Saturday 6 January 2007

Seharian aku terperap aje kat umah... Tak tahu nak buat apa... Hari Sabtu memang off day company aku... So, bila tiba aje hari Jumaat, aku mesti dah fikir awal2 untuk program keesokkan harinya...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Usually, member baik aku memang akan ajak keluar tapi today, dia tak telefon2 aku langsung... Pelik! Selalunya, telefon aku pantang senyap... Berbunyi aje.... Ade saje yang call cakap pasal itu, pasal ini... Yang paling banyak sekali call, member baik aku tulah... Mungkin dia sibuk kot hari ini... Last week pun, dia datang office walaupun hari Sabtu adalah hari cuti... Kesian dia...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Memandangkan aku bersendirian hari ini, aku decide untuk lepak aje kat rumah... Buat ape yang patut... tolong mak aku, kemas kamar tidur dan sebagainya... So, masa aku tengah leka leka buat kerja tu, member aku ni call nak ajak keluar... Perghh... Aku ingatkan, aku boleh ler lepak kat umah, rupanya kena keluar gak... Tak kesahlah tu, member baik punye pasal, aku ikut aje... So, kami keluar dan terus ke Taman Tasik Titiwangsa... Ikut kata member aku, hari ini kat Taman Tasik memang meriah! Katanya, ada perasmian Tahun Melawat Malaysia 2007 kat sana... Wahh !! Mesti ramai orang dan ada konsert serta gimik...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Member aku nie keje kat Kementerian Pelancongan, so masa kat sana, aku berpeluang berjumpa dengan beberapa orang kuat kerajaan... Dia orang nie tak seperti yang kita jangkakan... Tak sombong dan kadang2 gila gila jugak... Aku lihat Taman Tasik tadi dihias indah bermandikan cahaya lampu dan hiasan... Memang cantik giler!! Yang aku tak tahan cuma ramai orang lah.... Segala lapisan masyarakat aku jumpa... Hitam, putih, coklat... semualah... Pelancong asing pun ada sekali untuk menyaksikan majlis yang gilang gemilang ini... Kalau kalian tak suke tempat sesak, eloklah korang duduk rumah aje sebab dalam TV pun, ade siaran langsung... Aku pergi pun atas kapasiti jemputan kawan dan aku berpeluang duduk dikalangan media dan dapat melihat pelancaran dengan lebih dekat...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Aku banyak spent masa looking around melihat keadaan sekeliling... Majlis pelancaran berlangsung meriah dan disertai dengan persembahan bunga api serta konsert artis artis tempatan... Aku sempat ler tengok Anita Sarawak dari dekat, Nora, Mawi dan sebagainya... Banyak gak artis yang buat persembahan malam tu... And then, aku sempat tengok pelancaran "Eye of Malaysia" yang merupakan sebuah ferris wheel yang dibina diatas beting pasir ditengah tengah tasik... Kalau kat London, depa bina berdekatan dengan London Bridge depan sungai, kat Malaysia kita bina atas tasik... Yelah, sungai kat Kuala Lumpur nie mane ade yang bersih... Takkan nak promote sungai kotor kat pelancong... Heheheheheeee...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Member aku ade cakap, masa pelancaran, Pak Lah akan naik dulu bersama orang kanan kerajaan... so esok barulah ianya akan dibuka pada orang ramai.... Harga tiket kalau tak silap aku dalam RM15 sekali naik.... Dia akan jalan 6 pusingan so, adelah peluang penumpang berada di atas sekali dan mengambil gambar pemandangan seluruh Kuala Lumpur... Aku ingat, aku nak naiklah... Sekali sekala, nak jugak tengok pemandangan.... "Eye of Malaysia" ni dibuka bermula esok sampailah cukup setahun (masa penutup Tahun Melawat Malaysia ianya akan ditutup)... Korang rasa, berapalah kos depa nak buat semua ni ye???
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Then, sesudah pelancaran, kami rewang2 sekitar tasik dan sempat singgah dibeberapa gerai yang telah dibuka untuk pengunjung... Aku dapat lihat gerai ini dibuka mengikut negeri yang terdapat dalam Malaysia... So, setiap gerai akan memperkenalkan hasil dan produk dari negeri masing masing... Paling banyak ialah masakan dan makanan... Maklumlah, orang Malaysia nie suke makan, so kalian bayangkanlah betapa banyaknya menu makanan yang boleh kita dapati kat gerai2 ini...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Dah penat berjalan, aku dan member balik rumah... Memandangkan jalan kesemuanya tutup, aku decide untuk jalan kaki aje... Aku letak kereta kat stesen LRT Sentul, adalah dalam 20 minit berjalan kaki... Aku tak rasa penat sebab kawan aku asyik borak aje... Tak delah boring sangat... Sedar2 aku dah sampai...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Anyway, kalau korang tak de hal, boleh lah pergi ke Taman Tasik esok... Aku tengok buku aturcara, memang banyak program yang dia orang susun untuk pengunjung... So, kalau nak bawak anak anak ke, awek ke, balak ke, mak, ayah, abang, kakak, adik.... silakan... At least, kalian boleh bersantai dengan insan tersayang dihujung minggu....
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

0 comment:

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.