Sunday, 29 June 2008

Assalamualaikum...

Aku masih lagi dalam kepenatan... Semalam, company aku baru saja selesai menjalani satu aktiviti yang aku kategorikan sebagai terbesar dalam kalendar tahun ini... Menurut rancangan tahunan, aktiviti ini merupakan salah satu acara rutin untuk syarikat aku... Tahun lepas merupakan tahun permulaan dimana aku adalah salah seorang dari orang kuat dan bertanggungjawab memulakan acara ini... Kira, aku ni perintis untuk projek ni la...

Photobucket
Kontinjen perbarisan - Rumah Biru

Photobucket
Kontinjen perbarisan - Rumah Merah

Photobucket
Kontinjen perbarisan - Rumah Hijau

Tahun ini, sekali lagi syarikat aku menganjurkan aktiviti yang sama cuma bezanya, aku bukan lagi menjadi tulang belakang yang bertanggungjawab atas tugas2 penting... Bukan aku tidak mahu, memandangkan tahun ini adalah tahun 'sibuk' aku, aku terpaksa 'berehat' buat seketika... Ramai juga diantara kawan2 aku datang meminta bantuan tetapi apakan daya, aku terpaksa menolak dengan cara baik kerana ketiadaan masa...

Photobucket
Kontinjen perbarisan - Rumah Kuning

Photobucket
Anak-anak pekerja yang menyertai perbarisan... Cute nye mereka ni!

Photobucket
Johan perbarisan - Rumah Merah... Tahniah!...

Alhamdulillah, walaupun aku cuma membantu serba sedikit, setiap acara yang dirancang berjalan dengan lancar... Cuma terdapat sedikit kelewatan ketika slot perasmian (memang tidak dapat dielakkan)... Aku rasa lega; dengan bantuan beberapa rakan2 perempuan yang dilantik, majlis perasmian dapat disempurnakan dengan meriah sekali... Kalau dibandingkan dengan tahun lepas, aku rasa tahun ni lagi best!...

Photobucket
Gimik perlancaran - bunga api!...

Photobucket
Enterprem sat... Aku selaku "Event Co-ordinator" ketika slot pelancaran

Photobucket
Brass band dari St. John Institution... Di import utk buat persembahan

Untuk pengetahuan kalian, aktiviti yang dinamakan "Karnival Gempak" ini merupakan aktiviti yang berteraskan kesukanan (macam sukan sekolah tu...) dan digabungkan dengan hari keluarga... Semuanya 2 dalam 1... Cuba kalian bayangkan, betapa meriahnya tempat acara berlangsung dengan pelbagai aktiviti sukan dan hari keluarga... Pusat latihan milik syarikat aku tu memang penuh dengan staff dan ahli keluarga masing2... Ketika aktiviti bermula, suasananya tidak ubah macam sukan sekolah... Riuh rendah!...

Photobucket
Pertandingan karaoke selepas pelancaran...

Photobucket

Diperingkat awal, kami semua telah dibahagikan mengikut kumpulan; dan setiap kumpulan dinamakan dalam bentuk rumah sukan (merah, biru, hijau dan kuning)... Sebijik macam sukan sekolah kita waktu kecik2 dulu... Hehehehee.... So, setiap acara yang dipertandingkan, setiap rumah akan menghantar wakil untuk merebut kejuaraan yang ditawarkan...

Photobucket
Perlawanan ping pong....

Photobucket
Acara tarik tali... Rumah aku (Hijau) memang gak!... Heheheee...

Photobucket
Perlawanan bola keranjang... Waktu ni aku belum mula bermain...

Pelbagai aktiviti telah dijalankan khas untuk orang dewasa dan juga kanak2... Dari permainan hinggalah sukan... Bagi mereka yang tidak minat beraktiviti, terdapat banyak gerai2 yang menjalani pelbagai transaksi urusniaga... Ada yang jual makanan, ada yang jual barang2, dan sebagainya... Sekali imbas, macam pasar tamu/tani... Begitu meriah sekali!...

Photobucket
Perlawanan paintball... Best giler!!!...

Photobucket
Team basketball aku... Sempat lagi nak posing... Hehehe...

Photobucket
Perlawanan bola sepak...

Aktiviti ni berlangsung selama 2 hari; bermula petang Jumaat sehinggalah malam minggu... Kemuncak acara ialah pertandingan persembahan dan acara hiburan oleh Jamal Abdillah... Kelihatan staff dan ahli keluarga masing2 bersantai sambil menikmati hiburan yang disediakan... Biasalah, rata-rata sudah kepenatan disiang hari, bersaing dan berjuang untuk merebut hadiah dan kemenangan... Walaupun penat, semangat mereka tidak pernah luntur malah ada yang sanggup menanti sehingga keakhir rancangan bersama ahli keluarga yang lain... Aku cukup kagum dan solute dengan mereka ini...

Photobucket
Pertandingan melukis dan mewarna untuk kanak2... Apesal aku tengok ade bapak orang kat situ?... Hehehee...

Photobucket
Tayangan video untuk anak2... Ada cite Kungfu Panda, Transformers dan tah ape tah satu lagi tu...

Jika tahun lepas, aku banyak menyumbang tenaga dan bertindak sebagai Jawatankuasa Pengelola; duduk didalam Bilik Sekretariat tapi tahun ini aku agak sedikit lapang dan rileks... Aku sempat mengambil bahagian dalam perlawanan bola keranjang mewakili rumah kebanggaanku; Rumah Hijau... Memandangkan aku ni tinggi, memang amat sesuai sangatlah kalau aku main bola keranjang ni... Satu kelebihan buat rumah aku... Hehehehe... Alhamdulillah, ketika perlawanan berlangsung, aku tidak mempunyai sebarang masalah untuk mempertahankan gol dan memasukkan bola di jaring lawan... Rasa seronok bila dapat bermain bersama rakan2 yang lain... Kalau diikutkan, sepatutnya kami bergilir-gilir mengambil peluang beraksi diatas gelanggang... Tapi aku rasa pelik, dari awal sampai la akhir, aku tak pernah keluar gelanggang... Asal game mula aje, mereka suruh aku main sampai la game habis... Aku pun jenis tak kesah, main ajelah... Syukur, alhamdulillah aku tak 'pancit' macam orang lain... Hehehehe...

Photobucket
Show waktu penutup... The Ethics Band... Ni kira band dr syarikat aku...

Photobucket
Persembahan berkumpulan dari Rumah Hijau... Menarik!...

Photobucket
Persembahan berkumpulan dari Rumah Merah... OK gak...

Cuaca ketika itu memang amat panas... Aku rasa macam aku terjun dalam kuali yang penuh dengan minyak panas!... Rasa macam kena bakar je... Tapi disebabkan jadual perlawanan telah ditetapkan begitu, aku dan rakan sepasukan yang lain terpaksa meneruskan perlawanan; bermain seperti biasa... Gelanggang pun cuma satu sahaja... Tak ada indoor court... Walaupun bermati-matian bermain, segala penat lelah dan perit jerih menahan panas, akhirnya pasukan aku berjaya menjadi JOHAN untuk perlawanan bola keranjang tahun ini!... Satu peningkatan kerna tahun lepas, kami hanya berjaya menduduki tangga kedua sahaja... Alhamdulillah.....

Photobucket
Jamal Abdillah sedang beraksi... OKlah, suara masih lagi seperti dulu...

Itu satu berita gembira, saat yang paling manis buat diri aku dan rakan2 Rumah Hijau yang lain apabila kami dinobatkan sebagai JUARA KESELURUHAN Karnival Gempak kali ini!... Terkejut juga kerana kami tidak menjangka bahawa kami berjaya merebut takhta kejuaraan tahun lepas dari Rumah Kuning... Sukar untuk kami agak, ketika perlawanan game sedang berlangsung, setiap rumah mempunyai kekuatan yang tersendiri... Jadi, peluang tu ada, mungkin tiada... Tahniah pada mereka yang telah menyumbangkan mata dan seterusnya memastikan kejuaraan kali ini berada didalam tangan...

Begitulah ceritanya... Selebihnya, biarlah gambar2 menceritakan tentang apa yang berlaku... Semestinya, kenangan ini tidak akan dilupakan oleh semua terutamanya mereka2 yang bertungkus-lumus menjayakan aktiviti ini... Pada yang menang, kilauan pingat sudah pasti akan mengimbau kembali detik2 bersejarah dimana kejayaan tersebut dicapai...

Semoga bertemu kembali di Karnival Gempak III, 2009... Insya Allah.....

Sunday, 22 June 2008

Ape punya tajuk da....

Anyway, sebagai manusia biasa, aku yakin kita semua mesti pernah merasai perasaan benci tentang satu2 perkara.. Betul tak?

Selama aku hidup, ada beberapa perkara yang aku benci untuk lakukan... Antaranya: -

  1. Aku benci bila orang 'dajjal' kan aku... Waktu aku sekolah dulu, aku seorang yang pendiam dan banyak mengalah... Kira ada jugakla budak2 kat dalam sekolah aku tu kenakan/dajjal kan aku... Kebanyakkan mereka2 ni senior2 yang memang samseng besar dalam sekolah... Kalau terkena, terpaksa terima... Tapi aku bersyukur sebab kebanyakkannya aku dapat mengelak (melarikan diri)...


  2. Aku benci bila orang paksa aku buat sesuatu yang aku TIDAK SUKA... Aku rasa kalian semua pun macam tu gak kan?... Tapi aku memang jenis cepat 'cair' dan mengikut bila orang merayu-rayu kepada aku meminta pertolongan... Akhirnya, aku buat juga...


  3. Aku benci bila aku dah buat sesuatu kerja, orang tak hargai dan kondem kerja2 aku... Lebih2 lagi kalau kerja yang aku buat tu memang susah dan rumit giler!... Aku bukanla jenis yang makan dipuji ni... Aku tak heran kalau orang tak puji hasil kerja aku... Tapi aku tak boleh terima kalau orang kondem/kutuk/caci kerja yang aku dah buat (lebih2 lagi kerja yang rumit...) Bagi aku, orang yang suka kondem/kutuk/caci dan sewaktu dengannya adalah mereka yang tak tahu apa2... Kalau dia orang buat, adakah hasilnya sebaik kerja2 yang aku dah buat??....


  4. Aku paling benci bila orang menghina aku dikhalayak ramai... Memperkecilkan diri aku seolah-olah aku ni hina dan teruk sangat... Setakat ni, takde lagi yang buat macam tu sebab aku jenis menghormati orang yang berhadapan dengan aku... So, I guess if we respect people, we'll get the same in return, right???....


  5. Aku benci bila aku terperangkap didalam masalah yang bukan berpunca dari aku... Aku akui, memang aku suka tolong orang... Dan beberapa kali juga aku terperangkap dengan masalah orang lain akibat suka menolong ini... Yang bestnya, orang tu buat bodoh dan buat tak tahu saja... Aku lak yang terkontang-kanting sorang2... Ape kes??? Jadi sekarang, aku tak tolong orang!... Lantaklah diaorang la... Tapi hati rasa tak tenteram lak... Rasa macam aku ni jahat aje...


  6. Aku memang pantang kalau orang ambil dan pakai barang2 aku tanpa minta izin... Aku bukanlah jenis kedekut nak bagi pakai/pinjam, tapi kita kan ada budi bahasa?... Tak boleh ke minta izin dulu sebelum ambil/pakai?... Itu satu, yang hebatnya bila dah ambil tanpa pengetahuan aku, lepas tu buat macam harta sendiri... Buat2 lupa dan tak pulang balik!... Amboiiiiiiiiiii...


  7. Aku benci bila berada didalam situasi dimana aku harus membuat keputusan yang sukar dicapai... Maksud aku, jika aku ada dua pilihan; A dan B, kedua-dua pilihan itu memang aku perlukan dan aku tidak boleh membuat keputusan... Aku paling tak suka berada didalam situasi ini... Pengorbanan itu amat menyakitkan...


  8. Aku paling tidak suka bila berada ditempat yang sesak, kotor dan tidak terurus... Entah, dah memang sifat semulajadi aku suka pada tempat yang tenang, bersih, aman dan damai... Tempat yang aku paling suka duduk; bilik tidur aku!....


  9. Aku tidak suka jatuh sakit... Ya, sakit itu bukanlah sesuatu yang kita pinta... Penyakit itu adalah satu peringatan Allah kepada kita supaya kita sedar akan kewujudan kita diatas muka bumi ini... Sebagai manusia, kita harus redha dan sentiasa kembali bertaqwa kepadaNya serta menunaikan apa yang telah disuruh kepada kita... Alhamdulillah, setakat ini aku sentiasa menjaga kesihatan aku supaya tidak jatuh sakit...


  10. Aku benci bila berada disatu-satu tempat, aku tak tahu nak buat apa... Rasa macam orang hilang arah aje... So, selalunya kalau aku pergi somewhere, aku akan buat diri aku ni berguna... Buat je ape2 kerja yang patut... Kalau takde kerja, aku akan buat hal sendiri...

Ape lagi ek?... Errrmmmm... Udah2 la tu dulu... Makin banyak aku tulis, makin banyak lak perkara tentang aku yang kalian akan tahu... Hehehehe... Apa yang aku huraikan diatas adalah sedikit sebanyak perkara yang aku tak suka/benci... Bagaimana pula dengan kalian?

Mind, sharing with me???....

Saturday, 21 June 2008

Masa aku menunggu kereta aku hendak diservis tadi, aku duduk di bilik menunggu pusat service tu sambil menonton TV...

Waktu tu, ada satu rancangan mendedahkan tentang isu makanan ringan yang dijual di sekolah... Tidak kira lah, sekolah rendah mahupun menengah... Memang akan ada peniaga yang menjual makanan ringan ini...

Rancangan tu juga menunjukkan beberapa imej dimana beberapa peniaga sedang rancak menjual makanan ringan kepada pelajar terutama sekali ketika/selepas sesi persekolahan tamat... Begitu banyak gerai didirikan ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan... Kebiasaannya, gerai2 ini tidak pernah lengang malah ianya saban hari semakin bertambah... Adakah ini satu petanda yang baik untuk anak2 kita?

Persoalan yang diketengah didalam rancangan itu ialah mengenai kecenderungan anak2 kita membeli dan memakan makanan ringan serta kesan daripada budaya memakan makanan tersebut...

Pendapat aku, isu ini amat sukar untuk dibincangkan kerana rakyat kita memang suka memakan makanan ringan... Jangan kata kanak2, orang dewasa pun suka memakannya... Memang kalau diikutkan, kita tidak seharusnya mengamalkan memakan makanan ringan kerana terdapat bahan2 yang boleh memudaratkan kesihatan kita... Kita juga digalakkan supaya memakan makanan yang berkhasiat daripada makanan ringan ini...

Hakikatnya, kita juga tidak boleh membendung kerana kehadiran makanan ringan didalam pasaran kita adalah sesuatu yang biasa... Malah, kita dapat bandingkan ketika kita kecil2 dahulu, nak dapatkan Cheekerdees pun payah... Sekarang, makanan ni berlambak dipasaran... Inilah perbezaan dahulu dan sekarang...

Walaupun banyak pendekatan telah dibuat mengenai keburukan makanan ringan ini, namun hasil untuk mengawal kewujudannya kurang memberangsangkan... Kita dapat lihat kebanjiran makanan ringan setiap hari didalam pasaran negara kita... Sambutan terhadap makanan ringan ini tetap tinggi dan ini memberi peluang kepada pengusaha makanan untuk menghasilkan lebih banyak makanan ringan bagi menampung permintaan ini...

Jadi, siapa yang harus bertanggungjawab dalam menangani isu ini? Nak salahkan pengusaha? Mereka hanya menjalankan aktiviti perusahaan mengikut cara yang betul... Begitu juga dengan peniaga... Matlamat mereka ialah mencari keuntungan dari makanan ringan yang dijual... Jadi, adalah tidak wajar jika kita hanya menuding jari kepada mereka...

Renung2 kan............................

Friday, 20 June 2008

Ape perasaan kalian bila dapat tahu rakan karib kalian telah melangsungkan perkahwinan dan kalian tidak berpeluang untuk menghadiri majlis dia?...

Itulah yang aku rasa sekarang ini... Aku rasa sangat terkilan... Terkilan kerana aku tidak berkesempatan menghadiri majlis perkahwinan kawan aku... Kami boleh dikatakan rapat... Dia pernah bekerja satu bahagian dengan aku dulu... Ketika itu aku baru saja bekerja dan dia pula merupakan pekerja sementara yang membantu kami menghabiskan kerja2 tertunggak... Kalau tak silap aku, tahun 1999 kot...

Photobucket

Memang rezeki dia tak panjang, selepas beberapa bulan, dia menerima tawaran kerja dari syarikat lain... Walaupun dia resign, hubungan persahabatan kami tetap seperti biasa... Malah, lebih akrab dan kukuh!... Kami selalu berhubung melalui telefon dan e-mail... In fact, sehingga ke hari ini aku dan dia masih lagi keep-in-touch... Kami selalu berbual didalam Yahoo Messenger bertanyakan khabar berita dan cerita masing2... Cuma kami dah lama tak bersua muka sahaja...

Photobucket

Sebenarnya, aku tak tahu pun dia dah kahwin sehinggalah aku bertanya padanya semalam... Itupun sebab aku tergerak hati nak tanya pasal life dia... Kalau tak, sampai bila2 aku tak tahu... Dia pula tidak bercerita dan aku rasa mungkin dia terlupa nak bagitau aku...

Memang dia mengaku, masa dekat2 nak kahwin tu, dia terlalu sibuk dengan kerja dan persiapan perkahwinan... Sehinggakan banyak kerja2 kahwin dia diuruskan oleh adik beradik yang lain... Dia dah tak boleh nak fikir; apa yang dia nak kena buat... Dia juga memohon ampun dan maaf kerana terlupa nak jemput aku dan kawan2 yang lain...

Photobucket

Bagi aku, aku faham... Memang ramai di antara kita-kita ni akan terlupa kawan2 yang lain bila melangsungkan sesuatu majlis yang besar... Sebab tu kita memerlukan ramai orang untuk membantu kita... Kalau nak buat sorang2, memang pengsan la jawabnya...

Photobucket

Walaupun aku tak berpeluang menghadiri majlis dia, aku cukup gembira seorang lagi kawan baik aku telah pun selamat mendirikan rumahtangga... Dan secara tidak langsung, maka berkurang la seorang lagi 'single' dalam group kami... Makin lama, makin sikit dan sudah pasti giliran aku akan tiba...

"Hmmm.... Bila la agaknya aku nak kahwin ye?"... Hehehehe....


Nota kaki: -
Selamat pengantin baru buat rakanku Shah... Semoga hang berbahagia bersama Linda sehingga keakhir hayat!... Nanti hang dah dapat baby, jangan lupa nak bagitau aku pulak... Hehehehehe....

Gambar : Kredit kepada Jurugambar - Saudara
Mohsin Mohamed

Thursday, 19 June 2008

Assalamualaikum dan salam hari Khamis buat semua pembaca blog aku...

Baru2 ni, aku bersama beberapa rakan sepejabat berkesempatan pergi ke Kelab Golf Bukit Kiara untuk menikmati hidangan tengahari... Well, I would categorize it as lunch eventhough there is no 'nasi' and all those lauk pauk yang selalu kita hadap didepan meja makan...

We had "dim sum" over there... Very tasty and nice!...

Aku sebenarnya bukan pandai sangat nak makan makanan bukan Melayu ni... Semuanya kerna boss aku yang bawak... Aku pulak, memang tak pernah makan benda2 ni, so bila dah ada depan mata, belasah jelah... Risau gak kalau2 tak sedap atau tak kena dengan tekak aku...

Nasib baiklah aku jenis yang tak cerewet dengan makanan... Apa yang ada, aku makan aje... Yang penting, bersih dan halal... Aku memang suka makan dan setakat ni, banyak gak menu aku dah cuba... And, I'm lucky because I never gain weight eventhough I eat so much... Mungkin kadar metabolisme aku sangat tinggi kot... Asal makan, digest dan pi tempat lain... Hehehehee..

Aku akui, memang dim sum kat Bukit Kiara ni sedap... So far, memang takde tempat lain (aku tak tahulah kalau ada yang lagi sedap) selain kat sini... Aku pernah makan dim sum kat Quality Hotel, but sorry to say, dim sum kat situ dah tak sesedap dulu... Dah kureng sikit... Variety pun tak seberapa...

Insya Allah, ada rezeki nanti aku nak pergi lagi... Ada sesiapa nak join???.........


Nota kaki: -
Aku tak snap pun gambar waktu makan tu... Ni gambar2 "dim sum" yang aku makan tahun lepas kat Quality Hotel... Kalau kat Bukit Kiara, pilihan lagi banyak... Kat Quality Hotel, sikit.... :)



Photobucket


Photobucket


Photobucket

Wednesday, 18 June 2008

Aku kebosanan...

Hari ini, aku nak kena siapkan bahan2 untuk satu projek IT yang diamanahkan kepada boss dan juga aku... Yang tak sedapnya, projek ni ada dateline dan mesti diselesaikan sebelum tiba tarikhnya...

Kalian nak tahu bila?...

It's on June 30th... Arrrrggghhh.... Tinggal beberapa hari saja lagi... And then, aku dan boss aku masih lagi dalam keadaan kelam kabut... Itu tak ada, ini tak ada... Komunikasi dengan pihak ketiga (vendor yang sepatutnya buat semua ni) memang tak pernah wujud... Semuanya melalui orang lain...

Kalian tau sajalah, kalau dah banyak sangat campur tangan, jangan haraplah dapat buat dengan baik... Ada saja yang kurang... Dari segi respon pulak, tak perlulah aku terangkan... Bila dateline dah dekat, seorang demi seorang bersuara...

Aku bosan buat kerja macam ni... Selalunya, kerja2 yang aku lakukan, aku lebih suka buat dan siapkan sendiri tanpa bergantung pada orang lain... Inilah salah satu sebabnya... Aku memang pernah terkena sebelum ni dan selepas kejadian tu, memang aku tobat tak mau guna 3rd party lagi... This time around, aku tak ada choice... So, I guess aku kena terima lah seadanya...


Nota kaki:-
Yang nak diubah dan dinaiktaraf terlalu banyak!... Itu nak, ini pun nak... Tapi kerja, masih lagi tak jalan...

Tuesday, 17 June 2008

Bila aku sampai office, benda yang pertama yang aku akan buat ialah mengadap sarapan pagi aku...

Memang sejak dari dulu, mak akan bekalkan aku dengan sarapan ketika aku hendak pergi kerja... Sudah menjadi rutin dia setiap pagi dan kebiasaannya, aku tidak pernah menolak apa yang diberikan kepada aku... Bagi aku, apa saja pemberian dari ibubapa kita adalah yang terbaik... Aku rasa bertuah kerna mak aku sanggup menyediakan semuanya... Jadi, mengapa perlu aku duduk bujang bersendirian sedangkan aku ada keluarga yang sentiasa mengambil berat mengenai aku?...

Selepas selesai, aku akan terus ke pantri untuk mencuci apa yang patut dan selepas itu aku akan duduk dikerusi menikmati minuman kegemaran aku... Tahu tak ape dia?...

Air kosong.............

Photobucket
Thumbler ni memang tak pernah kosong... :)


Ya, aku memang suka minum air kosong setiap pagi... Teguk pun, bukan satu dua cawan... Satu thumbler aku hentam... Entah, aku rasa nikmat sangat bila minum air kosong ni... Especially yang suam2 kuku (tidak panas, tidak sejuk)...

Kalau orang lain, sudah pasti berbungkus teh tarik, milo panas, kopi dan sebagainya... Aku memang jarang minum air manis, in fact aku elakkan minum air manis diwaktu pagi... Selalu kalau minum pun, waktu minum petang (kalau aku rajinlah)... Aku rasa, bila aku minum air manis; rasanya tidak sepuas minum air kosong.... Perasaan itu lain...

Berapa ramai antara kita yang memang minum air kosong aje setiap hari?... Aku rasa rakyat Malaysia memang kurang minum air kosong ni... Macam mana aku tau?... Sebab setiap pagi aku dapat lihat, kedai mamak serta gerai2 akan dipenuhi orang dan kebanyakkan mereka memesan air bergula berbanding air kosong...


Nota kaki: -
Kat office, aku teguk 3-4 kali (full) thumbler air kosong... Pagi sekali, tengahari dalam 2-3 dan kadang2 petang sekali... Kalau kat umah, toksah cite la... Asyik2 pergi dapur minum air... Memang dah jadi tebiat aku dah.... Tu pasal kulit aku halus mulus... *tetiba

Hehehehehee...

Just a gentle reminder pada semua kawan2 yang melawat blog aku ni...

Lately ni, aku gerenti... Mesti kalian ada terima satu, dua e-mail dari Maybank Berhad la, CIMB Berhad la dan lain2 bank terkemuka kat Malaysia ni... Isi kandung e-mail tu menghuraikan mengenai perihal akaun kalian yang menghadapi masalah keselamatan (security features) dan minta supaya log in melalui link yang diberikan didalam e-mail tersebut...

Aku nak ingatkan kalian, "JANGAN GATAL TANGAN PERGI CLICK KAT LINK TU, DAN KEY IN ID DAN PASSWORD KORANG!!!!..."

Kalau nak selamat, jangan ikut instruction yang diberi... Tahu tak kenapa?... Sebab e-mail yang dihantar tu sebenarnya adalah e-mail SPAM yang kerjanya takde benda lain nak merodok akaun bank kalian... Jadi, kalau tak nak duit dalam akaun tu licin licau dikerjakan oleh orang2 yang tidak bertanggungjawab ni, baik kalian delete je e-mail hawau ni...

Aku memang dah lama tau pasal benda ni... Baru2 ni aje aku berpeluang dapat e-mail ni dan bila aku dapat, aku tergelak besar... Kot ianya pun nak menipu, biarlah berhemah sikit... Ingat aku ni baru sehari dua ke guna internet/internet banking ni??... Aku takkan tertipu dengan helah yang digunakan dan kalau benar pun akaun aku ada masalah, pihak bank akan terus menghubungi aku... Kalau aku keluar duit melebihi limit atau aku issue cek dari current account aku pun, dia orang akan call... Just to confirm... So, why should I worry about my account??....

Satu lagi yang bengong nya tentang e-mail yang dihantar ni... Terang-terangan benda ni SPAM... Cuba kalian perhatikan image kat bawah ni, tengok sape penghantarnya... Kalian perasan tak domain e-mail tu ada dua titik?... Selama aku menggunakan e-mail dan internet, tak pernah pulak aku jumpa domain e-mail dari mana2 sistem atau laman web yang menggunakan dua titik (
xxxx@maybank..com.my)... Tak tahulah, aku mungkin tersilap sebab aku bukan pakar IT...

Photobucket
Tengok betul2... Memang lawak...


Sebelum ni lagi best, aku dapat e-mail yang sama yang alamatnya
xxxx@may.bank.com.my... Tak ke bengong tu?.... Hehehehehehe... Oh ya, pernah juga aku dapat e-mail yang dihantar oleh CIMB Bank cakap pasal benda yang sama... Yang lawaknya, selama aku hidup atas muka bumi ni, tak pernah aku bukak akaun kat CIMB... Cam mane lak aku leh dapat notification pasal account aku???... Hehehehehe...

OK, aku harap kalian semua tak tertipu dengan taktik 'kotor' ni... Memang kalau baca isi kandung e-mail tu, kalian akan jadi ter'excited' dan risau sebab ayat yang digunakan memang akan meyakinkan kalian untuk masuk menggunakan link yang disediakan... Padahal, tu semua taktik nak menipu kalian sebenarnya... Jika kalian rasa ragu2 tentang duit kalian dalam bank tu, jangan panik, call pihak bank atau pergi ke kaunter dan confirmkan betul ke akaun kalian ada masalah... Aku gerenti, mesti Customer Service Officer tu kata semuanya OK...


Nota kaki:-
Lupa nak bagitau, benda ni untuk mereka2 yang menggunakan internet banking dan selalu buat transaction... Andaikata kalian takde kemudahan tu atau tak pernah enroll for that facility, dah terang-terangan kalian tau ianya satu penipuan...

Monday, 16 June 2008

Tanpa aku sedari, hari ini genaplah sudah 11 tahun aku bekerja disyarikat tempat aku bekerja sekarang...

Bayangkan, betapa lamanya aku mengabdikan diri disini, tanpa mengintai dan bertukar ke tempat lain... Semua jabatan aku jelajahi dan alami kecuali Bahagian Kewangan (sebab aku takde experience nak handle account)... Macam2 kerja telah aku lakukan... Semuanya banyak memberikan pengajaran yang sangat berguna kepada aku...

Kalau sesetengah orang, memang tidak boleh duduk diam... Selepas lima tahun, mula la gatal nak berhenti dan cari kerja lain... Tetapi tidak bagi aku... Aku adalah seorang 'kuli' yang setia pada satu syarikat sahaja... Aku rasa kekok, tidak mahir dalam bab bertukar-tukar kerja ni... Memang tidak pernah terlintas difikiran aku pun selama ini...

Tidak tahulah kalau dikemudian hari... Mungkin aku akan mengambil keputusan mengejut untuk meninggalkan kerjaya aku sekarang dan mengorak langkah ke kerjaya baru... Jika keadaan memaksa dan aku terpaksa mencari jalan keluar, maka aku harus membuat keputusan...

Kalau di ikutkan, tangga kerjaya aku tidak banyak berubah sehinggalah baru2 ini... Itupun, sudah jenuh supervisor aku melobi aku ke pihak atasan... Banyak betul saringan yang dilakukan keatas aku... Begitu liat; seolah-olah tak nak bagi aje... Walhal, dah macam2 benda aku dah buat...

Ramai juga yang mencucuk dan tidak kurang juga yang menyokong aku dari belakang... "Bodoh la engkau duduk kat sini lama2... Rugi aje... Pergi la apply kat tempat lain... Orang macam kau ni tak layak duduk sini... Ni kerja org bawahan!..."

Sedapnya mereka2 yg bercakap... Memang tidak berlapik betul bila berkata-kata... Ingat senang ke nak berhenti kerja ni?... Pulak tu dengan keadaan ekonomi sekarang yang tidak menentu... Lagilah... Aku tak sanggup nak ambil risiko!... Ditambah pula dengan keadaan aku sekarang, agak sukar untuk aku memboloskan diri mencari peluang terbaik dalam kerjaya aku...

Insya Allah, masanya akan tiba kelak... Aku tidak perlu terburu-buru...

Sunday, 15 June 2008

Photobucket

Aku dah loss control...

Entah dah berapa banyak kata laluan aku ada sekarang ni... Asal aku masuk aje laptop/PC aku, macam2 kata laluan yang nak kena aku 'retrieve' dan key in...

Bayangkan la... Aku datang office, semua system nak kena key in ID & password... Kadang2 sampai aku sendiri tak tahu, apa ID dan password aku... Lupa password boleh dimaafkan lagi sebab boleh request semula untuk password yang baru... Tapi kalau lupa ID, macam mana pula? Kebanyakkan system dipejabat aku tidak menyediakan kemudahan untuk retrieve user ID...

Masak la aku kalau macam ni....

Apasal la mereka tak ringkaskan aje semua system ni... Sepatutnya bila kita menggunakan komputer, benda ni seharusnya memudahkan bukan menyusahkan lagi... Tambah rumit, bila System Administrator meletakkan 'policy' untuk semua system ni... Tiap2 bulan kena tukar password!... Pastu, tak boleh 'repeat order'; guna balik password yang telah digunakan sebelum ni... Adehhh....

Bila kita lihat secara teliti, memang ada baik buruknya... Satu kebaikan guna kata laluan ialah ia dapat mengelakkan butiran peribadi kita daripada dicuri dan diguna pakai oleh orang lain... Semuanya untuk protection dan defense kita gak... Tapi kalau dah banyak sangat sistem, pening gak kepala nak fikir; kata laluan ape lagi nak letak?... Kalau satu dua sistem, takpe... Pastu, setiap satu sistem memang unik, tiap2 satu ada condition yang tersendiri...

Aku rasa macam nak propose aje, instead guna password, boleh tak guna cara lain?... Contoh, guna thumb print ke?... Kan senang tak payah nak ingat dan key in password... Sah2 si empunya diri yang akan log in dan bukan orang lain... Best gak dapat implement cara ini...

Heheheheee.....


Nota kaki:-
Aku ada dekat 20 password nak kena ingat untuk aplikasi yang digunakan di pejabat aku... Tu belum masuk lagi benda personal yang aku gunakan diluar (seperti G-Mail, Yahoo, Photobucket, WAYN dan sebagainya...) Rasa macam nak beli buku 555, tulis semua password2 ni... Tapi tak boleh, takut nanti ada orang lain jumpa, dia guna lak ID aku...

Sumber gambar : Credit to bmajnun.wordpress.com
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.