Friday 14 December 2007

Mata pena meluncur laju... Perkataan demi perkataan terlakar diatas kertas bergaris yang berada didepan mata aku... Adakalanya ia terhenti tatkala mindaku ligat memikirkan isi untuk jawapan yang seterusnya... Suasana didalam dewan sunyi sepi... Kadangkala kendengaran bunyi selakan kertas soalan oleh calon yang lain... Masing2 kusyuk menulis, mengejar masa yang pantas berlari... Setelah cukup 1 jam 30 minit, cikgu sudah meminta semua calon berhenti dan menyerahkan kertas jawapan... Pena diletakkan dan aku terus menyusun helaian kertas jawapan yang agak berselerak... Lengkap semuanya, ku serahkan kertas tersebut dan berdoa agar apa yang telah aku tulis sebentar tadi benar2 menepati kehendak jawapan yang sebenar... Inilah dugaan seorang pelajar separuh masa seperti aku... 5 hari berturut turut bekerja memerah otak, hari cuti pula diluangkan untuk menimba ilmu sebanyak yang mungkin... Aku pasrah dan redha dengan kehidupan sebegini... Tidak banyak yang boleh aku lakukan kecuali mengikuti setiap yang telah dirancangkan... Keluar masuk dewan peperiksaan memang sudah menjadi lumrah bagi aku... Itu tidak termasuk menahan perasaan gemuruh dan risau ketika berdepan dengan kertas soalan... Paling tidak tahan, ketika keputusan diumumkan dan diposkan kepada aku... Akan terbongkarlah segala balasan hasil usaha masing2 selama ini... Jika benar2 komited, maka cemerlanglah keputusannya, tapi jikalau apa yang diusahakan selama ini tersasar, maka kecundanglah jawabnya... Itulah asam garam bagi seorang pelajar macam aku ini.... Kadangkala, rasa cemburu dan iri hati dengan rakan2 yang lain... Mereka bersenang lenang, bergerak kesana kemari; bebas tanpa perlu memikirkan apa yang perlu dipelajari, apa yang perlu disiapkan... Nak bangun lambat pun takpe, tak perlu berkejar untuk menghadiri kelas, tak perlu risau pasal assignment, project paper dan sebagainya... Alangkah seronoknya begitu... Aku rindu dengan suasana sebegini... Perjalanan aku masih lagi panjang... Ada 9 bulan lagi sebelum aku akan merdeka, bebas... Tapi, adakah aku akan berhenti setakat disitu? Sudah cukupkah semua ini untuk menampung keperluan untuk aku memajukan diri sendiri? Jika tidak, berapa banyak lagi yang perlu aku korbankan demi untuk mencapai cita2 yang sekian lama terpendam?... Tak apalah, tiada ruginya kalau aku lakukan semua ini... Biarpun semangat kadang kala pudar, namun aku harus berpegang pada pendirian aku selama ini... Aku yakin, semua ini ada hikmahnya... Mungkin aku tidak berpeluang menjejakkan kaki ke menara gading, pergi ke kampus menimba ilmu sepenuh masa seperti graduan yang lain tapi aku cukup gembira dan bersyukur kerana diberikan peluang untuk menimba ilmu pengetahuan menggunakan hasil dari titik peluh aku sendiri... Biarlah aku susah dulu sebab aku yakin, dimasa akan datang semua yang telah aku usahakan akan membuahkan hasil...
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.