Friday, 31 August 2007

Buat semua pembaca khususnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya,
"Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-50"
"Merdekaa... merdeka... merdeka..."
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Thursday, 30 August 2007

Aku selitkan entry ni buat tatapan semua... Aku tak tahu kenapa, sejak akhir2 ni aku amat tertarik dengan penyampaian iklan dikaca tv yang disiarkan setiap hari... Lebih2 lagi iklan yang berkaitan dengan kemerdekaan... Ada waktu, aku cukup tersentuh dengan isi kandungan dan mesej yang diketengahkan... Cukup mendalam maknanya! Ada yang sedih, ada yang gembira... Kadang2 aku tersenyum bila melihat telatah pelakon iklan tersebut (yang rata ratanya kanak kanak) dan ada waktu aku rasa sayu melihat apa yang dipaparkan... Hakikat kehidupan sebenar masyarakat didalam negara kita... Aku tak tahu pada kalian, tapi bagi aku iklan2 dibawah ni cukup bagus untuk dinilai dan harus diberi perhatian terutamanya pengajaran yang cuba disampaikan... Iklan 1:-
Iklan "Kasut Gombak"... Ni lah iklan merdeka yang pertama sekali yang pernah aku tengok.. Dan inilah pertama kali aku rasa best bila tengok iklan yang bertemakan kemerdekaan... Tahu kenape? Sebab karektor Vaneeda yang selamba tu... Tulah, buat ape nak malu dengan apa yang kita ada??? Iklan ni dihasilkan dan ditaja oleh Petronas
Iklan 2:-
Yang ni pulak, iklan tahun yang selepas tu... Oklah, jugak...
Iklan 3:-
Aku tak ingat iklan ni tahun berapa, tapi hakikatnya aku suka tengok iklan ni... Kelakar gak especially part rombongan pengantin terjun masuk dalam sungai bila diserang tebuan... Kah.. kah.. kah.. kah... Kesian...
Iklan 4:-
Iklan ini banyak memberikan kesedaran kepada kita secara tidak langsung... Hargai budaya dan paling penting, hargai RAKAN anda!
Iklan 5:-
Iklan paling cute yang pernah aku tengok! Selambe betul budak ni berlakon... Gayanya yang bersahaja membuatkan aku tak lepas pandang dari kaca TV... Paling best bila budak ni sendawa... Membuatkan aku tergelak besar!...
Iklan 6:-
Iklan ni bagus! Banyak mesej dan pengajaran yang ditampilkan... Aku cukup kagum melihat orang cacat yang mampu membina kerjaya dan kehidupan yang selesa... Bayangkan dia seorang cacat anggota mampu memiliki segalanya, bagaimana pula kita yang lengkap serba serbinya?? Fikir2kan... Ingat, "jalan mesti kedepan, bukannya kebelakang..."
Iklan 7:-
Kenape? Terkejut??? Itulah, "Malaysia, Truly Asia..." Heheheheheeeeeeee...
Iklan 8:-
Satu lagi iklan yang aku suka... Cute betul budak2 ni... Yang paling tak tahan bila dia orang sepeking English... Very the cute one!!!
Iklan 9:-
Aku tengok iklan ni, aku teringat masa aku kecik2 dulu... Kelakar sangat iklan ni... Cute! Cute2 pun, banyak pengajaran tu!! Cayalah Adibah Noor! Tabik springggggggg....
Iklan 10:-
Masa memula aku tengok iklan ni, aku ingat dia nak promo jenama kereta baru... Takde sikit pun nak cakap pasal merdeka sampaila kehujung iklan tu, baru tau... Ya, kenapa TIDAK??? :)
Gitulah antara iklan yang sempat aku cedok dari YouTube... Menarik gak bila dapat tengok iklan2 ni balik kan? Kalian suka iklan yang mane satu? Aku suka Iklan No. 6 sebab iklan tu banyak memberi kesedaran betapa bertuahnya aku... Orang lain mungkin kurang serba serbi tapi mampu berjaya dalam hidup masing2... Aku yang ada segala galanya sudah pasti boleh pergi lebih jauh! Bila diamati, banyak lagi faktor mengapa aku memilih iklan itu sebagai antara iklan terbaik yang pernah aku tengok... Thanks to Petronas kerana menghasilkan iklan ini... Ada banyak lagi iklan menarik yang ada tapi aku tak boleh nak letak semua kat sini... Nanti panjang berjela pula entry kali ini... Kalau kalian nak tengok, boleh lah lawat YouTube dan tengok dari situ....

Wednesday, 29 August 2007

Adehh... Turun, naik... Sana, sini... Depan, belakang... Kiri, kanan... Aku dihurungi dengan kerja2 yang memang tak pernah habis... Tapi aku redha kerana itulah kehidupan aku selama ini... Bekerja dan terus bekerja tanpa menghiraukan keadaan sekeliling... Terukkan aku??? Today, aku kena attend satu meeting untuk majlis Jumaat depan... Quite big la jugak event tu... Banyak preparation yang nak kena buat... Aku pernah dan boleh handle big event cuma yang menjadi persoalannya ialah adakah aku mempunyai masa yang cukup untuk handle semua tu? Kehidupan kerjaya aku sekarang seolah olah tidak mengizinkan aku untuk melakukan aktiviti seperti dulu... Kadang kala, aku terpaksa mengorbankan masa untuk diri sendiri semata mata untuk menyelesaikan kerja yang tak pernah putus ini... Memang, kalau kawan baik aku, dah lama dah kena maki! "Buat ape jadi hamba kerja???" Itulah antara statement yang keluar dari mulut dia... Cakap memang le senang, cuma orang yang melalui saja yang merasainya... Dulu, aku selalu tegur orang pasal semua ni, tapi sekarang aku sendiri yang mengalaminya... Padan muka aku! Ternyata, bila kita melangkah kealam kerjaya, semuanya akan berubah... Baik diri kita mahupun kehidupan kita sehari hari... Kalau elok, maka berbahagialah... Tapi kalau sebaliknya, pasti akan merana sepanjang masa... And then, kalau tak kuat, tok sah le nak cari nahas... Tu yang ramai member aku quit dan join company lain... Gitulah kalau kerja makan gaji... Kena ikut rentaknya... Bila fikir2 balik, sampai bila? Setakat ini, aku masih lagi boleh bertahan... Cuma aku perasaan, muka aku dah cengkung sikit dan badan aku dah susut... Tengahari tadi, waktu lunch kat Mid Valley, aku saje timbang berat badan aku... "Huh !!!! Dah turun 5 kilo !!!!" Adehhhhhh.... parah, parah...... Tak boleh jadi nih...

Tuesday, 28 August 2007

Aku sampai awal pagi ni... Pukul 7.00 aku dah berada depan PC aku... Padan muka... Takut nanti jadi macam semalam, naya... Aku tak sanggup dah! Sampai office, aku tak tahu nak buat ape... Mata masih ngantuk (ade pening2 sikit)... Nak gie sarapan, food court kat bawah tu baru aje bukak pintu kedai... Ape pun takde... Perut dah 'menjerit jerit' mintak di isi... Adehhh.... Terpaksalah aku korek segala isi kandung drawer kalau2 ada bahan makanan... Nasib baik ade biskut kering (stock hari Jumaat lepas) yang aku simpan... "Leh cecah ngan air milo ni...." Sementara tunggu pukul 8.00, aku belek2 la surat khabar atas meja aku... Semalam ambik dari lobi (maklumlah, surat khabar free) tapi tak sempat nak baca... Sempat tengok gambar2 aje... Belek punya belek, rata2 banyak cerita pasal kemerdekaan dan berita tempatan... Ha ah, lagi 2 hari aje kita nak merdeka... Merdeka lak, bukan calang2 merdeka... Tahun ni, dah 50 tahun kita merdeka! Bestnyeeeeee.... And then, aku teringat satu perkara... Aku sepatutnya nak publish satu entry pasal merdeka... Tapi sampai la ni, tak buat2 jugak! Adehhhh... Bila lah aku nak start buat ni... Dah ler banyak entry aku tak buat (which high possibility of backdating), nak lawat blog kawan2 pun aku takde masa... Ada banyak favourite blog yang aku save tapi dah lama aku tak gie jenguk... Sian dia orang... Mesti dia orang fikir aku dah tak minat nak baca entry dia orang... Kalau tak pun, mesti ada something yang dia orang fikir... :( I'm so sorry... Niat dihati memang nak lawat.. But the fact is, aku bangun pagi, siap terus gie kerja... Balik kerja, langsung tak tengok internet... Dulu selalu aku update laman aku waktu malam.. Tapi sekarang, waktu malam mata aku berat sangat... Lepas Isyak, kelopak mata ni dan tak boleh nak angkat lagi dah... Terus nak 'zzzzzzzzzzzzz'

Monday, 27 August 2007

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Gambar2 diatas merupakan antara yang sempat aku ambil semalam... Untuk pengetahuan kalian, tidak lama lagi aku akan bermastautin disatu penempatan baru dan gambar yang diambil ini adalah contoh kediaman yang telah aku beli... Sebelum ini, aku tidak berkesempatan untuk melihat sendiri bentuk asal kediaman baru aku... Cuma aku dapat gambarkan melalui lakaran pelukis dan model yang dibina dipusat jualan.. Sekarang, bila model contoh sebenar siap dibina, barulah aku mendapat idea yang sepenuhnya... Rasa seronok dah happy bila melihat dengan mata kepala sendiri... Begitu indah tersergam! Aku cukup suka dengan rupa bentuknya yang moden... Bila masuk aje, otak aku ligat berfikir bagaimana aku ingin menghias dan melengkapkan isi kandung dalam kediaman aku ni... Tak sabar rasanya ingin berpindah, tapi unit aku tu masih lagi dalam pembinaan... Baru 35% siap... Insya Allah, jika tiada halangan aku akan mendiami kediaman yang aku beli hasil titik peluh sendiri pada penghujung tahun 2008... Syukur, alhamdulillah... Setakat ini, semua aku dah ada... Cuma yang takde, teman sehidup semati aje (jangan tanya bila lagi dan siape *lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii)... Heheheheheeeeeee... Nota kaki:- Pada sesiape yang nak membeli rumah tu, bagitau la aku... Aku boleh kenen2 kan...
Tension!! Tensionnn !!!! Rasa macam nak menjerit aje dalam kereta tadi... Aku bukanlah jenis yang suka buat hal lebih lebih lagi bab2 kerja ni... Pagi ni, buat pertama kali dalam sejarah kerjaya aku, aku lambat sampai ke office.. Kalian nak tahu pukul berapa aku sampai kat office? Pukul 9.15 pagi... Waktu kerja aku mula pada pukul 8.45... Setengah jam aku terlewat... Sebenarnya, aku lambat bukan sebab aku sengaja lambat... Aku bertolak dari rumah pukul 7.20 pagi dan selalunya akan sampai office dalam pukul 8.00... Kadang2 tu, aku sampai pukul 7.45 camtu dan sempatlah sarapan pagi sebelum mula kerja... Itulah rutin aku setiap hari bekerja... Tapi hari ini, aku pecah rekod sebab lewat... Semuanya gara2 jalan yang ditutup sempena raptai penuh hari merdeka... Adehhh... Orang lain yang sibuk raptai, aku lak yang jadi mangsa... Biasanya kalau jalan tutup, route perjalanan aku memang takkan affect sebab aku memang tak lalu kat pusat bandar (Dataran Merdeka)... Tapi bila dah dekat sampai kat office (nampak aje bangunan pejabat aku kat seberang jalan), banyak lak kenderaan yang tersangkut kat situ... Sana, sini tak bergerak... Dekat sejam lebih aku duduk kat atas jalan yang sama... Mengesot esot perlahan... Dah ler kereta aku tu manual... Rasa macam nak tercabut aje kaki aku ni tekan pedal clutch! Rasa sedih sangat sebab tak dapat mempertahankan rekod bersih yang aku bina sebelum ni... Habis rosak reputasi aku! Bila sampai aje, aku dapat lihat seorang demi seorang masuk dengan muka 'toye'... Lambat dipagi Isnin... :)

Wednesday, 22 August 2007

Aku mohon maaf kerana jarang update blog aku akhir2 ini... Again, aku memang tidak mempunyai banyak masa untuk menaip walaupun semenjak kebelakangan ni terlalu banyak perkara yang berlaku serta cerita2 menarik yang boleh dipaparkan... Rasa geram juga... Aku cuba untuk mencuri masa tetapi agar sukar untuk aku meluangkannya untuk melawat dan membaca blog rakan2 yang lain... Diharap kalian semua faham dan aku doakan semoga kalian semua sihat dan ceria sentiasa... Aku akan kembali lagi!...........

Wednesday, 15 August 2007

Sebagai menyahut seruan kerajaan (bersemangat nih!), aku dengan bangganya melekatkan "Jalur Gemilang" diatas screen komputer kat office aku nih... Rasa seronok sangat bila tengok Jalur Gemilang ni dok atas screen sebelah Mr. Croopy... Seolah olah, Mr. Croopy tengah pegang Jalur Gemilang... Heheheeeee...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Aku beli Jalur Gemilang ni kat kedai buku area Telawi, Bangsar minggu lepas... RM 1.30 seunit... Memandangkan Hari Kemerdekaan akan menjelang tiba tidak lama lagi, aku rasa sesuai sangat gantung bendera ni kat kawasan yang aku selalu duduk... Pulak tu, tahun ni negara kita sudah mengecapi kemerdekaan untuk ke-50 kalinya (Jubli Emas dan negara kita merdeka), jadi aku rasa sebagai tanda terima kasih dan sokongan yang padu, aku kena tunjukkan semangat patriotisme aku pada semua orang... Aku ade la tengok department lain gantung2 bendera... Rasa meriah lak...
P/s:- Pasni nak gantung bendera kat kereta aku lak... Bendera dulu dah buruk (sebab kena hujan dan berjemur tengah panas... Batang bendera tu pun dah tercabut dah...) Nak kene gie kedai, carik...

Tuesday, 14 August 2007

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Dimanakah tempat ini? Pernahkah kalian melihatnya?? Nantikan coretan akan datang......................
Aku dapat 3 jemputan sekaligus... Ketiga tiga jemputan ini merupakan jemputan ke majlis persandingan kawan kawan aku yang kesemua adalah bekas ex-officemate... Cuma yang seorang tu aje sepupu aku...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Pening! Mane satu aku nak pergi... Kalau tak pergi, takut nanti ada yang berkecil hati... Kalau pergi jugak, entah sempat entah tidak... Majlis sepupu aku tu kat Wangsa Maju (which is very near to my house), yang seorang kawan aku tu kat Cheras Perdana dan seorang lagi kat Seremban... Kesemuanya berlangsung pada hari yang sama; hari Ahad, 19 Ogos 2007... Tulah, mungkin sebab cuti sekolah kot... Pasal tu ramai buat kerja kahwin hari tu... Maybe, aku akan dahulukan ahli keluarga aku kot... Satu, sebab dia adalah ahli keluarga aku dan keduanya rumah dia dekat ngan umah aku... Pakcik dan makcik siap datang umah hantar kad jemputan... Yang lain2 tu, cuma kirim dari kawan2 aje...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Dah selesai, aku akan hantar mak ngan abah balik umah dan terus ke Cheras memandangkan lokasi tu adalah kedua terhampir dengan aku... Tengoklah, kalau sempat lagi, Insya Allah aku akan terus ke Seremban lak... Kalau tak, tak delah aku pergi kot... :) P/s:- Kalau ada diantara kalian yang nak naik pelamin dan nak jemput aku (Heheheheeeee... perasan) kalau boleh elak2kan lah time cuti macam ni... Susah gak orang nak datang... :)
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.