Tuesday 6 March 2007

Hari ini, aku kembali semula ke tempat kerja seperti biasa... Semalam semua orang telah kembali bekerja tapi tidak bagi aku... Pihak syarikat telah meluluskan cuti berkecuali untuk aku berehat dirumah... Walaupun penat, namun aku rasa seronok kerana bukan sahaja aku puas dengan apa yang telah aku lakukan, tapi rasa berbangga kerana hampir kesemua yang hadir dihari tersebut pulang dengan seribu satu senyuman... Masing2 tidak henti henti berbual dan memperkatakan tentang keindahan dan kehebatan karnival yang julung2 kali diadakan ini... Aku pun tak sangka, ramai yang rasa seronok dan memuji pengelolaan karnival walaupun masih terdapat kekurangan disana sini... Aku berterima kasih kepada mereka2 yang telah banyak menyumbang dan membantu dalam menjayakan program kali ini... Bila aku bukak e-mail dipejabat, aku dapat lihat banyak e-mail yang masuk mengucapkan tahniah atas kejayaan karnival beberapa hari yang lepas... Yang paling ketara ialah ucapan tahniah atas kejayaan kumpulan aku dalam acara persembahan malam 3 Mac yang lepas... Syukur aku kepada Allah kerana kumpulan aku dinobatkan sebagai Johan dalam kategori persembahan berkumpulan... Menang dapat RM 2 ribu, beb!! Rasa gembira kerana segala penat lelah aku dan kawan2 akhirnya membuahkan hasil... Kenangan manis seperti ini memang sukar untuk aku lupakan kerana inilah pertama kalinya apa yang aku cuba lakukan dihargai oleh pihak2 tertentu malah ada yang memerlukan aku untuk menjayakan sesuatu projek dimasa yang akan datang... Well, aku kena fikirkan terlebih dahulu sebab adakalanya, aku perlu berikan perhatian untuk diri aku sendiri... Thanks to those people yang selalu menyokong aku dari belakang especially CEO aku sendiri, En. Zainal Abidin Mohd Noor... Aku sungguh tak sangka, aku boleh menari rupanya... Rasa kelakar pun, ye gak... Tapi itulah aku... Sesekali, kena juga cuba buat benda yang baru!!... Kadang2 kita tidak tahu kemampuan dan kehebatan kita dimana sehinggalah kita mencubanya... Of course, dengan keyakinan dan sokongan dari orang terdekat akan menyemarakkan lagi usaha aku untuk berjaya... To all my friends and gang, thank you very much and just wanna let you know, "You are the BEST among the BEST!!!" Keep it up!!!

0 comment:

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.