Monday 3 May 2010

Salam sejahtera...

Berbulu je aku hari ini... Mana taknya, untuk kesekian kalinya pada tahun ini, aku telah terlambat sampai ke pejabat... Bukan kerana aku terlajak dari bangun tidur pagi tadi, semuanya macam biasa... Malah, aku keluar sedikit lebih awal dari waktu biasa...

Aku tidak menyangka bahawa hari ini, rekod kedatangan aku sudah tercalar... Rasa geram dan panas dalam hati... Dari dulu sehinggalah sekarang, aku cukup menjaga perihal kedatangan ke pejabat kerana semua ini akan diambil kira ketika assessment KPI yang akan dilakukan bulan Jun nanti... Selain daripada kedatangan, pengurusan cuti terutamanya cuti sakit dan cuti kecemasan akan diambil kira... Setakat ini, alhamdulillah... Aku tidak pernah memohon untuk cuti sakit mahupun emergency...

Sewaktu dalam kereta pagi tadi, aku sudah mula merasa pelik... Jalan yang selalu aku lalui seperti biasa; tidak sibuk tapi masih banyak kenderaan diatasnya... Lagipun, laluan dari Mahameru - Damansara memang sibuk tetapi masih bergerak... Nasib baik juga laluan tersebut mempunyai 3 lorong... Kalau dua, aku rasa memang tak bergerak la kenderaan dekat situ...

Apabila perjalanan aku sudah sampai di Bukit Bandaraya (berhampiran Bangsar Shopping Complex), keretaku berhenti bersama-sama kenderaan yang lain... Dalam hati terdetik, "apa pulak ni... tiba-tiba pulak sangkut... tak pernah-pernah jam dekat area ni..."

Mungkin jalan sedikit sesak gara-gara kenderaan yang keluar masuk didalam kawasan perumahan disini... Kalau jam pun, mungkin sekejap sahaja dan ia akan bergerak lancar seperti sediakala... Tetapi alangkah malangnya nasibku, andaianku silap apabila tersangkut lama diatas jalan... Sikit punya lama aku tunggu, tak gerak-gerak juga kenderaan dihadapan... Jam di dashboard aku semakin ligat berputar tanpa menunggu... Sedikit demi sedikit jarumnya mencecah waktu masuk kerja!!...

Kebimbangan mula bertakhta di hati... Gusar dan tidak tenang... Hendak aku mengelak dan keluar dari deretan kenderaan di hadapan, agak sukar kerana di sebelah luar, keadaan tetap sama.. Hendak lari kesini tak boleh, nak lari kesana pun tak boleh... Garu kepala aku kejap memikirkan macam mana nak buat... Waktu itu, aku terbayang, "kan alangkah bagusnya kalau aku bawa motor???... takde la jadi sampai macam ni..." Masa makin lama makin suntuk dah ni... Aku telefon rakan sepejabat, bertanya sama ada dia sudah sampai ke belum... Dia sendiri merasa pelik dengan fenomena pagi tadi dan baru saja sampai ke pejabat beberapa minit sebelum waktu rasmi bermula... Bila aku ceritakan bahawa aku masih lagi dalam kereta, dia tidak percaya...

Akhirnya, aku tak sempat sampai ke pejabat di dalam masa yang ditetapkan... Bila sampai sahaja di tempat letak kereta bawah tanah, lagu syarikat sudahpun berbunyi menandakan waktu rasmi pejabat sudah bermula... Memang sudah menjadi tradisi di dalam syarikat aku, kalau dah bunyi lagu tu, dah kira lambat dah!... Tak guna nak berkejar-kejar naik lif dan masuk ke tempat duduk...

Kedengaran cakap-cakap antara rakan sepejabat mengomel mengenai kesesakan lalu lintas yang agak luar biasa hari ini... Mereka tidak dapat mengenalpasti punca sebenar; sama ada jalan tutup atau terdapat kemalangan jalanraya yang menyebabkan tersangkutnya kenderaan yang lain... Sukar untuk aku fikirkan tetapi ianya tetap kenyataan... "Aku sudah LAMBAAATTTT !!!"

Mungkin esok, tak tahu lah kalau senario yang sama akan berlaku... Risau juga... Aku tak sanggup nak lewat sekali lagi kerana sekali dah lewat, maka akan buruklah rekod KPI aku... Kalau rekod sudah buruk, tak dapatlah bonus yang diidam-idamkan... Adehhhh...

0 comment:

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.