Tuesday 24 April 2007

Lenguh2 badan aku nih... Mane taknya, dah ler hari Sabtu dan Ahad yang lepas aku gie kursus... La ni semalam ngan hari ini... Gie kursus lagi!!!.... Adoooiiiiiii... Tak habis2 dengan kursus lah aku ni... Keje kat office tu dah melambak lak tu... Handphone asyik berdering... Member tanya ape dah jadi kat aku tak masuk office 2 hari!... Tahu lak dia orang risau aku takde... Heheheheee... Anyway, semalam dah hari ini aku gie attend course lain lak... Sebelum nie 100% pasal knowledge tapi kali ini pasal motivasi diri atau dalam bahasa Inggeris, My Development... Company aku nie memang suka berbelanja buat semua course ni... Semua ni untuk kebaikan staff dalam company aku gak... Tambahan lak, time dah merge nih... Lagilah ramai orang dan kursus macam nie dapat membantu mereka semua untuk menghadapi semua cabaran... Pasal course nie memang seronok, aku dapat kenal ramai orang... Budak2 yang tak pernah aku jumpa pun ada... Ada tu, yang aku kenal muka sebab selalu terserempak kat lobby dan sebagainya tapi aku tak tahu nama!... Ade yang kenal aku, dan aku rasa segan sebab aku tak kenal dia orang... So, during classroom session, aku mengenali dan tahu banyak pasal dia orang... Dalam masa yang sama, aku develop diri sendiri, belajar benda baru, atasi segala kelemahan dan kekurangan dan sebagainya... Overall, aku rasa seronok untuk semalam dan hari ini walaupun agak penat sedikit (sebab banyak aktiviti)... Aku harap, kenangan dan pengalaman macam nie takkan aku lupakan... Semua bahan perbincangan serta perkara yang aku buat bersama rakan rakan akan disimpan rapi... Cuma aku sedikit geram dan frustrated sikit pagi semalam.. Tau kenape? Aku bengang dengan cara sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur ni... No wonderlah orang lebih suka bawa kereta sendiri daripada naik bas atau train... Contoh yang terbaik macam semalam la, masa aku dalam perjalanan nak pergi ke tempat kursus, aku naiklah kenderaan awam... Sebabnya, aku malas nak drive dan menghadapi traffic jam kat KL ni!... So, aku dengan confident nya keluar dari rumah lebih kurang pukul 7.00 menuju ke stesen bas Rapid KL... Actually, jarak dari rumah aku ke stesen STAR @ PUTRA agak jauh sebab rumah aku nih berada di tengah2 antara dua stesen ni... Komuter pun sama gak... So, kalau nak naik tren, aku 2 pilihan... Sama ada aku jalan kaki ke stesen (which I've done before and very tiring plus sweating) ataupun aku naik Rapid KL @ cab terus ke stesen... So, since aku nak gie course... Aku malasla nak berpeluh... Jadi aku pilih untuk naik bas aje... Tunggu punye tunggu, bas tak muncul2... Dekat 30 minit, barulah nampak sebijik... Waktu tu, jam dah pukul 7.40 pagi.... And then naik bas, terus jalan... Aku ingatkan bas tu akan menuju ke stesen LRT tu, rupanya dia pergi tawaf dua tiga kali kawasan perumahan tu... Rasionalnya, dia nak kasi penuh satu bas... Aku dah mula panas dah dalam bas tu asyik pusing2 bawak aku jalan jalan... Alu dah ler nak cepat... Dah tawaf dua tiga kali, barulah dia gerak ke stesen LRT... Sampai aje, jam dah pukul 8.05 minit... Aku naik risau, sempat ke tak aku nak sampai nih?... Nasib baiklah STAR takde problem... So far, aku rasa STAR lagi bagus dari PUTRA... Tak pernah menyusahkan orang... Tren pun selesa dan banyak tempat duduk!... From STAR, aku turun kat Masjid Jamek dan ambil PUTRA terus ke KLCC... Korang nak tahu apa yang aku lalui kat sana? Haa.. ni hati aku sekali lagi menggelegak nih... Kalau ada orang tegur aku masa tu, memang kenalah time tu... Aku turun aje dari tangga escalator tu, aku terkejut dan bengang sebab kat bawah tu dah padat macam ikan sardin!... And then, semua orang kene beratur macam perhimpunan sekolah... Ekor barisan tu sampai bengkang bengkong sebab terlalu ramai sangat orang... Bila tren sampai, memang ler ramai yang keluar, tapi yang nak masuknya, cuma lepas berapa kerat aje...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Kat situ aje, aku dah buang masa dekat 45 minit!!.. Aku dapat naik tren dekat pukul 8.50 macam tu... Tu pun aku menyelit kat hujung pintu... Nasib baik lepas.. Aku dapat rasa, aku memang tak sempat sampai dah nih... Dengan berhimpit himpitnya, tobat aku tak nak lagi naik PUTRA pagi2 buta... Aku perasan, tren menghala ke Kelana Jaya memang banyak kosong, tapi yang menghala ke KL, Subhanallah... Padat yang amat! Mungkin sebab ramai yang bekerja di pusat bandar...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Once aku sampai kat KLCC, ape lagi... Jadi atlit Olimpik la aku... Berjalan laju sebab nak kejar masa... Habis semua orang kau potong sebab risau first day datang lambat... Sampai aje ke destinasi, aku rasa lega walaupun akhirnya aku berpeluh jugak... Luckily aku manage sampai ketempat kursus sharp, on time... Usually, Monday nih orang tak start program awal2 kan... Aku masuk pun, speaker takde dalam classroom tu... And then, ade gak tempat kosong sana sini... I guess bukan aku soranglah yang sampai lewat... During the course, aku banyak mendengar dan meneliti apa yang speaker tu cakap... Course kali ni adalah berkaitan motivasi diri so banyak cerita dan kisah hidup dipaparkan... And most of the stories ni adalah kisah benar from kehidupan speaker tu sendiri... He actually dulu bukan seorang speaker but because of desakan hidup telah menyebabkan dia terpaksa melakukan apa saja untuk menyara kehidupannya sekeluarga... Dulu dia datang dari keluarga susah dan terpaksa bekerja di usia muda dan now dia mampu berdiri dengan kakinya sendiri... Ada syarikat yang well-known pulak tu... I'm amazed! Dia ada bagitau, kerja apa yang dia tak pernah buat? Semuanya dia pernah lakukan... So, sekarang, inilah hasilnya... Dia banyak belajar dari pengalaman hidupnya sendiri... Berdasarkan itu, aku banyak kali mengelamun memikirkan bagaimana kalau aku berada didalam situasi dia... Mampukah aku lakukan semua itu??? Well, setiap manusia ada kelebihan dan kemampuannya... Termasuklah aku... Aku yakin, aku mampu memperolehi apa yang aku hajati... Insya Allah... Speaker ni telah banyak memberikan aku idea macam mane aku nak realisasikan impian aku... Thanks to him!! Anyway, aku seronok attend course kali ini... Banyak aktiviti yang bermanfaat yang aku perolehi at the end.. Dan yang paling berharga, credit yang aku terima dari speaker tu...
"You're such a positive person, and I'm truly amazed! Keep it up and I can assure you'll get what you want in life" - Mr Gerald Singh

0 comment:

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.