Friday 8 August 2008

Aku tahu, hari ini ramai orang bercakap mengenai tarikh 08.08.08... Banyak juga blog yang memaparkan cerita/kisah mengenai tarikh 08.08.08 ini...

Bagi aku, tarikh hari ini adalah tarikh biasa seperti tarikh2 yang lain... Cuma, jika disingkap secara mendalam mungkin tarikh ini mempunyai keunikkan dari segi susunan angka yang sekata tanpa campuran angka yang lain... Ada angka kosong dan angka lapan sahaja...

Bagi kepercayaan masyarakat Cina, angka lapan membawa maksud 'ong' atau tuah... Lihat sahaja dimana-mana premis yang menggunakan nombor, pasti angka lapan menjadi pilihan mereka... Contoh yang paling mudah ialah nombor plat kenderaan... Jika kita lihat kenderaan mewah dan pemandunya berbangsa Cina, kita akan dapat lihat nombor platnya akan mempunyai angka lapan... Tak silap aku, jika nombor plat kenderaan itu ialah 8, 88, 888 atau 8888, harga untuk mendapatkan nombor tersebut cukup mahal... Ada yang mencecah sehingga ratusan ribu!... Maklumat ini aku terima dari rakan aku dan aku tidak pasti sejauh mana kesahihannya...

Photobucket

Apa-apa pun, nombor memang mainkan peranan dalam menentukan corak hidup sesetengah individu terutama sekali pada mereka yang mempercayai 'feng-shui' atau 'ong' ini... Aku sendiri pun pernah melihat secara terang-terangan dimana tingkat bangunan dilabel secara pelik... Dari tingkat 2, 3, 3A, 5.... Angka 4 telah diabaikan dan begitu juga jika aras bangunan tersebut melebihi 10 tingkat... Labelnya pasti akan berubah kepada 12, 13, 13A, 15, 16 dan seterusnya...

Aku pernah bertanya kepada rakan aku yang beragama Buddha, mengapa label aras ditulis sedemikian rupa... Jawapan yang aku terima cukup menarik; kerana angka 4 itu adalah angka tidak baik yang membawa maksud 'mati'... Jadi mereka yang mempercayainya akan mengelak dari menggunakan angka 4 dalam kehidupan seharian... Secara tidak langsung juga, kita akan tahu bahawa premis atau bangunan tersebut dimiliki oleh siapa...

Sebenarnya, aku tidak pernah kesah mengenai semua ini... Semestinya, aku tidak mempercayai unsur2 khurafat seperti ini dan bila mendengarnya, ianya cuma memberi gambaran mengenai kepercayaan sesetengah ahli masyarakat kita... Itulah uniknya negara kita; terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat yang berbilang kaum dan kepercayaan... Bukan aku tidak bersetuju, tetapi semua ini membezakan setiap antara kita... Ada juga mereka2 yang berbangsa Cina dan beragama Buddha tidak mempercayai kepercayaan ini... Jadi, ianya bergantung kepada kepercayaan masing2 dan sejauh mana kita ingin menerimanya...

Ada juga yang menanti tarikh keramat ini untuk melangsung/mendaftarkan perkahwinan bersama-sama pasangan masing2... Pulak tu, tarikh ini jatuh pada hari Jumaat dan ramai juga juru nikah yang sibuk menikahkan pasangan pengantin... Sedang elok juga kerana esoknya hari Sabtu dan kebanyakkan premis bercuti sempena hujung minggu... Minggu depan, kebetulan cuti sekolah akan bermula...

Apa-apa pun, bagi aku tarikh 08.08.08 ini adalah tarikh biasa dalam hidup aku... Tiada perkara menarik berlaku dan perjalanan kehidupan aku adalah seperti biasa... Pada mereka yang mengalami peristiwa manis dan bermakna, tahniah aku ucapkan dan semoga kenangan hari ini adalah memori yang paling indah buat kalian... Oh ya, pada mereka yang menyambut kehadiran orang baru hari ini, selamat menimang cahaya mata juga!... Kat office aku, ada gak beberapa orang yang selamat melahirkan anak hari ini...


Nota kaki:-
Hari ini gak, Sukan Olimpik Beijing bermula... Jangan lupa tengok siaran pembukaannya....

Image : Credit to www.dl-design.se


2 comment:

@xiM said...

actually this date cantik..tu ajer..hehe

Aiden Reez said...

Axim...

Agreed... Susunan tarikh ni memang cantik... Jadi, tidak hairan lah kalau orang menunggu tarikh ini untuk melaksanakan sesuatu program yang meninggalkan memori dalam kehidupan mereka...

What about you? Ada wat pape ketika tarikh ini?

:D

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.