Sunday, 6 April 2008

Sebelum ini, aku dan beberapa rakan yang lain berpeluang mengikuti satu lawatan sambil belajar ke KLIA, Sepang... Ala, lawatan yang macam budak sekolah selalu buat tu la... Cuma kali ini, kebanyakkan yang mengikuti lawatan ini adalah dari kalangan orang2 yang dah tua bangka... Hehehe... Lawatan ini dianjurkan oleh kolej tempat aku belajar... Jadi, aku mengambil peluang yang ada untuk mempelajari dengan mengetahui perkara2 yang aku sendiri tidak tahu selama ini... Apa yang aku tahu, naik ERL dan berhenti dekat KLIA... Check-in kat counter MAS/Air Asia dan masuk balai berlepas... Naik flight dan duduk diam2 dalam tu sampai la kapal terbang mendarat dengan selamatnya ke destinasi yang aku tujui... Tu je la yang aku tahu... Bila aku mengikuti lawatan ini, baru aku tahu bagaimana operasi kat KLIA ni... Memang rumit dan berbahaya... Padanla kebanyakkan proses dekat sini dilakukan oleh mesin dan sistem komputer... Hampir 70% operasi di KLIA dikawal oleh sistem yang berteknologi tinggi !... Bangga aku sekejap bila mengetahui bahawa Malaysia mempunyai lapangan terbang yang secanggih ini... Lawatan bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir dekat pukul 2.00 petang... Penat, memang penat sebab semua tempat dekat KLIA tu aku pergi... Dari tempat yang mewah dan selesa, sampai la ke tempat yang orang memang tak nak masuk... Untuk pengetahuan kalian, bila aku mengikuti lawatan ini, aku berpeluang untuk masuk ke semua tempat2 larangan dalam KLIA tu... Hehehe... Cuma yang aku tak masuk ialah menara kawalan sebab masa tidak mengizinkan... Rata2 lawatan kali ini, aku puas hati sebab aku dapat tengok bagaimana operasi KLIA yang sebenar... Dalam masa yang sama, sempat jugak la ambil gambar dan posing2 kat tempat2 yang memang kita semua takkan jejak kaki... Hehehehe.... Check it out...
Photobucket
Masa baru sampai... Tengah tunggu pas keselamatan...
Photobucket
Tag keselamatan... Macam nak masuk theme park la pulak... Hehe...
Photobucket
Ni kawan2 satu office aku... Semua part time student macam aku gak...
Photobucket
Antara mereka2 yang mengikuti lawatan ini bersama-sama Manager, Risk Management KLIA
Photobucket
Tempat persinggahan pertama... Flight Operation Centre...
Photobucket
Korang mesti pernah tengok screen ni kan?... Screen ni sebenarnya dikawal oleh orang kat sini la...
Photobucket
Pusat operasi penerbangan... Semuanya dikawal disini... Pintu berlepas, jadual ketibaan dan berlepas, nombor flight dan jenis kapal terbang dan lain2 dikawal oleh orang kat sini lah... Jadi, mereka ni kena peka dan tahu semua perkara tentang penerbangan... Kapal terbang nak parking pun, dia orang ni yang decide !...
Photobucket
Nampak macam simple kan??.. Sebenarnya, TV kat dinding tu adalah kamera litar tertutup yang dipasang kat KLIA ni... Screen tu akan bertukar mengikut kawalan staff bertugas... So, dia orang ni boleh tengok apa saja yang dia orang kat tengok dikawasan sekitar KLIA dan LCCT (kecuali toilet la...)
Photobucket
Kawalan sekuriti yang sangat ketat!... Mane2 pintu keluar dan masuk dalam balai (ketibaan dan perlepasan) KLIA ni mesti ada benda alah ni...
Photobucket
Waktu untuk Airside Tour... Kenderaaan yang bawak kami pi jalan2... Takde tempat duduk dalam bas ni... Semua kena berdiri...
Photobucket
Lapangan terbang... Tempat kapal terbang parking...
Photobucket
Selalu kita dapat tengok dari jauh... Ni waktu loading penumpang dan barang dibawa masuk kedalam badan kapal terbang...
Photobucket
Kompleks Bunga Raya... Hanya Menteri dan pemerintah negara aje yang akan berada kat sini sementara tunggu kapal terbang diaorang sampai... Orang lain tak boleh masuk!...
Photobucket
Gudang KLIA... Macam2 barang ada....
Photobucket
Photobucket
Control tower dekat satellite building... Tower ini akan control kapal terbang parking kat mane... Specially for international flights only...
Photobucket
Mesti korang pernah lalu kat sini kan?... Ala, tempat korang berlari-lari anak kejar kapal terbang AirAsia tu... Hehehe... Dekat LCCT, KLIA...
Photobucket
Pernah berada disini? Balai berlepas untuk AirAsia... Sekali pandang, sedih lak aku...
Photobucket
Kereta2 racing milik Ferrari dan BMW yang akan dibawa pulang ke negara masing2... Waktu ni baru habis F1... Jangan tak tahu, kereta ni semua naik kapal terbang tau!... Hehe...
Photobucket
Sekali pandang, macam kereta mainan pulak... Tapi sebenarnya, kereta betul ni....
Photobucket
Enjin kereta Ferrari dan BMW... Rasa macam nak curi je satu bawak balik rumah... Leh tukar enjin kereta aku, kasik power sikit... Hehehe....
Photobucket
Hangar... Kat sini la dia orang repair kapal terbang... Cuci dan bersih enjin sebelum kapal terbang fly semula... Dalam erti kata lain, ni workshop untuk kapal terbang la...
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Sekali lagi aku sedih... Ni la hangar untuk AirAsia... Cuma sebijik je leh masuk... Sedihhhh...
Photobucket
Tahu tak ni kat mane? Ni la runway kapal terbang.... Line zebra ni kalau dari atas, nampak kecik aje... Panduan untuk poilot landing...
Photobucket
Kesan tayar kapal terbang landing...
Photobucket
Aku tak tahu dah berapa ratus ribu kali kapal terbang landing kat sini.. Tengokla kesan tayar kapal terbang ni... Again, tempat ni memang tak boleh masuk melainkan kalau nak bunuh diri la... Hehe...
Photobucket
Sempat lagi aku snap kapal terbang nak landing kat alternate runway... KLIA ada 2 alternate runway...
Photobucket
Since aku dah sampai, kena la tunjuk bukti aku dah jejak kaki kat runway KLIA ni... Hehe...
Photobucket
Track runway yang dah tak macam track dah!!!... Aku sentuh, memang tak rasa apa kecuali getah... Tebal giler!...
Photobucket
Perbezaan track yang sebenar... Memang ada garis2 tu untuk kapal terbang brake dan kurangkan kelajuan.... Semakin lama, garis2 tu akan hilang sebab akan dilitupi dengan getah tayar kapal terbang...
Photobucket
Posing kejap... Hehehe...
Photobucket
Bertebaran mereka2 ni atas runway ni... yelah, bukan selalu dapat pijak runway KLIA ni...
Photobucket
Aku tak tahu ape fungsi benda ni... Tapi ianya terletak kat tengah2 runway ni...
Photobucket
Tempat persinggahan kedua... Bahagian Pengurusan Bagasi...
Photobucket
Kat sini la bagasi di uruskan... Semuanya melalui sistem komputer...
Photobucket
Photobucket
Macam Flight Operation Centre, kat sini pun dia orang guna kamera... So, dia orang boleh tengok kat mana beg2 kita akan keluar... Sistem yang digunakan pun canggih...
Photobucket
Kat terminal ni la bagasi diasingkan dan dimasukkan dalam flight... Tempat ni memang orang tak ingin pergi sebab panas!..
Photobucket
Tempat terakhir... On the way nak pergi satellite building naik LRT, ehh silap... Aerotrain... Untuk pengetahuan korang, nak sampai sini, kita kena check-in dulu dan korang kena ada passport dan boarding pass... Kalau tak, tak boleh masuk...
Photobucket
Dalam Aerotrain... Track lebih kurang sama macam STAR LRT...
Photobucket
Photobucket
Aerotrain yang on the way nak balik ke main building...
Photobucket
Satellite building... Tempat dimana penumpang akan menunggu kapal terbang masing sebelum berlepas... Hanya untuk penumpang antarabangsa sahaja...
Photobucket
Sekali pandang, macam kat shopping kompleka pulak... Actually memang banyak kedai pun kat situ... Macam2 barang pun ada... Tapi macam biasa la... Semuanya mahal2 !!...
Photobucket
Tempat yang aku mampu singgah... Hanya dapat beli coklat aje... Tu pun aku kene spent dekat RM30 kat situ... Entah ape yang mahal sangat tah... Padahal, coklat yang sama je...
Photobucket
Counter check in untuk international flight... Kat sini la tempat yang aku katakan tadi... "Mintak boarding pass dan passport, encik..." Hehe...
Antara kapal terbang yang sempat aku ambil: -
Photobucket
Jet peribadi entah sape punye tah... Aku suspect, kerajaan punya...
Photobucket
Boeing 737-200 milik MAS untuk penerbangan domestik...
Photobucket
Helicornia... Flight yang bakal aku naiki untuk ke Wellington, NZ tidak lama lagi... Boeing 777-400 milik MAS...
Photobucket
Gulf Air... Buruk gak kapal terbang diaorang... Hehe...
Photobucket
Kapal terbang kegemaranku... Boeing 747-400 milik MAS... Biasanya flight ini digunakan untuk penerbangan jarak jauh (long haul) macam ke London, New York dsb....
Photobucket
Kalau aku takde duit nak naik flight, aku naik yang ini... AirAsia, "Everyone Can Fly..."
Photobucket
MAS Kargo... Dia orang hanya guna Boeing 747-400 sahaja....
Model kapal terbang... Suke aku tengok benda ni...
Photobucket
Model kapal terbang AirAsia... Airbus 300
Photobucket
Model Boeing 747-400 milik MAS... Satu hari nanti, aku akan naik gak flight ni... Hehe...

Saturday, 5 April 2008

Pagi tadi, waktu aku sampai di pejabat untuk menghadiri kelas hari Sabtu, meja aku penuh dan berselerak dengan fail2 kerja... Seingat aku lah, kali terakhir aku tinggalkan meja aku ni, bersih dan kemas aje... Bila datang semula, macam tongkang pecah!... Aku nak marah2 atau mengeluh pun, tak guna sebab benda dah jadi... Tempat aku bekerja ni pun memang macam 'goreng pisang panas'... Ada saja kes yang nak kena selesaikan secepat mungkin... Fail pula, memang selalu keluar masuk... Tak pernah ada atas meja lama2... Seminggu yang lepas, memang aku tak masuk pejabat... Hari Isnin dan Selasa, aku menghadiri kursus di Jalan Pinang... Pastu, hari Rabu sampai la semalam, aku bercuti sebab nak siap kerja sekolah yang tertangguh... Baru hari ini aku menjejakkan kaki ke pejabat; tu pun sebab nak kene attend kelas... Nampak gayanya, hari Isnin nanti aku memang busy giler la... Tak bercakap dan concerntrate dengan kerja... "Apa boleh buat, dah kerja makan gaji... Nak tak nak, buat ajelah selagi terdaya...." Nota kaki: - Kadang2 berangan juga... Bila lah nak ada company sendiri... Hehehehee.....
Photobucket

Thursday, 3 April 2008

Waktu aku makan tengahari tadi, aku pesan kat neng yang jaga gerai kat food court Maju Junction tu, aku nak makan "nasi goreng kampung"... Sambil terjerit-jerit menyebut nama menu, neng tu dengan selamba kata OK... Aku ingatkan, OK tu, memang OK lah... Aku tak tunggu lama untuk mendapatkan makanan yang dipesan... Dalam kurang 5 minit, dah siap... Aku terkasima dan kagum dengan layanan yang diberikan... "Kalau gini, best la makan kat sini... Tak payah beratur dan tunggu lama..." bisik hati aku... Makanan pun sampai dan neng tu meletakkannya diatas dulang plastik berwarna merah... Dahi aku berkerut... Dalam hati, terbit tanda tanya... "Ehh... ni nasi goreng kampung ka, nasi goreng ayam???...." Belum sempat aku nak tanya, neng tu terus cakap, "nasi goreng kampung... nasi goreng kampung..." macam dia tahu2 aje aku nak tanya kat dia ape benda menu yang dia bagi kat aku ni... Seingat aku, selama aku hidup dan makan/pesan makanan, nasi goreng kampung tak macam mane yang aku dapat ni... Seingat akulah, kalau nasi goreng kampung, mesti rencah tu ada ikan bilis dan sambal belacan... Ni aku tengok, takde pun ikan bilis dan sambal belacan... Pastu, tu aje yang dia bagi kat aku... Untuk nak buat tak nampak macam kosong sangat, dia letak kepak ayam dan isi sikit... Ermmm... Ini nasi goreng kampung ke, nasi goreng ayam??? Confuse aku kejap... Tapi memandangkan aku dah lapar giler dan orang dah ramai "Q" kat belakang aku, aku accept dan bayar jelah... Nasib baik rasanya OK, kalau tak, harusla aku mintak tukar...
Photobucket
Korang tengok nasi ni, korang rasa ni nasi goreng kampung ke, nasi goreng ayam???

Wednesday, 2 April 2008

Masa begitu pantas berlari... Hari ini, sudah masuk hari kedua dalam bulan April... Tidak lama lagi, akan tiba bulan Mei... Sedikit demi sedikit kita melangkah ke pertengahan tahun 2008... Usia semakin lama, semakin meningkat... Semuanya tanpa kita sedari... Setakat ini, masih banyak usaha yang dirancangkan belum selesai sepenuhnya... Malah, bila difikirkan semula, aku rasa macam tak sempat aje nak tunaikan... "Tidak!!.. aku harus berusaha!!.. Aku tidak boleh menyerah kalah..."
Photobucket
Tugasan yang perlu diselesaikan
Antara sedar dan tidak, tinggal 22 hari lagi aku akan memasuki dewan peperiksaan semula... Aku belek buku teks aku, macam banyak je benda yang aku belum belajar lagi... Minggu depan, ada ujian kali kedua... Sempatkah untuk aku mengulangkaji pelajaran dengan ditambah dengan bebanan kerja dipejabat?... Itulah hakikat dan lumrah hidup bagi seorang insan yang bekerja dan belajar dalam satu masa...
Photobucket
Sesekali menjamu mata melihat pemandangan diluar...
Memandangkan ada banyak kerja yang masih tertangguh, aku telah memutuskan untuk bercuti hari ini... Jika orang lain, semestinya masa yang ada diluangkan untuk bersantai dan berehat; tetapi tidak bagi aku... Aku telah meluangkan masa ku hari ini dengan mentelaah dan menyiapkan kerja sekolah yang terbengkalai... Perpustakaan kolej aku menjadi tempat aku bertenggek sepanjang hari... Sambil jari ligat menaip kertas kerja yang hampir tamat tempoh untuk dihantar, mata kadang kala melilau melihat kesibukan Jalan Sultan Ismail diwaktu siang... Begitulah aku hari ini... Kadangkala, konsentrasi hilang gara2 memikirkan perkara lain... Tapi alhamdulillah kerana apa yang sepatutnya aku lakukan sudahpun bermula... Esok, aku akan menyambung tugasan yang aku tinggalkan tadi... Aku berharap, aku dapat menyelesaikannya di penghujung hari esok, Insya Allah...

Tuesday, 1 April 2008

Buat semua pengunjung/pelawat/pembaca dan rakan2 aku disini... Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Photobucket
I'm back!...
Genap sebulan aku tidak mencoretkan apa2 disini... Aku lihat, bersawang teruk laman blog aku ni... Sepi tanpa entry terkini... Tapi aku tetap rasa bersyukur, walaupun laman blog aku tidak dikemaskini, masih ada rakan2 dan pelawat yang sudi menjenguk seketika... Aku ucapkan terima kasih kepada kalian kerana sudi bertandang kesini... Seperti yang kalian sedia maklum, aku memang tidak berkesempatan untuk mencoretkan apa2 didalam laman aku sejak kebelakangan ini... Memang sukar untuk aku meluangkan masa berceloteh lantaran kerja2 diatas meja pejabat berderet-deret menanti... Ada saja benda yang perlukan diselesaikan... Ditambah pula dengan pelbagai peristiwa dan kejadian yang sukar untuk aku gambarkan dengan perkataan... Aku rasa, jika kalian jadi diriku, kalian akan tahu apa yang aku maksudkan... Peristiwa suka, duka, sedih, gembira... Semuanya ada... Cuma apa yang tiada ialah kesempatan aku untuk bercerita dan meluahkannya kepada kalian... Sekarang, aku sudah kembali... Kembali menceriakan suasana disini... Kembali menulis dan menaip apa yang terkandung didalam hati... Kembali mencoretkan apa yang berlaku keatas diri dan insan sekeliling aku... Ramai yang bertanya, kemana aku menghilangkan diri... Sebenarnya, aku tidak kemana-mana... Aku masih tetap setia disini... Cuma aku 'hilang' di alam maya ini buat seketika... Itu sahaja... Insya Allah, jika diberikan kesempatan dan diizinkan olehNya, aku akan kongsi bersama perkara-perkara yang berlaku ketika aku tiada... Aku juga sudah lama tidak bertandang kerumah kalian semua... Insya Allah, bila tiba masanya, aku akan sampai.... Terima kasih kerana menjadi teman setia disini... Aku hargai dan semoga kalian semua sentiasa dirahmati olehNya setiap masa.... Wassalam

Saturday, 1 March 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Banyak perkara berlaku sejak kebelakangan ini dan buat masa ini, aku tidak berkesempatan untuk mencoretkan apa-apa disini... Diharap semua bersabar dan nantikan catatan aku akan datang, Insya Allah..... "Stay tune, and good day!!.."
Photobucket
 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.