Saturday 13 September 2008

Aku ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada rakan blogger - Chime kerana sudi memberikan aku duit raya berjumlah 50 juta hengget...


Photobucket

Waaaa.... Selama aku hidup diatas muka bumi ini, inilah pertama dan terakhir aku menerima duit raya sebanyak ini... Tidak pernah aku menerima duit raya sebanyak ini... Pulak tu, hari raya pun terlalu jauh lagi... Baru sahaja kita memasuki hari yang ke-13 dan kita masih lagi mempunyai 27 hari lagi sebelum tibanya Syawal...

Waktu aku kecik2 dulu, paling tinggi duit raya yang aku terima ialah RM2; itu pun beberapa keping sahaja kerana saudara-mara aku bukanlah terdiri dari kalangan orang yang mewah dan banyak duit... Kalau pergi beraya rumah orang, paling banyak dapat syiling 20 sen dan 50 sen (50 sen paling tinggi kalau pi raya umah orang... hehehe) dan kocek baju melayu selalu penuh dengan syiling-syiling ni... Ahhh, kenangan...

Bercerita mengenai duit raya, aku tak pasti, sejak bila orang kita mula mengamalkan tradisi memberi duit raya kepada anak-anak... Apa yang aku tahu dari ayah aku dulu, orang dulu-dulu tak bagi apa-apa jika datang kerumah untuk beraya... Mereka cuma datang, menghulurkan tangan untuk bermaaf-maafan dan bersama-sama menikmati juadah hari raya... Selepas itu, mereka akan pulang... Begitulah kemeriahan hari raya zaman dulu dimana ia tidak 'dicemari' dengan tradisi duit raya ini... Kalau ada yang hendak memberi buah tangan, mereka hanya membungkus hidangan juadah untuk dibawa pulang kerumah...

Pada pendapat aku, sememangnya tidak salah untuk kita memberikan duit raya kepada anak-anak tetapi biarlah berpada-pada... Bukanlah sampai mencecah ratusan ringgit... Bukan apa, bagi aku kita tidak seharusnya 'meracuni' fikiran mereka dan menggalakkan mereka untuk memberi wang ringgit kerana itu bukan tujuan sebenar mengapa kita menyambut hari raya... Sepatutnya, kita menggalakkan mereka supaya mensyukuri nikmat yang ada, bergembira dan sentiasa berdoa memohon kepada Allah SWT supaya memanjangkan umur kita serta memberi kesejahteraan supaya kita dapat bertemu di bulan Ramadhan yang akan datang...

Hari Raya ialah hari dimana umat Islam menyambut dan merayakan kemenangan selepas sebulan berpuasa... Hari dimana kita bergembira selepas sebulan kita 'berperang' menewaskan dan menundukkan hawa nafsu yang seringkali menguasai diri kita ini, hari dimana kita membesar dan memuji Allah SWT dan sebagainya... Jadi, sebagai seorang umat Islam, kita harus menerapkan nilai2 ini didalam hati sanubari anak-anak kita dan bukannya memberikan wang ringgit kepada mereka... Ketika zaman Rasulullah SAW dulu pun, mana ada baginda Rasullah memberikan duit raya kepada anak-anak dan tetamu yang datang kerumah... Baginda hanya meraikan dan menjamu tetamu sahaja...

Kalau kita lihat zaman sekarang, mengapa kanak-kanak begitu seronok bila tiba hari raya?... Salah satu faktornya ialah mereka akan mendapat habuan ketika hari istimewa ini... Yelah, siapa tidak suka bila dapat duit, kan?... Kalian akan perasan, selepas selesai sahaja solat sunat Aidilfitri, maka akan kelihatan segerombolan budak-budak berjalan dari rumah ke rumah untuk beraya... Didalam fikiran kita, sebenarnya mereka bukanlah hendak beraya sangat, tetapi sekadar untuk kutip duit raya dari tuan rumah... Benar, bukan?... Aku pernah mengalami satu situasi dimana kanak-kanak itu sendiri datang kepada aku dan berkata, "Saya tak nak makan... Saya cuma nak duit raye je...." Aku cuma tersenyum melihat keletah anak-anak ini dan selalu juga aku memujuk mereka untuk menjamah sedikit kuih raya yang berada diatas meja... Dan apabila mereka hendak pulang, memang aku akan hulurkan sampul angpau kepada mereka tetapi jumlah didalam itu tidak la sebanyak mana... Tapi ada jugalah untuk mereka... Pemberian ikhlas aku kepada mereka... Kadang-kadang, aku tergelak besar apabila mereka membuka sampul tersebut dan mengeluh, "Laaa.... ini aje???....."

Lihatlah, inilah sebenarnya yang kita tidak mahu... Sambutan hari raya disalah ertikan dengan unsur-unsur meterialistik ini... Jadi, jika kita berjaya menerapkan nilai-nilai murni didalam hati mereka, itu sudah cukup memadai... Memang tidak dinafikan, mereka itu budak-budak kecil... Apa yang mereka tahu sangat?... Tetapi harus diingat, apabila ia sudah dibiasakan sejak kecil, maka sedikit sebanyak sikap materialistik itu akan diterap dan dibawa sehingga dewasa... Biarpun ketika dewasa, mereka agak segan untuk meminta duit raya, tetapi didalam akal mereka, sudah terbayang $$$ sebagai matlamat dan mereka hanya hidup berdasarkan matlamat tersebut...

Kalian pernah lihat, perbezaan beraya di kampung halaman (yang betul-betul kampung) dengan beraya di bandar-bandar besar (kawasan perumahan) ??... Sebenarnya, terlalu banyak bezanya... Kita akan dapat lihat perbezaan cara dan tingkah laku serta tata tertib kanak-kanak di dua tempat ini... Aku cukup suka dan mengidamkan dapat beraya di kampung halaman aku... Suasana di pagi raya memang amat berbeza sekali... Anak-anak kecil hanya datang kerumah kita untuk beraya... Selepas itu, mereka akan balik... Selalunya, mereka akan datang dengan kedua-dua orang tua mereka... Alangkah seronok dan meriahnya begitu kan?...

Begitulah sebenarnya... Apa yang dinyatakan adalah sekadar pandangan dan pendapat aku yang maha hina ini mengenai tradisi memberi duit raya... Aku tidak tahulah pendapat yang lain bagaimana... Cuma kalau aku, aku akan memberi juga duit raya kepada adik-adik aku serta saudara mara yang muda dari aku, cuma jumlah itu bukanlah banyak... Aku memberi pun kerana aku ingin bersedekah di bulan Syawal ini... Itu niat dan tujuan aku...

Selamat menjalani ibadah puasa................


Nota kaki:-
Pada sesiapa yang inginkan duit raya ini, sila lah ambil ye... Jangan malu-malu, jangan segan-segan...


4 comment:

iEn said...

bestnyee kalau dpt betui2 :(

Aiden Reez said...

Ien...

Sape tak suke dapat duit raye banyak cenggini... Kalau Reez dapat, banyak tul perkara Reez nak lakukan...

Hehehe...

iEn said...

uhuk.. ien bukannyor gilo duit sgt.. tp masalah hutang2 ni adeeh pening pale tui

Aiden Reez said...

Ien..

Hehehe... Biase la, hidup mana pernah lari dari hutang melainkan kalau kita dilahirkan dari kalangan keluarga diraja atau mereka2 yang banyak harta...

:D

Selamat menjalani ibadah puasa

 

Copyright 2010 Biar Berakhirnya Di Sini.

Theme by WordpressCenter.com.
Blogger Template by Beta Templates.