Monday 22 June 2009

Salam berinteraksi kembali...

Fuhhh... Lama sungguh aku meninggalkan laman peribadiku ini... Dekat 2 bulan lebih, aku sepi tanpa coretan dan khabar berita... Ada di antara kalangan pembaca yang bertanya, kemana menghilangnya diriku selama ini?

Jawapan aku ringkas sahaja... Aku masih lagi disini... Masih lagi teguh berdiri mengharungi liku-liku kehidupan seharian yang penuh cabaran... Cuma perbezaannya, aku tidaklah seperti dahulu; aktif sehingggakan setiap detik dan waktu pasti ada coretan disini... Kadang kala, aku terfikir sejenak; adakah aku sudah hilang "sentuhan" untuk bercerita dan mencoretkan kisah-kisah yang berkisar tentang diri dan apa yang ada disekelilingku?... Agak mustahil juga... Nak kata tiada cerita, banyak juga yang hendak aku 'hambur'kan disini... Mungkin kerana masa... Masa yang tidak pernah cukup buat diriku...

Adakala, rasa bersalah juga pada mereka-mereka yang rajin bertandang kesini... Ada yang menanti dan ada juga yang mengharap... Aku menyusun jari memohon ampun dan maaf pada kalian semua... Semestinya, aku tiada niat untuk berdiam diri dan seringkali aku teringat lebih-lebih lagi pada mereka yang rajin memberi komen dan bertandang kesini; mereka-mereka yang merupakan teman blogger yang aku sangat rapat di alam siber ini...

Pintaku, moga kalian semua sihat walafiat dan insyaAllah, aku akan kembali mencoretkan beberapa kisah... InsyaAllah... Terima kasih pada mereka-mereka yang bertandang dan meninggalkan jejak disini... Aku amat menghargainya...

2 comment:

Keri AlHaj said...

hmmm... keadaan biasa, makin dewasa makin kurang waktu utk diri sendiri.. macam-macam nak buat tapi byk tak kesampaian... ruang terhad, sendat... dpt bernafas dgn sikit selesa pun dah kira Alhamdulillah dah...

tapi, memang betul.. reez lama betul hilang... sihat reez???

Aiden Reez said...

Salam sahabatku, Chime...

Benar, makin dewasa makin kurang masa utk diri sendiri... Byk dihabiskan utk perkara2 lain; kerja, keluarga, kawan2... Sampaikan adakalanya kita terlupa bahawa diri sendiri adalah antara yg terpenting dan harus diberikan perhatian...

Amat setuju dengan pendapat ini... Janji ada ruang utk ber'nafas' pun, cukuplah...

Hehehe... Reez sememangnya ingat pada kawan2... Cuma itulah masalahnya, Reez nak tulis selalu tak sempat... Pergi kerja kul 7.00 dan dekat tengah malam baru balik... Kadang2 Sabtu/Ahad pun kerja gak... Hehehe...

Alhamdulillah... Reez sihat... Chime pula??? Harap2 semua OK di sana ye...

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.