang dihadapi ditambah pula dengan bebanan hidup yang semakin lama semakin menghimpit... Pagi tadi, seorang dari pelanggan syarikat aku datang berjumpa denganku... Seperti biasa, tiada lain kecuali ingin mengadu domba masalah yang dia hadapi... Bagi sesetengah orang yang suka mengambil kesempatan, peluang sebegini memang seringkali digunakan... Tapi bagi aku, pelanggan ini (yang iaitu seorang perempuan separuh abad) jelas menunjukkan keikhlasan dan kebimbangannya mengenai masalah yang dihadapi... Apa yang dimaklumkan kepada aku ialah kes tuntutannya yang tertangguh setelah sekian lamanya... Ianya bermula apabila suaminya ditimpa kemalangan jalan raya beberapa tahun lepas... Kesnya berbangkit semula apabila aku menyemak dan meneliti fail tuntutannya yang masih lagi aktif... Sebagai seorang yang lembut hati dan mudah bersimpati dengan orang, aku merasa amat sedih melihat keadaan dan masalah yang menimpa diri perempuan yang boleh aku gelarkan sebagai makcik ini... Raut wajahnya tenang dan tidak bermaya... Seolah olah menanggung beban yang amat berat... Bayangkan, si suami tidak boleh bekerja, anak yang semakin lama semakin membesar, belanja harian yang kian lama kian meningkat... Nak harapkan siapa untuk menanggung semua ini?... Harapkan belas ekhsan orang lain, adakah yang sudi membantu?... Jadi, mahu atau tidak, terpaksalah dia membanting tulang empat kerat mencari sesuap nasi untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga... Begitulah lumrah kehidupan... Ada yang kaya dan senang lenang, sehingga duit dibuang buang begitu sahaja... Ada yang miskin, sampai nak makan pun tak cukup duit... Terpaksa merempat, menagih simpati dari orang lain... Sesekali, air mata aku berlinang bila mendengar cerita makcik ini... Jauh disudut hati, jika aku berkuasa dan boleh menentukan sesuatu perkara, ingin saja aku membantu semua mereka yang menghadapi masalah... Agar tiada lagi tangisan dan kesusahan dialami mereka yang memang bernasib malang seperti ini... Setelah selesai bercerita, makcik itu pulang dan aku kembali ketempat duduk aku... Terdetik dihati, aku harus lakukan sesuatu untuk membantu dirinya setakat mana yang termampu... Kalau tidak banyak, sedikit pun jadilah... Sekurang kurangnya, ringan sikit bebanan yang ditanggung... Sudah menjadi sebahagian dari tanggungjawab aku menolong dan membantu mereka yang ditimpa kemalangan... Aku tahu bagaimana rasanya bila kita tidak berupaya untuk melakukan apa2 lagi... Kita hilang tempat bergantung dan tempat untuk meneruskan kehidupan... Sudah menjadi tugasanku untuk membantu mereka ini... Insya Allah, akan ku tunaikan tanggungjawab sebaik yang mungkin... Sebab itu Allah mengurniakan aku dengan pekerjaan ini kerana Dia tahu akan kemampuan aku untuk membantu mereka yang ditimpa musibah... Aku tetap bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan walaupun adakalanya klien aku tidak memahami situasi yang aku hadapi setiap hari... Apa yang mereka tahu ialah marah, marah dan terus marah... Tak apalah, asalkan mereka puas dan lega, aku tak kesah... Biarlah aku dimaki, dicaci dan dimarahi mereka asalkan mereka puas... Aku tahu, semua yang berlaku ada hikmahnya dan ku yakini, Allah sentiasa bersamaku... Satu ketika nanti, mereka akan menyedari semua ini...

Thursday, 3 January 2008

Aku tak faham ler manusia zaman sekarang... Kerek semacam... Dah la kerek, berangan pulak tu... Macam dia sorang aje yang bagus dalam dunia ni... Aku malas nak layan orang macam ni... Buat sakit hati aku aje... Dari terus 'sakit jiwa', baik aku layan benda lain... Dah la mula-mula beria ia nak berkawan dengan aku, bila aku tanya, lain pulak kaedahnya... Apa motif yang sebenar, aku tak tahu... Tapi aku yakin, selama ini dia tidak pernah ikhlas dengan apa yang dia lakukan... Sehingga kini, aku tidak tahu apa motif dia yang sebenar... Apa-apa pun, aku dah ucapkan "selamat tinggal" padanya... Aku tak perlu terangkan pada dia mengapa aku lakukan semua ini... Harap2, dia faham sendirilah... Dah dari mula cari pasal, fikir dan selesaikan sendiri... Aku tak mahu mengingati semua perkara yang tidak enak ini... Apa yang lepas, aku jadikan sebagai pengajaran yang paling berguna... Dia tak ada, aku boleh hidup sempurna dan macam biasa... Tapi kesian padanya kerana dengan perangai sebegitu, dia akan mengundang amarah orang lain... Aku mungkin boleh bersabar, tapi tidak bagi orang lain...

Tuesday, 1 January 2008

Kepada semua pengunjung/pembaca/pelawat laman blog aku dan seluruh penduduk dunia...
Selamat Tahun Baru 2008
Photobucket
Image : Courtesy of Maybank
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.