Sunday 2 November 2008

Aku masih lagi kepenatan...

Bayangkanlah, hari Jumaat yang lepas, aku tidak henti-henti bekerja... Pulak tu, berlari kesana kemari... Tak sempat duduk dan makan... Rasa macam nak melayang je badan aku ni... Nasib baik waktu majlis makan malam Jumaat yang lepas aku tak pengsan... Sempat lagi tersenyum dan melayan tetamu yang hadir...

Rasa kaki aku lenguh-lenguh... Sakit masih lagi terasa... Macam mane tak sakit, dari pukul 4 petang sampai la pukul 12 tengah malam, aku tak duduk duduk... Berjalan kesana kesini... Dah tu, balik rumah dah dekat pukul 2 pagi!... Dengan mengantuknya, Allah je lah yang tahu... Sampai Isyak aku pun, aku tertinggal... Astaghfirullah...

Aku tak tahu apa pendapat mereka mereka yang hadir ke majlis makan malam Jumaat lepas... Aku harap, mereka gembira dengan perjalanan program yang dibawakan khas untuk mereka semua... Dari perspektif dan kaca mata aku, semua berjalan OK, cuma ada beberapa perkara yang tak sedap berlaku... Tetapi, semuanya telah aku tangani sebaik mungkin... Biasalah, buat apa-apa majlis pun, tetap akan ada masalah... Alhamdulillah, aku tidak perlu memeningkan kepala aku memikirkan apa yang aku nak kena buat...

Semuanya tinggal memori... Tadi, aku terima SMS dari one of the team members... CEO, BOD (Board of Director) dan SMC (Senior Management Committee) syarikat aku memuji cara dan perjalanan majlis makan malam Jumaat lepas... Mereka pun tak sangka, kami boleh menganjurkan majlis yang begitu besar tanpa sebarang masalah... Nasib baik!... Lega la sikit hati aku... Takde la lepas ni mereka akan cari aku dan explain mana-mana bahagian yang mereka rasakan tidak sesuai @ tidak puas hati...

Lepas ni, tobatttttttttt... Tak nak handle lagi dah!... Lepas ni, aku cuma nak datang sebagai tetamu pulak... Aku nak datang, duduk, makan dan enjoy the show... Aku tak nak buat apa-apa kerja langsung!... Cukup-cukuplah apa yang aku alami sebelum ni... Serik aku dibuatnya!...


Nota kaki:-
Malam kelmarin, aku menang lucky draw... Tapi aku tak pergi pun ambil hadiah sebab kesibukkan mengawalselia perjalanan program... Entah ape la hadiah yang aku dapat tu...

Malam tu juga, aku tak sempat jamah apa-apa... It's OK, yang penting, semuanya terkawal, aku dah puas hati... Kalau nak makan, kat mana-mana pun boleh... Hehehehe...


 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.