Thursday 6 September 2007

Aku rasa terharu... Terharu kerana masih ramai yang menyukai dan mempercayai aku untuk mewakili mereka semua sebagai Jawatankuasa Kelab Sukan dan Rekreasi tempat aku bekerja... Esok adalah hari penentuannya... Sejak tahun 2005 sehinggalah kehari ini aku dilantik sebagai salah seorang pemegang amanah; memikul tanggungjawab menjalankan aktiviti riadah untuk staff syarikat aku, akan melepaskan jawatan disandang bagi memberi laluan kepada muka2 baru memegang tampuk pemerintahan... Ini adalah masa yang paling sesuai untuk aku mengundurkan diri agar aku dapat memberikan sepenuh perhatian kepada kerja2 diatas meja... Tapi apa yang aku harapkan tidak seperti mana yang berlaku sekarang ini... Ketika sesi penamaan calon rancak dilakukan sejak minggu lepas, aku cukup terkejut kerana nama aku dicalonkan semula... Sebanyak 214 borang pencalonan yang diterima, hampir 10% peratus pencadang dan penyokong telah menamakan aku sebagai salah seorang calon untuk ahli jawatan kuasa yang akan datang! Allahu Akhbar!!! Aku ingatkan aku boleh 'memboloskan' diri, rupanya tidak... Aku tersepit sama ada aku harus terima dengan redha pencalonan ini atau sebaliknya... Kalau mengikut perancangan, aku memang tidak mahu bersetuju untuk apa2 pencalonan memandangkan situasi aku yang sememangnya tidak mengizinkan buat masa ini... Banyak perkara yang berlaku dan aku harus fikirkan tentang masa depan aku juga... Melihat dari respon pencalonan tersebut, aku jadi tidak keruan kerana ramai yang mahu aku meneruskan perjuangan serta kepimpinan seperti sedia ada... Aku tidak sanggup mengecewakan hati sesiapa dengan menolak bulat2 apa yang telah mereka mahukan... Mesyuarat Agung Tergempar (EGM) akan diadakan pukul 3.30 petang esok, dan aku sendiri tidak tahu apa akan terjadi... Sejak hari Isnin lepas sehinggalah kehari ini, aku tidak senang duduk, kehulu kehilir dengan pelbagai perkara didalam tangan sehinggakan segala kerja2 yang sepatutnya aku dahulukan terbengkalai... Semoga Allah membantuku dalam segala hal, Amin........
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Borang penamaan calon yang aku terima... Banyak betul!
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Dari jumlah ini, rata rata menamakan aku sebagai salah seorang calon... Bila dikira, nama aku berada ditangga ke-empat tertinggi... Macam tak percaya aje!

2 comment:

Doyok said...

gud luck utk ko reez. tu tande org caya ko

Acaii Jawe said...

slm reez,

waaa, acai dah agak org2 mcm reez ni mesti ramai yg suka tau..tapi jawatan tu datang dengan tanggung jawab yg agak besar juga..:)

diaorg percaya reez boleh jadi salah seorang yg boleh dipercaya untuk terajui jawatankuasa tu skali lagi..:) acai doakan yg terbaik untuk reez ye..apapun keputusannya, jgn lupe bagitau kitorang kat sini tau,hehee..chaiyok2 reez!!!

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.