Wednesday 2 April 2008

Masa begitu pantas berlari... Hari ini, sudah masuk hari kedua dalam bulan April... Tidak lama lagi, akan tiba bulan Mei... Sedikit demi sedikit kita melangkah ke pertengahan tahun 2008... Usia semakin lama, semakin meningkat... Semuanya tanpa kita sedari... Setakat ini, masih banyak usaha yang dirancangkan belum selesai sepenuhnya... Malah, bila difikirkan semula, aku rasa macam tak sempat aje nak tunaikan... "Tidak!!.. aku harus berusaha!!.. Aku tidak boleh menyerah kalah..."
Photobucket
Tugasan yang perlu diselesaikan
Antara sedar dan tidak, tinggal 22 hari lagi aku akan memasuki dewan peperiksaan semula... Aku belek buku teks aku, macam banyak je benda yang aku belum belajar lagi... Minggu depan, ada ujian kali kedua... Sempatkah untuk aku mengulangkaji pelajaran dengan ditambah dengan bebanan kerja dipejabat?... Itulah hakikat dan lumrah hidup bagi seorang insan yang bekerja dan belajar dalam satu masa...
Photobucket
Sesekali menjamu mata melihat pemandangan diluar...
Memandangkan ada banyak kerja yang masih tertangguh, aku telah memutuskan untuk bercuti hari ini... Jika orang lain, semestinya masa yang ada diluangkan untuk bersantai dan berehat; tetapi tidak bagi aku... Aku telah meluangkan masa ku hari ini dengan mentelaah dan menyiapkan kerja sekolah yang terbengkalai... Perpustakaan kolej aku menjadi tempat aku bertenggek sepanjang hari... Sambil jari ligat menaip kertas kerja yang hampir tamat tempoh untuk dihantar, mata kadang kala melilau melihat kesibukan Jalan Sultan Ismail diwaktu siang... Begitulah aku hari ini... Kadangkala, konsentrasi hilang gara2 memikirkan perkara lain... Tapi alhamdulillah kerana apa yang sepatutnya aku lakukan sudahpun bermula... Esok, aku akan menyambung tugasan yang aku tinggalkan tadi... Aku berharap, aku dapat menyelesaikannya di penghujung hari esok, Insya Allah...

4 comment:

Anonymous said...

Macam ku kenal tempat ini.. ha ha ha MII... cantik kan tempat nih...

nape lak nama kor serupa ngan aku.. seb bek.. tak sama jantina..
wakakkakakak

reez.. exam dah dekat bro.. buat betul betul.. he he he

Doyok said...

caiyok! caiyok!

Aiden Reez said...

Reez --> Anonymous:-

Ooo... Pandai!... Betul la tu... Memang tempat ni better dari library lama kat Damansara tu... Selesa la kalau nak buat ulangkaji... Akak kat situ pun, sampai dah kenal aku... Hehee..

Pesal ko x datang sini belajar? Meh la join aku...

Kalau samapun, ape salahnye... Ko Rizz lain, aku Reez lain... Takkan sama punye...

Thanks!... Ni nak wat betul2 la ni... Doakan aku...

Aiden Reez said...

Reez --> En. KhaLx:-

Thanks En. KhaLx!

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.