Wednesday, 14 March 2007

Aku dan member sorang lagi sempat gie tengok wayang kat GSC Mid Valley. Kali ini, cerita yang kami tengok berkisar tentang zaman purba kala. Zaman perang antara tentera Rom dengan askar2 Parsi. Zaman pemerintahan Sparta dibawah pimpinan raja mereka yang agung, Leonidas... Wayang yang aku maksudkan ialah "300". Well, masa tengok movie ni, I would agree yang those yang tak boleh tengok darah ke, bunuh membunuh ke, potong sana, potong sini, tok sah ler gie tengok. Takut nanti kang ade lak yang termuntah kayak dalam panggung wayang tu...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Sepanjang movie ni, aku dapat lihat tentang kehebatan tentera Sparta dalam dunia peperangan. Tidak dinafikan, mengikut jalan cerita, mereka kuat dan hebat. Apa sahaja rintangan dan cabaran yang mereka hadapi, pasti akan berjaya. Keberanian dan kekuatan yang ditunjukkan membuktikan Sparta adalah bala yang terkuat dizaman itu... Aku rasa tertarik dengan tajuk "300" yang cuba dipaparkan. Pada mulanya, aku terfikir apa kena mengena 300 dengan filem ini. Bila aku pergi tengok sendiri, barulah aku tahu maksud sebenar kenapa 300. Actually 300 tu adalah askar Sparta yang pergi berperang dan akhirnya terbunuh ketika menentang askar Parsi. Well, kalau diamati betul2 banyak pengajaran yang kita dapat dari cerita ini. To me, we always take mana yang baik ajelah. Of course, kalau nak di ikutkan kita tidak seharusnya menerima bulat2 bahawa Sparta itu bagus. Ada banyak gak yang tak bagusnya. Cuma aku kagum dengan semangat mereka berjuang berhabis habisan menentang musuh mereka demi untuk keselamatan dan ketenteraman kaum dan keluarga mereka.... And most of the scene aku tengok, mereka berperang tu. Macam ada kat dapur pulak. Cincang sana, cincang sini. Melayang layang kepala orang di udara bila kena pancung dan ada tu, kena tusuk dengan lembing macam cucuk daging kat atas pinggan aje. Sekali tengok, memang ngeri tapi tulah jalan ceritanya. Aku toleh kiri kanan, ada gak audience pompuan yang tekup muka tak nak tengok scene tu. Geli hati aku... Abis wayang, aku sempat gie tengok Honda Showcase kat Ground Floor. Terkasima kejap bila tengok kereta Honda ni. Most of the model shown ialah CR-V. One of my favourite car!. Aku tengok spesifikasi kereta tu, tengok enjin dan ruang dalam kereta, only one word I want to say, memang superb!!! And then, this one is new model of CR-V so kemasan dalaman memang 'hensem' sampaikan aku tak nak keluar dari kereta tu. Berangan ler kejap aku bawak CR-V. Nak beli, memang berjanggutlah. Mahal giler!!! Gaji aku pun tak mampu... Kebanyakkan yang datang pun, kalian tahulah siapakan... Golongan #$%&*@! yang berada. Asal ambil brochure aje, sure ade yang sain. Ambil sebijik. Rasa jeles lak aku. Kan best kalau aku boleh buat camtu? Actually, boleh tu memang boleh. It just only a signature. Bukan ade ape pun... Heheheeeeee... Note:- Signature yang cantik tapi takde value. Kalau sign, cuma sekadar sign, tapi kalau tunjuk, value cuma RM berapa sen aje. Sigh... :(
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Monday, 12 March 2007

When someone tells you... "I love you with all my life", apa yang kalian rasa? Aku rasa benda tu non-sense! Tahu kenapa? Sebab jika kita benar2 cinta pada seseorang, kita tidak seharusnya melafazkan kata kata cinta kepadanya, sebaliknya membuktikan cinta kita itu dengan perlakuan atau perbuatan... Tunjukkan! Bukan sekadar cakap dimulut saja... Aku sendiri boleh buat, boleh cakap kat perempuan yang aku cintakan dia orang... Tapi sejauh mana cinta itu akan pergi? Satu lagi, kekal ke cinta sesama manusia ni? Sedangkan bunga yang kembang mekar pun akan layu, inikan pula manusia... Well, to me tok sah ler nak cinta dan jiwang2 sangat sebab kita tidak tahu sejauh mana pasangan kita akan bersama dengan kita; waktu susah, waktu senang... Sepatutnya cinta kepada Allah itu lebih hakiki sebab kita tahu dikemudian hari, kita akan pulang kepadaNya juga... So, adalah lebih baik kalau kita jatuh cinta kepadaNya dari jatuh cinta sesama manusia yang sememangnya sentiasa berubah ubah... Sorry to those yang hangat bercinta... Aku bukan nak kata aku betul 100%... Yes, sebagai makhluk yang lemah dan kerdil, aku tak boleh lari dari hakikat yang aku akan jatuh cinta juga dikemudian hari... Biasalah tu, kita manusia akan tertarik dengan pasangan yang berlawanan seks... Semua orang ada nafsu, beb... But what I'm trying to say is, don't be carried away with love sebab bila kita carried away, fikiran jadi tak betul... Kita hilang pertimbangan dan diwaktu itu, nafsu akan menguasai segala galanya... Mulalah kita buat benda yang tak elok! Itulah realiti zaman sekarang... Aku dapat lihat kat KL nun haa... Ramai anak muda keluar berpasangan... Paling tak masuk akal, yang masih dibangku sekolah pun ada... Sibuk dok berkepit sana sini, berpegang pegang tangan tanpa segan silu... Inikah budaya kita sekarang? Itu ke yang kita mahu? Bila ditanya, jawapannya cuma satu... "Saya suka dia, dan saya cintakan dia!"... Huh!! Cinta??? Cinta ke bendanya??? Sekolah tak habis lagi, hidung masih berhingus dah bercinta sakan??? Kan ke pelik namanya tu? Kalau dah kerja, umur dah lepas 25 tahun tu lainlah ceritanya... Nie baru 15 tahun! Adoiiiii, apelah nasib budak zaman sekarang...

Sunday, 11 March 2007

Aku rasa macam tak percaya aje dengan apa yang aku ketahui... Just now, aku baru aje surf internet for information that I would like to know... And this time, I would to find out about greatest people in our world... It doesn't matter whether present or past... Asalkan orang tu dikategorikan sebagai yang terhebat dunia pernah perolehi.... Apa yang menyedihkan aku, hampir kesemua nama2 yang keluar adalah mereka yang berbangsa asing... Worst scenario, all of them are non-asian and non-muslim... Cuma satu nama saja yang aku rasa bangga iaitu nabi junjungan kita, Muhammad S.A.W yang tersenarai dalam kategori pemimpin agama yang paling disegani... But for other categories like philosophers, inventors, explorers, scientists, political leaders etc, satu pun takde!!! Nampak sangat yang sebelum nie bangsa Asia memang senang dijajah!.. No wonderlah kita susah nak membangun because most yang cerdik pandai semua datang dari negara bangsa asing... Kadang2 tu rasa geram jugak... Terfikir gak aku, "kita nie teruk sangat ke sampai semuanya nak berpandukan dia orang???" Tak de kita yang dalam kelompok ni hebat2 belaka??? Where is our people??? Hakikatnya, manusia semua sama... Ada otak yang sama... Jumlah sel neuron yang sama... Allah jadikan kita semua serupa... Tapi kenapa orang kita tidak seperti mereka tu semua? Pelik kan??? Kenapa kita tak tanya diri kita sendiri, apa yang telah kita lakukan untuk kebaikan orang lain? Mengapa kita perlu berdiam diri, dan meletakkan diri kita jauh dari mereka semua?... Aku rasa we need to realize yang dunia sekarang sudah berubah... Everything has changed!.. Kalau mereka ni hebat, kenapa kita tidak? Ape kurangnya kita dengan dia orang? Yes, apa yang aku cakap nie kadang2 tak masuk akal, tapi aku yakin mesti ada sesuatu yang boleh kita lakukan untuk meletakkan diri kita setanding dengan dia orang semua... Sepatutnya kita rasa berbangga dengan diri kita dan tetapkan pendirian bahawa pasti ada sesuatu yang hebat yang boleh kita lakukan hari ini, esok, lusa dan seterusnya... Mungkin semua ni angan2 tapi rasanya tak mustahil, bukan??? Philosophers:-
  1. Socrates
  2. Plato
  3. Aristotle
  4. Francis Bacon
  5. Rene Descartes
  6. John Locke
  7. Voltaire
  8. Jean Jacques Rousseau
  9. Adam Smith
  10. Immanuel Kant
  11. Karl Marx
  12. Friedrich Nietzsche

Explorers: -

  1. Marco Polo
  2. Christopher Columbus
  3. Vasco da Gamma
  4. Ferdinand Magellan
  5. James Cook
  6. Roald Amundsen

Inventors: -

  1. Archimedes
  2. Johann Gutenberg
  3. Eli Whitney
  4. Thomas Edison
  5. Alexander Graham Bell
  6. Henry Ford
  7. The Wright Brothers
  8. Guglielmo Marconi

Scientists: -

  1. Galen
  2. Nicolaus Copernicus
  3. Galileo
  4. Issac Newton
  5. Charles Darwin
  6. Louis Pasteur
  7. Gregor Mendel
  8. Joseph Lister
  9. Sigmund Freud
  10. Marie Curie
  11. Albert Einstein
  12. Alexander Fleming
  13. Jonas Salk

Authors: -

  1. Sophocles
  2. Virgil
  3. Dante Alighieri
  4. Geoffrey Chaucer
  5. William Shakespeare
  6. John Milton
  7. Charles dickens
  8. George Eliot
  9. Leo Tolstoy
  10. Emily Dickinson
  11. Mark Twain

Composers: -

  1. Johann Sebastian Bach
  2. George Frideric Handel
  3. Wolfgang Amadeus Mozart
  4. Ludwig van Beethoven
  5. Frederic Chopin
  6. Richard Wagner
  7. Johannes Brahms
  8. Peter Tchaikovsky
  9. Claude Debussy

Artists: -

  1. Leonardo da Vinci
  2. Raphael
  3. Michelangelo
  4. Rembrandt
  5. Claude Monet
  6. Vincent van Gogh
  7. Pablo Picasso

Military Leaders: -

  1. Alexander the Great
  2. Julius Ceasar
  3. William the Conqueror
  4. Genghis Khan
  5. Napoleon Bonaparte
  6. Robert E. Lee
  7. Dwight D. Eisenhower

Political Leaders: -

  1. Constantine the Great
  2. Charlemagne
  3. Queen Elizabeth I
  4. Oliver Cromwell
  5. Benjamin Franklin
  6. Catherine the Great
  7. George Washington
  8. Thomas Jefferson
  9. Abraham Lincoln
  10. Susan B. Anthony
  11. Mahatma Gandhi
  12. Winston Churchill
  13. Franklin D. Roosevelt
  14. Martin Luther King

Religious Leaders: -

  1. Abraham
  2. Moses
  3. Lao Tzu
  4. Buddha
  5. Confucius
  6. Jesus Christ
  7. The Apostle Paul
  8. Saint Augustine
  9. MUHAMMAD
  10. Thomas Aquinas
  11. Martin Luther
  12. John Calvin
  13. Joseph Smith

Source : www.sybervision.com/people

Saturday, 10 March 2007

Here's something I wanna to share with you guys...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Friday, 9 March 2007

Fuhhhh... Sekali lagi aku telah mengharungi waktu yang amat mencabar dalam hidup aku... Well, early in the morning, my day doesn't turn up to be like what I'm expected... Macam2 hal berlaku and I need to sort things accordingly... Morning itself, I need to solve other people's problem... Heyy!! Who am I?!!! Problem solver ke? Asal ada masalah, datang cari aku... Aku ni bukanlah tak mahu tolong orang, but again... I have my own personal problem to think off... Problem aku tak setel, nie kan nak selesaikan masalah orang... Errr... muka aku ni memang muka penyelesai masalah ke??? Tapi sesetengah orang ni memang tak reti bahasa agaknya... Yang dia tahu, masalah dia selesai... Aku lak akhirnya terkontang kanting sorang sorang... Bila fikir2 balik, malas aku nak layan semua ni... Lantaklah!! Pandai2 lah dia orang cari penyelesaian sendiri... I'm so tired doing all this and guess what, I'm not going to compromise again with them... After all, it doesn't come from me... It was them who created those problems... So, fikir sendirilah!! Aku dapat berita yang bekas CEO aku, Datuk Nik Hassan Abdul Rahman telah pulang ke rahmatullah malam tadi... Innal lillahi wainna lillahi rajiun... Actually Dato' memang dah lama sakit dan selama ini wife dia (which is going to be my future boss) yang jaga dia kat rumah... Memang kesian kat Puan Maria; kejap2 kena balik and look after his beloved husband... For your info, Dato' merupakan bekas Menteri Besar Terengganu dan telah memegang jawatan CEO company aku pada tahun 1990-an (if I'm not mistaken)... Masa tu, ramai staff company aku happy sebab Dato' always take care semua orang... Baik dari tea lady, receptionist sampailah ke barisan pengurusan... Kalau ada yang tak puas hati dengan pengurusan syarikat, Dato' akan cepat2 selesaikan tanpa sebarang kekecohan... He's a good man and a very good employer!.. Dato' meninggal dunia pada usia 78 tahun, meninggalkan ramai anak dan cucu... Al Fatihah buat Dato'...

Thursday, 8 March 2007

Anak siapa lak ni??? Comel kan? Haa... kalian jangan tak tahu, budak nie memang pandai bergaya... Bagi ajelah baju ape kat dia nih, sure dia pandai menggayakannya... Budak nie pernah keluar surat khabar tau!! Masa tu, bukan main lagi dia posing!!!
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Wednesday, 7 March 2007

"Miss Me - But Let Me Go" Author : Unknown When I have come to the end of the road and the sun has set for me I want no rites in a gloom filled room Why cry for a soul set free? Miss me a little - but not too long... And not with your head bowed low Remember the love that we once shared Miss me - but let me go... For this is a journey we all must take And each must go alone It's all part of the master's plan A step to the road home When you're lonely and sick of heart Go to the friends we know And bury your sorrows in doing good Miss me - but let me go...

Tuesday, 6 March 2007

Hari ini, aku kembali semula ke tempat kerja seperti biasa... Semalam semua orang telah kembali bekerja tapi tidak bagi aku... Pihak syarikat telah meluluskan cuti berkecuali untuk aku berehat dirumah... Walaupun penat, namun aku rasa seronok kerana bukan sahaja aku puas dengan apa yang telah aku lakukan, tapi rasa berbangga kerana hampir kesemua yang hadir dihari tersebut pulang dengan seribu satu senyuman... Masing2 tidak henti henti berbual dan memperkatakan tentang keindahan dan kehebatan karnival yang julung2 kali diadakan ini... Aku pun tak sangka, ramai yang rasa seronok dan memuji pengelolaan karnival walaupun masih terdapat kekurangan disana sini... Aku berterima kasih kepada mereka2 yang telah banyak menyumbang dan membantu dalam menjayakan program kali ini... Bila aku bukak e-mail dipejabat, aku dapat lihat banyak e-mail yang masuk mengucapkan tahniah atas kejayaan karnival beberapa hari yang lepas... Yang paling ketara ialah ucapan tahniah atas kejayaan kumpulan aku dalam acara persembahan malam 3 Mac yang lepas... Syukur aku kepada Allah kerana kumpulan aku dinobatkan sebagai Johan dalam kategori persembahan berkumpulan... Menang dapat RM 2 ribu, beb!! Rasa gembira kerana segala penat lelah aku dan kawan2 akhirnya membuahkan hasil... Kenangan manis seperti ini memang sukar untuk aku lupakan kerana inilah pertama kalinya apa yang aku cuba lakukan dihargai oleh pihak2 tertentu malah ada yang memerlukan aku untuk menjayakan sesuatu projek dimasa yang akan datang... Well, aku kena fikirkan terlebih dahulu sebab adakalanya, aku perlu berikan perhatian untuk diri aku sendiri... Thanks to those people yang selalu menyokong aku dari belakang especially CEO aku sendiri, En. Zainal Abidin Mohd Noor... Aku sungguh tak sangka, aku boleh menari rupanya... Rasa kelakar pun, ye gak... Tapi itulah aku... Sesekali, kena juga cuba buat benda yang baru!!... Kadang2 kita tidak tahu kemampuan dan kehebatan kita dimana sehinggalah kita mencubanya... Of course, dengan keyakinan dan sokongan dari orang terdekat akan menyemarakkan lagi usaha aku untuk berjaya... To all my friends and gang, thank you very much and just wanna let you know, "You are the BEST among the BEST!!!" Keep it up!!!

Sunday, 4 March 2007

Aduhhh..... Lembik aku dibuatnya... For the first time, aku rasakan macam badan aku nie takde deria rangsangan... Rasa macam aku berada di awang-awangan... Melayang layang... Aku penat giler hari ini.. Semalam baru abis satu big event... Event yang paling besar yang pernah aku handle dalam sejarah aku bekerja... And then, benda yang aku buat ni bukannya purely work related tapi involve dengan semua kakitangan dalam syarikat aku... Well, social activity ni penting untuk semua orang... Aku buat pun atas dasar suka2 dan nak menggembirakan semua orang... Selalunya aku akan ambil cuti lepas habis event tapi bila fikir2 balik, rasa macam malas lak nak cuti... Aku pun nak simpan cuti.. Event habis malam tadi dan aku mempunyai banyak masa untuk rehat... Petang tadi pun takde buat ape... Baring dan tidur aje...
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Yesterday, company aku baru buat satu karnival untuk kakitangannya... Event yang bertemakan sukan dan hari keluarga ni berlangsung di pusat latihan milik syarikat aku kat Bangi... Well, it just a one day event tapi aku rasa macam seminggu punye event... Macam2 benda nak kena buat... I have to ensure yang semua kerja dan program berjalan seperti yang dirancangkan... Tetamu yang dijangka hadir pun ramai and my responsibility is to make sure yang mereka semua dapat apa yang sepatutnya mereka dapat... Agak meriah gak karnival kali ini... Dah nama pun "Gempak" so, kenelah gempak! Aku difahamkan, selama ini syarikat aku atau mana2 anak syarikat yang lain memang tak pernah organize karnival macam ni... Ni kira first time lah... So, masa meeting dengan pihak pengurusan, korang tahulah macam mane karenah mereka ni... Takut sangat nak bagi kami buat karnival ni... Yang tak confident pun ada gak... But anyway, kami semua always take it positively dan keep on approaching them... At last, berjaya gak... Karnival yang aku dan kawan2 buat nie merangkumi semua peringkat umur... Dari budak2 sampailah ke orang dewasa... Ada acara sukan dan juga persembahan kesenian... Acara bekeluarga pun ada sekali memandangkan tema kami berkonsepkan sukan dan kekeluargaan... So, korang imaginelah betapa meriahnya tempat ni dengan kunjungan pelbagai lapisan masyarakat... Ada gerai2 macam hari kantin, acara lumba lari, acara tarik tali, persembahan tarian dan sebagainya... Before that, semua kakitangan dalam syarikat aku telah dibahagi bahagikan kepada rumah sukan masing2... Alah, macam masa sekolah2 dulu... Ada rumah Merah, Biru, Hijau dan Kuning... So, disetiap acara sukan tu, rumah masing2 akan menghantar wakil untuk bertanding... Rasa seronok sangat sebab masa acara tu bermula, kita teringat masa zaman sekolah dulu... Cuma kali ini, dalam versi orang dewasa lah... Hehehheheheee... Masa keputusan diumumkan, rumah aku iaitu Rumah Hijau dapat nombor 2... Kami kalah pun cuma beberapa point aje sebab masa acara penutup tu, tiada wakil yang larat nak bertanding... Waktu itu merupakan acara lari berganti ganti 4 X 400 meter... So, semua orang dah pancit dan dah injured... Terpaksalah let go... Anyway, banyak gak acara yang kita orang sapu bersih... Hehehehheehe... Oklah, aku dah tak larat dah ni... Mata dah ngantuk... Korang tengok ler gambar yang sempat aku ambik... Ada sesetengah tu, kamera kawan aku... Thanks to him!
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.