Sunday, 18 February 2007

Hari ini aku dan rakan2 berjalan sakan... Maklumlah, hari ini merupakan cuti umum untuk seluruh rakyat Malaysia sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina... Jadi, ramai yang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung mahupun ke tempat2 percutian disekitar negara... Hari ini juga, kawan yang satu pejabat dengan aku telah melangsungkan perkahwinannya... Kedua dua mempelai ni memang satu office dengan aku... Dahlah satu office, satu department pulak... Duduk depan-belakang aje... Aku pada mulanya rasa terkejut yang akhirnya dia orang ni akan menjadi pasangan suami isteri... Masa memula aku kenal dia orang ni, tak nampak pun macam ada 'percikan' cinta antara mereka... Hehehehheehee.. Siapa tahukan??? Itulah, orang tua kata jodoh.... Pergi jauh mana pun, kalau dah ketentuan, pasti akan bertemu...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Aku tak pasti bagaimana permulaan dia orang ni, tapi aku tahu it didn't start well... Masa tu, masing2 main tolak tolak... Haa... nah kau! Sekali tolak, terus melekat !!! Tulah Shida, dulu hang tak suka, la ni... terus jadi laki hang!... Hehehhehehehehee... Anyway, aku rasa happy sebab akhirnya dia orang selamat diijab kabulkan dengan sekali lafaz... So, bermulalah kehidupan baru buat mereka berdua nih... To Asmadi ---> "Tahniah buat hang!... So, I believe now there will be no more sad and boring story from you... You got her in your life and I'm sure you gonna live happily ever after!... Nanti jangan lak hang malas nak turun main basketball ngan aku !... Hehhehehehehee..." To Shahida ---> "Tahniah gak buat hang! Tak sangka hang nak kawin ngan kawan aku... Hehehe... Anyway, I'm happy for you also!!.. So, jaga si Madi nie bebaik... Tu, rumah dah siap, bila lagi nak masuk??????"...

Thursday, 15 February 2007

Aku tak nak kusutkan kepala otak aku hari ini... Today, aku malas nak stay back kat office... So, I decided to go back early this evening.... Bila jarum jam tepat menunjukkan pukul 5.45 petang, aku harus mengangkat kaki melangkah keluar dari ruang pejabat... That is the contract between me and the company... Kalau dulu, waktu bekerja aku flexi (mesti complete 8 jam, 45 minit... tak kesah ler kau masuk pukul brape antara 8.00 pagi - 9.00 pagi) kali ini, semuanya telah ditetapkan... Mesti kene complete 9 jam waktu bekerja bermula 8.45 pagi.... Adoiiiiiii... Orang lain, kalau dah pukul 5.30 petang tu dah sibuk naik LRT/bus, aku dan kengkawan masih lagi terkial kial buat kerja dipejabat... Kalau OK keje tu, tak pe gak... Kalau kene time selesaikan masalah, rasa bosan pun ade... Sometimes, we need a break, go somewhere or go back early... Jadi, bila management practice sistem yang 'fix' macam nie, kami tak ada banyak pilihan... Bila dah merger ni, macam2 benda yang aku find out... Ada yang baik, ade gak yang tak berapa best... Tapi sebagai seorang pekerja bawahan, suara aku tak cukup power untuk mengetengahkan apa yang aku rasa... Banyak lagi suara 'pioneer' kat atas tu yang cukup lantang memprotes dan menghalang apa yang telah disuarakan oleh golongan pekerja macam aku ni... Aku tak menolak bahawa ada antara mereka yang bagus... Ada yang menyokong... Cuma apa yang aku kesalkan ialah ramai antara mereka lebih kepada menjaga periuk nasi mereka sendiri... Ada tu dah memang terang2 tak tahu satu benda boleh mengkritik dan memperkatakan tentang kerja orang lain... And at the end, dia dapat nama dan pujian dan bukan orang yang buat kerja tu... Pelik kan??? But that is the fact now.... Kalau tak bodek, tak ampu.... jangan harap kau nak dapat apa yang kau nak!... Aku memang tak suka dengan orang macam ni... Tapi ape boleh aku buat, dah company nak simpan gak orang macam ni... Lantaklah.... Ape yang aku tahu, aku datang kerja ikhlas kerana Allah... Kerana nak cari rezeki yang halal... But sometimes, rasa irritated gak dengan semua ini... Bila bekerja, kita rasa semuanya tak kena... All process which use to be our routine before dah bertukar... Jadi tak efisyen macam dulu... Alahaiiii... aku memang lemah ler kalau jadi macam ni... Bila kita cakap, depa asyik dok kata, "dulu... kami buat begini... buat begitu..." E ehh... kita nie nak selesai masalah ke, nak tambah masalah?????????

Wednesday, 14 February 2007

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Bila orang bertanya, hari ini hari apa? Ramai yang akan menjawab, "Hari Valentine".... Itulah yang akan kita dengar disetiap mulut muda mudi kita sekarang... Seolah olah, tarikh ini dinantikan terutama sekali mereka yang sedang hangat bercinta... Setiap tahun, tidak pernah terlepas walau sekali pun perkataan 'valentine' disebut bila tiba tarikh ini... Aku rasa musykil... Mengapa perlu kita mengingati kekasih pada tarikh ini? Apa keistimewaannya sehingga ianya perlu diingati? Bukankah itu pelik namanya? Setahu aku, Islam tidak pula meletakkan syarat bahawa kita perlu mengingati kekasih kita pada hari ini atau mana2 hari sekali pun... Malah, sebagai seorang Muslim yang beriman, kita sepatutnya memperingati Allah dan nabi junjungan Muhammad S.A.W disetiap saat dan waktu... Sesetengah orang, mungkin tidak mengetahui apa itu hari valentine... Ada yang tahu, tapi buat2 tak tahu dan terus menyambutnya kerana takut kekasih akan berkecil hati atau merajuk... Sama ada kita menyambutnya atau tidak, sebagai umat Islam, kita harus mengetahui apa itu hari valentine dan apa hukumnya jika kita terus meraikannya... Aku ada buat sedikit kajian dan kebanyakkan ulama mengatakan ianya 'HARAM' untuk diikuti... Malah, keluar dalam surat khabar sebelum ini, Mufti Perak - Datuk Seri Harussani Zakaria berkata bahawa seseorang itu boleh jatuh murtad jika dia menyambut hari valentine tersebut... Jadi, kita seharusnya berhati hati untuk mempercayai setiap perayaan yang bersangkut paut dengan agama sebelum menyambut atau meraikannya... Apa itu hari valentine? Mengikut sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan oleh masyarakat Rom yang beragama Kristian sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II. Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera. Hari ini budaya Valentine menganjurkan orang ramai menghantar kad ucapan Valentine kepada buah hati mereka, teman karib dan orang-orang yang mereka sayangi sebagai simbolik dalam menyatakan cinta terhadap mereka. Pada zaman pertengahan, masyarakat England dan Perancis menganggap 14 Februari sebagai `hari burung - burung mencari pasangan mereka.’ Pada kurun ke-14 dan ke-15 mereka mula meniru perbuatan burung tersebut dengan mengadakan hari mencari pasangan atau jodoh pada tarikh tersebut. Masing-masing akan mengucapkan `Selamat Hari Valentine’ sesama pasangan mereka. Ada juga mitos menyebut, kad Hari Valentine dijadikan amalan memperingati peristiwa seorang paderi yang dipenjarakan dan sering menghantar kad bertulis "From Your Valentine" kepada kekasihnya, seorang gadis iaitu anak seorang pengawal penjara. Begitulah antara kisah yang aku perolehi... Kebanyakkan menceritakan perkara yang sama dimana ianya diasaskan oleh seorang paderi dari Rom... Bukankah pelik jika kita ingin meraikan sesuatu yang sememangnya bercanggah dengan amalan kita sebelum ini? Islam itu sendiri cukup indah untuk kita ikuti dan rasanya tidak ada yang kurang... Sememangnya kita digalakkan untuk mengingati sesama sendiri, bukan sahaja kepada kekasih, malah kepada ahli keluarga, KAWAN KAWAN serta sahabat handai dan orang lain setiap masa... Itulah yang sebaik baiknya... Jadi, sebagai umat Islam yang cintakan agamanya, tidak perlulah kita mengikuti budaya asing yang sememang tidak sesuai dengan cara hidup kita yang sebenar...
"Berkasih sayang bagi Islam juga tidak terhad kepada golongan tertentu sebaliknya meliputi semua pihak dengan keutamaannya diberikan kepada ibu bapa, suami isteri, keluarga, saudara Muslim dan akhirnya seluruh manusia" - Datuk Harussani Zakaria

Sunday, 11 February 2007

Setelah bertahun tahun lama... Dia sentiasa ada disampingku... Ketika aku memerlukan seseorang teman yang boleh mendengar dan bercerita tentang segala galanya... Kini, aku 'hilang' teman rapatku... Hilang untuk seketika... 2 tahun yang akan datang, aku mungkin tidak akan dapat melihat dirinya lagi... Dia telah pun pergi... Pergi mengejar impian dan cita citanya... Aku redha... Ini semua untuk kebaikan dirinya juga... Aku sentiasa mendoakan kejayaannya disana... Kerana selepas 2 tahun, dia akan kembali juga... Kembali dan meneruskan kehidupan seperti sedia kala.... Tadi masa kat KLIA, sekali lagi aku dapat menyaksikan pesta air mata... Aku dapat lihat mama menangis teresak esak... Kak Lily, Anis pun sama gak... Daddy cuba selindungkan kesayuan tapi aku tahu, jauh disudut hatinya, dia merasa kehilangan... Anak yang menjadi harapan keluarga akan pergi meninggalkannya untuk jangka masa yang boleh tahan lamanya... Sekarang, tinggal lah mereka berempat satu rumah meneruskan kehidupan seperti sedia kala... Waktu baru sampai airport, aku masih lagi OK... Ceria seperti sedia kala... Tapi bila tiba masanya kawan baik aku ni masuk departure hall, aku jadi serba tak kena... Aku rasa resah gelisah... Dan bila aku berhadapan dan bersemuka dengannya, tidak semena mena air mata aku jatuh berguguran... Aku tak tahu kenapa aku rasa sedih sangat... Kalau aku dah teresak esak, kawan aku ni pun sama gak lah... Itulah saat yang menyedihkan selama aku berkawan dengannya... Kami berpeluk erat seperti tidak mahu melepaskan... Tapi sampai bila? Dia harus pergi dan aku kena merelakan pemergiannya... Dalam kepala otak aku, aku tetapkan bahawa dia bukan pergi untuk selama lamanya... Dia bukannya pergi ke bulan... Bukan merantau ke galaksi yang lain sehingga aku tidak mungkin dapat berjumpa dengannya lagi... 2 tahun tu tak lama, pejam celik dah pun 2 tahun... Kalau tak pun, aku boleh pergi melawatnya disana... Bukannya aku tak boleh pergi... Kami bertukar salam dan dia sempat berpesan kat aku supaya menjaga diri dan sentiasa menulis padanya... In fact, jika berkesempatan, online YM... Tapi mungkin ada problem sikit sebab perbezaan masa antara Malaysia dan Wellington ialah 5 jam... So, kalau kat sini pukul 10 pagi, kat sana dah pukul 3.00 petang... Usually, early in the morning aje yang dia free sebab lepas tu dia dah kene attend kuliah (berdasarkan schedule universiti) So, selalunya akan clash.... But it's OK sebab kalau aku tak jumpa dia dalam YM pun, aku masih boleh antar e-mail kat dia... Bisa diatur! Waktu drive balik tadi, aku teringat pengalaman aku dengan dia... Kami berkawan rapat sejak sekolah... Dan sampai dah keje pun, kami masih berkawan... Aku selesa dengan dia dan so far, aku tak pernah ler jumpa member sebaik dia... Walaupun kadang2 ada perselihan faham, ikatan persahabatan tu tetap utuh... Aku harap ianya akan kekal sampai ke tua... Aku tak dapat nak bayangkan hari2 aku kat sini... Aku hilang sementara teman untuk gie shopping, teman berbual (sebab aku ni banyak bercakap dan tak semua orang boleh layan aku nih.. Hehehehheheheheee...), teman nak dengar apa yang aku rasa.... Tapi aku masih OK sebab aku ada lagi kawan2 yang lain yang berada disamping aku... So, I think I can handle myself for sometime... Nota:- Bila kita jadi terlalu rapat dengan seseorang, kita akan dapat rasa satu pertalian yang sangat erat dengannya dimana sukar untuk kita jelaskan dengan perkataan... Hanya perasaan dan hati saja yang tahu betapa eratnya pertalian ini...

Thursday, 8 February 2007

Semalam lepas kene pujuk oleh beberapa orang, akhirnya aku setuju gak nak tolong dia orang nih... "Ooo... Pandai korang pujuk aku ye... Mentang2 ler hati aku ni cepat cair... Bukan main lagi ayat korang nak suruh aku in-charge benda yang aku tak pernah buat..." Anyway, aku menghadirkan diri aku dalam meeting depa hari ini... Katanya nak bincang nak buat apa untuk persembahan malam 3 Mac nanti... Setiap kumpulan kene buat satu persembahan... Adelah beberapa orang yang hadir dan rata ratanya aku tak kenal sangat... Tapi yang pasti, kami semua dari kumpulan yang sama... Kumpulan Hijau... Bahang karnival kian terasa... Masing2 sibuk mempersiapkan diri masing2 menjelang hari pertandingan 3 Mac nih... Begitu gak dengan group aku... So far, aku tak dengar lagi group lain nak buat ape untuk malam tu... Entah2 cuma group aku je yang beria ia nak buat... Rasa satu macam lak... Bila ditanya diri masing2, mulalah keluar macam idea... Ade nak buat nyanyian lah.. Ade nak berlakonlah... Nak menari lah... Macam2 lah yang aku dengar... Aku banyak berdiam diri sebab nak dengar apa yang mereka ni nak buat... Paling ketara aku dengar ialah depa nak buat dikir barat... Hmm... Dikir barat??? Aku bukan tak setuju nak buat dikir barat tapi aku rasa macam dikir barat tu kita cuma boleh ketengahkan satu dua bentuk movement aje... So, kalau nak menang, agak susah sikit... Lainlah kalau group lain pun buat dikir barat dan malam tu memang khas untuk show dikir barat saja... And then, kita nak kene carik tukang karut dan segala peralatan untuk berdikir barat... So far, tak pulak antara mereka ni yang pandai berdikir barat... Takut nanti bila buat tu, macam kartun pulak... Tak endak ler aku... Nanti buat gelak orang aje... So, cakap punye cakap, mereka tak boleh nak decide... Then si ketua ni dok pandang kat aku... "alahhhh... aku lagi...." Kenapa aku juga yang dia pandang... Tiba2 je aku cakap... "Senang aje, since semua orang suka sangat nak menari, then kita buat tarian aje" Semua orang senyap... Aku lak yang jadi panik... Dia orang nie bengang ngan aku ke? Tanpa mempedulikan dia orang semua, aku terus menyuarakan pendapat aku... Sesuatu yang dia orang tak pernah fikirkan sebelum nih... Aku pun sebenornya tak pernah terfikir pun... Tapi tah tiba2 aje aku dapat idea ni, terus aku cakap... Aku bagitau kat dia orang, untuk tarian kali ini kita buat variety dance... Bukan satu aje dance, tapi multiple dance in one show.... Macam mane tu yek??? My idea was, gabungkan dikir barat (since ade akak ni suka sangat dikir barat!) dengan tarian moden iaitu few modern dance... Kira compilation show lah ni... Aku ingat nak selitkan sikit unsur2 ketimuran dan juga kebaratan... Dance yang macam mane, aku tak dapat nak bagitau sebab aku pun tak boleh nak fikir... Kalau dikir barat tu dah kemelayuan dan tradisional, tarian ape lagi yang melambangkan ketimuran?? Dalam riuh rendah depa nie dok bercakap pasal lagu... Tiba2 aje aku teringat lagu Jawa!!.. Ape lagi, aku terus cakap dangdut dance sebab aku gerenti sure semua orang akan suke punye... Budak2 lelaki tok sah cakap ler kalau bab gelek2 nih... Hehehehe... And then lastly, aku pilih cha cha dance untuk menampakkan balance antara timur dan barat tu... Tak sangka lak depa ni terus setuju dengan cadangan aku tu... Takde nak tapis2 dah... Aku pun pelik bila dia orang nie main accept aje... Aku rasa aku bukanlah ketua untuk bahagian ni... But aku rasa terharu sebab dia orang respect dan appreciate idea aku... Tak tahulah, mungkin dia orang hargai atau mungkin dia orang ni dah takde idea lain... So, ape yang ada, sapu ajelah... Next task.... KENE PRESENT IDEA... Whaaaaatttttttttttttttt???!!!!!!! Alamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk.....

Wednesday, 7 February 2007

Sesuka hati dia orang aje nak suruh aku in-charge untuk buat persembahan... "Ape.... dia orang ingat aku ni dah takde keje lain dah ke???.... Non-sense!!!" Aku sebenarnya malas nak layan semua ni... Keje aku dah ler banyak, manalah aku ade masa nak bersuka ria ni... Lainlah kalau aku banyak masa lapang... Bolehlah jugak aku nak fikir2 kan... Telefon kat meja asyik berdering dering... Semua orang dok cari aku... Aku pun tak tahu kenapa dengan tiba2 aje nama aku jadi hangat... Nie adelah orang yang pandai2 canang nama aku satu company nih!!.. Sikit sikit... Reez... Sikit sikit... Reez... Reez... Reez... dan Reez..... Woooiiiiii... orang lain tak de ke???!!!

Tuesday, 6 February 2007

Semalam member aku tanya kat aku...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
"Ko nak pi Seam Reap tak Reez???"... Alamak, tersentap aku kejap... Kalau diikutkan hati, aku nak ler ikut... Berjalan, siapa tak nak kan? Tapi, bila aku fikir2 balik, ongkos... pastu cuti lagi... Aku rasa macam tak done aje...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Depa nie semua nak pi in group... Katanya, nak pergi tengok Angkor Wat tu haa... One of the historical place kat sana... Memang menarik tapi tulah, aku terpaksa lupakan atas faktor diatas... Lagipun, depa nak pi bulan Mei ni... Cuti hari buruh selama 4 hari... Aku ade gak risik2 dia orang, berapa diaorang abis beli flight ticket, accomodation dan makanan... Adelah dalam RM400 lebih... Tu belum masuk duit belanja kat sana... Yelah, walaupun kat Cambodia tu agak teruk dari segi infrastructure dan sebagainya, kadang2 kita tak tahu.... Ada gak tempat menarik or tempat yang boleh untuk kita beli belah... Apa2 pun, duit belanja kene ada... Pulak tu, kat situ dia orang tak pakai matawang tempatan iaitu riel sebab terlalu rendah... So, mereka semua pakai US Dolar kalau urusniaga!!! Mak aih, merasa darab 3.5 for every RM1... Mahal tu... Tu satu... And then, passport nak kene ready beb!... Kalau tak, macam mane nak masuk border Cambodia tu... Again, nak kene carik lagi RM300... So, bila aku congak2 balik, banyak gak aku nak kene spend kalau aku ikut...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Memandangkan aku ade big plan next year, aku terpaksa tolak cara baik kat dia orang... Bukan aku tak nak ikut, tapi aku ada banyak perkara yang nak kene fikir sebelum buat keputusan... Sebelum nie aku dok risau, takut bulan Mei tu nanti, kelas aku nak mula semula... So, kalau kelas dah start, takkan aku sibuk dok kehulu kehilir menjelajah negara orang... Ketidakpastian ini menyebabkan aku agak berat untuk mengikut dia orang sekali... Takpe lah... Maybe next trip (kalau ada lagi....)
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
This year aku kene berjimat sikit... Baik dari segi cuti mahupun RM... Cuti tahunan yang diperuntukkan untuk aku cuma 21 hari aje... So, aku kene pandai2 manage cuti aku supaya tak short dikemudian hari... Next year, aku nak jalan jauh, so sedikit cuti tahun ni aku kene bawak ke tahun hadapan... Kalau tak, nanti next year aku tak cukup cuti pulak... So, kalau member ajak jalan tu, aku kene tengok depa nak gie mane dan kalau perjalanan tu tak memakan masa yang panjang, aku OK aje...

Friday, 2 February 2007

I don't know why sometimes when I was alone, I can't stop myself thinking about what is going on with my life recently... I've never thought about this before and yet, I can't figure out what went wrong and why I'm getting this awkward feeling everytime... Its like I'm losing myself and being carried away with my emotion. I tend to get angry easily, depressed and sometime sad... Am I going nuts??? No, it can't be!!... My mind is still rationale and my brain is functioning as usual... I don't do funny things or behave like a mad person... It just that when someone is talking to me, I feel like I'm lost... I can't pay much attention to what they've said... Oh my, I think... I need a break... I need to relax and sort things in my head... Maybe because of my heavy workload and problems around me had caused my reaction to change inadvertently... That's is why I've changed... I guess... Luckily, I have a bunch of friends who always be with me all times... My best friends, my officemates, my families... All of them are so nice and has supported me during good and bad times... I can't imagine my life without them... If I lost them, I don't think my day will be the same again, ever....

Thursday, 1 February 2007

Kepada yang masih SINGLE... Cinta ibarat kupu-kupu. Makin kau kejar, makin ia menghindar. Tapi, bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak menduga. Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti, Tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan cinta kepada seseorang yang layak menerima. Kepada yang ragu-ragu dengan PERNIKAHAN... Cinta bukannya mencari seseorang yang "SEMPURNA", tetapi menemukan seseorang yang mampu menjadikan dirimu sempurna. Kepada PLAYBOY/PLAYGIRL... Jangan katakan "AKU CINTA PADAMU!" bila kau tidak benar-benar peduli. Jangan bicarakan soal perasaan bila itu tidak benar-benar ada. Jangan kau sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat main-main dengannya. Jangan menatap ke dalam mata seseorang bila apa yang kau lakukan hanya pembohongan. Hal paling kejam yg dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tdk berniat langsung "UNTUK MENERIMANYA" saat ia terjatuh. Kepada yang PATAH HATI... Sakit... luka.. hancur.. patah hati... bertahan selama kau menginginkannya dan akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. Persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu, tetapi adalah apa yang boleh diambil dan di hayati sebagai pengajaran dan hikmahnya. Kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA... Bagaimana kalau jatuh cinta? Mahu jatuh, jatuhlah! Tetapi, jangan sampai terjerumus. Biar selamba tapi stabil. Berkongsilah tetapi jangan tak adil. Cubalah untuk memahami tetapi bukan bermakna tidak boleh meminta apa2. Bersedialah untuk terluka dan menderita, tetapi jangan simpan semua rasa sakit jika itu yang benar2 dialami. Kepada yang ingin MENGUASAI... Hatimu patah melihat orang yang kau cintai berbahagia dgn org lain, tetapi akan lebih sakit lagi apabila mengetahui bahawa orang yang kau cintai ternyata tidak bahagia dengan mu. Kepada yang takut MENGAKUI... Cinta menyakitkan bila anda putuskan hubungan dengan seseorang. Tetapi, lebih sakit lagi bila seseorang memutuskan hubungan dengan mu. Tetapi, cinta paling menyakitkan apabila Orang yang kau cintai langsung tidak mengetahui perasaanmu terhadapnya. Kepada yang masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI... Hal menyedihkan dalam hidup ialah bila kau bertemu seseorang lalu jatuh cinta. Kemudian akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodohmu dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk seseorang yang tidak layak. Kalau sekarang dia sudah tidak layak, 10 tahun dari sekarang pun dia tetap tak akan layak. Biarkan dia pergi dan lupakan. Author : Unknown (GMail.com)

Monday, 22 January 2007

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Ok... Again, its Monday dan selalunya orang akan kurang bercakap pada waktu pagi Isnin... Ada orang cakap, Isnin adalah hari yang tak baik @ 'black day' untuk mereka yang bekerja... Well, aku tak percaya semua tu... Semua tu karut!!... Bagi aku, semua hari adalah sama... Semua hari bagi aku amat menggembirakan... Ye, mungkin pada individu lain, mereka akan berfikir sedemikian... Tapi yang menjadi persoalan, kenapa hari Isnin tu dilabelkan sebagai hari takde mood, hari buruk dan sebagainya... Kenapa tidak hari Ahad? Kenapa tidak hari2 yang lain... Jelas kat sini, semuanya bergantung pada minda masing2... Kalau kalian rasa hari tu adalah hari paling buruk dalam sejarah hidup anda, maka buruklah hari tu... Maybe, ade sesetengah kita ditimpa kesusahan, or mungkin terlibat dengan kemalangan... So, mereka terus rasa down dan hilang mood hari tu... Not to forget, those who are sick!!... Biasalah tu kan... I always start my day with things I like to do... Bila melangkah keluar dari rumah, aku berdoa semoga tidak ada perkara yang buruk berlaku pada diriku... Minta dijauhkan sama sekali... And then, aku dah set dalam minda aku ni, apa yang perlu aku lakukan sepanjang hari... Whether to solve problems or looking for more problems??? This is decision I have to make... Of course, siape pun tak nak masalah kan? So, aku pandu kereta aku dan terus ke office... Rasa seronok bila sampai di office... Rasa seolah olah diri aku segar bugar... Aku jumpa kawan2, having breakfast with them... Borak dan ketawa ramai2... Alangkah seronoknya... Dan semua ni tak berakhir disitu... Ada yang menegur aku, kenapa aku nampak ceria hari ini... Well, aku pun tak perasaan but what I did is, whoever passes by, I just give them a smile....That would be enough... Tak sangka pula ada yang perasan... Anyway, aku selalu ingatkan diri aku... whenever I start my day, don't start with something which is negative... Then, it will change respectively... That is what I believe...
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.