Wednesday 27 August 2008

Terkandas aku...

Hujan lebat giler tadi... Aku intai keadaan diluar, tak nampak apa-apa... Gelap gulita seolah-olah hari sudah jauh malam... Sesekali kelihatan pancaran kilat dan dentuman petir sabung-menyabung... Macam orkestra pulak kat luar tu...

Sejak kebelakangan ini, cuaca memang tidak menentu... Selalu sangat hujan belah tengahari dan petang... Kalau ikutkan perkiraan musim, sepatutnya monsun akan berlaku pada hujung tahun; bulan November atau Disember... Tapi sekarang pun kita sudah merasai kehadirannya... Tiap-tiap hari aku kesejukan bila nak mandi pagi...

Photobucket
Hujan oh hujan, kenapa engkau turun?... Macam mana aku tak turun, katak panggil aku.. Katak panggil aku... --> Betul ke?..

Masa aku sampai office pagi tadi, aku bercadang nak balik awal... Tapi bila keadaan dah macam tu, terpaksalah aku duduk lama sikit di pejabat sambil meneruskan kerja-kerja aku... Telefon pulak tidak henti-henti berdering... Mak aku bertanya aku berada kat mana... Risau dia kat anak bujang dia yang sorang ni... Yelah, aku pergi kerja sekarang tak bawa kereta; naik bas, STAR dan PUTRA je... Mau dia tak risau aku berjalan sorang2 dalam keadaan kilat sabung menyabung kat luar sana tu...

Bila hujan lebat kat luar, mulalah udara didalam office bertukar menjadi sejuk... Dah lah perut berkeroncong kelaparan... Makanan kat atas meja pula dah habis... Kawan2 aku yang lain pun turut kelaparan... Nak turun ke kantin, gerenti penuh dengan orang yang tidak boleh balik sebab terkandas kerana hujan lebat diluar... Hendak tak nak, terpaksa la tahan sedikit dengan harapan hujan akan reda dan aku boleh balik kerumah... Tunggu punya tunggu, keadaan masih lagi tak berubah... Hujan tetap turun malah lebih lebat lagi... Macam setahun tak hujan!... At last, kawan2 aku yang lain tidak boleh menahan dan mereka mengambil keputusan untuk keluar dari pejabat mencari tempat makan... Nak balik terus kerumah, jalan teramat lah sesak... Pengumuman di radio memaklumkan beberapa jalan utama di sekitar ibu kota tidak boleh dilalui kerana banjir kilat...

Tu dia... Kalau gini, pukul berapa aku nak sampai rumah?... Last2, aku ikut je dorang semua pergi makan kat KL Sentral... Perut pun dah berbunyi dan aku memang yakin takkan sempat sampai rumah sebelum pukul 9.00 malam... By the time, perut aku dah masuk angin...

Memandangkan kawan aku yang bawa kereta, jadi aku tumpang dia lah... Dari office aku nak ke KL Sentral tu tak la jauh sangat... Perjalanan memakan masa 5 minit je... Tapi disebabkan keadaan diluar yang memang menggerunkan, kami mengambil masa hampir sejam untuk tiba disana... Nasib baik Honda City kawan aku tu auto transmission... Kalau tak, mau menangis dia nak kena tekan pedal clutch...


Image source : www.kamarkosong.blogspot.com

0 comment:

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.