Monday, 29 September 2008

Hatiku berbunga-bunga hari ini...

Kenapa?

Sebab aku tengah happy sekarang...

Kenapa?

Sebab aku dah dapat apa yang aku cari dan idamkan...

Kenapa?

Sebab aku dah lama aku mencari, tak pernah jumpa-jumpa... Hari ini baru aku jumpa... Yang bestnye, ianya datang sendiri pada aku...

Kenapa?

Sebab dia nak datang pada aku, aku nak buat macam mana... "Pucuk dicita, ulam yang datang..." Aku rembat jelah... Buat apa nak tunggu-tunggu lagi...

Kenapa?

Sebab kalau aku tunggu, esok lusa belum tentu aku akan dapat apa yang aku nak... Jadi, peluang dah ada depan mata, apa lagi???....

Kenapa?

Kenapa... Kenapa... Ishhh.... Banyak pulak tanya!... Aku punya sukalah.....


Nota kaki:-
Serious, aku memang tengah happy giler diwaktu ini... Entah kenapa (kenapa lagi...) aku jadi begini... Nak tahu KENAPA?...

"Biarlah Rahsia....."

Yang tonggang terbalik, sudah kembali seperti biasa... Segala masalah sudah selesai, segala kekusutan telah terlerai... Keadaan kembali tenang semula...

"Aaaahhhhh... Alangkah gembiranya dapat kembali.... "

Terima kasih kepada kalian yang masih setia menanti... Jangan bimbang, aku tidak apa-apa... Masih gagah dan perkasa... Hahahahaha...

What happen here?... Aduhhhhhh.... Bersepah bangat 'rumah' aku ni... Ni sapa yang buat sepah ni???????.......


Nota kaki: -
Harap keadaan akan kekal seperti sedia kala walaupun hati adakala gundah gulana... Risau keadaan dihari muka, entah apa akan jadinya....

Tuesday, 23 September 2008

Tergendala buat sementara waktu...

Kehidupan aku agak sedikit tonggang terbalik semenjak kebelakangan ini... Jadi, aku perlu sedikit ruang dan masa untuk menyusun atur perkara-perkara didalam hidup aku...

Harap maaf dan semoga kalian semua memahami keadaan aku diwaktu ini...

Aku akan kembali semula dalam masa terdekat, Insya Allah...


Selamat berpuasa dan jaga diri....

Monday, 15 September 2008

Sudah 15 hari kita berpuasa dan tinggal 15 hari sahaja lagi, kita akan menyambut hari lebaran; Hari Raya Aidilfitri...

Kalau waktu zaman kecik-kecik dulu, hari raya merupakan hari yang paling gembira buat diri aku... Mana taknya, pada hari tersebut, aku dapat melaram baju Melayu yang abah beli, pastu dapat gie beraya kat rumah jiran, dapat duit raya dan sebagainya... Rasa seronok yang teramat sangat dan sememangnya aku antara orang yang paling awal bangun pagi... Ahhh kenangan....

Kini, kemeriahan hari raya tetap dirasai tetapi perasaan itu bukanlah seperti waktu aku kecik2 dulu... Dah tua bangka macam ni, takkan nak jadi macam budak-budak pulak kan?... Hehehe... Anyway, tahun ini aku rasa perasaan seronok itu sudah berkurangan sedikit... Entah, mungkin kerana tahun ini aku agak sibuk dengan kerja-kerja di pejabat dan kelas-kelas separuh masa yang aku hadiri... Paling aku tak suka, pada 22 Oktober ni aku ada final exam... Nampaknya, memang sah ler aku tak beraya sangat!... Kena mengadap buku... Tension tul!...

Tak apalah, aku anggap ini satu pengorbanan untuk masa depan aku...

Bercakap mengenai hari raya yang semakin menghampiri ini, aku tak tahu apa yang aku dah buat untuk menyambut ketibaan Syawal kali ini... Serius, satu benda pun aku tak prepare lagi!... Kalau orang lain, sekurang-kurangnya dah ada la persiapan serba sedikit... Aku ni, langsung tak ada!... Apa nak jadi dengan aku ni?...

Jadi, bagi mengelakkan daripada terlupa dan tak cukup masa, aku dah buat checklist aku sendiri untuk raya kali ini... Hendak atau tidak, aku kena ikut checklist ni kalau hendak selamat... Takut nanti disaat-saat akhir, aku terlupa (al maklumlah, banyak sangat benda nak kena ingat...)


Kelengkapan diri
  1. Baju Melayu - tak payah beli... Baju Melayu 3 tahun lepas masih lagi cantik... Aku pakai berapa kali la sangat... Time hari raya pertama je... Sekurang-kurangnya, jimat sikit duit aku... Hehehe..


  2. Baju t-shirt - yang ni aku nak kena tambah sikit... Baju t-shirt aku banyak yang dah outdated dan lusuh... Ada yang dah senteng pun... Hehehe...


  3. Seluar jeans - yang ni aku musti beli!... Jeans aku tu dah nak terkoyak dah... Berapa tahun dah aku pakai...


  4. Songkok - tak perlu beli sebab aku tak pakai songkok... Reserve bila aku nak nikah sok... Kalau aku pakai sekarang, takut terpikat lak anak dara yang datang beraya umah aku... Dah hilang seri... Hehehe...


  5. Sampin - rasanya berlambak sampin dalam almari tu... Lagipun, baju Melayu tak beli, sampin pun tak payah beli lah...


  6. Butang baju Melayu - ohhh... Yang ni dah ada... Kalau takde pun, abah punye ade banyak... Ambik je nanti... Hehehe...


Kelengkapan Rumah
  1. Perabot - takkan tiap-tiap tahun nak kena tukar perabot?... Botak la kepala aku... Aku hanya akan beli perabot bila rumah aku dah siap nanti... Kena start simpan duit ni...


  2. Bunga dan hiasan - errr... Rasanya aku ade simpan dalam kotak... Tengok pada keadaan...


  3. Langsir - yang ni baru tukar tahun lepas, jadi tahun ni tak yah tukar... Buang duit je ganti yang baru...


  4. Sarung kusyen - yang ni pun ada dan still elok lagi... Tak tukar...


  5. Karpet - tak payah tukar... Karpet still elok lagi...


  6. Tikar getah - rasanya nak kena cabut dan tukar yang baru... Rasanya belah hujung tu dah rabak dah...


Hidangan dan Juadah
  1. Barang untuk buat biskut - ape pun takde lagi ni... Nak kena gie carik ngan mama... Alamak! Barang naik harga la pulok...


  2. Barang untuk buat rendang - mama dan abah uruskan... Aku tak nak campur tangan... Yang aku tahu, aku tolong masak je...


  3. Barang untuk buat kek - ni adik perempuan aku punya kerja... I'll leave it to her... Rasanya macam ade nampak mesin putar kek yang baru aritu... Hehehe...


  4. Barang untuk buat ketupat - ape daa... Pakai je yang segera, senang dan habis cerita... Tapi aritu abah dok bebel nak anyam ketupat... Suka hati dialah, dia yang nak kena anyam...


  5. Barang untuk buat kuah lodeh dan kuah kacang - ni kerja mama...


  6. Kerepek ubi/pisang/jajan - ermmm... dah order, tunggu stock sampai...


Lain-lain
  1. Kad raya - esok nak kena start hantar...


  2. Tukar duit raya - setel... Tunggu duit datang... Hehehehe...


  3. Apply cuti raya - setel, tinggal nak cuti je... Hehehe...


  4. Pasang pelita keliling umah - mane lak pelita aku campak aritu?... Nak kene selongkar balik stor...


  5. Main bunga api/main mercun - hehehehe....


Ape lagi ek?... Tula, aku pun dah tak ingat... Kena duduk dan fikir ni....

Sunday, 14 September 2008

Waktu aku tengah update setting kotak mesej aku, aku terperasan Admin telah memasukkan satu fungsi baru...

Function yang diberi nama "iExpect" ini berfungsi sebagai papan mesej dimana pengguna dapat menghantar mesej, masalah atau idea kepada Admin sebagai 'feedback' atau input bagi menyelesaikan dan menaiktaraf sistem yang sedia ada...

Menarik bukan?... Aku nak tanya kalian, dalam banyak-banyak kotak mesej yang disediakan didalam internet, ada berapa banyak kotak mesej yang menyediakan perkhidmatan sedemikian kepada pengguna?... Berapa banyak kotak mesej yang mengambil kira masalah pengguna dan mencorakkan sistem berdasarkan apa yang pengguna mahu?...

Aku rasa, cuma satu dua provider sahaja yang buat begitu... Rata-ratanya memang tidak ambil peduli akan kehendak pengguna dan mereka hanya develop sistem berdasarkan apa yang mereka rasa... Jadi, pengguna hanya dapat apa yang mereka hasilkan dan tidak dari apa yang pengguna mahu... Satu dari sebabnya ialah mungkin sistem yang dtawarkan adalah percuma dan pengguna hanya menerima apa yang ditawarkan... No question asked!...

Msjbox adalah sistem kotak mesej berbayar dimana semua pengguna yang berdaftar akan mendapat keistimewaan menggunakan fungsi yang disediakan... Disamping itu, Admin Msjbox sentiasa memastikan setiap pengguna berpuas hati dan mendapat apa yang sepatutnya mereka dapat... Selama aku berblogging, inilah kali pertama aku mengalami satu perasaan yang amat gembira ketika menggunakan perkhidmatan yang diberikan...

Tahniah kepada
Admin kerana telah berjaya menghasilkan satu kotak mesej yang interaktif, 'live' dan mudah untuk digunakan... Aku rasa, konsep sebegini harus diguna pakai oleh kebanyakkan provider yang lain; mengambil kira pendapat pengguna disamping cuba untuk memenuhi kehendak mereka... Di akhir nanti, pengguna akan berpuas hati dan sistem yang dicipta juga dapat dipertingkatkan...

Tidakkah itu sesuatu yang bagus?...

Photobucket



Nota kaki: -
Pada rakan-rakan blogger yang lain (yang masih belum menggunakan Msjbox) dan masih tercari-cari kotak mesej yang sesuai, pilihlah Msjbox... Tidak rugi anda menggunakan Msjbox ini... Macam-macam faedah yang akan anda terima... Satu faedah utama ialah jaringan rakan anda akan bertambah luas melalui Msjbox ini...

Apalah sangat jika kena bayar sedikit... Dalam dunia ini, bukan semuanya free dan ada sesetengah benda, untuk kita milikinya, kita harus membayarnya... Lagipun, ianya cuma RM10 untuk setahun... Kalau dibahagikan setiap bulan, setiap minggu, setiap hari, berapa sen la sangat yang anda akan belanjakan?...


Saturday, 13 September 2008

Percaya atau tidak?

Masa memula aku membaca satu artikel yang ditulis oleh seorang professor dari Amerika Syarikat, aku sendiri pun kurang percaya (bukanlah tak percaya langsung) mengenai fakta yang dikeluarkannya ini... Sebenarnya, fakta ini dibuat berdasarkan kajian yang telah dilakukan olehnya kepada 1,000 sampel dimana ianya terdiri dari sukarelawan di beberapa bahagian negeri di Amerika Syarikat... Dan hasil daripada penemuan dan kajian tersebut, dia mendapati keputusan yang diterima hampir menyamai bagi setiap sampel yang di uji... Aku tidak pasti bagaimana ujian tersebut dijalankan tetapi jika dia sudah mengeluarkan fakta tersebut bermakna kesahihannya terbukti walaupun tidak 100%...

Berdasarkan pengamatan aku, jika kita tidur terlalu banyak, bukan sahaja ia membuatkan kita menjadi malas malah badan akan terasa berat dan letih sepanjang masa... Memang benar, tidur sepatutnya merehatkan badan, bukan memenatkan... Tetapi, badan kita hanya memerlukan hanya 8 jam rehat sahaja untuk tempoh 24 jam dan kebiasaannya kita akan tidur dari jam 9 - 10 malam sehinggalah pukul 5 - 6 pagi... Jika kita terus tidur (memang kebanyakkan orang selalu buat pun) ia akan menyebabkan badan kita menjadi letih semula, menjadi lesu dan tidak bermaya... Muka sembab dan akal fikiran juga menjadi slow... Tahu tak kenapa?... Kerana rehat yang kita berikan kepada tubuh badan sudah melebihi dari apa yang diperlukan... Ianya sama seperti kita menyumbat pelbagai perisian yang macam-macam di dalam komputer sehingga menyebabkan komputer kita menjadi slow... Lama kelamaan, komputer akan rosak kerana tidak mampu untuk menerima apa-apa lagi...

Dari perspektif agama pula, tidur yang berlebihan bukan menyebabkan badan menjadi tidak sihat malah ianya menjadi punca mengapa hati kita mati... Sebab itu, sejak dari zaman Rasulullah SAW lagi, kita dididik supaya bangun untuk solat Subuh kerana diwaktu itu, badan kita sudah menerima rehat yang cukup selepas tidur semalaman...

Masuk akal, bukan?... Itulah kupasan yang diberikan oleh professor tersebut mengenai tidur yang berlebihan... Dia tidaklah membincangkan isu ini dari aspek agama tapi dari segi saintifiknya, jika terlalu banyak tidur boleh memudaratkan kesihatan kita... Dalam bulan Ramadhan ni, aku yakin ramai diantara kita yang suka tidur... Maklumlah, penat dan letih berpuasa... Tetapi, kalau diikutkan, tidur bukanlah jalan penyelesaian kerana di bulan puasa, kita sepatutnya lebih aktif dan cergas...

Kalau kalian tidak percaya mengenai kupasan yang dibuat oleh professor ini, cuba kalian lakukan sendiri uji kaji ini... Cuba kalian tidur selama 8 jam di waktu malam dan cuba bangkit keesokkan harinya... Apa yang kalian akan rasa?... Aku yakin, sudah pasti badan kalian akan rasa segar bugar... Aku pernah lakukannya dan terbukti ianya berkesan...

Aku bukanlah mengatakan bila kita banyak tidur, kita akan cepat mati... Mati adalah kerja Allah SWT dan hanya Dia sahaja yang tahu bila kita akan dijemputnya...


Photobucket


Aku ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada rakan blogger - Chime kerana sudi memberikan aku duit raya berjumlah 50 juta hengget...


Photobucket

Waaaa.... Selama aku hidup diatas muka bumi ini, inilah pertama dan terakhir aku menerima duit raya sebanyak ini... Tidak pernah aku menerima duit raya sebanyak ini... Pulak tu, hari raya pun terlalu jauh lagi... Baru sahaja kita memasuki hari yang ke-13 dan kita masih lagi mempunyai 27 hari lagi sebelum tibanya Syawal...

Waktu aku kecik2 dulu, paling tinggi duit raya yang aku terima ialah RM2; itu pun beberapa keping sahaja kerana saudara-mara aku bukanlah terdiri dari kalangan orang yang mewah dan banyak duit... Kalau pergi beraya rumah orang, paling banyak dapat syiling 20 sen dan 50 sen (50 sen paling tinggi kalau pi raya umah orang... hehehe) dan kocek baju melayu selalu penuh dengan syiling-syiling ni... Ahhh, kenangan...

Bercerita mengenai duit raya, aku tak pasti, sejak bila orang kita mula mengamalkan tradisi memberi duit raya kepada anak-anak... Apa yang aku tahu dari ayah aku dulu, orang dulu-dulu tak bagi apa-apa jika datang kerumah untuk beraya... Mereka cuma datang, menghulurkan tangan untuk bermaaf-maafan dan bersama-sama menikmati juadah hari raya... Selepas itu, mereka akan pulang... Begitulah kemeriahan hari raya zaman dulu dimana ia tidak 'dicemari' dengan tradisi duit raya ini... Kalau ada yang hendak memberi buah tangan, mereka hanya membungkus hidangan juadah untuk dibawa pulang kerumah...

Pada pendapat aku, sememangnya tidak salah untuk kita memberikan duit raya kepada anak-anak tetapi biarlah berpada-pada... Bukanlah sampai mencecah ratusan ringgit... Bukan apa, bagi aku kita tidak seharusnya 'meracuni' fikiran mereka dan menggalakkan mereka untuk memberi wang ringgit kerana itu bukan tujuan sebenar mengapa kita menyambut hari raya... Sepatutnya, kita menggalakkan mereka supaya mensyukuri nikmat yang ada, bergembira dan sentiasa berdoa memohon kepada Allah SWT supaya memanjangkan umur kita serta memberi kesejahteraan supaya kita dapat bertemu di bulan Ramadhan yang akan datang...

Hari Raya ialah hari dimana umat Islam menyambut dan merayakan kemenangan selepas sebulan berpuasa... Hari dimana kita bergembira selepas sebulan kita 'berperang' menewaskan dan menundukkan hawa nafsu yang seringkali menguasai diri kita ini, hari dimana kita membesar dan memuji Allah SWT dan sebagainya... Jadi, sebagai seorang umat Islam, kita harus menerapkan nilai2 ini didalam hati sanubari anak-anak kita dan bukannya memberikan wang ringgit kepada mereka... Ketika zaman Rasulullah SAW dulu pun, mana ada baginda Rasullah memberikan duit raya kepada anak-anak dan tetamu yang datang kerumah... Baginda hanya meraikan dan menjamu tetamu sahaja...

Kalau kita lihat zaman sekarang, mengapa kanak-kanak begitu seronok bila tiba hari raya?... Salah satu faktornya ialah mereka akan mendapat habuan ketika hari istimewa ini... Yelah, siapa tidak suka bila dapat duit, kan?... Kalian akan perasan, selepas selesai sahaja solat sunat Aidilfitri, maka akan kelihatan segerombolan budak-budak berjalan dari rumah ke rumah untuk beraya... Didalam fikiran kita, sebenarnya mereka bukanlah hendak beraya sangat, tetapi sekadar untuk kutip duit raya dari tuan rumah... Benar, bukan?... Aku pernah mengalami satu situasi dimana kanak-kanak itu sendiri datang kepada aku dan berkata, "Saya tak nak makan... Saya cuma nak duit raye je...." Aku cuma tersenyum melihat keletah anak-anak ini dan selalu juga aku memujuk mereka untuk menjamah sedikit kuih raya yang berada diatas meja... Dan apabila mereka hendak pulang, memang aku akan hulurkan sampul angpau kepada mereka tetapi jumlah didalam itu tidak la sebanyak mana... Tapi ada jugalah untuk mereka... Pemberian ikhlas aku kepada mereka... Kadang-kadang, aku tergelak besar apabila mereka membuka sampul tersebut dan mengeluh, "Laaa.... ini aje???....."

Lihatlah, inilah sebenarnya yang kita tidak mahu... Sambutan hari raya disalah ertikan dengan unsur-unsur meterialistik ini... Jadi, jika kita berjaya menerapkan nilai-nilai murni didalam hati mereka, itu sudah cukup memadai... Memang tidak dinafikan, mereka itu budak-budak kecil... Apa yang mereka tahu sangat?... Tetapi harus diingat, apabila ia sudah dibiasakan sejak kecil, maka sedikit sebanyak sikap materialistik itu akan diterap dan dibawa sehingga dewasa... Biarpun ketika dewasa, mereka agak segan untuk meminta duit raya, tetapi didalam akal mereka, sudah terbayang $$$ sebagai matlamat dan mereka hanya hidup berdasarkan matlamat tersebut...

Kalian pernah lihat, perbezaan beraya di kampung halaman (yang betul-betul kampung) dengan beraya di bandar-bandar besar (kawasan perumahan) ??... Sebenarnya, terlalu banyak bezanya... Kita akan dapat lihat perbezaan cara dan tingkah laku serta tata tertib kanak-kanak di dua tempat ini... Aku cukup suka dan mengidamkan dapat beraya di kampung halaman aku... Suasana di pagi raya memang amat berbeza sekali... Anak-anak kecil hanya datang kerumah kita untuk beraya... Selepas itu, mereka akan balik... Selalunya, mereka akan datang dengan kedua-dua orang tua mereka... Alangkah seronok dan meriahnya begitu kan?...

Begitulah sebenarnya... Apa yang dinyatakan adalah sekadar pandangan dan pendapat aku yang maha hina ini mengenai tradisi memberi duit raya... Aku tidak tahulah pendapat yang lain bagaimana... Cuma kalau aku, aku akan memberi juga duit raya kepada adik-adik aku serta saudara mara yang muda dari aku, cuma jumlah itu bukanlah banyak... Aku memberi pun kerana aku ingin bersedekah di bulan Syawal ini... Itu niat dan tujuan aku...

Selamat menjalani ibadah puasa................


Nota kaki:-
Pada sesiapa yang inginkan duit raya ini, sila lah ambil ye... Jangan malu-malu, jangan segan-segan...


Friday, 12 September 2008

"Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan Kak Rose dan Maria
Allah selamatkan kamu..."



Hari ini merupakan hari lahir dua orang insan yang boleh dikatakan agak rapat dengan aku; yang seorang tu aku dah anggap macam kakak sendiri dan seorang lagi merupakan kawan baik merangkap teman sedarjah (classmate) aku... Kak Rose dan Maria...

Kak Rose sekarang sedang berada di rumah kerana masih lagi bercuti... Cuti sakit... Dia baru sahaja menjalani pembedahan untuk mengeluarkan 'benda asing' (aku rasa tumor kanser) dalam kepalanya dan aku yakin ianya akan memakan masa yang agak lama untuk sembuh... Pada mulanya, dia tidak menyedari akan 'benda asing' yang sudah lama bersarang itu... Apa yang dia alami ialah sakit kepala, pening dan migrain... Kerap sangat sehingga tak larat nak bangun... Keadaan yang tidak selesa dan kesakitan yang teramat sangat itu telah menyebabkan dia mengambil keputusan untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan ketika keputusan telah dikeluarkan, baru lah dia tahu benda itu berada didalam kepalanya... Nasib baik dia cepat bertindak, kalau tidak... Aku tak tahu lah nak cakap macam mana...

Kak Rose merupakan seorang yang sangat baik... Happy-go-lucky dan sentiasa ceria... Perwatakannya yang selamba sentiasa disenangi orang sekeliling walaupun rupanya sedikit serius dan agak garang... Namun, Kak Rose adalah seorang yang baik hati dan lemah lembut... Kami kenal sejak aku mula bekerja di syarikat sekarang dan sejak 10 tahun yang lepas kami menjadi rapat ibarat sebuah keluarga... Aku menghargai apa yang telah Kak Rose berikan dan lakukan selama ini dan semestinya aku rasa terhutang budi padanya... Selalu juga Kak Rose menjadi bahan rujuk aku jika aku berada didalam dilema atau sekadar ingin bercerita dan melepaskan apa yang dirasa di dalam hati...

Semoga Allah sentiasa melimpahi rahmat dan hidayah kepada Kak Rose... Semoga segala pintu rezeki dibuka kepadanya sempena hari kelahirannya ini dan dia dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, Insya Allah...


Photobucket
My dear friend, Maria...

Maria adalah teman yang sangat baik... Jarang aku jumpa seorang teman yang sentiasa mengambil berat akan rakan-rakannya... Kalau ada pun, dua tiga kerat je... Bagi aku, sepanjang aku mengenali Maria dan berkawan dengannya, aku tidak pernah menghadapi masalah atau rasa tidak selesa... In fact, selalu juga kami melakukan aktiviti bersama rakan-rakan yang lain... Dia seorang yang sangat rajin, bertanggungjawab, boleh diharap dan boleh dipercayai... Jika ada apa-apa event, aku cukup suka untuk melantiknya untuk menguruskan event tersebut sebab aku cukup percaya, dia pasti akan melakukannya bersungguh-sungguh... Kalau nak cakap mengenai hasil kerjanya, memang first class... Memang sangat-sangat memuaskan dan aku memberikan A+ untuk setiap hasil kerjanya...

Dia juga merupakan seorang teman yang sangat dipercayai, sangat ambil berat dan sangat peka kepada keadaan sekeliling dan rakan-rakannya... Dari pengamatan aku, dia cukup rapat dengan ramai orang... Ramai yang suka berkawan dengannya kerana keikhlasannya... Aku rasa, itu yang membuatkan dia cukup istimewa sebagai seorang rakan... Dia juga jenis tidak berkira dan sentiasa memberi sokongan yang penuh pada aku dan rakan-rakan yang lain... Jauh disudut hati, aku rasa cukup bertuah kerana dapat mengenali dan menjadi rakannya...

Doaku, semoga Allah sentiasa mengurniakan setiap kemanisan dalam hidupnya; dilimpahi rahmat dan hidayah; dikurniakan rezeki yang tiada hentinya dan dikurniakan kesihatan dan kegembiraan sepanjang masa... Amin...

Thanks for everything dan selamat hari lahir buat kalian berdua...........


Nota kaki:-
Bulan September ni, cukup ramai rakan-rakan aku menyambut hari lahir... Aku intai kalendar aku, berderet-deret nama mereka terpampang... Tak apa, bila tiba masanya, pasti aku akan mengucapkan Selamat Hari Lahir buat mereka semua... Insya Allah...


Sejak dari kecil sehinggalah aku dewasa, aku telah didik oleh kedua orang tua aku untuk melakukan sesuatu kerja yang diamanahkan dengan sebaik mungkin... Walau susah macam mana sekalipun, mama selalu berpesan pada aku, aku kena cuba dan selesaikannya sendiri... Jangan mengharap simpati dan bantuan orang...

Inilah prinsip aku, selagi terdaya, aku akan buat... Biarpun aku akan mengambil masa yang agak lama untuk menyudahkannya... Aku yakin, dengan berkat kesabaran dan usaha aku, aku akan menerima hasilnya... Kepuasan pasti akan dikecapi dan semestinya aku akan lebih bersemangat dalam meneruskan usaha dimasa hadapan... Aku pun bukan suka menyusahkan orang, tetapi aku tak pernah kesah kalau orang datang meminta bantuan dari aku... Aku cepat simpati, cepat kesian dan cepat tersentuh lebih-lebih lagi mereka yang berada didalam kesusahan... Pastinya, aku tanpa berfikir dengan rela membantu mereka-mereka ini mengikut keupayaan aku...

Photobucket

Berkira?... Entahlah, aku tak tahulah sama ada aku nie jenis berkira ke tidak... Hanya orang disekeliling aku sahaja yang mampu menilai... Setahu aku, apa sahaja yang diberikan kepada aku, aku akan hadapi dan lakukan sebaik mungkin... Jarang aku merungut sebab kalau aku merungut pun, ape yang aku dapat?... Kerja/masalah tidak akan selesai juga... Aku selalu pesan pada diri, apa sahaja yang datang ada sebabnya... Ada hikmahnya... Jika sesuatu masalah atau perkara buruk menimpa diri, itu merupakan satu dugaan/cabaran yang harus aku sahut dan tempuhi... Bukan marah-marah atau merungut tak tentu pasal... Yang penting, aku harus tenang dan fikirkan sedalam-dalamnya perkara tersebut sebelum mengambil keputusan bagaimana untuk menanganinya...

Sejak kebelakangan ni, aku memang sibuk; sibuk sehinggakan aku tiada masa untuk diri sendiri... Aku banyak habiskan masa aku dengan kerja-kerja di pejabat dan juga kerja sekolah... Aku jarang keluar, jarang meluangkan masa dengan rakan-rakan... Adakalanya, aku risau juga andai rakan-rakan aku berkecil hati kerana aku jarang meluangkan masa bersama mereka... Aku tidak berniat untuk menjauhkan/mendiamkan diri tetapi percayalah, aku memang tak ada masa yang terluang untuk digunakan bersama mereka...

Sibuk2 pun, aku tak tahu kenapa aku masih mempunyai masa untuk mereka-mereka yang memerlukan bantuan aku... Asal mereka panggil dan minta bantuan, aku terus bangun dan pergi tolong... Entah, aku rasa memang dah program dalam kepala otak aku ni kot... Selama ini pun, aku ikhlas membantu tanpa ada apa-apa niat... Bila masalah selesai, mereka gembira; aku pun turut gembira... Dua-dua pihak puas hati!...

Photobucket

Aku tak sangka, dalam diam mereka menghargai apa yang aku lakukan... Dan baru-baru ini aku terima beberapa pemberian istimewa dari mereka yang pernah aku tolong... Aku terkejut... Aku terharu... Hati ini tersentuh kerana masih ada yang sanggup bersusah payah menghasilkan sesuatu semata-mata untuk mengucapkan terima kasih dan merakam penghargaan diatas pertolongan yang aku berikan... Aku tak tahu nak cakap macam mana; rasa nak meleleh air mata pun ada... Hanya doa yang ikhlas memohon kesejahteraan dan kebahagiaan mereka semua sahaja yang mampu aku panjatkan kepada Allah SWT...

Aku membantu setakat yang termampu... Aku memberi seikhlas hati... Tiada apa yang aku harapkan dari apa yang telah aku berikan...

Terima kasih dan semoga Allah sahaja yang mampu membalasnya....

Thursday, 11 September 2008

Aku check telefon bimbit aku, terkejut besar bila melihat pamparan skrin menunjukkan mesej "UnregisteredSIM"... SIM card aku rosakkah?... Sejak bila pula rosak sedangkan baru sekejap tadi aku menggunakan telefon bimbit aku untuk menelefon seseorang...

Apa sudah jadi?... Aku cuba matikan dan hidupkan semula, tetap mesej yang sama keluar... Aku check PDA dan line CELCOM satu lagi, pun sama jugak!... Mesej "Not Available" terpampang di skrin PDA aku... Pelik...

Mungkin line CELCOM tengah down kot sekarang ni... Mungkin mereka tengah dalam proses mengemaskini dan menaik taraf sistem talian mudah alih untuk CELCOM... Sebab tu line telefon bimbit aku ni tak ada...

Jarang juga aku menghadapi masalah dengan CELCOM sejak aku menggunakannya... Tidak pernah aku 'terputus' begini dan selalunya aku akan dapat coverage walau dimana aku berada... Sekurang-kurangnya, mesti ada satu bar kalau aku berada diluar kawasan atau berada di pendalaman yang jauh dari stesen pencawang... Jadi, aku merasa seronok juga bila menggunakan CELCOM sehinggalah sekarang... Tak seperti operator yang aku guna sebelum ni, selalu gak aku menghadapi masalah especially bila bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan mereka... Line pun, kadang-kadang ada, kadang-kadang tidak... Sebab dah bosan sangat, aku terus bertukar...

Aku harap, masalah CELCOM ini tidak akan berpanjangan sehingga esok... Kalau tak, susah gak aku kalau ada apa-apa hal...

Kalian menggunakan CELCOM?... Line kalian OK tak?

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.