Friday 11 July 2008

Aku amat sedih diwaktu ini...

Kak angkat aku; Zuraidah Mohamed a.k.a Kak Ayu telah kembali ke rahmatullah pada jam 5.50 pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur akibat jangkitan kuman kepada paru-parunya... Ianya berpunca dari bahagian yang ditebuk untuk rawatan kimoterapi dimana kuman telah masuk dan menyerang sistem pernafasan badan arwah...

Mungkin kalian tidak tahu atau tidak membaca mengenai Kak Ayu aku sebelum ini... Sebenarnya, dia memang sakit... Sakit kanser dan sebelum ini aku ada buat beberapa entri mengenai dirinya (sila rujuk link dibawah untuk cerita lanjut)... Aku tidak sangka, hari Selasa yang lepas merupakan pertemuan kami yang terakhir... Itupun kerana dia menelefon aku, merayu supaya aku datang ke hospital menjenguknya... Katanya, dia rindu untuk berjumpa dan berbual denganku... Aku masih ingat lagi ayat yang keluar dari mulutnya, "Kau tak nak datang jumpa aku ke?..."

Allah Maha Besar, memang Dia memberi peluang untuk aku berjumpa dengan arwah kakak angkatku ini... Ketika aku bertemu dengan arwah tempoh hari, dia kelihatan ceria, beransur sihat... Walaupun segala tiub terpasang ditangan dan badan, namun arwah masih kuat untuk bergerak kesana kesini... Seolah-olah dia sihat walafiat... Seperti biasa juga, dia mesti akan buat lawak sehinggakan kami tergelak berdekah-dekah...

Apabila aku ingat dan kenang semula, terlalu banyak memori aku dan arwah kakak angkat aku ni... Kami bekerja di tempat yang sama dan tiap ketika, dia mesti akan singgah ke tempat dudukku untuk berjumpa denganku... Bercerita dan bertanya khabar... Malah, aku dengan anak2 nya juga cukup rapat...

Kini semuanya tinggal kenangan... Bila aku teringat kenangan lalu, tanpa sedar airmataku tumpah begitu sahaja... Aku tidak tahu kenapa, tapi pemergiannya ini menyebabkan aku rasa kehilangan yang amat besar...........................

Al-Fatihah buat arwah.........


Dalam kenangan:-

1)
Pilu
2)
Happy Birthday, Kak Ayu
3)
Kunjungan (Kisah anak arwah yang nombor tiga... Baru berusia 2 tahun...)
4)
Baby Rihana (Kisah kelahiran anaknya yang bongsu... Baru berusia setahun, 2 Julai yang lepas...)
5)
Fatin Fakhira, Model Sambilan Yang Comel (Kisah anak arwah yang nombor dua...)
6)
Baby Aqil, "Baby Of The Year" (Kisah kelahiran anak arwah yang nombor tiga...)

2 comment:

@xiM said...

Reez,aku turut bersimpati...mesti rasa kehilangan yang amat...mmmm tapi yang hidup pasti kan kembali jua suatu masa nanti...itu sudah ketentuan..

Al-Fatihah untuk alyarhamah...

Aiden Reez said...

Axim...

Thanks... Memang aku rasa kehilangan yang teramat sgt.. Bayangkanlah orang yang sangat rapat dengan kita telah pergi... Walaupun dia bukan adik beradik kandung aku, tapi aku dah anggap dia macam kakak aku sendiri...

Benar apa yang kau cakap... Aku redha dan pasrah... Cuma doa aku kirimkan untuk dia disana...

Terima kasih diatas peringatan ini...

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.