Aku rasa, aku buat kerja gila hari ini....
Kalau orang lain, takkan buat punya... Cuma aku aje yang sanggup buat... But actually, aku tak kesah sangat sebab pada mulanya, aku jugak yang salah... Buat planning kelam kabut... Tak teliti betul betul... Jadi, inilah akibatnya...
Pagi tadi aku sampai office awal... Kononnya, nak balik petang tadi awal jugaklah... Tak mau tangguh tangguh... Tapi, biasalah aku, cakap aje nak balik awal, keluar office pukul 7 - 8 malam jugak... Lain yang dirancang, lain pulak yang aku buat... Susah, susahhhhhh....
Aku tak bolehlah nak tinggalkan kerja aku hari ni... Dah ler tadi sibuk dok settlekan macam2 benda untuk esok... Barang2 keperluan yang perlu dibawa dari office, semuanya tak siap... Terpaksalah aku berkejar kesana kemari nak cari barang... Nasib baik aku kenal ramai orang dan mereka tak kesah nak tolong aku... Nak harapkan person in-charge, semuanya kata "tak de".. "tak dapat".... Sabar jelah.... Aku tawakkal aje tadi dan fikir yang aku buat semuanya untuk kebaikan diri sendiri... But next time, I think I better do it myself... Tak boleh nak harapkan orang sangat...
Anyway, petang tadi lepas waktu pejabat ade briefing untuk semua participants yang akan mengikuti program hari Sabtu ini... Adelah kira2 80 orang... So, taklimat harus diberikan kepada mereka semua memandangkan tempat yang nak pergi ni agak jauh... As usual, aku dan committee lain ada sekali untuk dengar taklimat dari ketua dan inform apa patut... Its quite sometime juga untuk habiskan taklimat... Dekat pukul 7.00 baru semua bersurai...
Naik atas, kemas meja dan apa yang patut sebab esok aku dah memang tak masuk office... Aku tak sempat nak pesan kat kawan2 aku yang lain yang aku outstation esok dan lusa... Mesti dia orang akan tertanya tanya kenapa aku tak de esok... Heheheeeee... Lepas Maghrib, baru aku balik dan sampai rumah dalam pukul 8.00 malam...
Sebaik aje sampai, aku terus mandi dan bersiap... Kenape ye? Sebab aku dah janji ngan mak dan ayah aku yang aku akan bawak dia orang kerumah makcik aku di Semenyih... Bayangkan, dari KL nak ke Semenyih waktu hari kerja ni!... Sure akan sangkut sana sini... But I have to sebab mak aku nak balik kampung this Sunday, and my auntie pulak nak gie buat umrah the following Tuesday... So, tak sempat jumpa... Jadi, sebelum mak aku balik, dia nak jumpa makcik aku dulu... Sepatutnya kami akan ke Semenyih hari Sabtu ni tapi memandangkan hari Sabtu ni aku ade kat Kuala Terengganu, so terpaksalah pergi awal selepas balik kerja...
Memang penat giler aku hari ini... Sampai rumah makcik, mata aku dan mengantuk sebab duduk lama dalam kereta... Dah ler tu, tadi berkejar sana sini... Pastu nak kene drive jauh2 ulang alik... Penat wooo... Nie aku sampai, mata kurang ngantuk aku sempat buat entry ni... But next time, aku tak sanggup kot buat macam ni... Tak larat!
Wednesday, 9 May 2007
Tuesday, 8 May 2007
Hendak atau tidak, aku kena siapkan semua bahan untuk program hari Sabtu ni...
Just for note, aku akan ke Kuala Terengganu this Thursday dan macam biasa, tugas aku kali ini ialah mengendalikan bahagian teknikal projek... Multimedia, memang sah2 dibawah tanggungan aku... Takde bezanya dengan yang lepas lepas... Cuma ada pertambahan dari segi koleksi isi kandungan... Itu sahaja...
But again, since aku nak kene amend multimedia presentation tu, aku nak kene edit the whole draft yang pernah aku buat sebelum ni... Pada mulanya aku ingatkan senang dan takde masalah, rupanya banyak pulak hal!... Media yang aku prepare sebelum ni tak boleh berfungsi! Gambar banyak yang hilang... Puncanya, aku gie delete some picture folder dalam PC aku... Dah, pulakkk.... Masak aku!
Aku cuba godek godek... Usik sana, usik sini... Tak menjadi jugak! Jenuh dan letih aku dibuatnya... Last2, aku buat balik semula... Makan masa lah jugak... Seharian concerntrate depan PC... Keje atas meja tak diusik langsung! Kalau boss aku tahu, mati aku!!!
Nasib baik semuanya OK selepas tu... So, dapatlah aku burn siap siap klip multimedia tu dan tunjukkan pada jawatankuasa esok untuk disahkan... Kalau depa reject, maknanya... Aku kene buat amendment semulalah... Tapi aku rasa tak kot sebab semua ni benda yang sama cuma ada tambah sikit aje part hujung klip tu...
Monday, 7 May 2007
Aku datang aje office, baru aku perasan yang aku dah lama tak check my calendar... Risau gak aku sebab aku tak tahu what's going on this and next week... Online calendar kat PC aku ni memang sangat2 penting dan berguna untuk aku letak segala program dan planning... Kalau takde benda alah ni, alamatnya kelam kabutlah aku...
Well, seperti yang aku cakap, today memang aku dah jadi kelam kabut... You guys know why??
Suppose, hari Khamis nie aku kene pergi Terengganu untuk my next CZR program... Well, I have been attending various CZR meetings and yet, aku boleh terlupa nak block my calendar... Fine, that is one issue...
Apa yang membuatkan aku jadi lebih kelam kabut ialah dalam masa yang sama, I need to send my mom and my sister to LCCT Airport, KLIA sebab depa nak balik kampung... Err... memang kalau nak di ikutkan, orang lain pun boleh hantar but the problem is nobody can drive them to the airport!.. Worst case, flight depa pukul 7.00 pagi dan they have to be there at least 45 minutes before departure... That will be around 6.00 am in the morning!!!
So the actual scenario was, I need to be at Kuala Terengganu on Thursday until Sunday; and I need to send my mom and my sister on Sunday; same week!... So, macam mana aku nak buat ni?!!! Silap aku gak, aku tak block kalendar sendiri... Kan dah kelam kabut sekarang ni... Padan muka aku!... I've promise my mom 2 months ago when I booked their ticket to Padang, Sumatera and at the same time (a month later) aku gie janji lak dengan pengerusi jawatankuasa CZR yang aku akan ke Terengganu for next project! Dah ler aku ni antara key person in this project!... Mati aku!!!!!....
Fikir punya fikir, aku dapat idea... Insya Allah, aku rasa boleh adjust kot... I need to plan properly supaya masa aku tak clash... I still can go to Kuala Terengganu but I can't stay until Sunday... Once event habis, aku kene terus cabut balik... Masa meeting tadi, aku dah tengok overall program... So far, majlis tamat dalam pukul 4.00 petang on Saturday... So, I think I can go back waktu tu... So, I won't be joining them for dinner and motivational program that night... I need to fly-off from Kuala Terengganu straight away to Kuala Lumpur sebab next morning @ 4.00 am, aku dah kene drive ke Sepang... Rasanya boleh kot....
Terpaksa aku book ticket flight last minit... Mahal gak... Kalau MAS aku kene RM350... AirAsia murah sikit... Maklumlah, low-cost carrier lah katakan... Kene RM139 for one way... Dalam keadaan terdesak ni, terpaksalah aku beli gak sebab pengerusi dan semua orang nak aku ade kat sana waktu program berjalan...
Grrrrr... Inilah kali pertama dan terakhir aku buat cam ni... Next time, tobaaatttttttttt.....
Sunday, 6 May 2007
Aku terkejut bila dapat satu SMS dari seorang budak ni...
SMS tu dihantar pada pukul 2.30 pagi dan waktu tu aku baru nak masuk tidur... Isi kandungan SMS tu berbunyi: -
"Apa maksud msg awk ni! Merepek yang bukan2 jer! Tadi nak chat apanya? Awak bz chat ngan orang lain buat pe saya nk kacau!"Lain macam aje bunyi SMS ni kan? Aku sendiri pun tak tahu kepada siapa ditujukan SMS ni.. Nombor yang tertera pun tidak diketahui... I guess nie mesti kes makwe/pakwe lepas ONLINE lah ni... Dalam alam cyber dah bergaduh, pastu ade aksi pujuk memujuk... Seorang tengah marah sebab temannya gie layan orang lain pastu yang sorang lagi lak nak pujuk tapi tidak diterima oleh pasangannya.... Kartun betul... Kes macam ni pun ada... Aku try call nombor ni, budak lelaki yang jawab... Aku tanya dia, "Apa kes???", terus dia letak telefon... Ermm... Malulah tu kot, dia nak antar SMS kat awek dia, tersalah antar kat aku... Yang pasti, aku tak cam suara dia dan semestinya tidak mengenali si empunya diri... To mamat nih, "Good luck to you lah... Semoga dapat berbaik semula dengan awek kau..." Jangan gaduh2, tak baik!.... :)
Saturday, 5 May 2007
Andainya Aku Bersuara
By : Lukhman S
Presented by : Liza Hanim
Akulah sebatang kara
Dan tiada tempat bercerita
Segalanya ku diamkan saja
Maka hati pun mulalah berkata-kata
Andainya ku bersuara
Tak bererti aku melindungi
Dan mencari kelemahan diri
Bukan juga untuk ku mengharapkan simpati
Di manakah letaknya diri ku ini
Sehingga ku rasa sungguh asing sekali
Hilang sudah rindu dan kasih sayang
Segalanya bagai baru saja bermula
Yang putih pada mu sama
Kau keliru tak dapat bezakan
Pada zahir sama yang dilihat
Begitulah aku cuba mengibaratkan
Ku cari rindu
Entah bila rindu kembali menjelma
Ku pujuk hati
Tak usah sayu
Biarkanlah semuanya berlalu
by
Aiden Reez
Friday, 4 May 2007
Andai aku punyai KUASA LUARBIASA....
Ingin aku PUTAR KEMBALI waktu... Waktu dimana aku tidak pernah mengenali DIA... Biar semuanya kembali seperti SEDIAKALA... Agar fikiranku TENANG kembali...
Dan diwaktu itu, ingin ku tutup segala peluang yang ada untuk mengenali SI DIA... Agar hati tidak robek lagi....................................................
"Ya Allah, Ya Tuhanku..... Tolonglah hambamu yang LEMAH ini.... Kuatkan semangatku agar aku dapat menempuh kehidupan yang PENUH PANCAROBA ini..."
by
Aiden Reez
Thursday, 3 May 2007
First day bekerja selepas dua hari bercuti....
Only one word I want to say..... PANAS!!!!!
Aku masuk aje office hari ini, aku rasa macam aku masuk dalam microwave oven... "Apesal lak panas office ini???"... Aircond is not functioning at all dan aku terpaksa bukak kipas...
Actually sebelum ni memang aku dah rasa dah panas pun dalam office aku nih... Aku dapat tahu, last week (on 23rd April) generator kat office aku ni meletup!... Overheated katanya... So, on that day, semua lif tak berfungsi dan aircond tak boleh pakai... Kawan aku cakap, semua orang terkandas kat bawah tak boleh nak naik ke office... Ada tu sanggup daki tangga 20 tingkat sebab nak naik... "Hah kau! Sampai aje kat atas, tercungap cungap masing masing... Menggeletar kepala lutut..." Hehehehehehehheeeee...
Nasib baik waktu tu aku ade course kat tempat lain... So, tak delah aku mengalami nasib malang macam dia orang nih... Subsequent to that incident, hampir kesemua floor kat Tower A, B dan C mengalami fenomena 'global warming'.... Dan diwaktu macam ni, penggunaan kipas adalah sangat dikehendaki... Aku tengok today pun, sorang satu ada kipas dan semuanya ligat berputar... Tu pun aku rasa bukan boleh menyejukkan sebab bahang tetap ada... Tingkap memang tak boleh bukak langsung... So, peredaran udara kurang lancar dan bahang tetap terperangkap didalam!
Aku kesian kat kawan2 aku kat Tingkat 4 dan 9... Rasa macam duduk kat gurun sahara aje... Panas giler floor dia orang !!!!
Tuesday, 1 May 2007
Monday, 30 April 2007
Today, ramai orang yang bercuti...
Maklumlah, esok Hari Pekerja (1 Mei) dan lusa lak cuti ganti untuk Hari Wesak... Ramai yang ambil kesempatan cuti panjang, balik ke kampung ataupun jejalan...
Office aku agak lengang hari ini... Begitu juga dengan keadaan jalan raya... Rasa seronok memandu waktu macam ni... Tak pening kepala sangat...
Today merupakan hari terakhir buat office collegue aku; Abg Syafiq... Dia akan berhenti kerja dan akan memulakan cabaran ditempat kerja baru... Mengikut apa yang dimaklumkan pada aku, dia dapat kerja kat syarikat kelapa sawit yang terletak berhampiran dengan kawasan tempat tinggalnya di Shah Alam... Eloklah tu, senang sikit nak pergi kerja kan... Cuma buat masa terdekat ni, dia kene berulang ke sini hantar wife dia... Well, tanggungjawab, tetap tanggungjawab... Esok, ade rezeki... Wife dia pun boleh transfer sekali...
Kita orang tak sempat nak plan farewell party for him... Ramai yang takde pun... Cuma apa yang boleh kami lakukan ialah belanja makan lunch aje... Tu pun, tak semua ada... Oklah tu kan???
To --> Abg Syafiq, Good Luck to you dan jangan lupakan kami disini yea... Rajin2 lah singgah dan Insya Allah, kalau kami ade projek jalan2 baru, kami akan war war kan... Insya Allah....
Masa nak balik tu, aku ada jumpa seseorang... And waktu tu juga aku tersentap bila dia mengkhabarkan kepada aku sesuatu perkara yang aku tak jangka!... Pada mulanya, susah gak aku nak terima tapi lama2 aku fikirkan kembali, aku jadi relax... Mahu atau tidak, aku kene terima kenyataan...
Budak nie bagitahu aku, dia nak kawin dah... Well, bagi korang, ape bezanya kan? Eloklah kalau dia nak kawin... But to me, it is not... Actually, aku dengan dia agak rapat... Well, we did share some of our stories together... Entahlah... Maybe sometimes, aku rasa carried away... Rasa emotional pulak... Kadang2 aku rasa macam tak boleh terima kenyataan bila perkara ni disebut sebut... But untuk apa? Jodoh dan pertemuan kan di tangan Tuhan... Seharusnya aku redha dengan ketentuan ini...
Aku rasa sayu bila dia cakap, dia cuma bagitau aku seorang saja buat masa ini... Dia belum bersedia untuk mengumumkan kepada kawan2 yang lain... Tak tahulah, mungkin tiba masanya nanti dia akan cakap kot... Itulah yang menjadi tanda tanya dalam diri aku... Kenapa aku seorang? Kenapa tidak orang lain?? Acap kali aku cuba untuk mengetahui sebab musababnya namun tidak berjaya...
Aku tak tahu nak cakap macam mane... Kalau kawan yang lain, not a problem for me... Tapi kalau dia, susah aku nak terima... Nak terima in sense yang dia nak kahwin... Macam tak percaya aje... Mungkin aku rasa lepas nie kami tak ler macam dulu... Yelah, berkawan dengan orang yang dah berumah tangga nie lain... Kalau masa bujang, bebas... Nak keluar mane2, boleh aje... Sekarang pun boleh tapi tak ler macam dulu... Sometimes boleh, sometimes tak boleh... And then, mungkin pasal aku bujang dan aku akan kehilangan kawan2 bujang yang lain kot... Heheheeeeee...
Isshhhhhhhhh.... ape yang aku merepek nih!!! Tak pelah, I'm trying to forget all this... Sepatutnya aku bergembira dengan berita ini, bukan fikir yang bukan bukan....
Subscribe to:
Posts (Atom)
