Sunday, 10 August 2008

Bosan dengan rutin harian, aku membawa diri kesatu tempat yang aku suka pergi... Melayan perasaan sambil menikmati hidangan yang aku cukup gemar... Kalau aku susah hati atau sedang bermuram duka, jika tidak diatas tikar sembahyang, aku akan melayan selera dan memenuhkan perut aku dengan pelbagai jenis hidangan...

Sepotong 'Chocolate Indulgence ' menjadi santapan aku kali ini... Memang sungguh lazat kek ini sehingga aku tidak sedar, kek tersebut telah habis aku kerjakan... Sambil otak ligat berfikir, sambil itu juga tangan aku laju menyuap potongan kek kedalam mulut... Entah kenapa, banyak benda yang aku fikirkan ketika itu... Semuanya berkisar mengenai diri aku; kisah dulu dan sekarang...

Photobucket
Kalau tak Chocolate Indulgence, aku akan hentam Chocolate Mud... Memang aku suka dua2 kek ni...


Beginilah aku, suka sangat berfikir... Sehingga adakalanya aku rasa seperti kepala aku ni nak meletup... Pecah berkecai... Memang kalau diikutkan, ianya tidak baik untuk kesihatan... Boleh mengundang stress dan penyakit-penyakit seperti darah tinggi dan jantung... Aku tidak seharusnya mengambil serius tentang perkara yang mengganggu aku sejak kebelakangan ini... Tetapi, agak sukar untuk aku melupakannya...

Memang setiap masalah ada jalan penyelesaiannya... Setiap yang berlaku ada sebab dan hikmahnya... Cuma bagi aku, aku perlukan sedikit ruang dan masa untuk 'sort things out'... Agar kehidupan aku kembali 'normal' seperti sediakala... Errr, tidak normal kah aku sebelum ini???

Lama juga aku melayan perasaan dan otak aku disitu... Nasib baik tak kena halau dek tokei kedai tu... Makanan dah lama habis, aku tak blah2 lagi... Entah2 tokei kedai tu pun dah naik menyampah tengok muka aku... "Entah bila lah mamat ni nak berambus!..."

Deringan telefon mengejutkan aku dari lamunan... Jam menunjukkan pukul 6.30 petang... Asar belum lagi aku tunaikan... Dengan langkah yang berat, aku menuju ke masjid berhampiran sebelum berangkat pulang kerumah dengan pelbagai persoalan di fikiran...

Saturday, 9 August 2008

Bila hati kita sudah mula menyayangi seseorang, kita tidak akan memikirkan tentang orang lain... Kehidupan seharian kita akan mula berubah... Kebiasaannya, kita akan sentiasa teringat dan merindui orang yang kita sayang itu... Kita akan terfikir, apa yang sedang orang itu buat, sihat ke tak, OK ke tak dan sebagainya... Kadangkala, kita rasa kita ingin bersama dengannya sepanjang masa; tidak mahu terlepas pandang dan ingin dia sentiasa berada disisi kita...

Begitulah indahnya bila hati sudah mula menyayangi... Rasa kita berada diawang-awangan je... Fikiran tidak menentu, perasaan jadi tak keruan... Setiap masa, kita rasa macam ada saja yang tidak kena... Memang tidak senang duduk dibuatnya... Kalau tak bercakap atau berbual dalam sehari, mulalah tak senang hati... Kita akan terfikir perkara yang bukan-bukan... Jadi, kalau ganggang telefon tidak diangkat dan nombor tidak di dail, pastinya papan kekunci telefon bimbit menjadi mangsa... SMS demi SMS dihantar pada si dia... Itu sudah menjadi lumrah...

Itulah yang aku alami sebelum ini... Memang semenjak aku mengenali dirinya, aku rasakan diriku bukan seperti dahulu lagi... Saban hari aku memikirkan tentang si dia... Entah kenapa, aku tidak boleh melupakan dirinya dalam sehari... Pengalaman berjumpa membuat aku selalu teringat akan dirinya... Mengapa, mengapa dan mengapa???

Aku tidak mahu serius memikirkan semua ini kerana aku takut, kelak ianya akan memusnahkan diri aku... Aku takut jika fikiran aku terganggu dan seterusnya aku tidak boleh menumpukan perhatian kepada rutin harian aku... Aku cukup risau, jika perasaan ini semakin 'dalam' dan aku tidak mampu untuk memboloskan diri aku jika aku dikecewakan kemudian hari... Jadi, apa yang harus aku buat?

Aku kongsi semua ini bersama-sama teman rapat; mereka yang tahu aku dari hujung rambut sampailah pangkal kaki... Mereka yang memang sudah masak dengan perangai aku... Jawapan mereka ringkas; jika hati sudah suka, jangan tunggu lama-lama... Jangan biarkan seorang lagi insan yang diminati terlepas begitu sahaja... Hendak tunggu sampai bila? Sampai bulan jatuh ke riba??...

Kalut aku, kalut!!... Sudah!... Aku tidak mahu memberatkan kepala aku memikirkan tentang "Soal Hati" ini... Aku tidak mahu rasa terbeban dengan perkara yang sukar untuk aku terima jawapan... Aku tidak mahu merumitkan kehidupan aku yang sedia maklum rumit ini... Biarlah Allah yang menentukan; jodoh dan pertemuan aku serahkan ditanganNya...

Noktah..............................................

Friday, 8 August 2008

Aku tahu, hari ini ramai orang bercakap mengenai tarikh 08.08.08... Banyak juga blog yang memaparkan cerita/kisah mengenai tarikh 08.08.08 ini...

Bagi aku, tarikh hari ini adalah tarikh biasa seperti tarikh2 yang lain... Cuma, jika disingkap secara mendalam mungkin tarikh ini mempunyai keunikkan dari segi susunan angka yang sekata tanpa campuran angka yang lain... Ada angka kosong dan angka lapan sahaja...

Bagi kepercayaan masyarakat Cina, angka lapan membawa maksud 'ong' atau tuah... Lihat sahaja dimana-mana premis yang menggunakan nombor, pasti angka lapan menjadi pilihan mereka... Contoh yang paling mudah ialah nombor plat kenderaan... Jika kita lihat kenderaan mewah dan pemandunya berbangsa Cina, kita akan dapat lihat nombor platnya akan mempunyai angka lapan... Tak silap aku, jika nombor plat kenderaan itu ialah 8, 88, 888 atau 8888, harga untuk mendapatkan nombor tersebut cukup mahal... Ada yang mencecah sehingga ratusan ribu!... Maklumat ini aku terima dari rakan aku dan aku tidak pasti sejauh mana kesahihannya...

Photobucket

Apa-apa pun, nombor memang mainkan peranan dalam menentukan corak hidup sesetengah individu terutama sekali pada mereka yang mempercayai 'feng-shui' atau 'ong' ini... Aku sendiri pun pernah melihat secara terang-terangan dimana tingkat bangunan dilabel secara pelik... Dari tingkat 2, 3, 3A, 5.... Angka 4 telah diabaikan dan begitu juga jika aras bangunan tersebut melebihi 10 tingkat... Labelnya pasti akan berubah kepada 12, 13, 13A, 15, 16 dan seterusnya...

Aku pernah bertanya kepada rakan aku yang beragama Buddha, mengapa label aras ditulis sedemikian rupa... Jawapan yang aku terima cukup menarik; kerana angka 4 itu adalah angka tidak baik yang membawa maksud 'mati'... Jadi mereka yang mempercayainya akan mengelak dari menggunakan angka 4 dalam kehidupan seharian... Secara tidak langsung juga, kita akan tahu bahawa premis atau bangunan tersebut dimiliki oleh siapa...

Sebenarnya, aku tidak pernah kesah mengenai semua ini... Semestinya, aku tidak mempercayai unsur2 khurafat seperti ini dan bila mendengarnya, ianya cuma memberi gambaran mengenai kepercayaan sesetengah ahli masyarakat kita... Itulah uniknya negara kita; terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat yang berbilang kaum dan kepercayaan... Bukan aku tidak bersetuju, tetapi semua ini membezakan setiap antara kita... Ada juga mereka2 yang berbangsa Cina dan beragama Buddha tidak mempercayai kepercayaan ini... Jadi, ianya bergantung kepada kepercayaan masing2 dan sejauh mana kita ingin menerimanya...

Ada juga yang menanti tarikh keramat ini untuk melangsung/mendaftarkan perkahwinan bersama-sama pasangan masing2... Pulak tu, tarikh ini jatuh pada hari Jumaat dan ramai juga juru nikah yang sibuk menikahkan pasangan pengantin... Sedang elok juga kerana esoknya hari Sabtu dan kebanyakkan premis bercuti sempena hujung minggu... Minggu depan, kebetulan cuti sekolah akan bermula...

Apa-apa pun, bagi aku tarikh 08.08.08 ini adalah tarikh biasa dalam hidup aku... Tiada perkara menarik berlaku dan perjalanan kehidupan aku adalah seperti biasa... Pada mereka yang mengalami peristiwa manis dan bermakna, tahniah aku ucapkan dan semoga kenangan hari ini adalah memori yang paling indah buat kalian... Oh ya, pada mereka yang menyambut kehadiran orang baru hari ini, selamat menimang cahaya mata juga!... Kat office aku, ada gak beberapa orang yang selamat melahirkan anak hari ini...


Nota kaki:-
Hari ini gak, Sukan Olimpik Beijing bermula... Jangan lupa tengok siaran pembukaannya....

Image : Credit to www.dl-design.se


Aku memang tahu mengenai perkara ini... Bila kita menggunakan perkhidmatan pembantu rumah, kita akan terdedah kepada beberapa risiko dan semua ini adalah dibawah tanggungan kita sendiri... Memang kita tidak boleh menjangka apa yang akan berlaku esok lusa... Hanya bertawakal pada Allah; semoga perkara buruk tidak menimpa diri dan keluarga kita...

Beberapa hari ini, beberapa kawan aku bercerita mengenai perihal pembantu rumah yang diambil secara sah melalui agen yang berdaftar... Majoriti mereka ini berasal dari Indonesia dan tujuannya hanya satu; untuk membantu majikan menguruskan keperluan isi rumah; mengemas, membasuh, menjaga anak-anak dan sebagainya... Tugas mereka hanya berkisar mengenai pengurusan rumah sementara majikan (suami dan isteri) keluar bekerja mencari nafkah... Kehadiran pembantu rumah didalam keluarga diharap dapat meringankan beban menguruskan rumah tangga semasa ketiadaan mereka...

Namun, semenjak kebelakangan ini, apa yang berlaku adalah sebaliknya... Segelintir pembantu rumah yang diambil bekerja ini banyak menimbulkan masalah dan karenah kepada majikan... Mereka tidak melawan tapi tindakan yang diambil mereka agak agresif sehingga menimbulkan masalah yang besar kepada majikan mereka... Jangan terkejut jika ada yang sanggup menjadi 'pendatang tanpa izin' di negara kita ini gara-gara melarikan diri secara senyap-senyap dari majikan mereka...

Apa yang berlaku pada kawan aku ialah pembantu rumah yang baru diambilnya telah melarikan diri... Aku memang kesian kat kawan aku ini sebab dia baru sahaja mengambil pembantu rumah ini 13 hari yang lepas... Dari pengamatannya, pembantu rumahnya ini masih lagi tidak berapa pandai melakukan kerja2 rumah; mungkin dia masih dalam proses menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan tugas yang diberikan... Kawan aku ni pulak, bukanlah dari jenis yang garang dan suka maki hamun orang... Lemah lembut dan baik orangnya... Aku sendiri merasa musykil mengapa pembantu rumahnya ini sanggup melarikan diri dari majikannya... Pulak tu, ketika melarikan diri, segala dokumen perjalanan berada didalam simpanan majikannya... Maknanya, dia (pembantu rumah) kini menjadi pelarian atau pendatang haram didalam negara kita...

Bila kawan aku bercerita, berkemungkinan pembantu rumahnya yang baru melarikan diri ini telah merancang dari awal... Mengikut maklumat yang diterima, dia pernah datang ke Malaysia sebelum ini... Kali ini, dia kembali dengan satu matlamat yang tidak dapat dihidu oleh majikannya dan dapat disempurnakan ketika majikannya keluar bekerja... Rasanya bukan dia seorang, sebelum ini ramai juga yang melakukan perkara yang sama dan setakat ini mereka berjaya memboloskan diri dari dikesan oleh majikan dan pihak berkuasa...

Kini, kawan aku terpaksa berputih mata menanggung kerugian akibat dari kejadian ini... Sudahlah ribuan ringgit terpaksa dibelanjakan untuk mengambil pembantu rumah ini, sekarang segala masalah terpaksa diselesaikan sendiri oleh kawan aku... Aku tidak pasti bagaimana prosedur jika pembantu rumah melarikan diri; sama ada wang yang dibayar sebelum ini akan dikembalikan atau tidak... Tapi dari apa yang aku tahu, kerugian tetap akan dialami oleh kawan aku...

Itulah susahnya bila mengambil orang asing bekerja dengan kita... Jika nasib kita baik, kita akan dapat seorang pembantu rumah yang ikhlas bekerja dan baik dengan kita... Tiada sebarang masalah langsung!... Contohnya macam sepupu aku... Pembantu rumahnya sangat baik dan boleh dikatakan agak mesra dengan ahli keluarga kami... Rajin pun rajin dan dia tidak pernah berkira ketika membuat kerja... Apa sahaja yang disuruh, dia akan lakukan dan adakalanya tanpa disuruh, dia akan terus buat...

Bila mengenangkan kejadian yang menimpa kawan aku ini, aku terfikir sejenak... Apakah yang akan kita alami di masa hadapan? Adakah senario sebegini akan terus berlaku? Jika dahulu, setiap kerja2 rumah akan dilakukan oleh kaum wanita dalam keluarga (sama ada isteri atau anak perempuan) tetapi kebanyakkan rumah sekarang, ianya diambil alih oleh pembantu rumah... Yang lain cuma memerhati sahaja...

Jika dahulu, kita tahu... Kerja2 seperti membasuh baju, memasak, mengemas dan sebagainya dilakukan oleh emak kita... Tetapi sekarang, ianya dibuat oleh orang lain yang bukan dari ahli keluarga kita... Aku rasa, dunia sekarang semakin maju dan orang lebih gemar keluar bekerja mencari wang... Salah satu faktor terjadinya semua ini ialah peningkatan kos sara hidup dimana si suami tidak lagi mampu menyara keperluan isi rumah 100%... Jadi, dengan sokongan dan bantuan dari isteri yang bekerja dapat meringankan sikit beban ini... Cuma, apabila ini dilakukan, tanggungjawab lain terpaksa diabaikan...

Thursday, 7 August 2008

Scene 1: -

Beria-ia aku membuat kerja hari ini... Longgokkan fail yang bertimbun diatas meja tidak diusik... Hari ini, konsentrasi aku diberikan sepenuhnya kepada pembikinan borang tuntutan untuk pelanggan... Memang aku tiada pilihan lain kerna boss aku sudah menyerahkan amanat satu ketika dahulu... Jadi, mahu atau tidak aku harus siapkan kerja2 yang diberikan selewat-lewatnya hari ini...

Kasihan aku dengan adik aku... Aku tahu dia ingin berbual denganku melalui IM di screen komputer... Aku betul2 rasa bersalah kerna tidak dapat melayan dia sepenuhnya gara-gara kerja yang penting ini... Serious; aku memang sibuk giler!... Sepatah yang dia tanya, sepatah lah yang aku jawab... Tiada lebih, tiada kurang... Aku tahu, jika orang lain sudah pasti akan berkecil hati... Aku berharap sangat, dia memahami situasi aku... Adakala senang, adakala sibuk....

Tepat jam 5.45 petang, alhamdulillah siap juga tugasan yang diberi... Apa yang perlu aku lakukan sekarang ialah meng'edit' borang2 yang aku hasilkan ini sebelum di'publish' dan dihantar kepada boss aku... Aku bilang2, ada la dalam 12 set kesemuanya... Setiap satu borang mempunyai 4 halaman... Jadi keseluruhan kerja yang telah aku siapkan ialah 48 muka...

Wahhhh!!!.... Tak pernah dalam rekod, aku menyiapkan kerja sebanyak itu dalam tempoh kurang 8 jam... Pulak tu, aku tiada asas untuk memulakan kerja ini dan semuanya dilakukan dari bawah... Tiada mainframe set, tiada bahan untuk dijadikan contoh... Semua bermula from the scratch... Aneh; boleh pulak aku melakukannya...

Kepala mula panas, minda letih dan mata mula mengantuk... Aku tutup pc dan terus beredar pulang kerumah...


Scene 2: -

Sebentar tadi, aku datang semula ke pejabat... Adik aku nak bertolak ke Langkawi malam ni untuk Pesta Sukan Dalaman Maybank 2008... Jadi, aku tak sempat nak berehat dan selepas Maghrib aku bertolak keluar dari rumah... Nasib baik jalan tak jem sangat, sempat la kami pergi makan malam sebelum dia menaiki bas pada pukul 10.15 malam menuju ke jeti Kuala Perlis...

Wednesday, 6 August 2008

Sebentar tadi, aku rasa kehilangan... Rasa sedih... Entah kenapa, hatiku sayu bila mengenangkan apa yang terjadi...

Memang sudah menjadi rutin harian untuk aku melawat 'rumah' nya... Aku cukup suka melihat susun letak dan layout yang dipaparkan... Biarpun ringkas, tapi cukup membuatkan hati aku sejuk... Itu belum lagi membaca coretan yang dilakarkan diatas laman nya... Bahasa yang digunakan cukup bersahaja, mudah difahami dan membawa maksud yang tersendiri... Terus terang aku katakan, aku cukup terhibur membaca coretan nya...

Dalam banyak2 laman, laman dia adalah laman yang aku harus masuk dan jenguk... Banyak coretan yang dilakarkan memberi pengajaran dan maklumat yang berguna... Kebanyakkan cerita menggambarkan dirinya dan serba sedikit mengimbau kembali kenangan aku zaman kecik2 dahulu... Mungkin antara aku dan dia ada persamaan; yela lahir pun pada bulan yang sama... Cuma kami berbeza tahun dan aku lahir 4 hari sebelum nya... Perbezaan itu cuma sedikit...

Memang aku tahu, hari ini adalah hari terakhir untuk dia mencoretkan rasa hati di laman nya... Cuma aku tak sangka bahawa dia benar2 telah 'merobohkan rumah' nya itu buat selama-lamanya... Aku cukup terkejut dengan tindakan drastik yang diambilnya ini... Rasa terkilan mula bersarang dihati kerna tidak dapat meninggalkan komen terakhir sebagai tanda kenangan...

Dahulu, dia pernah membuat keputusan yang sama; berhenti dari mencoretkan apa-apa di laman nya itu... Namun, hasratnya terbantut apabila desakan rakan2 dan aku untuk melupakannya... Tetapi kali ini, dia benar2 nekad dan terus melenyapkan setiap apa yang telah diluahkan selama ini dari server Blogger yang diberikan secara percuma ini...

Hilang sudah seorang lagi teman blogger aku... Bila dia tiada, aku rasa kekurangan... Dia rajin bertandang ke 'rumah' aku dan mesti akan meninggalkan komen yang bernas untuk aku... Tetapi kini, hanya tinggal kenangan sahaja... Mungkin dia akan datang melawat dan memberikan komen seperti biasa, tetapi aku tidak berpeluang untuk memberikan pendapat aku kepadanya... Rasa aneh dan kekok...

Apa-apa pun, aku hormati keputusan yang diambilnya... Aku yakin, apa yang dia lakukan adalah yang terbaik untuk dirinya... Sebagai seorang rakan, aku tidak boleh menghalang; cuma mampu memberi pandangan dan nasihat... Doaku, semoga tindakan ini akan menggembirakan hatinya...

Semoga selamat dan ceria sentiasa; sahabatku!... Moga Allah sentiasa melindungi dirimu selalu...

Monday, 21 July 2008

Info yang berguna yang harus dikongsi bersama... Jadi, pada mereka yang suka tidak mengambil makan malam tu, fikir2 kan lah ek... Ada sebab mengapa kita perlu makan 3 kali sehari....


Pengabaian sajian malam tidak akan mengurangkan berat badan. Ini adalah kerana sistem badan akan bertindak mengikut corak pemakanan kita. Sekiranya kita mengabaikan makan malam (mungkin hanya 2 kali seminggu), sistem dalam badan kita akan menganggap bahawa tindakan ini adalah suatu ‘situasi yang kekal’ maka, ia akan menetapkan diri dalam keadaan bersedia untuk menyimpan makanan. Dengan keadaan begini, kadar metabolisma badan akan berkurangan untuk menyimpan lemak (sebagai sumber tenaga) untuk kegunaan pada masa perut kosong. Oleh sebab inilah, berat badan kita tidak dapat diturunkan dengan hanya mengelak daripada makan malam.


Mengapa Pengambilan Sajian Sihat Pada Waktu Malam?

  1. Perut yang kosong akan menyebabkan peningkatan hormon ketegangan dalam badan dan ini akan mengakibatkan badan mudah menjadi letih.

  2. Sajian malam yang sihat boleh membantu mengekalkan berat badan.
    Tetapi, tabiat meninggalkan makan malam menyebabkan badan mula menyimpan kalori dan memperlahankan kadar metabolisma.

  3. Ambil makanan malam pada masa yang betul. Ini akan mengurangkan tabiat pengambilan makanan ringan pada lewat malam.


Apa Itu Makan Malam Yang Sihat?

  1. Tepati waktu makan pada 7.00 malam
    Mengikut nasihat pakar perubatan, makan malam perlu diambil awal. Kajian juga menunjukkan bahawa makan malam awal (sebelum 8.00 malam) dapat mengurangkan risiko batu karang pada saluran ureta.

    Ini kerana proses penyingkiran kalsium yang berlebihan berlaku dengan optima 4 - 5 jam selepas makan melalui pembuangan air kecil. Tetapi, sekiranya kita mengambil makanan terlalu lewat proses penyingkiran ini berada di tahap tertinggi pada masa kita tidur. Maka, air kencing tidak dapat disingkirkan dan akan terkumpul di saluran ureter, pundi kencing dan uretha. Ini akan menyebabkan lama-kelamaan akan menyebabkan pembentukan batu karang. Jadi, mengambil makan malam pada lewat petang (jam 6.00 petang) adalah masa yang paling sesuai sekali.



  2. Makan malam lebih ringan daripada makan tengahari
    Berbanding dengan sarapan dan makan tengahari, pengambilan makan malam perlu dalam kuantiti yang sederhana dan berkhasiat. Tetapi, jangan tidak mengambil makan malam.

    Kita jarang melakukan aktiviti pada waktu malam dan jika makan malam pula diambil lewat dan dalam kuantiti yang banyak, ini akan menyebabkan kadar kolestrol meningkat, menggalakkan hati membina lebih banyak lipoprotein berketumpatan rendah yang akan mendatangkan penyakit arteriosclerosis.

    Selain itu, amalan ini juga turut mengundang penyakit diabetis dan juga perembesan insulin yang banyak secara berterusan yang mengakibatkan sel-sel B insulin menjadi lemah.

    Selain itu juga, makan malam yang terlalu kenyang akan menyebabkan perut berangin. Ini akan menjadikan organ-organ di sekeliling seperti usus, hati, hempedu dan sebagainya tertekan. Keadaan ini pula adan dihantar kepada otak kita dan menyebabkan otak kita aktif yang seterusnya menyebabkan masalah imsomnia.



  3. Penyediaan makanan yang berkhasiat untuk santapan malam
    Pengambilan makan malam mesti memperbanyakkan sayur-sayuran, terutama sayuran yang kaya dengan karbohidrat dan mengurangkan pengambilan makanan yang mengandungi protein dan lemak.

    Namun, realitinya kebanyakan keluarga lebih menumpukan kepada penyediaan makanan malam yang terlalu berat (tinggi kandungan protein dan lemak) disebabkan kesibukan bekerja pada siang hari. Amalan ini tidak baik untuk kesihatan badan.

    Mengikut laporan kajian sains, mengambil daging, telur, susu atau makanan berprotein tinggi akan menyebabkan kandungan kalsium dalam air kencing bertambah. Ini bukan sahaja merendahkan simpanan kalsium dalam badan malah akan mengakibatkan penyakit rickets, rabun jauh di kalangan remaja dan osteoporosis di kalangan orang dewasa. Di samping itu, jika kepekatan kandungan kalsium dalam air kencing tinggi, peratusan untuk menghidapi penyakit batu karang pada saluran uretra juga meningkat. Badan kita tidak dapat menyerap protein jika ianya diambil dengan terlalu banyak dan ini menyebabkan pengumpulan protein dalam saluran makanan sehingga menghasilkan ammonia dan toksin lain yang menyebabkan penyakit kanser.

    Pengambilan lemak yang terlalu banyak akan menyebabkan kolesterol dalam darah meningkat. Kajian juga menunjukkan bahawa kandungan kolesterol dalam darah bagi orang yang suka makan daging adalah 2 hingga 3 kali lebih tinggi berbanding pengamal sayur-sayuran. Karbohidrat akan menghasilkan lebih unsur serum darah dalam badan yang berfungsi sebagai penenang. Ini adalah sangat baik untuk orang yang mempunyai masalah insomnia

      Sumber : E-mail

      Sunday, 20 July 2008

      Bukan nak memerli atau mengata, cuma aku ingin berkongsi dengan kalian satu artikel yang aku dapat dulu mengenai kesihatan... Sekadar berkongsi dan sebagai peringatan pada kita semua.... Renung-renungkan....


      Kajian meramalkan lebih 36 bilion penduduk dunia mati muda akibat penyakit kronik menjelang 2015

      PENYAKIT yang 'menyerang' manusia ialah penyakit berjangkit atau wabak seperti tibi, malaria atau HIV manakala penyakit berpunca daripada manusia sendiri seperti diabetes, penyakit jantung, kanser dan strok.

      Akan tetapi, daripada semua jenis penyakit yang berpunca atau dihasilkan manusia, ada beberapa penyakit serius yang diklasifikasikan sebagai 'kronik' berikutan ia mencetuskan hampir dua kali ganda jumlah kematian di seluruh dunia berbanding punca kematian lain..

      Kumpulan penyakit yang dikenali sebagai 'penyakit kronik tidak berjangkit' (CNCD) itu seterusnya mencetuskan kebimbangan di kalangan saintis serta pakar perubatan sehingga menyebabkan pelbagai usaha dan penyelidikan dilakukan bagi mengatasi penularannya.

      Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), antara penyakit yang termasuk dalam kategori CNCD adalah penyakit berkaitan kardiovaskular, diabetes jenis kedua, penyakit kronik berkaitan respiratori selain beberapa jenis kanser.

      Pengarah Institut Antarabangsa Berkaitan Kesihatan Global, Universiti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNU-IIGH), Tan Sri Mohamed Salleh Mohamed Yasin, berkata CNCD amat dibimbangi kerana menjadi punca kira-kira 60 peratus kematian di seluruh dunia.

      "Lebih membimbangkan adalah penyakit kronik CNCD turut mencatatkan 44 peratus kematian terhadap pesakit yang masih muda; jumlah kematian keseluruhan pula dua kali ganda membabitkan penyakit berjangkit termasuk HIV/AIDS, tibi dan malaria," katanya.

      Beliau berkata, dari sudut ekonomi pula, CNCD turut memberi impak negatif yang dahsyat terhadap produktiviti sesebuah negara. Dianggarkan dalam tempoh 10 tahun akan datang, China, India dan United Kingdom, masing-masing akan kerugian AS$558 bilion, AS$237 bilion dan AS$33 bilion akibat kematian rakyatnya yang disebabkan penyakit kronik berkenaan.

      "Tanpa ada usaha untuk menghentikan penularan CNCD, dianggarkan 388 bilion penduduk seluruh dunia akan mati akibat penyakit ini dalam tempoh 10 tahun, malah sejumlah 36 bilion penduduk mati pada usia muda menjelang 2015," katanya yang dilantik menjadi pengarah pertama bagi UNU-IIGH sejak institut itu ditubuhkan pada 1 Mac lalu.
      Antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan jumlah kes CNCD adalah purata jangka hayat penduduk yang lebih panjang, penggunaan tembakau atau merokok, kurangnya aktiviti jasmani dan pemilihan makanan tidak sihat.

      "Sebenarnya kebanyakan punca penularan penyakit CNCD ini boleh dicegah kerana ia membabitkan gaya hidup seseorang. Sebanyak 80 peratus kematian pada usia muda akibat penyakit jantung, strok atau diabetes boleh dielakkan dengan mengamalkan cara hidup sihat selain pengetahuan mengenai aspek farmaseutikal, " katanya.

      Beliau berkata, ada penyakit kronik CNCD yang berpunca daripada merokok, justeru dengan menghentikan tabiat merokok, ia secara tidak langsung mampu mengatasi penularan penyakit berkenaan.

      "Kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama Kementerian Kesihatan yang diketuai Profesor Dr Syed Mohamed Aljunid mendapati seramai 93,306 penduduk di negara ini meninggal dunia akibat penyakit yang berpunca daripada merokok dari 2004 hingga 2007.

      "Malah setiap tahun, lebih 33,000 kes baru dicatatkan bagi penyakit jantung, kanser paru-paru (hampir 3,000) dan penyakit semput kronik (kira-kira 12,800) yang berpunca daripada merokok," katanya.

      Beliau berkata, kerajaan juga membelanjakan sekitar RM3.4 bilion setahun bagi merawat ketiga-tiga penyakit terbabit dan jumlah sebanyak itu pasti dapat disalurkan untuk manfaat lain yang lebih baik jika tabiat merokok dapat dihenti atau dikurangkan.

      "Akan tetapi untuk menghentikan tabiat merokok adalah satu cabaran besar di negara kita. Kajian mendapati 49 peratus daripada lelaki dewasa (berusia 18 tahun ke atas) merokok malah wanita pula sebanyak lima peratus.

      "Kajian mendapati jumlah perokok wanita meningkat berbanding 20 tahun lalu. Dulu hanya 0.5 peratus tetapi kini sudah lima peratus. Puncanya mungkin disebabkan lebih ramai wanita muda sekarang yang berkerjaya, profesional dan pengaruh iklan syarikat rokok," katanya.

      Kesan buruk rokok sebagai satu daripada pencetus CNCD menyebabkan ada beberapa negara yang mengambil langkah ketat terhadap barang berkenaan bagi mengurangkan jumlah perokok di negara mereka.

      "Kanada misalnya cuba mengurangkan jumlah perokok di negara mereka dengan menaikkan harga rokok dengan kadar yang tinggi, melarang menjual rokok secara batang selain memperbanyakkan kawasan larangan merokok," katanya.

      Beliau berkata, aspek pencegahan penyakit CNCD dapat dijayakan menerusi integrasi pelbagai pihak membabitkan bidang sains, teknologi, polisi dan sosial; daripada pemerintah sehingga ke rakyat bawahan.

      Sehubungan itu, Mohamed Salleh berkata, pihaknya di UNU-IIGH akan melakukan pelbagai penyelidikan dalam bidang kesihatan global antaranya kualiti dalam sistem penjagaan kesihatan; kajian penyakit dan kaedah kawalan, pembangunan teknologi maklumat dalam kesihatan seterusnya kesan perubahan iklim dan impak globalisasi terhadap kesihatan.



      Nota kaki:-
      Aku memang tak hisap rokok... Sejak aku lahir lagi, memang aku tak suka pada rokok... Asapnya cukup memeningkan kepala aku....

      Sumber asal : E-mail

      Saturday, 19 July 2008

      Seawal jam 6.00 pagi, aku sudah bangkit dari tidur... Mengikut perancangan dan janji yang telah dibuat bersama beberapa rakan yang lain, hari ini aku akan menghabiskan masa seharian berehat dan berjalan di pusat peranginan yang terkenal di tahah air; mana lagi kalau bukan Genting Highlands...

      Rasa teruja nak kesana kerana kali terakhir aku menjejakkan kaki di tanah tinggi itu ketika aku dibangku sekolah rendah!... Tak silap aku, waktu itu aku darjah 3 atau 4... Aku tak ingat sangat... Waktu itu, Pak Usu aku yang bawak bersama keluarganya menaiki kereta Datsun 120Y... Bayangkanlah, kereta lama mendaki bukit yang tinggi dan curam itu... Pulak tu, dalam kereta tu bukan sorang dua... Mahu 6-7 orang yang terdiri dari org dewasa dan kanak2... Memang slow dan aku cukup takut kalau2 kereta tu tak larat atau tergostan kebelakang sebab berat sangat... Tapi alhamdulillah, kami dapat sampai diatas... Hehehehe...

      Lama giler aku tak pergi tempat ni dan aku dapat rasakan, tempat ini telah banyak berubah... Kalau dulu, tak ramai orang pergi, sekarang tempat ni dah jadi macam "KLCC" kedua; penuh dengan umat manusia terutamanya pelancong2 dari luar... Aku rasa, tarikan tempat ini membuatkan ramai yang ingin berkunjung especially kaum bukan Islam seperti Cina dan lain2 untuk bergembira dan berjudi... Terdapat kasino dan taman tema yang sungguh menyeronokkan disamping tarikan lain...

      Kami bertolak dari Kuala Lumpur pada pukul 10.00 pagi menyusuri Lebuhraya Karak... Sebelum tu, aku dan rakan2 yang lain sempat menyediakan bekal untuk dibawa kesana... Maklumlah, nak beli makanan kat atas ni bukannya murah!... Mahal giler... Pulak tu, ni dah tengah bulan, so kalau nak mengelakkan poket kering, bawaklah makanan dari rumah untuk alas perut disana... Kira macam potluck jugakla... Aku masak mee hoon goreng, ada yang buat sandwich, bawak cekodok dan nugget serta sosej... Pada asalnya, ada 3 orang bujang termasuk aku dan sebuah keluarga turut serta dalam aktiviti kali ini... Kemudian, ada sebuah lagi keluarga joint kami selepas waktu makan... Bila dah berkumpul tu, jadi ramai dan nampak meriah sangat!...

      Ketika kami sampai, kabus tebal menyelubungi kawasan sekitar... Keadaan gelap seolah-olah nak hujan... Sebenarnya, cuaca sejuk dan berkabus; bukannya hujan... Aku tak pasti berapa suhu ketika itu, tetapi bila kami sampai dan nak masuk taman tema, terasa sejuk sangat... Nasib baik baju yang aku pakai agak tebal... Jadi, rasa panasla sikit... Kalau tak, aku carikla sape2 untuk aku peluk.... **Wakakakakakakakaka....

      Bila dah sampai, perangai kebudak-budakkan mula timbul... Bila tengok ada banyak permainan, mula lah nak mencuba... Nak main itulah, nak main inilah... Hampir kesemua permainan boleh dikatakan menarik dan mesti dicuba... Ada banyak permainan baru dan permainan lama disitu... Tapi tulah, aku tak sempat nak cuba semua sebab terlalu ramai sangat orang beratur nak main... So, at last aku cuma main permainan yang jarang orang nak main je... Hehehe....

      Bila dah penat dan perut lapar, kami berhenti seketika untuk berehat dan menikmati hidangan yang telah dibawa dari rumah... Kalau asyik main aje tapi tak makan, nanti pengsan pulak... So, masing2 membawa keluar bekal yang dibawa dan aku cukup terkejut sebab ada banyak sangat makanan... Rasa macam pergi picnic kat tepi pantai pulak!... Ada mee hoon goreng, sandwich, cekodok, nugget & sosej, pau, apam balik, murtabak daging dan sebagainya... Memang meriah sungguh meja makan kami... Itulah, kalau dah potluck, kita tak sedar ada macam2 makanan akan terhidang diatas meja... Nasib baik tak semua yang pergi, kalau tak, mesti dah jadi macam 'family day'... Hehehehehe....

      Aku tergamam sebentar apabila mereka membuka satu kotak yang berisi kek harijadi...

      "Haaaaa........ Alamakkkk... Dorang nak celebrate birthday aku la.... Seronoknya.....", hatiku berbisik...

      Rasa malu pun ada sebab dah tua2 bangka pun nak celebrate birthday... Hehehee.. Pulak tu, kat tempat ramai orang lak tu... Nasib baik takde orang nampak... Hehehehe.... Aku dah lama tak celebrate birthday kat luar... Kalau ada pun, sekadar makan2 je... Takde la sampai nak potong2 kek ni... Lagipun, birthday aku dah lama berlalu dan rasa segan lak sebab celebrate kemudian... Tapi aku rasa cukup terharu, cukup bertuah dan berterima kasih sebab kawan2 aku ni ingat birthday aku... Terima kasih yang tidak terhingga ye semua untuk kejutan ini...

      Next time around, aku pulak akan buat kejutan untuk korang... Tunggu jelah nanti, tau la ape aku nak buat............. Hehehehe.........


      Dalam kenangan:-

      Photobucket


      Photobucket
      My travelling companion...


      Photobucket
      Inilah antara mereka2 yang turut serta... Kesemuanya rakan sekerja aku bersama keluarga masing2...


      Photobucket
      Rasa macam kat London pulak... Hehehehe... Sejuk giler masa ni!!!...


      Photobucket
      Kanak2 riang sedang bermain "Mary Go Round".... Tu ada baby tua atas unta.... Hehehe...


      Photobucket
      Aku pun tak ketinggalan gak nak main... Padahal benda alah tu, aku tak muat... Terkeluar kedua-dua kaki aku... Hehehehe...


      Photobucket
      Kak Alinur & Kak Pijah... Masing2 tengah control nafas... Takut benda tu tak nak naik... Hehehehe


      Photobucket
      Aisyah - anak Kak Keenah dan Wais - anak Kak Ana... Tengah seronok naik Space Shot budak2...


      Photobucket
      Aku sewaktu menaiki Pirate Ship... Game ni macam main buaian, tapi tinggi giler benda ni hayun... Rasa geli2 perut aku... Hehehe


      Photobucket
      Aisyah dan Wais... Suka bebenor dorang nih... Sampai berulang-ulang naik!...


      Photobucket
      Anak memang tengah seronok, ngan mak2 skali lepas geram... Kak Keenah & Aisyah


      Photobucket


      Photobucket
      One Happy Family on the boat... Keluarga Kak Keenah naik sampan...


      Photobucket
      Amboiii... Dah penat sangat, mak jadik mangsa... Sedapnya 'bantal peluk' nih... Hehehee...




      The Two Princess...

      Photobucket
      Baby Damia... Anak Kak Ana...


      Photobucket
      Aisyah... Anak Kak Keenah... Memang comel dia ni, malu2 tapi mahu... Hehehe...




      The Celebration... Thank you everyone!...

      Photobucket


      Photobucket


      Photobucket
      Celebration for both, me and Kak Ana's husband - Abg Zaidi... We both are Cancerians...


      Photobucket




      Model Sambilan.... Hehehee....

      Photobucket
      Pose with First World Hotel... Kaler2 tul hotel ni...


      Photobucket


      Photobucket
      Posing kejap lah... Hehehe..


      Photobucket
      Kak Alinur dan maskotnya... Hehehe...




      Antara game yang ada....

      Photobucket
      Game nie best tapi aku tak dpt naik... Rasa macam terbang aje...


      Photobucket
      Waktu tengah kabus tebal... Waktu ni rasa gerun sikit sebab tak nampak ape kat depan...


      Photobucket
      Corkscrew... Best giler!!!!..


      Photobucket
      Go-Kart... Ermmm... Kureng sikit sebab rasa macam naik atas mesin rumput, pastu jalan... Slow!... Bunyi pun dah dekat2 sama macam mesin rumput gak... Hehehe


      Photobucket
      Flying Coaster... Yang ni pun best tapi aku tak berpeluang naik... Aku dengar cite, pernah ade orang mati bila naik ni... Kene sakit jantung kot...


      Photobucket
      Cyclone.. First roller coaster in Malaysia... Dulu, masa aku kecik2, naik benda ni...



      Nota kaki: -
      Ape nak jadi ngan aku ni... Hujung bulan, ada exam!... Sempat lagi nak pi enjoy... Buku belum abis baca.... :)

      Thursday, 17 July 2008

      Selepas solat Maghrib, aku terus mencapai Surah Yassin untuk dibaca sementara menanti masuknya waktu Isyak... Esok, lebih kurang jam 5.50 pagi, genaplah 7 hari pemergian arwah kakak angkat aku ke Rahmatullah... Sehingga kini, aku dan rakan2 rapat arwah yang lain masih lagi berada dalam keadaan trauma mengenangkan apa yang berlaku... Terasa dirinya masih ada lagi disisi...

      Sedih memang sedih, tetapi aku redha dengan qada' dan qadar Allah SWT... Dia Maha Agung dan Maha Bijaksana... Setiap apa yang berlaku ada sebabnya dan setiap kelahiran/kematian sudah ditetapkan ketika kita berada di alam roh lagi... Cuma kita sebagai manusia sentiasa lalai dan leka dengan hal2 keduniaan yang mengasyikkan... Padahal, ajal sentiasa menjengah kita setiap waktu; menanti masa untuk menjemput kita pulang...

      Terasa sayu ketika Abg Idrus, suami kepada arwah Kak Ayu datang ke tempat duduk arwah tadi untuk mengemas dan mengambil barang2 peribadi yang ada didalam laci dan atas meja pejabat... Dan ketika itu juga, kami2 berkerumun membantu apa yang patut... Masing2 tidak berkata banyak, sayu dan sedih melihat barang kepunyaannya... Ada diantara barang2 itu seperti baru disentuh oleh arwah; bekas air minuman yang berisi straw dengan KESAN LIPSTICK disekelilingnya, kain seledang dan jaket hitam tersidai diatas kerusi dan lain-lain lagi... Semuanya seperti baru saja digunakan semalam walaupun semua barang2 itu tidak disentuh sejak lebih 8 bulan yang lepas...

      Ada diantara kami tidak dapat menahan kerinduan, meminta izin dari Abg Idrus untuk mengambil dan menyimpan barang2 milik arwah sebagai kenang-kenangan... Selendang yang sentiasa dipakai oleh arwah setiap hari di pejabat disimpan oleh Kak Lin; rakan sepejabat aku yang cukup rapat dengan arwah... Mereka ibarat adik beradik, kemana saja dipejabat, sentiasa bersama... Bila arwah ada masalah dan berduka lara, Kak Lin lah antara orang yang dicarinya... Pergi makan pun sama2... Tu belum lagi masuk segala gurau senda dan aktiviti yang dijalankan bersama... Memang ketika hari arwah meninggal, Kak Lin rasa sedih yang teramat sangat; rasa terkilan kerana tidak sempat berjumpa dengan arwah di hari2 terakhirnya...

      Memang suhu bilik di pejabat aku tidak menentu... Kadangkala panas, kadang kala sejuk sangat... Tetapi selalunya memang sejuk sebab aircond kami telah diselaraskan secara menyeluruh (centralised) dan membuatkan ramai di antara kami menggigil kesejukkan... Kalau diubah kepada suhu yang lebih tinggi sikit, kepanasan pulak!... Lagi tak selesa nak buat kerja...

      Jadi, setiap kali berada didalam pejabat, arwah memang selalu melilitkan selendang di badannya untuk mengurangkan kesejukkan... Sekarang, selendang itu tinggal kenangan dan dipakai oleh Kak Lin sebagai pengubat rindu... Aku pun ada satu scholl yang dihadiahkan oleh arwah sebelum ini... Jikalau sejuk sangat, aku memang akan pakai scholl tu dan setiap kali aku pakai, aku akan teringat kat dia... What a memory...

      Aku diberitahu oleh Abg Idrus, ramai sungguh yang meminta baju2 kepunyaan arwah daripadanya untuk disimpan sebagai kenangan... Sampai tak terlayan dia... Aku faham, walaupun arwah bukanlah jenis seorang yang famous ketika hayatnya, tapi dia mempunyai ramai kenalan dan amat disenangi oleh ramai orang... Biasalah, orang cantik dan friendly; sape tak senang dan suka kan???... Dia seorang 'mesra rakyat' membuatkan orang ingin berkawan dan mengenalinya... Jadi, tidak mustahil selepas pemergiaannya, dia dirindui oleh ramai pihak dan kawan2...

      Tiba-tiba kesedihan datang kembali bila aku teringat kenangan lama kami (kawan2) dengannya... Arwah memang cukup rapat dengan kami semua; Kak Alinur, Kak Pijah, Kak Ana, Kak Ina, Kak Lin, Michelle, Kak Rosnaliza, Kak Puzah, Yotot........ Semualah yang ada dalam department aku dan mereka2 yang sentiasa dekat dengannya... Bila dia dah takde, kami rasa lain sangat... Adakalanya, kami dapat rasakan dia masih ada dan seolah-olah dia sentiasa dekat dengan kami.......


      Nota kaki:-
      Aku akan merindui panggilan "adik" dari arwah... Dalam pejabat, cuma dia seorang yang menggelarkan aku dengan panggilan itu....

      Sob... sob... sob....

       

      Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

      Theme by WordpressCenter.com.
      Blogger Template by Beta Templates.